KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

dokumen-dokumen yang mirip
Regulasi pembiayaan politik ke arah iklim politik yang lebih adil dan telus

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Sebab-sebab pembiayaan Kewangan Politik di Malaysia memerlukan pengubahsuaian

DASAR ANTI RASUAH RGIS

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI PEGANGAN. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Ogos 2015

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Kesannya Kepada Pengguna

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

B. OBJEKTIF UMUM. Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI. MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Jun 2015

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

Tatakelakuan. Pembekal

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Transkripsi:

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah ditubuhkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Ogos 2015 dalam usaha untuk membuat penambahbaikan bagi memenuhi keprihatinan orang ramai berhubung soal integriti dalam pembiayaan politik. Mandat yang diberikan kepada Jawatankuasa ini adalah satu tugas yang amat berat, tetapi ia adalah juga langkah progresif yang penting dalam merealisasikan hasrat YAB Perdana Menteri untuk melihat penambahbaikan dalam sistem demokrasi di Malaysia. JKNMPP telah diberi tempoh selama 12 bulan untuk mencari kaedah dan pendekatan konstruktif bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan pembiayaan politik yang telah lama wujud. Jawatankuasa ini gembira untuk memaklumkan bahawa ia telah melengkapkan tugas yang diberikan dalam tempoh masa yang diberikan. Dalam tempoh ini, Jawatankuasa dan Kumpulan Teknikal telah mengadakan sebanyak 11 mesyuarat, 19 sesi perbincangan meja bulat, mesyuarat dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan dan pakar. Jawatankuasa juga telah menggunakan pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil yang menyusul untuk menjalankan kajian lapangan berkenaan dengan aspek integriti pembiayaan politik semasa kempen pilihan raya. Kajian lapangan ini telah memberi satu gambaran yang jelas kepada Jawatankuasa berkenaan dengan 1

aspek pengendalian pilihan raya di negara ini dan pembiayaan politik ketika kempen pilihan raya. Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), yang bertindak sebagai pusat rujukan dan sekretariat kepada Jawatankuasa, juga telah menganjurkan satu persidangan antarabangsa selama dua hari berkenaan dengan integriti dalam pembiayaan politik pada Mei 2016, dan persidangan itu telah menyediakan satu perbandingan yang membina mengenai amalan-amalan pembiayaan politik yang terdapat di negaranegara lain. JKNMPP telah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan merentasi semua kumpulan masyarakat, termasuk parti-parti politik dan masyarakat sivil. Malah, Jawatankuasa juga telah menerima pandangan bertulis daripada pelbagai pihak mengenai perkara yang dikaji ini. Pada kesempatan ini, Jawatankuasa ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi input, idea dan cadangan membina dalam menyediakan laporan ini. Dalam laporan ini, kami menggariskan ENAM PRINSIP utama yang perlu menyokong kesemua langkah yang bakal diperkenalkan, iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) keluhuran undang-undang meningkatkan penyertaan masyarakat perlindungan hak awam ketelusan akauntabiliti dan integriti persaingan politik yang sihat Kami juga telah menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membetulkan kelemahan-kelemahan yang wujud dan mengadakan ekosistem yang lebih sihat bagi demokrasi berkembang di Malaysia. Justeru, Jawatankuasa mengesyorkan sebanyak 32 CADANGAN yang dibahagikan kepada tiga kategori: (i) Proses pelaksanaan (ii) Keperluan satu undang-undang yang baharu dan kandungannya (iii) Isu-isu yang lebih luas dan bersifat jangka panjang Jawatankuasa ini mencadangkan agar diperkenalkan satu undang-undang yang dinamakan sebagai Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. Ia merangkumi semua aspek berkaitan dengan sumbangan politik dan pentadbiran, perbelanjaan, pembiayaan aktiviti politik dan mengawal selia hubungan antara politik dan perniagaan. Cadangan-cadangan berikut adalah sebahagian daripada cadangan yang disyorkan: 2

Mewujudkan Pejabat Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. [Cadangan 7] Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik hendaklah diselia oleh sebuah Lembaga yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang berwibawa, tanpa keanggotaan ahli-ahli politik yang aktif. [Cadangan 8] Mengadakan Jawatankuasa Tetap Parlimen Mengenai Pembiayaan Politik. Peranan Jawatankuasa Tetap ini adalah untuk meneliti kerja-kerja Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik bagi pihak Parlimen. [Cadangan 9] Sumbangan tunai daripada sumber asing kepada parti politik atau ahli politik perlu diharamkan. [Cadangan 13] Sumbangan kepada parti-parti politik mesti dikawal selia dengan rapi. Oleh itu, parti-parti politik harus mempunyai akaun bank di semua peringkat operasi parti (persekutuan, negeri, bahagian dan cawangan). Pihak parti bertanggungjawab untuk mendapatkan khidmat juruaudit bertauliah bagi mengaudit rekod mereka dan menyediakan penyata kewangan yang telah diaudit untuk dikemukakan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sebelum 30 Jun setiap tahun. [Cadangan 15] Sumbangan kepada parti politik harus diberi pelepasan cukai. Ini akan menggalakkan penyertaan awam yang lebih besar, mewujudkan semangat pemilikan rakyat ke atas parti-parti politik, dan ia juga akan menggalakkan ketelusan kerana penderma tertakluk kepada pengisytiharan sumbangan bagi membolehkan mereka menikmati faedah pelepasan cukai. [Cadangan 16] Sumbangan daripada sumber yang tidak diketahui mesti disita. Satu mekanisme perlu diwujudkan oleh Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik supaya jika parti politik atau ahli politik tidak dapat mengenal pasti sumber dana yang mereka terima, maka dana terbabit perlu disita dan disalurkan ke dana yang diuruskan oleh Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk aktiviti-aktiviti yang boleh mengukuhkan demokrasi di Malaysia. [Cadangan 18] Tidak perlu ada had ke atas amaun yang boleh disumbangkan kepada parti atau ahli politik. [Cadangan 20] Semua perbelanjaan perlu direkodkan dan akaun perlu diaudit dan perlu dibuat pelaporan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. [Cadangan 21] Had perbelanjaan oleh parti atau calon perlu digugurkan. Dengan penekanan yang lebih tinggi terhadap aspek ketelusan dan akauntabiliti, tidak harus ada 3

had ke atas perbelanjaan oleh parti-parti politik dan ahli politik, termasuk semasa berkempen. [Cadangan 23] Semua sumbangan kepada parti atau ahli politik melebihi RM3,000 atau secara kumulatif melebihi RM3,000 setahun daripada sumber yang sama atau yang diterima secara tidak langsung atau sumbangan berupa barangan, yang nilainya melebihi RM3,000 mesti dilaporkan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. [Cadangan 24] Pelaksanaan peraturan berkaitan pengisytiharan harus dilakukan secara berperingkat dengan matlamat akhir agar peraturan tersebut dilaksanakan sepenuhnya pada PRU15. Bagi PRU14, adalah memadai untuk pengisytiharan dibuat kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. [Cadangan 26] Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kewangan untuk menyokong operasi pejabat pusat khidmat Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan berkesan. Bagi tujuan ini, sumber kewangan harus datang daripada bajet kerajaan persekutuan dan negeri. [Cadangan 27] Entiti perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan di semua peringkat dilarang daripada membuat sumbangan bagi tujuan politik. Jika ini berlaku, hukuman patut dikenakan ke atas kedua-dua pihak perniagaan milik kerajaan dan parti atau ahli politik. [Cadangan 28] Syarikat-syarikat yang menerima kontrak atau konsesi daripada kerajaan perlu diharam daripada membuat sumbangan politik. [Cadangan 29] Penyumbang-penyumbang politik tidak harus dikenakan tindakan diskriminasi hanya kerana sumbangan politik mereka dan mekanisme tertentu harus diperkenalkan untuk melindungi penyumbang dari didiskriminasi. [Cadangan 30] Proses pemberian kontrak kerajaan harus dikaji semula untuk mengawal amalan sumbangan politik. [Cadangan 31] Seperti yang disebutkan di atas, cadangan-cadangan ini adalah sebahagian daripada laporan penuh yang diedarkan kepada pihak media. Laporan penuh juga boleh dimuat turun di laman web www.politicalfinancing.my. Jawatankuasa ini berpendapat parti-parti politik merupakan komponen penting dalam demokrasi yang sihat dan kami mencadangkan supaya diwujudkan ruang yang lebih mudah bagi mereka beroperasi dalam persekitaran yang telus dan berakauntabiliti. 4

Oleh itu, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang kami cadangkan dalam laporan ini adalah untuk menggalakkan penyertaan awam yang positif demi menyokong pertumbuhan parti-parti politik, dan bukannya mengekang aspek itu. Kami menyedari peraturan-peraturan baharu ini boleh menjadi satu beban birokrasi tambahan kepada parti-parti politik. Bagaimanapun arena politik perlu dikawal selia untuk memastikan gelanggang yang sama rata dan demi menjamin ruang pemilihan yang jitu bagi pengundi. Meskipun undang-undang yang bakal digubal berkemungkinan menjadi beban di peringkat awal, kami berharap ia akan menjadi satu perkara normal dalam jangka panjang dan kesemua pihak yang terlibat akan menerimanya sebagai sebahagian daripada amalan-amalan era moden. Penerimaan kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh JKNMPP hanyalah merupakan langkah pertama ke arah pengujudan pembiayaan politik yang berintegriti. Walaupun JKNMPP berupaya menyarankan pelbagai peraturan, penambahbaikan sebenar hanya akan datang apabila wujudnya perubahan sikap dan budaya berintegriti dalam kalangan pelbagai pihak yang terlibat. Tugas Jawatankuasa ini ternoktah dengan penyediaan laporan ini. Namun begitu perjalanan ke arah satu sistem pembiayaan politik yang lengkap perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Sebagai sebuah negara, usaha ini perlu diteruskan secara bersama. SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, dan PENGERUSI JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK 30 SEPTEMBER 2016 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Sekretariat Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Institut Integriti Malaysia, Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur. Telefon : 03-6209 2088 / 03-62092084 E-mel : politik@integriti.my Laman Web : politicalfinancing.my 5