GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN

dokumen-dokumen yang mirip
ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011


GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Universiti Malaysia PAHANG

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PENGUMUMAN PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN 2018

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Universiti Malaysia PAHANG

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN S.EPARUH MAS A MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Universiti Malaysia PAHANG

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR LATIHAN STAF

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN (Sila lengkapkan 3 salinan borang ini)

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.

PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR LATIHAN STAF

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK


PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN STAF PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan 2017(VERSI 1.0) 1

GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN BAGI STAF PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 NAMA GARIS PANDUAN Garis Panduan Program Sangkutan Staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana. 2.0 TUJUAN Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tatacara pemohonan mengikuti Program Sangkutan bagi Staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana serta menjadi rujukan kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan Program Sangkutan ini. 3.0 TAFSIRAN Bagi tujuan pemakaian Garis Panduan ini: i. Program Sangkutan bermaksud Program pembangunan kompetensi staf bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, keupayaan dan pengalaman kerja secara terancang dan diselia oleh penyelia yang dipertanggungjawabkan. ii. Agensi bermaksud mana-mana tempat yang diluluskan oleh universiti untuk tujuan Program Sangkutan. iii. Jawatankuasa Penilai Program Sangkutan merujuk kepada jawatankuasa yang menimbang permohonan dan membuat keputusan permohonan. 4.0 PENGENALAN Program sangkutan di industri/ NGO/ agensi kerajaan adalah satu bentuk skim pembangunan kapasiti staf bukan akademik yang bertujuan untuk memberi kemudahan bagi memenuhi keperluan bidang dan skim masing-masing, membuka peluang pemindahan dan/atau pertukaran ilmu dan teknologi di samping meluaskan pengalaman mereka supaya dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan dengan lebih berkesan bagi menepati kehendak industri. 2

5.0 OBJEKTIF PROGRAM SANGKUTAN i. Meningkatkan kompetensi dan pengalaman kerja bagi meningkatkan kualiti profesionalisme staf. ii. Mempelajari bagi tujuan mengadaptasi amalan terbaik tentang keperluan dan operasi sesebuah organisasi bagi memenuhi kehendak semasa. iii. Menjalankan penyelidikan di agensi bagi memberi nilai tambah kepada hasil penyelidikan kedua-dua pihak industri/agensi kerajaan yang terlibat dan universiti. iv. Membangunkan bahan atau kajian kes yang relevan bagi kegunaan program pembangunan kompetensi UKM. v. Membina dan mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak agensi. 6.0 KATEGORI PROGRAM SANGKUTAN Terdapat tiga (3) bentuk program sangkutan yang boleh dijalankan oleh staf bukan akademik iaitu: 6.1 Sangkutan Pengiktirafan Profesional Sangkutan di industri bagi mendapatkan pengiktirafan dari badan-badan profesional masing-masing (tidak termasuk pewartaan/ pentauliahan). 6.2 Sangkutan Penyelidikan/ Perkhidmatan di Agensi Sangkutan bagi menjalankan penyelidikan/ berkaitan perkhidmatan di agensi. 6.3 Sangkutan Sebagai Sukarelawan Bantuan Kemanusiaan/Sangkutan Kerja Komuniti Sangkutan sebagai anggota sukarelawan bantuan kemanusiaan, atau menjalankan penyelidikan bersama NGO dalam bantuan kemanusiaan dan pengurangan risiko bencana. 7.0 JAWATANKUASA PENILAI 7.1 Jawatankuasa Penilai Program Sangkutan Staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana terdiri daripada: Pengerusi: Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) Ahli: 1. Dekan/ Pengarah / Ketua Jabatan Pemohon. 2. Pengarah Eksekutif Pentadbiran atau wakil. 3. Pengarah Eksekutif Kewangan atau wakil. 4. Pengarah Profesional-UKM atau wakil. 5. Pengarah Pengajaran UKM atau wakil. 6. Pengarah Pusat Penyelidikan dan Instrumentasi atau wakil. 7. Ketua Pejabat Hubungan Industri atau wakil. 8. Mana-mana ahli lain yang dinamakan oleh Pengerusi. Urus Setia: Profesional-UKM 3

7.2 Terma rujukan Jawatankuasa: a. Menimbangkan dan membuat keputusan berkaitan permohonan calon. b. Menimbangkan dan membuat keputusan berkaitan permohonan pelanjutan tempoh sangkutan. c. Menamatkan atau menangguhkan Program Sangkutan seseorang staf atas sebab-sebab yang munasabah. d. Menilai laporan kemajuan bagi yang mengikuti sangkutan lebih daripada tiga bulan. e. Mengesyorkan penambahbaikan pelaksanaan polisi. f. Mempertimbangkan permohonan penempatan calon daripada luar UKM. 8.0 SYARAT & KELAYAKAN 8.1 Staf yang ingin memohon Program ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: a. Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan; b. Mencapai tahap Laporan Penilaian Prestasi (LNP & sahsiah) sekurang-kurangnya 85 markah ke atas bagi dua (2) tahun berturut-turut; c. Bebas daripada pertuduhan atau tindakan tatatertib untuk tempoh dua (2) tahun terakhir; d. Mendapat kelulusan daripada Pengerusi Pusat/ Ketua Jabatan dan Dekan/ Pengarah PTj masing-masing; dan e. Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar, boleh dipertimbangkan selepas genap lima (5) tahun dari tarikh lapor diri daripada cuti belajar 8.2 Staf yang pernah menerima kemudahan ini atau mana-mana kemudahan di bawah Kursus jangka panjang sewaktu menyandang gred jawatan yang sama boleh dipertimbangkan untuk mengikuti Program Sangkutan ini setelah genap dua (2) tahun dari tarikh tamat dengan jayanya kursus terdahulu, KECUALI bagi staf yang mempunyai ikatan perjanjian cuti belajar, mereka perlu mematuhi perjanjian cuti belajar. Walau bagaimanapun, tempoh lebih pendek dibenarkan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Penilai Program Sangkutan. 8.3 Staf boleh mengikuti program ini setiap lima (5) tahun sekali. 8.4 Bagi staf yang perlu menjalani sangkutan di industri bagi pengiktirafan profesional, tempoh sangkutan adalah sepertimana yang diwajibkan oleh badan penilai pengiktirafan profesional dalam bidang masing-masing. 8.5 Tempoh minimum bagi menjalani sangkutan adalah satu (1) bulan dan tempoh maksimum adalah enam (6) bulan. Walau bagaimanapun, tempoh lebih panjang daripada tempoh maksimum adalah dibenarkan tertakluk kepada Jawatankuasa Penilai Program Sangkutan. 8.6 Staf yang sedang mengikuti salah satu tempoh berikut tidak layak memohon: a. Cuti Belajar. b. Peminjaman. c. Pos Basik. d. Cuti Tanpa Gaji. e. Cuti Separuh Gaji. f. Cuti Sakit Barah. g. Lain-lain jenis cuti yang melibatkan tempoh lebih daripada14 hari. 8.7 Staf yang sedang mengikuti kursus anjuran JPA atau mana-mana agensi kerajaan/ luar negara dan seumpamanya tidak layak mengikuti sangkutan sehingga selesai kursus yang diikuti. 4

9.0 TEMPAT PROGRAM Penempatan bagi Program Sangkutan dalam dan luar negara adalah seperti berikut: a. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC); b. Industri/ Swasta; c. Agensi Kerajaan yang terpilih; d. Badan Bukan Kerajaan (NGO); e. Universiti Awam/ Swasta; atau f. Mana-mana Agensi yang diluluskan oleh jawatankuasa. 10.0 KEMUDAHAN DAN ELAUN 10.1 Emolumen i. Staf yang diluluskan akan dibayar emolumen (gaji dan elaun tetap) sepanjang tempoh mengikuti Program Sangkutan; dan ii. Layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan atau apa-apa imbuhan yang berkuatkuasa mengikut kelayakan. 10.2 Perubatan Layak menerima kemudahan perubatan mengikut peraturan perkhidmatan awam dan pekeliling/surat pekeliling yang berkuatkuasa. Dalam Negara dan Negara Luar Peraturan sedia ada terpakai seperti yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 tahun 2009 berkaitan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan. 10.3 Cuti 10.3.1 Tertakluk kepada peraturan perkhidmatan awam dan pekeliling/ surat pekeliling yang berkuatkuasa. 10.3.2 Kelayakan cuti rehat sebelum dan selepas mengikuti program ini adalah berdasarkan kiraan pro-rata. TEMPOH PROGRAM Tidak melebihi 3 bulan Melebihi 3 bulan, tetapi kurang 1 tahun KELAYAKAN CUTI Tidak menjejaskan kelayakan cuti rehat. Cuti rehat akan disama rata (pro rate) mengikut kelayakan bulan, tetapi boleh dibawa ke hadapan dan dikumpulkan bagi maksud GCR. Formula pengiraan cuti adalah: (Tempoh Perkhidmatan / 365 hari) X (Kelayakan Cuti Rehat) (dalam tahun tersebut) 5

Melebihi 1 tahun / melangkaui tahun kalendar semasa Menghabiskan baki cuti rehat tersebut sebelum memulakan Program Sangkutan, dan/atau Memohon menukarkan baki cuti rehat tahunan kepada Gantian Cuti Rehat (GCR). 10.3.3 Kelayakan cuti rehat di penempatan program adalah berdasarkan persetujuan dengan pihak pengurusan penempatan program berkenaan. 10.3.4 Staf yang sedang mengikuti sangkutan tidak layak memohon mana-mana cuti yang melibatkan tempoh melebihi 14 hari bekerja. 10.4 Elaun berikut akan diberhentikan sebaik sahaja memulakan Program Sangkutan. a. Bayaran elaun memangku/ tanggung kerja; b. Bayaran elaun berhubung dengan tugas-tugas khas pentadbiran; c. Bayaran insentif berkaitan dengan perkhidmatan; d. Bayaran Insentif Wilayah/Elaun Perumahan Wilayah; e. Bayaran Insentif Akademik; f. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal; g. Bayaran Insentif Tugas Kewangan; dan h. Bayaran elaun lain yang diputuskan oleh pihak Universiti. 10.5 Pihak agensi dibenarkan untuk memberi ganjaran kepada staf yang menjalani Program Sangkutan tertakluk kepada peraturan/pekeliling yang berkuatkuasa di UKM; diperjelaskan dari segi amaun dan kelayakan serta dipersetujui oleh kedua-dua pihak agensi dan universiti. 10.6 Elaun Khas Sangkutan (EKS) sebanyak RM500.00 sebulan diperuntukkan kepada staf yang mengikuti program ini. Walau bagaimanapun, kesemua bayaran elaun dan perbelanjaan berkaitan Program Sangkutan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Pengurusan Universiti. 10.7 Kelayakan tambang kapal terbang adalah seperti dalam peraturan UKM sedia ada yang berkuat kuasa. Dalam dan Luar Negara Penerbangan Kelas Ekonomi. Digalakkan membeli sendiri tanpa menggunakan waran (tuntutan dikemukakan kepada Universiti bagi tujuan bayaran balik). 10.8 Elaun Pakaian Panas adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2003. 6

11.0 KAEDAH PENEMPATAN Penempatan program sangkutan boleh dilaksanakan melalui: i. Pencalonan oleh Universiti; atau ii. Permohonan sendiri dan mempunyai tempat bagi menjalani Program Sangkutan. 12.0 PROSEDUR PERMOHONAN Borang permohonan yang lengkap bersama surat persetujuan penempatan program hendaklah dikemukakan kepada Urus setia sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tarikh program bermula. 13.0 IKATAN PERKHIDMATAN Kelulusan Program ini adalah tertakluk kepada syarat bahawa hendaklah menandatangani perjanjian (bagi program tiga (3) bulan dan ke atas) seperti yang disediakan oleh pihak Universiti. 14.0 PENANGGUHAN/ PEMBATALAN/ PENARIKAN DIRI Staf tidak dibenarkan menangguhkan atau membatalkan Program Sangkutan kecuali dengan kebenaran Jawatankuasa Penilai Program Sangkutan secara bertulis. 15.0 PEMATUHAN PERATURAN DAN TATATERTIB Staf yang diluluskan sentiasa tertakluk kepada undang-undang, peraturan tatatertib, peraturan universiti, pekeliling/surat pekeliling dan surat arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti dan agensi sangkutan dari semasa ke semasa. 16.0 PELANJUTAN TEMPOH SANGKUTAN 16.1 Staf yang sedang mengikuti program sangkutan boleh dipertimbangkan untuk perlanjutan tempoh sangkutan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Penilai Program Sangkutan. 16.2 Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat program bagi program sangkutan tiga (3) bulan atau lebih dan satu (1) bulan bagi program sangkutan kurang daripada tiga bulan. 17.0 LAPORAN KEMAJUAN SANGKUTAN Staf perlu mengemukakan Laporan Kemajuan Sangkutan setiap tiga (3) bulan sekali jika program sangkutan melebihi tiga (3) bulan atau tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penilai Program Sangkutan. 7

18.0 TINDAKAN SELEPAS TAMAT PROGRAM 18.1 Staf hendaklah melapor diri sehari selepas tamat program sangkutan di Profesional-UKM, Kampus Bangi atau Unit Latihan dan Cuti Belajar HCTM (Borang Lapor Diri perlu diserahkan semasa melapor diri);. 18.2 Dalam tempoh 30 hari selepas tamat program, staf yang telah menjalani Program sangkutan ini dikehendaki: a. Mengemukakan perakuan bertulis tamat program daripada organisasi yang berkaitan; dan b. Membuat pembentangan di peringkat universiti seperti dimaklumkan secara bertulis oleh Urus setia. 18.3 Memastikan Polisi Harta Intelek (Intellectual Property) setiap institusi yang terlibat diambil kira dan sebarang percanggahan perlu diselesaikan melalui perbincangan dan persetujuan bersama. 18.4 Sebarang penerbitan berkaitan hasil program mesti meletakkan / menamakan UKM sebagai orgnisasi berkaitan (affiliate). 18.5 Pihak Universiti boleh mengambil tindakan sewajarnya sekiranya staf berkenaan gagal memenuhi ketetapan di atas. 19.0 SURAT PENGHARGAAN Surat penghargaan akan dikeluarkan kepada agensi sangkutan (ditandatangani oleh Naib Canselor). 20.0 HAL-HAL LAIN Universiti berhak menamatkan program sangkutan seperti yang termaktub dalam perjanjian (Lampiran A), atau atas kepentingan Universiti, implikasi kewangan dan kepentingan universiti atau mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peraturan yang sedia ada termasuk tindakan tatatertib sekiranya staf berkelakuan tidak baik semasa menjalani latihan sehingga menjejaskan imej dan nama baik universiti. 8

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi Staf Bukan Akademik Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-UKM) Pejabat Hubungan Industri Pejabat Penasihat Undang-Undang & Integriti Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PERTADI) UKM Kesatuan Kakitangan Am (KESUKMA) UKM Prof. Madya Dr. Rohayu Abdul Ghani Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim Dr. Fatimah Wati Halim Dr. Hjh Ina Md. Yasin Puan Faizah Ahmad Puan Fatimah Othman Encik Basir Bahir Puan Yazlina Saduri Encik Mohd. Azli Mohd. Kasirun Puan Normalawati Shamsudin Encik Mohd. Zulkefele Mohd. Zain Puan Zoraini Ibrahim Puan Fuziah Abd. Hamid Encik Rajan A/L Munusamy Puan Muniroh Abdul Razak Puan Norazlin Hassim Puan Nur Izzati Ab. Rahman Encik Abdul Rahman Mohd. Nordin Kemaskini terakhir pada 8 Ogos 2017 9