Ruj Kami:UTM 06.01/10.12/22/Jld 4 ( 41 ) Mac 2009 PEKELILING KEPADA PELAJAR BIL. 12/2009 Semua Pelajar Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, PROSES PERMOHONAN ASRAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KAMPUS SKUDAI SESI 2009/2010 Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia pada masa ini dapat menyediakan kemudahan penginapan kepada semua pelajar ijazah pertama. Sehubungan itu, pihak HEP UTM telah mewajibkan semua pelajar ijazah pertama untuk tinggal di asrama dalam kampus manakala pelajar pasca-ijazah boleh tinggal di luar kampus dan boleh tinggal di asrama tertakluk kepada kekosongan kolej. Semua pelajar perlu membuat permohonan asrama dan mematuhi peraturan seperti berikut :- 1.0. PERMOHONAN ASRAMA PELAJAR KANAN TEMPATAN SEM I SESI 2009/2010 1.1. Semua pelajar Ijazah Pertama tempatan adalah diwajibkan tinggal dalam kampus untuk menghindari pelajar UTM daripada terjerumus kepada gejala negatif yang tidak diingini seperti najis dadah, kongsi gelap dan lain-lain masalah keselamatan. 1
1.2. Pelajar kanan yang tidak mendaftar asrama atau tidak memberi sebarang maklumat kepada Unit Perumahan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dalam tempoh dua minggu dari sesi pengajian bermula, pihak Universiti secara automatik akan memasukkan nama dan menempatkan saudara di mana-mana Kolej Lingkaran Luar dan sewa asrama akan dikenakan mengikut kadar bilik yang ditetapkan. 1.3. Permohonan asrama oleh pelajar kanan tempatan adalah melalui laman web http://hostel.utm.my mulai jam 10.00 pagi (pada 1 hingga 15 April 2009). Walau bagaimanapun jika pelajar memerlukan maklumat/keterangan awal mengenai USER ID dan kata laluan sila layari laman web tersebut. 1.4. Semua pelajar yang menginap di kolej Lingkaran Dalam (KRP, KTF, KTR, KTHO, KTDI, KTC dan Kolej 11) tidak dibenarkan memiliki/menggunakan kenderaan persendirian kecuali mendapat kebenaran khas dari Pengetua Kolej sahaja. Bagi pelajar yang bercadang menggunakan/membawa kenderaan persendirian dikehendaki memilih kolej-kolej di Lingkaran Luar (Kolej Perdana, Kolej 9, Kolej 10, Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Ghafar Baba dan Kolej 16 & 17). 1.5. Pemohon dinasihatkan supaya mengambil serius tentang pemilihan kolej dan jenis bilik yang bakal dibuat. Selepas pilihan saudara telah diterima oleh sistem, sebarang pindaan tidak lagi dibenarkan. 1.6. Pemohon akan dapat mengetahui serta merta keputusan permohonan penginapan masing-masing melalui sistem komputer tersebut. 1.7. Pelajar yang berjaya mendapat bilik berdua dan berhasrat memilih rakan sebilik hendaklah memaklumkan secara bersurat dengan ditandatangani oleh kedua-dua orang pelajar. Maklumat hendaklah dikemukakan ke Pejabat kolej dalam tempoh 16 April hingga 10 Mei 2009. 2
2.0. PELAJAR KANAN ANTARABANGSA 2.1. Semua pelajar kanan antarabangsa (Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah) akan tinggal terus di bilik masing-masing sedia ada tanpa perlu membuat permohonan semula kecuali 30 orang pelajar perempuan di Blok X2 KTGB akan dipindahkan ke bilik seorang tanpa bilik air di H25 Kolej Tun Fatimah dan pelajar bujang yang tinggal di Apartmen U4 Kolej Perdana akan ditempatkan di blok lain Kolej Perdana. Walau bagaimanapun mereka perlu mengisi borang peribadi dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi daripada Pejabat Kolej. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada pejabat tersebut bagi tujuan rekod. 2.2. Mana-mana pelajar kanan antarabangsa yang ingin bertukar kolej, mereka perlu berurusan sendiri dengan kolej baru dengan mengisi borang pertukaran kolej yang boleh diperolehi di pejabat kolej. 3.0. PELAJAR SISWAZAH TEMPATAN 3.1. Untuk sesi 2009/2010 pihak HEP tidak lagi menyediakan penginapan asrama kepada pelajar siswazah Malaysia memandangkan pihak universiti tidak lagi mempunyai penginapan yang mencukupi di dalam kolej kediaman. Sehubungan itu semua pelajar dikehendaki menyewa di luar kampus atau di sekitar universiti. Walau bagaimanapun pelajar boleh membuat rayuan kepada pihak HEP tetapi tertakluk kekosongan bilik. 4.0. PELAJAR PALAPES 4.1. Penempatan pelajar ini adalah di Kolej 11 dan dikehendaki mendaftar terus ke Pejabat Kolej 11 mulai 16 25 Mac 2009 setelah mendapat pengesahan sebagai ahli PALAPES daripada Pejabat PALAPES. 3
5.0. PELAJAR EKSPRES UTM-MARA (SPM 2008) 5.1. Pelajar Ekspres UTM-MARA (SPM 2008) adalah tidak terlibat dalam kes ini dan tidak perlu membuat permohonan asrama. 6.0. RUMAH PELAJAR BERKELUARGA 6.1. Permohonan untuk rumah pelajar berkeluarga adalah melalui borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat Rumah Berkeluarga Kolej Perdana. 7.0. PELAJAR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI UTM, SKUDAI DAN KAWASAN SEKITAR JOHOR BAHRU SEM 1 SESI 2009/2010 7.1. Permohonan asrama untuk pelajar yang menjalani latihan mengajar atau latihan industri di sekitar Johor Bahru hendaklah dibuat terus kepada Pejabat Kolej dan bukannya secara `online atau kuota pengetua walau bagaimanapun keputusan tertakluk kepada kekosongan kolej. Ini adalah untuk mengelak daripada dikenakan caj satu semester. 8.0. LATIHAN INDUSTRI DI LUAR JOHOR 8.1. Pelajar diminta menulis surat kepada Pengurus Asrama di Pejabat Hal Ehwal Pelajar menyatakan bahawa saudara akan mengikuti latihan mengajar atau latihan industri pada Sem I Sesi 2009/2010 bagi mengelakkan nama dimasukkan secara automatik oleh Pejabat HEP ke dalam AIMS 2000. 8.2. Surat menyurat berhubung perkara ini hendaklah disahkan oleh pihak Fakulti dan hendaklah sampai ke Pejabat HEP sebelum atau pada 10 Mei 2009. 9.0. PENYEWAAAN SEMASA CUTI 9.1. Kepada pelajar yang ingin menginap di asrama semasa mengikuti pengajian semester III sesi 2009/2010 adalah diminta untuk membuat penyewaan di Kolej Lingkaran Dalam, Kolej 9 atau Kolej 10 sahaja kerana kolej-kolej lain terlibat dengan pertukaran perabot dan tombol pintu. Untuk makluman, semasa cuti pengajian perkhidmatan bas dalam kampus tidak 4
disediakan dan kemudahan makanan hanya boleh diperolehi daripada arked-arked tertentu sahaja. 9.2. Bayaran untuk penyewaan semasa cuti adalah melalui Debit charge ke akaun pelajar kecuali pelajar semester akhir. 10.0. PERTUKARAN BILIK ATAU KOLEJ Semua pelajar adalah diingatkan, sebarang permohonan pertukaran bilik atau kolej selepas tempoh tarikh yang ditetapkan akan dikenakan caj perkhidmatan. Akhir sekali pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar berharap semua pelajar dapat mematuhi peraturan permohonan asrama seperti yang telah ditetapkan. Pihak Univesiti juga mengucapkan selamat maju jaya dan berharap dapat bertemu saudara/saudari lagi dalam suasana kehijauan dan keindahan kampus kita. Salam Penuh Kemesraan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH Yang benar, PROF. DR. MOHD TAJUDIN BIN HAJI NINGGAL Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Teknologi Malaysia s.k - Dekan Sekolah Pengajian Siswazah - Pengarah CICT - Ketua Pustakawan PSZ Kerjasama pihak saudara dipohon untuk membenarkan pelajar-pelajar menggunakan kemudahan komputer ditempat saudara bagi tujuan pendaftaran asrama sesi 2009/2010 5
KADAR SEWA ASRAMA SESI 2009/2010 BIL JENIS BILIK PELAJAR MALAYSIA/HARI PELAJAR LUAR NEGARA/ HARI 1 Bilik Berdua RM3.50/RM4.00/ RM5.00 RM4.50 / RM5.00/ RM6.00 2 Bilik Seorang RM4.00/RM4.50/ RM5.00 RM5.00/RM5.50/ RM6.00 3 Bilik Seorang Berserta Bilik Air RM6.50 RM7.50 4 Bilik Seorang ( Eksklusif ) RM14.00/ RM 19.00 RM15.00/RM20.00 BIL JENIS RUMAH PELAJAR MALAYSIA/ BULAN LUAR NEGARA/ BULAN 1 Apartmen 2 Bilik RM450.00 RM480.00 2 Apartmen 2 + 1 RM520.00 RM550.00 3 Apartmen 2 + 1 Suite RM740.00 RM770.00 4 Apartmen 2 + 1 Deluxe RM1070.00 RM 1100.00 6