Bil 07/2010 Edisi JULAI

dokumen-dokumen yang mirip
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Bil 04/2010 Edisi APRIL

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Pencernaan Budaya PERDANA UiTM

PELAN TINDAKAN STRATEGIK KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

Budaya PERDANA. UiTM - Amalannya. Penerapan Budaya Kerja Kelas Pertama

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

LPP(A)5/10 Jld.18 ( 12 ) LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN


Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) dalam menguruskan masalah

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE)

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Kemuncak Hari AKNC ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2009

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DARIPADA DATO SRI HASAN MALEK [ KUALA PILAH ]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

Bismillah Hirrahman Nirrahim

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

بسم هللا الرحمن الرحيم

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam. Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis

UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS JAMUAN TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, PADA 9 JUN, 1979.

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

TEKS UCAPAN MAJLIS KUNJUNGAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROGRAM KHIDMAT SOSIAL KORPORAT ANGKASA (CSR) BERSAMA PESAKIT DAN WARGA KERJA,

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

TEKS UCAPAN YBHG DATO SRI ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SEMPENA DIALOG PERDANA PERKHIDMATAN AWAM 2012 ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT

Menurut Seksyen 7 (2), Akta 109, Akta Pertubuhan

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

Teks Ucapan. Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Transkripsi:

Bil 07/2010 Edisi JULAI http://www.lpp.gov.my 1

Berita Transformasi Pertanian FAHAMI DENYUT NADI AHLI PELADANG Harapan Pengerusi Baru, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Oleh : Rosly bin Abdul Rahman rosly@lpp.gov.my Tanggal 1 Jun 2010 merupakan satu lagi detik peristiwa dalam catatan sejarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) apabila Yang Berbahagia Dato Haji Zainal bin Dahalan telah dilantik sebagai Pengerusi baru menggantikan Yang Berhormat Senator Tan Sri Abu Zahar bin Nika Ujang yang telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negara. Dato Haji Zainal merupakan Pengerusi LPP ke 5 yang akan menyambung kegemilangan organisasi dan pergerakan Pertubuhan Peladang. Sambil melahirkan rasa terharu di atas pelantikan ini, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya menerajui LPP. Saya terima amanah ini, saya berasa insaf bahawa ini bukan sesuatu yang dikaitkan dengan keistimewaan tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar dan penting terutamanya untuk kemajuan pergerakan Pertubuhan Peladang. Pelantikan ini juga merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap warga dan kepimpinan peladang seluruhnya, kata Dato Haji Zainal bin Dahalan. Melalui pengalaman yang cukup berharga selama 28 tahun bersama pergerakan Pertubuhan Peladang, beliau berkeyakinan mampu meneruskan kesinambungan bagi memartabatkan institusi ini. Jiwa dan raga serta niat murninya ketika awal penglibatan bersama peladang adalah untuk melihat masyarakat yang kebanyakannya merupakan golongan miskin ini akan terus mendapat pembelaan sewajarnya. Dato Haji Zainal memulakan langkah bersungguh-sungguh di peringkat akar umbi bersama masyarakat peladang melalui pergerakan Pertubuhan Peladang sejak tahun 1982 sebagai pengasas dan seterusnya menerajui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor sehingga tahun 1987. Dato Haji Zainal kemudiannya selangkah lagi ke hadapan dan dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor dari tahun 1986 sehingga tahun 2010. Di peringkat pergerakan tiga peringkat yang paling tinggi, beliau merupakan Ahli Jemaah 2

Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dari tahun 1990 sehingga tahun 2010. Tambahan pula, pengalaman sebagai penjawat awam dalam perkhidmatan awam Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen turut membantu bagi melicin dan memantapkan lagi hala tuju pergerakan Pertubuhan Peladang selepas ini. Dato Haji Zainal dilahirkan dalam tahun 1948 dan dibesarkan dalam masyarakat peladang. Beliau pernah menyumbang khidmat sebagai Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat di Daerah Sabak Bernam yang mana masyarakatnya terkenal dengan kerajinan dan kesungguhan bekerja serta sebahagian besarnya terlibat dalam bidang pertanian terutama tanaman padi, kelapa dan sebagainya. Ini memudahkan beliau memahami kemahuan dan kehendak masyarakat peladang, kelebihan yang patut ditambahbaik serta kelemahan yang perlu diperbaiki dan diberikan perhatian. Oleh yang demikian, beliau meletakkan harapan tinggi agar LPP akan terus memainkan peranan bagi pihak Kerajaan untuk menjaga kepentingan ahli-ahli peladang ini. Ini kerana ahli-ahli peladang merupakan aset penting dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam pengeluaran bahan makanan negara. Dato Haji Zainal menambah, Menjadi harapan saya, akan wujud satu kerjasama yang jitu di antara LPP, Pertubuhan Peladang (PP), pemimpin-pemimpin peladang dan kumpulan sasar (ahli peladang) selaras dengan penubuhan LPP oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, Mantan Perdana Menteri Malaysia. LPP akan terus memainkan peranan lebih proaktif bagi memajukan sektor pertanian dengan memberi pendedahan dan kefahaman tentang fungsi serta matlamat penubuhan LPP terutamanya kepada generasi muda yang akan mewarisi sektor pengeluaran bahan makanan masa hadapan di samping menjayakan gagasan Satu Malaysia dalam pergerakan Pertubuhan Peladang itu sendiri. Bagi Dato Haji Zainal, LPP berasa amat bertuah diberikan kepercayaan sebagai pengantara kepada Kerajaan terutamanya dalam menyalurkan bantuan seperti peruntukan, insentif dan pelbagai kemudahan lain kepada masyarakat peladang. Pegawai-pegawai LPP di peringkat Pertubuhan Peladang akan menjadi mata dan telinga Kerajaan serta mendekati masyarakat peladang bagi mengetahui permasalahan yang wujud supaya dapat diselesaikan dengan segera. Dalam suasana politik sekarang, Dato Haji Zainal agak kecewa kerana terdapat segelintir ahli peladang yang tidak menghargai sumbangan dan bantuan Kerajaan kepada mereka. Walaupun rata-rata di kalangan mereka adalah penyokong kuat Kerajaan suatu ketika dulu. Oleh yang demikian, kita perlu bertindak lebih proaktif untuk memberi kefahaman dan mengembalikan keyakinan masyarakat luar bandar khususnya ahli peladang untuk terus menyokong dasar-dasar Kerajaan kerana sekian lama Kerajaan telah membantu mereka, tambah Dato Haji Zainal lagi. http://www.lpp.gov.my 3

Berita Transformasi Pertanian Pengerusi LPP mahukan PPK memainkan peranan yang lebih besar dalam menggembleng ahli-ahli peladang di mana pada hakikatnya merupakan golongan teramai dari kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. Jadi inilah pergerakan yang kita wujudkan untuk menggembleng modal, tenaga dan usaha di dalam Pertubuhan Peladang dan akhirnya faedah akan dinikmati oleh masyarakat peladang itu sendiri, ujar Dato Haji Zainal lagi. Beliau juga teruja apabila menyingkap kisah silam pada zaman sebelum penubuhan LPP dan Pertubuhan Peladang. Saya teringat semasa menjadi Pegawai Daerah Sabak Bernam, terdapat sebuah Persatuan Peladang bernama Persatuan Peladang Suka Maju dibawah pimpinan Saudara Harun Manan. Saya ingat lagi itulah persatuan peladang yang cukup terkenal pada masa itu di Sungai Besar, tambah Pengerusi LPP lagi. Pada masa itu, banyak persepsi daripada ahli bahawa bila wujud persatuan maka mereka boleh meminjam dan menggunakan pelbagai kemudahan. Ahli begitu bergantung kepada persatuan peladang ini. Bagi menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat peladang, Pengerusi LPP menggariskan 3 perkara penting perlu diberikan keutamaan. Pertama, beliau mengharapkan sokongan dan kesefahaman semua peringkat supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan mudah. Baginya semua pihak perlu berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran kepada bangsa kerana ini merupakan satu ibadah. Kedua, semua pihak semestinya memahami objektif organisasi, baik di LPP atau di Pertubuhan Peladang. Bekerja sebagai satu pasukan sama ada pegawai atau pemimpin peladang, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab dan akauntabiliti kepada organisasi serta meletakkan sentimen atau semangat kekitaan kepada organisasi. Dan ketiga, supaya organisasi mencapai tahap terbaik, tidak bekerja untuk diri menjadi terkenal, tidak bekerja kerana wujud perasaan takut tetapi sebaliknya menjadikan kerjaya sebagai sesuatu yang disukai dan diminati. Dato Haji Zainal akhirnya mengingatkan penjawat LPP dan Pertubuhan Peladang berkenaan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan supaya dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada kumpulan sasar. Begitu juga dengan Program Transformasi Kerajaan yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini, merupakan satu cabaran kepada LPP dan Pertubuhan Peladang dalam memenuhi jangkaan dan harapan ahli peladang. Semua ini menuntut kepada pemikiran yang kreatif dan inovatif, pantas membuat keputusan, mementingkan keberhasilan dan nilai pulangan yang maksimum daripada usaha yang dijalankan. Banyak lagi pengharapan yang masih belum dilafazkan ketika ini tetapi berjanji akan meletakkan LPP dan pergerakan Pertubuhan Peladang pada tahap yang dihormati. Saya pernah menjadi pegawai PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) selama 11 tahun. Saya pernah masuk dalam kancah politik selama 22 tahun dan saya berada dalam pergerakan paladang cukup lama. Jadi pengalaman inilah insyaallah yang saya dapat kongsikan. Jadi harapan saya untuk mewujudkan kerjasama persefahaman yang cukup baik di semua peringkat, sama ada pegawai atau pemimpin peladang demi memajukan masyarakat peladang 4

INFO PENGERUSI LPP KE 5 MAKLUMAT PERIBADI Nama : Dato Haji Zainal bin Dahalan Tarikh Lahir : 27 Februari 1948 Tempat Lahir : Kuala Selangor ANUGERAH DARJAH KEBESARAN Darjah Panglima Mahkota Selangor (DPMS) Johan Setia Mahkota (JSM) Kesatria Mangku Negara (KMN) Pingat Jasa Kebaktian (PJK) KELULUSAN Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, Kuala Selangor Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur Universiti Malaya, Kuala Lumpur, B.A. (HONS) PENGALAMAN Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor (1971 1972) Timbalan Pegawai Kewangan Perbendaharaan Negeri Selangor (1972 1973) Penolong Ketua Pengarah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1973 1974) Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Sabak Bernam, Selangor (1974 1978) Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (1978 1982) Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (1982 1990 dan 1994 1999) Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (1990 1994) Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (1999 2004) Ahli Lembaga Pengarah Bank Pertanian Malaysia (2005 2008) http://www.lpp.gov.my 5

JAWATAN SUKARELA Pengasas dan Pengerusi PPK Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor (1982 1987) Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (1986 2010) Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) (1990 2010) Presiden Persatuan Renang Negeri Selangor (1988 sekarang) Presiden Persatuan Badminton Negeri Selangor (1986 2002) Berita Transformasi Pertanian Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (1986 2002) Pengurus Pasukan Badminton Malaysia Olimpik Sydney (2000) Presiden Persatuan Golf Melayu Selangor (1988 sekarang) 6