laporan ketua audit negara tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI TERENGGANU JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI KELANTAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PULAU PINANG JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

KANDUNGAN KATA PENDAHULUAN INTI SARI LAPORAN BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2006

AUDIT KETUA NEGARA 2016 LAPORAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA NEGERI SABAH TAHUN 2004 JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

ACW Perakaunan Sektor Awam

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER YANG STANDARD DI BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

PERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

<>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>? <>>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>?!->>_>>_>>?

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

M / S : 1/12 TARIKH : 8 JANUARI 2016 PINDAAN : 01 TERIMAAN DAN AKAUN UPSI(ISO)/BEN/P07 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Akaun Pelaburan Waheed

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

BAHAGIAN I PERMULAAN

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PROJEK PEMASARAN PADI MUSIM 1/2016 OLEH PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN ABC BERJUMLAH RMxxx

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

ACW Perakaunan Korporat II

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SELF ASSESSMENT TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN

Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

Transkripsi:

laporan ketua audit negara PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI terengganu tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI TERENGGANU Jabatan Audit Negara Malaysia

PERKARA KATA PENDAHULUAN INTISARI LAPORAN MUKA SURAT vii xi BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014 Pendahuluan 3 Objektif Dan Metodologi Pengauditan 4 Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Bagi 4 Tahun Berakhir 31 Disember 2014 BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI Latar Belakang 7 Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri 7 Kumpulan Wang Disatukan 7 Wang Awam 9 Akaun Hasil Disatukan 9 Akaun Pinjaman Disatukan 18 Akaun Amanah Disatukan 19 Penyata Prestasi Kewangan 30 Penyata Akaun Memorandum 30 Rumusan Dan Syor Audit 41 BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan 45 Rumusan 48 BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI Latar Belakang 51 Penambahbaikan Pengurusan Kewangan Oleh Jabatan/Agensi 51 Kerajaan Negeri iii

PERKARA MUKA SURAT Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti 52 Objektif Pengauditan 53 Skop Dan Metodologi Pengauditan 53 Kawalan Utama 53 Penemuan Audit 64 Pemeriksaan Audit Mengejut 69 Syor Audit 74 BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI Pendahuluan 77 Pengauditan Penyata Kewangan 77 Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan 77 Pengesahan Penyata Kewangan 78 Pembentangan Penyata Kewangan 78 Prestasi Kewangan Badan Berkanun Negeri 78 Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 87 Syor Audit 91 BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 95 Kewangan Kerajaan Negeri; Dan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri 95 PENUTUP 99 LAMPIRAN I Sijil Ketua Audit Negara 103 II Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri Dan Bendahari Negeri 104 III Penyata Kedudukan Kewangan 105 IV Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai 106 V Penyata Prestasi Kewangan 108 VI Penyata Akaun Memorandum 109 VII Nota Kepada Penyata Kewangan 110 iv

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu menitahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu. 2. Laporan saya ini adalah mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2014 disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri dan beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun 2014. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2014, pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan terimaan dan bayaran telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri. 3. Pengauditan terhadap penyata kewangan adalah dibuat dengan berpandukan kepada Piawaian Perakaunan Kerajaan dan bertujuan untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Manakala pengauditan terhadap pengurusan kewangan adalah bertujuan untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan khususnya berhubung dengan kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah/akaun amanah/deposit, aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan. 4. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap Laporan ini dapat dijadikan sebagai salah satu asas untuk memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan lagi tahap pengurusan wang awam. Ini penting untuk menjamin setiap Ringgit Malaysia yang dipungut dan dibelanjakan akan dapat menyumbang kepada pembangunan dan keselesaan hidup rakyat. vii

5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai di Jabatan/Agensi Negeri Terengganu yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini. (TAN SRI HAJI AMBRIN BIN BUANG) Ketua Audit Negara Malaysia Putrajaya 6 Julai 2015 viii

BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014 1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu menunjukkan gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun berakhir 31 Disember 2014. Semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan telah disertakan dengan dokumen sokongan yang mencukupi. BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI 2. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah baik walaupun terdapat penurunan dalam baki Kumpulan Wang Disatukan. Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 mencatatkan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM638.24 juta iaitu menurun sejumlah RM121.72 juta (16.0%) berbanding baki sejumlah RM759.96 juta pada tahun 2013. Akaun Hasil Disatukan menunjukkan defisit sejumlah RM157.97 juta berbanding surplus RM401.57 juta pada tahun 2013. Defisit ini menjadikan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan telah menurun kepada surplus RM303.53 juta berbanding surplus RM461.50 juta pada tahun 2013. Baki Pinjaman Boleh Dituntut telah menurun sejumlah RM21.66 juta atau 6.5%. Prestasi pembayaran balik Hutang Awam pada tahun 2014 adalah baik kerana jumlah Hutang Awam menurun sejumlah RM57.06 juta manakala baki tunggakan bayaran balik Hutang Awam juga menurun sejumlah RM10.82 juta. Kumpulan Wang Pembangunan pula mencatatkan surplus berjumlah RM56.47 juta pada tahun 2014 berbanding RM127.47 juta pada tahun 2013. BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI 3. Pada keseluruhannya, pencapaian perbelanjaan pembangunan pada tahun 2014 adalah baik. Sehingga 31 Disember 2014, perbelanjaan pembangunan adalah berjumlah RM1.08 bilion atau 86.8% daripada RM1.25 bilion peruntukan yang diluluskan. Manakala sebanyak 1,684 projek atau 89.4% daripada 1,884 projek yang dirancang berjaya disiapkan, 160 projek dalam pelaksanaan dan 40 projek masih belum dimulakan. xi

BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI 4. Pada tahun 2014, Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 14 Jabatan/Agensi Negeri. Secara umumnya, prestasi pengurusan kewangan di 9 Jabatan/Agensi Negeri iaitu Pejabat Tanah Kemaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Yayasan Islam Terengganu, Pejabat Tanah Setiu dan Majlis Daerah Marang mencapai tahap sangat baik. Sebanyak 4 Jabatan/Agensi Negeri pula adalah pada tahap baik iaitu Majlis Daerah Besut, Pejabat Daerah Dungun, Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Pertanian Negeri. Manakala satu Jabatan Negeri, iaitu Jabatan Veterinar Negeri Terengganu berada pada tahap memuaskan. Analisis Audit mendapati masih berlaku ketidakpatuhan kepada prosedur/tatacara pengurusan kewangan yang ditetapkan terutama berkaitan kawalan pengurusan, pengurusan kumpulan wang amanah/akaun amanah dan deposit; dan aset. Perkara ini boleh diatasi sekiranya Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan mengambil tindakan memperbetulkan kelemahan yang telah dibangkitkan oleh pihak Audit di samping mengambil tindakan preventive dan proaktif bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang. BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI 5. Secara keseluruhannya, kedudukan penyerahan penyata kewangan bagi Badan Berkanun Negeri (BBN), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah baik. Kesemua 16 Agensi Negeri telah mengemukakan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan 15 Agensi telah diberikan Sijil Tanpa Teguran manakala satu Agensi telah diberikan Sijil Berteguran kerana terdapat penyata kewangan subsidiari yang tertakluk kepada Pendapat Penafian dalam tahun kewangan semasa. Penyata kewangan tahun 2013 bagi 14 Agensi Negeri telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. Penyata kewangan bagi satu Agensi belum lagi dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri manakala penyata kewangan bagi satu Agensi lagi tidak perlu dibentangkan selaras dengan undang-undang penubuhannya. Sehingga 30 Jun 2015, sebanyak 6 daripada 8 BBN, MAIDAM dan kesemua 7 PBT telah mengemukakan penyata kewangan tahun 2014 untuk pengauditan. Analisis kewangan menunjukkan, 5 daripada 7 BBN dan 6 daripada 7 PBT telah mencatatkan lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014. Manakala analisis Lembaran Imbangan menunjukkan 7 BBN dan 6 PBT berada dalam kedudukan kewangan yang stabil di mana jumlah aset semasa melebihi liabiliti semasa pada tahun 2014. Bagaimanapun, tunggakan cukai taksiran bagi 6 PBT telah mengalami peningkatan. xii

BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI 6. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2013 Siri 1 dan Siri 2 telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 23 September 2014. Manakala Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu bagi tahun 2013 serta Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2013 Siri 3 telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 8 Disember 2014. Pada tahun 2014, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri telah membincangkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012. Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat sebanyak sekali pada tahun 2014 untuk membincangkan isu-isu yang berbangkit dalam Laporan tersebut. xiii

PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014 1. PENDAHULUAN 1.1. Seksyen 16(1), Akta Tatacara Kewangan 1957, menghendaki Pihak Berkuasa Kewangan Negeri menyediakan penyata kewangan secepat mungkin selepas penutupan akaun bagi tahun berkenaan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh 7 bulan selepas berakhirnya tahun kewangan berkenaan untuk diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9, Akta Audit 1957. 1.2. Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan Negeri telah mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 kepada Jabatan Audit Negara pada 9 Februari 2015. Penyata tersebut didapati telah disediakan dengan mengguna pakai Piawaian Perakaunan Kerajaan 2 (Disemak 2010) Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan. 1.3. Penyata Kedudukan Kewangan menunjukkan jumlah wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Selaras dengan asas perakaunan tunai ubah suai yang digunakan oleh Kerajaan Negeri, hanya pelaburan yang dipegang bagi maksud amanah tertentu dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Manakala pelaburan lain dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum. 1.4. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil keseluruhan berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana dalam Pinjaman, Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta Perubahan Tunai, Pelaburan dan Amanah. 1.5. Penyata Akaun Memorandum adalah akaun yang menunjukkan kedudukan aset dan tanggungan Kerajaan Negeri. Aset Kerajaan Negeri merangkumi Pinjaman Boleh Dituntut dan Pelaburan. Manakala tanggungan Kerajaan Negeri pula adalah Hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan. Hutang Kerajaan Negeri adalah bagi maksud Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Pembangunan Dalam Negeri dan Pelbagai Projek. 3

2. OBJEKTIF DAN METODOLOGI PENGAUDITAN 2.1. Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata ini menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. 2.2. Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2014. Teguran Audit mengenainya telah dibangkitkan dengan pihak Perbendaharaan Negeri Terengganu dan Jabatan Negeri melalui surat Pemerhatian Audit sebaik sahaja pengauditan selesai dijalankan. 2.3. Selain itu, satu Exit Conference telah diadakan bersama YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato Penasihat Undang-Undang Negeri dan Ketua-ketua Jabatan pada 26 Mei 2015. 3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014 3.1. Pengauditan penyata kewangan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berasaskan kepada piawaian pengauditan yang diluluskan serta International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 1000. Akta dan piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang mencukupi dalam penyampaian penyata kewangan. 3.2. Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2014 adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan. Pada pendapat Audit, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang disertakan bersama dengan Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri Dan Bendahari Negeri, Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan adalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran VII. 4

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI 4. LATAR BELAKANG Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2014, juga membuat analisis mengikut prinsip asas perakaunan tunai ubah suai terhadap data kewangan bagi menentukan tahap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Hasil analisis yang dijalankan adalah berdasarkan Penyata Kedudukan Kewangan; Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai; Penyata Prestasi Kewangan; Penyata Akaun Memorandum; Nota Kepada Penyata Kewangan serta maklumat kewangan yang berkaitan. 4.1. PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri ini menunjukkan pegangan Wang Awam di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Wang Awam terdiri daripada Wang Tunai dan Pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. 4.2. KUMPULAN WANG DISATUKAN 4.2.1. Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada 3 akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Mengikut Penyata Kedudukan Kewangan, baki Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2014 adalah berjumlah RM638.24 juta. Jumlah ini adalah dalam bentuk wang tunai dan pelaburan. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.1. Jadual 4.1 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Butiran 2013 2014 (%) 1. Akaun Hasil Disatukan 461.50 303.53-157.97-34.2 2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.0 3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 298.46 334.71 36.25 12.1 i. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan: - Kumpulan Wang Pembangunan -630.63-574.16 56.47 9.0 - Kumpulan Wang Bekalan Air 93.06 81.14-11.92-12.8 - Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 211.15 515.97 304.82 144.4 ii. Kumpulan Wang Amanah Awam 320.24 69.60-250.64-78.3 iii. Akaun Wang Deposit 304.64 242.16-62.48-20.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Jumlah 759.96 638.24-121.72-16.0 7

4.2.2. Analisis Audit menunjukkan Kumpulan Wang Disatukan menurun sejumlah RM121.72 juta (16.0%) kepada RM638.24 juta berbanding RM759.96 juta pada tahun 2013. Penurunan ini disebabkan oleh penurunan ketara Akaun Hasil Disatukan sejumlah RM157.97 juta (34.2%) menjadikan surplus terkumpul menurun kepada RM303.53 juta berbanding surplus terkumpul RM461.50 juta pada tahun 2013. 4.2.3. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.2 dan Carta 4.1. Jadual 4.2 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Bil. Butiran 2010 2011 2012 2013 2014 1. Akaun Hasil Disatukan -496.28-233.49 59.93 461.50 303.53 2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 569.94 337.23 319.37 298.46 334.71 i. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan: - Kumpulan Wang Pembangunan -437.12-658.29-758.10-630.63-574.16 - Kumpulan Wang Bekalan Air 125.32 115.07 100.73 93.06 81.14 - Pelbagai Kumpulan Wang Amanah 270.62 225.21 259.25 211.15 515.97 Kerajaan ii. Kumpulan Wang Amanah Awam 355.25 335.43 340.04 320.24 69.60 iii. Akaun Wang Deposit 255.87 319.81 377.45 304.64 242.16 Jumlah 73.66 103.74 379.30 759.96 638.24 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri RM Juta 1,000 800 600 400 200 0 Carta 4.1 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 569.94 73.66 103.74 379.30 461.50 337.23 319.37 298.46 303.53 334.71 59.93 759.96 638.24-200 -400-600 -496.28-233.49 2010 2011 2012 2013 2014 Akaun Hasil Disatukan Akaun Amanah Disatukan Akaun Pinjaman Disatukan Jumlah Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 8

4.2.4. Analisis Audit mendapati kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2014 adalah baik walaupun sedikit menurun berbanding tahun 2013. Penurunan Kumpulan Wang ini adalah disebabkan oleh penurunan dalam Akaun Hasil Disatukan. Manakala Akaun Amanah Disatukan menunjukkan peningkatan pada tahun 2014 berbanding tahun-tahun sebelum. Peningkatan ini adalah peningkatan pertama sejak penurunan dari tahun 2011. Bagaimanapun, peningkatan Akaun Amanah Disatukan ini adalah lebih rendah berbanding penurunan Akaun Hasil Disatukan yang menyumbang kepada penurunan Kumpulan Wang Disatukan. 4.3. WANG AWAM 4.3.1. Pelaburan 4.3.1.1. Mengikut Seksyen 8(3)(b), Akta Tatacara Kewangan 1957, Kerajaan Negeri dibenarkan melabur dalam deposit di institusi kewangan yang diluluskan dan pelaburan lain yang dibenarkan sekiranya mempunyai lebihan wang. Pelaburan terdiri daripada Pelaburan Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am. Pelaburan Kumpulan Wang Amanah adalah pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah selaras dengan Arahan Amanah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 serta peraturan yang berkuat kuasa. Manakala, Pelaburan Am adalah semua pelaburan yang dibuat daripada lebihan Kumpulan Wang Disatukan. 4.3.1.2. Pada tahun 2014 Kerajaan Negeri telah membuat pelaburan berjumlah RM450.30 juta yang terdiri daripada Pelaburan Am berjumlah RM450.0 juta dan Pelaburan Kumpulan Wang Amanah berjumlah RM0.30 juta. Pelaburan Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah meningkat sejumlah RM250.0 juta (124.8%) berbanding pelaburan berjumlah RM200.30 juta pada tahun 2013. 4.4. AKAUN HASIL DISATUKAN 4.4.1. Akaun Hasil Disatukan merupakan penyata yang menunjukkan jumlah hasil dan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi satu tahun kewangan. Akaun ini ditubuhkan mengikut Perkara 97 dan Perkara 98, Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7(a), Akta Tatacara Kewangan 1957. 4.4.2. Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2014 dengan defisit semasa berjumlah RM157.97 juta berbanding surplus berjumlah RM401.57 juta pada tahun 2013 iaitu menurun sejumlah RM559.54 juta atau 139.3%. Defisit ketara ini berpunca daripada perbelanjaan mengurus yang berjumlah RM2.74 bilion melebihi hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.58 bilion. Dengan defisit semasa dalam Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2014 menjadikan baki surplus terkumpul Akaun Hasil Disatukan menurun kepada RM303.53 juta berbanding RM461.50 juta pada tahun 2013. Kedudukan Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.3. 9

-157.97 202.73 1,892.95 1,690.22 262.79 293.42 401.57 2,312.65 2,049.86 2,688.46 2,395.04 2,878.76 2,477.19 2,585.25 2,743.22 Jadual 4.3 Kedudukan Akaun Hasil Disatukan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Butiran 2013 2014 (%) Baki Pada 1 Januari 59.93 461.50 401.57 670.1 Hasil 2,878.76 2,585.25-293.51-10.2 Perbelanjaan Mengurus 2,477.19 2,743.22 266.03 10.7 Surplus/Defisit 401.57-157.97-559.54-139.3 Baki Pada 31 Disember 461.50 303.53-157.97-34.2 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.4.3. Trend Akaun Hasil Disatukan bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.4 dan Carta 4.2. Defisit semasa pada tahun 2014 adalah yang pertama dalam tempoh 5 tahun. Jadual 4.4 Trend Akaun Hasil Disatukan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Butiran 2010 2011 2012 2013 2014 Baki Pada 1 Januari -699.01-496.28-233.49 59.93 461.50 Hasil 1,892.95 2,312.65 2,688.46 2,878.76 2,585.25 Perbelanjaan Mengurus 1,690.22 2,049.86 2,395.04 2,477.19 2,743.22 Surplus/Defisit 202.73 262.79 293.42 401.57-157.97 Baki Pada 31 Disember -496.28-233.49 59.93 461.50 303.53 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri RM Juta 3,000 Carta 4.2 Trend Akaun Hasil Disatukan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 2,500 2,000 1,500 1,000 500 461.50 303.53 0 59.93-500 -233.49-496.28-1,000 2010 2011 2012 2013 2014 Hasil Perbelanjaan Mengurus Surplus/Defisit Baki Terkumpul Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 10

4.4.4. Analisis Audit terhadap pencapaian penerimaan hasil berbanding perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 hingga 2014 menunjukkan Akaun Hasil Disatukan telah mengalami peningkatan dari tahun 2010 hingga 2013. Bagaimanapun, pada tahun 2014 Akaun Hasil Disatukan mencatatkan penurunan iaitu defisit berjumlah RM157.97 juta berbanding surplus pada tahun-tahun sebelum. 4.4.5. Hasil Hasil Kerajaan Negeri dikategorikan kepada 3 jenis iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Pada keseluruhannya, hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah menurun berbanding tahun 2013. 4.4.5.1. Kutipan Hasil Sebenar Berbanding Anggaran Yang Diluluskan Pada tahun 2014, kutipan hasil sebenar Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM2.58 bilion iaitu RM384.50 juta atau 17.5% lebih tinggi berbanding anggaran yang berjumlah RM2.20 bilion. Kutipan hasil sebenar pada tahun 2014 berbanding anggaran yang diluluskan adalah seperti di Jadual 4.5. Bil. Jadual 4.5 Kutipan Hasil Sebenar Pada Tahun 2014 Berbanding Anggaran Yang Diluluskan Butiran Hasil Anggaran Diluluskan Hasil Sebenar Varian (%) 1. Hasil Cukai 50.76 51.93 1.17 2.3 2. Hasil Bukan Cukai 162.10 174.39 12.29 7.6 3. Terimaan Bukan Hasil 1,987.89 2,358.93 371.04 18.7 Jumlah 2,200.75 2,585.25 384.50 17.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.4.5.2. Kutipan Hasil Tahun 2014 Berbanding 2013 a. Pada tahun 2014, hasil Kerajaan Negeri menurun sejumlah RM293.51 juta (10.2%) menjadi RM2.58 bilion berbanding RM2.88 bilion pada tahun 2013. Kutipan hasil pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.6. Jadual 4.6 Kutipan Hasil Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Butiran Hasil 2013 2014 (%) 1. Hasil Cukai 48.84 51.93 3.09 6.3 2. Hasil Bukan Cukai 219.28 174.39-44.89-20.5 3. Terimaan Bukan Hasil 2,610.64 2,358.93-251.71-9.6 Jumlah 2,878.76 2,585.25-293.51-10.2 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 11

46.87 107.48 46.24 50.07 48.84 51.93 140.34 168.69 219.28 174.39 1,738.60 2,126.07 2,469.70 2,610.64 2,358.93 b. Analisis Audit menunjukkan penurunan Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil menyumbang kepada penurunan hasil secara keseluruhan walaupun Hasil Cukai mengalami peningkatan. Butiran Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil yang menyumbang kepada penurunan hasil pada tahun 2014 adalah Premium Tanah Biasa Borang 5a berjumlah RM58.04 juta, Terimaan Daripada Agensi Kerajaan Yang Lain berjumlah RM20.67 juta dan Terimaan Daripada Kerajaan Persekutuan (Dana Khas) berjumlah RM2.22 bilion. 4.4.5.3. Trend Kutipan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 a. Trend kutipan hasil Kerajaan Negeri bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.7 dan Carta 4.3. Kutipan hasil pada tahun 2014 adalah pada tahap sederhana bagi tempoh tersebut. Jadual 4.7 Trend Kutipan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Bil. Butiran Hasil 2010 2011 2012 2013 2014 1. Hasil Cukai 46.87 46.24 50.07 48.84 51.93 2. Hasil Bukan Cukai 107.48 140.34 168.69 219.28 174.39 3. Terimaan Bukan Hasil 1,738.60 2,126.07 2,469.70 2,610.64 2,358.93 Jumlah 1,892.95 2,312.65 2,688.46 2,878.76 2,585.25 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri RM Juta 10,000 Carta 4.3 Trend Kutipan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 1,892.95 2,312.65 2,688.46 2,878.76 2,585.25 1,000 100 10 1 2010 2011 2012 2013 2014 Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 12

b. Berdasarkan Jadual 4.7 dan Carta 4.3 di atas, trend kutipan hasil Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan yang konsisten dari tahun 2010 hingga 2013. Bagaimanapun, hasil Kerajaan Negeri mencatatkan penurunan pada tahun 2014. Peningkatan dan penurunan ini adalah selari dengan Terimaan Bukan Hasil yang turut mencatatkan peningkatan dari tahun 2010 hingga 2013 dan menurun pada tahun 2014. Penurunan Terimaan Bukan Hasil yang ketara adalah Terimaan Daripada Kerajaan Persekutuan (Dana Khas) dan Terimaan Daripada Agensi Kerajaan Yang Lain. Pada tahun 2014, Terimaan Daripada Kerajaan Persekutuan (Dana Khas) menurun sejumlah RM120.0 juta kepada RM2.22 bilion berbanding RM2.34 bilion pada tahun 2013 dan Terimaan Daripada Agensi Kerajaan Yang Lain menurun sejumlah RM106.74 juta kepada RM20.67 juta berbanding RM127.41 juta pada tahun 2013. 4.4.5.4. Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri terdiri daripada Terimaan Daripada Kerajaan Persekutuan (Dana Khas), Premium Tanah Biasa Borang 5a, Pemberian 50% Perbelanjaan Mengurus Jabatan Di Bawah Senarai Bersama, Pemberian Tahap (Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup) dan Cukai Tanah Semasa. Kelima-lima hasil ini menyumbang sejumlah RM2.38 bilion atau 92.0% daripada keseluruhan hasil dalam tahun 2014 berbanding kutipan RM2.54 bilion atau 88.4% dalam tahun 2013 seperti di Jadual 4.8. Terimaan Dana Khas yang berjumlah RM2.22 bilion pula telah menyumbang 85.9% daripada keseluruhan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2014. Trend kutipan bagi tempoh 5 tahun dari tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.9 dan Terimaan Daripada Kerajaan Persekutuan (Dana Khas) merupakan penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri bagi tempoh tersebut. Jadual 4.8 Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2013 Dan 2014 2013 2014 Peratus Peratus Bil. Butiran Hasil Jumlah Berbanding Berbanding Jumlah Jumlah Jumlah Hasil Hasil (%) (%) 1. Terimaan Daripada Kerajaan 2,340.00 81.3 2,220.00 85.9 Persekutuan (Dana Khas) 2. Premium Tanah Biasa - Borang 5a 98.31 3.4 58.04 2.2 3. Pemberian 50% Perbelanjaan 41.57 1.4 47.29 1.8 Mengurus Jabatan Di Bawah Senarai Bersama 4. Pemberian Tahap (Pemberian 41.47 1.4 27.74 1.1 Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup) 5. Cukai Tanah Semasa 23.67 0.8 25.71 1.0 Jumlah 2,545.02 88.4 2,378.78 92.0 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 13

Jadual 4.9 Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Bil. Butiran Hasil 2010 2011 2012 2013 2014 1. Terimaan Daripada Kerajaan 1,600.00 1,950.00 2,350.00 2,340.00 2,220.00 Persekutuan (Dana Khas) 2. Premium Tanah Biasa - 25.87 44.82 38.27 98.31 58.04 Borang 5a 3. Pemberian 50% Perbelanjaan 34.33 37.84 39.26 41.57 47.29 Mengurus Jabatan Di Bawah Senarai Bersama 4. Pemberian Tahap (Pemberian 27.73 27.73 14.00 41.47 27.74 Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup) 5. Cukai Tanah Semasa 22.06 23.04 23.77 23.67 25.71 Jumlah 1,709.99 2,083.43 2,465.30 2,545.02 2,378.78 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.4.5.5. Peningkatan dan penurunan hasil yang ketara pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.10. Jadual 4.10 Peningkatan Dan Penurunan Hasil Yang Ketara Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Butiran Hasil 2013 2014 Punca (%) Peningkatan 1. Keuntungan Akaun Pelaburan Al- Mudharabah 15.05 25.02 9.97 66.2 Pertambahan simpanan tetap dan peningkatan kadar faedah. 2. Pemberian 50% Perbelanjaan Mengurus Di Bawah Senarai Bersama 3. Premium Tukar Syarat 4. Cukai Tanah Semasa 5. Perkhidmatan Dan Bayaran Perkhidmatan 41.57 47.29 5.72 13.8 Pertambahan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa di bawah senarai bersama pada tahun 2013. 10.02 13.17 3.15 31.4 Peningkatan kelulusan tukar syarat tanah serta nilaian tanah lebih tinggi pada tahun 2014. 23.67 25.71 2.04 8.6 Pertambahan pemberimilikan baharu dan peningkatan bayaran cukai tanah hasil kempen kesedaran oleh Pejabat. 0.11 1.42 1.31 1,190.9 Deposit pengambilan balik tanah oleh Tenaga Nasional Berhad telah silap dikreditkan ke dalam kod hasil ini dan tidak dibuat jurnal pelarasan. 14

Bil. Butiran Hasil 2013 Tahun Perubahan 2014 (%) Punca Penurunan 6. Terimaan 2,340.00 2,220.00-120.00-5.1 Terimaan Dana Khas Daripada daripada Kerajaan Kerajaan Persekutuan yang lebih Persekutuan rendah berbanding (Dana Khas) tahun 2013. 7. Terimaan 127.41 20.67-106.74-83.8 Sejumlah RM100.0 juta Daripada diterima daripada Agensi Kerajaan Yang Kementerian Kewangan bagi hapus kira pinjaman Lain kepada Perwaja Terengganu Sdn. Bhd pada tahun 2013. Selain itu, peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bagi bulan Julai hingga Disember 2014 diterima pada tahun 2015. 8. Premium Tanah 98.31 58.04-40.27-40.9 Permohonan hak milik Biasa Borang tanah industri tidak 5a diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan bayaran premium Jadual 5a tidak dijelaskan oleh pemohon. Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.4.6. Perbelanjaan Mengurus 4.4.6.1. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada perbelanjaan bagi Maksud Tanggungan dan Bekalan yang dikenakan ke atas Kumpulan Wang Disatukan. Perbelanjaan bagi Maksud Tanggungan dibuat mengikut undang-undang Persekutuan selaras dengan Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan seperti bayaran pencen, ganjaran, pampasan dan perbelanjaan hutang negeri. Manakala Perbelanjaan Bekalan adalah berdasarkan kelulusan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan seperti bayaran emolumen dan bayaran bagi perolehan barangan atau perkhidmatan termasuk bayaran pindahan ke Kumpulan Wang tertentu. Maksud Bekalan juga termasuk wang yang diperuntukkan kepada Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui pemberian atau pinjaman yang dianggap sebagai perbelanjaan. 4.4.6.2. Perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah berjumlah RM2.74 bilion iaitu 98.0% berbanding anggaran yang diluluskan yang berjumlah RM2.80 bilion. Perbelanjaan sebenar berbanding anggaran yang diluluskan adalah seperti di Jadual 4.11. 15

Jadual 4.11 Perbelanjaan Sebenar Pada Tahun 2014 Berbanding Anggaran Yang Diluluskan Bil. Butiran Perbelanjaan Anggaran Diluluskan Perbelanjaan Sebenar (%) 1. Emolumen 262.37 243.10 92.7 2. Perkhidmatan Dan Bekalan 201.38 192.35 95.5 3. Aset 32.16 30.11 93.6 4. Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap 2,301.80 2,275.52 98.9 5. Perbelanjaan Lain 2.28 2.14 93.9 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Jumlah 2,799.99 2,743.22 98.0 4.4.6.3. Secara keseluruhannya perbelanjaan mengurus pada tahun 2014 meningkat sejumlah RM266.03 juta (10.7%) kepada RM2.74 bilion berbanding RM2.48 bilion pada tahun 2013. Perbelanjaan mengurus pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.12. Jadual 4.12 Perbelanjaan Mengurus Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Butiran Perbelanjaan 2013 2014 (%) 1. Emolumen 246.46 243.10-3.36-1.4 2. Perkhidmatan Dan Bekalan 173.59 192.35 18.76 10.8 3. Aset 22.90 30.11 7.21 31.5 4. Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap 2,030.55 2,275.52 244.97 12.1 5. Perbelanjaan Lain 3.69 2.14-1.55-42.0 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Jumlah 2,477.19 2,743.22 266.03 10.7 4.4.6.4. Analisis Audit menunjukkan peningkatan perbelanjaan mengurus adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan di bawah kategori Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap yang meningkat sejumlah RM244.97 juta pada tahun 2014 berbanding tahun 2013. Pindahan Lebihan Hasil ke Kumpulan Wang Pembangunan sejumlah RM1.11 bilion merupakan penyumbang utama kepada peningkatan perbelanjaan bagi maksud ini. Perbelanjaan bagi Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap merupakan perbelanjaan tertinggi pada tahun 2014 iaitu berjumlah RM2,275.52 juta atau 82.9% daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. 4.4.6.5. Peningkatan dan penurunan perbelanjaan yang ketara pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.13. 16

Bil. Jadual 4.13 Peningkatan Dan Penurunan Perbelanjaan Yang Ketara PadaTahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Butiran Punca Perbelanjaan Peningkatan 1. Pemberian Dalam Negeri 2013 2014 (%) 1,931.01 2,170.48 239.47 12.4 Peningkatan caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri, Yayasan Islam, Yayasan Terengganu dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri, caruman baru kepada Menteri Besar Incorporated, peningkatan bayaran Bantuan Am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pertambahan aktiviti dan pemberian anugerah kecemerlangan kepada JKKK. 2. Gaji 161.71 170.41 8.70 5.4 Kenaikan gaji tahunan kepada semua pegawai perkhidmatan awam negeri Terengganu dan penstrukturan semula perjawatan yang melibatkan penjumudan jawatan, pengwujudan jawatan baru dan kenaikan gred jawatan, yang melibatkan Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Penurunan 3. Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Kewangan 4. Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Khas Kewangan Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 16.77 3.03-13.74-81.9 Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Kewangan bagi tahun 2014 dibayar pada bulan Januari 2015 menggunakan peruntukan tahun 2015. 2.18 0.01-2.17-99.5 Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan kontrak pada tahun 2014 telah menggunakan kod objek 29000. 4.4.6.6. Kedudukan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.14 dan Carta 4.4. Jadual 4.14 Kedudukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Bil. Butiran Perbelanjaan 2010 2011 2012 2013 2014 1. Emolumen 203.36 209.59 234.77 246.46 243.10 2. Perkhidmatan Dan Bekalan 155.99 160.59 180.60 173.59 192.35 3. Aset 35.75 27.85 31.30 22.90 30.11 4. Pemberian Dan Kenaan 1,294.67 1,649.10 1,947.96 2,030.55 2,275.52 Bayaran Tetap 5. Perbelanjaan Lain 0.45 2.73 0.40 3.69 2.14 Jumlah 1,690.22 2,049.86 2,395.03 2,477.19 2,743.22 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 17

0.45 0.40 35.75 27.85 2.73 31.30 22.90 2.14 3.69 30.11 203.36 155.99 209.59 160.59 234.77 180.60 246.46 173.59 243.10 192.35 1,294.67 1,649.10 1,947.96 2,030.55 2,275.52 Carta 4.4 Kedudukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 RM Juta 10,000 1,690.22 2,049.86 2,395.03 2,477.19 2,743.22 1,000 100 10 1 0 2010 2011 2012 2013 2014 Emolumen Perkhidmatan Dan Bekalan Aset Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap Perbelanjaan Lain Jumlah Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.4.6.7. Analisis Audit mendapati perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri menunjukkan trend peningkatan dari tahun 2010 hingga 2014. Trend peningkatan ini dipengaruhi oleh trend perbelanjaan bagi maksud Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap. Jenis perbelanjaan di bawah Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap antaranya adalah seperti Caruman Kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri sejumlah RM202.0 juta, Caruman Kepada Yayasan Terengganu sejumlah RM100.72 juta dan Program Bantuan Sempena Perayaan Aidilfitri Tahun 2014 kepada Pejabat Daerah sejumlah RM65.35 juta. Selain itu, pada tahun 2014, terdapat juga caruman kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi cadangan penyertaan ekuiti dalam NSE Energy Sdn. Bhd dan pengambilan Chicken Cottage Limited & Chicken Cottage Distribution melalui Terengganu Incorporated Sdn. Bhd (TISB) masing-masing sejumlah RM43.0 juta dan RM28.50 juta. 4.5. AKAUN PINJAMAN DISATUKAN 4.5.1. Akaun Pinjaman Disatukan ditubuhkan mengikut Seksyen 7(b), Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini digunakan untuk mengakaunkan semua pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan pindahan penerimaan pinjaman ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Bekalan Air atau kumpulan wang lain yang berkaitan. 4.5.2. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Ini menjadikan Akaun Pinjaman Disatukan berbaki kosong iaitu sama seperti baki pada tahun 2013 dan tahun sebelumnya. Kedudukan Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.15. 18

Jadual 4.15 Kedudukan Akaun Pinjaman Disatukan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Butiran 2013 2014 Perubahan (%) Baki Pada 1 Januari 0.00 0.00 0.00 0.0 Terimaan 22.93 0.00-22.93-100.0 Bayaran 22.93 0.00-22.93-100.0 Baki Pada 31 Disember 0.00 0.00 0.00 0.0 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.5.3. Trend terimaan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Carta 4.5. RM Juta 50 Carta 4.5 Trend Terimaan Pinjaman Daripada Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 46.50 40 30 22.93 20 15.89 12.65 10 0 0.00 2010 2011 2012 2013 2014 Terimaan Pinjaman Daripada Kerajaan Persekutuan Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.6. AKAUN AMANAH DISATUKAN 4.6.1. Akaun Amanah Disatukan adalah sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan yang diwujudkan di bawah Seksyen 7(c), Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Wang Deposit. Semua penerimaan dan pembayaran wang amanah diakaunkan mengikut kehendak Arahan Amanah di bawah Seksyen 9 dan Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957. Pada akhir tahun 2014, baki Akaun Amanah Disatukan adalah berjumlah RM334.71 juta iaitu meningkat sejumlah RM36.25 juta (12.1%) berbanding RM298.46 juta pada tahun 2013. Kedudukan Akaun Amanah Disatukan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.16. 19

Jadual 4.16 Kedudukan Akaun Amanah Disatukan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Butiran 2013 2014 (%) Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: i) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan -326.42 22.95 349.37 107.0 Kumpulan Wang Pembangunan -630.63-574.16 56.47 9.0 Kumpulan Wang Bekalan Air 93.06 81.14-11.92-12.8 Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 211.15 515.97 304.82 144.4 ii) Kumpulan Wang Amanah Awam 320.24 69.60-250.64-78.3 iii) Akaun Wang Deposit 304.64 242.16-62.48-20.5 Baki Pada 31 Disember 298.46 334.71 36.25 12.1 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.6.2. Analisis Audit menunjukkan baki Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Wang Deposit masing-masing menurun sejumlah RM250.64 juta dan RM62.48 juta pada tahun 2014 berbanding 2013. Manakala Kumpulan Wang Amanah Kerajaan menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu meningkat sejumlah RM349.37 juta (107.0%) pada tahun 2014 menjadi baki kredit RM22.95 juta berbanding baki debit RM326.42 juta pada tahun 2013. Peningkatan ini dipengaruhi oleh peningkatan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang meningkat sejumlah RM304.82 juta pada tahun 2014. Penjelasan lanjut mengenai perubahan ketara ini adalah seperti di perenggan berikutnya. 4.6.3. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan mengikut Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi mengakaunkan terimaan daripada peruntukan Kerajaan dan bayaran bagi maksud tertentu. Kumpulan Wang Amanah ini adalah kumpulan wang pusingan yang mana pembayaran daripada kumpulan wang ini tidak boleh melebihi had peruntukan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Kumpulan Wang Amanah ini disenaraikan dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 (Jadual Kedua dan Jadual Ketiga) yang terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Bekalan Air dan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan. 4.6.3.1. Kumpulan Wang Pembangunan a. Kumpulan Wang Pembangunan ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 70) dan diperakaunkan dalam Penyata Kumpulan Wang Pembangunan. Sumber kewangan Kumpulan Wang ini diperoleh melalui caruman daripada Akaun Hasil Disatukan, Terimaan Pemberian Dan Pinjaman Daripada Kerajaan Persekutuan dan Terimaan Bayaran Balik Pinjaman Daripada Agensi Kerajaan Negeri. Wang dalam Kumpulan Wang ini hanya boleh dibelanjakan untuk maksud yang ditentukan dalam Akta tersebut. Kedudukan baki Kumpulan Wang Pembangunan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.17. 20

Jadual 4.17 Kedudukan Baki Kumpulan Wang Pembangunan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Butiran 2013 2014 (%) Baki Pada 1 Januari -758.10-630.63 127.47 16.8 Penerimaan 1,043.20 1,127.87 84.67 8.1 Pembayaran 915.73 1,071.40 155.67 17.0 Surplus Semasa 127.47 56.47-71.00-55.7 Baki Pada 31 Disember -630.63-574.16 56.47 8.9 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri b. Pada tahun 2014, Kumpulan Wang Pembangunan telah mencatatkan surplus berjumlah RM56.47 juta berbanding surplus RM127.47 juta pada tahun 2013. Surplus ini adalah disebabkan oleh penerimaan berjumlah RM1.13 bilion yang lebih tinggi berbanding pembayaran berjumlah RM1.07 bilion. Ini menjadikan baki defisit terkumpul Kumpulan Wang Pembangunan pada akhir tahun 2014 menurun sejumlah RM56.47 juta (8.9%) menjadi RM574.16 juta berbanding RM630.63 juta pada tahun 2013. c. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM1.07 bilion bagi membiayai pelbagai projek pembangunan berbanding RM915.73 juta pada tahun 2013. Kedudukan perbelanjaan pembangunan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.18. Jadual 4.18 Kedudukan Perbelanjaan Pembangunan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Jabatan/Pejabat 2013 2014 (%) 1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha 836.77 995.21 158.44 18.9 Kerajaan Negeri 2. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri 21.15 23.79 2.64 12.5 3. Jabatan Kerja Raya Negeri 19.40 16.78-2.62-13.5 4. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri 12.04 11.32-0.72-6.0 5. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 5.81 5.92 0.11 1.9 6. Jabatan Pertanian Negeri 2.32 2.35 0.03 1.3 7. Pejabat Daerah Setiu 2.00 2.00 0.00 0.0 8. Pejabat Daerah Kemaman 1.97 2.00 0.03 1.5 9. Pejabat Daerah Besut 1.92 2.00 0.08 4.2 10. Pejabat Daerah Dungun 1.85 2.00 0.15 8.1 11. Pejabat Daerah Marang 1.90 1.97 0.07 3.7 12. Pejabat Daerah Hulu Terengganu 1.99 1.79-0.20-10.1 13. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri 2.63 1.71-0.92-35.0 14. Jabatan Perhutanan Negeri 1.46 1.42-0.04-2.7 15. Pejabat Perbendaharaan Negeri 2.52 1.14-1.38-54.8 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Jumlah 915.73 1,071.40 155.67 17.0 d. Analisis Audit mendapati perbelanjaan bagi 8 daripada 15 Jabatan/Pejabat mencatatkan peningkatan manakala 6 Jabatan/Pejabat mencatatkan penurunan dan satu Pejabat tidak mencatatkan perubahan pada tahun 2014 berbanding tahun 2013. 21

e. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sejumlah RM995.21 juta pada tahun 2014 berbanding sejumlah RM836.77 juta pada tahun 2013. Perbelanjaan sejumlah RM995.21 juta ini antaranya adalah bagi membiayai perbelanjaan pembangunan kawasan bebas cukai Tasik Kenyir sejumlah RM101.99 juta, pembinaan istana baru di Bukit Chendering sejumlah RM94.80 juta, pembinaan jambatan di atas Sungai Terengganu ke Pulau Sekati, Manir, Terengganu sejumlah RM88.26 juta dan pembinaan jambatan dari Kampung Dusun ke Kuala Pueh sejumlah RM40.0 juta. f. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri mencatatkan perbelanjaan pembangunan kedua tertinggi iaitu sejumlah RM23.79 juta manakala Jabatan Kerja Raya Negeri mencatatkan perbelanjaan ketiga tertinggi iaitu sejumlah RM16.78 juta pada tahun 2014. Perbelanjaan ini antaranya adalah bagi menaik aras jalan/membaiki jalan di negeri Terengganu sejumlah RM7.45 juta, membina, menaik taraf, membaiki pintu gerbang/papan tanda dan perabot jalan di negeri Terengganu sejumlah RM3.25 juta serta pembaikan istana-istana negeri Terengganu sejumlah RM1.97 juta. 4.6.3.2. Kumpulan Wang Bekalan Air a. Kumpulan Wang Bekalan Air ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Bekalan Air (Tatacara Kewangan Dan Perakaunan) 1980. Sumber kewangan Kumpulan Wang ini diperoleh melalui caruman daripada Kerajaan Negeri dan pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan. Baki Kumpulan Wang Bekalan Air pada akhir tahun 2014 adalah berjumlah RM81.14 juta berbanding RM93.06 juta pada tahun 2013 iaitu menurun sejumlah RM11.92 juta. Penurunan sebanyak 12.8% ini adalah disebabkan pembayaran sejumlah RM11.92 juta dan tiada penerimaan pada tahun 2014. Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2014. Kedudukan Kumpulan Wang Bekalan Air pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.19. Jadual 4.19 Kedudukan Kumpulan Wang Bekalan Air Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Perkara 2013 2014 (%) Baki Pada 1 Januari 100.73 93.06-7.67-7.6 Penerimaan 22.93 0.00-22.93-100.0 Pembayaran 30.60 11.92-18.68-61.0 Surplus/Defisit Semasa -7.67-11.92-4.25-55.4 Baki Pada 31 Disember 93.06 81.14-11.92-12.8 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri b. Antara projek yang dibuat pembayaran pada tahun 2014 adalah projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Terhasil (NRW) Negeri Terengganu berjumlah RM5.29 juta, Pemasangan Paip Air Baru/Retikulasi berjumlah RM1.89 juta dan Membaik pulih Cerun Bukit Tangki Air Sedia Ada berjumlah RM1.81 juta. 22

4.6.3.3. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan a. Kedudukan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.20. Jadual 4.20 Kedudukan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Butiran 2013 2014 (%) 1. Akaun Penyelesaian 3.33 4.03 0.70 21.0 2. Akaun Perniagaan 0.69 0.10-0.59-85.5 3. Akaun Pinjaman 54.42 55.40 0.98 1.8 4. Kumpulan Wang Luar Jangka 5.00 5.00 0.00 0.0 5. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah 147.71 451.44 303.73 205.6 Baki Pada 31 Disember 211.15 515.97 304.82 144.4 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri b. Analisis Audit menunjukkan baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan pada akhir tahun 2014 adalah berjumlah RM515.97 juta iaitu meningkat sejumlah RM304.82 juta (144.4%) berbanding RM211.15 juta pada tahun 2013. Ini disebabkan oleh baki Akaun Pelbagai Kumpulan Wang Amanah telah meningkat sejumlah RM303.73 juta (205.6%) menjadi RM451.44 juta berbanding RM147.71 juta pada tahun 2013. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri berjumlah RM238.98 juta telah dimasukkan dalam Jadual Ketiga Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan diletakkan di bawah Pelbagai Kumpulan Wang Amanah. Selain itu, peningkatan baki Akaun Pelbagai Kumpulan Wang Amanah juga adalah disebabkan oleh peningkatan Akaun Kena Bayar sejumlah RM64.75 juta menjadi RM162.46 juta pada tahun 2014 berbanding RM97.71 juta pada tahun 2013. c. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri i. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri diwujudkan bertujuan untuk mengakaunkan pemberian daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bagi membiayai penyelenggaraan jalan negeri yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri telah ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 pada 1 Januari 1994. Bagaimanapun, Kumpulan Wang ini telah ditubuhkan semula di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 pada bulan September 2013. 23

112.96 98.09 116.24 91.63 116.62 116.75 138.01 136.54 146.56 150.74 ii. Pada tahun 2014, baki Kumpulan Wang ini menunjukkan penurunan sejumlah RM4.18 juta (1.7%) menjadi RM238.98 juta berbanding RM243.16 juta pada tahun 2013. Penurunan ini disebabkan oleh perbelanjaan berjumlah RM150.74 juta adalah lebih tinggi berbanding terimaan yang berjumlah RM146.56 juta. Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.21. Jadual 4.21 Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Perkara 2013 2014 (%) Baki Pada 1 Januari 241.69 243.16 1.47 0.6 Terimaan 138.01 146.56 8.55 6.2 Perbelanjaan 136.54 150.74 14.2 10.4 Baki Pada 31 Disember 243.16 238.98-4.18-1.7 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri iii. Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.22 dan Carta 4.6. Jadual 4.22 Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Baki Pada 1 Januari Terimaan Perbelanjaan Semasa Baki Pada 31 Disember Perbelanjaan Berbanding Terimaan (%) 2010 202.34 112.96 98.09 217.21 86.8 2011 217.21 116.24 91.63 241.82 78.8 2012 241.82 116.62 116.75 241.69 100.1 2013 241.69 138.01 136.54 243.16 98.9 2014 243.16 146.56 150.74 238.98 102.9 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri RM Juta 1,000 Carta 4.6 Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 217.21 241.82 241.69 243.16 238.98 100 10 1 2010 2011 2012 2013 2014 Terimaan Perbelanjaan Semasa Baki Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 24

iv. Pada tahun 2014, sejumlah RM150.74 juta atau 102.9% telah dibelanjakan daripada jumlah terimaan RM146.56 juta. Berdasarkan Malaysian Road Record Information System (MARRIS), panjang jalan negeri sehingga 31 Disember 2014 adalah 7,675.88 km. v. Analisis Audit mendapati sejumlah RM85.09 juta telah dibelanjakan bagi penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan sejak tahun 2012 hingga 2014. Penyelenggaraan jalan-jalan tersebut adalah bagi melebarkan laluan FT3 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dari Kampung Kolam, Marang ke Rantau Abang, Dungun dan menggantikan 2 pembentung kekotak di KM10-KM11 Jalan FT145 di Giant, Kijal, Kemaman masing-masing sejumlah RM59.11 juta dan RM25.98 juta. vi. Pada tahun 2014, sejumlah RM24.38 juta telah diganti semula melalui pelarasan jurnal daripada peruntukan jalan persekutuan terlibat masing-masing sejumlah RM9.48 juta bagi kerja melebarkan laluan FT3 dan RM14.90 juta bagi menggantikan 2 pembentung kekotak di Jalan FT145. Manakala baki penggunaan peruntukan sejumlah RM60.71 juta masih belum diganti sehingga akhir tahun 2014. vii. Permohonan bagi menggunakan peruntukan Kumpulan Wang ini bagi tujuan pembaikan jalan persekutuan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada 1 Oktober 2014 tetapi tidak dibenarkan oleh Perbendaharaan Malaysia. 4.6.4. Kumpulan Wang Amanah Awam 4.6.4.1. Kumpulan Wang ini ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk mengakaunkan wang yang diperuntukkan daripada Kerajaan, sumbangan daripada orang awam dan organisasi kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan tertentu. Pengurusan Kumpulan Wang ini perlu dibuat mengikut Arahan Amanah yang diluluskan oleh Perbendaharaan Negeri. Baki Kumpulan Wang ini pada akhir tahun 2014 adalah berjumlah RM69.60 juta berbanding RM320.24 juta pada tahun 2013 iaitu menurun sejumlah RM250.64 juta (78.3%). Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Awam pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.23. Jadual 4.23 Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Awam Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Perkara 2013 2014 (%) Baki Pada 1 Januari 340.04 320.24-19.80-5.8 Penerimaan 341.81 419.78 77.97 22.8 Pembayaran 361.61 670.42 308.81 85.4 Baki Pada 31 Disember 320.24 69.60-250.64-78.3 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 25

4.6.4.2. Kumpulan Wang Amanah Awam menunjukkan penurunan yang ketara pada tahun 2014 disebabkan oleh Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri telah diletakkan di bawah Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan. Analisis Audit mendapati akaun amanah yang menunjukkan peningkatan ketara antaranya adalah Akaun Amanah Program Penyelenggaraan Perumahan yang meningkat sejumlah RM1.20 juta dan Akaun Amanah Tabung Darul Iman 1 (RM0.62 juta). Manakala Akaun Amanah yang menunjukkan penurunan ketara antaranya adalah Akaun Amanah Dana Khas yang menurun sejumlah RM8.32 juta dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (RM1.61 juta). 4.6.4.3. Pada tahun 2014, sebanyak 2 akaun amanah baru seperti di Jadual 4.24 telah ditubuhkan. Jadual 4.24 Akaun Amanah Baru Yang Ditubuhkan Pada Tahun 2014 Bil. Butiran Tujuan Penubuhan 1. Tabung Amanah Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Terengganu 2. Akaun Amanah Pelaburan Negeri Terengganu Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Memperakaunkan wang yang diterima bagi bayaran di bawah Pengurusan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Terengganu peruntukan Kerajaan Persekutuan, sumbangan dan juga derma yang diterima. Memperakaunkan wang yang diterima bagi bayaran dan sumbangan berkaitan apa-apa aktiviti pelaburan dan industri. Baki Akhir (RM) 433 253,854 4.6.4.4. Pada tahun 2014, tiada akaun amanah awam yang ditutup. Bagaimanapun, terdapat satu akaun amanah awam iaitu Akaun Amanah Tabung TATI yang tidak bergerak melebihi 5 tahun sejak tahun 2008 tetapi masih belum ditutup. Baki akaun amanah ini pada 31 Disember 2014 adalah berjumlah RM0.15 juta. 4.6.4.5. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan a. Kumpulan Wang ini ditubuhkan mengikut seksyen 56, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Tujuan penubuhannya adalah untuk melaksanakan pelbagai projek seperti menyedia, melaksana dan mengkaji semula rancangan pengurusan hutan negeri. Punca kewangan bagi Kumpulan Wang ini terdiri daripada pindahan daripada Akaun Hasil Disatukan dan kutipan ses kayu balak. b. Pada tahun 2014, Kumpulan Wang ini mencatatkan defisit sejumlah RM1.61 juta disebabkan perbelanjaan yang berjumlah RM7.05 juta melebihi penerimaan yang berjumlah RM5.44 juta. Defisit ini menjadikan baki terkumpul Kumpulan Wang ini menurun menjadi RM4.04 juta berbanding RM5.65 juta pada tahun 2013. Baki Kumpulan Wang Pembangunan Hutan bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.25. 26

Jadual 4.25 Baki Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Perkara 2010 2011 2012 2013 2014 Baki Pada 1 Januari 3.38 5.16 5.31 6.56 5.65 Penerimaan 4.93 3.43 6.20 4.87 5.44 Pembayaran 3.15 3.28 4.95 5.78 7.05 Surplus/Defisit 1.78 0.15 1.25-0.91-1.61 Baki Pada 31 Disember 5.16 5.31 6.56 5.65 4.04 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri c. Analisis Audit mendapati kutipan ses kayu balak pada tahun 2014 telah meningkat sejumlah RM0.57 juta (11.7%) kepada RM5.44 juta berbanding RM4.87 juta pada tahun 2013. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan pengeluaran kayu balak sebanyak 70,761 meter padu daripada 445,524 meter padu pada tahun 2013 kepada 516,285 meter padu pada tahun 2014. Manakala perbelanjaan Kumpulan Wang pula mencatatkan peningkatan sejumlah RM1.27 juta (21.9%) menjadi RM7.05 juta pada tahun 2014 berbanding RM5.78 juta pada tahun 2013. 4.6.4.6. Amanah Dana Khas a. Akaun Amanah Dana Khas ditubuhkan di bawah seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957. Tujuan penubuhan akaun ini adalah untuk memperakaunkan wang yang diterima bagi melaksanakan program yang dibiayai di bawah Dana Khas. Penerimaan akaun amanah ini adalah terdiri daripada wang yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan sumbangan orang awam, pihak berkuasa berkanun atau manamana entiti yang tidak dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri Terengganu. b. Pada tahun 2014, akaun ini berbaki RM39.37 juta iaitu menurun sejumlah RM8.32 juta (17.4%) berbanding RM47.69 juta pada tahun 2013. Penerimaan pada tahun 2014 berjumlah RM4.47 juta adalah merupakan tambahan peruntukan kepada Pejabat Kesihatan Negeri sejumlah RM2.50 juta serta tambahan peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu sejumlah RM1.97 juta. Kedudukan Akaun Amanah Dana Khas bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.26. Jadual 4.26 Kedudukan Akaun Amanah Dana Khas Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Perkara 2010 2011 2012 2013 2014 Baki Pada 1 Januari 209.27 109.51 70.95 57.87 47.69 Penerimaan 6.09 0.04 4.65 4.19 4.47 Pembayaran 105.85 38.60 17.73 14.37 12.79 Defisit -99.76-38.56-13.08-10.18-8.32 Baki Pada 31 Disember 109.51 70.95 57.87 47.69 39.37 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 27

c. Analisis Audit menunjukkan Akaun Amanah ini mencatatkan defisit sejumlah RM8.32 juta pada tahun 2014 berbanding defisit sejumlah RM10.18 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2014 penerimaan sejumlah RM4.47 juta adalah lebih rendah berbanding perbelanjaan sejumlah RM12.79 juta. Ini menjadikan baki terkumpul Akaun Amanah Dana Khas pada akhir tahun 2014 berjumlah RM39.37 juta berbanding RM47.69 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2014, sejumlah RM8.47 juta telah dibelanjakan bagi membiayai projek-projek pembangunan di Pulau Duyong dan Taman Tamadun Islam, membekal peralatan taska bagi pembukaan taska baru di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga, pemberian peruntukan kepada Tabung Kebajikan Sosial Perubatan serta pemberian peruntukan tambahan bagi Projek Desa Taqwa. Selain itu, sejumlah RM4.32 juta telah dibelanjakan oleh 7 Pusat Tanggungjawab antaranya bagi tujuan program kecemerlangan pendidikan, kesihatan, pembangunan usahawan serta projek pertanian, pembinaan dan penyenggaraan. 4.6.5. Akaun Wang Deposit 4.6.5.1. Deposit merupakan wang yang diterima oleh sesebuah Jabatan bagi maksud tertentu dan perlu dikembalikan setelah selesai maksudnya. Pada akhir tahun 2014, Kerajaan Negeri mempunyai 2 jenis deposit yang diselenggarakan oleh 25 Jabatan/Pejabat melalui 69 akaun deposit yang berjumlah RM242.16 juta. Baki akaun deposit pada tahun 2014 telah menurun sejumlah RM62.48 juta (20.5%) berbanding tahun 2013 yang berjumlah RM304.64 juta. Kedudukan Deposit pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.27. Jadual 4.27 Kedudukan Deposit Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Bil. Tahun Perubahan Bil. Jabatan/Pejabat Akaun 2013 2014 Deposit (%) 1. Pejabat Tanah Kuala Terengganu 4 123.26 64.74-58.52-47.5 2. Pejabat Pengarah Tanah Dan 1 51.97 52.29 0.32 0.6 Galian Negeri 3. Pejabat Menteri Besar Dan 5 49.13 44.95-4.18-8.5 Setiausaha Kerajaan Negeri 4. Jabatan Kerja Raya Negeri 2 20.06 25.95 5.89 29.4 5. Jabatan Perhutanan Negeri 2 17.69 16.12-1.57-8.9 6. Pejabat Tanah Kemaman 5 12.76 9.60-3.16-24.8 7. Pejabat Tanah Marang 4 5.72 6.21 0.49 8.6 8. Jabatan Pengairan Dan Saliran 2 Negeri 5.50 5.32-0.18-3.3 9. Pejabat Tanah Dungun 5 4.61 4.98 0.37 8.0 10. Pejabat Tanah Hulu Terengganu 4 3.33 3.46 0.13 3.9 11. Pejabat Tanah Setiu 4 3.00 2.97-0.03-1.0 12. Jabatan Bekalan Air 2 2.51 1.90-0.61-24.3 13. Jabatan-Jabatan Lain* 29 5.10 3.67-1.43-28.0 Jumlah 69 304.64 242.16-62.48-20.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri *Nota: Jabatan-Jabatan Lain (2013: 14 Jabatan ; 2014: 13 Jabatan) 28

4.6.5.2. Pada tahun 2014, baki Akaun Deposit bagi 9 Jabatan/Pejabat telah mencatatkan peningkatan manakala 14 Jabatan/Pejabat telah mencatatkan penurunan dan 2 Jabatan/Pejabat tidak mencatatkan perubahan berbanding tahun 2013. Pejabat Tanah Kuala Terengganu mempunyai deposit paling tinggi iaitu berjumlah RM64.74 juta pada akhir tahun 2014 diikuti dengan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri sejumlah RM52.29 juta dan Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri sejumlah RM44.95 juta. Antara deposit yang diterima oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu adalah dari Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu masing-masing sejumlah RM31.91 juta, RM21.60 juta dan RM2.23 juta bagi deposit pengambilan balik tanah. 4.6.5.3 Pejabat Tanah Kuala Terengganu mencatatkan penurunan ketara sejumlah RM58.52 juta menjadi RM64.74 juta berbanding RM123.26 juta pada tahun 2013. Penurunan ini adalah disebabkan oleh bayaran pampasan pengambilan balik tanah telah dibuat kepada pemilik tanah. 4.6.5.4. Mengikut Arahan Perbendaharaan 162, deposit yang tidak dituntut selepas tempoh 12 bulan dari tarikh deposit boleh dikembalikan kepada pendeposit, hendaklah diwartakan. Sekiranya deposit berkenaan masih tidak dituntut selepas 3 bulan dari tarikh diwartakan, ia hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil Disatukan. Analisis Audit mendapati sebanyak 59 akaun deposit sejak tahun 1967 hingga 2012 berjumlah RM211.41 juta yang melibatkan 8,371 pendeposit masih tidak dituntut seperti di Jadual 4.28. Deposit yang boleh dikembalikan tetapi masih tidak dituntut hendaklah diambil tindakan pewartaan. Jadual 4.28 Deposit Tidak Dituntut Bagi Tahun 1967 Hingga 2012 Bil. Jabatan/Pejabat Bil. Tempoh Bil. Akaun Deposit Pendeposit Deposit Diterima 1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Jumlah Deposit 4 793 1983-2012 38.96 Kerajaan Negeri 2. Pejabat Perbendaharaan Negeri 2 15 1992-2012 0.33 3. Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri 2 5 2007-2012 0.01 4. Jabatan Kerja Raya Negeri 2 2,724 1967-2012 13.54 5. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri 2 119 1985-2012 3.61 6. Pejabat Daerah Besut 2 15 2006-2012 0.05 7. Pejabat Daerah Dungun 2 124 1998-2012 0.21 8. Pejabat Daerah Hulu Terengganu 2 22 2007-2012 0.09 9. Pejabat Daerah Kemaman 3 140 1973-2012 0.31 10. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 1 84 1993-2012 0.28 11. Pejabat Daerah Marang 2 20 2009-2012 0.08 12. Pejabat Daerah Setiu 1 10 2007-2011 0.03 13. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian 97 1 Negeri 1999-2012 51.75 14. Pejabat Tanah Besut 4 69 1988-2012 0.35 15. Pejabat Tanah Dungun 4 403 1990-2012 4.38 16. Pejabat Tanah Hulu Terengganu 4 647 1973-2012 3.17 17. Pejabat Tanah Kemaman 4 429 1975-2012 7.04 18. Pejabat Tanah Kuala Terengganu 4 984 1987-2012 63.88 19. Pejabat Tanah Marang 4 203 1991-2012 5.36 20. Pejabat Tanah Setiu 3 164 1992-2012 2.89 29

Bil. Jabatan/Pejabat Bil. Akaun Deposit Bil. Pendeposit Tempoh Deposit Diterima Jumlah Deposit 21. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri 1 263 1992-2012 0.23 22. Jabatan Perhutanan Negeri 2 960 1990-2012 13.79 23. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri 1 24 1976-2009 0.05 24. Jabatan Bekalan Air 2 57 1999-2012 1.02 Sumber: Jabatan Audit Negara Jumlah 59 8,371 211.41 4.7. PENYATA PRESTASI KEWANGAN 4.7.1. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil keseluruhan berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber pembiayaannya. Hasil terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Manakala perbelanjaan mengurus terdiri daripada emolumen, perkhidmatan dan bekalan, aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan lain. Kedudukan Penyata Prestasi Kewangan pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.29. Jadual 4.29 Kedudukan Penyata Prestasi Kewangan Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Butiran 2013 2014 (%) Hasil 2,878.76 2,585.25-293.51-10.2 (-) Belanja Mengurus 1,412.53 1,585.70 173.17 12.3 (-) Belanja Pembangunan 915.73 1,071.40 155.67 17.0 Lebihan/Kurangan Keseluruhan 550.50-71.85-622.35-113.1 Lebihan Disokong/Kurangan Dibiayai Oleh: Pinjaman -45.40-48.92-3.52-7.8 Terimaan Balik Pinjaman Dan Pelbagai 23.22 18.54-4.68-20.2 Terimaan Perubahan Tunai, Pelaburan Dan Amanah -528.32 102.23 630.55 119.4 Jumlah Pembiayaan -550.50 71.85 622.35 113.1 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.7.2. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri mencatatkan kurangan keseluruhan berjumlah RM71.85 juta berbanding lebihan keseluruhan berjumlah RM550.50 juta pada tahun 2013. Kurangan ini disebabkan oleh penurunan hasil sejumlah RM293.51 juta serta peningkatan keseluruhan jumlah perbelanjaan (mengurus dan pembangunan) yang berjumlah RM328.84 juta. 4.8. PENYATA AKAUN MEMORANDUM Penyata Akaun Memorandum adalah penyata yang menunjukkan aset dan tanggungan Kerajaan Negeri yang tidak dinyatakan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Penyata ini terdiri daripada Memorandum Aset dan Memorandum Liabiliti. Memorandum Aset menunjukkan sebahagian aset kewangan Kerajaan Negeri iaitu pinjaman boleh dituntut dan 30

pelaburan yang dikenakan kepada perbelanjaan mengurus atau pembangunan. Manakala Memorandum Liabiliti pula menunjukkan liabiliti Kerajaan Negeri iaitu hutang awam. 4.8.1. Pinjaman Boleh Dituntut 4.8.1.1. Pinjaman Boleh Dituntut adalah merupakan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Agensi Negeri (Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan) dengan menggunakan sumber Kerajaan Negeri atau pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Pada akhir tahun 2014, baki Pinjaman Boleh Dituntut (pokok dan tunggakan faedah) adalah berjumlah RM312.66 juta berbanding RM334.32 juta pada tahun 2013 iaitu menurun sejumlah RM21.66 juta. Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.30. Bil. Jadual 4.30 Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Agensi 2013 2014 (%) Badan Berkanun Negeri 322.61 312.32-10.29-3.2 Pihak Berkuasa Tempatan 11.71 0.34-11.37-97.1 Jumlah 334.32 312.66-21.66-6.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.8.1.2. Analisis Audit menunjukkan penurunan baki Pinjaman Boleh Dituntut sejumlah RM21.66 juta adalah disebabkan bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh Agensi Negeri berjumlah RM22.27 juta dan pertambahan faedah tertunggak sejumlah RM0.61 juta. Bayaran balik pinjaman pada tahun 2014 adalah termasuk hapus kira pinjaman di bawah PMINT iaitu bagi Projek Perumahan Awam Nelayan Di Pulau Redang sejumlah RM2.14 juta. Selain itu, tiada pinjaman baru dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada Agensi Negeri pada tahun 2014. Perubahan baki pinjaman pada tahun 2014 adalah seperti di Jadual 4.31. Agensi Badan Berkanun Negeri 1. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 2. 3. Yayasan Islam Terengganu Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu Jadual 4.31 Perubahan Baki Pinjaman Pada Tahun 2014 Baki Pinjaman Bayaran Balik Pada Dalam Tahun 1 Januari 2014 Pokok (a) Faedah (b) Faedah Tahun 2014 (c) Pokok (d) Faedah (e) Baki Pinjaman Pada 31 Disember 2014 Pokok (a-d) Faedah (b+c-e) 205.60 66.81 0.61 6.30 2.10 199.30 65.32 39.14 8.56 0.00 0.00 0.00 39.14 8.56 2.50 0.00 0.00 2.50 0.00 0.00 0.00 Jumlah 247.24 75.37 0.61 8.80 2.10 238.44 73.88 31

Bil. Agensi Baki Pinjaman Pada 1 Januari 2014 Pokok (a) Faedah (b) Faedah Tahun 2014 (c) Bayaran Balik Dalam Tahun Pokok (d) Faedah (e) Baki Pinjaman Pada 31 Disember 2014 Pokok (a-d) Faedah (b+c-e) Pihak Berkuasa Tempatan Majlis 11.46 0.25 0.00 11.12 0.25 0.34 0.00 Bandaraya 1. Kuala Terengganu Jumlah 11.46 0.25 0.00 11.12 0.25 0.34 0.00 Jumlah Keseluruhan 258.70 75.62 0.61 19.92 2.35 238.78 73.88 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.8.1.3. Pada tahun 2014, hanya 3 daripada 4 Agensi Negeri yang mempunyai pinjaman dengan Kerajaan Negeri telah membuat bayaran balik pokok dan faedah masing-masing sejumlah RM18.53 juta dan RM1.60 juta. Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut (pokok dan tunggakan faedah) bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.32 dan Carta 4.7. Jadual 4.32 Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Bil. Agensi 2010 2011 2012 2013 2014 Badan Berkanun Negeri 1. Perbadanan Memajukan 280.49 282.23 276.88 272.41 264.62 Iktisad Negeri Terengganu 2. Yayasan Islam Terengganu 57.51 57.51 57.51 47.70 47.70 3. Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu 10.00 10.00 5.00 2.50 0.00 Jumlah 348.00 349.74 339.39 322.61 312.32 Pihak Berkuasa Tempatan 1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 22.27 22.27 22.27 11.71 0.34 Jumlah 22.27 22.27 22.27 11.71 0.34 Jumlah Keseluruhan 370.27 372.01 361.66 334.32 312.66 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 32

22.27 22.27 22.27 11.71 0.34 348.00 349.74 339.39 322.61 312.32 Carta 4.7 Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 RM Juta 1,000 370.27 372.01 361.66 334.32 312.66 100 10 1 0 2010 2011 2012 2013 2014 Badan Berkanun Negeri Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pihak Berkuasa Tempatan 4.8.1.4. Analisis Audit mendapati baki Pinjaman Boleh Dituntut menunjukkan trend menurun bermula dari tahun 2011 hingga 2014. Baki pinjaman oleh Badan Berkanun Negeri pada tahun 2010 berjumlah RM348.0 juta meningkat kepada RM349.74 juta pada tahun 2011. Bagaimanapun, baki pinjaman menurun kepada RM339.39 juta pada tahun 2012 dan terus menurun kepada RM312.32 juta pada tahun 2014. Manakala baki pinjaman oleh Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan penurunan dari RM22.27 juta pada tahun 2010 kepada RM0.34 juta pada tahun 2014. 4.8.1.5. Sebanyak 9 pinjaman berjumlah RM13.61 juta telah diselesaikan oleh 3 agensi iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada tahun 2014. 4.8.1.6. Pada tahun 2014, bayaran balik pinjaman yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM329.61 juta (anuiti tahun semasa sejumlah RM6.56 juta dan tunggakan bayaran balik awal tahun 2014 sejumlah RM323.05 juta). Bagaimanapun, bayaran balik pinjaman termasuk pokok dan faedah yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah berjumlah RM20.13 juta (tidak termasuk hapus kira pinjaman di bawah PMINT sejumlah RM2.14 juta) iaitu hanya 6.1% daripada bayaran balik yang sepatutnya diterima. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM8.76 juta telah dijelaskan secara tunai manakala sejumlah RM11.37 juta diselesaikan melalui pelarasan. 4.8.1.7. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut Pada akhir tahun 2014, Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut adalah berjumlah RM307.34 juta iaitu menurun sejumlah RM15.71 juta atau 4.9% berbanding RM323.05 juta pada tahun 2013. Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.33. 33

0.34 20.32 20.81 21.29 11.22 309.46 321.94 322.17 311.83 307.0 Jadual 4.33 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Agensi 2013 2014 (%) Badan Berkanun Negeri 311.83 307.00-4.83-1.5 Pihak Berkuasa Tempatan 11.22 0.34-10.88-97.0 Jumlah 323.05 307.34-15.71-4.9 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.8.1.8. Kedudukan tunggakan bayaran balik pinjaman boleh dituntut (pokok dan faedah) bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.34 dan Carta 4.8. Bil. Jadual 4.34 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Agensi Badan Berkanun Negeri 1. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 2010 2011 Tahun 2012 2013 2014 251.95 261.93 264.66 264.13 259.30 2. Yayasan Islam Terengganu 57.51 57.51 57.51 47.70 47.70 3. Lembaga Tabung Amanah 0.00 2.50 0.00 0.00 0.00 Warisan Negeri Terengganu Jumlah 309.46 321.94 322.17 311.83 307.00 Pihak Berkuasa Tempatan 1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 20.32 20.81 21.29 11.22 0.34 Jumlah 20.32 20.81 21.29 11.22 0.34 Jumlah Keseluruhan 329.78 342.75 343.46 323.05 307.34 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri RM Juta 1,000 Carta 4.8 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 329.78 342.75 343.46 323.05 307.34 100 10 1 0 2010 2011 2012 2013 2014 Badan Berkanun Negeri Pihak Berkuasa Tempatan Jumlah Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 34

4.8.1.9. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya baki tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut bagi tahun 2010 hingga 2014 menunjukkan trend naik turun. Baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2011 dan 2012 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya (2010 dan 2011). Keadaan ini disebabkan oleh kegagalan Agensi Negeri menjelaskan bayaran balik mengikut jadual. Manakala baki tunggakan bayaran balik pinjaman mengalami penurunan pada tahun 2013 dan 2014 berbanding tahun sebelumnya. 4.8.1.10. Semakan Audit bagaimanapun mendapati tunggakan bayaran balik pinjaman bagi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pada akhir tahun 2014 adalah berbeza antara rekod Kerajaan Negeri dan surat pengesahan oleh PMINT. Tunggakan bayaran balik PMINT mengikut rekod Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM259.30 juta iaitu berbeza sejumlah RM2.25 juta berbanding RM257.05 juta mengikut surat pengesahan oleh PMINT. Perbezaan tersebut adalah disebabkan 16 pinjaman sejumlah RM2.25 juta yang telah dijelaskan oleh PMINT tetapi tidak diambil kira dalam rekod Kerajaan Negeri. Manakala, semakan terhadap pelarasan tunggakan pinjaman yang disediakan oleh PMINT mendapati 13 pinjaman berjumlah RM194.48 juta yang terlibat dengan pengambil alihan oleh Terengganu Incorporated Sdn. Bhd (TISB) tidak diambil kira sebagai baki tunggakan oleh PMINT. 4.8.1.11. Mengikut perjanjian pinjaman antara Kerajaan Negeri dan Agensi, bayaran balik pinjaman hendaklah dibayar mengikut jadual bayaran balik dan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Semakan Audit mendapati sebanyak 53 pinjaman yang sepatutnya telah selesai masih mempunyai baki belum selesai berjumlah RM294.33 juta (pokok dan faedah). Pinjaman ini adalah pinjaman yang diberi kepada PMINT dan Yayasan Islam Terengganu yang mana sepatutnya diselesaikan seawal tahun 1983 dan selewatnya pada tahun 2012. Selain itu, sebanyak 25 pinjaman kepada PMINT berjumlah RM93.27 juta (pokok) yang dikeluarkan antara tahun 1977 hingga 1993 belum pernah dibuat bayaran balik. Faedah tertunggak bagi 25 pinjaman ini adalah berjumlah RM25.65 juta menjadikan baki pinjaman yang perlu dijelaskan berjumlah RM118.92 juta. 4.8.2. Pelaburan 4.8.2.1. Pelaburan yang telah dikenakan kepada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan tidak dilaporkan di Penyata Kedudukan Kewangan tetapi ditunjukkan dalam Penyata Akaun Memorandum. Pada akhir tahun 2014, Pelaburan Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM60.07 juta iaitu tidak berubah sejak tahun 2010. Pelaburan ini merupakan pelaburan saham tak tersiar harga dalam Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. berjumlah RM59.57 juta dan MBI Capital Sdn. Bhd. berjumlah RM0.50 juta. 4.8.2.2. Kedudukan pelaburan bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.35. 35

2.38 4.57 60.07 60.07 60.07 60.07 60.07 Jadual 4.35 Kedudukan Pelaburan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Butiran 2010 2011 2012 2013 2014 Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. 59.57 59.57 59.57 59.57 59.57 MBI Capital Sdn. Bhd. 0.50 0.50 0.50 0.50 0.50 Jumlah 60.07 60.07 60.07 60.07 60.07 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.8.2.3. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri tidak menerima dividen daripada pelaburan yang dibuat. Kedudukan pelaburan dan pulangan dividen Kerajaan Negeri bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Carta 4.9. Carta 4.9 Kedudukan Pelaburan Dan Pulangan Dividen Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 RM Juta 100 10 1 2010 2011 2012 2013 2014 Pelaburan Dividen Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.8.3. Hutang Awam 4.8.3.1. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa ada menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunannya. Kedudukan Hutang Awam (pokok dan tunggakan faedah) pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.36. Jadual 4.36 Kedudukan Hutang Awam PadaTahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Butiran Pinjaman 2013 2014 (%) 1. Bekalan Air 743.18 742.77-0.41-0.1 2. Perumahan Awam Kos Rendah 105.05 95.25-9.8-9.3 3. Pembangunan Kawasan Perindustrian 37.36 37.62 0.26 0.7 4. Ladang Awam 77.36 51.58-25.78-33.3 5. Pelaburan 26.38 5.32-21.06-79.8 6. Pembangunan Hutan 0.83 0.56-0.27-32.5 Jumlah 990.16 933.10-57.06-5.8 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 36

4.8.3.2. Pada tahun 2014, baki hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM57.06 juta (5.8%) menjadi RM933.10 juta berbanding RM990.16 juta pada tahun 2013. Penurunan ini adalah disebabkan oleh bayaran balik hutang oleh Kerajaan Negeri iaitu sejumlah RM61.05 juta (pokok dan faedah). Bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan sejumlah RM61.05 juta adalah bagi menjelaskan pinjaman antaranya bagi Perumahan Awam Kos Rendah, Pelaburan dan Ladang Awam. 4.8.3.3. Kedudukan Hutang Awam (pokok dan tunggakan faedah) bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.37 dan Carta 4.10. Jadual 4.37 Kedudukan Hutang Awam Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Bil. Butiran Pinjaman 2010 2011 2012 2013 2014 1. Bekalan Air 702.88 708.39 722.19 743.18 742.77 2. Perumahan Awam Kos Rendah 166.62 150.95 126.78 105.05 95.25 3. Pembangunan Kawasan 91.49 78.30 58.20 37.36 37.62 Perindustrian 4. Ladang Awam 89.67 92.11 85.96 77.36 51.58 5. Pelaburan 45.06 32.40 28.93 26.38 5.32 6. Pembangunan Hutan 3.78 0.85 1.61 0.83 0.56 Jumlah 1,099.50 1,063.00 1,023.67 990.16 933.10 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri RM Juta 1,150 1,100 Carta 4.10 Kedudukan Hutang Awam Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 1,099.50 1,063.00 1,050 1,000 1,023.67 990.16 950 933.10 900 2010 2011 2012 2013 2014 Hutang Awam Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.8.3.4. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya baki Hutang Awam bagi tahun 2010 hingga 2014 menunjukkan trend menurun. Baki Hutang Awam menurun daripada RM1.01 bilion pada tahun 2010 kepada RM933.10 juta pada tahun 2014. Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membuat bayaran balik sejumlah RM298.59 juta (pokok dan faedah) sepanjang tempoh 2010 hingga 2014 berbanding RM97.98 juta pinjaman yang diterima sepanjang tempoh tersebut. 37

4.8.3.5. Pada tahun 2014, pinjaman di bawah tujuan pinjaman pelaburan berjumlah RM20.0 juta telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Pinjaman tersebut adalah pinjaman bagi membiayai Skim Amanah Saham Darul Iman (ASDI). 4.8.3.6. Semakan Audit terhadap baki hutang Kerajaan Negeri mendapati baki hutang bagi projek Ladang Hutan Kompensatori Fasa II ADB di bawah tujuan pinjaman pembangunan hutan adalah berbeza antara rekod Kerajaan Negeri dan surat pengesahan oleh Jabatan Akauntan Negara seperti di Jadual 4.38. Jadual 4.38 Perbezaan Baki Antara Rekod Kerajaan Negeri Dan Jabatan Akauntan Negara Baki Pinjaman Bil. Butiran Pinjaman Sehingga 31 Disember 2014 Nombor Rekod Rekod Perbezaan Akaun Kerajaan Kerajaan Pinjaman Negeri Persekutuan 1. Pembangunan Hutan 99708 0.28 1.12 0.84 Jumlah 0.84 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Surat Pengesahan Jabatan Akauntan Negara 4.8.3.7. Perbezaan sejumlah RM0.84 juta ini adalah disebabkan oleh perbezaan kadar tukaran mata wang asing yang diambil kira oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Akauntan Negara. Kadar tukaran mata wang asing yang diambil kira oleh Kerajaan Negeri adalah mengikut kadar semasa pinjaman diterima manakala Jabatan Akauntan Negara adalah berdasarkan kadar semasa ketika pengesahan dibuat. 4.8.3.8. Kedudukan tunggakan bayaran balik Hutang Awam bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.39. Jadual 4.39 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Hutang Awam Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Bil. Butiran Pinjaman 2010 2011 2012 2013 2014 1. Bekalan Air 212.28 238.41 273.20 303.48 339.45 2. Perumahan Awam Kos Rendah 43.60 34.57 17.13 2.45 0.02 3. Pembangunan Kawasan 81.59 69.46 50.48 30.81 32.28 Perindustrian 4. Ladang Awam 77.36 85.96 85.96 77.36 51.58 5. Pelaburan 35.49 23.88 21.48 20.00 0.00 6. Pembangunan Hutan 2.61 0.29 1.51 0.05 0.00 Jumlah 452.93 452.57 449.76 434.15 423.33 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 38

4.8.3.9. Analisis Audit mendapati baki tunggakan bayaran balik Hutang Awam menunjukkan trend menurun daripada RM452.93 juta pada tahun 2010 kepada RM423.33 juta pada tahun 2014. Baki tunggakan hutang awam telah menurun sejumlah RM10.82 juta (2.5%) kepada RM423.33 juta pada tahun 2014 berbanding RM434.15 juta pada tahun 2013. Bagaimanapun, tunggakan bayaran balik bagi pinjaman bekalan air meningkat setiap tahun dari tahun 2010 hingga tahun 2014. 4.8.3.10. Pada tahun 2014, bayaran balik yang sepatutnya dibuat bagi pinjaman bekalan air adalah berjumlah RM339.45 juta (anuiti tahun semasa sejumlah RM35.97 juta dan tunggakan bayaran balik awal tahun 2014 sejumlah RM303.48 juta). Bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak membuat bayaran balik pinjaman bekalan air pada tahun 2014. Ini menyebabkan tunggakan bayaran balik bagi pinjaman bekalan air meningkat setiap tahun. 4.8.3.11. Mengikut perjanjian pinjaman antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, bayaran balik pinjaman hendaklah dibayar mengikut jadual bayaran balik dan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Semakan Audit mendapati 4 pinjaman di bawah tujuan pinjaman Ladang Awam, Bekalan Air dan Pembangunan Kawasan Perindustrian yang sepatutnya telah selesai masih mempunyai baki belum selesai berjumlah RM106.91 juta terdiri daripada baki pokok sejumlah RM91.37 juta dan tunggakan faedah sejumlah RM15.54 juta. Selain itu, sebanyak 34 pinjaman berjumlah RM238.56 juta (pokok) yang dikeluarkan antara tahun 1995 hingga 2012 belum pernah dibuat bayaran balik oleh Kerajaan Negeri. Manakala faedah tertunggak bagi 34 pinjaman ini adalah berjumlah RM8.89 juta menjadikan baki pinjaman yang perlu dijelaskan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM247.45 juta. 4.9. Akaun Belum Terima 4.9.1. Akaun Belum Terima (ABT) adalah sejumlah wang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri pada suatu masa tetapi masih belum diterima. Akaun Belum Terima terdiri daripada tunggakan faedah pinjaman, cukai tanah dan lain-lain hasil. Kedudukan ABT pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.40. Jadual 4.40 Kedudukan Akaun Belum Terima Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Butiran 2013 2014 (%) Faedah Pinjaman 75.62 74.63-0.99-1.3 Cukai Tanah 11.31 11.17-0.14-1.2 Lain-lain Hasil 1.97 0.43-1.54-78.2 Jumlah 88.90 86.23-2.67-3.0 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 39

4.9.2. Analisis Audit mendapati pada akhir tahun 2014, jumlah ABT Kerajaan Negeri menurun sejumlah RM2.67 juta (3.0%) menjadi RM86.23 juta berbanding RM88.90 juta pada tahun 2013. Ini disebabkan oleh penurunan faedah pinjaman, cukai tanah dan lain-lain hasil berjumlah RM2.67 juta. 4.9.3. Kedudukan ABT bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 4.41. Jadual 4.41 Kedudukan Akaun Belum Terima Bagi Tahun 2010 Hingga 2014 Tahun Butiran 2010 2011 2012 2013 2014 Faedah Pinjaman 76.39 78.91 79.74 75.62 74.63 Cukai Tanah 11.83 10.13 9.63 11.31 11.17 Lain-lain Hasil 0.34 0.27 0.36 1.97 0.43 Jumlah 88.56 89.31 89.73 88.90 86.23 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.9.4. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, jumlah ABT menunjukkan trend naik turun dari tahun 2010 hingga 2014. Faedah Pinjaman Boleh Dituntut merupakan 86.5% daripada jumlah keseluruhan ABT pada tahun 2014. Manakala Cukai Tanah mencatatkan sedikit penurunan iaitu menurun sejumlah RM0.14 juta (1.2%) daripada RM11.31 juta pada tahun 2013 kepada RM11.17 juta pada tahun 2014. Kedudukan tunggakan Cukai Tanah mengikut Pejabat Tanah pada tahun 2014 berbanding 2013 adalah seperti di Jadual 4.42. Jadual 4.42 Kedudukan Tunggakan Cukai Tanah Mengikut Pejabat Tanah Pada Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Pejabat 2013 2014 (%) 1. Pejabat Tanah Kuala Terengganu 2.53 2.45-0.08-3.2 2. Pejabat Tanah Hulu Terengganu 2.10 2.18 0.08 3.8 3. Pejabat Tanah Kemaman 1.95 1.76-0.19-9.7 4. Pejabat Tanah Besut 1.63 1.73 0.10 6.1 5. Pejabat Tanah Marang 1.23 1.20-0.03-2.4 6. Pejabat Tanah Setiu 0.85 1.05 0.20 23.5 7. Pejabat Tanah Dungun 1.02 0.80-0.22-21.6 Jumlah 11.31 11.17-0.14-1.2 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 4.9.5. Analisis Audit mendapati 3 Pejabat Tanah mencatatkan peningkatan tunggakan cukai tanah berbanding 4 Pejabat Tanah yang mencatatkan penurunan. Pejabat Tanah Dungun mencatatkan penurunan tunggakan cukai tanah tertinggi iaitu sejumlah RM0.22 juta (21.6%) menjadi RM0.80 juta berbanding RM1.02 juta pada tahun 2013. Manakala Pejabat Tanah Setiu mencatatkan peningkatan sejumlah RM0.20 juta (23.5%) menjadi RM1.05 juta berbanding RM0.85 juta pada tahun 2013. 40

4.9.6. Semakan Audit mendapati tunggakan Faedah Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2014 berjumlah RM74.63 juta adalah termasuk hapus kira faedah pinjaman bagi Projek Perumahan Awam Nelayan Pulau Redang sejumlah RM0.76 juta. Selain itu, sejumlah RM0.20 juta tunggakan bayaran balik pinjaman Projek Ayam Nukleas di bawah Jabatan Veterinar Negeri Terengganu tidak dilaporkan dalam Penyata Akaun Belum Terima tahun 2014. Bagaimanapun, surat bagi mendapatkan penjelasan terhadap perkara tersebut telah dihantar oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri pada 7 Mei 2015. 4.9.7. Selain itu, tunggakan hasil bekalan air sejumlah RM5.0 juta pada tahun 2014 yang sepatutnya dibayar oleh Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd (SATU) kepada Kerajaan Negeri tidak dilaporkan dalam ABT. Tunggakan hasil sejumlah RM5.0 juta ini tidak termasuk jumlah tunggakan hasil sebenar yang masih tidak dapat dipastikan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri. 4.10. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT 4.10.1. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah baik walaupun terdapat penurunan dalam baki Kumpulan Wang Disatukan. Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 mencatatkan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM638.24 juta iaitu menurun sejumlah RM121.72 juta (16.0%) berbanding baki sejumlah RM759.96 juta pada tahun 2013. Akaun Hasil Disatukan menunjukkan defisit sejumlah RM157.97 juta berbanding surplus RM401.57 juta pada tahun 2013. Defisit ini menjadikan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan telah menurun kepada surplus RM303.53 juta berbanding surplus RM461.50 juta pada tahun 2013. Baki Pinjaman Boleh Dituntut telah menurun sejumlah RM21.66 juta atau 6.5%. Prestasi pembayaran balik Hutang Awam pada tahun 2014 adalah baik kerana jumlah Hutang Awam menurun sejumlah RM57.06 juta manakala baki tunggakan bayaran balik Hutang Awam juga menurun sejumlah RM10.82 juta. Kumpulan Wang Pembangunan pula mencatatkan surplus berjumlah RM56.47 juta pada tahun 2014 berbanding RM127.47 juta pada tahun 2013. 4.10.2. Kerajaan Negeri hendaklah terus merancang perbelanjaan dengan lebih cekap dan berhemat selaras dengan dasar Kerajaan Negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri. Selain itu, tindakan berterusan perlu diambil untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri serta mengutip tunggakan hasil dan tunggakan bayaran balik pinjaman daripada Agensi Negeri yang berkenaan. Seterusnya hutang kepada Kerajaan Persekutuan hendaklah dibayar mengikut jadual dan tunggakan bayaran balik perlu diselesaikan. Kerajaan Negeri juga hendaklah memastikan pelaburan Kerajaan Negeri dalam syarikat subsidiari dapat memberi pulangan dividen yang sewajarnya. 41

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI 5. PENCAPAIAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN 5.1. Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu untuk tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2011 hingga 2015. Rancangan ini adalah berdasarkan Hala Tuju Pembangunan Negeri Terengganu yang menjelaskan strategi, program dan projek yang akan diperkenal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pembangunan Negeri Terengganu. Ia adalah signifikan ke arah menggerakkan Negeri Terengganu mencapai status negeri maju menjelang tahun 2020. 5.2. Bagi menjayakan Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu, siling peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM6.23 bilion dan telah diagihkan kepada 16 Jabatan/Pejabat. Jabatan/Pejabat yang menerima peruntukan tertinggi adalah Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM4.22 bilion atau 84.5%. Pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011 hingga 2014 adalah seperti di Jadual 5.1. Jadual 5.1 Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan Bagi Tahun 2011 Hingga 2014 Peruntukan Perbelanjaan Pencapaian Tahun (%) 2011 1,280.24 1,100.49 86.0 2012 1,222.63 1,036.00 84.7 2013 1,239.23 945.62 76.3 2014 1,247.63 1,082.57 86.8 Jumlah 2011-2014 4,989.73 4,164.68 83.5 2015 1,236.12 0.00 0.0 Jumlah RMKe-10 6,225.85 4,164.68 66.9 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Anggaran Belanjawan 2015 5.2.1. Analisis Audit mendapati pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011 hingga 2014 adalah antara 76.3% hingga 86.8%. Pada keseluruhannya, sejumlah RM4.16 bilion atau 83.5% daripada RM4.99 bilion peruntukan telah dibelanjakan dalam tempoh tersebut. Jumlah ini merupakan 66.9% daripada siling peruntukan pembangunan yang berjumlah RM6.23 bilion. 5.2.2. Secara keseluruhannya sejumlah RM4.99 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada 16 Jabatan/Pejabat bagi melaksanakan sebanyak 4,044 projek bagi tempoh 2011 hingga 2014 seperti di Jadual 5.2. 45

Jadual 5.2 Peruntukan Dan Bilangan Projek Pembangunan Bagi Tempoh 2011 Hingga 2014 Bil. Jabatan/Pejabat Peruntukan Projek (Bilangan) 1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri 4,215.83 2,142 2. Pejabat Perbendaharaan Negeri 40.00 28 3. Jabatan Kerja Raya Negeri 80.32 135 4. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri 70.50 365 5. Pejabat Daerah Besut 8.00 126 6. Pejabat Daerah Dungun 8.00 56 7. Pejabat Daerah Hulu Terengganu 8.00 141 8. Pejabat Daerah Kemaman 8.00 91 9. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 24.83 521 10. Pejabat Daerah Marang 8.00 109 11. Pejabat Daerah Setiu 8.00 103 12. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri 208.00 4 13. Jabatan Perhutanan Negeri 7.65 46 14. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri 10.27 34 15. Jabatan Pertanian Negeri 9.55 37 16. Jabatan Bekalan Air 274.78 106 Jumlah 4,989.73 4,044 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Jabatan Negeri 5.2.3. Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2014 Pada tahun 2014, peruntukan yang diluluskan kepada 16 Jabatan/Pejabat adalah berjumlah RM1.25 bilion. Daripada peruntukan tersebut, sejumlah RM1.08 bilion telah dibelanjakan bagi melaksanakan projek pembangunan. Pencapaian perbelanjaan pembangunan sehingga 31 Disember 2014 adalah seperti di Jadual 5.3. Jadual 5.3 Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan Sehingga 31 Disember 2014 Perbelanjaan Peruntukan Sehingga Yang Bil. Jabatan/Pejabat 31 Disember Diluluskan 2014 Pencapaian (%) 1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha 1,103.03 995.21 90.2 Kerajaan Negeri 2. Pejabat Perbendaharaan Negeri 10.00 1.14 11.4 3. Jabatan Kerja Raya Negeri 18.00 16.78 93.2 4. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri 12.40 11.32 91.3 5. Pejabat Daerah Besut 2.00 2.00 100.0 6. Pejabat Daerah Dungun 2.00 2.00 100.0 7. Pejabat Daerah Hulu Terengganu 2.00 1.79 89.5 8. Pejabat Daerah Kemaman 2.00 2.00 100.0 9. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 6.00 5.92 98.7 10. Pejabat Daerah Marang 2.00 1.97 98.5 11. Pejabat Daerah Setiu 2.00 2.00 100.0 12. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri 40.00 23.79 59.5 13. Jabatan Perhutanan Negeri 1.85 1.42 76.8 14. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri 2.00 1.71 85.5 15. Jabatan Pertanian Negeri 2.35 2.35 100.0 16. Jabatan Bekalan Air 40.00 11.17 27.9 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Jumlah 1,247.63 1,082.57 86.8 46

5.2.4. Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan Tahun 2014 5.2.4.1. Pada tahun 2014, sebanyak 1,884 projek telah dirancang untuk dilaksanakan oleh 16 Jabatan/Pejabat. Pada keseluruhannya, sebanyak 1,684 projek atau 89.4% daripada 1,884 projek yang diluluskan telah siap dilaksanakan, 160 projek (8.5%) dalam pelaksanaan dan 40 projek (2.1%) masih belum dimulakan. Status pencapaian pelaksanaan projek pembangunan pada tahun 2014 adalah seperti di Jadual 5.4 dan Carta 5.1. Jadual 5.4 Status Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan Pada Tahun 2014 Bil. Jabatan/Pejabat Jumlah Belum Mula Sedang Dilaksanakan 1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha 1,328 36 143 1,149 Kerajaan Negeri 2. Pejabat Perbendaharaan Negeri 6 1 0 5 3. Jabatan Kerja Raya Negeri 84 1 4 79 4. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri 90 1 3 86 5. Pejabat Daerah Besut 29 0 0 29 6. Pejabat Daerah Dungun 19 0 0 19 7. Pejabat Daerah Hulu Terengganu 24 0 1 23 8. Pejabat Daerah Kemaman 28 0 0 28 9. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 155 0 1 154 10. Pejabat Daerah Marang 36 0 1 35 11. Pejabat Daerah Setiu 26 0 3 23 12. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri 1 0 1 0 13. Jabatan Perhutanan Negeri 9 1 0 8 14. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri 8 0 0 8 15. Jabatan Pertanian Negeri 7 0 0 7 16. Jabatan Bekalan Air 34 0 3 31 Sumber: Jabatan Negeri Siap Jumlah 1,884 40 160 1,684 Carta 5.1 Status Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan Pada Tahun 2014 Sedang Laksana 160 Projek (8.5%) Belum Mula 40 Projek (2.1%) Siap 1,684 Projek (89.4%) Sumber: Jabatan Negeri 47

5.2.4.2. Berdasarkan Jadual 5.4 di atas, sebanyak 5 Jabatan/Pejabat telah berjaya menyiapkan semua projek yang dirancang pada tahun 2014. Antara projek tersebut adalah pembinaan jalan baru dari Keruak, Hulu Besut ke Gunong Bongsu, Besut, pembinaan dan penyiapan jalan masuk utama ke Bandar Baru Kijal, Projek Perdagangan dan Perindustrian di bawah Majlis Daerah Besut dan pembinaan Rumah Pangsa Mampu Milik Kg. Batin. Manakala 160 projek yang masih dalam pelaksanaan antaranya adalah pembinaan istana baru di Bukit Chendering, pembinaan jambatan di atas Sungai Terengganu ke Pulau Sekati, Manir, Terengganu, pembinaan Double Road Frontage (Fasa 2) di Taman Shahbandar dan pembinaan bangunan pusat pentadbiran MBKT. Sebanyak 40 projek masih belum dimulakan dan 5 projek terbesar yang belum dimulakan pada tahun 2014 adalah seperti di Jadual 5.5. Jadual 5.5 Senarai 5 Projek Terbesar Yang Belum Dimulakan Pada Tahun 2014 Bil. Nama Projek Kos Projek Peruntukan Tahun 2014 Sebab Belum Mula 1. Pembinaan Jalan Kuala 150.00 0.40 Masalah reka bentuk. Terengganu By Pass Fasa 3 Dan Feeder Road, Kuala Terengganu 2. Rumah Mampu Milik Seri 45.00 0.10 Dalam proses mereka Bandi, Kemaman 3. Cadangan Pembangunan Pasar Cabang Tiga Dan Kerja-Kerja Berkaitan 4. Cadangan Pembinaan Kompleks Sukan/ Mini Stadium Hulu Terengganu 5. Pemasangan Elektrik Untuk Pencahayaan Jambatan Sultan Mahmud (Projek Penting Luar Jangka) Sumber: Jabatan Negeri 5.3. RUMUSAN bentuk. 35.00 0.58 Masih dalam perbincangan. 10.00 0.60 Dalam proses lantikan perunding. 3.00 3.00 Peruntukan lewat diterima dari Pejabat Perbendaharaan Negeri. Pada keseluruhannya, pencapaian perbelanjaan pembangunan pada tahun 2014 adalah baik. Sehingga 31 Disember 2014, perbelanjaan pembangunan adalah berjumlah RM1.08 bilion atau 86.8% daripada RM1.25 bilion peruntukan yang diluluskan. Manakala sebanyak 1,684 projek atau 89.4% daripada 1,884 projek yang dirancang berjaya disiapkan, 160 projek dalam pelaksanaan dan 40 projek masih belum dimulakan. 48

PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI 6. LATAR BELAKANG 6.1. Seksyen 15(A), Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaharaan telah menetapkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal di Kementerian/Jabatan bagi menjamin wujudnya akauntabiliti pengurusan kewangan Kerajaan. Antara lain, Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa peruntukan kewangan dan sumber lain yang secukupnya diperoleh, digunakan dan diperakaunkan mengikut peraturan kewangan. 6.2. Selaras dengan Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit 1957, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kewangan serta aktiviti Jabatan/Agensi Negeri dan mengemukakan laporan mengenainya untuk dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Di bawah kriteria pengauditan pematuhan, semakan dibuat untuk menilai sama ada pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri telah mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. 7. PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI 7.1. Pada tahun 2014, beberapa usaha yang berterusan telah diambil oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan Jabatan/Agensi masing-masing. Antara langkah yang diambil adalah seperti di Jadual 7.1. Jadual 7.1 Usaha Penambahbaikan/Pembaharuan Yang Telah Diambil Oleh Jabatan/Agensi Negeri Bil. Jabatan/Agensi Penambahbaikan/Pembaharuan 1. Majlis Daerah Besut i. Perancangan dan pengurusan perbelanjaan menjadi salah satu agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan Majlis. ii. Memastikan peruntukan perbelanjaan mengurus dalam lingkungan 80% hingga 90% daripada anggaran hasil tahun dan bakinya adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Ini adalah untuk mengelak perbelanjaan mengurus melebihi hasil yang dipungut. 2. Majlis Sukan Negeri i. Penggunaan dan aplikasi sistem perakaunan pada urusan harian dan tujuan pelaporan telah ditingkatkan setelah diperkenalkan dengan Sistem Perakaunan SQL mulai tahun 2013. ii. Bengkel dan kursus dalaman berkaitan dengan tatacara perakaunan telah diadakan kepada kakitangan pada 28 30 Oktober 2014 khusus kepada kakitangan di Bahagian Kewangan, Pentadbiran dan Pelupusan Aset. iii. Menambah kakitangan bagi urusan berkaitan aset dan harta modal dan menghantar kakitangan tersebut menghadiri kursus dan bengkel yang berkaitan. 51

Bil. Jabatan/Agensi Penambahbaikan/Pembaharuan 3. Jabatan Pertanian Menubuhkan Pasukan Pembimbing dari Bahagian Kewangan yang berfungsi memberi tunjuk ajar disamping membuat pembetulan kepada mana-mana amalan pengurusan kewangan yang bersalahan dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. 4. Majlis Daerah Marang i. Akan menggunakan Terminal Penerimaan Pembayaran Melalui Kad Kredit/Debit/e-Debit di kaunter Majlis. ii. Menggunakan bayaran secara online iii. Akan menggunakan bayaran melalui Electronic Fund Transfer iv. Menggunakan Sistem Perakaunan MYOB dalam penyediaan penyata kewangan. v. Menggunakan Centralized Storage System di Unit Stor 5. Lembaga Muzium Negeri 8. PELAKSANAAN INDEKS AKAUNTABILITI i. Menggunakan sistem perakaunan UBS dalam menyediakan penyata kewangan tahunan. ii. Melaksanakan sistem e-gaji 8.1. Sebagai satu usaha untuk meningkatkan tahap motivasi Jabatan/Agensi Negeri agar lebih gigih memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan pencapaian pengurusan kewangan masing-masing, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan sistem penarafan berdasarkan Indeks Akauntabiliti sejak tahun 2007. Melalui pelaksanaan sistem penarafan ini, setiap pematuhan oleh Jabatan terhadap peraturan kewangan bagi 6 aspek kawalan utama diberikan markah. Aspek tersebut ialah Kawalan Pengurusan; Kawalan Bajet; Kawalan Terimaan; Kawalan Perbelanjaan; Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit; serta Pengurusan Aset, Inventori dan Stor. Bagi Pejabat Perbendaharaan Negeri serta Agensi Negeri selain kesemua 6 kawalan di atas, kawalan terhadap Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan Pengurusan Penyata Kewangan turut dinilai. Jabatan/Agensi Negeri yang diberi tahap penarafan yang cemerlang boleh dijadikan sebagai tanda aras (role model) kepada Jabatan/Agensi Negeri yang lain. Secara umumnya, sesuatu Jabatan/Agensi Negeri diberi tahap pencapaian pengurusan kewangan berdasarkan markah keseluruhan seperti di Jadual 8.1. Jadual 8.1 Tahap Pencapaian Pengurusan Kewangan Markah Keseluruhan (%) Tahap Penarafan 90-100 Sangat Baik 70 89.9 Baik 50 69.9 Memuaskan 49.9 ke bawah Tidak Memuaskan Sumber: Jabatan Audit Negara 52

8.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN Bagi membolehkan penarafan diberi kepada tahap pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri, pengauditan telah dijalankan untuk menilai sama ada: 8.2.1. Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan. 8.2.2. Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil, perbelanjaan, pengurusan akaun amanah, aset dan inventori, pelaburan serta pinjaman. 8.2.3. Pengurusan kewangan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. 8.2.4. Rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini. 8.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN Pada tahun 2014, pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabilti telah dijalankan di 14 Jabatan/Agensi Negeri meliputi 12 Jabatan/Agensi Negeri berdasarkan pusingan, manakala pengauditan setiap tahun dilaksanakan terhadap 2 Jabatan Negeri iaitu Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Jabatan/Agensi yang dijalankan pengauditan berdasarkan pusingan ialah Pejabat Daerah Dungun, Pejabat Tanah Kemaman, Pejabat Tanah Setiu, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Yayasan Islam, Lembaga Muzium, Majlis Sukan Negeri, Majlis Daerah Besut, Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Majlis Daerah Marang. Pengauditan telah dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan bagi tahun 2014 di peringkat Ibu Pejabat Jabatan/Agensi Negeri. Selain itu, semakan juga dibuat terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2014 dan Penyata Kewangan Agensi Negeri Tahun 2013, bagi menentukan kedudukan prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri secara menyeluruh. 8.4. KAWALAN UTAMA Pelaksanaan sistem penarafan bagi 7 Jabatan adalah berdasarkan pengauditan terhadap tahap prestasi kewangan mengikut 6 kawalan utama iaitu Kawalan Pengurusan; Kawalan Bajet; Kawalan Terimaan; Kawalan Perbelanjaan; Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit; dan Pengurusan Aset, Inventori Dan Stor. Bagi Pejabat Perbendaharaan Negeri dan 6 Agensi Negeri selain 6 kawalan di atas, kawalan terhadap pengurusan pelaburan, pengurusan pinjaman dan pengurusan Penyata Kewangan juga turut dibuat. Penjelasan lanjut mengenai kawalan-kawalan tersebut adalah seperti berikut: 53

8.4.1. Kawalan Pengurusan Bagi menentukan sama ada struktur pengurusan kewangan yang berkesan telah diwujudkan, semakan Audit telah dijalankan terhadap 4 aspek utama kawalan pengurusan iaitu struktur organisasi, sistem dan prosedur, keberkesanan Unit Audit Dalam dan jawatankuasa yang diwujudkan serta pengurusan sumber manusia seperti berikut: 8.4.1.1. Struktur Organisasi Bagi mewujudkan suatu struktur organisasi yang berkesan, Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan: a. Carta organisasi disediakan dengan lengkap dan kemas kini sepertimana yang ditetapkan di Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991. b. Surat penurunan kuasa disediakan dengan lengkap dan sentiasa dikemaskinikan. Had-had kuasa dan tugas-tugas pegawai yang menjalankan tanggungjawab perlu dinyatakan dengan jelas. Seksyen 15A(2), Akta Tatacara Kewangan, Arahan Perbendaharaan (AP) 11, AP 69 dan AP 101 adalah berkaitan. c. Kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 dipatuhi. Pekeliling tersebut menetapkan Senarai Tugas bagi setiap pegawai perlu disediakan dengan lengkap dan jelas menunjukkan hubung kait antara penyelia dengan pegawai bawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama. Senarai tugas ini juga perlu sentiasa dikemaskinikan. d. Kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 dipatuhi. Selaras dengan pekeliling tersebut, perancangan dan pelaksanaan pusingan kerja mengikut tempoh yang sesuai dalam pelbagai bidang tugas perlu dilaksanakan bagi melahirkan sumber manusia berpotensi serta berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. 8.4.1.2. Sistem Dan Prosedur Bagi memastikan sistem dan prosedur yang teratur telah diwujudkan, Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan: a. Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, kemas kini dan dikaji semula secara berterusan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 adalah berkaitan. b. Fail Meja bagi setiap jawatan disediakan dengan lengkap, kemas kini dan memiliki kesemua 14 ciri-ciri asas Fail Meja yang ditetapkan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 adalah berkaitan. 54

c. Pemeriksaan mengejut (seperti yang ditetapkan di bawah AP 309) dijalankan secara berkala (tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan) terhadap peti besi, peti wang tunai, laci atau bekas-bekas lain yang diguna bagi menyimpan wang, setem atau barang-barang lain yang berharga. Hasil pemeriksaan itu hendaklah direkodkan dengan lengkap untuk memudahkan rujukan. 8.4.1.3. Jawatankuasa Kewangan Dan Unit Audit Dalam Kerajaan menetapkan pelbagai jawatankuasa berkaitan hal kewangan ditubuhkan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri. Fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa tersebut telah ditetapkan melalui surat pekeliling, arahan, garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Bagi memastikan pelbagai jawatankuasa yang telah diwujudkan berfungsi dengan berkesan, Kerajaan juga telah mengeluarkan Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 1991. Panduan ini menetapkan dengan jelas peranan Pengerusi dan urus setia dalam sesuatu mesyuarat bagi memastikan keberkesanan jawatankuasa yang telah diwujudkan. Antara jawatankuasa/unit yang perlu diwujudkan bagi memantapkan tahap pengurusan kewangan adalah seperti berikut: a. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) ditubuhkan di setiap pusat tanggungjawab supaya dapat memantapkan lagi pengurusan kewangan dan akaun Jabatan/Agensi Kerajaan. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2008 menetapkan, Jabatan/Agensi Negeri hendaklah melantik seorang Pengerusi dan ahliahli jawatankuasa; bermesyuarat setiap 3 bulan; membincangkan perkara yang telah ditetapkan dan mengemukakan Laporan Suku Tahun dengan lengkap kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan. b. Unit Audit Dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 menghendaki Unit Audit Dalam (UAD) ditubuhkan di Jabatan/Agensi Negeri bagi membantu Ketua Jabatan memantapkan pencapaian pengurusan dan memastikan pencapaian objektif organisasi secara cekap dan berhemat. Bagi melaksanakan fungsinya, UAD bertanggungjawab menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam dan mengemukakan Rancangan Tahunan Audit serta Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Ketua Eksekutif masingmasing selewatnya pada 31 Januari dan 31 Mac tahun berikutnya. Manakala tanggungjawab Ketua Jabatan adalah mengkaji dan meluluskan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam, memastikan tindakan susulan diambil terhadap pemerhatian/laporan Audit Dalam dan memastikan anggota UAD mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka secara berkesan. 55

c. Jawatankuasa Keutuhan Dan Tadbir Urus Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998 dan Siri 2 No. 1 Tahun 2000, Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus (JKTU) hendaklah ditubuhkan di peringkat Kementerian dan Jabatan bagi tujuan mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta berintegriti. Antara lain, Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan hendaklah melantik ahli-ahli jawatankuasa dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan; bermesyuarat setiap 3 bulan; membincangkan perkara yang telah ditetapkan; menyediakan Laporan Suku Tahun dengan lengkap dan seterusnya mengemukakannya kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 8.4.1.4. Pengurusan Sumber Manusia Bagi memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah menguruskan sumber manusianya dengan cekap seperti menentukan bilangan jawatan dan gred yang sesuai, jawatan diisi sepenuhnya dan latihan dalam bidang kewangan diberikan kepada mereka yang terlibat. Jabatan/Agensi Negeri juga digalakkan memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang cemerlang dan mengambil tindakan tatatertib/surcaj terhadap mereka yang didapati gagal/cuai melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan. 8.4.2. Kawalan Bajet Bagi menentukan sama ada Kementerian/Jabatan telah menguruskan bajet dan peruntukannya dengan cekap, berhemat dan mengikut peraturan, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utama kawalan bajet iaitu penyediaan bajet, pengagihan peruntukan, kelulusan pindah/tambah peruntukan, pemantauan kemajuan/pencapaian bajet dan pelaporan mengenainya seperti berikut: 8.4.2.1. Penyediaan Bajet Peraturan kewangan mengenai penyediaan bajet tahun 2014 oleh setiap Jabatan/Agensi Negeri dikeluarkan melalui Pekeliling Pejabat Perbendaharaan Negeri Bil. 2 Tahun 2013. Selain itu, AP 29 hingga AP 46 juga menetapkan peraturan penyediaan anggaran hasil dan perbelanjaan. Antara lainnya, peraturan kewangan mengenai penyediaan bajet menetapkan perkara-perkara mengenai justifikasi setiap anggaran yang disediakan; ketepatan anggaran; prosedur kelulusan bajet di peringkat Jabatan/Agensi Negeri serta tempoh yang ditetapkan untuk mengemukakan bajet dan Perjanjian Program kepada Pegawai Kewangan Negeri. 56

8.4.2.2. Pengagihan Peruntukan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2013 antara lainnya menetapkan bahawa Pegawai Pengawal perlu mengagihkan peruntukan kepada pemegang-pemegang waran tertentu sebaik sahaja Waran Am diterima. Mengikut AP 94 pula, pemegang waran peruntukan tersebut boleh mengagihkan waran peruntukan/waran peruntukan kecil kepada pegawai yang berkenaan di mana perlu. Pengagihan waran ini perlu direkodkan dengan lengkap dan kemas kini. 8.4.2.3. Kelulusan Pindah/Tambahan Peruntukan Peraturan kewangan mengenai pindah/tambah peruntukan antaranya menetapkan Waran Pindah Peruntukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Pengawal sendiri atau bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai bawahannya yang diberi kuasa secara bertulis. Semua pindah peruntukan hendaklah dibuat pada tahun kewangan berkenaan dan semua Waran Pindah Peruntukan yang dikeluarkan hendaklah disampaikan kepada Pegawai Kewangan Negeri atau wakilnya tidak lewat dari 31 Disember bagi tahun kewangan berkenaan. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlulah sentiasa mengawasi dan mengemas kini akaun serta memastikan pindah peruntukan dikemaskinikan dalam Buku Vot supaya kawalan perbelanjaan dapat diurus dengan berkesan. Peraturan juga menetapkan pindahan kepada butiran yang telah dikurangkan melalui pindah peruntukan atau pengurangan kepada butiran yang telah ditambah melalui pindah peruntukan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu. 8.4.2.4. Pemantauan Kemajuan/Pencapaian Projek Peraturan kewangan menghendaki Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan memantau pelaksanaan projek pembangunan dengan rapi bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual. Bagi tujuan ini, Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah memastikan data mengenai peruntukan dan perbelanjaan projek bagi setiap tahun diisi dan sentiasa dikemas kini dalam Sistem Pemantauan Projek II atau kaedah lain yang diterima pakai, impak setiap aktiviti dinilai sekurang-kurangnya sekali dalam masa 5 tahun dan memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan. 8.4.2.5. Pelaporan Pegawai Pengawal dikehendaki menyediakan beberapa jenis laporan seperti Laporan Perbelanjaan Dan Tanggungan serta laporan untuk Buku Anggaran Belanjawan Program Dan Prestasi. Laporan-laporan ini perlu dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan. Pegawai Pengawal juga dikehendaki mengemukakan laporan mengenai keperluan aliran wang tunai yang disahkan olehnya kepada Pegawai Kewangan Negeri. Bagi Ketua Jabatan yang bukan Pegawai Pengawal, laporan-laporan berkenaan akan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal berkenaan untuk disatukan. 57

8.4.3. Kawalan Terimaan Bagi menentukan sama ada segala terimaan telah dikendalikan mengikut peraturan dan diakaunkan dengan sempurna, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utama kawalan terimaan yang meliputi kawalan borang hasil, penerimaan wang, kemasukan pungutan ke bank, kawalan perakaunan terimaan/hasil dan penyediaan Akaun Belum Terima seperti berikut: 8.4.3.1. Kawalan Borang Hasil Kawalan terhadap pelbagai borang hasil seperti buku resit adalah penting bagi memastikan ia tidak disalahgunakan. 8.4.3.2. Penerimaan Wang Setiap Jabatan/Agensi Negeri perlu memastikan pegawai yang bertanggungjawab dengan urusan penerimaan wang mematuhi peraturan kewangan yang berkaitan. Semakan Audit telah dijalankan terhadap 4 aspek kawalan dalaman yang ditetapkan oleh AP bagi penerimaan wang iaitu dari segi kebenaran/kelulusan menerima kutipan, kawalan penerimaan melalui mel dan penerimaan wang di kaunter. 8.4.3.3. Kemasukan Pungutan Ke Bank Arahan Perbendaharaan telah menetapkan peraturan mengenai kemasukan wang pungutan ke bank bagi memastikan ketepatan dan keselamatan wang berkenaan. Antaranya adalah mengenai penetapan tempoh memasukkan wang ke bank; kawalan keselamatan penghantaran wang dan penyelenggaraan rekod mengenainya; semakan oleh pegawai bertanggungjawab terhadap slip kemasukan wang ke bank dan keselamatan wang yang tidak sempat dimasukkan ke bank. 8.4.3.4. Kawalan Perakaunan Terimaan/Hasil Bagi memastikan peraturan mengenai perakaunan terimaan/hasil yang ditetapkan di AP dipatuhi, semakan Audit telah dijalankan terhadap penyerahan Akaun Tunai Bulanan kepada Perbendaharaan Negeri; ketepatan penyediaan Penyata Penyesuaian Hasil Bulanan dan ketepatan Buku Tunai. 8.4.3.5. Akaun Belum Terima Dasar dan tatacara bagi penyelenggaraan serta pelaporan Akaun Belum Terima (ABT) ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2008 dan beberapa AP. Antara peraturan yang ditetapkan mengenai pengurusan ABT adalah penyediaan Penyata Tunggakan Hasil atau Penyata Akaun Belum Terima yang lengkap dan kemas kini; penyerahan Penyata Akaun Belum Terima kepada Perbendaharaan 58

Negeri dalam tempoh ditetapkan dan tindakan susulan diambil terhadap jumlah terimaan/hasil yang tertunggak. 8.4.4. Kawalan Perbelanjaan Bagi menentukan sama ada semua perbelanjaan mengurus dan pembangunan telah dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan diperakaunkan dengan tepat, semakan Audit telah dijalankan terhadap 3 aspek utama kawalan perbelanjaan iaitu perakaunan, pengurusan perolehan dan pengurusan bayaran seperti berikut: 8.4.4.1. Perakaunan Semakan Audit dijalankan bagi menentukan Buku Vot dan Penyata Penyesuaian Perbelanjaan diselenggarakan oleh Jabatan/Agensi Negeri adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pekeliling dan AP yang berkaitan. 8.4.4.2. Pengurusan Perolehan Setiap tahun, Jabatan/Agensi Negeri membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja. Bagi menentukan pengurusan perolehan Jabatan/Agensi Negeri telah mematuhi peraturan yang berkaitan, semakan Audit dibuat terhadap pengurusan pembelian terus, sebut harga, tender, kontrak dan kontrak pusat. 8.4.4.3. Pengurusan Bayaran Semakan Audit dijalankan terhadap kawalan dalaman bagi proses bayaran; kesempurnaan bayaran yang memerlukan kelulusan khas; penyediaan dan penyimpanan daftar/rekod pembayaran dan Daftar Bil; bayaran pukal serta Panjar Wang Runcit. 8.4.5. Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit Pengurusan dan kawalan terhadap kumpulan wang amanah/akaun amanah dan deposit adalah penting untuk menentukan ia diurus dengan teratur, mengikut pekeliling dan arahan amanah yang ditetapkan serta diakaunkan dengan betul dan kemas kini. Semakan Audit telah dijalankan terhadap pengurusan kumpulan wang seperti berikut: 8.4.5.1. Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Tatacara pengurusan akaun amanah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 18 Tahun 2001. Semakan Audit telah dijalankan terhadap pengendalian kumpulan wang amanah/akaun amanah di Jabatan/Agensi Negeri dari segi penyediaan dan penyerahan penyata tahunan untuk diaudit serta kesempurnaan rekod perakaunan/penyata penyesuaian akaun/transaksi akaun. 59

8.4.5.2. Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman Jabatan/Agensi Negeri perlu menguruskan kumpulan wang pinjaman dan pendahuluan diri/pelbagai mengikut Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan seperti berikut: a. Pinjaman kenderaan hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 dan 8 Tahun 1993. b. Pinjaman komputer hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1992. c. Pendahuluan diri hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993. d. Pendahuluan pelbagai hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1990. 8.4.5.3. Pengurusan Akaun Deposit Tatacara dan pengurusan akaun deposit ditetapkan melalui AP 156 hingga 163. 8.4.6. Pengurusan Aset Dan Stor Perolehan aset dan inventori perlu direkodkan, dikawal dan dipantau dengan sempurna bagi mengelakkan daripada berlaku pembaziran dan penyalahgunaan. Sehubungan ini, semakan Audit telah dijalankan untuk menilai tahap pematuhan Jabatan/Agensi Negeri kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkenaan dan Tatacara Pengurusan Stor berhubung dengan perkara-perkara berikut: 8.4.6.1. Kawalan Umum Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, Pegawai Pengawal hendaklah mewujudkan Unit Pengurusan Aset yang antaranya bertanggungjawab untuk mengurus pelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat. Unit tersebut diberi tanggungjawab menjadi Urus Setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang diwujudkan, menguruskan pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset serta menyelaras penyediaan laporan mengenainya. Selain itu, Pegawai Pengawal perlu melantik seorang Pegawai Aset secara bertulis bagi setiap pusat tanggungjawab di bawahnya dan memastikan Pegawai Aset di peringkat Ibu Pejabat diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan. 60

8.4.6.2. Penerimaan Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, seorang Pegawai Penerima hendaklah diberi kuasa untuk menerima dan mengesahkan aset yang diterima. Tanggungjawab seseorang Pegawai Penerima adalah memastikan aset/bekalan pejabat diterima menepati spesifikasi, kualiti dan kuantiti yang telah ditetapkan sebelum membuat pengesahan penerimaan. Bagi membolehkan Pegawai Penerima membuat rujukan, satu salinan dokumen kontrak hendaklah disimpan oleh pegawai ini. Bagi penerimaan bekalan pejabat pula, Borang Terima Barang perlu disahkan dan direkodkan pada Kad Kawalan Stok dan Kad Petak. Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan hendaklah disediakan, disahkan dan dihantar dengan serta merta kepada agen penghantaran atau syarikat pembekal. Aset hendaklah diterima berserta Surat Jaminan dan manual penggunaan/penyenggaraan. 8.4.6.3. Pendaftaran Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan aset perlu didaftarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Aset tersebut perlu dilabelkan dengan tanda Hak Milik Kerajaan dan nombor siri pendaftaran. 8.4.6.4. Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan Aset Bagi memastikan penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset diurus dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan peraturan-peraturan seperti berikut yang ditetapkan di Pekeliling Perbendaharaan yang berkenaan dipatuhi: a. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan aset diguna hanya bagi tujuan rasmi sahaja dan mengikut tujuan asal perolehannya. Setiap aset hendaklah dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan, pengeluaran/penggunaannya direkodkan dengan teratur serta kerosakan aset dilaporkan dengan menggunakan borang yang ditetapkan. Aset perlu disimpan di tempat yang selamat dan sesuai serta sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. b. Pekeliling tersebut juga menghendaki sekurang-kurangnya 2 Pegawai Pemeriksa/Lembaga Verifikasi Stok dilantik secara bertulis. Pemeriksaan aset dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan verifikasi stok dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Laporan Pemeriksaan Inventori disediakan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan dan seterusnya kepada Perbendaharaan Negeri di mana berkenaan. c. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013 menetapkan penggunaan kenderaan Jabatan/Agensi Negeri dikawal dengan melantik seorang Pegawai Pengangkutan yang bertanggungjawab meluluskan penggunaan kenderaan dan menyediakan fail 61

sejarah bagi setiap kenderaan, menyelenggarakan Buku Log dengan lengkap dan kemas kini serta menyediakan Cerakinan Bulanan Penggunaan Bahan Api setiap bulan bagi mengawal kegunaan bahan api. Pekeliling ini juga menetapkan penggunaan kenderaan pegawai Gred JUSA dikawal dengan teratur di mana pembelian minyak setahun tidak melebihi had yang ditetapkan/diluluskan. Selain itu, Kad Inden Minyak perlu dikawal dengan teratur melalui penyelenggaraan Buku Rekod Pergerakan Kad Inden yang lengkap dan kemas kini. Penyata pembelian atau penyata kad perlu disemak sebelum bayaran dilakukan. Kad elektronik bagi pembayaran tol dikawal dengan teratur dan rekod berhubung dengan penggunaannya diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini. 8.4.6.5. Penyenggaraan Aset Bagi memastikan aset disenggarakan dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan: a. Senarai aset yang memerlukan penyenggaraan disediakan dengan lengkap dan kemas kini; jadual penyenggaraan disediakan dan dilaksanakan seperti dirancang; penyenggaraan direkodkan dengan betul dan lengkap; program penyenggaraan dinilai dan penyenggaraan aset oleh pihak swasta diselia dan dipantau bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian dipatuhi. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 adalah berkaitan. b. Kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013 dipatuhi. Pekeliling ini menetapkan kenderaan perlu disenggarakan secara berjadual, manakala kos penyenggaraan dan pembaikan perlu direkodkan dalam fail kenderaan dan Daftar Harta Modal. Kenderaan juga hendaklah disimpan dengan selamat. 8.4.6.6. Pelupusan Bagi memastikan pelupusan aset diuruskan dengan teratur dan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan: a. Lembaga Pemeriksa dilantik untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun. Lembaga Pemeriksa perlu menyediakan jadual pemeriksaan dan ia perlu dilaksanakan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan. Laporan Lembaga Pemeriksa hendaklah disediakan dan ditandatangani. Lembaga Pemeriksa juga perlu mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai. b. Perakuan pelupusan aset mekanikal, teknikal, elektrikal dan elektronik disediakan oleh Jabatan/Pegawai Teknikal berkaitan. Manakala perakuan pelupusan aset disahkan oleh 2 orang pegawai yang mempunyai 3 tahun pengalaman dan tidak terlibat dengan pengurusan aset berkenaan. 62

c. Kaedah pelupusan aset dibuat dengan teratur dan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih Kerajaan dan Sijil Pelupusan Aset disediakan dan dikemukakan kepada pihak yang memberi kelulusan. Seterusnya, rekod aset yang telah diluluskan pelupusan itu perlu dikemaskinikan. 8.4.6.7. Kehilangan Dan Hapus Kira Bagi memastikan kehilangan dan hapus kira aset diuruskan dengan teratur dan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan: a. Kehilangan aset dilaporkan kepada Ketua Jabatan dengan serta merta dan laporan polis dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan. Ketua Pejabat menyedia Laporan Awal dan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Pegawai Kewangan Negeri dalam tempoh 2 hari bekerja. Sesalinan Laporan Awal dikemukakan kepada Pegawai Pengawal, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Audit Negara atau wakil tempatan Ketua Audit Negara. b. Jawatankuasa Penyiasat dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal disediakan. Laporan Akhir disediakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh lantikan Jawatankuasa tersebut walaupun Laporan Hasil Penyiasatan Polis belum diperoleh. Laporan Akhir yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pihak yang menerima Laporan Awal. Laporan ini perlu dikemukakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh Laporan Awal dihantar. 8.4.7. Pengurusan Pelaburan Pelaburan merupakan tindakan melabur dana bagi suatu tempoh masa untuk memperoleh pulangan yang dikehendaki dengan menyedari sepenuhnya risiko yang terbabit. Pelaburan yang dibuat hendaklah mengikut peraturan yang berkaitan. Rekod perlu diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini bagi memudahkan kawalan dan pemantauan. Antara elemen kawalan yang perlu diwujudkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pelaburan yang berfungsi menguruskan pelaburan Agensi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah kuasa melabur, had pelaburan, sasaran pelaburan dan pemantauan pelaburan. 8.4.8. Pengurusan Pinjaman Pinjaman dibuat bagi membiayai pelbagai projek untuk pembangunan ekonomi negeri, menampung perbelanjaan dan meningkatkan taraf pembangunan serta kemajuan penduduk. Pinjaman tersebut hendaklah digunakan mengikut maksud pinjaman dipohon. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah kuasa untuk meminjam, penyelenggaraan rekod pinjaman yang lengkap dan kemas kini, perjanjian pinjaman disediakan dan mekanisme kawalan serta pemantauan pinjaman. 63

8.4.9. Penyata Kewangan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2007 menghendaki Agensi Negeri mengemukakan Penyata Kewangan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat dari 30 April setiap tahun. Ini bagi membolehkan Penyata Kewangan dan laporan tahunan Agensi Negeri dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada tahun yang sama dan tidak lewat dari 31 Disember setiap tahun. Pekeliling ini bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus yang baik di Jabatan Kewangan Negeri dan Agensi Negeri. Di samping itu, pembentangan awal membolehkan stakeholders menilai pencapaian Agensi Negeri yang lebih jelas, lengkap dan relevan. 8.5. PENEMUAN AUDIT 8.5.1. Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Pada keseluruhannya, prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun 2014 adalah baik di mana sebanyak 9 daripada 14 Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit berada pada tahap sangat baik iaitu Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Tanah Kemaman, Pejabat Tanah Setiu, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Islam, Lembaga Muzium Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Daerah Marang. Manakala 4 Jabatan/Agensi Negeri lagi berada pada tahap baik iaitu Pejabat Daerah Dungun, Jabatan Pertanian, Majlis Daerah Besut dan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Manakala satu jabatan berada pada tahap memuaskan iaitu Jabatan Veterinar. Kedudukan prestasi pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti pada tahun 2014 adalah seperti di Carta 8.1. Kedudukan tahap prestasi pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit bagi tahun 2007 hingga 2014 secara keseluruhan adalah seperti di Jadual 8.2. 64

Carta 8.1 Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan/Agensi Pada Tahun 2014 Jabatan/Agensi Pejabat Tanah Kemaman Jabatan Kebajikan Masyarakat Pejabat Menteri Besar Dan SUK Majlis Sukan Negeri Perbendaharaan Negeri Lembaga Muzium Yayasan Islam Pejabat Tanah Setiu Majlis Daerah Marang Majlis Daerah Besut Pejabat Daerah Dungun Majlis Daerah Hulu Terengganu Jabatan Pertanian Jabatan Veterinar 96.45 95.25 94.60 94.49 93.69 91.95 91.34 91.32 90.02 86.18 81.67 80.60 73.73 68.02 Sangat Baik Baik Memuaskan Sumber: Jabatan Audit Negara Tahap Penarafan Jadual 8.2 Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2014 Bilangan Jabatan/Agensi Negeri 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Sangat Baik 0 0 2 2 4 6 9 9 Baik 3 9 11 16 13 8 7 4 Memuaskan 5 4 0 0 0 0 0 1 Tidak Memuaskan 0 0 0 0 0 0 0 0 Jumlah 8 13 13 18 17 14 16 14 Sumber: Jabatan Audit Negara 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Markah (%) 65

Bilangan Jabatan 8.5.2. Tahap Pematuhan Terhadap Kawalan Utama 8.5.2.1. Jabatan Negeri Analisis Audit mengenai tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan di 7 Jabatan (tidak termasuk Pejabat Perbendaharaan Negeri) yang telah dibuat pengauditan mendapati 4 Jabatan mencapai penarafan sangat baik, satu Jabatan mencapai penarafan baik manakala 2 Jabatan mencapai penarafan memuaskan bagi Kawalan Pengurusan. Lima Jabatan mencapai tahap penarafan sangat baik dan satu Jabatan memperoleh tahap baik bagi 3 kawalan iaitu Bajet, Terimaan dan Perbelanjaan. Sebanyak 4 Jabatan telah memperoleh tahap sangat baik, 2 Jabatan memperoleh tahap baik dan satu Jabatan mendapat tahap memuaskan dalam menguruskan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit. Bagi Pengurusan Aset Dan Stor, satu Jabatan mencapai tahap sangat baik, 3 Jabatan memperoleh tahap baik, satu Jabatan berada di tahap memuaskan dan 2 Jabatan pada tahap tidak memuaskan. Tahap pematuhan pengurusan kewangan mengikut kawalan bagi Jabatan pada tahun 2014 adalah seperti di Carta 8.2. Carta 8.2 Tahap Pematuhan Pengurusan Kewangan Mengikut Kawalan Bagi Jabatan Pada Tahun 2014 7 6 1 5 4 4 5 5 5 4 3 3 2 1 0 1 2 2 2 2 Pengurusan Bajet Terimaan Perbelanjaan Amanah Dan Deposit Kawalan Utama 2 1 1 2 Aset Kerajaan Sangat Baik Baik Memuaskan Tidak Memuaskan Sumber: Jabatan Audit Negara 8.5.2.2. Kelemahan-kelemahan yang ditemui khususnya bagi elemen-elemen yang berada pada tahap tidak memuaskan adalah berkaitan kawalan aset kerajaan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut: a. Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan tidak bermesyuarat mengikut tempoh yang ditetapkan. b. Laporan Tahunan aset tidak dikemukakan kepada Pegawai Pengawal/Pejabat Kewangan Negeri. c. Daftar Aset dan Inventori tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini. 66

Bilangan Pejabat/Agensi d. Daftar kad inden minyak tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini dan kad inden minyak tidak disimpan oleh Pegawai Kenderaan yang dilantik. e. Tatacara pelupusan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. 8.5.2.3. Pejabat Perbendaharaan Negeri Dan Agensi Negeri Tahap pencapaian pematuhan pengurusan kewangan mengikut kawalan di Pejabat Perbendaharaan Negeri dan 6 Agensi Negeri pada tahun 2014 adalah seperti di Carta 8.3 dan dirumuskan berikut: a. Tahap prestasi Kawalan Pengurusan telah mencapai tahap sangat baik bagi 3 Agensi termasuk Pejabat Perbendaharaan Negeri manakala 4 Agensi Negeri lain adalah pada tahap baik. b. Pejabat Perbendaharaan Negeri dan 6 Agensi mendapat tahap sangat baik dalam 4 kawalan iaitu Kawalan Bajet, Terimaan, Pelaburan dan Penyata Kewangan. c. Pejabat Perbendaharaan Negeri dan 3 Agensi memperoleh penarafan sangat baik bagi Kawalan Perbelanjaan manakala 3 Agensi pada tahap baik. d. Tahap prestasi Pengurusan Amanah dan Deposit telah mencapai tahap sangat baik bagi Pejabat Perbendaharaan Negeri dan 2 Agensi manakala 3 Agensi mendapat tahap baik dan satu Agensi memuaskan. e. Pengurusan Aset Dan Stor bagi 3 Agensi mendapat tahap baik manakala Pejabat Perbendaharaan Negeri serta 3 Agensi lagi berada pada tahap memuaskan. f. Pejabat Perbendaharaan Negeri dan satu Agensi telah mencapai tahap sangat baik dalam menguruskan pinjaman manakala satu Agensi lagi pada tahap baik. Carta 8.3 Tahap Pematuhan Pengurusan Kewangan Mengikut Kawalan Bagi Pejabat Perbendaharaan Negeri Dan Agensi Negeri Pada Tahun 2014 8 6 3 4 3 3 4 7 7 7 7 2 4 3 3 4 2 0 Pengurusan Bajet Terimaan Perbelanjaan Amanah Dan Deposit Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: 4 Agensi Tidak Berkaitan Bagi Elemen Pinjaman 1 Aset Dan Stor Pelaburan Pinjaman Penyata Kewangan Kawalan Utama Sangat Baik Baik Memuaskan 1 67

8.5.3. Perbandingan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri 8.5.3.1. Kesemua 14 Jabatan/Agensi yang dilaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti pada tahun 2014 pernah dinilai oleh Jabatan Audit Negara sekurang-kurangnya 2 kali atau lebih bagi tempoh tahun 2007 hingga 2014. Adalah didapati tahap prestasi pengurusan kewangan Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mencapai tahap sangat baik mulai tahun 2011 hingga 2014. Manakala Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri mencapai tahap sangat baik pada tahun 2012 hingga 2014. Manakala lain-lain Jabatan/Agensi yang mendapat tahap sangat baik pada tahun 2014 adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Tanah Setiu, Pejabat Tanah Kemaman, Yayasan Islam, Lembaga Muzium, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Daerah Marang. Bagi 6 Jabatan/Agensi yang lain walaupun tahap prestasi kekal di tahap baik namun terdapat Jabatan/Agensi yang mengalami penurunan markah keseluruhan. Bagaimanapun, tahap pengurusan kewangan di Jabatan Veterinar menurun ke tahap memuaskan berbanding pengauditan tahun sebelumnya yang memperoleh penarafan baik. Keadaan ini antaranya disebabkan pertukaran pagawai terutama di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan. 8.5.3.2. Pengurusan Aset Dan Stor di Jabatan/Agensi banyak mempengaruhi tahap penarafan dalam pengurusan kewangan. Oleh itu, penumpuan yang khusus mengenai pengurusan aset dan stor harus dititikberatkan oleh Jabatan/Agensi terlibat bagi mencapai tahap sangat baik dalam pengurusan kewangan. Kelemahan ketara berlaku dalam aspek peraturan penerimaan, urusan pendaftaran, penggunaan aset serta pemeriksaan aset dan stor/pengiraan stok/verifikasi stok. Kedudukan tahap prestasi pengurusan kewangan 14 Jabatan/Agensi yang diaudit pada tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya adalah seperti di Carta 8.4. 68

Carta 8.4 Kedudukan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan 14 Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2014 Berbanding Pengauditan Tahun Sebelumnya Jabatan/Agensi Pejabat Tanah Kemaman 96.45 91.41 Jabatan Kebajikan Masyarakat Pejabat Menteri Besar Dan SUK 95.25 89.05 94.60 91.38 Majlis Sukan Negeri Pejabat Perbendaharaan Negeri Lembaga Muzium Yayasan Islam Pejabat Tanah Setiu 83.75 77.05 80.14 80.44 94.49 93.69 96.43 91.95 91.34 91.32 Majlis Daerah Marang Majlis Daerah Besut Pejabat Daerah Dungun Majlis Daerah Hulu Terengganu Jabatan Pertanian 90.02 82.89 86.18 86.46 81.67 77.05 80.60 83.57 73.73 76.60 Jabatan Veterinar 68.02 78.84 0 20 40 60 80 100 2014 Tahun 2013 Atau Sebelumnya Markah (%) Sumber: Jabatan Audit Negara 8.6. PEMERIKSAAN AUDIT MENGEJUT Arahan Perbendaharaan 309 menetapkan Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai yang dipertanggungjawabkan telah menyimpan wang awam, setem atau barangan berharga yang lain dengan selamat di dalam peti besi, bilik kebal, peti wang tunai, laci atau bekasbekas lain. Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan rekod mengenainya diselenggarakan dengan lengkap, kemas kini dan diperiksa oleh pegawai kanan secara berkala. Untuk menentukan sejauh mana peraturan ini dipatuhi, Jabatan Audit Negara telah menjalankan Pemeriksaan Audit Mengejut di 16 Jabatan/Agensi Negeri dan mendapati beberapa perkara perlu diberikan perhatian seperti di Jadual 8.3. Ketua Jabatan/Agensi yang berkenaan telah dimaklumkan berkenaan perkara yang dibangkitkan dan telah diminta untuk mengambil tindakan pembetulan dengan sewajarnya. 69

Jadual 8.3. Penemuan Pemeriksaan Audit Mengejut Tahun 2014 Bil. Jabatan/Agensi Penemuan Audit 1. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Terengganu a. Wang Kutipan Hasil i. Resit Rasmi Perbendaharaan Negeri tidak diterima untuk jumlah yang dibankkan. ii. Terdapat wang kutipan yang tidak dibankkan dengan segera setiap hari. iii. Semakan tidak dibuat terhadap cetakan bank di slip bayar masuk bank/penyata pemungut bagi mengesahkan ketepatan amaun wang yang di bankkan. iv. Kutipan yang tidak sempat dibankkan, tidak disimpan dalam peti besi/bilik kebal/balai polis. v. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan. vi. Perakuan tidak dibuat di belakang helaian pertama salinan pejabat buku resit. vii. Baki stok borang hasil tidak bersamaan dengan baki sebenar. b. Setem Pos / Mesin Franking i. Terdapat terimaan dan pengeluaran setem yang tidak direkod dan tidak disahkan oleh Ketua Pejabat. c. Peti Besi/Bilik Kebal i. Peti besi/bilik kebal tidak digunakan untuk menyimpan segala wang kutipan dan barang-barang rasmi yang berharga dengan selamat. ii. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. d. Pemeriksaan Mengejut i. i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. ii. Hasil Pemeriksaan Mengejut yang dilakukan tidak direkodkan ke dalam buku yang disimpan. 2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut a. Wang Kutipan Hasil i. Terdapat wang kutipan yang tidak dibankkan dengan segera setiap hari. b. Wang Untuk Dibahagi-bahagikan i. Baki wang agihan tidak sama dengan baki senarai penerima. c. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. 3. Pusat Urus Zakat Daerah Besut a. Wang Kutipan Hasil i. Terdapat wang kutipan yang tidak dibankkan dengan segera setiap hari. ii. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan. b. Panjar Wang Runcit i. Surat kelulusan had apungan Panjar Wang Runcit tidak diperolehi. ii. Terdapat wang rekupmen belum diterima. c. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. 70

Bil. Jabatan/Agensi Penemuan Audit 4. Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun a. Wang Kutipan Hasil i. Terdapat wang kutipan yang tidak dibankkan dengan segera setiap hari. b. Setem Pos/Mesin Franking i. Terdapat terimaan dan pengeluaran setem yang tidak direkod dan tidak disahkan oleh Ketua Pejabat. c. Peti Besi / Bilik Kebal i. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. d. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. ii. Hasil Pemeriksaan Mengejut yang dilakukan tidak direkodkan ke dalam buku yang disimpan. e. Kawalan Perbelanjaan i. Had kuasa berbelanja yang ditetapkan dalam sistem berbeza dengan perwakilan kuasa menandatangani baucar yang diluluskan. ii. Terdapat bil yang diterima dibayar lebih daripada tempoh 14 hari. iii. Tiada bukti Buku Vot/Buku Vot elektronik disemak sekurangkurangnya sekali setiap bulan oleh penyelia. 5. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Terengganu a. Wang Kutipan Hasil i. Terdapat wang kutipan yang tidak dibankkan dengan segera setiap hari. ii. Kutipan yang tidak sempat dibankkan, tidak disimpan dalam peti besi/bilik kebal/balai polis. b. Perwakilan Kuasa i. Surat perwakilan kuasa secara bertulis tidak disediakan kepada pegawai yang memungut hasil. c. Setem Pos / Mesin Franking i. Stok setem fizikal adalah tidak bersamaan dengan daftar setem. ii. Terdapat terimaan dan pengeluaran setem yang tidak direkod dan disahkan oleh Ketua Pejabat. d. Peti Besi / Bilik Kebal i. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. ii. Peti besi tidak dicantumkan ke rangka bangunan. e. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. ii. Hasil Pemeriksaan Mengejut yang dilakukan tidak direkodkan ke dalam buku yang disimpan. f. Kawalan Perbelanjaan i. Baucar bayaran tidak disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap. ii. Terdapat baucar bayaran/dokumen sokongan yang telah dibayar tidak ditebuk/cap TELAH BAYAR. iii. Terdapat bil yang diterima dibayar lebih daripada tempoh 14 hari. iv. Terdapat bil yang diterima tidak di cop Tarikh Terima bagi tujuan pemantauan bayaran. v. Tiada bukti Buku Vot/Buku Vot elektronik disemak sekurangkurangnya sekali setiap bulan oleh penyelia. vi. Keterangan perjalanan bagi tuntutan perjalanan tidak jelas. 71

Bil. Jabatan/Agensi Penemuan Audit 6. Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Marang a. Peti Besi/Bilik Kebal i. Peti besi/bilik kebal tidak digunakan untuk menyimpan segala wang kutipan dan barang-barang rasmi yang berharga dengan selamat. ii. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. b. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. ii. Hasil Pemeriksaan Mengejut yang dilakukan tidak direkodkan ke dalam buku yang disimpan. c. Kawalan Perbelanjaan i. Had kuasa berbelanja yang ditetapkan dalam sistem berbeza dengan perwakilan kuasa menandatangani baucar yang diluluskan. ii. Baucar bayaran tidak disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap. iii. Terdapat baucar bayaran/dokumen sokongan yang telah dibayar tidak ditebuk/cap TELAH BAYAR. iv. Pembayaran baucar tidak betul dan tepat. v. Terdapat bil yang diterima dibayar lebih daripada tempoh 14 hari. vi. Terdapat bil yang diterima tidak di cop Tarikh Terima bagi tujuan pemantauan bayaran. vii. Tiada bukti Buku Vot/Buku Vot elektronik disemak sekurangkurangnya sekali setiap bulan oleh penyelia. 7. Pejabat Pertanian Daerah Setiu a. Wang Kutipan Hasil i. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan. ii. Baki stok borang hasil tidak bersamaan dengan baki sebenar. 8. Jabatan Kerja Raya Hulu Terengganu a. Wang Kutipan Hasil i. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan ii. Perakuan tidak dibuat dibelakang helaian pertama salinan Pejabat Buku Resit. iii. Baki stok borang hasil tidak bersamaan dengan baki sebenar. iv. Semua stok Resit Rasmi, lesen dan borang akuan terima lain yang belum digunakan tidak disimpan dalam peti besi atau bilik kebal. b. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. ii. Hasil Pemeriksaan Mengejut yang dilakukan tidak direkodkan ke dalam buku yang disimpan. c. Kawalan Perbelanjaan i. Terdapat baucar bayaran/dokumen sokongan yang telah dibayar tidak ditebuk/cap TELAH BAYAR. ii. Terdapat bil yang diterima tidak di cop Tarikh Terima bagi tujuan pemantauan bayaran. iii. Tiada bukti Buku Vot/Buku Vot elektronik disemak sekurangkurangnya sekali setiap bulan oleh penyelia. iv. Bayaran tuntutan yang mana keterangan perjalanan tidak jelas. 72

Bil. Jabatan/Agensi Penemuan Audit 9. Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu a. Wang Kutipan Hasil i. Tiada notis pemberitahuan awam untuk mendapatkan resit rasmi setelah wang dibayar. b. Peti Besi / Bilik Kebal i. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. 10. Pusat Urus Zakat Daerah Kemaman c. Kawalan Perbelanjaan i. Terdapat bil yang diterima dibayar lebih daripada tempoh 14 hari. a. Kutipan Hasil Menggunakan Kad Kredit i. Buku daftar kad kredit tidak diselenggarakan b. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. 11. Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang a. Panjar Wang Runcit i. Surat kelulusan had apungan Panjar Wang Runcit tidak diperolehi. b. Peti Besi/Bilik Kebal i. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. 12. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Marang a. Panjar Wang Runcit i. Baki fizikal wang Panjar Wang Runcit tidak bersamaan dengan baki Buku Tunai Panjar Wang Runcit. b. Peti Besi / Bilik Kebal i. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. c. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. d. Kawalan Perbelanjaan i. Terdapat baucar bayaran/dokumen sokongan yang telah dibayar tidak ditebuk/cap TELAH BAYAR. ii. Tiada bukti Buku Vot/Buku Vot elektronik disemak sekurangkurangnya sekali setiap bulan oleh penyelia. 13. Pusat Urus Zakat Daerah Setiu a. Panjar Wang Runcit i. Baucer bayaran tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai Panjar Wang Runcit dengan lengkap. ii. Terdapat wang rekupmen belum diterima. 14. Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Terengganu a. Panjar Wang Runcit i. Wang saku sejumlah RM200 tidak disertakan dokumen sokongan b. Setem Pos/Mesin Franking i. Terdapat terimaan dan pengeluaran setem yang tidak direkod dan tidak disahkan oleh Ketua Pejabat. 15. Pejabat Pertanian Daerah Dungun a. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. ii. Hasil Pemeriksaan Mengejut yang dilakukan tidak direkodkan ke dalam buku yang disimpan. 73

Bil. Jabatan/Agensi Penemuan Audit 16. Pusat Urus Zakat Daerah Marang Sumber: Jabatan Audit Negara 9. SYOR AUDIT a. Wang Untuk Dibahagi-Bahagikan i. Daftar pembayaran yang disediakan tidak disemak oleh Ketua Pejabat/wakilnya. b. Perwakilan Kuasa i. Surat perwakilan kuasa secara bertulis tidak disediakan kepada pegawai yang memungut hasil. c. Peti Besi/Bilik Kebal i. Surat kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan kepada pegawai berasingan yang menyelenggara peti besi/bilik kebal tidak disediakan dan anak kunci peti besi/bilik kebal dipegang pegawai yang sama. d. Pemeriksaan Mengejut i. Ketua Jabatan tidak melakukan Pemeriksaan Mengejut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan. Sungguhpun prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun 2014 menunjukkan peningkatan, namun bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan ini, adalah disyorkan supaya Jabatan/Agensi Negeri mengambil tindakan terhadap perkara berikut: 9.1. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah memastikan Jawatankuasa Audit membincangkan secara terperinci isu-isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam serta memastikan tindakan corrective dan preventive diambil. Tindakan corrective adalah untuk memastikan kelemahan yang dibangkitkan dapat diperbetulkan. Manakala tindakan preventive adalah bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang. 9.2. Penglibatan/Penyeliaan oleh Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu dipertingkatkan. Mereka perlu terlibat secara hands-on dalam pengurusan kewangan. Memandangkan pengauditan terhadap pengurusan kewangan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara bagi tujuan memberi penarafan adalah terhad kepada beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) sahaja. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah memastikan Unit Audit Dalam menjalankan pengauditan di PTJ yang lain untuk memastikan sama ada kelemahan yang sama tidak berlaku di pejabat berkenaan. 9.3. Latihan yang berterusan diberikan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dengan pengurusan kewangan. 74

PENYERAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI 10. PENDAHULUAN Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk menjalankan pengauditan terhadap Penyata Kewangan Agensi Negeri iaitu Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pengauditan yang dijalankan adalah untuk memberikan pendapat terhadap Penyata Kewangan Agensi Negeri sama ada penyata kewangan tersebut menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. 10.1. PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN Negeri Terengganu mempunyai 8 Badan Berkanun Negeri (BBN), satu Majis Agama Islam dan 7 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) diaudit oleh Ketua Audit Negara. Manakala Penyata Kewangan bagi 8 BBN dan 7 PBT diaudit oleh Firma Audit Swasta selaras dengan Seksyen 7(3) Akta Audit 1957 yang memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara melantik mana-mana orang yang difikirkan kompeten untuk menjalankan pengauditan bagi pihaknya. Pengauditan yang dijalankan oleh Firma Audit Swasta diselia dan dipantau oleh pegawai Jabatan Audit Negara dari semasa ke semasa bagi memastikan isu dan permasalahan pengauditan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan lebih awal dan berkesan. Selain itu, kertas kerja yang disediakan oleh Firma Audit Swasta juga disemak oleh pegawai Jabatan Audit Negara. 10.2. KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN 10.2.1. Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Bil. 1 Tahun 2009 pada 20 April 2009 bersetuju supaya tarikh penyerahan penyata kewangan bagi BBN, Majlis Agama Islam dan PBT dikemukakan sebelum/pada 30 April setiap tahun. Semua Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat secara pentadbiran mengarahkan semua Agensi Kerajaan Negeri mengemukakan penyata kewangan sebelum 30 April setiap tahun selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa. 10.2.2. Semua BBN, MAIDAM dan PBT Negeri Terengganu telah mengemukakan penyata kewangan tahun 2013 untuk diaudit dan penyata kewangan kesemua 16 Agensi berkenaan telah disahkan. Setakat 30 Jun 2015, sebanyak 6 daripada 8 BBN, MAIDAM dan kesemua 7 PBT telah mengemukakan penyata kewangan tahun 2014 untuk diaudit kecuali Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). 77

10.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN Pengauditan penyata kewangan Agensi Negeri dijalankan untuk memberi pendapat sama ada penyata kewangan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Pendapat Audit yang dikeluarkan terhadap penyata kewangan adalah dijelaskan melalui persijilan iaitu sama ada Sijil Tanpa Teguran, Sijil Berteguran, Sijil Bertentangan atau Sijil Penafian. Penyata kewangan bagi tahun 2013 bagi 15 Agensi Negeri telah diberikan Sijil Tanpa Teguran dan satu Agensi telah diberikan Sijil Berteguran. Sijil Berteguran diberikan kepada LTAWNT kerana terdapat penyata kewangan subsidiari yang tertakluk kepada Pendapat Penafian dalam tahun kewangan semasa. 10.4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan Agensi Negeri yang disahkan hendaklah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. Sehingga 30 Jun 2015, penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 bagi 14 Agensi Negeri telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Penyata kewangan bagi satu Agensi, iaitu LTAWNT belum dibentangkan manakala penyata kewangan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) pula tidak perlu dibentangkan mengikut peraturan penubuhannya. 10.5. PRESTASI KEWANGAN BADAN BERKANUN NEGERI Analisis prestasi kewangan BBN tahun 2014 adalah berdasarkan 6 penyata kewangan tahun 2014 yang telah dikemukakan iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Yayasan Terengganu (YT), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN); dan 2 draf penyata kewangan iaitu Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Analisis bagi tahun 2013 pula adalah berdasarkan kepada 8 penyata kewangan yang telah selesai diaudit. 10.5.1. Analisis Prestasi Kewangan BBN 10.5.1.1. Pada keseluruhannya, kedudukan kewangan tahun 2014 bagi 8 BBN adalah memuaskan berbanding tahun 2013. Pada tahun 2014, lebihan pendapatan terkumpul meningkat sejumlah RM276.01 juta atau 9.6% manakala lebihan pendapatan tahun semasa mengalami penurunan sejumlah RM64.56 juta atau 19.3% berbanding tahun 2013. Selain itu, jumlah aset meningkat sejumlah RM252.84 juta atau 6.6% dan aset semasa bersih juga meningkat sejumlah RM202.33 juta atau 15.6% berbanding tahun 2013. Jumlah liabiliti mencatatkan penurunan sebanyak RM27.01 juta atau 4.4%. Prestasi kewangan 8 BBN bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti Jadual 10.1. 78

Jadual 10.1 Prestasi Kewangan Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2013 Dan 2014 Tahun Perubahan Bil. Perkara 2013 2014 (%) 1. Lebihan Pendapatan Terkumpul 2,888.42 3,164.43 276.01 9.6 2. Lebihan Pendapatan Semasa 334.44 269.88-64.56-19.3 3. Jumlah Aset 3,816.81 4,069.65 252.84 6.6 4. Aset Semasa Bersih 1,297.73 1,500.06 202.33 15.6 5. Jumlah Liabiliti 620.51 593.50-27.01-4.4 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri 10.5.1.2. Analisis terhadap Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 mendapati 5 daripada 8 BBN iaitu PMINT, YT, YPK, LMNT dan LTAWNT telah mencatatkan lebihan pendapatan (surplus) berbanding perbelanjaan iaitu berjumlah RM287.39 juta. LTAWNT mencatatkan lebihan pendapatan tertinggi iaitu sejumlah RM238.66 juta atau 83.0%. Manakala 3 BBN pula mencatatkan kurangan pendapatan (defisit) antara RM0.32 juta hingga RM15.79 juta. YIT telah mencatatkan kurangan pendapatan paling tinggi iaitu sejumlah RM15.79 juta disebabkan rosotnilai pelaburan dan peningkatan perbelanjaan mengurus. 10.5.1.3. Analisis terhadap Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2014 mendapati 7 daripada 8 BBN berada dalam kedudukan stabil di mana aset semasa melebihi liabiliti semasa antara RM1.38 juta hingga RM1,213.18 juta. LTAWNT mencatatkan aset semasa bersih paling tinggi iaitu berjumlah RM1,213.18 juta di mana aset semasa berjumlah RM1,236.42 juta berbanding liabiliti semasa yang berjumlah RM23.24 juta. Sementara itu, PPAT mengalami aset semasa bersih yang negatif sejumlah RM0.41 juta. Prestasi kewangan BBN bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 seperti di Jadual 10.2. Bil. Jadual 10.2 Prestasi Kewangan Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2014 Penyata Pendapatan Bagi Tahun Lembaran Imbangan Berakhir 31 Disember 2014 Pada 31 Disember 2014 Agensi 1. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 2. Yayasan Terengganu 3. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu 4. Lembaga Muzium Negeri Terengganu 5. Majlis Sukan Negeri Terengganu Pendapatan Perbelanjaan Surplus/ Aset Aset Liabiliti Semasa Defisit Semasa Semasa Bersih 67.01 55.73 11.28 589.31 370.38 218.93 112.56 77.58 34.98 36.67 10.91 25.76 34.34 33.93 0.41 36.69 15.56 21.13 13.58 11.52 2.06 16.06 0.77 15.29 26.08 26.85-0.77 1.39 0.01 1.38 79

Bil. Agensi 6. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu 7. Yayasan Islam Terengganu 8. Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2014 Lembaran Imbangan Pada 31 Disember 2014 Pendapatan Perbelanjaan Surplus/ Aset Aset Liabiliti Semasa Defisit Semasa Semasa Bersih 14.80 15.12-0.32 0.40 0.81-0.41 101.73 117.52-15.79 123.87 119.08 4.79 245.93 7.27 238.66 1,236.42 23.24 1,213.18 Jumlah 616.03 345.52 270.51 2,040.81 540.76 1,500.05 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri 10.5.2. Analisis Pendapatan BBN 10.5.2.1. Pendapatan janaan sendiri yang diperoleh oleh 8 BBN pada tahun 2014 ialah RM146.18 juta berbanding dengan RM180.40 juta pada tahun 2013. Analisis Audit mendapati 6 daripada 8 BBN mengalami penurunan pendapatan janaan sendiri antara RM0.01 juta hingga RM28.16 juta. PMINT mengalami penurunan tertinggi iaitu berjumlah RM28.16 juta atau 29.6% berbanding tahun 2013. YT pula dengan penurunan sejumlah RM5.0 juta atau 34.1%, YIT dengan penurunan sejumlah RM2.43 juta atau 19.2%, LTAWNT dengan penurunan sejumlah RM2.27 juta atau 4.7%, LMNT dengan penurunan sejumlah RM0.19 juta atau 19.0% dan MSN dengan penurunan sejumlah RM0.01 juta atau 16.7%. Manakala YPK mengalami peningkatan pendapatan janaan sendiri tertinggi bagi tahun 2014 iaitu sejumlah RM3.68 juta atau 44.7%. PPAT juga mengalami peningkatan pendapatan janaan sendiri sejumlah RM0.16 juta atau 40.0%. 10.5.2.2. Selain daripada pendapatan janaan sendiri, 7 BBN juga menerima geran daripada Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan serta sumbangan lain sejumlah RM469.39 juta pada tahun 2014 berbanding RM471.67 juta pada tahun 2013. Jumlah geran ini meliputi geran operasi dan pembangunan untuk membantu BBN melaksanakan program serta aktiviti BBN dan juga menguruskan projek pembangunan. Trend jumlah pendapatan janaan sendiri dan geran yang diterima daripada Kerajaan Negeri untuk BBN bagi tahun 2012 hingga 2014 adalah seperti Carta 10.1. 80

179.28 180.40 146.18 478.92 471.67 469.39 RM Juta 500 Carta 10.1 Trend Pendapatan Janaan Sendiri Dan Geran Daripada Kerajaan Untuk Badan Berkanun Negeri Terengganu Bagi Tahun 2012 Hingga 2014 400 300 200 100 0 2012 2013 2014 Pendapatan Janaan Sendiri Geran Daripada Kerajaan Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri 10.5.3. Analisis Lebihan Pendapatan Terkumpul BBN Pada keseluruhannya, 8 BBN memperoleh lebihan pendapatan (surplus) terkumpul sejumlah RM3,164.43 juta pada tahun 2014 iaitu meningkat sejumlah RM276.01 juta atau 9.6% berbanding RM2,888.42 juta pada tahun 2013. Jumlah lebihan pendapatan BBN bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti di Jadual 10.3. Jadual 10.3 Jumlah Lebihan Pendapatan Terkumpul Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2013 Dan 2014 Tahun Perubahan Bil. Agensi 2013 2014 (%) 1. Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri 1,719.67 1,957.90 238.23 13.9 Terengganu 2. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri 586.65 606.07 19.42 3.3 Terengganu 3. Yayasan Terengganu 474.88 509.86 34.98 7.4 4. Yayasan Islam Terengganu 67.83 50.69-17.14-25.3 5. Lembaga Muzium Negeri Terengganu 21.21 23.27 2.06 9.7 6. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu 12.76 12.37-0.39-3.1 7. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu 2.64 2.26-0.38-14.4 8. Majlis Sukan Negeri Terengganu 2.78 2.01-0.77-27.7 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Jumlah 2,888.42 3,164.43 276.01 9.6 10.5.4. Analisis Aset BBN Kedudukan aset bagi 8 BBN pada tahun 2014 adalah RM4,069.65 juta berbanding RM3,816.81 juta pada tahun 2013 iaitu peningkatan sejumlah RM252.84 juta atau 6.6%. 81

Daripada jumlah aset tersebut, jumlah aset semasa pada akhir tahun 2014 ialah RM2,040.81 juta berbanding RM1,858.64 juta pada tahun 2013. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, nilai aset semasa bersih telah meningkat daripada RM1,297.74 juta pada tahun 2013 kepada RM1,500.05 juta pada tahun 2014 iaitu peningkatan sejumlah RM202.31 juta atau 15.6%. Bagi peningkatan dalam aset semasa bersih, LTAWNT mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sejumlah RM187.04 juta atau 18.2% kerana pertambahan dalam pelbagai pendahuluan kepada syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu serta tunai di tangan dan di bank. Selain itu, PMINT mencatatkan peningkatan aset semasa bersih sejumlah RM35.28 juta atau 19.2%, YPK mencatatkan peningkatan sejumlah RM2.54 juta atau 13.7% dan LMNT mencatatkan peningkatan sejumlah RM2.29 juta atau 17.6%. Penurunan aset semasa bersih yang ketara pula dialami oleh YIT iaitu menurun sejumlah RM16.36 juta atau 77.4% kerana pengurangan dalam pelaburan, akaun belum terima serta pinjaman OSK Capital Berhad pada tahun 2014. Perbandingan aset semasa bersih antara BBN mengikut tahun 2013 dan 2014 adalah seperti Carta 10.2. Carta 10.2 Perbandingan Aset Semasa Bersih Antara Badan Berkanun Negeri Mengikut Tahun 2013 Dan 2014 LTAWNT 1,026.14 1,213.18 YIT MSN YT 4.79 21.15 1.38 2.15 25.76 33.27 PPAT -0.41-0.21 PMINT 218.93 183.65 LMNT YPK 15.29 13.00 21.13 18.59-200 0 200 400 600 800 1,000 1,200 1,400 2014 2013 RM Juta Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri 10.5.5. Analisis Pelaburan BBN Pada tahun 2014, jumlah pelaburan bagi 6 BBN iaitu PMINT, YIT, YT, YPK, PPAT dan LTAWNT ialah RM1,046.16 juta. Pelaburan ini terdiri daripada pelaburan dalam anak syarikat, syarikat bersekutu, pelaburan saham amanah dan pelaburan lain. Penilaian pelaburan adalah berdasarkan nilai sejarah. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, jumlah pelaburan telah menurun sejumlah RM31.22 juta atau 2.9% berbanding RM1,077.38 juta pada tahun 2013. Jenis pelaburan BBN bagi tahun 2014 adalah seperti Carta 10.3. 82

Carta 10.3 Jenis Pelaburan Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2014 Anak Syarikat RM187.01 (17.9%) Syarikat Bersekutu RM145.01 (13.9%) Pelaburan Lain RM162.21 (15.5%) Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Pelaburan Saham Amanah RM551.93 (52.7%) 10.5.6. Analisis Liabiliti BBN Sehingga tahun 2014, jumlah liabiliti bagi 8 BBN ialah RM593.50 juta berbanding RM620.51 juta pada tahun 2013 iaitu penurunan sejumlah RM27.01 juta atau 4.4%. Lima daripada 8 BBN berjaya mengurangkan jumlah liabiliti antara RM0.49 juta hingga RM27.33 juta. Manakala 3 BBN telah menambah jumlah liabiliti antara RM0.32 juta hingga RM18.60 juta. YT telah mengurangkan jumlah liabiliti tertinggi iaitu sejumlah RM27.33 juta berbanding tahun 2013 yang berjumlah RM41.18 juta. Manakala PMINT mencatatkan peningkatan liabiliti tertinggi iaitu sejumlah RM18.60 juta atau 4.6% kerana peningkatan dalam deposit diterima, akaun belum bayar dan pinjaman bank belum matang. Selain itu, LMNT juga mencatatkan peningkatan liabiliti sejumlah RM0.32 juta atau 71.1% kerana peningkatan dalam belanja terakru dan bon pelaksanaan. YPK juga mempunyai liabiliti yang meningkat sejumlah RM5.83 juta atau 59.9% kerana peningkatan dalam akaun amanah, bayaran kemajuan projek usaha sama serta pelbagai pemiutang dan akruan. Jumlah liabiliti BBN bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti Jadual 10.4. Jadual 10.4 Jumlah Liabiliti Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2013 Dan 2014 Tahun Perubahan Bil. Agensi 2013 2014 (%) 1. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri 401.58 420.18 18.60 4.6 Terengganu 2. Yayasan Islam Terengganu 139.17 119.08-20.09-14.4 3. Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri 25.50 23.24-2.26-8.9 Terengganu 4. Yayasan Pembangunan Keluarga 9.73 15.56 5.83 59.9 Terengganu 5. Yayasan Terengganu 41.18 13.85-27.33-66.4 6. Perbadanan Perpustakaan Awam 1.30 0.81-0.49-37.7 Terengganu 7. Lembaga Muzium Negeri Terengganu 0.45 0.77 0.32 71.1 8 Majlis Sukan Negeri Terengganu 1.60 0.01-1.59-99.4 Jumlah 620.51 593.50-27.01-4.4 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri 83

10.5.7. Analisis Nisbah Dan Kestabilan BBN 10.5.7.1. Nisbah semasa digunakan bagi menilai keupayaan kecairan agensi untuk menjelaskan hutang jangka pendek. Berdasarkan pengiraan, didapati 7 daripada 8 BBN mempunyai aset semasa berbanding liabiliti semasa melebihi sekali ganda. Ini menunjukkan 7 BBN tersebut berkemampuan untuk mendapatkan tunai bagi membayar segala hutang semasa pada tahun 2014. Nisbah cepat pula mengukur kemampuan agensi untuk membayar hutang jangka pendek tanpa bergantung pada inventori. Pengiraan nisbah cepat mendapati 7 BBN mempunyai kecairan yang mencukupi dan tidak bergantung kepada inventori untuk menjelaskan liabiliti jangka pendek. Manakala nisbah hutang mengukur peratus dana dibiayai daripada sumber selain ekuiti. Analisis nisbah hutang menunjukkan hanya satu daripada 8 BBN iaitu YIT menggunakan lebih daripada 50% jumlah asetnya dibiayai oleh jumlah hutang. Penilaian terhadap analisis nisbah BBN bagi tahun 2014 adalah seperti Jadual 10.5. Bil. Jadual 10.5 Analisis Nisbah Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2014 Agensi Nisbah Semasa Nisbah Cepat Nisbah Hutang (%) 1. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri 1.59 1.35 40.2 Terengganu 2. Yayasan Terengganu 3.36 3.36 7.5 3. Yayasan Pembangunan Keluarga 2.36 2.36 21.9 Terengganu 4. Lembaga Muzium Negeri Terengganu 20.74 20.74 3.2 5. Majlis Sukan Negeri Terengganu 208.11 208.11 0.2 6. Perbadanan Perpustakaan Awam 0.49 0.49 9.8 Terengganu 7. Yayasan Islam Terengganu 1.04 1.04 69.1 8. Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu 53.20 53.20 1.2 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri 10.5.7.2. Modal kerja bertujuan untuk mengukur keupayaan aset semasa untuk menampung liabiliti semasa dalam sesuatu tempoh. Modal kerja yang positif adalah penting untuk memastikan agensi mampu melaksanakan aktiviti semasa dengan sumber kewangan yang mencukupi. Analisis mendapati 7 daripada 8 BBN mempunyai modal kerja yang mencukupi manakala satu BBN iaitu PPAT tidak mempunyai modal kerja yang mencukupi. Aliran tunai bersih menunjukkan nilai kesetaraan tunai yang dimiliki oleh agensi dalam tahun semasa. Pada tahun 2014, sebanyak 4 BBN iaitu YT, MSN, PPAT dan YIT mempunyai nilai kesetaraan tunai yang negatif iaitu di antara RM0.69 juta hingga RM7.41 juta. Penilaian terhadap analisis kecairan dan kestabilan BBN bagi tahun 2014 adalah seperti Jadual 10.6. 84

Bil. Jadual 10.6 Analisis Kecairan Dan Kestabilan BBN Bagi Tahun 2014 Agensi Modal Kerja Aliran Tunai Bersih 1. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 218.93 TM 2. Yayasan Terengganu 25.76-7.41 3. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu 21.13 5.25 4. Lembaga Muzium Negeri Terengganu 15.29 2.60 5. Majlis Sukan Negeri Terengganu 1.39-2.57 6. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu -0.41-0.69 7. Yayasan Islam Terengganu 4.79-2.40 8 Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu 1,213.18 TM Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Nota: * TM-Tiada maklumat 10.5.8. Analisis Prestasi Anak Syarikat Badan Berkanun Negeri 10.5.8.1. Analisis Pelaburan Dalam Syarikat Pada tahun 2014, PMINT melabur sejumlah RM47.01 juta dalam 14 syarikat, YT melabur sejumlah RM23.81 juta dalam 9 syarikat, LTAWNT melabur sejumlah RM304.45 juta dalam 5 syarikat dan YPK melabur sejumlah RM1.20 juta dalam 2 syarikat. Bagi pelaburan dalam syarikat bersekutu, LTAWNT melabur paling tinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM133.91 juta. Analisis pelaburan pada kos dalam anak syarikat dan syarikat bersekutu oleh BBN adalah seperti di Jadual 10.7. Jadual 10.7 Analisis Pelaburan Pada Kos Dalam Anak Syarikat Dan Syarikat Bersekutu Perkara PMINT YT LTAWNT YPK Jumlah Anak Syarikat (100%) 9 7 2 1 19 Anak Syarikat (>50%) 3 0 2 1 6 Syarikat Bersekutu (<50%) 2 2 1 0 5 Jumlah Syarikat 14 9 5 2 30 Pelaburan 47.01 23.81 304.45 1.20 376.47 Sumber: Penyata Kewangan BBN 10.5.8.2. Status Anak Syarikat Analisis Audit terhadap anak syarikat yang mana BBN memiliki ekuiti lebih daripada 50% mendapati 4 BBN telah melabur dalam 25 anak syarikat iaitu 15 anak syarikat berstatus aktif dan 10 berstatus dorman. Daripada 4 BBN, PMINT dan YT mempunyai bilangan anak syarikat terbanyak iaitu 12 anak syarikat PMINT dan 7 anak syarikat YT. Bagaimanapun, daripada 12 anak syarikat PMINT, sebanyak 5 anak syarikat atau 41.7% ialah syarikat berstatus dorman manakala 4 anak syarikat YT atau 57.1% berstatus dorman dan satu anak syarikat LTAWNT berstatus dorman. Bilangan anak syarikat yang aktif dan dorman adalah seperti Jadual 10.8. 85

Jadual 10.8 Bilangan Anak Syarikat Yang Aktif Dan Dorman Bagi Tahun 2014 Bilangan Anak Syarikat Bil. BBN (Ekuiti lebih daripada 50%) Status Status Jumlah Aktif Dorman Syarikat 1. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 7 5 12 2. Yayasan Terengganu 3 4 7 3. Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri 3 1 4 Terengganu 4. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu 2 0 2 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri 10.5.8.3. Analisis Keuntungan/Kerugian Terkumpul Syarikat Pada 31 Disember 2014, sebanyak 10 anak syarikat yang aktif di bawah 4 BBN mempunyai keuntungan terkumpul secara keseluruhannya yang berjumlah RM84.46 juta. Analisis Audit menunjukkan 5 anak syarikat di bawah 2 BBN mempunyai kerugian terkumpul secara keseluruhan berjumlah RM59.44 juta. Antara anak syarikat yang mempunyai keuntungan terkumpul yang tertinggi ialah TATI University College Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat LTAWNT dan Sterling Hectares Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat YT dengan keuntungan terkumpul masing-masingnya berjumlah RM50.27 juta dan RM26.93 juta. Manakala anak syarikat yang mempunyai kerugian terkumpul tertinggi ialah IHeal Holdings Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat LTAWNT berjumlah RM43.69 juta. Analisis keuntungan dan kerugian terkumpul anak syarikat BBN bagi tahun kewangan 2014 adalah seperti Jadual 10.9. Jadual 10.9 Analisis Keuntungan/Kerugian Terkumpul Anak Syarikat Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun Kewangan 2014 Kerugian Keuntungan/ Keuntungan Terkumpul Terkumpul (Kerugian) Bil. BBN Bil. Anak Jumlah Bil. Anak Jumlah Bersih Syarikat Syarikat 1. Perbadanan Memajukan 4 2.10 3 1.27 0.83 Iktisad Negeri Terengganu 2. Yayasan Terengganu 3 27.65 - - 27.65 3. Lembaga Tabung Amanah 1 50.27 2 58.17-7.90 Warisan Negeri Terengganu 4. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu 2 4.44 - - 4.44 Jumlah 10 84.46 5 59.44 25.02 Sumber: Penyata Kewangan Anak Syarikat Pada pendapat Audit, Lembaga Pengarah Badan Berkanun Negeri yang berkenaan hendaklah sentiasa memantau prestasi kewangan anak syarikat dan mengkaji semula pelaburan dalam anak syarikat yang berstatus dorman dan menghadapi kerugian terkumpul. Ini adalah untuk memastikan anak syarikat berdaya maju yang berterusan dan pelaburan dalam anak syarikat dapat memberi pulangan. 86

10.6. PRESTASI KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Terengganu terdiri daripada satu Majlis Bandaraya, 2 Majlis Perbandaran dan 4 Majlis Daerah. Analisis prestasi kewangan PBT tahun 2014 adalah berdasarkan penyata kewangan 7 PBT yang telah dikemukakan. Penyata kewangan 2 PBT telah siap diaudit iaitu Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Majlis Daerah Setiu (MDS). Manakala penyata kewangan 5 PBT yang sedang diaudit adalah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Majlis Daerah Besut (MDB), Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dan Majlis Daerah Marang (MDM). Analisis prestasi kewangan PBT tahun 2013 pula adalah berdasarkan penyata kewangan tahun 2013 yang telah selesai diaudit. 10.6.1. Analisis Prestasi Kewangan PBT 10.6.1.1. Pada keseluruhannya, prestasi kewangan tahun 2014 bagi 7 PBT adalah memuaskan berbanding tahun 2013. Lebihan Pendapatan Terkumpul, Jumlah Aset, Aset Semasa Bersih dan Lebihan Pendapatan Semasa telah meningkat antara 5.6% hingga 74.2%. Prestasi kewangan 7 PBT bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti di Jadual 10.10. Jadual 10.10 Prestasi Kewangan Tahunan PBT Di Negeri Terengganu Tahun 2013 dan 2014 Tahun Bil. Pihak Berkuasa Tempatan 2013 2014 Perubahan (%) 1. Lebihan Pendapatan Terkumpul 219.66 236.78 17.12 7.8 2. Jumlah Aset 578.39 610.54 32.15 5.6 3. Aset Semasa Bersih 82.11 93.82 11.71 14.3 4. Lebihan Pendapatan Semasa 6.01 10.47 4.46 74.2 Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 10.6.1.2. Pada tahun 2014, secara keseluruhannya PBT memperoleh lebihan pendapatan semasa (surplus) sejumlah RM10.47 juta dengan 6 PBT memperoleh lebihan pendapatan semasa (surplus) dan satu PBT mengalami kurangan pendapatan (defisit). Selain itu juga, 6 PBT mencatatkan aset semasa bersih dan satu PBT mencatatkan aset semasa bersih yang negatif menjadikan keseluruhannya PBT mencatatkan aset semasa bersih yang berjumlah RM93.82 juta. 10.6.1.3. Analisis Audit mendapati sebanyak 6 PBT memperoleh surplus dengan jumlah antara RM1.40 juta hingga RM7.35 juta. MDHT telah mencatatkan surplus paling tinggi iaitu RM7.35 juta hasil daripada peningkatan dalam terimaan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Satu PBT iaitu MPK mengalami defisit dengan jumlah RM4.80 juta. Analisis Audit selanjutnya mendapati 6 PBT berada dalam kedudukan stabil di mana aset semasa melebihi liabiliti semasa antara RM1.63 juta hingga RM60.40 juta. MDHT mencatat aset semasa bersih paling tinggi iaitu berjumlah RM60.40 juta di mana aset semasa berjumlah RM62.16 juta berbanding liabiliti semasa yang berjumlah RM1.76 juta. 87

Sementara itu, MPK mengalami aset semasa bersih yang negatif sejumlah RM29.75 juta. Prestasi kewangan PBT bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 seperti di Jadual 10.11. Jadual 10.11 Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun 2014 Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2014 Lembaran Imbangan Pada 31 Disember 2014 Aset/ Bil. Agensi Surplus/ Aset Liabiliti Pendapatan Perbelanjaan Semasa Defisit Semasa Semasa Bersih 1. Majlis Bandaraya 80.02 78.62 1.40 49.00 47.37 1.63 Kuala Terengganu 2. Majlis Perbandaran 63.75 68.55-4.80 31.54 61.29-29.75 Kemaman 3. Majlis Perbandaran 22.36 19.23 3.13 22.80 7.23 15.57 Dungun 4. Majlis Daerah Hulu 20.40 13.05 7.35 62.16 1.76 60.40 Terengganu 5. Majlis Daerah Besut 15.83 14.02 1.81 41.10 7.66 33.44 6. Majlis Daerah 13.25 12.04 1.21 12.78 2.42 10.36 Marang 7. Majlis Daerah Setiu 19.31 18.94 0.37 3.98 1.81 2.17 Jumlah 234.92 224.45 10.47 223.36 129.54 93.82 Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 10.6.2. Aset Semasa Bersih PBT 10.6.2.1 Pada tahun 2014, kesemua 7 PBT di Negeri Terengganu mengamalkan perakaunan berasaskan akrual ubahsuaian. Mengikut perakaunan berasaskan akrual ubahsuaian, transaksi adalah direkod pada asas akrual kecuali sebahagian aset atau liabiliti yang tidak diambil kira dalam Lembaran Imbangan. Akaun belum terima hanya mengambil kira penghutang cukai taksiran dan sewa sahaja. Aset semasa bersih PBT di Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013 dan 2014 adalah seperti di Jadual 10.12. PBT Aset Semasa Jadual 10.12 Aset Semasa Bersih PBT Di Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013 dan 2014 Tahun 2013 Tahun 2014 Aset Liabiliti Aset Liabiliti Semasa Semasa Semasa Semasa Bersih Aset Semasa Bersih Perubahan Aset Semasa Bersih (%) MBKT 51.91 53.73-1.82 49.00 47.37 1.63 3.45 189.6 MPK 41.52 66.19-24.67 31.54 61.29-29.75-5.08-20.6 MPD 18.63 6.85 11.78 22.80 7.23 15.57 3.79 32.2 MDHT 54.90 1.51 53.39 62.16 1.76 60.40 7.01 13.1 MDB 38.20 6.66 31.54 41.10 7.66 33.44 1.90 6.0 MDM 12.07 3.58 8.49 12.78 2.42 10.36 1.87 22.0 MDS 4.36 0.96 3.40 3.98 1.81 2.17-1.23-36.2 Jumlah 221.59 139.48 82.11 223.36 129.54 93.82 11.71 14.3 Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 88

10.6.2.2. Analisis Audit terhadap aset semasa bersih PBT mendapati perkara seperti berikut: a. Aset semasa bersih PBT di Negeri Terengganu secara keseluruhan pada tahun 2014 telah meningkat sejumlah RM11.71 juta atau 14.3%. Aset semasa bersih pada tahun 2013 berjumlah RM82.11 juta manakala RM93.82 juta pada tahun 2014. b. MBKT telah mencatatkan aset semasa bersih berjumlah RM1.63 juta berbanding aset semasa bersih yang negatif yang dicatatkan pada tahun 2013 iaitu sejumlah RM1.82 juta. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan dalam Pelbagai Belum Terima (12.5%) serta pengurangan dalam Pinjaman Semasa (74.3%). c. MPK mengalami peningkatan dalam aset semasa bersih yang negatif. Pada tahun 2014 aset semasa bersih yang negatif telah meningkat sejumlah RM5.08 juta atau 20.6%. Aset semasa bersih yang negatif pada tahun 2013 adalah berjumlah RM24.67 juta manakala pada tahun 2014 berjumlah RM29.75 juta. Peningkatan ini disebabkan oleh pengurangan sejumlah RM12.8 juta (57.1%) dalam Simpanan Tetap. Manakala MPD menunjukkan peningkatan aset semasa bersih sejumlah RM3.79 juta atau 32.2% berbanding tahun sebelumnya. Ini adalah disebabkan pertambahan simpanan di bank sejumlah RM3.03 juta. d. MDS mengalami pengurangan aset semasa bersih. Aset semasa bersih MDS telah berkurang sejumlah RM1.23 juta atau 36.2% berbanding tahun sebelumnya. Tiga PBT yang lain, iaitu MDHT, MDB dan MDM, menunjukkan peningkatan aset semasa bersih antara RM1.87 juta hingga RM7.01 juta atau 6.0% hingga 22.0% berbanding tahun sebelumnya. 10.6.3. Tunggakan Hasil Cukai Taksiran 10.6.3.1. Cukai taksiran adalah cukai tahunan yang dikenakan terhadap harta pegangan di bawah kawasan pentadbiran PBT mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976. Cukai taksiran adalah merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT. Cukai taksiran dikenakan ke atas pegangan seperti rumah kediaman, harta perdagangan (kedai, kilang, hotel dan sebagainya), harta industri (kilang, pelabuhan dan sebagainya) dan tanah. Caruman bantu kadar merupakan cukai tahunan yang dikenakan ke atas bangunan milik Kerajaan. Sehingga akhir tahun 2014, sejumlah RM95.74 juta cukai taksiran telah dikutip oleh PBT di Negeri Terengganu. Hasil cukai taksiran ini bertambah sejumlah RM6.43 juta atau 7.2% berbanding hasil cukai taksiran pada tahun 2013. Perbandingan hasil cukai taksiran PBT bagi tahun 2014 dan tahun 2013 adalah seperti di Jadual 10.13. 89

Jadual 10.13 Perbandingan Hasil Cukai Taksiran PBT Bagi Tahun 2014 Dan 2013 Tahun Perubahan Bil. Pihak Berkuasa Tempatan 2013 2014 (%) 1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 24.35 27.50 3.15 12.9 2. Majlis Perbandaran Kemaman 49.81 50.28 0.47 0.9 3. Majlis Perbandaran Dungun 6.66 8.76 2.10 31.5 4. Majlis Daerah Hulu Terengganu 5.91 5.77-0.14-2.4 5. Majlis Daerah Besut 1.18 1.21 0.03 2.5 6. Majlis Daerah Marang 0.94 1.74 0.80 85.1 7. Majlis Daerah Setiu 0.46 0.48 0.02 4.4 Jumlah 89.31 95.74 6.43 7.2 Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 10.6.3.2. Secara keseluruhannya, analisis Audit terhadap tunggakan cukai taksiran mendapati jumlah tunggakan telah meningkat daripada RM96.45 juta pada tahun 2013 kepada RM107.86 juta pada tahun 2014 di mana berlaku peningkatan sejumlah RM11.41 juta atau 11.8%. Semua PBT di Negeri Terengganu menunjukkan peningkatan jumlah tunggakan cukai taksiran antara RM0.12 juta hingga RM2.95 juta atau 2.2% hingga 20.9% kecuali MDS yang mencatatkan penurunan dalam jumlah tunggakan cukai sejumlah RM0.01 juta atau 1.7%. Perubahan tunggakan cukai taksiran bagi tahun 2014 berbanding tahun 2013 adalah seperti di Jadual 10.14. Jadual 10.14 Perubahan Tunggakan Cukai Taksiran Bagi Tahun 2014 Berbanding 2013 Tahun Perubahan Bil. Pihak Berkuasa Tempatan 2013 2014 (%) 1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 24.89 27.84 2.95 11.9 2. Majlis Perbandaran Kemaman 12.81 15.23 2.42 18.9 3. Majlis Perbandaran Dungun 5.50 5.62 0.12 2.2 4. Majlis Daerah Hulu Terengganu 47.76 52.89 5.13 10.7 5. Majlis Daerah Besut 2.66 2.99 0.33 12.4 6. Majlis Daerah Marang 2.25 2.72 0.47 20.9 7. Majlis Daerah Setiu 0.58 0.57-0.01-1.7 Jumlah 96.45 107.86 11.41 11.8 Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 10.6.3.3. Berdasarkan penyata kewangan bagi tahun 2014, pendapatan bagi semua PBT adalah berjumlah RM234.92 juta. Manakala tunggakan cukai taksiran pula adalah berjumlah RM107.86 juta. Ini menunjukkan jumlah tunggakan cukai taksiran lebih rendah berbanding jumlah pendapatan iaitu sebanyak 45.9%. Tunggakan cukai taksiran berbanding jumlah pendapatan tahun 2014 adalah seperti di Jadual 10.15. 90

Bil. Jadual 10.15 Tunggakan Cukai Taksiran Berbanding Pendapatan Tahun 2014 Pihak Berkuasa Tempatan Tunggakan Pendapatan Tunggakan Berbanding Pendapatan (%) 1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 27.84 80.02 34.8 2. Majlis Perbandaran Kemaman 15.23 63.75 23.9 3. Majlis Perbandaran Dungun 5.62 22.36 25.1 4. Majlis Daerah Hulu Terengganu 52.89 20.40 259.3 5. Majlis Daerah Besut 2.99 15.83 18.9 6. Majlis Daerah Marang 2.72 13.25 20.5 7. Majlis Daerah Setiu 0.57 19.31 2.9 Jumlah 107.86 234.92 45.9 Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 10.6.3.4. MDHT mempunyai peratus tunggakan cukai taksiran berbanding jumlah pendapatan tertinggi iaitu 259.3%. Tunggakan cukai taksiran yang tinggi di PBT tersebut merupakan tunggakan oleh sebuah Syarikat disebabkan pertikaian mengenai kadar yang dikenakan oleh pihak Majlis kepada Syarikat berkenaan. Pertikaian ini telah dibawa ke mahkamah. Kes ini masih di peringkat perbicaraan. Manakala bagi PBT yang lain, tunggakan berbanding pendapatan adalah kurang daripada 50% di mana MDS, mencatatkan peratusan kutipan tunggakan cukai berbanding pendapatan kurang yang paling rendah iaitu 2.9%. 10.7. SYOR AUDIT 10.7.1. Untuk memastikan prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri bertambah kukuh, Badan Berkanun Negeri adalah disyorkan mengambil langkah seperti berikut: 10.7.1.1. Ketua Eksekutif/Pengurus Besar/Pengarah Badan Berkanun Negeri perlu bertindak proaktif dan tegas dalam melaksanakan program dan aktiviti Agensi yang dapat menjana pendapatan Badan Berkanun Negeri. 10.7.1.2. Ketua Eksekutif/Pengurus Besar/Pengarah Badan Berkanun Negeri perlu mengambil tindakan tegas terhadap tunggakan hutang daripada penghutang Badan Berkanun Negeri supaya dapat mengukuhkan kedudukan tunai. 10.7.1.3. Bagi anak syarikat Badan Berkanun Negeri yang mengalami kerugian berterusan dan berstatus dorman, Lembaga Pengarah hendaklah mengkaji semula kedudukan syarikat yang mengalami kerugian berterusan dan berstatus dorman sama ada untuk meneruskan operasi atau sebaliknya. 10.7.2. Untuk memastikan prestasi kewangan Pihak Berkuasa Tempatan bertambah kukuh, Pihak Berkuasa Tempatan adalah disyorkan mengambil tindakan seperti berikut: 91

10.7.2.1. PBT hendaklah menimbang langkah yang berkesan dan mengambil tindakan proaktif untuk memungut hasil bagi mengurangkan tunggakan cukai taksiran dan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan. 10.7.2.2. PBT yang mengalami defisit dan mempunyai aset semasa bersih yang negatif perlu mempertingkatkan prestasi kewangannya supaya pendapatan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan mengurus dan menanggung aset semasa bersih yang negatif. 92

PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI 11. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI; DAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2013 Siri 1 dan Siri 2 telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 23 September 2014. Manakala Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu bagi tahun 2013 serta Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2013 Siri 3 telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 8 Disember 2014. 12. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI 12.1. Pada tahun 2014, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri (Jawatankuasa) telah membincangkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012. Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat sekali pada tahun 2014 untuk membincangkan isu-isu yang berbangkit dalam Laporan tersebut. Butiran ringkas perkara yang dibincangkan oleh Jawatankuasa sepanjang tahun 2014 adalah seperti di Jadual 12.1. Jadual 12.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Terengganu Sepanjang Tahun 2014 Bil. Tarikh Jabatan/Agensi Perkara 1. 17 Julai 2014 Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu - 1. Membincangkan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2012. 2. Membincangkan Laporan Ketua Audit Negara Berkait Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 1, 2 dan 3). 1. Sesi pendengaran/penjelasan mengenai Program Rumah Mampu Milik dan Rumah Pangsa Mampu Milik - Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 1). 2. Sesi pendengaran/penjelasan mengenai pengurusan syarikat Pertima Sdn. Bhd. - Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 3). 95

Bil. Tarikh Jabatan/Agensi Perkara Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan 1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 2. Majlis Daerah Marang Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Jabatan Kerja Raya Negeri Sumber: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Terengganu 1. Sesi pendengaran/penjelasan mengenai Program Rumah Mampu Milik dan Rumah Pangsa Mampu Milik - Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 1). Sesi pendengaran/penjelasan mengenai Pengurusan Pelesenan - Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 2). Sesi pendengaran/penjelasan mengenai pengurusan syarikat Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. - Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 2). Sesi pendengaran/penjelasan mengenai Program Penyenggaraan Jalan Negeri Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu Tahun 2012 (Siri 3) 96

Pada umumnya, tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri adalah baik. Begitu juga tahap pengurusan kewangan Jabatan/Agensi pada tahun 2014 telah menunjukkan prestasi yang baik kerana Jabatan/Agensi telah memberi fokus yang lebih sejak pelaksanaan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun 2007. Bagaimanapun, prestasinya masih boleh dipertingkatkan lagi sekiranya Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan bukan sahaja mengambil tindakan memperbetulkan kelemahan yang telah dibangkitkan oleh pihak Audit, bahkan juga mengambil tindakan preventive bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang. Sehubungan ini, bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan, adalah disyorkan perkara berikut: a. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu mengaturkan supaya pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara juga berlaku di bahagian lain dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan memandangkan pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara adalah berdasarkan kepada sampel dan skop tertentu. b. Jabatan/Agensi perlu mempertingkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam (UAD). Antaranya ialah dengan memastikan anggota UAD mendapat latihan dan bimbingan yang secukupnya, perancangan audit tahunan disediakan supaya pengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, penilaian dibuat secara objektif dan bebas bukan sahaja berkaitan dengan aspek kawalan dalaman malahan pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi, melaporkan penemuan yang signifikan serta mengesyorkan cadangan yang memberi impak kepada organisasi. c. Bagi memperbaiki tahap pengurusan kewangan, penglibatan Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu dipertingkatkan dengan terlibat secara hands on dalam urusan tersebut. d. Ketua Jabatan perlu mewujudkan sistem check and balance, pemantauan berterusan dan pemeriksaan mengejut, mengadakan penilaian secara berkala ke atas kemahiran dan keupayaan pegawai serta memberi latihan kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan kewangan bagi meningkatkan kecekapan mereka. Ini adalah bagi mengelakkan pegawai kurang mahir atau kurang pengetahuan menggunakan budi bicara apabila membuat keputusan. JABATAN AUDIT NEGARA Putrajaya 6 Julai 2015 99

Lampiran I 103

104 Lampiran II

Lampiran III 105

106 Lampiran IV

107

108 Lampiran V

Lampiran VI 109

110 Lampiran VII

111

112

113

114

115

116

117

118

119

120

121

122

123

w w w. a u d i t. g o v. m y JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA No. 15, Aras 1-5 Persiaran Perdana, Presint 2 62518 wilayah persekutuan Putrajaya