KOLEJ UNKOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA Karung Berkunci 1200, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Tel : 06-233 2266 Faks : 06-233 2277 Email : Bendahari@kutkm.edu.my PEJABAT BENDAHARI Rujukan Kami (Our Ref.) : KUTKM.03.02/10.12/3/1 Jld 2 ( ) Rujukan Tuan (Your Ref.) : Januari 2007 Muharram 1428 PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 2/2007 Ketua Pusat Tanggungjawab Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Ayer Keroh, Melaka Assalamualaikum wrt. wbt. Y.Bhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, PENETAPAN KADAR BAYARAN BAGI PENCERAMAH SAMBILAN KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai kadar bayaran bagi penceramah sambilan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 KUTKM telah menerima pakai Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1995 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 1996 mengenai bayaran saguhati kepada penceramah/fasilitator sambilan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 4 Tahun 2001. Melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Bil. 16 Tahun 2004 yang diperakukan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Bil.1/2005 dan diluluskan di Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 1/2005 telah menetapkan kadar bayaran bagi penceramah sambilan dari kalangan korporat di sektor swasta mahupun orang kenamaan yang dikenalpasti sebagai seorang pakar di dalam bidang tertentu. 2.2 Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005, kerajaan telah menetapkan peraturan dan kadar yang baru mengenai bayaran saguhati kepada pegawai kerajaan yang memberi syarahan/ceramah secara
sambilan atau menjadi fasilitator sambilan dalam kursus/ bengkel/ majlis rasmi yang dianjurkan oleh Jabatan. Pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif Bil. 8 Tahun 2005 yang diperakukan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Bil.2/2005 dan diluluskan di Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 1/2006 3.0 TAFSIRAN 3.1 "Unit Latihan" adalah bermaksud organisasi yang bertanggungjawab secara terus mengendalikan kursus bagi KUTKM. Ia juga berfungsi sebagai penyelaras atau sekretariat yang menguruskan pentadbiran latihan bagi KUTKM. 3.2 "Penceramah Sambilan" adalah bermaksud yang menerima jemputan untuk memberikan syarahan atau ceramah secara sambilan atau sekali sekala di sesuatu kursus atau majlis-majlis rasmi anjuran Unit Latihan KUTKM dalam atau di luar waktu pejabat di mana tugas memberikan syarahan atau ceramah tersebut adalah bukan tugas rasmi beliau. 3.3 Fasilitator adalah bermaksud pegawai yang menjalankan tugas sebagai pembantu pensyarah atau penceramah bagi sesuatu program. 3.4 Pegawai adalah bermaksud staf KUTKM yang dilantik sama ada secara tetap, sementara, kontrak dan sebagainya. Ia juga adalah bermaksud pihak luar sama ada pegawai yang bekerja dengan agensi kerajaan, swasta atau badan persendirian yang menerima jemputan dari KUTKM. 3.5 Penceramah bebas adalah bermaksud individu yang tidak terikat dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. 3.6 Tokoh ternama adalah individu sama ada yang berkhidmat dengan agensi kerajaan, swasta atau individu persendirian yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang-bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan. 4.0 PERATURAN MENGENAI PEMBAYARAN PENCERAMAH SAMBILAN 4.1 Bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi setiap setengah jam yang genap sekiranya waktu syarahan/ceramah yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi melebihi satu jam.
4.2 Jumlah bayaran maksima saguhati sebulan yang boleh diterima oleh penceramah sambilan/fasilitator adalah tidak melebihi 1/2 daripada gaji bulanan pegawai tersebut. 4.3 Urus setia yang memberi syarahan/ceramah atau menjadi fasilitator dalam program yang dianjurkannya tidak layak dibayar saguhati. 4.4 Penceramah/fasilitator sambilan yang diberikan cenderamata adalah tidak layak dibayar saguhati. 5.0 KADAR BAYARAN SAGUHATI PENCERAMAH SAMBILAN 5.1 Penceramah sambilan di kalangan pegawai kerajaan adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 Kategori Perkhidmatan Penceramah Sambilan (RM) Fasilitator Sambilan (RM) Kumpulan Pengurusan Tertinggi 300.00 / jam 100.00 / jam Kump. Pengurusan dan 200.00 / jam 100.00 / jam Profesional Gred 53 & 54 Kump. Pengurusan dan 150.00 / jam 90.00 / jam Profesional Gred 45-52 Kump. Pengurusan dan 120.00 / jam 80.00 / jam Profesional Gred 41-44 Kump. Sokongan 80.00 / jam 60.00 / jam 5.2 Penceramah sambilan di kalangan sektor swasta adalah mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 19 Tahun 2002 Kelayakan Akademik RM/Jam PH.D 400.00 Sarjana 300.00 Sarjana Muda 200.00 Diploma/ Sijil 100.00 5.3 Penceramah sambilan di kalangan tokoh ternama, penceramah bebas, individu dan sebagainya Terdapat dua kategori pilihan di mana ketua PTJ diberi kebenaran untuk memilih kategori yang dirasakan sesuai dan wajar berpandukan kepada kertas kerja yang telah diluluskan.
5.3.1 Mengikut kelayakan akademik penceramah Kelayakan Akademik RM/Jam PH.D 400.00 Sarjana 300.00 Sarjana Muda 200.00 5.3.2 Secara lump sum dengan mengambil kira kos pengangkutan untuk hadir memberi ceramah pada kadar maksimum RM 1,000.00 sekali ceramah (Minit Mesyuarat Majlis Eksekutif Bil. 4/2005). 6.0 PERLAKSANAAN PEMBERIAN KEMUDAHAN 6.1 Tuntutan bayaran penceramah sambilan boleh dibuat sebelum atau selepas sesuatu ceramah dengan disertakan Borang Tuntutan Elaun Penceramah. 6.2 Bagi tuntutan pembayaran penceramah sambilan di kalangan tokoh ternama dan penceramah bebas PTJ yang memohon berdasarkan kelayakan akademik perlu mengemukakan tuntutan berserta pengesahan maklumat kelayakan akademik penceramah dan surat lantikan untuk memberikan ceramah. 6.3 Pegawai kerajaan yang dijemput untuk memberikan ceramah adalah layak unutuk menuntut elaun sepertimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. 6.4 Bayaran tuntutan perjalanan bagi pegawai kerajaan hendaklah berpatutan dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003. 6.5 Bagi penceramah dari sektor swasta kadar bayaran bagi perjalanan, penginapan dan lain-lain kos hendaklah dikira berdasarkan kesetaraan jawatan yang dipegang dengan jawatan yang sedia ada dalam perkhidmatan awam. 6.6 Setiap tuntutan bayaran penceramah sambilan perlu dikemukakan melalui permohonan pembayaran Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu dan diuruskan oleh setiap PTJ yang menganjurkan sesi ceramah tersebut..
Pekeliling ini berkuatkuasa mulai Januari 2006. Sekian, terima kasih. Wassalam. KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH Saya yang menurut perintah, (KHAIRUL BIN TAIB) Bendahari Pejabat Bendahari Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia s.k Y. Bhg. Datuk Prof. Ismail bin Hassan Rektor Y. Bhg. Prof. Dr. Abu Bin Abdullah Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa Y. Bhg. Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Timbalan Rektor Penyelidikan & Pengkomersilan/ Inovasi