LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENGAJIAN LANJUTAN (BUKAN AKADEMIK) PROGRAM CAPAIAN GLOBAL (PCG)
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA M/S 1. Latarbelakang 1 2. Objektif 1 3. Peruntukan 2 4. Kelayakan Pemohon 2 5. Ahli Jawatankuasa 2 6. Pelaksanaan Program 2 7. Penyertaan 3 8. Syarat Kelayakan Peserta 3 9. Jawatankuasa Kerja 3 10. Laporan Program 3 11. Kursus Bahasa Inggeris 3 12. Sijil Penyertaan 3 13. Tanggungjawab Peserta 4 14. Pasport / Visa 4 15. Proses Permohonan 4
GARIS PANDUAN UMS-PROGRAM CAPAIAN GLOBAL (PCG) 2012 GARIS PANDUAN PENGAJIAN LANJUTAN (BUKAN AKADEMIK) PROGRAM CAPAIAN GLOBAL (PCG) 1.0 Latarbelakang Selaras dengan kewibawaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai sebuah universiti tersohor di Borneo dan juga keperluan pembangunan kepakaran diri kakitangan, pihak pengurusan universiti perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dalam merangka dan menyediakan satu program pembelajaran dan pengajaran yang berbentuk pendedahan tentang budaya kerja antarabangsa kepada semua kakitangan bukan akademik secara lebih sistematik dan tersusun. Program ini dijangkakan akan dapat menyumbang kepada: i) pemantapan profil kakitangan UMS bagi memenuhi keperluan Continous Professional Development (CPD) yang telah dikenalpasti di dalam kriteria universiti; ii) iii) iv) langkah awal pihak pengurusan Universiti ke arah pencapaian status Universiti Penyelidikan menjelang 2015; pengkayaan pengalaman serta kemahiran dan menimba ilmu yang mampu memperbaiki proses dan sistem kerja yang diamalkan di UMS; dan pendedahan kakitangan terhadap kepelbagaian budaya dan tradisi yang boleh dicontohi di negara luar. Program ini mengambil contoh UTM yang telah melaksanakan dan memperuntukkan sebanyak RM1,000,000 untuk 500 orang kakitangan. 2.0 Objektif Antara objektif UMS-Program Capaian Global (PCG) (Untuk Kakitangan Bukan Akademik) ialah :- i) Selaras dengan Projek Agenda Kritikal (CAP) dalam bidang kepemimpinan yang diwujudkan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk membantu kakitangan memantapkan dan memperkasakan aspek kepemimpinan institusi pada persada antarabangsa. ii) Memberikan penyerlahan bagi UMS dan kakitangannya ke persada antarabangsa serta memberikan kakitangan peluang untuk mempelajari sistem kerja yang lebih efisyen dan efektif untuk diaplikasikan di UMS; M u k a s u r a t 1
GARIS PANDUAN UMS-PROGRAM CAPAIAN GLOBAL (PCG) 2012 iii) iv) Menyediakan dan membina perwatakan dan berpendirian teguh, inovatif serta berpandangan luas dan memahami isu-isu global dan serantau dengan pengalaman dalam sekitaran luar negara yang sebenar; Membina kakitangan yang berintelek luas, berupaya untuk berfikir secara kritis serta boleh melihat hubungan-hubungan isu yang merentasi bidang pekerjaan masing-masing; dan v) Memberikan kakitangan kepelbagaian pengalaman budaya serta kepelbagaian teknik komunikasi yang berkesan sebagai persediaan untuk bekerjasama dengan kakitangan bukan warganegara. 3.0 Peruntukan Universiti akan menyediakan sejumlah peruntukan untuk melaksanakan program ini seperti di Lampiran 1(a). 4.0 Kelayakan Pemohon Program ini terbuka kepada kakitangan bukan akademik di semua skim di pelbagai peringkat jawatan. 5.0 Ahli Jawatankuasa Setiap program yang akan dijalankan akan dinilai dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Lanjutan (Bukan Akademik). 6.0 Pelaksanaan Program 6.1 Program lawatan sambil belajar ke luar negara ini adalah untuk tempoh sehingga 7 hari (tidak termasuk hari perjalanan) dan tidak lebih dari 14 hari yang akan mendedahkan kakitangan bukan akademik kepada isu-isu yang merentasi sempadan dan juga isu-isu global; 6.2 Menggunakan pendekatan pembelajaran secara pengalaman berasaskan seminar, persidangan, perbincangan serta taklimat ringkas, di mana kakitangan bukan akademik akan didedahkan dengan sistem kerja efektif dan efisyen; dan 6.3 Pengalaman mempelajari budaya tempatan melalui program berinteraksi dengan penduduk tempatan, penginapan dalam suasana tempatan dan perbincangan serta pertukaran maklumat dengan kakitangan tempatan. M u k a s u r a t 2
GARIS PANDUAN UMS-PROGRAM CAPAIAN GLOBAL (PCG) 2012 7.0 Penyertaan Setiap program yang akan dijalankan hendaklah melibatkan semua skim dan pecahan kategori seperti berikut :- i) Boleh melibatkan semua pegawai (100%) ii) Pegawai dan kakitangan sokongan (50%, 50%) iii) Pegawai dan kakitangan sokongan (30%, 70%) Penyertaan Program Capaian Global hanya dihadkan kepada 10 orang sahaja dalam satu kumpulan. 8.0 Syarat Kelayakan Peserta Syarat kelayakan peserta adalah seperti berikut:- i) telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun; ii) mempunyai rekod Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik (80% dan ke atas) iii) Diperakukan atau disokong oleh Ketua Jabatan 9.0 Jawatankuasa Kerja Peserta program akan diminta membentuk sebuah jawatankuasa kerja bagi menyediakan kertas kerja terperinci untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilai. Pihak Sektor Pembangunan Sumber Manusia (SPgSM) akan menjadi pemudahcara kepada setiap jawatankuasa kerja dan pembentangan cadangan program. 10.0 Laporan Program Peserta melalui Jawatankuasa kerja diwajibkan untuk menyediakan laporan selepas 14 hari tamat program. Pihak SPgSM akan membuat rumusan kepada laporan tersebut dan akan membentangkan kepada Jawatankuasa Penilai. SPgSM akan menyelaraskan program susulan seperti perkongsian ilmu kepada staf yang lain hasil dari program yang dijalankan tersebut. 11.0 Kursus Bahasa Inggeris Setiap peserta diwajibkan untuk mengikuti Kursus Bahasa Inggeris selama 10 jam untuk layak menyertai Program Capaian Global (PCG). 12.0 Sijil Penyertaan SPgSM akan menyediakan Sijil Penyertaan UMS-Program Capaian Global (PCG) kepada kakitangan yang berjaya mengikuti program ini. M u k a s u r a t 3
GARIS PANDUAN UMS-PROGRAM CAPAIAN GLOBAL (PCG) 2012 13.0 Tanggungjawab Peserta Setiap peserta bertanggungjawab menjaga imej Universiti dan mesti mematuhi peraturan dan undang-undang di negara-negara berkenaan. 14.0 Pasport/Visa Penyediaan paspot antarabangsa atau Visa adalah tanggungjawab setiap peserta. 15.0 Proses Permohonan Proses permohonan UMS -Program Capaian Global (PCG) (Untuk Kakitangan Bukan Akademik) adalah seperti dilampiran. Seksyen Pengajian Lanjutan Sektor Pembangunan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar M u k a s u r a t 4