ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

dokumen-dokumen yang mirip
ETIKA MESYUARAT AGUNG

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG- UNDANG KECIL

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BERHAD. mercantile

AKTA PILIHAN RAYA 1958

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSES PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI. 1. Urusan pemilihan calon anggota Lembaga koperasi hendaklah dikendalikan oleh:

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD (Nombor Pendaftaran :1912, Tarikh Pendaftaran 23 April 1953)

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

UNDANG UNDANG KECIL KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN FELCRA MALAYSIA BERHAD

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

Transkripsi:

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1

KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BHD ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1. TAJUK 1.1 Aturan-Aturan ini boleh disebut sebagai Aturan-Aturan Tetap Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Mercantile Berhad. 1.2 Aturan ini dibuat di bawah Undang-undang Kecil 83. 2. TUJUAN Tujuan Aturan-Aturan diwujudkan ialah untuk memastikan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi ini berjalan dengan licin dan teratur. 3. TAFSIRAN Di dalam Aturan-Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: Akta ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa; anggota ertinya seseorang yang telah diterima menjadi anggota Koperasi ini dan yang telah memenuhi kehendak undang-undang kecil 15(1); Aturan ertinya sesuatu peruntukkan dalam Aturan-Aturan; Aturan-Aturan ertinya Aturan-Aturan Tetap Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Mercantile Berhad dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa; kawasan perwakilan ertinya sesuatu kawasan perwakilan yang ditentukan di bawah Aturan- Aturan Bagi Menentukan Kawasan Perwakilan Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Mercantile Berhad ; Koperasi atau Koperasi ini ertinya Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Mercantile Berhad; Lembaga ertinya badan pengelola Koperasi ini yang padanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan dibawah seksyen 2 Akta, dan dibentuk menurut undang-undang kecil 35(1) serta tertakluk kepada undang-undang kecil 33 dan 37; mesyuarat agung kawasan ertinya mesyuarat seperti ditafsirkan dalam undang-undang kecil 25(1); mesyuarat agung perwakilan ertinya mesyuarat agung perwakilan tahunan atau mesyuarat agung perwakilan khas Koperasi ini seperti diperuntukkan dalam undang-undang kecil 24; perwakilan ertinya wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat agung peringkat kawasan anggota-anggota Koperasi ini, bagi menghadiri mesyuarat agung perwakilan Koperasi ini; undang-undang kecil ertinya undang-undang kecil Koperasi ini dan termasuklah sebarang pindaan berdaftar kepadanya; Perkataan perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing hendaklah meliputi tunggal atau jamak, dan perkataan yang bererti jenis lelaki hendaklah meliputi jenis perempuan. 2

4. NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN 4.1 Lembaga hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya lima belas hari kepada semua anggota yang tinggal di dalam sesuatu kawasan sebelum mesyuarat agung kawasan diadakan dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat. Notis ini hendaklah disampaikan berasingan melalui pos atau dengan cara lain yang munasabah, mengikut keputusan Lembaga kepada tiap-tiap anggota di alamatnya yang terakhir didaftarkan di pejabat Koperasi ini atau disiarkan di dalam satu atau lebih media masa. [Undang-undang Kecil 25(3)]. 4.2 Hanya anggota-anggota yang telah menjelaskan bayaran menurut undang-undang kecil 15 pada dua bulan sebelum tarikh mesyuarat agung kawasan, berhak menerima notis untuk menghadiri mesyuarat agung kawasan. [undang-undang kecil 25(4)]. 5. PERHIMPUNAN 5.1 Anggota-anggota hendaklah berhimpun pada satu tempat dan masa seperti mana yang dinyatakan dalam notis mesyuarat. 5.2 Hanya anggota-anggota yang telah menjelaskan bayaran menurut undang-undang kecil 15 pada dua bulan sebelum tarikh mesyuarat agung kawasan berhak menghadiri mesyuarat agung kawasan dan berhak mempunyai satu undi dan layak menjadi seorang perwakilan ke sesuatu mesyuarat agung perwakilan. 5.3 Anggota yang cacat cela di sisi undang-undang kecil Koperasi ini tidak layak dan tidak boleh menghadiri mesyuarat agung kawasan. 5.4 Bagi mesyuarat agung kawasan yang dipanggil kerana tidak mencukupi korum, (iaitu mesyuarat agung kawasan tertangguh) hanya anggota yang menerima notis pada tarikh notis asal dikeluarkan akan diberi notis untuk mesyuarat agung kawasan tertangguh. 5.5 Setiap anggota hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan diri kepada pegawai-pegawai Koperasi yang bertugas sebelum masuk ke dewan mesyuarat. Anggota yang engkar mendaftarkan diri tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat agung kawasan. 5.6 Seseorang anggota tidak boleh melantik wakil untuk hadir atau mengundi bagi pihaknya dalam suatu mesyuarat agung kawasan. 5.7 Seseorang anggota Lembaga atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah dianggap sebagai seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan. Seseorang anggota Lembaga atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman yang akan mengosongkan jawatan hendaklah tetap menjadi seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan yang diadakan untuk memilih penggantinya sehingga tamatnya mesyuarat itu. 6. PENGERUSI MESYUARAT 6.1 Pengelola yang dilantik oleh Lembaga hendaklah berfungsi sebagai Pengerusi mesyuarat agung kawasan sebelum Pengerusi mesyuarat agung kawasan dilantik. Sebelum Pengerusi mesyuarat agung kawasan dilantik Pengelola adalah mempunyai kuasa Pengerusi mesyuarat. 6.2 Selepas Pengelola memulakan mesyuarat dan memberi penjelasan yang perlu, mesyuarat agung kawasan hendaklah memilih seorang Pengerusi mesyuarat dari anggota yang hadir [Undang-undang Kecil 25(7)] dengan cara undi angkat tangan. 3

6.3 Pengelola tidak boleh menjadi pengerusi sesuatu mesyuarat agung kawasan tetapi boleh berfungsi hanya sebagai penasihat sahaja. 7. SETIAUSAHA MESYUARAT 7.1 Selepas Pengerusi mesyuarat dilantik, mesyuarat agung kawasan agung kawasan hendaklah memilih seorang Setiausaha mesyuarat dari anggota yang hadir [Undangundang Kecil 25(7)] dengan cara undi angkat tangan. 7.2 Setiausaha hendaklah merekodkan segala-segala butir perjalanan mesyuarat yang mana hendaklah ditandatangani oleh beliau dan Pengerusi mesyuarat dan, kemudian dikirimkan kepada Lembaga dalam masa tujuh hari dari tarikh mesyuarat itu [Undang-undang Kecil 25(7)]. 8. AGENDA MESYUARAT 8.1 Seperti diperuntukan dalam Undang-undang Kecil 25(ii), perkara yang hendak dibincangkan dan diputuskan di mesyuarat agung kawasan ialah: 8.1.1 draf akaun atau jika ada akaun teraudit koperasi; 8.1.2 belanjawan tahunan untuk dibentangkan di dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan; 8.1.3 cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil dan Aturan-Aturan aktiviti, jika ada; 8.1.4 melantik perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan; dan 8.1.5 usul daripada Lembaga dan anggota Koperasi, jika ada, yang diterima tujuh hari sebelum mesyuarat agung kawasan itu. 9. KELAYAKAN UNTUK MENJADI WAKIL 9.1 Hanya seorang anggota yang telah menjelaskan bayaran masuk, yuran bulanan sekurang-kurangnya 3 bulan dan harga penuh sekurang-kurangnya lima puluh saham sebelum mesyuarat agung kawasan berhak mempunyai satu undi dan layak menjadi perwakilan [Undang-undang Kecil 15(1)]. 9.2 Anggota Lembaga dan anggota Jawatankuasa Audit Dalaman tidak boleh dilantik sebagai wakil daerah/kawasan [Undang-undang Kecil 25(2) dan (9)]. 9.3 Hanya anggota yang hadir di mesyuarat agung kawasan boleh dicalonkan sebagai perwakilan. 9.4 Seorang perwakilan terus memegang jawatannya selagi ia terus menjadi seorang anggota sehingga mesyuarat agung kawasan yang akan datang untuk memilih perwakilan-perwakilan baru. Ia boleh dipilih semula [Undang-undang Kecil 25(5)]. 9.5 Seorang perwakilan yang berhenti menjadi anggota atau menarik diri dari menjadi perwakilan akan hilang hak perwakilan kawasan yang berkenaan [Undang-undang Kecil 25(5)]. 10. KORAM MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN Koram bagi mengadakan mesyuarat agung kawasan hendaklah satu pertiga daripada jumlah 4

anggota yang layak menerima notis mesyuarat dalam sesuatu kawasan. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu bilangan anggota-anggota yang hadir belum cukup, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Lembaga kemudiannya hendaklah memanggil satu mesyuarat lain dengan memberi notis seperti diperuntukan di dalam fasal (3) undang-undang kecil ini. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas masa yang ditetapkan bagi mesyuarat ini, tidak hadir kuoram yang dikehendaki di bawah fasal ini, maka berapa sahaja bilangan anggota yang hadir dianggap mencukupi kuorum dan bilangan perwakilan yang dipilih tertakluk kepada fasal (2) Undang-undang Kecil 25. 11. PEMILIHAN WAKIL 11.1 Seseorang anggota hendaklah dicadang dan disokong sebagai perwakilan kawasan oleh anggota-anggota yang hadir semasa mesyuarat agung kawasan. 11.2 Seberapa ramai calon boleh dikemukakan di sesuatu mesyuarat agung kawasan. 11.3 Pemilihan perwakilan hendaklah dijalankan dengan undi sulit. 11.4 Mesyuarat agung kawasan hendaklah melantik beberapa anggota sebagai pengira undi di mesyuarat agung kawasan dan jumlahnya hendaklah ditetapkan berpandukan kepada jumlah anggota yang hadir dan jumlah calon yang dikemukakan. 11.5 Pengerusi mesyuarat akan mengisytiharkan nama-nama perwakilan yang berjaya dipilih sebagai perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan. 12. TATATERTIB 12.1 Seseorang anggota yang hendak berucap hendaklah mengangkat tangan di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi. Seseorang anggota tidak boleh berucap melainkan setelah dibenarkan berbuat demikian oleh Pengerusi. 12.2 Jika dua atau lebih daripada dua orang anggota mengangkat tangan serentak, maka Pengerusi hendaklah membenarkan anggota yang dahulu sekali terpandang olehnya. 12.3 Anggota yang dibenarkan berucap oleh Pengerusi hendaklah terlebih dahulu menyebut nama dan nombor keanggotaannya. Anggota hendaklah memulakan ucapan dengan Tuan Pengerusi. 12.4 Seseorang anggota tidak boleh berucap lebih daripada sekali dalam sesuatu perkara kecuali kerana menjawab kepada hujah-hujah yang dikeluarkan dalam perbahasan iaitu bagi pencadang sesuatu usul bersendiri. Tetapi disyaratkan iaitu, dengan tidak hilang haknya berucap kemudian, sebarang anggota boleh menyokong sesuatu usul atau pindaan dengan bangun serta menyatakan hasratnya untuk menyokong usul atau pindaan itu. 12.5 Seseorang anggota yang telah berucap dalam satu-satu perkara itu boleh bercakap menerangkan apa-apa perkara besar dalam ucapanya yang telah menerbitkan kesamaran kefahaman tetapi tidak boleh dikeluarkan sebarang perkara baru. 12.6 Seseorang anggota yang telah berucap boleh berucap sekali lagi apabila sesuatu perkara baru dikemukakan oleh Pengerusi, umpamanya cadangan hendak membentangkan pindaan atau usul hendak menangguhkan perbahasan. 5

12.7 Seseorang anggota tidak boleh mengganggu anggota yang sedang bercakap kecuali: 12.7.1 jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu anggota yang sedang berucap itu hendaklah duduk dan anggota yang menunggu itu hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkannya buat pengetahuan mesyuarat dan diserahkannya perkara itu kepada Pengerusi memutuskannya; atau 12.7.2 jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh anggota yang sedang berucap itu dalam ucapannya dengan syarat anggota yang sedang berucap itu mahu beralah dan duduk dan anggota yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi. 13. ISU-ISU UCAPAN 13.1 Seseorang anggota hendaklah menghadkan ucapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak berhasil dengan perkara yang dibincangkan itu. 13.2 Seseorang anggota tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah atau siasatan polis sekiranya pada timbangan Pengerusi penyebutan harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu. 13.3 Adalah salah pada peraturan mesyuarat jika dicuba menimbangkan semula apa-apa perkara tertentu yang telah diputuskan oleh mesyuarat agung kawasan kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat agung kawasan berkenaan dengan perkara itu. 13.4 Adalah salah pada peraturan mesyuarat bagi seseorang anggota menggunakan bahasa biadab. 13.5 Seseorang anggota tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas orang lain. 13.6 Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat orang lain. 13.7 Adalah salah pada Aturan-Aturan menggunakan: 13.7.1 perkataan-perkataan derhaka kepada negeri; 13.7.2 perkataan-perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa Kerajaan; 13.7.3 perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan Malaysia atau Akta Hasutan, 1948. 13.8 Seseorang anggota itu tidak boleh berucap atas perkara yang lain melainkan dari perkara-perkara yang dibentangkan dalam mesyuarat. 13.9 Jika pada timbangan Pengerusi bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan lagi di atas usul atau pindaan itu tujuannya melanggar Aturan ini, maka Pengerusi berkuasa boleh menolak usul atau pindaan itu ikut mana yang dikehendaki, atau memberhentikan perbahasan itu dan memerintahkan supaya usul atau pindaan itu tidak boleh dibahaskan lagi. 6

14. KUASA PENGERUSI 14.1 Sekiranya Pengerusi meminta seseorang anggota menghormati Aturan-Aturan ini dan tatatertib mesyuarat maka ianya hendaklah dipatuhi. 14.2 Sekiranya Pengerusi mengucap atau mengganggu seorang anggota yang sedang berucap anggota yang sedang berucap hendaklah memberhentikan ucapannya dan duduk semula dan lain anggota-anggota tidak dibenarkan berucap sehingga mesyuarat dimulakan semula. 14.3 Keputusan Pengerusi terhadap apa jua yang berkaitan dengan Aturan-Aturan ini dan tatatertib atau sebarang penjelasan adalah muktamad. 14.4 Pengerusi setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang anggota yang berdegil menyebutkan perkara yang tidak ada kena-mengena dengan perkara mesyuarat atau berulang-ulang menyebutkan hujahnya sendiri atau hujah-hujahnya anggota lain dalam sesuatu perbahasan boleh memerintahkan anggota itu suruh berhenti bercakap. 14.5 Pengerusi mempunyai hak memerintahkan seseorang anggota keluar dari majlis mesyuarat jika ia tidak mematuhi keputusan Pengerusi atau Aturan-Aturan ini seperti mengganggu lain yang sedang berucap. 14.6 Seseorang anggota yang diarahkan meninggal mesyuarat atas sebab-sebab melanggar Aturan-Aturan ini tidak akan dibenarkan menyertai mesyuarat semula selagi yang berkenaan tidak meminta maaf dan diterima oleh Pengerusi. 14.7 Pengerusi berhak mengikut budibicaranya mengusir sesiapa sahaja yang didapati membuat gangguan kepada perjalanan mesyuarat setelah memberikan tiga kali peringatan atau amaran. 15. TEMPOH UCAPAN Seseorang anggota tidak dibenarkan berucap lebih dari sekali dalam satu-satu perkara melainkan jika ia menjadi pembawa usul itu yang berhak untuk memberi jawapan atau penjelasan terhadap usul asal itu. Tetapi apabila pindaan telah dibuat maka seseorang anggota boleh dibenarkan berucap sekali lagi terhadap pindan yang dibuat itu walaupun ia telah berucap atas usulnya yang asal itu. Masa yang dibenarkan untuk membuat sebarang ucapan hendaklah tidak melebihi 5 minit. Walau bagaimanapun Pengerusi mengikut budibicaranya boleh melanjutkan tempoh ucapan oleh anggota yang berkenaan. 16. USUL TERGEMPAR Tiada sebarang usul tergempar atau tanpa notis boleh ditentukan mengenai perkara yang tidak ada dalam agenda. 17. PENGGANTUNGAN PERATURAN TETAP 17.1 Tiada sebarang Aturan-Aturan ini yang berasaskan Undang-undang Kecil Koperasi ini yang boleh digantungkan oleh sebarang mesyuarat agung. 7

17.2. Tertakluk kepada Aturan 15(1) diatas, dalam satu-satu perkara yang mustahak, Pengerusi bolehlah menerima satu-satu usul untuk menggantungkan sesuatu dari Aturan-Aturan ini. Anggota yang mengemukakan usul itu mestilah menyatakan dengan jelasnya terhadap peri mustahaknya perkara-perkara itu dan bilangan Aturan yang terlibat dalam Aturan-Aturan ini. Tiada sebarang pengantungan boleh dikuatkuasakan melainkan dengan memperolehi dua pertiga undi daripada bilangan anggota yang hadir. 18. BAHASA Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris boleh digunakan jika diizinkan oleh Pengerusi. 19. TIDAK MEMATUHI PERUNTUKAN PERATURAN INI Sesuatu mesyuarat agung kawasan atau sebarang keputusan yang dibuatnya tidak boleh menjadi tak sah semata-mata oleh sebab kemungkiran mematuhi mana-mana peruntukan Aturan-Aturan jika didapati bahawa mesyuarat itu telah dijalankan mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam peruntukan itu, dan kemungkiran itu tidak pula menyentuh keputusan itu. 8