MAKLUMAT PERTANDINGAN INOVASI P&P K-NOVASI P&P UKM 2017 11-Feb-17 1:46 PM
JADUAL AKTIVITI PERTANDINGAN DAN PAMERAN INOVASI P&P 2017 14 16 FEBRUARI 2017, DEWAN GEMILANG UKM
PAKEJ PENDAFTARAN KATEGORI TERBUKA RM 500 X 1 ORANG X 1 POSTER
PAKEJ PENDAFTARAN KATEGORI UKM RM 250 X 1 ORANG X 1 POSTER
MAKLUMAT UMUM 1. Penyertaan pertandingan terbuka kepada ahli akademik UKM atau pendidik institusi luar (sekolah, politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan) sama ada secara individu atau berkumpulan. 2. Kombinasi ahli akademik/ pendidik, staf dan pelajar adalah dibenarkan. Namun, hanya AHLI AKADEMIK/ PENDIDIK SAHAJA dibenarkan membentang. 3. Para peserta juga digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing.
MAKLUMAT KHUSUS 1. Tujuan Mengenalpasti produk dan inovasi P&P yang boleh diketengahkan di peringkat UKM dan kebangsaan. 2. Kategori Penyertaan a) UKM b) Terbuka 3. Kategori Pertandingan a) Kaedah Pengajaran/ Penyeliaan b) e-pembelajaran/ Bahan Bantu Mengajar c) Pentaksiran/ Penilaian 4. Yuran Setiap penyertaan dikenakan yuran RM250 kategori UKM dan RM500 kategori TERBUKA (termasuk caj GST)
MAKLUMAT KHUSUS (SAMBUNGAN) 5. Syarat-syarat a) Produk atau hasil inovasi yang dipertandingkan mestilah berkaitan proses atau bahan pembelajaran dan pengajaran b) Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, yuran setiap satu penyertaan adalah seperti yang telah ditetapkan c) Setiap penyertaan mestilah didaftarkan melalui borang penyertaan dalam talian di laman sesawang www.ukm.my/knovasi
PENYEDIAAN POSTER DAN KELENGKAPAN Setiap penyertaan akan diberikan: 1 ruang papan pameran saiz 3 x 4 (L x T); 1 unit meja peperiksaan; dan 1 unit kerusi 1. Peserta perlu menyediakan dan mencetak poster saiz A1 (841 x 594 mm / 33.1 x 23.4 inci) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kriteria penilaian sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kos berkaitan adalah tanggungan peserta sendiri. 2. Peserta dikehendaki membawa sendiri GUNTING dan PELEKAT VELCRO bahagian HOOK sahaja. Hanya pelekat Velcro sahaja dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan menampal poster pada papan pameran yang disediakan.
PENYEDIAAN POSTER DAN KELENGKAPAN (SAMBUNGAN) 3. Kemudahan internet dan soket individu tidak disediakan. Peserta disarankan membawa broadband sendiri bagi tujuan pembentangan dan sebagainya. Peserta hendaklah membawa komputer riba sendiri yang dicaj penuh (jika perlu). Pihak penganjur ada menyediakan 2 stesen mengecas di dalam Dewan Gemilang sekiranya ada keperluan. 4. Peserta perlu sentiasa berwaspada terhadap keselamatan barang masing-masing sepanjang pameran berlangsung. 5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau sebarang kerosakan semasa dan selepas pameran berlangsung.
PENYEDIAAN POSTER DAN KELENGKAPAN (SAMBUNGAN) KRITERIA PENILAIAN
PENJURIAN 1. Peserta hendaklah membentang/ mempamer/ membuat demonstrasi inovasi masing-masing di hadapan juri sewaktu sesi penjurian dijalankan. 2. Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan dan soal jawab adalah maksimum 5 minit sahaja. 3. Peserta (ketua atau ahli) diminta untuk berada di poster masing-masing sepanjang sesi pameran berlangsung bagi melayani pelawat yang hadir. 4. Pertandingan ini akan diadili oleh juri yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk K-Novasi P&P. Keputusan pengadilan oleh juri adalah muktamad dan keputusan ini diaudit oleh juru audit bertauliah. 5. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa majlis penutup & peserta perlu berada di lokasi pada masa tersebut untuk acara penyampaian hadiah.
PINGAT & SIJIL Peserta pertandingan yang telah membayar yuran RM500 akan membawa pulang: 1 unit pingat 1 unit sijil pencapaian yang tertera nama ketua dan ahli kumpulan 1. Peserta biasa yang telah membayar yuran RM100 dan juga merupakan ahli kepada salah satu poster pertandingan inovasi akan menerima salinan sijil pencapaian yang tertera nama ketua dan ahli kumpulan. Oleh itu, sijil peserta biasa tidak akan dikeluarkan. Namun, jika terdapat permintaan untuk dikeluarkan juga sijil peserta biasa, maka bayaran RM5 seunit sijil akan dikenakan. 2. Tempahan boleh dibuat bagi sijil tambahan untuk ahli yang dinamakan bersama ketua tetapi tidak hadir dengan bayaran RM5 seunit sijil.
PINGAT & SIJIL (SAMBUNGAN) 3. Sijil akan dicetak berdasarkan senarai nama yang didaftarkan dalam laman sesawang K-Novasi atau rekod yang dikemaskini daripada maklum balas peserta terhadap emel maklumat pendaftaran sebelum 11 Februari 2017. Permohonan sijil gantian bagi kesilapan yang berpunca daripada peserta akan dikenakan caj RM5 seunit sijil. 4. Tempahan pingat dan sijil pencapaian tambahan boleh dibuat di kaunter sekretariat melalui bayaran tunai sahaja dengan harga RM70 seunit pingat dan RM5 seunit sijil pencapaian. Resit akan diberikan selepas bayaran dibuat. Pingat dan sijil pencapaian tambahan akan diposkan kemudian.