AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Terma & Syarat Kempen MyDebit

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Undang-Undang Malaysia

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Polisi Privasi. Pengenalan

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Transkripsi:

PERJANJIAN AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT antara INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. (1189364-U) dan ZAHIR BIN HASSAN No KP: 590324-01-5341 bertarikh 13 Mac 2018

PENDAHULUAN Perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat (selepas ini dirujuk sebagai AKUJANJI ) dipersetujui oleh dan dimeterai di antara INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. (1189364-U), sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia dan beroperasi di pejabat utama yang beralamat 35-1, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai INVOKE ) di satu pihak; DAN Zahir Bin Hassan, No KP: 590324-01-5341 yang beralamat di No. 7, Jalan Mulia 2/3, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor (selepas ini dirujuk sebagai YANG BERKHIDMAT ) di satu lagi pihak; berhubung satu perjanjian di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT mengenai perkhidmatan kempen (selepas ini dirujuk sebagai KHIDMAT KEMPEN dan seperti tafsiran di dalam AKUJANJI ini) yang dibekalkan oleh INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT, yang mana: A. YANG BERKHIDMAT adalah seorang rakyat Malaysia yang layak untuk menyertai pertandingan politik bagi jawatan-jawatan awam yang diperuntukkan di bawah undangundang Malaysia di dalam Pilihanraya Umum ke-14 (selepas ini dirujuk sebagai PERTANDINGAN ) dan berhasrat untuk menyertai PERTANDINGAN; B. INVOKE bersetuju untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN dengan menggunakan sumbernya dan kepakarannya sebagai khidmat sokongan membantu kempen PERTANDINGAN yang akan, sedang dan/atau telah disertai YANG BERKHIDMAT bagi tujuan meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang di dalam PERTANDINGAN; dan C. Sebagai pertukaran kepada KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan oleh INVOKE untuk membantu kempen PERTANDINGAN itu, YANG BERKHIDMAT bersetuju kepada syarat-syarat yang mengikat dan sah di sisi undang-undang untuk satu tempoh seperti yang dipersetujui di dalam AKUJANJI ini. Bahawasanya INVOKE dan YANG BERKHIDMAT dengan ini saling bersetuju dengan semua fasal dan perkara seperti yang terkandung di dalam AKUJANJI dan dengan ini, terikat kepada semua fasal dan perkara seperti yang terkandung di dalam AKUJANJI ini. Mukasurat 1 dari 16

FASAL 1: MAKNA DAN TAFSIRAN 1.1 Perkataan-perkataan yang digunakan di dalam keseluruhan AKUJANJI mempunyai makna dan tafsiran seperti berikut: Biayaramai BN Dana Pilihanraya Jam Kempen bermakna perolehan dari jualan perkhidmatan padanan khidmat sukarelawan yang dilanggan oleh orang ramai melalui sistem INVOKE; bermakna Barisan Nasional; bermakna dana tunai yang dikumpulkan oleh INVOKE untuk diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT khusus untuk mengendalikan operasi kempen di kawasan PERTANDINGAN semasa tempoh berkempen rasmi yang diumumkan iaitu dari tarikh pembubaran Parlimen kepada saat keputusan diumumkan; tidak termasuk semua kos-kos lain yang membiayai KHIDMAT KEMPEN yang ditanggung secara berterusan oleh INVOKE tanpa menyentuh dana tunai ini; bermakna masa yang dihabiskan menjalankan apa-apa aktiviti kempen (dalam ukuran jam dan dibundarkan kepada jam terdekat) didarab dengan jumlah sukarelawan atau jentera kempen yang terlibat di dalam aktiviti kempen itu (mengikut konsep manhours seperti yang digunakan di dalam industri); Kajiselidik bermakna keseluruhan proses mengenalpasti kecenderongan kumpulan yang diselidiki terhadap sesuatu perkara, meliputi penyediaan data, proses mendapatkan maklum balas dari pengundi, pemprosesan data dan maklum balas dari kajian serta memuktamadkan dapatan berasaskan maklum balas dari kajian; Kempen Leaderboard bermakna sebarang dan/atau semua aktiviti, acara, promosi, bahan media, siaran, percetakan atau apa-apa yang fungsinya menyampaikan maklumat mengenai YANG BERKHIDMAT kepada mana-mana pihak; bermakna sistem yang dibangunkan oleh INVOKE menggunakan kaedah analisa data besar ( big data analytics ) yang memberi markah kepada setiap tindakan, masa atau apa-apa ukuran perkara yang mempengaruhi kecenderongan pengundi dan Mukasurat 2 dari 16

meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN, yang dirumuskan dalam bentuk carta mingguan dan/atau bulanan; Memorandum Pertubuhan Pengisytiharan Harta bermakna Memorandum and Article of Association (M&A) yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai latar belakang, syarat-syarat penting penubuhan dan operasi perniagaan INVOKE; bermakna satu akuan berkanun yang diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di dalam format yang ditentukan INVOKE yang dibuat oleh YANG BERKHIDMAT bagi tujuan menyenaraikan kesemua harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; Penggal bermakna satu tempoh Parlimen selepas satu pilihanraya umum ke satu pilihanraya umum yang berikutnya; Pentadbir Perlembagaan PH PRU14 Pusat Telekomunikasi INVOKE Sasaran mikro Bermakna seorang peguam yang berdaftar dan diterima oleh mahkamah-mahkamah tinggi Malaysia, yang dilantik untuk mengendalikan pencalonan dan pelantikan ahliahli lembaga amanah Tabung Awam seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4; bermakna Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan mengambil kira semangat, niat dan tujuan Perlembagaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 semasa pembentukan Persekutuan Malaysia; bermakna Pakatan Harapan; bermakna Pilihanraya Umum ke-14 seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya; bermakna keseluruhan data, kelengkapan, kakitangan dan kemahiran yang membolehkan INVOKE menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas/maklumat lain dari mana-mana kumpulan, meliputi pusat tele-panggilan berkomputer, sistem maklum balas berasaskan interaktif suara (atau Interactive Voice Response ) dan mana-mana kemudahan yang seumpamanya; bermakna kaedah menghantar maklumat melalui pelbagai cara dan medium (contohnya melalui media sosial, emel, whatsapp, pos biasa dan lain-lain) terus kepada seorang pengundi, yang mana maklumat itu telah pun disesuaikan terlebih dahulu mengikut ciri-ciri peribadi dan kecenderongan pengundi itu; Mukasurat 3 dari 16

Sistem bermakna semua data, aplikasi, perisian, kaedah, buku, panduan atau apa-apa bahan khusus, sama ada secara perisian atau kelengkapan, sama ada bercetak atau tidak, sama ada elektronik atau tidak, yang digunakan oleh INVOKE untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN; Sukarelawan bermakna individu yang telah mendaftar dengan INVOKE melalui apa-apa kaedah yang butiran (individu itu) ada di dalam sistem INVOKE; Tabung Awam Tahun UMNO bermakna sebuah tabung awam yang ditubuhkan khusus untuk menerima sebarang bayaran akibat pelanggaran AKUJANJI seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4; bermakna satu tahun kalendar; bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu; 1.2 Kecualilah dinyatakan secara jelas dan tersendiri, makna dan tafsiran perkataanperkataan, frasa-frasa dan ayat-ayat di dalam AKUJANJI adalah tertakluk kepada panduan tafsiran umum seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Rujukan kepada individu turut merujuk kepada kumpulan individu yang sama dan saling terpakai di antara satu sama lain. Contohnya rujukan kepada YANG BERKHIDMAT sebagai seorang ahli politik turut merujuk kepada kumpulan ahli politik yang mana YANG BERKHIDMAT mempunyai persamaan seperti ahli politik dari parti yang sama, gabungan yang sama, pendirian yang serupa dan seumpamanya. AKUJANJI ditulis dengan berlatar belakangkan senario politik terkini di Malaysia dan sebarang tafsiran mestilah mengambil kira konteks tersebut. Tajuk, nombor, perenggan, huruf besar/kecil dan sebarang olahan yang menampilkan AKUJANJI di dalam bentuk yang ada seperti ini hanyalah digunakan untuk memudahkan bacaan. Sebarang tafsiran mestilah mengambil kira keseluruhan perkataan dan ayat yang dibaca menggunakan latar belakang dan konteks seperti (b) di atas. Tafsiran bagi teknologi, bahan, kejadian atau perkara yang bersabit dengan teknologi dan aplikasi yang menjadi sebahagian dari KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan, turut merangkumi sebarang teknologi dan aplikasi yang belum wujud, atau belum dikembangkan sepenuhnya semasa AKUJANJI ditandatangani tetapi dibekalkan sebagai KHIDMAT KEMPEN selepas itu. Mukasurat 4 dari 16

(e) (f) Jika tiada perkataan atau frasa khusus di dalam Bahasa Melayu yang menggambarkan sebarang perkara yang tergolong di dalam mana-mana bahagian di dalam AKUJANJI ini atas dasar teknologi, tafsiran boleh merujuk kepada Bahasa Inggeris dengan bersandarkan konteks AKUJANJI ini. Sebarang perkembangan politik yang berlaku selepas tarikh AKUJANJI ini ditandatangani hendaklah ditafsirkan dengan bersandarkan niat, tujuan dan konteks AKUJANJI ini bagi tujuan menentukan kesan perkembangan politik itu kepada persetujuan-persetujuan di dalam AKUJANJI ini. FASAL 2: PIAGAM REFORMASI DAN TANGGUNGJAWAB YANG BERKHIDMAT 2.1 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk memperjuangkan reformasi menyeluruh ke arah melahirkan satu bangsa Malaysia yang adil, terangkum, saling menghormati, saling membantu dan saling memahami. 2.2 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk memupuk semangat kebebasan yang mengembalikan kuasa dan kemerdekaan kepada rakyat terbanyak. 2.3 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk mengusahakan reformasi-reformasi khusus dalam kerajaan dan masyarakat Malaysia seperti berikut: (a) (b) Mengembalikan dasar, amalan dan prosedur semua jabatan kerajaan untuk menghidupkan kembali sebuah kerajaan (di semua peringkat) yang berteraskan amanah, kecekapan dan nilai tambah kepada rakyat seiring dengan matlamat Perlembagaan; Membebaskan semua institusi yang ditubuhkan untuk mengimbangi kuasa eksekutif (termasuklah badan kehakiman, kuasa pendakwaan negara, pasukan keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, agensi pencegahan rasuah/salah guna kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Mukasurat 5 dari 16

Rasuah Malaysia dan/atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa seperti itu dalam apa-apa bidang, majlis-majlis agama Islam dan/atau mana-mana institusi ulama yang ditubuhkan bagi tujuan mentadbir urusan agama Islam secara bebas, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan mana-mana badan yang penubuhannya bertujuan memberi kuasa pengimbang kepada kuasa eksekutif) dari campur tangan eksekutif atau mana-mana pihak berkepentingan, agar institusi-institusi ini dapat menjalankan amanah mereka dengan bebas, saksama, tanpa rasa takut atau dipengaruhi oleh pihak-pihak lain bermatlamatkan kepentingan rakyat dan negara semata-mata; (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Menghadkan penggal perkhidmatan seorang Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja; Memisahkan jawatan dan fungsi seorang Perdana Menteri dari seorang Menteri Kewangan (atau mana-mana anggota Jemaah Menteri yang bertanggungjawab menguruskan kewangan dan perbendaharaan negara); Mengembalikan kebebasan tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan untuk menghidupkan kembali budaya satu cabang kerajaan saling menyemak kuasa yang digunakan cabang-cabang kerajaan yang lain; khususnya dengan meningkatkan pengaruh dan kuasa Parlimen melalui penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Terpilih untuk menyemak tindakan dan prestasi eksekutif dan agensi-agensi kerajaan yang lain; Membebaskan pilihanraya di semua peringkat dari segala amalan yang berat sebelah kepada satu pihak yang menidakkan hak rakyat untuk memilih penjawat awam mengikut lunas dan tatacara demokrasi yang diterima pakai mengikut piawai negara-negara bertamadun tinggi; Membebaskan media dan sebaran maklumat dari sebarang sekatan yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan politik rakyat dengan matlamat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dalam membuat keputusan berasaskan maklumat yang benar, adil dan tepat; khususnya menaiktaraf Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada sebuah suruhanjaya penyiaran bebas yang dibiayai oleh kerajaan melalui Parlimen tetapi tidak tertakluk kepada arahan kerajaan; Mengembalikan kegemilangan pendidikan negara dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pasca ijazah dengan menitikberatkan pemupukan nilai-nilai berdikari, ingin tahu, bersikap adil, saling memahami dan rajin berusaha ke arah melahirkan insan seimbang yang mencapai potensi masing-masing mengikut bakat, minat dan usaha; dan Membangunkan sebuah ekonomi yang saling berlaku adil kepada golongan yang menyediakan modal, golongan pekerja, golongan pengguna dan kerajaan ke arah Mukasurat 6 dari 16

melahirkan masyarakat sejahtera yang dibina di atas perkongsian laba ekonomi yang adil di antara majikan/pekerja dan pertumbuhan ekonomi yang kekal baik bagi satu tempoh yang panjang. 2.4 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membuat Pengisytiharan Harta setiap tahun di dalam penggal Parlimen yang mana YANG BERKHIDMAT memegang jawatan awam hasil dari PERTANDINGAN dan/atau sepanjang tempoh AKUJANJI ini berkuatkuasa, tertakluk kepada tempoh mana yang lebih panjang. 2.5 YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa Pengisytiharan Harta itu akan dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumat bagi tujuan semakan umum dan INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang berlaku akibat Pengisytiharan Harta itu. 2.6 YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa sebarang maklumat berkenaan KHIDMAT KEMPEN, PERTANDINGAN atau prestasinya sebagai penjawat awam berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 boleh dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumat bagi tujuan semakan umum dan INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang berlaku akibat sebaran maklumat itu, kecuali (jika) maklumat-maklumat itu tidak tepat, salah dan tidak benar sehingga memberi gambaran yang salah mengenai pendirian dan prestasi YANG BERKHIDMAT berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2. 2.7 YANG BERKHIDMAT bersetuju memberi kebenaran kepada INVOKE untuk menggunakan sebarang maklumat berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 bagi tujuan KHIDMAT KEMPEN dan tujuan-tujuan yang tertakluk kepada AKUJANJI ini. 2.8 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk mematuhi semua syarat kerahsiaan maklumat (yang terkandung di dalam AKUJANJI dan/atau mana-mana perjanjian kerahsiaan yang lain yang dipersetujui dengan INVOKE) untuk tidak mendedahkan atau berkongsi sebarang maklumat yang diperolehi dari INVOKE sama ada yang melibatkan AKUJANJI ini secara langsung atau tidak langsung, tidak kira sama ada maklumat itu disampaikan secara sengaja atau tidak sengaja. FASAL 3: KHIDMAT KEMPEN DAN TANGGUNGJAWAB INVOKE 3.1 INVOKE bersetuju untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN untuk membantu YANG BERKHIDMAT memenangi PERTANDINGAN tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membayar sejumlah RINGGIT MALAYSIA SEPULUH SAHAJA (RM10.00) sebagai balasan atas KHIDMAT KEMPEN itu. 3.2 Secara khususnya, INVOKE bersetuju mengusahakan KHIDMAT KEMPEN secara munasabah mengikut sumber dan kemampuan yang ada pada masa itu untuk Mukasurat 7 dari 16

memperbaiki kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam semua dan/atau sebarang kerusi yang beliau tandingi di dalam PRU14. 3.3 Tanggungjawab INVOKE membekalkan KHIDMAT KEMPEN merujuk kepada keseluruhan peringkat kempen iaitu dari peringkat perancangan, penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan; iaitu dari menyediakan tenaga kerja, menyediakan bahan, menyebarkan bahan kempen, mengusahakan aktiviti kempen, merekrut sukarelawan, memantau sokongan sehinggalah mewakili YANG BERKHIDMAT di peringkat pengiraan undi. 3.4 KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT merangkumi kempen berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk mengukur kecenderongan pengundi bagi tujuan mengenal pasti tahap sokongan pengundi kepada YANG BERKHIDMAT di dalam PERTANDINGAN; Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk mengenal pasti kempen yang membantu meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN; Khidmat kajiselidik menggunakan Pusat Telekomunikasi INVOKE bagi tujuan kajiselidik pengundi, mobilisasi sukarelawan dan mobilisasi pengundi; Penggunaan sistem INVOKE untuk merekrut sukarelawan dan memadankan sukarelawan dengan aktiviti kempen yang paling sesuai dengan kelapangan, tempat dan latar belakang sukarelawan; Penggunaan sistem INVOKE untuk membolehkan maklumat dan bahan kempen disampaikan secara sasaran mikro kepada pengundi; Khidmat kandungan kreatif untuk membolehkan bahan kempen YANG BERKHIDMAT disediakan di dalam pelbagai bentuk media mengikut piawai penjenamaan kempen; Mengenalpasti, merekrut, melatih, mensijilkan dan menggerakkan sukarelawan untuk menjadi Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Kiraan Undi ( PACA ) dan mewakili YANG BERKHIDMAT di tempat-tempat mengundi pada hari pengundian PERTANDINGAN; Menggunakan sistem INVOKE untuk menganjurkan biayaramai atau majlis kutipan dana yang bersesuaian seperti yang ditetapkan oleh INVOKE untuk membiayai KHIDMAT KEMPEN; dan Mana-mana bentuk kempen yang dirasakan sesuai dan munasabah mengikut kemampuan dan sumber yang ada pada INVOKE pada ketika itu. Mukasurat 8 dari 16

3.5 Sebarang perolehan dari Fasal 3.4(h) adalah milik INVOKE sepenuhnya dan boleh digunakan bagi tujuan membiayai KHIDMAT KEMPEN atau kos operasi INVOKE atau apa-apa tujuan lain selagi ia tidak melanggar Memorandum Pertubuhan. 3.6 INVOKE bersetuju mengusahakan Dana Pilihanraya berjumlah maksimum Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja (RM20,000.00) bagi YANG BERKHIDMAT yang menyertai PERTANDINGAN di peringkat kerusi Dewan Rakyat; dan maksimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja (RM10,000.00) bagi YANG BERKHIDMAT yang menyertai PERTANDINGAN di peringkat kerusi dewan-dewan undangan negeri. 3.7 Jumlah sebenar Dana Pilihanraya yang diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT, tertakluk kepada jumlah maksimum seperti yang ditetapkan di dalam Fasal 3.6 di atas, adalah bergantung kepada perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) Kedudukan terkini kewangan INVOKE dan kejayaan program-program biayaramai dan mengumpul dana yang dijalankan oleh INVOKE; Prestasi usaha kempen yang dijalankan oleh YANG BERKHIDMAT bermula dari tarikh AKUJANJI berkuatkuasa sehingga ke hari Parlimen dibubarkan (atau apaapa tempoh lain yang ditetapkan INVOKE), yang dimarkahkan dan dijumlahkan mengikut sistem Leaderboard yang memantau berapa banyak Jam Kempen dan keberkesanan kempen yang dijalankan; dan Keutamaan yang diberikan kepada kerusi-kerusi yang lebih mendesak keperluan kewangannya apabila dibandingkan dengan kedudukan kewangan YANG BERKHIDMAT, setelah dipersetujui bersama di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT. 3.8 INVOKE bersetuju mengusahakan secara munasabah untuk memadankan jumlah sumber dalam bentuk masa, kewangan dan bahan yang diberikan kepada YANG BERKHIDMAT melalui KHIDMAT KEMPEN mengikut panduan-panduan berikut: (a) (b) (c) Setiap Jam Kempen menyumbang kepada markah keseluruhan YANG BERKHIDMAT di dalam sistem Leaderboard; Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasa ke semasa dengan bahan-bahan kempen seperti risalah, kad, poster, butang kempen atau mana-mana bahan kempen yang disediakan INVOKE pada kadar tukaran markah kempen yang ditentukan INVOKE; dan Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasa ke semasa dengan peruntukan wang tambahan bagi tujuan sasaran mikro yang dibayar kepada Facebook atau mana-mana medium lain yang digunakan INVOKE pada kadar tukaran markah kempen yang ditentukan INVOKE. Mukasurat 9 dari 16

3.9 KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan kepada YANG BERKHIDMAT tidak memberi apaapa jaminan keputusan PERTANDINGAN adalah seperti yang dikehendaki YANG BERKHIDMAT. INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku (sama ada secara langsung atau tidak langsung) akibat dari keputusan PERTANDINGAN. 3.10 Tanggungjawab INVOKE membekalkan KHIDMAT KEMPEN tertakluk kepada kebenaran-kebenaran mengikut kehendak undang-undang yang telah diberikan oleh YANG BERKHIDMAT untuk membolehkan INVOKE (atau ejennya dan/atau sukarelawannya) melaksanakan kempen bagi pihak YANG BERKHIDMAT. 3.11 INVOKE bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua dan segala tindakan dan tanggungjawabnya mengikut kehendak undang-undang dalam membekalkan KHIDMAT KEMPEN. YANG BERKHIDMAT tidak menanggung sebarang liabiliti berhubung operasi INVOKE kecuali yang berkenaan dengan tanggungjawab khusus YANG BERKHIDMAT di dalam AKUJANJI ini. FASAL 4: PELANGGARAN AKUJANJI 4.1 Sebarang tindakan atau perkara atau peristiwa yang disenaraikan di bawah diperakui sebagai satu pelanggaran AKUJANJI: (a) Sekiranya YANG BERKHIDMAT keluar dari parti atau tiket asal yang digunakan untuk memasuki PERTANDINGAN setelah YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN itu, yang mana tindakan keluar parti oleh YANG BERKHIDMAT itu menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut: i. YANG BERKHIDMAT tidak lagi berpegang kepada piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; atau ii. iii. iv. BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau Mukasurat 10 dari 16

v. PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau vi. PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengekalkan tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14. (b) Sekiranya parti atau tiket asal yang digunakan oleh YANG BERKHIDMAT untuk memasuki PERTANDINGAN telah keluar dari PH dan sebagai wakil rakyat yang menang dalam PRU14, YANG BERKHIDMAT ikut serta bersama-sama parti atau tiket asal itu keluar dari PH, yang mana tindakan keluar dari PH (kerana kekal bersama-sama parti atau tiket asal yang keluar dari PH itu) oleh YANG BERKHIDMAT itu menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut: i. YANG BERKHIDMAT tidak lagi berpegang kepada piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; atau ii. iii. iv. BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau v. PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14; atau Mukasurat 11 dari 16

vi. PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoriti parti-parti PH sebagai anggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasi seperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengekalkan tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14. (c) (d) (e) Sekiranya pada mana-mana ketika selepas YANG BERKHIDMAT menang PERTANDINGAN, ada tindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undian atau apa-apa perilaku yang di dalam kawalan penuh YANG BERKHIDMAT yang bertentangan dengan prinsip-prinsip piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; Sekiranya bagi satu tempoh tertentu selepas YANG BERKHIDMAT menang PERTANDINGAN, ada beberapa tindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undian atau apa-apa perilaku yang di dalam kawalan penuh YANG BERKHIDMAT yang dibuat di dalam tempoh tersebut yang (kesan dari beberapa tindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undian atau apa-apa perilaku yang di dalam kawalan penuh YANG BERKHIDMAT dalam tempoh tersebut) menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan YANG BERKHIDMAT tidak lagi dapat melaksanakan dengan berkesan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; atau Sekiranya prestasi usaha kempen yang dijalankan oleh YANG BERKHIDMAT (pada bila-bila masa bermula dari tarikh AKUJANJI berkuatkuasa sehingga ke hari Parlimen dibubarkan, atau apa-apa tempoh lain yang ditetapkan INVOKE) yang diukur seperti yang dihuraikan di dalam Fasal 3, menduduki tempat paling bawah di dalam senarai semua calon-calon yang memeterai perjanjian akujanji yang serupa ini dengan INVOKE selama tiga bulan berturut-turut bermula bulan Disember 2017. 4.2 YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya berlaku pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4.1(a) dan Fasal 4.1(b), INVOKE berhak membuat tuntutan bayaran balik atas semua KHIDMAT KEMPEN yang telah dibekalkan di bawah AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT perlu membayar sejumlah RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH JUTA SAHAJA (RM20,000,000.00) kepada sebuah Tabung Awam yang ditubuhkan khusus oleh INVOKE bagi tujuan menerima bayaran pelanggaran AKUJANJI ini (tertakluk kepada huraian di dalam Fasal 4.3) dalam tempoh TIGA PULUH HARI (30 hari) dari tarikh notis tuntutan dihantar secara pos berdaftar kepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini. 4.3 Bagi tujuan bayaran pelanggaran AKUJANJI di dalam Fasal 4.2, INVOKE bertanggungjawab menubuhkan sebuah Tabung Awam sebelum atau selewat-lewatnya Mukasurat 12 dari 16

pada 1 Mac 2018 yang perlembagaan penubuhan Tabung Awam itu mempunyai ketetapan-ketetapan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Tabung Awam akan diuruskan oleh satu lembaga pemegang amanah (atau apaapa nama yang diberikan kepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam); Lembaga pemegang amanah (atau apa-apa nama yang diberikan kepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) mempunyai wakilwakil dari INVOKE dan tokoh-tokoh yang turut memperjuangkan prinsipprinsip reformasi yang digariskan di dalam Fasal 2; Wakil INVOKE di dalam lembaga pemegang amanah (atau apa-apa nama yang diberikan kepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) tidak boleh melebihi 40% dari jumlah keseluruhan ahli lembaga pemegang amanah pada satu-satu masa; Wakil INVOKE dicalonkan oleh INVOKE melalui satu pencalonan rasmi yang dihantar kepada seorang Pentadbir yang dilantik; Ahli-ahli lain di dalam lembaga pemegang amanah (atau ahli apa-apa lembaga atau badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam), tertakluk kepada Fasal 4.3(b), dicalonkan melalui satu pencalonan rasmi yang dihantar kepada Pentadbir setelah satu pungutan suara umum diadakan mengikut kaedah yang difikirkan sesuai dan munasabah yang diputuskan secara bersama di antara INVOKE dan Pentadbir; Ahli lembaga pemegang amanah (atau ahli apa-apa lembaga atau badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) tidak akan menerima sebarang gaji, pampasan atau keistimewaan sama ada dalam bentuk tunai dan/atau bukan tunai atas tugas yang dijalankan sebagai ahli lembaga pemegang amanah Tabung Awam; Sebarang dana, wang, harta atau apa-apa perolehan milik Tabung Awam hanya boleh digunakan bagi tujuan biasiswa pendidikan untuk pelajar-pelajar miskin dari peringkat sekolah rendah hingga ke ijazah pertama; Lembaga pemegang amanah bertanggungjawab membangunkan kaedah dan peraturan yang digunakan untuk mengagihkan sebarang dana, wang, harta atau apa-apa perolehan milik Tabung Awam dalam bentuk biasiswa pendidikan; Tabung Awam tidak boleh menerima apa-apa dana, wang, harta atau apa-apa perolehan dari mana-mana pihak kecuali yang berhubung dengan pelanggaran AKUJANJI di dalam Fasal 4 ini; dan Mukasurat 13 dari 16

(j) Tabung Awam atau mana-mana badan, syarikat, pertubuhan atau entiti yang ditubuhkan olehnya tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan atau aktiviti lain selain bagi tujuan yang termaktub di dalam Fasal 4 ini. 4.4 YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya berlaku pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4.1(c), Fasal 4.1(d) dan Fasal 4.1(e), INVOKE berhak memberi surat tunjuk sebab memohon penjelasan YANG BERKHIDMAT mengenai pelanggaran yang berlaku yang dihantar secara pos berdaftar kepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini. 4.5 YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya surat tunjuk sebab yang dihantar oleh INVOKE mengikut Fasal 4.4 gagal dijawab dalam tempoh 30 hari dari tarikh daftar pos, sekiranya pelanggaran AKUJANJI berlaku di bawah Fasal 4.1(c) dan Fasal 4.1(d), INVOKE berhak membuat tuntutan bayaran balik atas semua KHIDMAT KEMPEN yang telah dibekalkan di bawah AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT perlu membayar sejumlah RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH JUTA SAHAJA (RM20,000,000.00) kepada sebuah Tabung Awam yang ditubuhkan khusus oleh INVOKE bagi tujuan menerima bayaran pelanggaran AKUJANJI ini (tertakluk kepada huraian di dalam Fasal 4.3) dalam tempoh TIGA PULUH HARI (30 hari) dari tarikh notis tuntutan dihantar secara pos berdaftar kepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini. 4.6 INVOKE bersetuju bahawa tidak ada sebarang tindakan undang-undang yang diambil sekiranya pelanggaran AKUJANJI berlaku di bawah Fasal 4.1(e). Tanpa prejudis ke atas hak-hak lain yang terkandung di dalam AKUJANJI ini, INVOKE berhak menghantar notis kepada YANG BERKHIDMAT untuk menamatkan AKUJANJI sekiranya tiada jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan mengikut Fasal 4.4; atau sekiranya jawapan yang diberikan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan mengikut Fasal 4.4 tidak memuaskan. FASAL 5: PERKARA-PERKARA LAIN 5.1 Hak INVOKE di dalam AKUJANJI ini boleh diperturunkan kepada mana-mana badan seumpamanya yang mewarisi tanggungjawab, aset, operasi dan liabiliti INVOKE. 5.2 INVOKE berhak mengubah mana-mana bahagian atau perkara di dalam AKUJANJI ini dengan hanya memaklumkan YANG BERKHIDMAT secara bertulis dalam tempoh 30 hari perubahan dibuat, kecuali bahagian atau perkara yang melibatkan piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT di bawah Fasal 2, KHIDMAT KEMPEN dan tanggungjawab INVOKE di bawah Fasal 3 dan pelanggaran AKUJANJI di bawah Fasal 4. 5.3 Sebarang perubahan kepada apa-apa bahagian atau perkara yang melibatkan piagam reformasi dan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT di bawah Fasal 2, KHIDMAT Mukasurat 14 dari 16

KEMPEN dan tanggungjawab INVOKE di bawah Fasal 3 dan pelanggaran AKUJANJI di bawah Fasal 4; hendaklah dipersetujui secara bersama di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT secara bertulis. 5.4 AKUJANJI ini berkuatkuasa dari tarikh ia ditandatangani sehinggalah penggal Parlimen ke-14 (yang bermula selepas wakil rakyat dipilih di dalam PRU14) tamat kerana pembubaran Parlimen; atau sekiranya ia ditamatkan atas sebab-sebab pelanggaran AKUJANJI seperti Fasal 4; bergantung kepada tarikh mana yang berlaku dahulu (di antara pembubaran Parlimen penggal ke-14 atau pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4). Mukasurat 15 dari 16

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)