PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL [IPB] Institut Profesional Baitulmal [IPB], mempelawa calon-calon pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk membuat permohonan bagi mengikuti pengajian di Institut Profesional Baitulmal [IPB]. CARA-CARA MEMOHON: INFO: 1) Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara dalam talian (Online) di Laman Web Institut Profesional Baitulmal [IPB]. Sila layari: www.ipb.edu.my. 2) Sila Klik pada menu Permohonan Online untuk akses ke Sistem Pengambilan Pelajar (SPP). 3) Sila pilih program pengajian yang diminati dan Pemohon dikehendaki KLIK ke Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar ke sistem. Setelah membuat Daftar Pengguna Baru, Pemohon boleh akses ke Sistem Pengambilan Pelajar (SPP) dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Sila pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif/boleh digunakan. 4) Maklumat permohonan, maklumat pendaftaran, maklumat pembiayaan pelajaran, semakan permohonan, surat tawaran serta maklumat pengambilan boleh di akses melalui Sistem Pengambilan Pelajar (SPP). Sila simpan kata laluan untuk membolehkan akses ke sistem dari semasa ke semasa. 5) No Kad Pengenalan dan Kata laluan yang didaftarkan boleh digunakan oleh pemohon untuk memperbaharui maklumat permohonan dari semasa ke semasa dan untuk akses ke Sistem Pengambilan Pelajar (SPP) sepanjang masa. 1) Sekiranya Saudara/i ingin berhubung dengan pihak kami untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi maklumat yang tertera di bawah:- UNIT KEMASUKAN & REKOD Tel: 03-92814054 samb. 2419/2420/2422 email: kemasukan@ipb.edu.my JABATAN PEMASARAN Tel: 03-92814054 samb. 2426/2428/1002/1003 email: promosi@ipb.edu.my Laman Web Facebook Alamat : www.ipb.edu.my : Official Institut Profesional Baitulmal : Institut Profesional Baitulmal (IPB), Lot 1363 Jln Perkasa, Maluri, 55100 Kuala Lumpur 1
RINGKASAN PERMOHONAN (SISTEM PENGAMBILAN PELAJAR - SPP) 1) Layari Laman Web Institut Profesional Baitulmal www.ipb.edu.my 2) KLIK Menu Permohonan Online 3) KLIK pada program yang diminati yang dipaparkan (Sila KLIK untuk meneruskan permohonan) 2
4) KLIK Daftar Pengguna Baru untuk membuat akaun bagi permohonan pelajar. Sila pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif/boleh digunakan. 5) LOGIN ke sistem Pengambilan Pelajar menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan sewaktu membuat Daftar Pengguna Baru. 6) Pemohon boleh meneruskan mengisi borang permohonan dan mengakses maklumatmaklumat berkaitan yang dipaparkan di dalam sistem. 7) Sistem Pengambilan Pelajar (SPP) boleh di akses sepanjang masa untuk Pemohon memperbaharui permohonan bagi sesi-sesi pengambilan pelajar yang akan datang. Sila simpan maklumat dan kata laluan yang telah didaftarkan. 3
8) Terlupa Kata Laluan I. Sekiranya terlupa kata laluan, sila KLIK Terlupa kata laluan. II. Kata Laluan akan ditukarkan kepada No kad Pengenalan secara automatik. III. Sila akses semula ke MySPP menggunakan No Kad Pengenalan:- a. IDPengguna : No Kad Pengenalan b. Password: No Kad Pengenalan IV. Password juga boleh ditukar melalui Menu Personnel yang terdapat di dalam Sistem Pengambilan Pelajar (MySPP) 4
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN 9) Tarikh-tarikh Pengambilan Pengeluaran Surat Tawaran kepada calon pelajar yang berjaya adalah secara dalam talian (online) yang akan dikeluarkan melalui Sistem Pengambilan Pelajar (MySPP). Sila pastikan calon pelajar mempunyai akaun MySPP bagi membolehkan mereka mendapat maklumat-maklumat penting berkenaan kemasukan pelajar. Sistem Pengambilan Pelajar (MySPP) merupakan sumber rujukan orang awam untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan pemohonan pelajar dan akaun ini boleh diakses sepanjang masa. Calon pelajar perlulah mempunyai akaun Sistem Pengambilan Pelajar (MySPP) untuk membolehkan calon pelajar melihat pelbagai perkara sepertimana berikut:- a) Tarikh-tarikh pengambilan pelajar baru b) Maklumat Pembiayaan Pelajaran / Penajaan c) Borang Permohonan kemasukan d) Syarat Kemasukan Pelajar e) Info-info terkini berkenaan pengambilan pelajar f) Melihat status permohonan bagi pelbagai sesi kemasukan g) Mendapatkan maklumat yuran h) Mendapatkan Surat Tawaran 5