Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

dokumen-dokumen yang mirip
Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

BORANG PENDAFTARAN KARNIVAL JOM SIHAT Stadium Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru 19 Oktober 21 Oktober 2012

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

2. Sebutharga hendaklah sah selama 90 hari dari tarikh sebutharga ditutup. 3. Penyebutharga dikehendaki menyertakan dokumen-dokumen berikut:

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI KETERANGAN DESCRIPTION

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ASRAMA

OBJEKTIF KUALITI ANGKASA

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2013

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

: 12 JUN 2016 (AHAD) : 2.00 PETANG : DEWAN PERDANA, PPD MUAR

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PERSATUAN / KELAB PELAJAR]

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

URUS SETIA UNIT GERAI & JUALAN PESTA KONVOKESYEN USIM 2015 (C-FEST 13) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

KERAJAAN MALAYSIA. Peraturan Dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PENGUSAHA LUAR]


PANDUAN AM STAF SEKOLAH

UPSI (ISO) / BSM / P06 PINDAAN : 01

PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN)

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

BAB 6 PENGURUSAN ASET

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SENARAI SEMAK GRADUAN

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG. 1.1 Ketua Jabatan bermaksud Dekan/Pengarah/Ketua di Pusat Tanggungjawab.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

URUSETIA GERAI KEUSAHAWANAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KOTA BHARU KALI KE-30 / TAHUN 2017 POLITEKNIK KOTA BHARU BORANG PERMOHONAN SEWAAN GERAI

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERATURAN KEWANGAN: KERJA LEBIH MASA

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

PERMOHONAN GERAI JUALAN SEMPENA FESTIVAL SEMARAK KONVO UiTM CAWANGAN SABAH (ISTIADAT KONVOKESYEN)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

TATACARA PENYERTAAN SEWA GERAI PESTA KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KALI KE-17

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

Ubahan Muka surat Tarikh Keterangan Diluluskan ANGKASA PROSEDUR UMUM. Peraturan Perolehan. PROIUIJK - 06 Bilangan Semakan : 2 Tarikh :

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri

theaqiqah.com atau kami merujuk kepada LEGIT ASIA SDN BHD (SYARIKAT NO H) merupakan penjual produk di theaqiqah.com online.

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(UKM-SPKP-PKU08-BO01)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Panduan Am Untuk Staf Sekolah.

Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir. Dewan Aminuddin Baki. Pakej sewaan tidak termasuk bayaran tempat letak kereta Pakej penyewaan akan dikenakan caj 6% GST

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Transkripsi:

LAMPIRAN B SYARAT-SYARAT KHAS 1. HARGA MAKANAN DAN MINUMAN 1.1. Petender yang berjaya hendaklah membekalkan makanan bermasak dan minuman bagi Kursus, Majlis Khas dan Mesyuarat. Harga tawaran Petender hendaklah berdasarkan menu bagi kursus-kursus di INTAN Jalan Elmu seperti di Jadual I, II, III, IV, V, VI dan VII sahaja. 1.2. Petender dikehendaki membuat tawaran menurut menu yang ditetapkan bagi tiga (3) kategori di atas dan sebarang kenaikan harga selepas kontrak ditawarkan adalah tidak dibenarkan. Perubahan kepada menu adalah tertakluk kepada had harga yang ditetapkan oleh Petender bagi menu yang berkenaan. Mana-mana item yang ditawarkan oleh kontraktor yang berjaya yang tidak disenaraikan dalam menu hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah INTAN atau wakilnya. 2. ANGGARAN KUANTITI 2.1. Anggaran kekerapan sajian sebulan ialah sebanyak 2,000 sajian masing-masing bagi minum pagi dan makan tengah hari dan sebanyak 500 sajian masing-masing bagi sarapan pagi dan makan malam bagi Menu Kursus. Asas Anggaran Sajian Minum Pagi dan Makan Tengah Hari : 35 sajian/kursus x 3 hari/kursus x 5 kursus/minggu x 4 minggu/bulan = 2,100 sajian 2,000 sajian 1

Asas Anggaran Sajian Sarapan Pagi dan Makan Malam : = Hanya ¼ peserta kursus akan menginap di asrama penginapan INTAN = ¼ x 2,000 sajian = 500 sajian 2.2. Anggaran kuantiti Majlis Khas dan Mesyuarat adalah tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa. Oleh itu, tawaran Petender akan dipertimbangkan berdasarkan kepada harga per sajian seperti di perenggan 2.1. 2.3. Kuantiti yang dikemukakan dalam Tender ini adalah anggaran sahaja dan Kerajaan boleh menambah atau mengurangkannya mengikut keperluan. Anggaran ini juga bertujuan untuk membuat pengiraan Nilai Kontrak dan Bon Pelaksanaan. 2.4. Pada kebiasaannya, sajian tidak diperlukan pada bulan Ramadan serta pengurangan tempahan sajian akan berlaku pada bulan Disember dan Januari bagi tujuan penutupan akaun dan penyaluran peruntukan bagi tahun kewangan baharu. 3. TEMPAT DAN JADUAL WAKTU 3.1. Semua sajian makanan hendaklah dimasak di dapur sedia ada di Dewan Makan INTAN. 3.2. Jadual waktu perkhidmatan adalah seperti berikut: Hari Sajian Sarapan Pagi Minuman Pagi Makan Tengahari Makan Malam Isnin hingga Khamis 7.00-8.00 pagi 10.30-11.00 pagi 12.30 tengah hari - 2.00 petang 6.30 petang - 8.00 malam Jumaat 7.00-8.00 pagi 10.30-11.00 pagi 12.00-1.15 tengah hari 6.30 petang - 8.00 malam 2

Sabtu Ahad 7.00-8.00 pagi 7.00-8.00 pagi - - 12.30 tengah hari - 2.00 petang 12.30 tengah hari - 2.00 petang 6.30 petang - 8.00 malam 6.30 petang - 8.00 malam Jadual ini boleh diubah atas permintaan Pengarah INTAN atau wakilnya dari semasa ke semasa. 3.3. Sajian makan malam tidak perlu disediakan bagi jumlah tempahan kurang daripada 20 sajian kecuali atas permintaan khas Pengarah INTAN atau wakilnya. 4. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PIHAK-PIHAK BERKUASA 4.1. Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak adalah tertakluk kepada semua undang-undang, garis panduan dan peraturan semasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa. 4.2. Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua makanan dan minuman yang dibekalkan adalah halal dari segi agama Islam. 5. PERATURAN MEMBEKALKAN MAKANAN 5.1. Makanan yang disediakan hendaklah jenis hidangan orang Islam dan untuk memastikan syarat ini dilaksanakan, maka bahan-bahan makanan tersebut hendaklah dimasak dan disediakan oleh tukang-tukang masak yang beragama Islam. Garis panduan seperti di Lampiran G3 dan G4 hendaklah dipatuhi. Atas permintaan Pengarah INTAN atau wakilnya, menu khas (seperti sajian vegetarian) hendaklah disediakan. 5.2. Makanan bermasak ini hendaklah disediakan mengikut tempahan di tempat-tempat yang disedia dan ditetapkan oleh Pengarah INTAN atau 3

wakilnya. Tempat-tempat penyediaan ini hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersih, kemas dan selamat. 5.3. Makanan yang disediakan hendaklah sentiasa bertutup dengan cling film dan sebagainya. Kontraktor adalah dimestikan menggunakan food warmer. 5.4. Kontraktor juga hendaklah mematuhi peraturan-peraturan terkini mengenai kesihatan, kebersihan dan kehalalan ketika melaksanakan perkhidmatan seperti: 5.4.1 Garis Panduan Makanan, Minuman dan Bahan-Bahan Gunaan Orang Islam (JAKIM); 5.4.2 Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (Wilayah Persekutuan) 1979; 5.4.3 Panduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan; 5.4.4 Guidelines Mass Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia; 5.4.5 Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005; 5.4.6 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985; 5.4.7 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009; 5.4.8 Garis Panduan Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BESS) bagi Pengusaha Premis Makanan; dan 5.4.9 Lain-lain Garis Panduan/Dokumen-dokumen yang berkaitan penyediaan makanan yang berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak. 4

6. LAYANAN OLEH PRAMUSAJI 6.1. Kontraktor hendaklah menitikberatkan pematuhan kaedah dan peraturan layanan makanan mengikut Garis Panduan Tanggungjawab dan Tatakelakuan Pramusaji seperti di Lampiran G3 melainkan diarah sebaliknya. 7. PERALATAN DAN PENYENGGARAAN 7.1. Peralatan-peralatan seperti peti sejuk, kerusi, meja, alat pemusnah lalat dan kelengkapan utama dapur adalah disediakan oleh pihak Kerajaan (INTAN). Peralatan ini hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna. Sebarang kerosakan yang berlaku hendaklah dibaiki sendiri oleh kontraktor di atas dayausaha, ikhtiar dan perbelanjaannya sendiri melainkan dipersetujui sebaliknya. 7.2. Kemudahan-kemudahan lain seperti alat-alat masakan, pinggan mangkuk, garpu, sudu, cawan, alas meja, pewangi dan lain-lain kelengkapan, keperluan tenaga buruh dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab kontraktor untuk menyediakan dengan secukupnya bagi menguruskan kerja-kerja di bawah kontrak ini. Barang/alat tersebut hendaklah juga sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan sepanjang masa. 8. HARTA BENDA KERAJAAN 8.1. Segala harta benda Kerajaan yang digunakan oleh kontraktor untuk menguruskan kontrak ini adalah hak milik Kerajaan dan penggunaannya adalah dihadkan kepada kerja-kerja di bawah kontrak ini sahaja. Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas harta benda ini termasuk 5

penyelenggaraan, pembaikan dan menggantikannya jika hilang atau rosak. 8.2. Kontraktor dikehendaki menyemak senarai harta benda Kerajaan dan kebolehfungsiannya semasa penyerahan dilaksanakan dan jika Pengarah INTAN atau wakilnya tidak menerima apa-apa kemusykilan dalam masa dua (2) bulan daripada kontraktor terhadap perkakas/barang Kerajaan itu, maka adalah ditafsirkan bahawa perkakas/barang tersebut adalah dalam keadaan baik dan sempurna. 8.3. Kontraktor hendaklah mengembalikan semua perkakas/barang kepunyaan Kerajaan dalam keadaan baik dan sempurna setelah perkhidmatannya di bawah kontrak ini tamat atau ditamatkan. Sekiranya didapati ada di antara barang/perkakas tersebut telah rosak atau hilang, maka kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya membayar segala kerugian itu dengan segera tidak kira bagaimana ianya berlaku. 8.4. Kontraktor adalah dikehendaki membuat laporan kerosakan harta benda Kerajaan (equipment shutdown), bekalan air, eletrik atau kemudahankemudahan lain kepada Unit Domestik, INTAN Jalan Elmu. 9. BAHAN-BAHAN PEMBERSIHAN 9.1. Kontraktor adalah dikehendaki menyediakan bahan-bahan pembersihan (termasuk sabun pencuci tangan untuk peserta) dengan secukupnya untuk digunakan bagi tujuan membersihkan pinggan, mangkuk, alat-alat dapur dan sebagainya. 6

10. KEBERSIHAN 10.1. Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan ruang bangunan yang digunakan iaitu termasuk ruang dapur, bilik stor, bilik pejabat, tempat-tempat pekerja dan dewan makan, tempat pembuangan sampah dan keadaan di sekelilingnya dan juga kebersihan alat kelengkapan serta bahan-bahan makanan yang digunakan. 10.2. Kontraktor juga hendaklah memastikan tempat menghidang makanan selain daripada Dewan Makan seperti Bilik Mesyuarat, Dewan Kuliah dan lain-lain tempat hendaklah dikemas dan dibersihkan selepas majlis/program selesai. 10.3. Kontraktor hendaklah memastikan segala sisa makanan, sampah sarap dibungkus, diikat dan dibuang di tempat membuang sampah luar dari kawasan INTAN setiap hari dan tidak membiarkannya di dalam keadaan terdedah atau menjadi punca lain-lain masalah. Ini adalah bagi mengelak daripada menjadi tarikan kepada tikus, kucing, burung, lalat, ular dan sebagainya. Sampah sarap tidak boleh disimpan di waktu malam di dalam kawasan Dewan Makan atau di mana-mana kawasan INTAN termasuk tempat pembuangan sampah INTAN. Kontraktor hendaklah menyediakan tong sampahnya sendiri dan membawa keluar sampah sarap tersebut dari INTAN setiap hari. 10.4. Kontraktor hendaklah memastikan segala sisa-sisa makanan dan lainlain jenis sampah tidak dibuang ke dalam sinki atau longkang atau lainlain tempat seumpamanya yang boleh menyebabkan tersumbatnya saliran-saliran air atau longkang. 10.5. Memastikan keadaan pinggan, mangkuk dan lain-lain peralatan bagi penyediaan makanan berada dalam keadaan baik, bersih dan tersusun kemas pada setiap masa terutamanya di Dewan Makan. 7

10.6. Kebersihan lantai dan dapur adalah tanggungjawab Kontraktor. Kontraktor hendaklah memastikan keadaan lantai dan dapur sentiasa bersih dan dicuci dan dimop pada setiap hari. Bagi kawasan yang berkarpet hendaklah divakum sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pengarah INTAN atau wakilnya akan membuat pemeriksaan dari masa ke semasa dan boleh mengarahkan Kontraktor membersihkan manamana kawasan di bangunan Dewan Makan pada bila-bila masa sahaja. 10.7. Semua pekerja hendaklah menggunakan sarung tangan, penutup hidung, mulut dan penutup kepala semasa penyediaan makanan. Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. 11. PENGGUNAAN AIR, ELEKTRIK DAN GAS 11.1. Bekalan air paip dan tenaga eletrik yang digunakan bagi melaksanakan kontrak ini akan ditanggung oleh kontraktor. Kerajaan akan mengenakan bayaran sebanyak RM200.00 sebulan untuk elektrik dan RM100.00 sebulan untuk air. Kontraktor dikehendaki berjimat cermat menggunakannya. 11.2. Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan bekalan dan membayar gas dapur yang digunakan bagi melaksanakan kontrak ini. 12. STOR MAKANAN 12.1. Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk menyediakan stor makanan (bahan makanan kering dan basah) secukupnya supaya bekalan makanan tidak terputus. Bahan-bahan makanan yang disimpan di dalam stor ini tidak boleh mengandungi apa-apa barang makanan yang haram di sisi agama Islam. Garis Panduan Penyimpanan Bahan-Bahan Makanan seperti Lampiran G4 hendaklah dipatuhi. 8

13. TENAGA PEKERJA 13.1. Kontraktor mestilah menyediakan bilangan pekerja minimum yang mencukupi berdasarkan kepada tempahan sajian seperti berikut: Peranan Kriteria Bilangan Minimum Pekerja bagi Tempahan Sajian di antara 1-100 Bilangan Minimum Pekerja bagi Tempahan Sajian di antara 101 dan ke atas Penyelia 1 1 Pramusaji 3 6 Tukang Masak 1 2 Pembantu Tukang Masak 1 2 Pencuci 2 2 Jumlah 8 13 13.2. Semua tenaga pekerja yang menguruskan kerja-kerja kontrak ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia dan beragama Islam. 13.3. Satu salinan surat pelantikan pekerja serta butiran lanjut mengenai gaji, elaun dan KWSP hendaklah dikemukakan kepada Pengarah INTAN atau wakilnya dalam masa sebulan selepas mereka diambil bekerja. 13.4. Tukang masak hendaklah mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dengan penyediaan makanan bermasak daripada mana-mana institusi yang diperakui. 14. KESIHATAN DAN DISIPLIN TENAGA PEKERJA 14.1. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa pekerja-pekerjanya adalah sentiasa berpakaian bersih dalam keadaan yang sihat dan bebas dari penyakit berjangkit (contagious dan infectious). 9

14.2. Sebelum pekerja-pekerja itu dibenarkan bekerja di tempat ini, kontraktor hendaklah memastikan mereka diberikan suntikan vaksin typhoid (TY2) serta menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala. Bukti suntikan typhoid perlu diserahkan apabila berlaku pertukaran pekerja Sesalinan laporan pemeriksaan perubatan untuk setiap pekerja hendaklah diserahkan kepada Pengarah INTAN atau wakilnya dalam masa sebulan selepas mereka diambil bekerja. 14.3. Sekiranya bakal-bakal pekerja yang dicadangkan untuk bekerja atau pekerja-pekerja yang telah bertugas didapati tidak layak dari segi kesihatan untuk berkhidmat, maka ianya akan dilarang untuk bekerja di tempat tersebut. 14.4. Pekerja-pekerja hendaklah berambut pendek, berkuku pendek dan kemas/bersih. Pekerja yang tidak sihat atau mempunyai jangkitan di kulit tidak dibenarkan bertugas. 14.5. Pekerja-pekerja tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan INTAN Jalan Elmu selepas waktu bertugas. Kontraktor hendaklah memastikan semua pekerja-pekerja meninggalkan premis INTAN selepas bertugas. Kontraktor mestilah menyediakan segala keperluan pengangkutan pergi dan balik yang diperlukan pada tiap-tiap hari bagi tujuan kontrak ini. Semua pekerja dikehendaki keluar dari premis INTAN Jalan Elmu selewat-lewatnya 11.30 malam kecuali dengan kebenaran Pengarah INTAN atau wakilnya. 14.6. Kontraktor hendaklah memberhentikan dengan segera mana-mana pekerja yang diarahkan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya, sekiranya didapati bahawa pekerja berkenaan merupakan ancaman keselamatan kepada Kerajaan atau terlibat dalam kegiatan jenayah atau penyalahgunaan dadah atau berkelakuan yang tidak senonoh. Sekiranya berlaku, maka segala pembayaran dan perbelanjaan (jika ada) hendaklah ditanggung kesemuanya oleh Kontraktor. 10

15. PAKAIAN SERAGAM 15.1. Kontraktor hendaklah memastikan pakaian seragam seperti berikut digunakan: 15.1.1 Kemeja putih (lengan panjang) dan berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi pramusaji lelaki. 15.1.2 Kemeja putih (lengan panjang) dan berkain hitam / berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi pramusaji wanita. 15.1.3 Kemeja putih dan berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi tukang masak dan pencuci lelaki. 15.1.4 Kemeja putih (lengan panjang) dan berkain hitam / berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi tukang masak dan pencuci wanita. 15.1.5 Tukang masak dan pencuci hendaklah pakai apron putih semasa bertugas. 15.1.6 Semua pekerja diwajibkan memakai kasut semasa bertugas. 15.2. Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali dan pihak INTAN berhak mengarahkan pekerja yang melanggar syarat ini meninggalkan kawasan INTAN dengan serta-merta. 15.3. Contoh pakaian tersebut hendaklah terlebih dahulu dipersetujui dan diluluskan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya. 11

16. MEMERIKSA KEBERSIHAN 16.1. Kontraktor hendaklah membenarkan Pengarah INTAN atau wakilnya memasuki pada bila-bila masa tempat-tempat yang digunakan oleh kontraktor dan kakitangannya dengan tujuan memeriksa keadaan kebersihan dan tempat tersebut. Mereka juga adalah berhak untuk memeriksa kebersihan seseorang pekerja itu jika difikirkan perlu. 17. KEGAGALAN MELAKSANAKAN TUGAS 17.1. INTAN berhak untuk mengurangkan bayaran bulanan kepada kontraktor jika berlaku kegagalan menjalankan tugas yang disebabkan oleh kontraktor sendiri. Bagi maksud ini, Kontraktor akan dianggap telah gagal, jika: 17.1.1 Makanan bermasak lewat dibekalkan iaitu lebih daripada 15 minit dari jadual yang ditetapkan di perenggan 3.2 dan jumlah potongan adalah bersamaan dengan 100% (tiada bayaran) daripada nilai tempahan yang lewat; atau 17.1.2 Tidak menghantar pekerja secukupnya seperti yang telah dinyatakan di dalam perenggan 13.1. Kegagalan kontraktor untuk menyediakan jumlah pekerja minimum layak dikenakan pemotongan ke atas tuntutan bulanan yang dikemukakan mengikut asas pengiraan pemotongan seperti berikut: Pemotongan Jika Tidak Memenuhi Jumlah Pekerja Peranan Minimum (RM / orang / hari) Penyelia 100 Pramusaji 60 Tukang Masak 80 12

Pembantu Tukang Masak 70 Pencuci 60 17.1.3 Sekiranya kontraktor gagal menyediakan dan membekal makanan berkualiti seperti yang ditetapkan atau hasil kerja yang tidak memuaskan seperti yang ditetapkan dalam spesifikasi, INTAN boleh membuat pemotongan sebanyak maksimum 10% dari tuntutan bayaran mengikut tempahan sajian yang terlibat. Hasil kerja yang tidak memuaskan di sini bermaksud seperti berikut: (i) Menukar menu tanpa memaklumkan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah INTAN atau wakilnya; (ii) Menukar bahan asas yang telah ditetapkan (seperti menukar ikan kepada daging atau sebagainya); (iii) Menukar cara kaedah masak yang telah ditetapkan dalam menu (seperti mengukus kepada membakar atau sebagainya); (iv) Membekal makanan yang tidak berkualiti (buah-buahan yang kecil atau kecut, basi, nasi dan lauk mentah atau sebagainya); (v) Tidak memasang api kepada food warmer; (vi) Lantai Dewan Makan dan dapur kotor dan berbau serta tidak kemas; (vii) Pramusaji tidak memakai pakaian seragam yang lengkap seperti yang dikehendaki dalam tender dan kebersihan peribadi yang lemah; (viii) Hasil kerja lain yang tidak memuaskan berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada mana-mana sumber yang disahkan oleh Pengarah INTAN atau mana-mana wakilnya; 13

(ix) Tenaga pekerja yang bertingkah-laku tidak memuaskan termasuk melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah INTAN atau mana-mana wakilnya; (x) Kontraktor tidak mematuhi penghantaran bekalan mentah seperti di perenggan 20. 17.1.4 Pemotongan bagi kegagalan menyediakan bekalan secukupnya mengikut bilangan sajian yang ditempah oleh pihak INTAN yang seterusnya menyebabkan pengurangan kuantiti sajian akan dibuat mengikut asas pengiraan berikut: Pemotongan s Pengiraan Pemotongan Jika Kuantiti Bekalan Tidak Mencukupi 30% bagi kekurangan satu menu dalam satu sajian Pemotongan sebanyak 30% daripada tuntutan yang dikemukakan bagi tempahan sajian tersebut. Contoh : Tempahan sajian = Makan tengah hari Tuntutan makan tengah hari = RM1,000.00 Potongan 30% = RM300.00 Bayaran kontraktor = RM700.00 Kekurangan kuantiti sajian dalam satu menu Kuantiti Kurang Pemotongan 1-10 sajian RM100 11-20 sajian RM125 21-30 sajian RM150 31-40 sajian RM175 41-50 sajian RM200 51 sajian dan ke atas Sajian dianggap tidak lengkap dan dianggap kekurangan satu 14

menu. Tertakluk kepada pemotongan 30% daripada tuntutan yang dikemukakan bagi tempahan. 17.1.5 Pemotongan ini boleh dibuat melalui tuntutan bil bulanan yang dikemukakan oleh kontraktor. 18. PROSES PENGENALAN TUGAS 18.1. Satu proses pengenalan tugas selama dua (2) hari akan diadakan seminggu sebelum kerja bermula tanpa sebarang bayaran. Proses pengenalan tugas hendaklah dilakukan bersama dengan Pengarah INTAN atau wakilnya. Di antaranya perkara-perkara yang akan dilakukan ialah: 18.1.1 Menyenaraikan senarai pekerja; 18.1.2 Menyenaraikan bidang tugas; 18.1.3 Keterangan tentang skop kerja dan standard kualiti kerja; 18.1.4 Keterangan tentang peranan penyelia; 18.1.5 Semakan perkakasan dan lokasi sajian; dan 18.1.6 Membuat jadual kerja. 18.2. Perincian Perkara 19.1. hendaklah dikemukakan oleh kontraktor. 19. PENERIMAAN BEKALAN BARANG BASAH MENTAH 19.1. Semua bekalan barang basah hendaklah dibekalkan sehari sebelum sajian berkaitan disediakan. 15

19.2. Semua bekalan barang basah hendaklah segar dan dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 19.3. Semua penerimaan bekalan basah akan dibuat oleh wakil INTAN bersama wakil dari syarikat. Bekalan yang tidak menepati spesifikasi akan ditolak serta merta dan perlu diganti dengan bekalan baru pada hari yang sama. 20. LAIN-LAIN 20.1. Pada setiap hari Jumaat setiap minggu, kontraktor hendaklah mendapatkan maklumat daripada Pengarah INTAN atau wakilnya mengenai bilangan kursus dan majlis/program yang akan berlangsung di INTAN Jalan Elmu pada minggu berikutnya bagi menjamin jumlah dan kualiti makanan yang dikehendaki sentiasa mencukupi. Walau bagaimanapun, jumlah tempahan berdasarkan kepada pencalonan dan pengesahan peserta hanya diterima pakai untuk hari pertama kursus sahaja. Tempahan bagi hari kedua kursus dan hari-hari seterusnya adalah tertakluk kepada jumlah peserta yang berdaftar. 20.2. Kontraktor dikehendaki menyediakan pengangkutan yang sesuai bagi tujuan penghantaran makanan bermasak di dalam atau di luar dari kawasan INTAN atas permintaan Pengarah INTAN atau wakilnya. 20.3. Kontraktor dikehendaki menyediakan makan dan minum untuk tenaga pekerja secara berasingan daripada menu peserta kursus. 21. PEMBAYARAN 21.1. Kerajaan akan membuat pembayaran ke atas bil-bil yang dikemukakan oleh Petender atau kontraktor yang berjaya dipilih dalam tempoh 14 16

hari daripada penerimaan bil-bil berkenaan yang telah diperakukan oleh Unit Domestik, INTAN. 21.2. Bil-bil tuntutan hendaklah tertera dengan jelas Nama, Alamat dan Nombor Akaun Bank. Suatu kontrak formal akan disempurnakan oleh kedua-dua pihak bagi tempoh satu (1) tahun bagi memudahkan pembayaran dilakukan. 21.3. Kontraktor boleh mengemukakan invois kepada Kerajaan untuk membuat bayaran pada setiap tarikh terakhir setiap bulan. 17