UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007 DASAR PELANJUTAN TEMPOH LANTIKAN TUTOR GRED DA41 Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.3/2007 pada 30 Ogos 2007 telah menimbang dan meluluskan dasar berkaitan Pelanjutan Tempoh Lantikan Tutor Gred DA41, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dasar tersebut adalah seperti di Lampiran A berkembar. 2. Semua staf yang berkaitan, perlu mengambil maklum dan mematuhi peraturan seperti yang terdapat dalam Dasar Pelanjutan Tempoh Lantikan Tutor Gred DA41 berkenaan. Sekian untuk makluman dan perhatian Y. Bhg. Prof. Dato /Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. MENERAJUI APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI ng benar SULAM BIN HAMID Pendaftar 7100 s.k - Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) - Dekan-Dekan Fakulti - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit SH/rk/17092007/pekelilingpengurusan
DASAR PELANJUTAN TEMPOH LANTIKAN TUTOR GRED DA41 LAMPIRAN A A. Jawatan Tutor Jawatan Tutor Gred DA41 adalah merupakan jawatan sementara staf akademik sebelum mereka dilantik sebagai Pensyarah Gred DS45. Tempoh pertama lantikan Tutor adalah selama satu (1) tahun bermula daripada tarikh melapor diri. Dalam tempoh satu (1) tahun tersebut, staf (Tutor) perlu mencari tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan/atau ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Tutor yang melanjutkan pelajaran ini akan diberi Cuti Beajar. Tempoh berjawatan Tutor adalah sehingga staf berkenaan selesai melanjutkan pelajaran dan dilantik sebagai pensyarah. B. Lanjutan Tempoh Lantikan Tutor Pelanjutan tempoh lantikan sebagai Tutor terbahagi kepada tiga kategori iaitu Tutor yang tamat tempoh lantikan sebelum Cuti Belajar; Tutor yang telah melapor diri daripada Cuti Belajar tetapi pengajiannya berstatus belum selesai; Dan Tutor lantikan tahun 2006 dan selepasnya yang menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana terlebih dahulu sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Dasar pelanjutan tempoh sebagai Tutor bagi ketiga-tiga kategori di atas adalah seperti berikut:-
B.1 Tutor ng Tamat Tempoh Lantikan Sebelum Cuti Belajar - Staf berjawatan Tutor yang akan tamat tempoh lantikan Tutor hendaklah membuat permohonan pelanjutan tempoh lantikantutor 3 bulan sebelum tamat tempoh pelantikan untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemilih Jawatan Guru. - Permohonan berserta justifikasi dan alasan munasabah hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen yang menyokong permohonan tersebut. - Permohonan hendaklah melalui dan disokong oleh Ketua Jabatan (Ketua PTJ) pemohon. - Tempoh Pelanjtan Maksimum:6 bulan (2 kali lanjutan, 3 bulan setiap lanjutan). Tempoh maksimum ini tidak boleh dilanjutkan kecuali bagi kes-kes khas. (Rujuk Carta Alir Di Lampiran A1) B.2 Tutor ng Telah Melapor Diri Daripada Cuti Belajar Tetapi Pengajiannya Berstatus Belum Selesai - Staf yang telah melapor diri daripada Cuti Belajar perlu mengemukakan laporan status pengajiannya ke Unit Cuti Belajar setiap tiga bulan sehingga pengajiannya selesai. - Staf tersebut perlu mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh lantikan jawatan Tutor sekembalinya daripada Cuti Belajar untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Universiti. - Permohonan berserta alasan yang munasabah dan laporan daripada penyelia hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen yang menyokong permohonan tersebut. - Permohonan hendaklah melalui dan disokong oleh Ketua Jabatan (Ketua PTJ) pemohon.
- Tempoh Pelanjtan Maksimum:1 tahun (4 kali lanjutan, 3 bulan setiap lanjutan). Laporan kemajuan hendaklah dikemukakan setiap bulan dalam tempoh lanjutan tersebut untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih Jawatan Guru. Tempoh maksimum ini tidak boleh dilanjutkan kecuali bagi kes-kes khas. (Rujuk Carta Alir Di Lampiran A2) B.3 Tutor Lantikan Tahun 2006 Dan Selepas Tahun 2006 ng Menyambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Terlebih Dahulu Sebelum Menyambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) - Lanjutan 6 bulan pertama adalah secara automatik bagi membolehkan staf tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah sekembalinya staf daricuti Belajar. - Selepas 6 bulan tersebut, pemohonan berserta justifikasi dan alasan yang munasabah hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen yang menyokong permohonan tersebut. - Permohonan hendaklah melalui dan disokong oleh Ketua Jabatan (Ketua PTJ) pemohon. - Tempoh Pelanjtan Maksimum:1 tahun, 6 bulan pertama secara automatik, 6 bulan berikutnya (2 kali lanjutan, 3 bulan setiap lanjutan). Tempoh maksimum ini tidak boleh dilanjutkan kecuali bagi kes-kes khas. (Rujuk Carta Alir Di Lampiran A3)
LAMPIRAN A1 CARTA ALIR PROSES LANJUTAN TEMPOH LANTIKAN TUTOR YANG TELAH TAMAT LANTIKAN SEBELUM CUTI BELAJAR Mula Staf memohon pelanjutan tempoh pelantikan Tutor melalui fakulti/pusat Guru untuk pertimbangan dan kelulusan Surat notis penamatan perkhidmatan Kelulusan Surat kelulusan pelanjutan tempoh lantikan kali pertama/kedua (3 bulan setiap lanjutan) Terima laporan kemajuan staf (bulanan) Guru Melanjutkan pengajian (Cuti Belajar) Tamat
LAMPIRAN A2 CARTA ALIR PROSES PELANJUTAN TEMPOH LANTIKAN TUTOR YANG TELAH MELAPOR DIRI DARIPADA CUTI BELAJAR TETAPI PENGAJIANNYA BERSTATUS BELUM SELESAI Mula Staf memohon pelanjutan tempoh pelantikan Tutor melalui fakulti/pusat Surat notis penamatan perkhidmatan Terima permohonan staf melalui fakulti/pusat Kelulusan Surat kelulusan pelanjutan tempoh lantikan kali pertama/ kedua/ ketiga (3 bulan setiap lanjutan) Terima laporan kemajuan staf (bulanan) berserta laporan daripada penyelia Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah Guru Selesai Pengajian Tamat
LAMPIRAN A3 CARTA ALIR PROSES PELANJUTAN TEMPOH LANTIKAN TUTOR BAGI TUTOR LANTIKAN TAHUN 2006 DAN SELEPAS TAHUN 2006 YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT IJAZAH DOKTOR SALSAFAH Mula Staf lapor diri daripada Cuti Belajar tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pelanjutan tempoh lantikan selama 6 bulan secara automatik mulai tarikh lapor diri di Unit Cuti Belajar selepas menamatkan Ijazah Sarjana Surat notis penamatan perkhidmatan Staf memohon pelanjutan 3 bulan sebelum tamat tempoh pelanjutan melalui fakulti/pusat Kelulusan Surat kelulusan pelanjutan tempoh lantikan kali pertama /kedua /ketiga (3 bulan setiap lanjutan) Terima laporan kemajuan staf (bulanan) Guru Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah Tamat