KULIT BUKU Depan
Rasional Pemilihan Reka Letak: Cetusan idea diambil daripada kitab suci Al-Quran bersesuaian dengan tajuk dan berkait rapat dengan keseluruhan kandungan di dalam buku ini. Cara persembahan diolah dalam bentuk abstrak dengan menerapkan beberapa elemen kesenian Islam iaitu latar belakang bercorak geometri dan beberapa huruf hijaiyyah. Kombinasi warna biru cerah, hijau dan turquoise kelihatan lebih tenang dan ceria. 9 789670 520735 Belakang
BIODATA PENULIS SYED AHMAD TARMIZI BIN SYED OMAR Dilahirkan di Kampung Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 30 Oktober 1973. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Kemudian ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu. Beliau memilih Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) peringkat diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti al-azhar, Mesir. Beliau maju setapak lagi untuk memperoleh Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam pengkhususan Pengajian Islam (Quran dan Sunnah). Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia. SYAMSUL ARIF BIN RADZALI Dilahirkan pada tahun 1979 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di peringkat Diploma Tahfiz Al- Quran Dan Qiraat di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 1998. Kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shubra) Kaherah, Mesir dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Dan Qiraat pada tahun 2002. Beliau menerima Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor pada tahun 2004. Sekarang beliau merupakan Guru al-quran yang berkhidmat di SMK King George V, Jalan Zaaba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan. MOHD FADZLI BIN ABU BAKAR Merupakan seorang Guru al Quran (GKQ) DG 44, yang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Seremban. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 1997. Kemudian beliau menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pengkhususan Al-Quran Dan Qiraat di Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shubra) Kaherah, Mesir pada tahun 2001. Pada tahun 2003 beliau memperoleh Diploma Pendidikan di Maktab Perguran Islam, Bangi, Selangor.
EDITOR MOHD NORFIRDAUS BIN GHAZALI Beliau dilahirkan pada tahun 1990, berasal dari Kuantan Pahang. Menyambung pengajian dalam bidang Syariah di Maahad Sheikh Badruldin Al-Husaini, Damsyiq, Syria. Pada tahun 2006, beliau kemudian memperoleh Diploma Bahasa Arab pada tahun 2009 di Institut Bahasa di Syria. Pada tahun 2013 menamatkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab dan Tamadun Islam di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan memperoleh Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Beliau kini berkhidmat di Syarikat Aras Mega (M) Sdn. Bhd. sebagai Editor Bahasa Arab. PEREKA NUR AZIMAH MANSOR Dilahirkan pada tahun 1989 di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Kuala Kubu Bharu dan Sekolah Kebangsaan Lekir, Perak. Manakala pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, Perak. Seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memperoleh Sarjana Muda Applied Arts and Design. Meminati bidang rekabentuk grafik dan sering menjadikannya hobi ketika zaman belajar. Pernah mengikuti Kursus Animasi dan Adobe Photoshop anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Kini berkhidmat sebagai DTP Artis di Syarikat Aras Mega (M) Sdn. Bhd.