PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

dokumen-dokumen yang mirip
L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2001

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

BADAN PENGAWAS PEMEGANG SAHAM MINORITI BERHAD (Diperbadankan di Malaysia sebagai syarikat berhad menurut jaminan)

OPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2007


SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

No. Syarikat A

ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2006

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2007

2

AIG MALAYSIA INSURANCE BERHAD. ( W) Sebelum ini dikenali sebagai Chartis Malaysia Insurance Berhad (Diperbadankan di Malaysia)

No. Syarikat 9827 A. ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia) LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2013.

Penyata Kewangan. Laporan Pengarah 92. Kunci Kira-kira 96. Penyata Pendapatan 97. Penyata Perubahan Ekuiti 98. Penyata Aliran Tunai 99

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

Penyata oleh Para Pengarah 15. Nota-nota kepada Penyata Kewangan 23-48

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2005

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2006

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 16. Akuan Berkanun 16. Laporan Juruaudit 17. Lembaran Imbangan 18. Penyata Perubahan dalam Ekuiti 19

TOKIO MARINE INSURANS (MALAYSIA) BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

Aig General Insurance (Malaysia) Berhad (Diperbadankan di Malaysia)

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2005

PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER YANG STANDARD DI BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2004

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

LAPORAN PENGARAH. RM Keuntungan bersih untuk tahun 13,657,138

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

LAPORAN PENGARAH. RM Keuntungan bersih untuk tahun 12,232,209

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

ACW Perakaunan Korporat II

Dari peranannya sebagai tempat umat Islam negara ini menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi tujuan mencukupkan perbelanjaan menunaikan fardu haji

PENYATA KEWANGAN 2000

<>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>? <>>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>?!->>_>>_>>?

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD (dahulunya dikenali sebagai ACE Jerneh Insurance Berhad) (Diperbadankan di Malaysia)

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 24. Akuan Berkanun 24. Laporan Juruaudit Bebas Kunci Kira-kira 27

ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

penyata kewangan

Akaun Semasa Mudarabah

948/1 STPM 2012 PERAKAUNAN KERTAS 1. ( Tiga Jam ) SEKOLAH:.. GERAK GEMPUR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 21. Akuan Berkanun 21. Laporan Juruaudit Bebas Kunci Kira-kira 24

Laporan Para Pengarah

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

ASAL PERABOT SERI. Zarith. Tandatangan Pengurus. Tunai Cek BBM /2 SULIT. Bahagian A. Tarikh: 3 Januari 2013 No.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

JTW Perakaunan Kewangan Pertengahan

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Akaun Pelaburan Waheed

DASAR ANTI RASUAH RGIS


KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

MULTI-PURPOSE INSURANS BHD (14730-X) (Diperbadankan di Malaysia) Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan 31 Disember Ernst & Young AF:0039

B E R J A Y A S O M P O I N S U R A N C E B E R H A D

GIBRALTAR BSN LIFE BERHAD (Ditubuhkan di Malaysia)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2004

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

AAW 3I4.PENGAUDITAN 1 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Kertas kerja menunjukkan status serta jenis kerja yang dijalankan seperti berikut: ...

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN


PERBADANAN PINJAMAN NEGERI SABAH

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAHAGIAN I PERMULAAN

Transkripsi:

132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 PENYATA KEWANGAN 133 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH 143 PENYATA PENGARAH 144 AKUAN BERKANUN 145 LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI 146 LEMBARAN IMBANGAN 147 PENYATA PENDAPATAN 148 AKAUN HASIL INSURANS AM 149 PENYATA PERUBAHAN DALAM EKUITI 152 PENYATA ALIRAN TUNAI 154 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

ANALISIS PENYATA KEWANGAN 133 ANALISIS PENYATA KEWANGAN ANALISIS LEMBARAN IMBANGAN JUMLAH ASET Jumlah aset Kumpulan LPI meningkat kepada RM754.7 juta pada 31 Disember 2006, merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.4%. Peningkatan ini dipacu oleh peningkatan di dalam peletakan deposit tetap di dalam bank-bank berlesen dan syarikat-syarikat kewangan serta peningkatan di dalam pelaburan unit amanah. Portfolio pelaburan merangkumi 87.7% daripada jumlah aset Kumpulan di mana perinciannya ditunjukkan di dalam Nota 6 kepada penyata kewangan. HARTANAH PELABURAN Hartanah pelaburan Kumpulan LPI meningkat kepada RM8.5 juta daripada RM0.4 juta pada tahun 2005 terutamanya disebabkan oleh klasifikasi semula hartanah komersial kepada akaun hartanah pelaburan daripada akaun hartanah dan peralatan. Penerimaan pakai FRS 140, Hartanah Pelaburan berkuat kuasa daripada 1 Januari 2006 dalam menilai hartanah pelaburan juga telah menyumbang kepada peningkatan dalam nilai. PELABURAN Jumlah pelaburan bagi Kumpulan adalah sebanyak RM662.1 juta, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.0% daripada RM630.5 juta pada tahun 2005. Portfolio pelaburan Kumpulan disebar baik dengan pelaburan jangka panjang dan jangka pendek. Pelaburan jangka pendek seperti peletakan deposit tetap meningkat daripada RM443.6 juta kepada RM460.2 juta sepanjang tahun. Pelaburan jangka panjang Kumpulan di dalam Sekuriti Kerajaan dan Pinjaman Terjamin Kerajaan merangkumi 8.0% dan jumlah pelaburan manakala pelaburan dalam sekuriti ekuiti menurun sebanyak 3.6% kepada RM91.6 juta. PINJAMAN (TERJAMIN) Pinjaman terjamin Kumpulan adalah berhubung dengan pinjaman-pinjaman kakitangan. Pinjaman kakitangan meningkat sebanyak 11.8% kepada RM18.9 juta daripada RM16.9 juta pada tahun 2005. BELUM DITERIMA DAGANGAN DAN LAIN-LAIN Belum diterima dagangan dan lain-lain Kumpulan menurun secara marginal kepada RM50.5 juta daripada RM51.0 juta pada tahun 2005 terutamanya disebabkan oleh pendapatan faedah terakru yang lebih rendah bagi sepanjang tahun.

134 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 ANALISIS LEMBARAN IMBANGAN (SAMBUNGAN) JUMLAH LIABILITI Jumlah liabiliti Kumpulan berkembang sebanyak 9.9% kepada RM358.5 juta daripada RM326.1 juta pada tahun 2005. Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan tuntutan tertunggak dan rizab premium tidak terperoleh yang lebih tinggi sejajar dengan perkembangan portfolio perniagaan. Rizab premium tidak terperoleh dan peruntukan tuntutan tertunggak bagi Kumpulan merangkumi 87.7% dan jumlah liabiliti Kumpulan. Perinciannya masing-masing ditunjukkan di dalam Nota 13 dan 14 kepada penyata kewangan. RIZAB PREMIUM TIDAK TERPEROLEH Rizab premium tidak terperoleh Kumpulan meningkat dengan ketara kepada RM143.7 juta daripada RM130.0 juta pada tahun 2005, peningkatan sebanyak 10.5%. Peningkatan di dalam rizab menggambarkan keteguhan kewangan Kumpulan. PERUNTUKAN TUNTUTAN TERTUNGGAK Peruntukan tuntutan tertunggak bagi Kumpulan meningkat sebanyak 14.3% kepada RM170.9 juta daripada RM149.5 juta pada tahun 2005. Walaupun industri insurans terjejas dengan kecurian kenderaan, peningkatan ini dikira boleh diterima dengan peningkatan pendapatan premium. BELUM DIBAYAR DAGANGAN DAN LAIN-LAIN Belum diterima dagangan dan lain-lain Kumpulan menurun sebanyak 10.5% kepada RM35.9 juta daripada RM40.1 juta pada tahun 2005. Penurunan ini disumbangkan oleh polisi Kumpulan dalam penyelesaian baki tertunggak yang cekap. EKUITI PARA PEMEGANG SAHAM Ekuiti para pemegang saham Kumpulan kekal teguh pada RM396.2 juta meskipun pembayaran dividen yang tinggi berjumlah RM74.6 juta dan beli balik berjumlah RM1.28 juta pada tahun 2006. Dengan perolehan yang bertambah baik, Kumpulan dijangka mengekalkan ekuiti para pemegang saham yang teguh.

ANALISIS PENYATA KEWANGAN 135 ANALISIS PENYATA PENDAPATAN Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2006, keuntungan sebelum cukai Kumpulan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.7% kepada RM110.5 juta jika dibandingkan kepada RM103.6 juta pada tahun 2005. Keuntungan sebelum cukai Kumpulan dijana terutamanya daripada perniagaan insurans am, menyumbang RM87.0 juta (2005: RM75.5 juta) seperti yang digambarkan di dalam Akaun Hasil Insurans Am Kumpulan. HASIL Meskipun beroperasi di dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif, jumlah hasil Kumpulan meningkat kepada RM473.5 juta berbanding kepada RM434.8 juta pada tahun 2005, mencatatkan peningkatan sebanyak 9.0%. Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan di dalam premium kasar sebanyak 11.8% kepada RM424.4 juta daripada RM379.8 juta pada tahun 2005 bersama-sama dengan peningkatan di dalam pendapatan faedah sebanyak 15.3% kepada RM17.3 juta daripada RM15.0 juta pada tahun 2005. PREMIUM KASAR Beberapa strategi perniagaan yang diambil Kumpulan pada tahun 2006 adalah efektif dan menyumbang peningkatan ketara di dalam pendapatan premium kasar Kumpulan. Peningkatan sebanyak 11.8% di dalam pendapatan premium kasar Kumpulan kepada RM424.4 juta disumbangakan terutamanya oleh kelas-kelas insurans Motor dan Kebakaran, masing-masing menyumbang sebanyak 57.0% dan 49.0% daripada jumlah peningkatan dalam pendapatan premium kasar. PREMIUM BERSIH DAN PREMIUM TERPEROLEH Sejajar dengan pertumbuhan di dalam premium kasar, kedua-dua premium bersih dan premium terperoleh Kumpulan meningkat sepanjang tahun 2006. Pendapatan premium bersih meningkat sebanyak 12.2% kepada RM265.2 juta daripada RM236.3 juta pada tahun 2005 manakala pendapatan premium terperoleh meningkat sebanyak 17.0% kepada RM251.7 juta daripada RM215.2 juta pada tahun 2005. TUNTUTAN BERSIH DITANGGUNG Peningkatan dalam tuntutan bersih ditanggung Kumpulan selari dengan pertumbuhan dalam premium terperoleh. Tuntutan bersih ditanggung Kumpulan meningkat sebanyak 16.8% kepada RM122.2 juta daripada RM104.6 juta pada tahun 2005. Nisbah keseluruhan tuntutan tertunggak kekal tidak berubah pada 48.0% (2005: 48.0%) hasil daripada amalan-amalan penajaan jamin berhemah dan pengurusan tuntutan yang baik. KOMISEN BERSIH Komisen bersih Kumpulan meningkat kepada RM17.5 juta daripada RM16.0 juta pada tahun 2005, sejajar dengan peningkatan di dalam pendapatan premium kasar. Nisbah komisen bersih berbanding premium bersih kekal pada 7.0% jika dibandingkan dengan tahun 2005.

136 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 ANALISIS PENYATA PENDAPATAN (SAMBUNGAN) PERBELANJAAN PENGURUSAN Perbelanjaan pengurusan Kumpulan berjumlah RM53.5 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 5.7% daripada RM50.6 juta pada tahun 2005. Peningkatan ini konsisten dengan peningkatan tenaga kakitangan pada tahun 2006. Kos kakitangan merangkumi RM27.9 juta atau 52.0% daripada jumlah perbelanjaan pengurusan. Nisbah perbelanjaan pengurusan berbanding pendapatan premium terperoleh menurun kepada 21.0% daripada 23.0% pada tahun 2005 hasil daripada proses kerja dan sistem agihan yang bertambah baik. LEBIHAN PENAJAAN JAMIN Kumpulan mencatatkan pertumbuhan teguh di dalam lebihan penajaan jamin bagi tahun 2006. Lebihan penajaan jamin berkembang kepada RM59.1 juta daripada RM44.3 juta pada tahun 2005, mencatatkan pertumbuhan substantial sebanyak RM14.8 juta atau 33.4%. Pertumbuhan teguh ini disebabkan oleh strategi perniagaan efektif yang dilaksanakan sepanjang tahun. PENDAPATAN PELABURAN Pendapatan pelaburan menurun sebanyak 10.9% kepada RM48.3 juta daripada RM54.2 juta pada tahun 2005 disebabkan pendapatan dividen lebih rendah diterima pada tahun 2006. Walaubagaimanapun, pendapatan faedah daripada deposit tetap dan panggilan meningkat di mana kadar faedah secara amnya juga meningkat. PERBELANJAAN CUKAI Perbelanjaan cukai Kumpulan bagi tahun 2006 meningkat sebanyak RM3.5 juta kepada RM32.4 juta selaras dengan keuntungan lebih tinggi yang dicapai. Kadar cukai efektif Kumpulan sebanyak 29.0% adalah lebih tinggi daripada kadar cukai berkanun sebanyak 28.0% disebabkan oleh beberapa perbelanjaan tertentu yang tidak boleh ditolak cukai.

PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH DINYATAKAN MENURUT PERENGGAN 15.27(A), SYARAT-SYARAT PENYENARAIAN BURSA SECURITIES BERHAD Para Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit telah disediakan mengikut keperluan piawai perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan di Malaysia, peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan Garis Panduan Bank Negara Malaysia dan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad. Para Pengarah juga bertanggungjawab bagi memastikan bahawa penyata kewangan yang telah diaudit memberikan gambaran sebenar dan saksama tentang kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2006, dan keputusan operasi serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut. Dalam menyediakan penyata kewangan yang telah diaudit, Para Pengarah telah: menggunakan polisi perakaunan yang bersesuaian dan berkaitan dengan konsisten; membuat penilaian dan anggaran yang munasabah dan berhemat; menyediakan penyata kewangan yang telah diaudit berdasarkan usaha yang berterusan. Para Pengarah juga turut bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perakaunan yang sewajarnya, yang mendedahkan kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat dengan ketepatan yang berpatutan pada bila-bila masa. Para Pengarah juga mempunyai tanggungjawab umum untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dalam melindungi aset-aset Kumpulan dan mencegah serta mengesan penipuan serta ketaknalaran lain.

138 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 LAPORAN PENGARAH BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2006 Para Pengarah dengan sukacitanya membentangkan laporan mereka berserta penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2006. AKTIVITI UTAMA Aktiviti utama Syarikat adalah dalam pegangan pelaburan, manakala aktiviti utama syarikat-syarikat subsidiarinya adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 29 kepada penyata kewangan. Tidak terdapat sebarang perubahan ketara dalam jenis aktiviti utama ini di sepanjang tahun kewangan. KEPUTUSAN Kumpulan Syarikat Keuntungan bersih bagi tahun 78,128 65,969 RIZAB DAN PERUNTUKAN Tiada sebarang pindaan ketara kepada atau daripada rizab atau peruntukan sepanjang tahun kewangan ini selain daripada yang dinyatakan di dalam penyata kewangan. DIVIDEN Sejak berakhir tahun kewangan lalu, Syarikat telah membayar: i) dividen khas sebanyak 25% ditolak 28% cukai dan dividen akhir sebanyak 25% ditolak 28% cukai berjumlah RM49,710,000 berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2005 pada 20 Februari 2006; dan ii) dividen interim sebanyak 25% ditolak 28% cukai berjumlah RM24,855,000 berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2006 pada 11 Ogos 2006. Para Pengarah telah mencadangkan dividen khas dan akhir berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2006 masing-masing sebanyak 25% ditolak 27% cukai dan 55% ditolak 27% cukai, ke atas modal saham diterbit dan dibayar pada tarikh penutup buku pada 7 Februari 2007. PARA PENGARAH SYARIKAT Para Pengarah yang berkhidmat sejak tarikh laporan lepas adalah: Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow Dato Yeoh Chin Kee Tee Choon Yeow Geh Cheng Hooi Lee Chin Guan Tan Kok Guan

LAPORAN PENGARAH 139 Menurut Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Encik Tee Choon Yeow bersara pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan, oleh kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dipilih semula. Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow dan Encik Geh Cheng Hooi bersara menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965 pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan menawarkan diri untuk dilantik semula sebagai Para Pengarah di bawah peruntukan Seksyen 129(6) Akta tersebut untuk memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat berikutnya. Pegangan dan yang dianggap pegangan dalam saham biasa Syarikat dan syarikat-syariakt berkaitannya (selain daripada syarikat-syarikat subsidiari milik penuhnya) oleh Para Pengarah pada akhir tahun seperti yang direkodkan di dalam Daftar Pegangan Saham Para Pengarah adalah seperti berikut: Pegangan saham di mana Para Pengarah mempunyai kepentingan langsung dalam Syarikat: Bilangan saham biasa bernilai RM1 sesaham Pada 1.1.2006 Dibeli Dijual Pada 31.12.2006 Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow 1,952,000 1,952,000 Dato Yeoh Chin Kee 550,000 200,000 350,000 Tee Choon Yeow 395,000 5,000 400,000 Geh Cheng Hooi 100,000 100,000 Lee Chin Guan 993,000 993,000 Pegangan saham di mana Para Pengarah dianggap mempunyai kepentingan dalam Syarikat: Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow 59,123,000 59,123,000 Dato Yeoh Chin Kee 300,000 200,000 500,000 Tee Choon Yeow 100,000 100,000 Geh Cheng Hooi 740,000 100,000 840,000 Tan Kok Guan 300,000 15,000 285,000 Oleh sebab kepentingan beliau dalam saham Syarikat, Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow dianggap mempunyai kepentingan dalam saham syarikat-syarikat subsidiari sepanjang tahun kewangan hingga had LPI Capital Bhd mempunyai kepentingan.

140 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 FAEDAH PARA PENGARAH Sejak akhir tahun kewangan lalu, tiada Pengarah Syarikat yang telah menerima atau berhak menerima sebarang faedah (selain daripada faedah yang termasuk di dalam jumlah agregat emolumen yang diterima atau akan diterima oleh Para Pengarah seperti yang dinyatakan di dalam penyata kewangan) oleh sebab suatu kontrak yang dibuat oleh Syarikat atau sebuah syarikat berkaitan dengan Pengarah berkenaan atau dengan sebuah firma di mana Pengarah tersebut adalah ahli, atau dengan sebuah syarikat di mana Pengarah tersebut mempunyai kepentingan kewangan yang besar, selain daripada seorang Pengarah yang mempunyai kepentingan kewangan yang besar dalam syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan Kumpulan ini melalui perjalanan biasa perniagaan. Tidak wujud sebarang urusan di sepanjang dan pada akhir tahun kewangan dengan tujuan membenarkan Para Pengarah Syarikat mendapat faedah melalui pembelian saham atau debentur Syarikat atau lain-lain badan korporat selain daripada opsyen yang dibenarkan di bawah Skim Opsyen Saham Kakitangan ( ESOS ) Syarikat. TERBITAN SAHAM Tiada sebarang perubahan dalam modal dibenarkan, diterbitkan dan dibayar bagi Syarikat sepanjang tahun kewangan. OPSYEN DIBENARKAN KE ATAS SAHAM BELUM DITERBIT Tiada opsyen telah dibenarkan untuk sesiapa mengambil saham belum diterbit Syarikat sepanjang tahun kewangan. BELI BALIK SAHAM Pada 9 Februari 2006, para pemegang saham Syarikat telah memperbaharui kelulusan mereka kepada Syarikat membeli balik saham-sahamnya. Di sepanjang tahun kewangan, Syarikat telah membeli balik daripada pasaran terbuka, 148,200 saham biasanya bernilai RM1.00 sesaham ( Saham LPI ) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Securities pada harga beli balik purata RM8.63 sesaham. Amaun pertimbangan yang dibayar oleh Syarikat untuk belian balik Saham LPI di sepanjang tahun kewangan, termasuk kos urusniaga, adalah sebanyak RM1,278,965 dan telah dibiayai oleh dana yang dijana secara dalaman. Saham LPI yang dibeli balik dipegang sebagai saham perbendaharaan menurut Seksyen 67A Seksyen kecil 3(A) (b) Akta Syarikat, 1965. Tiada saham perbendaharaan yang dipegang telah dijual balik atau dibatalkan pada tahun kewangan tersebut. Pada 31 Disember 2006, Syarikat memegang sebanyak 787,600 Saham LPI sebagai saham perbendaharaan daripada modal saham diterbit dan dibayar sebanyak 138,723,000 Saham LPI. Saham perbendaharaan tersebut dipegang pada amaun dibawa sebanyak RM5,709,270. Maklumat lanjut adalah seperti dinyatakan dalam Nota 11 kepada penyata kewangan.

LAPORAN PENGARAH 141 LAIN-LAIN MAKLUMAT BERKANUN Sebelum penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat dibuat, Para Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk memastikan bahawa: i) terdapat peruntukan yang mencukupi untuk tuntutan ditanggung, termasuk tuntutan yang Ditanggung Tetapi Tidak Dilaporkan (IBNR), ii) segala hutang lapuk yang diketahui telah dihapus kira dan peruntukan secukupnya telah disediakan untuk hutang ragu, dan iii) segala aset semasa telah dinyatakan pada yang terendah antara kos dan nilai boleh direalisasikan bersih. Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak menyedari adanya sebarang keadaan: i) mungkin menyebabkan jumlah hutang lapuk yang dihapus kira, atau jumlah peruntukan bagi hutang ragu, di dalam Kumpulan dan di dalam Syarikat tidak mencukupi sehingga mencapai peringkat yang menjejaskan, atau ii) mungkin menyebabkan nilai yang diberikan kepada aset semasa di dalam Kumpulan dan di dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat adalah mengelirukan, atau iii) yang telah timbul yang menyebabkan kepatuhan kepada kaedah penilaian yang sedia ada ke atas aset atau liabiliti Kumpulan dan Syarikat adalah mengelirukan atau tidak sesuai, atau Pada tarikh laporan ini, tidak wujud: i) sebarang caj ke atas aset Kumpulan atau Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan dan yang menjamin liabiliti pihak lain, atau ii) sebarang liabiliti luar jangka berhubung dengan Kumpulan atau Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan. Tiada sebarang liabiliti luar jangka atau liabiliti lain bagi mana-mana syarikat dalam Kumpulan yang telah atau mungkin berkuat kuasa dalam tempoh dua belas bulan sejak akhir tahun kewangan yang mana, pada pendapat Para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan dengan ketara keupayaan Kumpulan dan Syarikat untuk memenuhi tanggungjawabnya apabila tiba masanya. Bagi tujuan perenggan ini, liabiliti luar jangka dan liabiliti lain tidak termasuk liabiliti yang terbit daripada kontrak-kontrak insurans yang ditaja jamin dalam urusan biasa perniagaan Kumpulan. Pada pendapat Para Pengarah, hasil operasi Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005 tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan berbentuk luar biasa atau terdapat sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa yang berlaku di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan. iv) yang tidak diambil kira di dalam laporan ini atau penyata kewangan, yang akan menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan di dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan.

142 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 JURUAUDIT Juruaudit, Tetuan KPMG, telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima pelantikan semula. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut satu resolusi Para Pengarah: Dato Yeoh Chin Kee Tee Choon Yeow Kuala Lumpur, Tarikh: 3 Januari 2007

PENYATA PENGARAH 143 PENYATA PENGARAH MENURUT SEKSYEN 169(15) AKTA SYARIKAT, 1965 Pada pendapat Para Pengarah, penyata kewangan Syarikat yang dibentangkan di muka surat 146 hingga 183, telah disediakan selaras dengan peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan piawai perakaunan diterima pakai untuk entiti dan lain-lain entiti persendirian yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia untuk memberikan gambaran sebenar dan saksama tentang kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2006 dan keputusan operasi serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut satu resolusi Para Pengarah: Dato Yeoh Chin Kee Tee Choon Yeow Kuala Lumpur, Tarikh: 3 Januari 2007

144 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 AKUAN BERKANUN MENURUT SEKSYEN 169(16) AKTA SYARIKAT, 1965 Saya, Tee Choon Yeow, Pengarah yang terutamanya bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan LPI Capital Bhd, dengan sesungguhnya dan tulus ikhlas mengaku bahawa penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 146 hingga 183, pada sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya adalah betul, dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa ianya adalah benar, dan menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960. Ditandatangani dan diakui sesungguhnya oleh penama yang tersebut di atas di Kuala Lumpur pada 3 Januari 2007. Tee Choon Yeow Di hadapan saya: G.Ganesan Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur

LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI 145 LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI LPI CAPITAL BHD Kami telah mengaudit penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 146 hingga 183. Penyediaan penyata kewangan tersebut adalah tanggungjawab Para Pengarah Syarikat. Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat bebas, berdasarkan pengauditan kami, ke atas penyata kewangan tersebut dan melaporkan kepada anda, sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak memikul tanggungjawab ke atas mana-mana pihak lain bagi kandungan laporan ini. Kami telah menjalankan audit kami menurut Piawai Pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawai tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan pengauditan untuk mendapatkan semua maklumat dan penjelasan yang kami anggap perlu bagi menyediakan bukti untuk memberi jaminan yang wajar bahawa penyata kewangan tersebut adalah bebas daripada salah nyataan material. Audit merangkumi pemeriksaan, secara ujian, bukti yang berkaitan dengan jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Audit turut meliputi penilaian ke atas prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran penting yang dibuat oleh Para Pengarah serta menilai kecukupan menyeluruh terhadap pengemukaan maklumat di dalam penyata kewangan. Kami percaya bahawa pengauditan kami menyediakan asas yang wajar bagi pendapat kami. Pada pendapat kami: (a) penyata kewangan telah disediakan dengan teratur menurut peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan piawai perakaunan yang diterima pakai untuk entiti dan lain-lain entiti persendirian yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia untuk memberikan gambaran sebenar dan saksama tentang: (b) ii) perkara-perkara yang dikehendaki oleh Seksyen 169 Akta Syarikat, 1965 yang perlu diambil kira di dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat; dan rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta daftar-daftar yang dikehendaki oleh Akta Syarikat, 1965 untuk disimpan oleh Syarikat syarikat-syarikat subsidiari telah disimpan dengan teratur menurut peruntukan Akta tersebut. Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari yang telah disatukan dengan penyata kewangan syarikat adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan wajar bagi tujuan menyediakan penyata kewangan yang disatukan dan kami telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan yang kami perlukan bagi tujuan tersebut. Laporan-laporan audit ke atas penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari tidak tertakluk kepada sebarang syarat dan tidak mengandungi sebarang teguran yang dibuat di bawah seksyen kecil (3) Seksyen 174 Akta tersebut. KPMG Nombor Firma: AF 0758 Akauntan Berkanun Gnanachandran a/l S Ayadurai Rakan Kongsi Nombor Kelulusan: 1722/09/07(J) Kuala Lumpur Tarikh: 3 Januari 2007 i) kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2006 dan keputusan operasi serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut; dan

146 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN 2006 LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2006 Kumpulan Syarikat Nota 2006 2005 2006 2005 Aset Hartanah dan peralatan 3 7,997 12,495 Hartanah pelaburan 4 8,546 400 Pelaburan dalam syarikat subsidiari 5 101,100 101,100 Pelaburan 6 662,145 630,469 220,938 230,157 Pinjaman (terjamin) 7 18,927 16,921 Belum diterima dagangan dan lain-lain 8 50,482 51,017 701 1,359 Tunai dan kesetaraan tunai 9 6,593 5,045 145 155 Jumlah Aset 754,690 716,347 322,884 332,771 Modal dan rizab Modal saham 10 138,723 138,723 138,723 138,723 Saham perbendaharaan, pada kos 11 (5,709) (4,430) (5,709) (4,430) Rizab 263,220 255,907 189,361 197,957 Ekuiti para pemegang saham 396,234 390,200 322,375 332,250 Liabiliti Liabiliti cukai tertunda 12 392 Rizab premium tidak terperoleh 13 143,660 129,956 Peruntukan tuntutan tertunggak 14 170,862 149,468 Belum dibayar dagangan dan lain-lain 15 35,886 40,058 237 211 Pencukaian 7,656 6,665 272 310 Jumlah liabiliti 358,456 326,147 509 521 Jumlah liabiliti dan ekuiti para pemegang saham 754,690 716,347 322,884 332,771 Nota-nota yang disertakan di muka surat 154 hingga 183 merupakan sebahagian penting dari, dan perlu dibaca bersama-sama dengan penyata kewangan ini.

PENYATA PENDAPATAN 147 PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2006 Nota 2006 Kumpulan 2005 2006 Syarikat 2005 Hasil 17 473,490 434,763 92,172 86,414 Pindahan daripada akaun hasil insurans am 86,975 75,477 Pendapatan pelaburan 18 20,207 24,469 89,021 82,960 Perbelanjaan pengurusan 20 (545) (425) (527) (410) Keuntungan operasi 106,637 99,521 88,494 82,550 Pendapatan faedah 18 3,845 4,039 3,151 3,454 Keuntungan sebelum cukai 110,482 103,560 91,645 86,004 Perbelanjaan cukai 22 (32,354) (28,857) (25,676) (24,065) Keuntungan bersih bagi tahun 78,128 74,703 65,969 61,939 Boleh diagih kepada: Pemegang ekuiti syarikat induk 78,128 74,703 65,969 61,939 Perolehan asas sesaham biasa (sen) 23 56.6 55.1 Perolehan dicairkan sesaham biasa (sen) 23 N/A N/A Dividen sesaham biasa (sen) kasar 24 105 70 105 70 Nota-nota yang disertakan di muka surat 154 hingga 183 merupakan sebahagian penting dari, dan perlu dibaca bersama-sama dengan penyata kewangan ini.