Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

dokumen-dokumen yang mirip
Indeks Pembangunan Manusia. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Tuan yang Di Pertua, DEW AN RAKYAT. M A LA YSIA. YB D ATUK HAJI DATU N ASRUN BIN DATU M A N SUR (SILAM ) 14 M ac 2016

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEM BERITAHUAN PERTANYAAN DEW AN RAKYAT. M ALAYSIA. YB DATUK W EE JE C K SENG minta MENTERI PERDAGANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

Bagaimana FTA AS-Malaysia akan jejas rakyat Malaysia1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Ekonomi

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

Kemelut pekerja wanita

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Akaun Pelaburan Wafiyah

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

Amanah Saham Panduan Pelabur

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Inovasi dan Perubahan

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

GARIS PANDUAN. 3.1 Inovasi hendaklah hasil idea yang dicetuskan oleh Fakulti/Institut/Pusat Kecemerlangan/Unit/Jabatan/Staf Universiti Putra Malaysia;

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Undang-undang Permainan

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

FEDERALISME FISKAL. Perlunya Federalisme Fiskal

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Ulasan Buku/Book Review

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI KILANG SYARIKAT MALAYSIA EXPLOSIVES SDN. BHD, DI BATU ARANG, SELANGOR PADA 8HB JULAI, 1972

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN BOLA SEPAK

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI SPM2004/A/S1

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

GARIS PANDUAN PEMBEKAL

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

Topik. Persekitaran dan Sistem Ekonomi PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tingkatan 4 Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

Menginstitusikan TPP oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dianggotai oleh dua belas negara telah dipersetujui di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) pada Oktober, 2015 selepas melalui lima tahun rundingan. Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) terdiri dari 12 negara termasuk Malaysia bertujuan untuk mewujudkan satu kawasan perdagangan bebas (FTA). Lainlain negara adalah Amerika Syarikat (AS), Australia, Brunei, Canada, Chile, Japun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Kesemua negara ini secara bersama menyumbangkan 40 peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia. Setiap anggota bersetuju dengan kandungan perjanjian dan diberi masa dua tahun untuk disahkan. Permohonan Malaysia untuk pengecualian terhadap isu-isu tertentu telah di persetujui. Antara isu tersebut termasuklah berkaitan dengan isu bumiputera dan perolehan kerajaan. Setelah dibahaskan di Parlimen, TPPA telah diluluskan pada 27 Januari 2016. Seterusnya, TPPA ditandatangani di New Zealand pada 4 Februari 2016. Walaupun, isu-isu serta buruk-baik TPPA ini telah banyak dibincangkan, namun tidak keterlaluan jika ianya terus dibincangkan. Lebih-lebih lagi ianya merupakan inisiatif terbesar di dalam sejarah untuk membentuk FTA yang merentangi dari timur ke barat dunia. Dalam pada itu, isu terbesar yang tidak menyebelahi penubuhan TPP adalah berkaitan dengan hak kedaulatan negara. Ada yang berpendapat bahawa TPP merupakan suatu penjajahan oleh kuasa ekonomi besar, terutama oleh AS, ke atas negara-negara kecil seperti Malaysia. Penjajahan bentuk moden ini berselindung di bawah perdagangan. 1 Pandangan yang dikemukakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya mewakili pandangan MIER.

Sejauh manakah kebenarannya bahawa kedaulatan negara akan tercabar dengan menyertai TPP? Persoalan ini amat besar dan tiada jawapan mudah untuk menyelesaikannya. Ianya perlu di rungkai dengan memahami objektif utama pembentukan FTA dan apakah kekangannya, jika ada. Malah yang lebih penting sekiranya kita memikirkan untuk meraih faedah maksimum menyertainya adalah memahami apakah faktor-faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian faedah maksimum tersebut. Asas kepada inisiatif penubuhan FTA adalah untuk memaksimumkan faedah kepada seluruh komuniti melalui pengagihan sumber yang efisien di dalam semua negara yang terlibat. Ini bermakna setiap negara menumpukan kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mereka mempunyai kelebihan bandingan, berdasarkan kos yang minimum. Kemudian negara-negara di dalam FTA tersebut berdagang sesama mereka tanpa sekatan, iaitu tarif sifar. Pada asasnya, inilah tujuan asal penubuhan FTA. Malah, ianya bermula dengan inisiatif yang lebih besar dan bercita-cita tinggi dengan penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). WTO secara umumnya cuba mewujudkan satu dunia sebagai FTA. Segala sekatan perdagangan ingin dihapuskan dan seluruh komuniti dunia akan mendapat manfaat daripada perdagangan bebas melalui pengagihan sumber yang efisien. Menggapai matlamat WTO bukannya mudah kerana pertamanya, perbezaan tahap pembangunan ekonomi antara negara perlu diselaraskan. Urutan dari kepayahan untuk merealisasikan WTO adalah penubuhan FTA wilayah yang merupakan persepakatan multilateral, seperti TPP. FTA wilayah ini mempunyai matlamat yang sama seperti WTO tetapi bersekala lebih kecil, maka lebih senang diuruskan. Selain dari TPP, terdapat pelbagai FTA wilayah yang telah beroperasi seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan seumpamanya. Apakah perbezaan di antara lain-lain FTA seperti AFTA dan TPP? Perbezaan utama di antara AFTA, yang mana Malaysia juga menjadi ahli, dan TPP adalah dari segi skop kerjasama yang terlibat. AFTA memfokuskan semata-mata kepada mewujudkan FTA dengan menghapuskan segala halangan, sama ada yang

berbentuk tarif atau bukan tarif. Halangan bukan tarif sebagai contoh adalah segala prosedur yang menyusahkan proses perdagangan melampaui sempadan. Sebaliknya TPP merupakan suatu persepakatan yang komprehensif bukan sahaja untuk memudahkan perdagangan dengan menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif, tetapi juga turut meliputi penyeragaman piawaian atau standard segala proses yang berkaitan dengan perdagangan. Ini bermakna ianya merangkumi segala proses seperti pengeluaran, pelaburan, pengagihan dan sebagainya di samping proses perdagangan melepasi sempadan itu sendiri. Ini bermakna segala peraturan dan undang-undang perlu diseragamkan, seperti berkaitan dengan buruh, persaingan dan sebagainya. Dengan kata lain, sebelum terlibat dengan proses perdagangan, padang untuk bersaing mestilah sama rata. Pengeluar di Malaysia dan pengeluar di Amerika Syarikat (AS) mestilah menghadapi undang-undang dan peraturan yang sama. Bukan itu sahaja, semua pasaran adalah terbuka kepada warganegara TPP. Contohnya, pelabur dari AS boleh melabur di Malaysia tanpa diskriminasi dan sebaliknya pelabur Malaysia juga berpeluang melabur di AS. Dengan ringkasnya, kuasa persaingan yang akhirnya menentukan pemenang berdasarkan konsep kecekapan. Skop TPP yang komprehensif inilah yang menyebabkan ianya menghadapi tentangan yang getir dari sesetengah kumpulan, bukan sahaja di Malaysia malahan juga di negara-negara lain yang terlibat. Malah, ianya menghadapi tentangan yang hebat di AS sendiri, yang mempelopori penubuhan TPP. Hujah utama dari golongan yang menentang TPP adalah ketidakwajaran mengenakan standard yang sama di semua negara kerana perbezaan taraf pencapaian ekonomi setiap negara. Perjanjian perdagangan seharusnya menumpukan kepada perdagangan sahaja, seperti AFTA. Golongan yang menentang TPP berpandangan bahawa perjanjian yang komprehensif ini adalah merupakan suatu dasar merkantilism yang mana kuasa ekonomi besar akan menekan ekonomi kecil. Mengikut pandangan ini, kedaulatan negara akan di kompromi dan ini merupakan suatu penjajahan ekonomi. Dasar merkantilism inilah yang menghidupkan era penjajahan yang mana Malaysia baru bebas kira-kira 60 tahun lepas. Cuma bezanya, kita mempunyai pilihan menerima atau menolak TPP.

Sejauh mana kebenaran pandangan yang menentang TPP berteraskan dasar merkantilism tersebut? Jawapan ringkasnya, TPP mempunyai buruk dan baiknya. Bagaimana kita bermain setelah menganggotainya menentukan buruk atau baiknya. Tiada jalan mudah. Jika tidak menganggotainya, kita tidak mempunyai peluang langsung untuk meraih kebaikannya. Oleh itu, penumpuan utama adalah untuk meraih kebaikannya setelah menganggotainya. Sebagai analogi, untuk membentuk pasukan bola sepak yang baik kita perlu menyertai liga yang ternama. Sudah tentu persaingan adalah getir di dalam liga ternama ini. Namun jika kita memilih untuk tidak menyertai liga ini, sudah tentu pemain-pemain yang baik tidak dapat dibentuk. Berdasarkan analogi bola sepak tersebut, yang lebih penting adalah untuk membentuk pemain. Seorang pemain yang baik berdasarkan standard liga ternama akan baik di mana-mana sahaja. Justeru, untuk meraih kebaikan di dalam TPP, kita perlu meningkatkan daya saing. Untuk meningkatkan daya saing, segala proses dari pengeluaran hinggalah ke peringkat penjualan produk mestilah efisien. Segala undangundang dan peraturan yang berkaitan adalah berdasarkan standard yang tinggi, yang akan menggalakkan kecekapan. Oleh itu tugas utama kita adalah untuk melalui proses reformasi pasaran, sama ada pasaran barangan dan perkhidmatan atau pasaran faktor pengeluaran, termasuk buruh dan modal. Segala undang-undang dan peraturan mestilah diperbaiki dan lebih penting dipatuhi. Pematuhan inilah yang akan meningkatkan daya saing. Kemampuan bersaing di pasaran terbuka ini bermakna kita mempunyai daya saing yang tinggi, yang merupakan kemenangan mutlak. Berdasarkan kepada prinsip ini, sebenarnya faktor penggaris yang akan memenangkan kita di dalam persaingan global adalah peningkatan kecekapan di dalam pasaran dan pembentukan disiplin untuk mematuhi segala undang-undang dan peraturan. Pembentukan disiplin ini pula perlu di institusikan sehingga mampu membentuk satu budaya. Atas dasar ini, sebenarnya tiada perbezaan sama ada menganggotai TPP atau tidak jika kita sudah meningkatkan daya saing ke tahap tertinggi. Umpama pemain bola yang sudah mempunyai keupayaan tertinggi setelah berkecimpung di dalam liga ternama

akan mampu bermain dan bersaing di mana-mana sahaja. Oleh itu, tugas utama kita adalah pembentukan institusi yang mampu meningkatkan daya saing. Atas alasan tersebut, kebaikan menganggotai TPP adalah ianya membentuk landasan untuk pembinaan institusi yang mampu meningkatkan kita ke tahap standard tertinggi. Tanpa TPP mungkin kita tidak mempunyai disiplin yang tinggi untuk mengambil inisiatif tersebut.