Di Malaysia pensijilan halal dan semua perkara yang berkaitan dengannya diperuntukkan oleh undang-undang dan mempunyai kuatkuasa undang-undang.

dokumen-dokumen yang mirip
MOHD AMRI BIN ABDULLAH

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BAHAGIAN HAB HALAL PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 1 TAHUN 2012

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Undang-Undang Malaysia

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA PILIHAN RAYA 1958

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

WARTAKERAJAAN PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

UNDANG-UNDANG PRODUK HALAL DI MALAYSIA: ISU PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 666

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPSi)

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG DIKENAKAN HUKUMAN SEBAT

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

D.R. 15/95 RANG UNDANG-UNDANG PENJARA 1995

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Transkripsi:

1 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2015 (CMIEF 2015) 29 th July 2015 Ucap Utama PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA DARIPADA SUDUT PERUNDANGAN Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini di mana kerajaan memberi sokongan penuh dalam mempromosikan proses pensijilan halal untuk produk dan perkhidmatan. Badan-badan pensijilan halal di negara-negara lain adalah sama ada diwujudkan oleh sesuatu wilayah atau negeri atau dikendalikan oleh pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan mereka (NGO). Di Malaysia pensijilan halal dan semua perkara yang berkaitan dengannya diperuntukkan oleh undang-undang dan mempunyai kuatkuasa undang-undang. Undang-undang induk dalam perkara ini adalah Akta Perihal Dagangan 2011. Ia disokong oleh dua perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah peruntukan akta itu. Perintah-perintah itu adalah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011) dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011. Beberapa undang-undang lain juga terpakai atau berkenaan. i Mungkin orang bertanya, mengapa ia terletak di bawah undang-undang Peresekutuan dan tidak di bawah undang-udang Negeri pada hal ia berkenaan halal haram mengikut hukum syarak. Jawabnya, isunya adalah perihal dagangan. Penggunaan perkataan halal di sini adalah diskripsi produk itu. Ianya samalah dengan perbankan Islam dan kewangan Islam. Perbankan dan kewangan terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan. Sama ada perbankan dan kewangan itu Islam atau konvensional adalah jenisnya. Biar apa pun, sama seperti perbankan dan kewangan Islam, jika kita mahu Malaysia menjadi hub industry halal, ia perlu berada di bawah bidangkuasa Persekutuan. Saya tidak mahu berhujah mengenainya dalam ucap utama ini. Sila baca ucapan, kuliah dan kertas kerja saya mengenai perbankan dan kewangan Islam dalam laman web saya. Ada persamaannya dengan industri halal. Kita sudah berada di hadapan dalam perbankan dan kewangan Islam. Kita juga berada di landasan yang betul untuk berada di hadapan dalam industri halal. Malah, proses pensijilan halal kita telah menjadi benchmark untuk iikuti di seluruh dunia. Kita sudah pun berada di kedudukan yang baik. Janganlah merosakkannya kerana berebut kuasa. Akhirnya, orang lain yang mengguna pakainya. Demi pembangunan industry halal di Malaysia, kita perlu terima susunan (arrangement) yang sedia ada yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah susunan yang terbaik dalam keadaan di Malaysia. Kita hendaklah

2 memanfaatkannya di dalam sistem kita yang sedia ada, bukan cuba mengghapuskan apa yang ada tanpa mengetahui dengan apa ia hendak digantikan. Mari kita lihat bagaimana kita telah memanfaatkan kedudukan itu dari segi perundangan. Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 memberi kuasa kepada Menteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan yang digunakan bagi makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang patut difahami sebagai mempunyai pengertian yang tertentu. Ini boleh dilakukan melalui perintah. Seksyen 28 juga memperuntukkan bahawa Menteri boleh menetapkan kesalahan bagi mana-mana orang yang memperdayakan atau mengelirukan orang awam bahawa barangan yang ditawarkan menepati takrifan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen itu. Hukuman bagi kesalahan-kesalahaan di bawah seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 adalah: (a) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau (b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi lima juta ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya. Berdasarkan kuasa itu, Menteri telah membuat Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011), yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Antara lain, perintah itu, mentafsirkan ungkapan hukum syarak, makanan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang. Perenggan 3 mentakrifkan halal seperti berikut: 3. (1) Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu: (a) bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan fatwa; (b) tidak mengandungi unsur-unsur najis mengikut Hukum Syarak dan fatwa; (c) tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan fatwa; (d) tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan fatwa;

3 (e) selamat digunakan atau dimakan, tidak beracun, atau tidak memudaratkan kesihatan; (f) tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak dan fatwa; dan (g) tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak subperenggan (a) dan (b)... Ringkasnya, jika sesuatu barang itu diperihalkan sebagai halal, ia hendaklah tidak mengandungi benda atau perkara yang tidak halal. Subperenggan (2) adalah menganai perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang yang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam. ii Subperenggan (3) memperuntukkan kesalahan. (3) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu yang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan dengan perenggan ini adalah melakukan kesalahan. Perenggan 4 mewujudkan kesalahan bagi memperdayakan atau mengelirukan. iii Perenggan 5 meletakkan penalti bagi kesalahan-kealahan itu yang serupa dengan apa yang diperuntukkan dalam seksyen 28 Akta Perihal Perdagangan 2011. Seksyen 29 pula memperuntukkan bahawa Menteri boleh melalui perintah, mengenakan kehendak untuk menjamin bahawa barang-barang itu diperakukan, ditandakan atau disertai sedimikian dan mengawal selia atau melarang pembekalan barang-barang dan kehendak itu boleh meliputi bentuk dan cara maklumat atau arahan itu diberikan. Menteri boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa berwibawa untuk membuat perakuan dan lain-lain yang berkaitan dengan pensijilan halal. Seksyen itu juga mewukudkan kesalahan-keslahan yang hukumannya: (a) Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, bagi kesalahan kedua, didenda tidak melebihi rima ratus ribu ringgit. (b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya

4 Berdasarkan peruntukan sekyen 29 Akta Perihal Dagangan 2011, Menteri telah membuat Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Perenggan 3 adalah mengenai pihak berkuasa berwibawa. 3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam bagi Negeri- Negeri masing-masing hendaklah menjadi pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011. Perenggan 4 adalah mengenai perakuan perihal halal. 4. (1) Semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan ungkapan lain untuk menunjukkan makanan dan barangbarang itu boleh dimakan oleh orang Islam melainkan jika (a) diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan (b) ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Subperenggan (2) adalah mengenai perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang manakala subperenggan (3) adalah mengenai makanan yang dibekalkan oleh orang bukan Islam. iv Perenggan 5 adalah mengenai perakuan perihal halal ke atas makanan dan barangbarang import. v Perenggan 6 adalah mengenai penandaan ke atas makanan, barang-barang dan perkhidmatan. vi Perenggan 7 adalah mengenai permohonan perakuan dan fi vii Perenggan 8 adalah mengenai kesalahan. 8. Mana-mana orang yang (a) memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal; atau (b) membekalkan atau menawar untuk membekalkan apa-apa makanan, barangbarang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu, bertentangan dengan Perintah ini, melakukan suatu kesalahan... Hukumannya adalah seperti yang diperutukka dlam seksyen 29 ADP 2011. Ulasan

5 Saya ingin menarik perhatian kepada dua perkara dahulu. Pertama, saya perhatikan ada undang-undang kesalahan jenayah syari ah negeri-negeri yang mempeuntukkan kesalahan penyalahgunaan tanda halal. Misalnya seksyen 42 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Mungkin peruntukan itu difikirkan perlu suatu masa dahulu. Pada pandangan saya peruntukan seperti ini sepatutnya dimansuhkan. Sebabnya ialah: a. Perkaranya (subject matter) terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan dan bukan di bawah bidangkuasa Negeri (Jadual Kesembilan Senarai II). b. Mahkamah Syari ah hanya mempunyai bidangkuasa terhadap orang yang menganut agama Islam. Bagaimana hendak mendakwa orang bukan Islam dan syarikat-syarikat? c. Hukumannya terlalu rendah ia itu tidak melebihi RM5,000 berbanding dengan tidak melebihi RM10 juta di bawah ADP 2011. Kedua, ternampak seolah-olah ada confusion menganai kedudukan MAIN dan JAIN. Perintah Perakuan dan Penandaan Halal melantik MAIN sebagai Pehakberkuasa Berwibawa. Tetapi Pekeliling merujuk kepada JAIN. Kertas yang dikeluarkan oleh MAMPU merujuk kepada MAIN/JAIN. Kita perlu jelas dalam hal ini. MAIN dan JAIN adalah identity yang berlainan. MAIN adalah satu perbadanan yang ditubuh oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri. JAIN adalah jabatan kerajaan negeri sebagaimana JAKIM adalah satu jabatan kerajaan Persekutuan. Yang mana satu yang hendak ditugaskan menjalan kerja-kerja itu bersama-sama JAKIM? Kalau hendak lantik JAIN, lantik JAIN. Saya khuatir akan timbul masalah teknikal nanti. Setakat ini, kita boleh meromoskan bahawa: 1. Industri halal terletak di bawah bidangkuasa KPDNKK. 2. Undang-undang berkenaan adalah Akta Perihal Dagangan 2011 yang terletak di bawah portfolio KPDNKK. 3. Halal adalah satu daripada perihal dagangan di bawah akta itu; 4. Segala kuasa mengenainya terletak kepada Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal yang dilantik oleh Menteri mengikut seksyen 3 akta itu. 5. Kuasa pendakwaan, seperti biasa, terletak kepada Pendakwa Raya. 6. JAKIM dan MAIN dilantik oleh Menteri sebagai Pihakberkuasa Berwibawa untuk membuat perakuan halal. 7. Semua permohonan untuk mendapat perakuan halal hendaklah dibuat kepada JAKIM atau MAIN. Seperti yang saya sebut tadi, kita hendaklah menerima susunan ini dan bersamasama berusaha dan membantu untuk menguatkan pelaksanaannya, termasuk memberi teguran-teguran yang membina. Mengenai pengeluaran sijil halal. Ia bukan hanya melibatkan soal hukum. Sebelum kita boleh menetapkan hukum, kita perlu tahu isi kandungan sesuatu produk itu. Jika ia seekor binatang, bolehlah kita lihat rupanya dan sifat-sifatnya. Tetapi, bagi produk yang telah diproses, ujian saintifik perlu dilakukan. Dalam kata-kata lain, ulama atau ustaz tidak tahu semua. Kepakaran selain daripada mengenai hukum syarak juga diperlukan. Saya dimaklumkan bahawa pada masa ini pun, untuk tujuan auditing sesuatu permohonan, jika diperlukan, JAKIM dan MAIN memang melibatkan

6 jabatan-jabataan lain seperti Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain. Itu satu perkara yang baik. Siasatan dan pendakwaan adalah dua perkara yang sangat penting. Hanya memberi amaran, malah menggantung atau menarik balik lesen, mungkin tidak memberi kesan secukupnya. Kita bukan berhadapan dengan kesalahan-kesalahan yang ringan yang hanya melibatkan individu seperti kesalahan berkhalwat. Kita berhadapan dengan syarikat-syarikat gergasi dan kesalahan yang hukumannya boleh mencecah RM10 juta ringgit. Syarikat-syarikat itu mampu memperolehi perkhidmatan peguam dan profesional yang berkaliber. Maka, untuk memperolehi sabitan, siastan mestilah mantap dan pendakwaan menstilah cekap. Saya difahamkan bahawa kuasa menyiasat telah diperturunkan kepada sebilangan Pegawai JAKIM dan JAIN dengan melantik mereka sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011. Hanya memberi kuasa tidak cukup. Mereka mestilah dilatih secukupnya. Penyiasatan yang tidak menyeluruh dan mantap mungkin akan mengakibatkan kegagalan pendakwaan mendapat sabitan. Saya juga mendapat tahu bahawa pada masa ini Timbalan Pendakwa Raya ditempatkan di KPDNKK. Itu bagus, cuma saya harap di antara mereka ada yang cukup kanan dan berpengalaman. Kita tidak mahu apa yang berlaku di masa lepas di jabatan-jabatan dan di majlis-majlis perbandaran yang diberi kuasa mendakwa, berulang. Pada masa itu, Pegawai Pendakwa menyediakan pertuduhan, pergi ke mahkamah dan mengharapkan tertuduh mengaku salah. Jika tertuduh minta dibicarakan, pegawai itu tidak tahu apa yang hendah dibuat. Bagi kes-kes menjaja tanpa lesen bolehlah diharapkan tertuduh akan mengaku salah. Tetapi di mana denda berjuta-juta ringgit, ia tidak mungkin berlaku. Saya difahamkan bahawa setakat ini belum ada pendakwaan dilakukan mengenai kes-kes halal. Ertinya penyiasatan dan pendakwaan kita masih belum diuji. Tetapi, saya percaya banyak kes-kes lain yang pendakwaan telah dilakukan oleh KPDNKK. Cuba semak berapa pertus daripada kes-kes yang tertuduh minta dibicarakan, KPDNKK memperolehi sabitan dan berapa peratus yang dilepas dan dibebakan. Dari situ kita boleh cari kelemahan kita dan memperbaikinya sementara masa masih ada. Penutup Saya dapati terdapat banyak persamaan di antara industri perbankan dan kewangan Islam dengan industi halal. Kita wujudkan industri halal kerana tuntutan agama: terus terang, kita takut dosa. Maka kita cuba memastikan supaya umat Islam tidak memakan makanan yang haram. Tetapi, di Malaysia sahaja pun ia telah menjadi satu industri yang bernilai berbilion ringgit. Apabila ada wang yang begitu banyak untuk diperolehi, maka perakuan halal Malaysia menjadi bernilai. Hinggakan seorang warganegara Itali telah mendaftarkan logo halal Malaysia sebagai haknya di Office of Harmonisation of Common Market, European Union. Kita terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadapnya di General Court of European Union dan kes itu masih belum slesai. Pada masa yang sama ramailah peniaga, pengeluar dan lain-lain yang masuk untuk merebut pelung membuat keuntungan.

7 Yang Islam, saya percaya, masih mempunyai sedikit sebanyak perasaan takut berdosa jika mereka melakukan sesuatu yang tak halal sebgai halal. Tetapi, bagi orang bukan Islam, mereka menolak Islam, maka soal takut dosa tidak timbul bagi mereka. Saya percaya ada syarikat-syarikat gergasi yang beretika tinggi yang akan mencuba sedaya upaya untuk mematuhi segala syarat yang ditetapkan demi menjaga nama baiknya. Tetapi, saya percaya, ada juga yang lainnya, termasuk individu yang hanya mmentingkan keuntungan. Bagi mereka untung adalah ma ruf dan rugi adalah munkar. Halal hanyalah satu perkataan atau sekeping logo untuk digunakan untuk membuat keuntungan. Maka, kita mesti waspada supaya mereka ini tidak mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan perkataan, pengakuan dan sijil halal. Untuk itu tidak ada jalan lain melainkan penguatkuasaan yang tegas dan pendakwaan yang berkesan. Saya juga menyeru kepada mahkamah supaya mengambil pandangan yang serius terhadap kesalahan-kesalahan itu dan mengenakan hukumn yang deterrent. Mahkamah perlu bergerak seiring dengan kerajaan dalam soal dasar awam untuk kepentingan negara. Kita patut belajar dari Singapura. Sebab itulah sesuatu undang-undang yang dibuat oleh kerajaan Singapura dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jangan salah faham. Saya tidak mengatakan industri halal hanya untuk orang Islam. Malah jika orang bukan Islam hanya akan mengeluarkan dan memperdagangkan barangan halal sahaja, lagi baik. Kita tidak perlu ada undang-undang, malah Pihakberkuasa Berwibawa, Bahagian Hab Halal, Bahagian Siasatan dan Bahagian Pendakwaan pun boleh ditutup. Apa yang saya tekankan ialah, sesiapa yang hendak menceburi dalam industry halal hendaklah menghormati tujuan asal mengapa umat Islam mengadakannya. Ia ada ruh, bukan hanya satu cara untuk mencari keuntungan. Maka, janganlah mencemarinya kerana hendak mencari keuntungan. Jika ingin bermain bola Islam ikut peraturan Islam. Pada masa yang sama, pegawai-pegawai yang melaksanakannya janganlah mudah teruja dengan bilangan orang dan syarikat kepunyaan orang bukan Islam yang memohon dan mandapat perakuan halal atau banyaknya barangan yang memakai logo halal di pasaran. Kita hanya boleh teruja apabila kita yakin bahawa mereka telah mematuhi semua syarat-syaratnya, dan apa yang diperihalkan sebagai halal itu memang halal. Pada masa itu, kita bolehlah berterima kasih kepada mereka kerana telah membantu membangunkan industri halal sambil menjadi kaya raya kerananya. Mereka juga patut berterima kasih kepada agama Islam atau, lebih baik, menerimanya. Bagi saya, itu adalah satu contoh dakwah yang berhikmah. Dalam industri halal juga, saya khuatir umat Islam akan menjadi satu umat yang terlepas pelung. Saya difahamkan lebih kurang 70% pemegang parakuan halal di Malaysia adalah orang bukan Islam. Saya tidak tahu berapa peratus nilai industry halal yang dimiliki oleh mereka, mungkin lebih. Di mana kita? Satu industry yang diwujudkan untuk mematuhi syari ah, dimonopoli oleh orang bukan Islam! Itu adalah satu cabaran kepada umat Islam. Terima kasih.

8 tunabdulhamid@gmail.com www.tunabdulhamid.my www.tunabdulhamid.me i Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985; Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Animals Rules 1962, Animals (Importation) Order 1962; Akta Kastam 1967 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998; Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997; Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri; Akta Racun 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984; Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan; dan Akta Cap Dagangan 1976 ii (2) Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan dan barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak. iii 4. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam adalah melakukan suatu kesalahan. (2) Bagi maksud subperenggan (1), representasi atau perbuatan termasuklah penggunaan ayatayat suci Al-Quran atau apa-apa perkara atau objek yang berhubung dengan agama Islam sama ada di premis di mana makanan tersebut dijual atau di bekas di mana makanan tersebut dibekalkan. (3) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah subperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan yang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendak perenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu. iv (2) Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam melainkan jika (a) diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan (b) ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan (3) Walau apa pun subperenggan (1), semua makanan yang dibekalkan oleh orang bukan Islam sekiranya ingin diperihalkan dengan mana-mana ungkapan lain yang menunjukkan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam hendaklah (a) diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan (b) ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Pertama. v 5. (1) Semua makanan atau barang-barang import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan jika makanan dan barang-barang import itu mematuhi kehendak perenggan 4 atau diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

9 (2) Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan atau barang-barang yang diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebagaimana yang dirujuk dalam perenggan (1) hendaklah menandakan pada makanan atau barang-barang itu, nama badan pensijilan halal tersebut. vi 6. (1) Semua makanan dan barang-barang yang hendak ditandakan mengikut perenggan 4 dan 5 hendaklah ditandakan dengan menampalkan atau melampirkan logo yang dinyatakan dalam Jadual Pertama pada atau dengan apa-apa ungkapan lain mengecapkannya di atas atau menyatukannya dengan (a) makanan atau barang-barang itu sendiri; atau (b) apa-apa benda yang di dalamnya, di atasnya atau dengannya makanan atau barang-barang itu dibekalkan. (2) Semua perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang yang hendak ditandakan mengikut kehendak perenggan 4 dan 5 hendaklah ditandakan dengan apa-apa ungkapan yang boleh dianggap sebagai merujuk kepada perkhidmatan tersebut termasuk di premis perkhidmatan tersebut dibekalkan. vii 7. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu boleh memohon kepada Ketua Pengarah JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri masing-masing bagi mendapatkan perakuan halal. (2) Mana-mana permohonan bagi perakuan halal itu hendaklah mematuhi standard, prosedur dan pekeliling yang dikuatkuasakan oleh Ketua Pengarah JAKIM atau Majlis Agama Islam bagi Negeri- Negeri masing-masing. (3) Fi yang kena dibayar bagi permohonan perakuan halal adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peratutan-Peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 [P.U. (A) 432/2011].