Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah)

dokumen-dokumen yang mirip
PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

RISALAH KETERANGAN PRODUK

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Akaun Pelaburan Wafiyah

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

RISALAH KETERANGAN PRODUK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

SYNERGY CARDS SDN BHD

RISALAH KETERANGAN PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Akaun Pelaburan Waheed

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

PROSPEKTUS INDUK 1 Dana Siri Public Berlandaskan Syariah

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN ( WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS )

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Apakah kelebihan dan kadar faedah/ keuntungan bagi Smart Account / RHB Smart Account-i?

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

1. Apa produk ini berkenaan?

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Transkripsi:

30 Januari 2018 Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah) Public Mutual PRS Islamic Growth Fund (Public Mutual Dana PRS Tumbuh Islamik) (PRS-IGRF) Public Mutual PRS Islamic Moderate Fund (Public Mutual Dana PRS Sederhana Islamik) (PRS-IMDF) Public Mutual PRS Islamic Conservative Fund (Public Mutual Dana PRS Konservatif Islamik) (PRS-ICVF) PENYATAAN TANGGUNGJAWAB Helaian Penting Produk ini telah diteliti dan diluluskan oleh pengarah-pengarah atau jawatankuasa yang dibenarkan dan/atau sesiapa yang diluluskan oleh Lembaga Public Mutual Berhad dan mereka secara kolektif dan secara individu menerima tanggungjawab penuh untuk ketepatan maklumat tersebut. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, bahawa tidak ada kenyataan palsu atau mengelirukan, atau peninggalan fakta lain yang akan membuatkan sebarang pernyataan di dalam Helaian Penting Produk ini palsu atau mengelirukan. PENYATAAN PENAFIAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah meluluskan Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) dan memberi kebenaran ke atas PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF, dan satu salinan Helaian Penting Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kelulusan dan kebenaran, serta penyerah simpanan Helaian Penting Produk ini, tidak harus dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) atau PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF, atau bertanggungjawab ke atas ketepatan mana-mana pernyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ketakdedahan oleh pihak Public Mutual Berhad, yang bertanggungjawab bagi Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) dan PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF, dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak membuat representasi mengenai ketepatan atau kesempurnaan Helaian Penting Produk ini, dan dengan jelas menolak apa-apa liabiliti yang timbul daripada, atau bersandarkan kepada, keseluruhan atau mana-mana bahagian kandungannya. Helaian Penting Produk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Helaian Penting Produk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad. Helaian Penting Produk ini hanya memaparkan ciri-ciri utama dan risiko Public Mutual PRS Shariahbased Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) dan PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF. Pelabur dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami dokumen pendedahan sebelum membuat keputusan untuk melabur. MAKLUMAT RINGKAS Apakah Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah), PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF? Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) adalah skim persaraan swasta yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan simpanan jangka panjang* untuk persaraan. * Dana di bawah PRS bukan dana jaminan modal atau lindungan modal. 1

Apakah Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah), PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF? (samb ) Skim ini terdiri daripada dana-dana berikut: Dana Teras Dana Bukan-Teras Public Mutual PRS Islamic Growth Fund (Public Mutual Dana PRS Tumbuh Islamik) (PRS-IGRF) Public Mutual PRS Islamic Moderate Fund (Public Mutual Dana PRS Sederhana Islamik) (PRS-IMDF) Public Mutual PRS Islamic Conservative Fund (Public Mutual Dana PRS Konservatif Islamik) (PRS-ICVF) Public Mutual PRS Islamic Strategic Equity Fund (Public Mutual Dana PRS Ekuiti Strategik Islamik) (PRS-ISEQF) Pemegang amanah Skim ini adalah AmanahRaya Trustees Berhad. Penasihat Syariah untuk dana-dana ini adalah ZICO Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. Apakah yang saya melabur? PRS-IGRF Kategori Dana Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan CIRI-CIRI UTAMA PRODUK Teras (pertumbuhan) Dana bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan pendapatan pada tahap yang lebih rendah. Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh yang melebihi 5 tahun. PRS-IGRF bertujuan untuk mencapai matlamatnya dengan melabur dalam pelbagai portfolio ekuiti patuh Syariah dan sukuk di pasaran domestik dan pasaran asing terpilih. Dana akan melabur sehingga 70% daripada Nilai Aset Bersihnya (NAB) dalam ekuiti patuh Syariah. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana boleh melabur sehingga 70% daripada NABnya di pasaran asing. Alokasi Aset Ekuiti patuh Syariah Sehingga 70% daripada NAB dana Sukuk dan aset cair Islam Sekurang-kurangnya 30% daripada NAB dana Jika prospek bagi pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan ekuiti patuh Syariah boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing patuh Syariah Lokasi Aset Malaysia China Singapura Korea Selatan Thailand Taiwan Indonesia Hong Kong Filipina Penanda Aras Sehingga 70% daripada NAB dana Mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa berperaturan merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu International Organization of Securities Commissions (IOSCO). 35% Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, 35% indeks khusus oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 100 juzuk-juzuk tertinggi mengikut permodalan pasaran Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun and 30% kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMM) 3-Bulan. Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. Profil Ahli Bertoleransi terhadap risiko Mengutamakan pertumbuhan modal jangka panjang Mencapai persaraan sekurang-kurangnya dalam masa 15 tahun Berumur kurang daripada 40 jika mencarum di bawah pilihan tersedia 2

Apakah yang saya melabur? (samb ) PRS-IMDF Kategori Dana Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan Teras (Sederhana) Dana bertujuan untuk mencapai pendapatan dan pertumbuhan modal dalam jangka panjang melalui pendekatan peruntukan aset yang seimbang. Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh yang melebihi 5 tahun. PRS-IMDF bertujuan untuk mencapai matlamatnya dengan melabur dalam pelbagai portfolio ekuiti patuh Syariah dan sukuk di pasaran domestik dan pasaran asing terpilih. Dana akan melabur sehingga 60% daripada NABnya dalam ekuiti patuh Syariah. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Untuk meningkatkan pempelbagaian, dana mungkin melabur sehingga 60% daripada NABnya di pasaran asing. Alokasi Aset Ekuiti patuh Syariah Sehingga 60% daripada NAB dana Sukuk dan aset cair Islam Sekurang-kurangnya 40% daripada NAB dana Jika prospek bagi pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan ekuiti patuh Syariah boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing patuh Syariah Lokasi Aset Malaysia China Singapura Korea Selatan Thailand Taiwan Indonesia Hong Kong Filipina Penanda Aras Sehingga 60% daripada NAB dana Mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa berperaturan merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu IOSCO. 30% Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, 30% indeks khusus oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 100 juzuk-juzuk tertinggi mengikut permodalan pasaran Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun and 40% kadar IIMM 3-bulan. Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. Profil Ahli Toleransi sederhana terhadap risiko Mengutamakan pertumbuhan modal dan pendapatan* pada tahap yang lebih rendah Mencapai persaraan sekurang-kurangnya dalam masa 10 tahun Berumur di antara 40 hingga kurang daripada 50 jika mencarum di bawah pilihan tersedia PRS-ICVF Nota: * Agihan (sekiranya ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. Kategori Dana Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan Teras (Konservatif) Dana bertujuan untuk mencapai pendapatan yang konsisten dengan pemeliharaan modal. Nota: Dana ini bukan dana jaminan modal atau lindungan modal. PRS-ICVF bertujuan untuk mencapai matlamatnya dengan melabur dalam pelbagai portfolio sukuk, instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam serta ekuiti patuh Syariah, kesemuanya di pasaran domestik. Dana ini akan melabur 60% hingga 80% daripada NABnya dalam sukuk dan sekurang-kurangnya 20% daripada NABnya dalam instrumen pasaran wang Islam. Dana ini boleh melabur sehingga 20% daripada NABnya dalam ekuiti patuh Syariah. 3

Apakah yang saya melabur? (samb ) PRS-ICVF Alokasi Aset Sukuk 60% hingga 80% daripada NAB dana Lokasi Aset Penanda Aras Instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Ekuiti patuh Syariah 20% hingga 40% daripada NAB dana (dengan sekurang-kurangnya 20% daripada NAB dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam) Sehingga 20% daripada NAB dana Jika prospek bagi pasaran sukuk tidak menggalakkan, pendedahan sukuk boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing patuh Syariah Malaysia Tiada Kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12-Bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. Profil Ahli Secara amnya konservatif dan mengelak risiko Mengutamakan pendapatan* Berumur 50 dan ke atas jika mencarum di bawah pilihan tersedia Nota: * Agihan (sekiranya ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. Bagaimana Skim berfungsi? Anda boleh memilih untuk mencarum di bawah pilihan tersedia atau pilihan tidak-tersedia seperti yang dijelaskan di bawah: Caruman anda di bawah pilihan tersedia akan diperuntukkan secara automatik kepada dana teras yang sepadan dengan kumpulan umur seperti yang dinyatakan di bawah: Pilihan tersedia Dana Teras Kumpulan Umur* PRS-IGRF Umur di bawah 40 PRS-IMDF Umur di antara 40 hingga kurang daripada 50 PRS-ICVF Umur 50 dan ke atas * Kumpulan umur mungkin tertakluk pada perubahan yang mungkin ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa. Sekiranya anda membuat caruman pertama ke dalam Skim sebulan sebelum anda mencapai umur 40 atau 50, mengikut mana-mana yang berkenaan, caruman anda akan diperuntukkan kepada PRS-IMDF atau PRS-ICVF mengikut mana-mana yang berkenaan. Melainkan jika diarahkan sebaliknya, caruman anda akan ditukar secara automatik (tanpa caj) ke dalam dana teras yang bersesuaian, sebelum penghujung bulan kalendar seterusnya dari hari anda mencapai umur seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas. Anda secara aktif boleh memilih satu atau lebih dana tanpa mengira umur anda. Pilihan tidaktersedia Jika majikan membuat caruman bagi pihak pekerja sama ada tertakluk pada jadual perletakan hak atau sebaliknya: - Pemilihan dana di bawah Skim (termasuk hak untuk menukar kepada dana lain) hendaklah dibuat oleh pekerja. - Sekiranya pekerja tidak membuat pemilihan dana, pilihan tersedia diguna pakai. Unit terletak hak dikekalkan dalam dua sub akaun berasingan oleh Penyedia PRS seperti berikut: i. Sub-akaun A - terdiri daripada 70% daripada semua caruman yang dibuat, ditunjukkan dalam unit; dan ii. Sub-akaun B - terdiri daripada 30% daripada semua caruman yang dibuat, ditunjukkan dalam unit. 4

Membuka Akaun Caruman permulaan minimum Caruman secara sekaligus : RM1,000* Arahan Debit Terus (DDI) : RM100 Jika anda adalah pelanggan Public Mutual Online (PMO), anda boleh mendaftar pembukaan akaun PRS melalui PMO dan membuat caruman anda secara dalam talian. Sekiranya anda bukan pelanggan PMO dan ingin menjadi salah seorang daripadanya, hantar borang permohonan PMO di cawangan Public Mutual Berhad/Pusat Khidmat Pelanggan, cawangan Public Bank Berhad atau melalui Perunding PRS anda. Jika tidak, sila lengkapkan pendaftaran PRS untuk borang pembukaan akaun dan borang permohonan dana serta serahkan bersama-sama dengan jumlah caruman yang dibuat dalam bentuk cek kepada mana-mana cawangan Public Bank Berhad. Untuk sesiapa yang menjadi ahli Public Mutual Berhad buat pertama kali, anda juga perlu melengkapkan borang pelabur baharu. Membuat caruman tambahan secara berkala ke akaun anda Caruman tambahan minimum Caruman secara sekaligus : RM100* DDI : RM100 Caruman tambahan boleh dilaksanakan melalui PMO, kebenaran debit terus dengan bank atau dengan mendepositkan cek anda ke dalam akaun kutipan di Public Bank Berhad. * Jumlah yang lebih rendah boleh diterima jika caruman kepada dana dibuat melalui majikan. Jumlah minimum sebanyak RM100 akan diterima untuk pemindahan daripada penyedia PRS lain. Penyedia PRS boleh mengurangkan jumlah minimum caruman permulaan dan tambahan dari semasa ke semasa. Bagaimana Cara Anda Menulis Cek Cek untuk caruman anda hendaklah ditulis seperti berikut: Caruman Permulaan Caruman Tambahan Cek mestilah dibayar kepada: Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baharu Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baharu Sila tulis nama, nombor kad pengenalan baharu/nombor pasport dan nombor telefon anda di belakang cek. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI UNTUK CARUMAN PERUNDING PRS DAN KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD TIDAK DIBENARKAN MENERIMA CARUMAN DALAM BENTUK TUNAI DALAM APA JUA KEADAAN. Public Mutual Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung sekiranya anda memberi wang tunai kepada perunding PRS atau kakitangan kami. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING PRS ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. BNM/21/12-2016 ANDA DILARANG MENGELUARKAN CEK DI ATAS NAMA PERUNDING PRS ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. 5

Pengeluaran unit Unit minimum untuk pengeluaran: 1,000 unit. Pengeluaran semasa persaraan: Pengeluaran daripada dana boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya. Anda boleh membuat permohonan pengeluaran anda pada bila-bila Hari Urus Niaga dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pengeluaran ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil pengeluaran anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan anda diterima. Pengeluaran pra-persaraan: Pengeluaran pra-persaraan boleh dilaksanakan atas sebab-sebab berikut: i. Kematian ahli (pengeluaran boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya); ii. Ahli meninggalkan Malaysia selamanya (pengeluaran mesti dibuat sepenuhnya); iii. Hilang upaya menyeluruh secara kekal (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); iv. Penyakit yang serius (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); v. Ketidakupayaan mental (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); atau vi. Pengeluaran manfaat terakru daripada sub akaun B (pengeluaran boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya). Pengeluaran daripada sub-akaun B boleh dipohon (daripada satu atau berbilang dana di bawah Skim) sekali setiap tahun kalendar, dengan syarat tiada pengeluaran dibuat daripada Skim iaitu anda telah menjadi ahli Skim kurang dari setahun. Permohonan pengeluaran pra-persaraan yang pertama dari sub-akaun B boleh dibuat hanya satu tahun selepas caruman pertama anda kepada mana-mana dana di bawah Skim ini. Anda boleh membuat permohonan pengeluaran anda pada bila-bila Hari Urus Niaga dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pengeluaran ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil pengeluaran anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan anda diterima. Jika pengeluaran pra-persaraan adalah disebabkan kematian ahli, borang permohonan akan diserahkan kepada Private Pension Administrator (PPA). Setelah menerima kebenaran daripada PPA, permohonan itu akan diproses dan dibayar kepada penama, pemegang amanah, pelaksana atau pentadbir ahli yang telah meninggal dunia, dalam masa 10 hari. Penalti cukai sebanyak 8% akan ditolak daripada hasil pengeluaran pra-persaraan. Penalti cukai tidak dikenakan untuk pengeluaran pra-persaraan akibat kematian, ahli meninggalkan Malaysia selamanya, hilang upaya menyeluruh secara kekal, penyakit yang serius atau ketidakupayaan mental. Ahli yang memegang unit terletak hak secara bersyarat tidak dibenarkan memohon pengeluaran unit tersebut. Tukar ganti di antara dana dalam Skim ini dan dana di bawah Public Mutual PRS-Conventional Series (Public Mutual PRS -Siri Konvensional Unit minimum untuk tukar ganti: 1,000 unit. Tukar ganti di antara dana dalam Skim ini dan dana di bawah Public Mutual PRS-Conventional Series (Public Mutual PRS-Siri Konvensional) boleh dipohon melalui satu permohonan kepada Public Mutual Berhad, sekali setiap tahun kalendar. Permintaan tukar ganti yang pertama boleh dibuat hanya satu tahun selepas caruman pertama anda dalam mana-mana dana Public Mutual PRS. Anda boleh membuat permintaan tukar ganti melalui PMO atau dengan melengkapkan dan menyerahkan borang tukar ganti ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Tiada caj tukar ganti dikenakan jika anda menukar ganti daripada satu dana PRS ke dana PRS lain yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad. Sila bertanya mengenai tukar ganti sebelum anda menebus. Penyedia PRS mempunyai kuasa untuk mengubah terma dan syarat tukar ganti dari semasa ke semasa. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami untuk terma dan syarat terkini mengenai tukar ganti. Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain boleh dipohon (daripada satu atau berbilang dana di bawah Skim ini) sekali setiap tahun kalendar tertakluk pada: i. anda telah menjadi ahli di bawah Skim (sama ada melalui caruman ahli atau caruman majikan) sekurangkurangnya untuk satu tahun; dan ii. pemindahan manfaat terakru adalah (a) daripada satu atau lebih dana kepada satu atau lebih dana penyedia PRS lain pada kesetaraan satu sama satu; atau (b) daripada berbilang dana kepada satu dana. (Pemindahan manfaat terakru dari satu dana kepada berbilang dana penyedia PRS lain tidak dibenarkan) 6

Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain (samb ) Permohonan pemindahan pertama daripada mana-mana dana di bawah Skim ini boleh dibuat hanya satu tahun selepas caruman pertama anda dalam mana-mana dana di bawah Skim ini. Anda boleh membuat permohonan pemindahan dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pemindahan kepada Penyedia PRS penerima yang kemudiannya akan menyerahkan borang permohonan tersebut kepada PPA. Setelah menerima borang pemindahan yang lengkap daripada PPA, Penyedia PRS akan memproses dan menghantar hasil pemindahan bersih kepada penyedia PRS penerima dalam tempoh 5 Hari Urus Niaga. Ahli yang memegang unit terletak hak bersyarat tidak dibenarkan untuk memohon pemindahan unit tersebut kepada penyedia PRS yang lain. Baki minimum akaun (hanya untuk pasca persaraan sahaja) Baki minimum 1,000 unit mesti dikekalkan sepanjang masa untuk terus melabur dengan dana. Jika penebusan separa (melalui pengeluaran atau tukar ganti) unit mengakibatkan baki di dalam akaun dana anda kurang daripada 1,000 unit, Penyedia PRS boleh menebus keseluruhan akaun. Hak Bertenang Hanya untuk pencarum kali pertama PRS. Permohonan anda hendaklah dikemukakan kepada pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad dalam tempoh 6 Hari Urus Niaga dari tarikh Public Mutual Berhad menerima borang permohonan dan pembayaran. Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan oleh Public Mutual Berhad dan kebenaran oleh PPA. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang adalah jumlah harga unit pada hari unit dibeli dan caj jualan yang dikenakan (dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)) pada hari unit dibeli. Sebaik sahaja anda melaksanakan hak bertenang, tiada lagi hak bertenang untuk caruman berikutnya untuk PRS tersebut atau PRS lain. Kakitangan Penyedia PRS, orang yang didaftarkan untuk berurusniaga dalam PRS dan caruman yang dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja tidak berhak untuk hak bertenang. Nota: Hari Urus Niaga merujuk kepada setiap hari bekerja iaitu Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dibuka untuk urus niaga. Unit perletakan hak bermaksud unit yang memberi kelayakan kepada ahli ke atas unit tersebut. Unit perletakan hak bersyarat bermaksud unit yang memberi kelayakan kepada ahli terhadap unit tersebut yang tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan dalam jadual perletakan hak yang perlu dipenuhi. Jadual perletakan hak merujuk kepada jadual yang menentukan kelayakan manfaat terakru pekerja berdasarkan syarat perkhidmatan. Umur persaraan merujuk kepada umur 55 tahun atau mana-mana umur lain sebagaimana yang ditentukan di bawah mana-mana undangundang bertulis. Apakah manfaat mencarum dalam Skim ini? Pempelbagaian Caruman anda akan dikumpulkan untuk pembelian pelbagai portfolio saham patuh Syariah dan/atau sukuk yang akan menghasilkan pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding dengan pelaburan secara terus dalam pasaran saham dan/atau sukuk. Pengurusan Profesional Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dengan kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk mengurus aset dana. Kemudahan urus niaga Dana tidak memerlukan pentadbiran atau kertas kerja yang rumit atau penyimpanan rekod oleh anda untuk menguruskan pelaburan anda. Nikmati pelepasan cukai peribadi Anda dibenarkan menuntut pelepasan cukai ke atas jumlah caruman dalam dana tertakluk pada maksimum RM3,000 setahun (atau apa-apa jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa). Pendapatan dana dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia Oleh kerana pendapatan dana dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia, pendapatan* yang diagihkan daripada dana kepada anda adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia. * Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. Potongan cukai untuk majikan ke atas caruman yang dibuat Majikan yang membuat caruman kepada dana bagi pihak pekerja mereka dibenarkan membuat potongan cukai terhadap pendapatan perniagaan mereka untuk caruman yang dibuat. Potongan cukai yang dibenarkan, bersama-sama dengan caruman yang dibuat dalam skim lain yang diluluskan [seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)], terhad kepada 19% daripada gaji pekerja. 7

RISIKO UTAMA Apakah risiko utama yang berkaitan dengan dana ini? Risiko am Modal dan pulangan tidak dijamin Dana ini terdedah kepada pelbagai risiko mengikut jenis pelaburan yang terlibat. Oleh itu, dana tersebut tidak memberi jaminan ke atas modal yang dicarum dan tidak menjamin pulangan kadar tetap. Risiko inflasi Risiko inflasi merujuk kepada kerugian dalam kuasa membeli pulangan pelaburan anda disebabkan oleh peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara am. Jika pulangan daripada pelaburan anda tidak seiring dengan kadar inflasi, kadar pulangan sebenar daripada pelaburan ini akan terkesan. Risiko undang-undang dan peraturan Perubahan dalam undang-undang dan peraturan di negara-negara di mana dana dilaburkan boleh mempengaruhi pelaburan dana. Selain itu, terdapat juga risiko perubahan undang-undang/peraturan/garis panduan yang berkaitan dengan PRS yang boleh menjejaskan akaun anda atau akses kepada wang dalam akaun. Risiko yang berkaitan dengan pilihan tersedia Di bawah pilihan tersedia, caruman anda akan ditukar ganti secara automatik (tanpa mengira aliran pergerakan NAB) ke dalam dana teras yang berkaitan apabila mencapai usia yang ditetapkan. Pada titik tukar ganti, harga unit mungkin lebih rendah daripada harga yang anda bayar ketika anda mencarum ke dalam dana, dan disebabkan itu, anda akan mengalami kerugian. Risiko Khusus Dana PRS-IGRF PRS-IMDF PRS-ICVF Risiko pasaran Risiko pasaran merujuk kepada kemungkinan pelaburan akan kehilangan nilai akibat penurunan umum dalam pasaran kewangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi, politik dan/ atau lain-lain faktor yang akan menyebabkan penurunan dalam NAB dana. Risiko sekuriti tertentu Harga sesuatu sekuriti tertentu mungkin berubah sebagai tindak balas kepada keadaan yang memberi kesan kepada syarikat individu. Oleh itu, penggerakan harga yang negatif sesuatu sekuriti tertentu di mana dana melabur boleh menjejaskan NAB dan harga unit dana. Risiko mata wang Jika dana melabur dalam aset yang diukur dalam mata wang asing, dana mungkin akan terdedah kepada risiko turun naik mata wang. Jika nilai mata wang di mana pelaburan didenominasi menyusut berbanding dengan mata wang tempatan, NAB dana boleh terjejas begitu juga sebaliknya. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana ini boleh menggunakan strategi perlindungan nilai. Walau bagaimanapun, dana tidak akan mendapat manfaat daripada sebarang potensi peningkatan jika mata wang bergerak ke arah yang bertentangan dengan strategi lindung nilai. Risiko negara Dana dengan pelaburan asing mungkin terjejas oleh perubahan keadaan ekonomi dan politik, sekatan penghantaran balik mata wang atau perkembangan lain dalam undang-undang atau peraturan negara di mana dana melabur. Sebagai contoh, keadaan ekonomi sesebuah negara yang merosot boleh memudaratkan nilai pelaburan dana di negara-negara tersebut. Ini seterusnya boleh menyebabkan NAB dana atau harga unit jatuh. 8

Apakah risiko utama yang berkaitan dengan dana ini? (samb ) Risiko Khusus Dana (samb ) PRS-IGRF PRS-IMDF PRS-ICVF Risiko kecairan Risiko kecairan merujuk kepada kemudahan untuk mencairkan aset bergantung kepada jumlah aset yang diniagakan di pasaran. Jika dana memegang aset yang tidak cair atau yang sukar untuk dilupuskan, nilai dana akan menerima kesan negatif apabila aset tersebut terpaksa dijual pada harga yang kurang memuaskan. Risiko kadar faedah Risiko kadar faedah merujuk kepada kesan perubahan kadar faedah ke atas penilaian sukuk dan aset cair Islam. Apabila kadar faedah meningkat, harga sukuk pada umumnya akan merosot dan ini akan mengurangkan nilai pasaran pelaburan dana dalam sukuk. Keadaan bertentangan akan berlaku apabila kadar faedah jatuh. Pulangan pelaburan dana dalam aset cair lslam bergerak selaras dengan kadar faedah. Penurunan kadar faedah akan mengurangkan pulangan daripada pelaburan dana dalam aset cair Islam. Sebagai contoh, apabila kadar faedah jatuh, penempatan deposit Islam akan dilaburkan semula pada kadar faedah yang lebih rendah dan mengakibatkan pulangan yang lebih rendah kepada dana. Risiko kredit Risiko kredit berkaitan dengan kepercayaan kredit penerbit sukuk atau aset cair Islam yang bergantung kepada kemampuan penerbit untuk membuat pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sukuk atau aset cair Islam gagal membuat pembayaran keuntungan dan/ atau prinsipal, nilai dana mungkin akan terjejas. Risiko ketidakpatuhan terhadap keperluan Syariah Risiko ini merujuk kepada risiko kemungkinan ekuiti patuh Syariah yang sedang dipegang oleh dana dikategorikan semula sebagai tidak patuh Syariah semasa kajian semula secara berkala ke atas ekuiti yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Penasihat Syariah atau lembaga Syariah indeks Islam yang berkaitan. Jika ini berlaku, Penyedia PRS akan mengambil langkah yang perlu untuk melupuskan ekuiti tersebut. Mungkin terdapat kerugian melepas ke atas dana kerana dana tidak dibenarkan untuk menyimpan lebihan keuntungan modal yang diperoleh daripada pelupusan ekuiti tidak patuh Syariah tersebut. Nilai dana mungkin terjejas sekiranya pelupusan ekuiti tidak patuh Syariah dilaksanakan pada harga yang lebih rendah daripada kos pelaburan. Anda dinasihatkan untuk membaca dokumen pendedahan dan memahami risiko yang terlibat dan, jika perlu, berunding dengan penasihat profesional anda sebelum membuat caruman. 9

YURAN DAN CAJ Apakah yuran dan caj yang akan dikenakan oleh Public Mutual Berhad? Caj Caj jualan Caj penebusan Yuran pertukaran: i. antara dana dalam Skim ini ii. antara dana di bawah PRS lain yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad Yuran pemindahan (kepada penyedia PRS lain) % / RM PRS-IGRF PRS-IMDF PRS-ICVF Sehingga 3.0% daripada NAB seunit. Penyedia PRS boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan kriteria yang akan ditentukan dari semasa ke semasa. Tiada Tiada RM25 untuk setiap permohonan pemindahan. Apakah yuran yang akan dikenakan oleh PPA? Caj Yuran pembukaan akaun PPA Yuran tahunan PPA Yuran PPA untuk pengeluaran prapersaraan Yuran pemindahan PPA (kepada penyedia PRS lain) RM PRS-IGRF PRS-IMDF PRS-ICVF RM10 (bayaran sekali sahaja) RM8 setahun Yuran ini tidak perlu dibayar untuk tahun akaun itu dibuka dan tidak perlu dibayar untuk tahun yang tiada caruman dibuat. RM25 setiap transaksi (tidak dikenakan buat masa ini). RM25 setiap transaksi (tidak dikenakan buat masa ini). Anda dinasihatkan untuk merujuk laman web PPA, www.ppa.my untuk maklumat terkini mengenai yuran dan caj PPA. Apakah yuran berterusan yang dikenakan ke atas dana? Yuran Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Yuran pentadbiran PPA % / RM PRS-IGRF PRS-IMDF PRS-ICVF 1.50% setahun daripada NAB. 0.04% setahun daripada NAB, tertakluk pada yuran maksimum RM600,000 setahun. 0.04% setahun daripada NAB. 1.25% setahun daripada NAB. 0.04% setahun daripada NAB, tertakluk pada yuran maksimum RM600,000 setahun. 1.0% setahun daripada NAB. 0.04% setahun daripada NAB, tertakluk pada yuran maksimum RM300,000 setahun. Anda juga boleh membanding yuran dan caj PRS lain dengan melayari laman web PPA, www.ppa.my Nota: Semua yuran dan caj di atas adalah tertakluk pada GST yang perlu dibayar oleh anda. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dan anda dinasihatkan untuk mempertimbangkannya sebelum mencarum dalam Skim ini. 10

PRESTASI DANA PRS-IGRF Pulangan Tahunan Purata untuk tempoh berikut berakhir 31 Mac 2017 1-Tahun 3-Tahun Sejak Permulaan* PRS-IGRF (%) 5.66 4.60 5.33 Indeks penanda aras (%)** 2.84 0.56 3.50 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2014* 2015 2016 2017 PRS-IGRF (%) 7.96 6.76 0.90 5.66 Indeks penanda aras (%)** 13.14 1.03-2.13 2.84 Ulasan Prestasi Dana 1-Tahun PRS-IGRF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +5.66% untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding pulangan penanda aras sebanyak +2.84% pada tempoh yang sama. Nota: * Angka yang ditunjukkan adalah untuk tempoh sejak permulaan dana (16 Disember 2012). ** Penanda aras dana adalah indeks komposit 70% Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia dan 30% kadar IIMM 3-Bulan. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan purata tahunan dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun bawah kajian. Tarikh permulaan adalah hari terakhir tempoh tawaran awal. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2015 2016 2017 PTR (kali) 0.46 0.39 0.25 PTR dana berkurangan daripada 0.46 kali bagi tahun kewangan berakhir 2015 kepada 0.39 kali bagi tahun kewangan berakhir 2016 dan berkurangan lagi kepada 0.25 kali bagi tahun kewangan berakhir 2017 disebabkan oleh tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2015 2016 2017 Agihan kasar seunit (sen) 0.60 0.70 0.70 Agihan bersih seunit (sen) 0.60 0.70 0.70 Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. PRS-IMDF Pulangan Tahunan Purata untuk tempoh berikut berakhir 31 Mac 2017 1-Tahun 3-Tahun Sejak Permulaan* PRS-IMDF (%) 3.30 2.73 3.89 Indeks penanda aras (%)** 2.94 1.03 3.56 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2014* 2015 2016 2017 PRS-IMDF (%) 7.88 4.59 0.15 3.30 Indeks penanda aras (%)** 11.85 1.42-1.27 2.94 11

Ulasan Prestasi Dana 1-Tahun PRS-IMDF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +3.30% untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding pulangan penanda arasnya sebanyak +2.94% pada tempoh yang sama. Nota: * Angka yang ditunjukkan adalah untuk tempoh sejak permulaan dana (16 Disember 2012). ** Penanda aras dana adalah indeks komposit sebanyak 60% Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia dan 40% kadar IIMM 3-Bulan. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan Tahunan Purata dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun di bawah kajian. Tarikh permulaan adalah hari terakhir tempoh tawaran awal. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2015 2016 2017 PTR (kali) 0.33 0.34 0.18 PTR dana meningkat dari 0.33 kali untuk tahun kewangan berakhir 2015 kepada 0.34 kali bagi tahun kewangan berakhir 2016 disebabkan oleh tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. Untuk tahun kewangan berakhir 2017, PTR dana kemudiannya berkurangan kepada 0.18 kali disebabkan oleh tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2015 2016 2017 Agihan kasar seunit (sen) 0.50 0.60 0.80 Agihan bersih seunit (sen) 0.50 0.60 0.80 Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. PRS-ICVF Pulangan Tahunan Purata untuk tempoh berikut berakhir 31 Mac 2017 1-Tahun 3-Tahun Sejak Permulaan* PRS-ICVF (%) 3.13 3.38 3.10 GIA 12-Bulan (%)** 3.28 3.30 3.30 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2014* 2015 2016 2017 PRS-ICVF (%) 2.88 3.07 3.64 3.13 GIA 12-Bulan (%)** 3.84 3.01 3.30 3.28 Ulasan Prestasi Dana 1-Tahun PRS-ICVF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +3.13% bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding pulangan penanda arasnya sebanyak +3.28% pada tempoh yang sama. Nota: * Angka yang ditunjukkan adalah untuk tempoh sejak permulaan dana (16 Disember 2012). ** Penanda aras kadar GIA 12-Bulan dikira berdasarkan purata kadar akaun pelaburan 12-Bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan tahunan purata dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun di bawah kajian. Tarikh permulaan adalah hari terakhir tempoh tawaran awal. 12

Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2015 2016 2017 PTR (kali) 0.29 0.33 0.60 PTR dana meningkat daripada 0.29 kali bagi tahun kewangan berakhir 2015 kepada 0.33 kali bagi tahun kewangan berakhir 2016 dan meningkat lagi kepada 0.60 kali bagi tahun kewangan berakhir 2017 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2015 2016 2017 Agihan kasar seunit (sen) 0.40 0.50 1.00 Agihan bersih seunit (sen) 0.40 0.50 1.00 Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. PRESTASI DANA PADA MASA LALU TIDAK MENJADI PETUNJUK UNTUK PRESTASI MASA HADAPAN. MAKLUMAT TAMBAHAN Penilaian NAB dana dikira dan harga unit diterbitkan pada setiap hari urus niaga di www.publicmutual.com.my Apakah cukai yang dikenakan? PRS adalah skim yang diluluskan untuk tujuan cukai pendapatan Malaysia menurut Seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan Malaysia, 1967 ( Akta ). Pendapatan dana dikecualikan daripada cukai di bawah Perenggan 20, Jadual 6 Akta tersebut. Dana ini mungkin menerima dividen, faedah (atau keuntungan) dan pendapatan lain daripada pelaburan di luar Malaysia dan pendapatan tersebut mungkin tertakluk kepada cukai di negara di mana pendapatan itu diperoleh. Oleh kerana pendapatan dana dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia, pendapatan* yang diagihkan daripada dana kepada anda adalah juga dikecualikan daripada cukai pendapatan Malaysia. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. Ahli perseorangan yang tinggal di Malaysia dan telah membuat caruman dalam dana dibenarkan menuntut pelepasan cukai ke atas jumlah caruman yang dibuat dalam dana PRS, tertakluk pada jumlah maksimum RM3,000 setahun. Ahli yang membuat pengeluaran sebelum umur persaraan ( pengeluaran pra-persaraan ) daripada dana akan dikenakan penalti cukai sebanyak 8%. Penalti cukai yang dikenakan akan ditolak daripada jumlah yang dikeluarkan sebelum pembayaran dibuat kepada anda. Pengeluaran yang dibuat selepas mencapai umur persaraan, kematian, ahli yang meninggalkan Malaysia selamanya, hilang upaya keseluruhan kekal, penyakit yang serius atau ketidakupayaan mental, tidak akan dikenakan cukai. Majikan yang membuat caruman kepada dana di bawah PRS bagi pihak pekerja, pemastautin atau bukan pemastautin di Malaysia, dibenarkan menuntut potongan cukai terhadap pendapatan perniagaan mereka untuk caruman yang dibuat. Potongan cukai yang dibenarkan adalah, bersama-sama dengan caruman yang dibuat kepada skim lain yang diluluskan (seperti KWSP), terhad kepada 19% gaji pekerja. MAKLUMAT HUBUNGAN Siapa yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut tentang dana? Untuk maklumat mengenai dana, anda boleh berunding/menghubungi: Perunding PRS atau wakil korporat Public Bank Berhad yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM); Talian Khidmat Pelanggan Public Mutual Berhad di 03-6207 5000; atau E-mel kami di customer@publicmutual.com.my 13

Siapa yang perlu saya hubungi untuk membuat aduan? 1. Untuk penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-6207 5000. 2. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda ke Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC): (a) melalui telefon kepada : 03-2282 2280 (b) melalui faks kepada : 03-2282 3855 (c) melalui e-mel kepada : info@sidrec.com.my (d) melalui surat kepada : Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC) Unit A-9-1, Level 9, Tower A Menara UOA Bangsar No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur 3. Anda juga boleh membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Pejabat Pengguna & Pelabur SC: (a) melalui telefon kepada Aduan Hotline : 03-6204 8999 (b) melalui faks kepada : 03-6204 8991 (c) melalui e-mel kepada : aduan@seccom.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang terdapat di www.sc.com.my (e) melalui surat kepada : Pejabat Pengguna & Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur 4. Biro Pengaduan FIMM: (a) melalui telefon kepada : 03-2092 3800 (b) melalui faks kepada : 03-2093 2700 (c) melalui e-mel kepada : complaints@fimm.com.my (d) melalui borang aduan online yang terdapat di www.fimm.com.my (e) melalui surat kepada : Legal, Secretarial & Regulatory Affairs Federation of Investment Managers Malaysia 19-06-01, 6 th Floor Wisma Tune No.19 Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur PHS ini akan dikemaskini pada 30 Jun 2018. Anda boleh merujuk laman web kami di www.publicmutual.com.my untuk PHS yang dikemaskini. 14