6. Perihal Perkhidmatan Laman ini adalah satu platform pengguna atas talian yang boleh digunakan secara percuma untuk mendapat pembiayaan peribadi.

dokumen-dokumen yang mirip
Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik TIDAK TERIMA dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:

1.5 Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ;

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

TERMA DAN SYARAT. Bahagian A: Peraturan Umum. 1. Pengenalan

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Terma Penggunaan I. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAMI SILA BERSABAR DENGAN KAMI

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERMA & SYARAT PERADUAN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

5) Dasar Pembatalan Perkakasan 6) Lesen, Hakcipta & Kerahsiaan

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT. Perjanjian Keahlian

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Polisi Privasi. Pengenalan

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

SELFIE & HASHTAG #COMFORTHIJABI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Peraduan Kata Buddyz Terma & Syarat

Terma & Syarat. 1 Penganjuran & Kelayakan. 2 Tempoh Peraduan. 3 Kriteria Kelayakan

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Fasal-fasal yang dipinda

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Transkripsi:

TERMA-TERMA PENGGUNAAN AM KEMASKINI TERAKHIR: 18 APRIL 2017 1. Perihal Umum Laman web Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad ini dimiliki dan dikendali oleh Mezzanine Enterprise Sdn Bhd. dan Kumpulan Syarikatnya ( Kumpulan MESB dan/atau Kami ). 2. Penggunaan dan pengaksesan Laman ini oleh anda tertakluk kepada Terma-Terma Penggunaan ini. Dengan menggunakan Laman ini, anda menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Terma-Terma Penggunaan ini. Terma-Terma Penggunaan ini dan semua terma tambahan, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa, merupakan satu perjanjian undang-undang di antara anda dan Kumpulan MESB. 3. Kami mungkin membuat perubahan kepada Terma-Terma Pengunaan ini dari semasa ke semasa. Anda boleh menentukan bila kami membuat perubahan terakhir kepada Terma- Terma Penggunaan ini dengan merujuk kepada kenyataan KEMASKINI TERAKHIR seperti yang disiarkan di laman web kami. Penggunaan Laman ini oleh anda selepas perubahan sedemikian kepada Terma-Terma Penggunaan ini akan membentuk penerimaan anda kepada, dan perjanjian anda untuk diikat oleh, perubahan tersebut. Seandainya anda tidak bersetuju dengan Terma-Terma Penggunaan ini, anda harus mengelak daripada menggunakan Laman ini. 4. Dengan menggunakan Laman ini, anda mewakilkan dan menjamin bahawa anda bercukup umur untuk membentuk kontrak yang mengikat (18 tahun ke atas). Anda bertanggungjawab terhadap semua pengaksesan ke Laman ini. 5. Kami menyimpan hak untuk mengehad akses anda kepada Laman ini atau sebahagian daripadanya. Akses kepada kawasan-kawasan larangan Laman ini mungkin tertakluk kepada pendaftaran dan syarat-syarat lain. Seandainya kami memberikan anda kebenaran untuk mengakses mana-mana kawasan larangan, kami boleh menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa (termasuk di mana anda melanggar mana-mana Terma-Terma Penggunaan ini). Kami juga boleh, dalam budi bicara tunggal kami, menolak untuk menawarkan Laman ini kepada sesiapa atau sebarang entiti dan menukar produk-produk yang ditawarkan pada bila-bila masa. 6. Perihal Perkhidmatan Laman ini adalah satu platform pengguna atas talian yang boleh digunakan secara percuma untuk mendapat pembiayaan peribadi. 7. Pemilikan dan Hak-Hak Di mana Laman ini mengandungi sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang imej, video, komen, catatan, maklumat, data, teks, perisian, skrip, grafik, dan ciri interaktif yang dihasilkan dan/atau disediakan dan/atau diberikan oleh Kumpulan MESB (tidak termasuk sebarang serahan oleh anda) ( Kandungan ), Kandungan sedemikian MESB_TOU 02/17 Mukasurat 1/ 9

dilindungi oleh hak cipta, cap dagangan, cap perkhidmatan, paten, rahsia perniagaan, atau hak dan undang-undang proprietari lain, yang mana terpakai dan dimiliki atau dikawal oleh Kumpulan MESB (dan/atau pemberi-pemberi lesennya) melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Anda mesti mematuhi dan mengekalkan semua notis hak cipta, maklumat, dan sekatan yang terkandung dalam sebarang Kandungan yang diakses melalui atau di Laman ini. Anda tidak boleh mencetak atau selainnya membuat salinan sebarang Kandungan sedemikian tanpa kebenaran nyata kami terlebih dahulu. Selanjutnya, sebarang penggunaan apa-apa Kandungan tanpa kebenaran mungkin mencabuli hak cipta, cap dagangan, dan undang-undang dan hak harta intelek lain Kumpulan MESB, pemberipemberi lesen Kumpulan MESB, dan/atau pihak-pihak ketiga. 8. Notis Privasi Semasa anda mengguna Laman ini, kami boleh mengumpul dan mengguna maklumat mengenai anda ( data peribadi ) menurut Notis Privasi kami yang terdapat di sini. Kandungan-Kandungan 9. Penggunaan Peribadi Kebenaran anda untuk mengguna Laman ini adalah peribadi kepada anda dan tidak boleh dipindah milik, dan anda tidak boleh menggunakan Laman ini untuk tujuan-tujuan komersial. Anda bersetuju untuk tidak mengeluarkan semula, membuat salinan, menyalin, menjual, mendagangkan, menjual semula, atau selainnya mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersial, mana-mana bahagian Laman ini kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata dalam Terma-Terma Penggunaan ini atau yang dibenarkan secara khusus dalam satu perjanjian bertulis berasingan. Penggunaan Laman ini serta semua produk dan perkhidmatan berkaitan oleh anda adalah tertakluk kepada syarat anda mematuhi Terma- Terma Penggunaan ini dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan: 9.1. mengguna Laman ini untuk sebarang tujuan penipuan atau yang meyalahi undang-undang; 9.2. mengguna Laman ini untuk memfitnah, menyalahgunakan, mengganggu, menghendap, mengancam, atau melanggar hak-hak orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak privasi, hak publisiti, atau hak harta intelek orang lain; 9.3. menyamar sebagai sesiapa atau sebarang entiti, menyatakan secara salah, atau selainnya menyalahgambarkan hubungan anda dengan sesiapa atau sebarang entiti berkaitan dengan Laman ini, atau secara nyata atau tersirat bahawa kami mengesahkan sebarang pernyataan yang anda membuat; 9.4. mengganggu dengan atau menggendalakan pengoperasian Laman ini atau perkhidmatan-perkhidmatan atau rangkaian-rangkaian yang digunakan untuk menyediakan Laman ini; atau melanggarkan sebarang keperluan, prosedur, polisi, atau peraturan rangkaian-rangkaian sedemikian; MESB_TOU 02/17 Mukasurat 2/ 9

9.5. menyampaikan atau selainnya menyediakan berkaitan dengan Laman ini sebarang virus, cecacing, atau kod komputer lain yang berbahaya atau invasif atau mungkin bertujuan atau bertujuan untuk merosakan pengoperasian, atau untuk mengawasi penggunaan, sebarang perkakasan, perisian, atau pelengkapan; 9.6. mengeluarkan semula, membuat salinan, menyalin, menjual, menjual semula, atau selainnya mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersial, mana-mana bahagian, kegunaan, atau akses kepada Laman ini; 9.7. mengubahsuai, menyesuaikan, melakukan kejuruteraan undur, menyahsusun, atau menyahhimpun mana-mana bahagian Laman ini; 9.8. menghapuskan sebarang hak cipta, cap dagangan, atau notis hak proprietari lain daripada Laman ini atau bahan-bahan yang berasal daripada Laman ini; 9.9. membentuk atau mencermin mana-mana bahagian Laman ini tanpa kebenaran nyata bertulis kami terlebih dahulu; 9.10. mencipta atau cuba untuk mencipta pangkalan data dengan memuat turun secara sistematik dan menyimpan kandungan Laman; 9.11. mengguna sebarang peranti manual atau automatik dalam apa jua cara untuk mengumpul kandungan Laman atau mengeluarkan semula atau memintasi struktur pelayaran atau peragaan Laman ini tanpa kebenaran bertulis kami secara nyata terlebih dahulu. Kami menyimpan hak untuk membatalkan pengecualianpengecualian ini sama ada secara umum atau dalam keadaan tertentu; 9.12. mencipta pautan-pautan yang tidak adil dan yang menyalahi undang-undang dan/atau memperaga dalam cara yang mengelirukan atau boleh menimbulkan sebarang jenis perhubungan, kelulusan, atau sokongan daripada kami yang tidak wujud; 9.13 melangkau sebarang langkah yang kami mungkin mengguna untuk menghalang atau mengehad akses ke Laman ini (atau akaun-akaun, sistem-sistem komputer, atau rangkaian-rangkaian lain yang bersambung dengan Laman ini); 9.14 memperoleh atau mengumpul sebarang maklumat atau kandungan daripada Laman ini; dan 9.15 memudahkan atau menggalakkan pelanggaran atau selainnya mengambil sebarang tindakan yang melanggar Terma-Terma Penggunaan ini atau Notis Privasi tersebut. MESB_TOU 02/17 Mukasurat 3/ 9

10. Kandungan Pengguna Sesetengah ciri di Laman ini membolehkan anda untuk memuat naik dan/atau menyerah kandungan ( Kandungan Pengguna ). Melainkan untuk data peribadi yang akan dikawal menurut Notis Privasi kami yang terdapat di sini, kami berhak mengguna sebarang Kandungan Pengguna untuk sebarang tujuan komersial atau tujuan lain tanpa pampasan kepada anda, yang kami akan menentukan dalam budi bicara tunggal kami. Dengan memuat naik dan/atau menyerah sebarang Kandungan Pengguna, anda mewakilkan dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak, hak milik, dan kepentingan kepada Kandungan Pengguna sedemikian, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kebenaran dan pemberikuasaan daripada mana-mana pihak ketiga yang diperlukan untuk anda memuat naik atau menyerah Kandungan Pengguna sedemikian. Dengan memuat naik atau menyerahkan Kandungan Pengguna tersebut, anda bersetuju selanjutnya untuk memberi kami satu lesen yang tidak eksklusif, bebas royalti, abadi, sedunia, boleh dipindah milik dan boleh disublesenkan untuk mengguna, hos, menyimpan, mengeluarkan semula, mengubah suai, mencipta karya-karya terbitan daripadanya, menyampai, menerbit, menjalankan secara awam, mempamerkan secara awam, dan mengedarkan Kandungan Pengguna sedemikian. Selanjutnya, Kandungan Pengguna tersebut yang dimuat naik dan/atau diserah tidak boleh: 10.1. melanggar atau mencabuli sebarang hak harta intelek, hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad, sebarang hak privasi, hak publisiti, hak cipta, sebarang hak proprietari atau selainnya merupakan pelanggaran sebarang perjanjian dengan sesiapa atau sebarang entiti; 10.2. memfitnah, memfitnah secara bertulis, mengancam secara menyalahi undangundang, mengganggu, atau selainnya mengandungi isi-isi yang tidak menyenangkan; 10.3. bersifat menjelikkan, lucah, atau tidak senonoh; 10.4. tidak berkaitan dengan tujuan-tujuan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Laman ini; dan/atau 10.5. selainnya melanggar sebarang undang-undang, statut, atau peraturan. Kandungan yang dipaparkan oleh pengguna-pengguna tidak semestinya dipraperiksa atau disemak oleh kami untuk kesesuaian, kebolehpercayaan, dan/atau pematuhan dengan sebarang undang-undang, dan kami tidak pada bila-bila masa menanggung tanggungjawab sebegitu. Oleh itu, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, secara nyata atau tersirat, mengenai kandungan yang dimuat naik atau diserah oleh pengguna-pengguna. Walau apa pun, tanpa menanggung sebarang kewajipan untuk berbuat demikian, kami mungkin, dengan atau tanpa notis dan tanpa tanggungjawab, menghapuskan sebarang MESB_TOU 02/17 Mukasurat 4/ 9

kandungan (termasuk Kandungan tersebut atau Kandungan Pengguna), menggantungkan atau menghapuskan sebarang akaun yang dalam pendapat tunggal kami melanggar sebarang Terma-Terma Penggunaan. Seandainya anda menyedari sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami oleh pengguna-pengguna lain, sila hubungi kami dengan menghantar satu e-mel kepada pertanyaan@yyp.com.my 11. Pemautan Laman ini mungkin menyediakan pautan-pautan kepada laman-laman web dan sumbersumber dalam talian lain. Kami tidak bertanggungjawab untuk dan tidak mengesah lamanlaman atau sumber-sumber luar sedemikian. Penggunaan laman-laman web dan sumbersumber pihak ketiga oleh anda adalah pada risiko anda sendiri. Terma-terma penggunaan dan polisi-polisi privasi terpakai terhadap laman-laman sedemikian mungkin berbeza daripada terma-terma penggunaan dan polisi-polisi privasi yang terpakai terhadap Laman kami. 12. Penamatan Kami boleh mengubahkan, menggantungkan, atau menamatkan mana-mana aspek Laman kami pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang alasan, termasuk kebolehsediaan sebarang ciri, aplikasi, pangkalan data, atau kandungan. Kami juga boleh mengenakan hadhad terhadap ciri-ciri, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dan/atau mengehadkan akses anda kepada Laman ini atau sebahagiannya tanpa sebarang notis atau tanggungjawab dalam apa jua bentuk. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga selepas sebarang perubahan, penggantungan, atau penamatan sedemikian berkenaan mana-mana aspek Laman ini. Kami boleh menamatkan, tanpa menanggung sebarang tanggungjawab terhadap anda, Terma-Terma Penggunaan ini dengan segera tanpa notis jika, dalam pendapat tunggal kami, anda telah melanggar atau mencabuli maksud tersirat dalam Terma-Terma Penggunaan ini atau selainnya mewujudkan risiko atau kemungkinan pendedahan di sisi undang-undang kepada kami. Anda tidak boleh mengakses Laman ini setelah penamatan perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis kami. Dalam semua kes sedemikian, Terma-Terma Penggunaan ini akan ditamatkan tetapi mana-mana seksyen Terma-Terma Penggunaan ini yang bertujuan dan diperlukan untuk terus wujud meskipun penghabisan tempoh atau penamatan Terma-Terma Penggunaan ini untuk mencapai tujuannya, akan terus wujud tanpa pembatasan. Anda boleh membatalkan atau menamatkan permohonan pinjaman anda pada bila-bila dengan menghubungi kami: YAYASAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU PERLIS BERHAD Head of Customer Service 2782-B, Jalan Changkat Permata Taman Permata 53300 Kuala Lumpur MESB_TOU 02/17 Mukasurat 5/ 9

Tel: + (60)3 4047 0988 Email: pertanyaan@yyp.com.my 13. Representasi Pengguna, Jaminan dan Tanggung Rugi Anda bertanggunggjawab sepenuhnya untuk sebarang Kandungan Pengguna yang dimuat naik atau diserah kepada Laman ini dan/atau cara yang anda menggunakan Laman ini. Kami tidak mengesah dan tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan yang diserahkan oleh pengguna-pengguna. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang penggunaan daripada akaun berdaftar atau katalaluan anda akan dianggap sebagai penggunaan dan dengan itu, penerbitan atau penerbitan semula oleh anda. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, membela, dan memegang lepas ( hold harmless ) kami dan syarikat-syarikat induk/pemegangan kami, syarikat-syarikat berkaitan, syarikatsyarikat bersekutu, anggota-anggota gabungan, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, ejenejen, dan mana-mana pembekal maklumat pihak ketiga kami daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ganti rugi kecil, kerosakan berbangkit, ganti rugi teladan dan ganti rugi secara tidak langsung yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga, sama ada sebenar atau mengata yang ditimbul berkaitan dengan yang berikut: (i) penggunaan, penyalahgunaan, ketidakupayaan untuk mengguna, dan/atau pengaksesan Laman ini oleh anda; (i) (ii) (iv) (v) (vi) penggunaan sebarang Kandungan Pengguna oleh kami dan/atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kandungan Pengguna yang dimuat naik atau diserahkan oleh anda di Laman ini; sebarang penipuan, salah laku sengaja, kecuaian melampau, atau sebarang pelanggaran mana-mana terma dan syarat di bawah Terma-Terma Penggunaan ini di pihak anda; sebarang tuntutan untuk kewajipan-kewajipan cukai kerajaan (termasuk sebarang penalti, faedah, atau lain-lain penambahan kepada cukai); sebarang kandungan atau maklumat yang anda sediakan di Laman ini; sebarang pelanggaran, pelesapan, atau lain-lain pelanggaran sebarang paten, cap dangangan, hak cipta, publisiti, privasi, rahsia perniagaan, atau lain-lain hak manamana pihak ketiga oleh anda, Kandungan Pengguna tersebut atau penggunaannya. 14. Penafian Jaminan dan Pembatasan Liabiliti MESB_TOU 02/17 Mukasurat 6/ 9

Kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk terhadap ketepatan, kekinian, prestasi, kelengkapan, atau kesesuaian maklumat, kandungan (termasuk Kandungan tersebut), dan bahan-bahan yang terdapat atau ditawar di Laman ini untuk sebarang tujuan tertentu, dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami menafikan semua representasi atau jaminan, secara nyata atau menandakan. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan sebarang produk, perkhidmatan, atau maklumat yang terdapat melalui Laman ini memenuhi keperluan khusus anda. Kami akan mengguna usaha-usaha yang munasabah untuk memastikan Laman ini adalah tersedia ada pada setiap masa. Namun begitu, kami tidak boleh menjamin bahawa Laman ini atau sebarang fungsi, perkhidmatan, atau ciri individu Laman ini akan sentiasa tersedia ada. Khususnya, Laman ini mungkin tidak akan tersedia ada semasa tempoh-tempoh kami melaksanakan atau menjalankan penyelenggaraan penting di Laman ini. Ketidaksediaan Laman ini atau kandungan tertentu di Laman ini mungkin disebabkan oleh pengubahsuaian dan penamatan sementara atau kekal, yang kami menyimpan hak untuk berbuat demikian, dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak akan menanggung tanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang ketidaksediaan, pengubahsuaian, atau penamatan sebarang kandungan. Kami tidak menjamin bahawa fungsi-fungsi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dan yang terkandung di Laman ini tidak akan terganggu atau tanpa kesilapan, bahawa kerosakan akan dibetulkan, atau bahawa Laman ini adalah bebas daripada virusvirus atau komponen-komponen lain yang berbahaya. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak menerima liabiliti untuk sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk (termasuk tetapi tidak terhad kerugian sampingan, kerugian lanjutan, kehilangan data atau program-program, kehilangan keuntungan atau nama baik, gangguan perniagaan, kehilangan simpanan, atau sebarang ganti rugi langsung, sampingan, khas, teladan, atau punitif) yang dialami atau ditanggung oleh anda atau sesiapa atau sebarang entiti lain, walau macam mana pun ditimbulkan sama ada daripada kontrak, tort, kecuaian, atau selainnya, walaupun jika kami telah dinasihatkan kemungkinan ganti rugi sedemikian, berkaitan dengan atau akibat daripada: (i) (ii) (iii) Laman ini, sebarang Kandungan, dan/atau sebarang laman atau sumber yang terpaut atau dirujukkan atau diakses melalui Laman ini dan penggunaan, pengaksesan, pengoperasian, dan/atau pergantungan anda di atau kepada Laman ini, sebarang Kandungan dan/atau sebarang laman atau sumber terpaut atau yang dirujukkan atau yang diakseskan melalui Laman ini; sebarang penggunaan, pemuat turunan, atau pengaksesan kepada sebarang bahan, maklumat, produk, atau perkhidmatan di Laman ini; sebarang pengaksesan atau pemindaan tanpa kebenaran kepada Kandungan Pengguna atau maklumat yang diserah melalui Laman ini; MESB_TOU 02/17 Mukasurat 7/ 9

(iv) (v) (vi) (vii) ketidakmampuan untuk mengguna Laman ini atau sebarang bahan atau Kandungan di Laman ini atau sebarang kelengahan atau gangguan di Laman ini; sebarang laman web pihak ketiga terpaut ke Laman ini termasuk maklumat dan kandungan dalamnya serta penggunaan, pengaksesan, atau pengoperasiannya; pengemukaaan kod-kod hasad atau komponen-komponen berbahaya lain yang timbul daripada penggunaan, pengaksesan, atau pengoperasian Laman ini atau sebarang laman pihak ketiga yang terpaut ke Laman ini; glic-glic, pepijat-pepijat, kesilapan-kesilapan, atau apa-apa ketidaktepatan dalam apa jua bentuk di dalam Laman ini; (viii) kerosakan terhadap peranti perkakasan anda daripada penggunaan Laman ini; (ix) (x) (xi) (xii) kandungan, tindakan-tindakan, atau ketiadaan tindakan pihak-pihak ketiga; suatu penggantungan atau tindakan lain yang diambil berkenaan dengan akaun anda; keperluan anda untuk mengubah suai amalan-amalan, kandungan, atau tingkah laku atau kehilangan atau ketidakmampuan anda untuk menjalankan perniagaan, akibat daripada perubahan-perubahan Terma-Terma Penggunaan ini atau polisi-polisi kami; sebarang bimbingan yang diberikan oleh kami; atau (xiii) sebarang perkara lain yang berkaitan dengan Laman ini. Pengeculian-pengecualian liabiliti di atas terpakai dalam semua kausa tindakan, sama ada berdasarkan kontrak, tort, atau selainnya. Tanpa mengehadkan peruntukan-peruntukan lain di Fasal 16 ini, sekiranya kami ditentukan menanggung tanggungjawab terhadap anda untuk apa jua sebab, jumlah liabiliti kami terhadap anda untuk kesemua kerugian, ganti rugi, dan kausa tindakan (dalam kontrak, tort, termasuk tetepi tidak terhad kepada, kecuaian, liabiliti keluaran, dan liabiliti ketat, atau selainnya) tidak akan melebihi RM5,000.00. 15. Keberterusan Fasal-Fasal Hak-hak dan kewajipan-kewajipan pihak-pihak yang terakru atau yang akan diakru akan terus wujud meskipun sebarang penggantungan atau penamatan Laman ini dan/atau Terma-Terma Penggunaan ini setakat mana keberterusan akan ditafsirkan daripada fasalfasal berkaitan dalam konteks penamatan sedemikian. Khususnya, Fasal-Fasal 7, dan 12-17 akan terus wujud meskipun sebarang penggantungan atau penamatan Laman ini dan/atau Terma-Terma Penggunaan ini untuk apa jua sebab. MESB_TOU 02/17 Mukasurat 8/ 9

16. Kebolehasingan Seandainya mana-mana terma dalam Terma-Terma Penggunaan ini adalah atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa cara di bawah undang-undang terpakai, kesahan, kesahihan, dan kebolehkuatkuasaan termaterma lain tidak akan dijejaskan atau diganggu dalam apa jua cara. 17. Penepian Kegagalan atau kelengahan kami untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak dalam Terma-Terma Penggunaan tersebut tidak akan dianggap sebagai suatu penepian. 18. Penyerahan Dilarangkan Terma-Terma Penggunaan ini tidak boleh diserahkan, dipindahkan, atau disublesenkan oleh anda tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Kesemua hak dan kewajipan kami di bawah Terma-Terma Penggunaan ini adalah bebas diserahkan oleh kami berhubungan dengan mana-mana penggabungan, pemerolehan, atau penjualan aset, atau melalui penguatkuasaan undang-undang atau selainnya. 19. Undang-Undang yang Menguasai dan Keseluruhan Perjanjian Setiap pihak mengesahkan bahawa Terma-Terma Penggunaan ini merupakan keseluruhan persefahaman, dan membentuk keseluruhan perjanjian, berhubungan dengan isinya dan menggantikan sebarang perjanjian terdahulu, sama ada secara lisan atau bertulis, dan semua komunikasi lain antara pihak-pihak berkenaan dengannya dan, tanpa prasangka terhadap perkara-perkara umum terdahulu, tidak termasuk sebarang jaminan, syarat, atau akujanji lain yang tersirat melalui undang-undang, kelaziman, penggunaan, atau perjalanan urusan. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Terma-Terma Penggunaan ini, versi Bahasa Inggeris akan berkuatkuasa dan terpakai. Terma-Terma Penggunaan ini akan dikuasai oleh dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia dan pihak-pihak, secara kekal dan tidak dapat membatalkan lagi, menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia dan kami boleh memohon relif injunksi atau relif lain yang sewajarnya di mana-mana mahkamah di Malaysia. MESB_TOU 02/17 Mukasurat 9/ 9