Pernyataan masalah. Katakunci : SPI, Institusi Kekeluargaan Islam

dokumen-dokumen yang mirip
Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

Katakunci : persepsi wanita Islam, penggunaan wanita dalam iklan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

KANDUNGAN 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUKPERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Katakunci : faktor, tuisyen Bahasa Inggeris

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Katakunci : faktor, pemilihan kerjaya perguruan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universisti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Ajaran Sesat Di Malaysia

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : mata pelajaran vokasional

CABARAN IBU TUNGGAL BEKERJAYA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

Katakunci : aplikasi kerja amali, elemen ekinomi rumah tangga, kehidupan seharian

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS) UNIVERSITI MALAYA

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

Transkripsi:

Persepsi Pelajar Tahun Tiga Dan Empat SPI, UTM Terhadap Institusi Kekeluargaan Islam Othman Napiah & Nurulfitri Asmawi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi dan tahap pengetahuan pelajar-pelajar terhadap institusi kekeluargaan Islam. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah ciriciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga Islam dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap ahli keluarga. Kajian ini melibatkan responden seramai 88 orang dan semua responden terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 SPI di UTM. Analisis deskriptif dilakukan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan data kajian dan pemprosesan data yang diperolehi adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for windows. Hasil kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan nilai-cronbach s Alpha 0.921. Dapatan min sebanyak 4.62 menunjukkan bahawa responden mengetahui perkara-perkara yang menjadi asas dalam pembinaan keluarga Islam, ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga Islam dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan responden telah memberikan maklum balas yang positif terhadap aspek yang telah dikaji. Pada akhir kajian, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan secara umum untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk pengkajian pada masa akan datang. Katakunci : SPI, Institusi Kekeluargaan Islam Pengenalan Pembinaan masyarakat Islam madani bermula dengan pembinaan sebuah institusi kekeluargaan yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah iaitu dengan satu ikatan perkahwinan di antara dua insan. Menurut Rumaya Juhari dan Rojanah Kahar, di dalam artikel yang bertajuk Keluarga : Pembentukan, Struktur dan Fungsi, asas pembentukan keluarga dalam kebanyakan budaya di dunia ini adalah perkahwinan. Institusi kekeluargaan Islam merupakan sistem kekeluargaan Rabbani bagi manusia. Sistem ini sesuai dengan fitrah, ciri-ciri dan keperluan manusia dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini bermakna, institusi kekeluargaan dalam Islam itu terbit daripada fitrah manusia itu sendiri yang memerlukan mereka hidup secara berpasangan. Dasar ini meliputi seluruh makhluk yang hidup dan bernyawa. Kebahagiaan dan kedamaian pasti amat diimpikan oleh setiap pasangan yang menempuh alam rumahtangga. Ini kerana ia merupakan satu percaturan kehidupan yang akan ditempuhi bersama sepanjang hidup mereka. Maka sudah pasti segala bentuk usaha akan diberikan bagi mencapai sebuah keluarga yang bahagia, aman dan harmoni. Di dalam konteks kemanusiaan yang lebih besar, keluarga yang merupakan unit asas masyarakat sudah tentu memainkan peranan yang penting di dalam membentuk acuan masyarakat. Maka pembinaan masyarakat yang baik bermula daripada pembinaan asas unit-unit keluarga yang baik. Begitu juga sebaliknya, kegagalan institusi keluarga dalam membentuk akhlak dan kualiti yang baik akan memberikan kesan negatif kepada generasi kemasyarakatan secara keseluruhannya. Pernyataan masalah

Kes-kes keruntuhan rumahtangga, perceraian, dan juga keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang berleluasa kini semakin membingungkan. Pasti ada sebab mengapa perkara-perkara ini berlaku dalam masyarakat kita. Sebuah masyarakat yang harmoni tidak akan dapat dibina apabila perkara-perkara ini berlaku. Pengkaji ingin menjalankan kajian ini bagi mengenalpasti pengetahuan pelajar mengenai konsep perkahwinan dalam Islam. Selain itu, pengkaji ingin ingin mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah institusi kekeluargaan Islam. Pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup berumahtangga seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk; 1. mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap asas pembinaan institusi kekeluargaan dalam Islam. 2. mengenalpasti ciri-ciri yang digariskan oleh Islam dan perlu ada dalam sebuah institusi kekeluargaan. 3. mengenalpasti tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam institusi kekeluargaan Islam. Kepentingan kajian Pengkaji amat berharap agar kajian yang ingin dijalankan ini dapat memberikan manfaat samada kepada pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga atau yang telah lama mengharungi kehidupan berumahtangga. Selain itu, pengkaji juga berharap agar ia dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan yang berguna kepada ibu bapa dan individu-individu yang ingin memulakan kehidupan berkeluarga. Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan lain. Di antaranya; 1. Pengkaji ingin mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap perkara-perkara asas pembinaan institusi kekeluargaan dalam Islam. 2. Pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga Islam bagi menjamin kebahagiaan, kerukunan, dan keharmonian rumahtangga. 3. Melalui kajian penyelidikan ini, pengkaji berharap agar ia dapat menjadi panduan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab setiap individu dalam institusi keluarga dan seterusnya membina sebuah masyarakat Islam yang bertamadun menurut landasan al- Quran dan as-sunnah. Skop Kajian Skop kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji meliputi konsep perkahwinan dalam Islam. Konsep perkahwinan ini meliputi takrif, hukum, rukun dan syarat, hal-hal peminangan, maskahwin (mahar), dan walimatul urus. Seterusnya, pengkaji juga akan membincangkan tentang ciri-ciri Islam yang perlu ada dalam sebuah keluarga dan tanggungjawab setiap ahli keluarga seperti, tanggungjawab dan kepimpinan suami isteri/ibubapa, serta tanggungjawab anak-anak dalam membina sebuah keluarga Islam yang harmoni. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian yang berbentuk deskriptif. Menurut Sidek Mohd Noah (2002:42), reka bentuk kajian deskriptif merupakan kajian yang dilakukan

bertujuan untuk memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Ia juga bertujuan untuk menerangkan keadaan atau perhubungan di antara pembolehubah (Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999 : 24) Tujuan pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tahun tiga dan empat SPI terhadap asas pembinaan institusi kekeluargaan dalam Islam. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap ciri-ciri yang perlu ada di dalam sebuah keluarga Islam serta kefahaman pelajar terhadap tanggungjawab setiap ahli dalam sebuah institusi keluarga Islam. Populasi dan Sampel Kajian Populasi merupakan satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid Konting. 2005:58). Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan populasi pelajar tahun tiga dan empat SPI, Fakulti Pendidikan, UTM seramai 88 orang. Kajian ini merupakan kajian untuk mendapatkan maklumat daripada semua responden. Instrumen utama yang digunakan untuk mendapatkan semua data dan maklumat ialah melalui soal selidik. Instrumen Kajian Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk mendapatkan dan mengumpulkan data dari sampel kajian. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999 :40), instrumen kajian menentukan jenis data yang ingin diperolehi dan ini mempengaruhi jenis analisis Penyelidik. Di dalam kajian ini, pengkaji telah membina instrumen kajian sendiri tanpa mengambil instrumen terdahulu untuk mendapatkan maklumat dan data. Pembinaan instrumen merujuk kepada pembinaan dan penulisan soalan serta analisis kepada cara untuk medapatkan keputusan. Semasa melaksanakan kajian ini, dua jenis data diperlukan dalam proses menyiapkan kajian ini iaitu data primer dan data skunder. Kajian Rintis Sebelum menjalankan kajian sebenar ke atas responden, pengkaji terlebih dahulu menjalankan kajian rintis. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kesahihan item-item soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji. Menurut Sidek Mohd Noah (2002:62), sesuatu kajian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperolehi daripada individu yang sama dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang berbeza. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang pelajar Akademi Pengajian Islam (API) di Universiti Malaya (UM). Rasional pemilihan responden bagi kajian rintis ini adalah berdasarkan bidang pendidikan (Pengajian Islam) yang diambil oleh responden kajian sebenar dan responden kajian rintis. Nilai kebolehpercayaan item instrumen kajian berada pada tahap yang tinggi di mana nilai alpha yang telah diperolehi ialah 0.921. Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Pelajar terhadap Asas Pembinaan Institusi Kekeluargaan dalam Islam Terdapat 18 item yang telah digunakan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan responden terhadap asas pembinaan institusi kekeluargaan Islam. Min tertinggi bagi bahagian ini ialah pada item 5 iaitu pernyataan tentang hukum pernikahan dalam Islam dengan min sebanyak 4.78.

Manakala item yang mencatatkan jumlah min yang terendah adalah pada item 4 dengan nilai min sebanyak 4.50. Jumlah keseluruhan min bagi objektif pertama kajian ini ialah 4.66. ini membuktikan bahawa, responden telah memberikan maklum balas yang sangat positif dan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden terhadap persoalan objektif pertama yang dikemukakan adalah tinggi. Ini kerana min bagi semua item yang disebutkan berada pada kedudukan tinggi. Rumusan Dapatan Kajian Ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah Institusi Kekeluargaan Islam Terdapat 9 item yang telah digunakan bagi mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada di dalam sebuah institusi kekeluargaan Islam. Min tertinggi bagi bahagian ini ialah pada item 20 kesihatan dengan min sebanyak 4.77. Item tersebut menyatakan tentang sebuah keluarga Islam perlu mengutamakan kebersihan bagi menjamin kesihatan. Manakala item yang mencatatkan jumlah min yang paling rendah adalah pada item 24 dengan nilai min sebanyak 4.56. Item ini menyatakan perbelanjaan harian sebuah keluarga Islam cukup sekadar memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan. Jumlah keseluruhan min bagi objektif kedua kajian ini ialah 4.71. Responden telah memberikan maklum balas yang sangat positif dan menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap persoalan objektif kedua yang dikemukakan adalah tinggi mengikut tahap klasifikasi min yang telah dikemukakan pada bab 3, metodologi kajian. Rumusan Dapatan Kajian Tanggungjawab Setiap Ahli Keluarga dalam Institusi Kekeluargaan Islam Terdapat 15 item yang telah digunakan bagi mengenalpasti tanggungjawab setiap ahli keluarga di dalam sebuah institusi kekeluargaan Islam. Min tertinggi bagi bahagian ini ialah pada item 28 kesihatan dengan min sebanyak 4.88. Item tersebut menyatakan tentang tanggungjawab seorang suami / bapa di dalam sebuah rumahtangga. Mereka bertindak sebagai ketua serta menjadi pelindung dan pemimpin kepada isteri dan anak-anak. Manakala item yang mencatatkan jumlah min yang terendah adalah pada item 36 dengan nilai min sebanyak 4.64. Item ini menyatakan seorang isteri / ibu boleh bekerja untuk membantu suami mencari rezeki tambahan untuk keluarga. Jumlah keseluruhan min bagi objektif kedua kajian ini ialah 4.78. Responden telah memberikan maklum balas yang sangat positif dan menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap persoalan objektif kedua yang dikemukakan adalah tinggi mengikut tahap klasifikasi min yang telah dikemukakan pada bab 3 yang membicarakan tentang metodologi kajian. Perbincangan Perbincangan mengenai latar belakang ini mengandungi lima item iaitu jantina, umur, tahun dan kursus pengajian di UTM, kelulusan terakhir sebelum memasuki UTM, dan status responden. Kajian ini melibatkan sampel daripada keseluruhan populasi pelajar tahun 3 dan 4 SPI iaitu seramai 88 orang responden. Perbincangan pertama adalah mengenai jantina responden. Sebanyak 31.8% daripada respnden ialah dari kalangan pelajar lelaki iaitu seramai 28 orang. Manakala bakinya adalah responden perempuan perempuan seramai 60 orang dan ia mewakili 68.2% daripada keseluruhan responden. Analisis seterusnya, adalah berkaitan dengan tahun dan kursus pengajian responden di UTM. Pengkaji hanya memfokuskan kepada pelajar-pelajar daripada tahun ketiga dan keempat

Program Sarjana Muda serta Pendidikan (Pengajian Islam). Seramai 43 orang daripada responden merupakan pelajar-pelajar tahun 3 SPI (48.9%) manakala bakinya adalah pelajarpelajar tahun 4 SPI iaitu seramai 45 orang (51.1%). Jika ditinjau dari aspek status perkahwinan, hanya 10 orang pelajar SPI yang telah berumah tangga. Dan majoriti pelajar-pelajar SPI masih belum berkahwin iaitu seramai 78 orang dan mewakili 88.6% daripada keseluruhan responden. Rasional pemilihan populasi ini sebagai sampel adalah kerana pelajar tahun 3 dan 4 lebih cenderung ke arah usaha untuk membina keluarga. Merujuk kepada dapatan kajian objektif yang pertama, responden telah memberikan maklum balas yang positif berdasarkan nilai min bagi 18 item yang telah dikemukakan. Min bagi objektif kajian yang pertama ini adalah 4.66. Seterusnya, 4 item yang membincangkan mengenai pengertian nikah menurut istilah dan syarak serta hukum-hukum yang berkaitan pernikahan dalam Islam, iaitu item 3, 4, 5, dan 6. Keempat-empat item ini mencatatkan nilai min yang tinggi juga iaitu sebanyak 4.67. Nikah mempunyai dua pengertian iaitu dari segi bahasa dan syarak. Dari segi bahasa, nikah membawa maksud berkumpul dan berhimpun. Manakala dari segi syarak, nikah bermaksud perkara yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan hubungan jenis di antara lelaki dan wanita (Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid, 1995:164). Hukum peminangan terbahagi kepada dua iaitu harus bagi wanita yang belum dipinang dan janda yang sudah habis iddahnya dan haram bagi wanita yang telah dipinang dan wanita yang masih ada iddah raj iyyah (Hj. Abd. Kadir Hj Abdullah Hassan, 2002:34). Namun, terdapat dua orang responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan pada item yang kelapan ini. Begitu juga dengan item 9 berkenaan dengan cara peminangan itu dilakukan. Menurut Hj. Abd. Kadir Hj. Abdullah Hassan(2002:30), peminangan boleh dilakukan secara kiasan, atau dengan cara berterus terang kepada pihak waris atau keluarga anak dara, atau janda yang sudah tidak ada kaitan dengan bekas suaminya, iaitu yang sudah habis tempoh waktu iddahnya. Manakala dalam persoalan tentang pembahagian mahar pada item 15, terdapat 2 orang responden (2.3%) yang tidak bersetuju dengan jenis mahar. Jenis-jenis mahar menurut Hj. Abd. Kadir Hj. Abdullah Hassan, terbahagi kepada mahar misil dan mahar musamma(2002:58). Mahar musamma merupakan jenis mahar yang sering dilakukan dalam kebanyakan masyarakat pada hari ini. Apabila berlakunya akad nikah, mahar musamma disebut dengan jelas dan nyata nilai jumlah serta jenisnya di atas sesuatu. Manakala apabila suatu akad nikah yang tidak disebut dengan tegas jumlah mahar serta jenisnya, maka wanita yang dinikahi itu berhak menerima mahar misil. Namun pada item 17, seorang responden (1.1%) tidak bersetuju dengan hukum walimatul urus. Hukum melaksanakan walimah ini adalah sunat muakkad. Ia digalakkan untuk menghebahkan kepada orang ramai bahawa ada pasangan yang sudah disatukan. Selain itu, ia adalah untuk mengelakkan fitnah yang besar kerana tidak melangsungkan walimatul urus. (Syamsul Rijal Hamid, 2002:245). Merujuk kepada objektif kajian yang kedua, sebanyak 9 item soalan telah dikemukakan, dapatan kajian mendapati bahawa responden juga telah memberikan respon yang positif iaitu dengan mencatatkan nilai min sebanyak 4.71. Selain item 21 dan 24, semua responden bersetuju dengan ciri-ciri sebuah keluarga Islam yang telah dikemukakan oleh pengkaji. Manakala terdapat 2 orang responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan item 24 yang menyatakan bahawa perbelanjaan harian sebuah keluarga Islam cukup sekadar memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan dan menghindari amalan boros serta membazir dalam

pengambilan makanan dan minuman, serta keperluan harta dan sebagainya. Bapa sebagai ketua keluarga perlu mendidik ahli keluarganya untuk bersederhana dalam berbelanja untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup (Zakaria Lemat, di dalam Prof. Dr. Azizan Hj. Baharuddin 2003:81). Rujukan Ahmad Ibrahim (1999), Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala lumpur: Malayan Law Journal Sdn Bhd. Andek Masnah Andek Kelawa (1999), Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam Syariah. Bangi : Penerbit UKM. Basri Ibrahim (1997). Pemantapan Sistem Kekeluargaan. Kuala Lumpur : Darul Nu man Fadhilah Sarnap (2001), Pembinaan Sistem Kekeluargaan Islam. Johor: Perniagaan Jahabersa. Ghazali Hj. Abd. Rahman et.al (1997). Memasuki Gerbang Perkahwinan. Selangor: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Haron Din, Dr. (1997). Manusia dan Islam ; Jilid Tiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hasan Hj. Mohd. Ali, Dr. (1993). Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur : Sabha DTP Services Sdn. Bhd. Jayaletchumi Mottan, Rohani Abdullah, dan Abdullah al-hadi Hj Muhamed (2002). Keluargaan dan keibubapaan. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Khurshid Ahmad (1996). Kekeluargaan dalam Islam tejh Azmi Shah Suratman. Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Mahmood Zuhdi haji Abdul Majid, Dr. (1995). Kursus Perkahwinan dan Undang-Undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dasar Padu (M) Sdn. Bhd. Muhammad Abdul Rauf (1997). Wanita dan Keluarga dari Pandangan Islam tejh Mahani Che Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Abdullah bin al-khatib (2006). Ciri-ciri Masyarakat Islam tejh Hj. Taib Azamuddin Mohd. Taib et.al. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Muhammad Nashirudin Al Albani ( ). Mukhtasar Shahih Muslim : Buku 1 terj KMCP dan Imron Rosadi. Indonesia : Pustaka Azzam Syamsul Rijal Hamid H. F Rahadian (2000). Pengetahuan tentang Agama Islam. Selangor : Pustaka Ilmi. Wan Hamzah Awang Al-Haj (2007). Mendidik Anak Mengikut Sunah. Kuala Lumpur : Progressive Publishing House Sdn. Bhd. Yusuf al-qardhawi Dr. (1996). Fatwa Terkini: Wanita dan Keluarga Islam tejh H. Mohd. Roihan M.A. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.