Bil 04/2010 Edisi APRIL

dokumen-dokumen yang mirip
KHIDMAT SOKONGAN 18,368,978 41% PENGELUARAN AGRO MAKANAN 25,599,586 59%

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 6 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Objektif korporat yang digariskan berupaya meletakkan FELCRA Berhad di landasan tepat untuk menjadi agensi pembangunan yang bersifat global dan

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Ladang Kontrak PPK - Permodalan Nasional Berhad Enterprise Teknologi EM Dalam Ternakan Lembu Padi Kelompok Tingkatkan Pendapatan

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Bil 07/2010 Edisi JULAI

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PROJEK PEMASARAN PADI MUSIM 1/2016 OLEH PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN ABC BERJUMLAH RMxxx

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS LI BARAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

SOALAN NO: 146 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT BERTULIS PERTANYAAN DARIPADA PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG]

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Industri perikanan negara kini semakin

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) dalam menguruskan masalah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

Bergerak Maju Bersama Peladang

Ragi atau Yis. Penemuan Effective Microorganisma (EM)

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Visi Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian. Misi Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMUDAHAN BEKALAN AIR : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 11 JUN 2015 (KHAMIS)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN YBHG DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ASEAN COOPERATIVES ORGANISATION (ACO) MERANGKAP PRESIDEN ANGKASA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NO. SOALAN: 263 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN DARI PAD A BERTULIS DATO' IR. NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI]

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI KILANG SYARIKAT MALAYSIA EXPLOSIVES SDN. BHD, DI BATU ARANG, SELANGOR PADA 8HB JULAI, 1972

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bergerak Maju Bersama Peladang

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

Bil 11/2011 Edisi NOVEMBER

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12


BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN DATUK HAJI DATU NASRUN BIN DATU MANSUR [ SILAM ] 31 MAC 2014 (SELASA)

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 1)

b.. Pengkalan Chepa, Tanjong Mas, Kota Bharu, mempunyai dua cawangan termasuk di Tanah Merah serta pusat sulaman dan kilang menjahit pakaian

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

M ESYUARAT KEDUA, PEN GGAL KETIGA, PARLIM EN KETIGA BELAS PEM BERITAHUAN PERTANYAAN DEW AN RAKYAT M ALAYSIA JAW AB LISAN

Speech by Malaysia Prime Minister, Y.A.B Datuk Seri Najib Razak in the recent UMNO Convention Utusan Online

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Bergerak Maju Bersama Peladang

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Amalan 5S merupakan satu pendekatan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja

PANDUAN MENGENAI PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

TH Bantu Memperkasakan Usahawan Bumiputera

Transkripsi:

Bil 04/2010 Edisi APRIL Transformasi Industri Padi PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai Transformasi Perkhidmatan Kejenteraan Potensi Tanaman VitAto Semerak Pak Din Usahawan Bimbingan PPK Baling 1

Berita Transformasi Pertanian TRANSFORMASI INDUSTRI PADI PPK Tanjong Karang Perkukuh Rantaian Nilai Oleh: Rosly bin Abdul Rahman rosly@lpp.gov.my Industri tanaman padi sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan. Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan supaya industri ini sentiasa dipermodenkan selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Penanam padi pula tidak dipinggirkan malah disalurkan bantuan secara terus oleh Kerajaan dalam bentuk pembangunan infrastruktur dan pemberian input pertanian agar hasil dan produktiviti dapat ditingkatkan. Walaupun tanah pertanian semakin berkurangan berbanding penduduk yang kian bertambah, ini menjadikan satu cabaran besar kepada Kerajaan melalui Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk terus mencari inovasi dan kreativiti bagi memantapkan industri ini. Bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), program pembangunan yang meliputi projek-projek pengeluaran bahan makanan asas sentiasa menjadi keutamaan. Salah satu daripadanya adalah komoditi padi. Malah di dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) LPP telah memperuntukkan lebih RM17.4 juta bagi memajukan sektor tanaman padi dan tumpuan khusus diberikan kepada 4 aktiviti utama seperti pembangunan ladang benih padi, projek padi ke arah 10 metrik tan, pemulihan ladang dan pelaksanaan mini estet padi. Kesemua aktiviti ini dilaksanakan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bertujuan menjana pertumbuhan sektor ini dalam pengeluaran sumber makanan negara. Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk memodenkan sektor ini, maka LPP telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar terutamanya bagi membina tapak semaian padi di mana dalam tahun 2008 sebanyak 18 buah tapak semaian dibina dan sejumlah 20 buah mesin jentanam disediakan di 16 lokasi seluruh negara. Manakala dalam tahun 2009 sebanyak 19 buah tapak semaian lagi dibina dan dilengkapi dengan 13 buah mesin jentanam. Peruntukan yang disediakan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh PPK yang terlibat dengan projek mini estet padi atau yang dijalankan secara kelompok dan seterusnya memberi faedah kepada para petani ke arah peningkatan hasil padi. Antara kawasan yang mendapat kemudahan bagi membina tapak semaian padi adalah di PPK Tanjong Karang, Selangor. 2

PPK Tanjong Karang diterajui oleh Encik Ahmad Fuad bin Zakaria sebagai Pengurus Besar dan dibantu oleh kakitangan sokongannya menjadikan padi sebagai aktiviti utama. PPK juga melaksanakan program pengeluaran makanan yang lain seperti dalam projek sayuran, ternakair dan pembangunan usahawan peladang. Pada masa ini, PPK Tanjong Karang mempunyai 2 buah tapak semaian benih padi iaitu di Sungai Burung dan Sawah Sempadan. Kos membangunkan ke dua-dua tapak semaian ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui LPP dan IADA Barat Laut Selangor manakala modal operasinya dikeluarkan oleh PPK Tanjong Karang sendiri. Pewujudan tapak semaian di Sawah Sempadan merupakan yang terbaru dibina oleh PPK Tanjong Karang dan ini akan memantapkan lagi rantaian nilai komoditi padi. Sehingga kini, LPP telah berjaya mewujudkan rantaian nilai yang lengkap bermula dengan kawasan tapak semaian benih padi yang dibina di beberapa tempat seluruh negara. Seterusnya pelaksanaan ladang benih padi sehinggalah kepada pembinaan loji benih padi sah yang sedang beroperasi di PPK Lahar Bubu, Pulau Pinang. Pusat belian padi juga giat berurusan dan kilang padi di PPK Kangkong, Kelantan dan PPK Kubur Panjang, Kedah melengkapkan lagi rantaian nilai ini. Selain itu, rantaian nilai ini diperkukuhkan dengan penggunaan teknologi bagi memantapkan lagi sistem yang ada melalui penggunaan mesin jentanam atau transplanter dan mesin perataan tanah sawah yang juga dikenali sebagai box leveler serta penggunaan input pertanian yang berkualiti. Pengubahsuaian sistem clutch kepada mesin jentuai padi untuk kecekapan operasi merupakan hasil inovasi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah turut menguatkan rantaian ini. Majlis perasmian Tapak Semaian Benih Padi di Sawah Sempadan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 30 Mac 2010. YB Datuk Seri Noh bin Omar juga merupakan Presiden Kehormat PPK Tanjong Karang. Tapak semaian di Sawah Sempadan ini merupakan salah satu aktiviti ekonomi dan sosial PPK Tanjong Karang dan dapat memberi perkhidmatan kepada lebih 400 orang 3

Berita Transformasi Pertanian pesawah melibatkan keluasan sehingga 450 hektar. Ini merupakan aktiviti transformasi pertanian melalui pemindahan teknologi yang sentiasa diberikan penekanan. Menurut Tuan Haji Sahri bin Siwer, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Tanjong Karang, pembinaan tapak semaian ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi penanaman padi secara meluas melalui mesin jentanam. Tambahan pula kebanyakan pesawah di kawasan Sawah Sempadan ini berusia dalam lingkungan 60 tahun ke atas di mana kaedah tanaman seperti tabur terus tidak lagi sesuai kerana ia melibatkan tenaga dan masa yang banyak di ladang. Dengan penggunaan kaedah baru ini maka petani lebih mudah menguruskan projek dengan bantuan teknologi terkini dalam projek tanaman padi mereka. Dalam tempoh jangka panjang pula penghasilan padi akan dapat dipertingkatkan bermula dengan pemilihan benih yang berkualiti dan terjamin melalui proses yang rapi di peringkat tapak semaian lagi. Petani juga dapat menjimatkan kos dan tempoh masa padi di sawah daripada 120 hari kepada 100 hari selain dapat mengurangkan masalah serangan penyakit dan padi angin, Tuan Haji Sahri mengulas lanjut. Sementara itu, YB Datuk Seri Noh bin Omar dalam ucapan perasmiannya berharap agar para petani sentiasa mengamalkan tanaman padi melalui kaedah yang betul bagi membolehkan penghasilan padi dapat dipertingkatkan. Kerajaan sentiasa bersedia memajukan masa depan industri padi supaya krisis makanan yang berlaku suatu masa dahulu tidak berulang. Banyak cabaran di dalam industri ini telah berjaya ditangani dari semasa ke semasa. Kalau dulu penanaman padi dijalankan secara mencedung atau tabor terus maka dengan adanya tapak semaian ini padi boleh ditanam dengan menggunakan mesin. Dengan itu tanaman padi boleh dilaksanakan secara berskala besar dan pengurusannya dijalankan secara bersistematik. Ini akan menghasilkan pengeluaran padi yang tinggi dan berkualiti serta memberikan pulangan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Secara puratanya, hasil padi di Malaysia belum mencapai tahap yang membanggakan berbanding dengan negara lain. Malaysia berada di tempat ke tiga dari segi penghasilan padi berbanding dengan Negara Asean, tambah YB Datuk Seri Noh bin Omar lagi. Purata hasil padi negara pada masa ini cuma 3.9 metrik tan sehektar berbanding penghasilan di Vietnam sebanyak 4.8 metrik tan. Manakala di Indonesia pula penghasilan padi mencatatkan purata 4.6 metrik tan. Penghasilan padi di Myanmar didapati lebih rendah dari Malaysia. Ke arah meningkatkan hasil padi, Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada industri ini termasuklah mewujudkan tapak semaian benih padi. Selain itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga berharap agar tanaman padi di Malaysia dapat dijalankan sebanyak 5 musim dalam tempoh 2 tahun dan kajian sedang giat dijalankan oleh agensi berkaitan dalam aspek pengairan, kesesuaian tanah dan sebagainya. Dalam hal berkenaan, beliau membuat perbandingan tananam padi di Sulawesi Indonesia mampu dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun ketika membuat pemerhatian semasa lawatan rasmi ke sana. 4

Malahan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMKe-10), Kerajaan akan terus memfokuskan kepada peningkatan hasil padi. Sungguh pun telah ada pesawah yang memperolehi hasil padi melebihi 10 metrik tan sehektar namun bilangannya tidak ramai. Usaha hendaklah dilipat gandakan lagi dan kajian kandungan mineral dalam tanah akan terus dijalankan bagi menentukan kandungan baja yang sesuai bagi sesuatu kawasan. Dengan adanya tapak semaian padi di Sawah Sempadan dan Sungai Burung, saya berharap ianya dapat menyokong kepada perolehan hasil yang tinggi, ujar YB Datuk Seri Noh lagi. Beliau seterusnya mahu melihat lebih banyak kawasan di Tanjong Karang yang mampu memperolehi hasil sehingga 10 metrik tan supaya dapat dijadikan contoh oleh pihak lain. Tentunya padi merupakan antara sektor yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Segala usaha yang dibuat dalam industri padi ini adalah selari dengan Dasar Pertanian Negara bagi menjana pertumbuhan sektor pertanian dengan lebih cepat khususnya dalam pengeluaran makanan dan pemprosesan bagi peningkatan nilai tambah. Kepada LPP, semua program berkaitan yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Peladang akhirnya ke arah. 5