Makmal Kejuruteraan Awam
Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Usaha terkini UTM adalah kolaborasi bersama rakan industri PROTON, peneraju industri pemotoran negara didalam penubuhan makmal satelit penyelidikan. Makmal 'Future Drive Laboratory' yang beroperasi di kampus UTM Johor Bahru akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan sistem 'e-drive' yang banyak digunakan dalam kenderaan hibrid dan elektrik selain difokuskan untuk R&D lanjutan bagi teknologi pemulihan dan penyimpanan tenaga. Proton Technology Advisory Council di Lotus Group HQ, Norwich.
Jaringan Industri & Perhubungan Korporat Hubungan simbiosis universiti dan industri ini amat signifikan kerana kedua-duanya saling memerlukan. Dalam era Model Baru Ekonomi (MBE) misalnya, hubungan kedua-dua pihak ini semakin penting apabila negara memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Oleh yang demikian, universiti sentiasa memberi peluang dan ruang untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan dan pembelajaran. Pada tahun 2011 sebanyak 106 Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA) dan lain-lain perjanjian telah ditandatangani dengan industri dan institusi luar seperti Seagate International (Johor) Sdn Bhd., Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd dan Cameron International Malaysia Systems Sdn Bhd. Ini merupakan langkah pertama yang bakal mengundang penglibatan yang lebih serius dan formal. Usaha terkini UTM ialah kolaborasi bersama rakan industri PROTON, peneraju industri pemotoran negara dalam penubuhan makmal satelit penyelidikan. Makmal 'Future Drive Laboratory' yang beroperasi di kampus UTM Johor Bahru akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan sistem 'e-drive' yang banyak digunakan dalam kenderaan hibrid dan elektrik selain difokuskan untuk R&D lanjutan bagi teknologi pemulihan dan penyimpanan tenaga. Manakala makmal 'Active Safety Laboratory' beroperasi di Kampus UTM Kuala Lumpur memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan lanjutan Dalam Negara Luar Negara 64 42 Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri. 76
terhadap aspek dinamik kenderaan khususnya menerusi teknologi berasaskan simulasi serta penilaian objektif dan subjektif mengenai teknologi keselamatan aktif. Kerjasama bersama PROTON juga telah memberi peluang kepada staf akademik memainkan peranan utama dalam pelbagai kegiatan penyelidikan dan inovasi di Syarikat Proton Berhad. Usaha ini secara tidak langsung telah meletakkan UTM sebagai penyumbang kepada pembangunan industri kereta nasional. Selain itu, UTM telah menjalinkan kerjasama dengan CCM Chemicals Sdn. Bhd. (CCMC), iaitu sebuah syarikat berasaskan industri kimia dan tersenarai di Bursa Malaysia. CCMC telah bersetuju untuk menggunakan hasil penyelidikan yang dibangunkan oleh penyelidik UTM dan telah dipatenkan di mana produk tersebut akan digunakan untuk memulihkan kawasan tadahan air yang tercemar, menyerap logam berat yang menggunakan sebatian semula jadi daripada tumbuhtumbuhan, penggunaan membran penapis air dan produk-produk penapisan air. Kerjasama strategik dengan Malaysia Bio-Xcell Sdn Bhd, sebuah syarikat berasaskan bioteknologi juga dilihat sebagai salah satu usaha membantu kerajaan menerajui ekosistem bioteknologi di negara ini melalui pelbagai inisiatif termasuk Program Penyelidikan dan Pembangunan yang strategik yang dikenal pasti untuk mengembangkan perkhidmatan dan kemudahan di Hab Ekosistem yang terletak di koridor pembangunan selatan, iaitu Iskandar Malaysia, Johor. Kerjasama seterusnya ialah dalam bentuk pengembangan program pendidikan dan latihan profesional sama ada pada peringkat ijazah lanjutan atau kursus pendek. Hal ini membolehkan warga industri mengetahui perkembangan terkini dalam sesuatu disiplin ilmu. Universiti melalui UTMSPACE telah mengetengahkan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat yang berterusan kepada masyarakat termasuk warga industri dengan tujuan mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka. Senarai program pembelajaran sepanjang hayat. Nama Program Bahasa Inggeris & Program Persediaan Program Kerjasama Program Eksekutif Bilangan Peserta 206 5,671 588 77
1 3 4 4 1. Ditchley Rountable anjuran UTM dan Centre For Islamic Studies, Oxford University 2. Lawatan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad ke pameran Proton-UTM Electric Car Flagship Project di ICSM. 3. MoU antara UTM dan CCM Bhd. 4. MoU antara UTM dan Hewlett-Packard Malaysia. 78
1 2 3 4 5 1. MoU antara UTM dan University of Columbia, The New York Academic of Science, Amerika Syarikat. 2. Majlis menandatangi MoU antara UTM dengan BIOMALAYSIA 2011 dan IWA Development Congress. 3. Majlis menandatangi MoU antara UTM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). 4. Lawatan ke Pameran Sempena Majlis Perasmian Makmal UTM-PROTON. 5. MoU antara UTM dan Forest Research Institute Malaysia (FRIM). 79