DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 4) Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
SINOPSIS Modul ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kaunseling keluarga. Ia juga memberikan tumpuan kepada aplikasi teknik dan praktis. Ia merangkumi beberapa aspek: - Teori sistem keluarga - Pendekatan Psikoanalisis - Pendekatan/teknik kemanusiaan - Pendekatan multigenarasi - Proses dalam praktik kaunseling dan terapi keluarga dan kaunseling perkahwinan dan pendekatan yang digunakan seperti pendekatan tingkah laku dan sebagainya.
PENDEKATAN MULTIGENARASI
Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga Menurut Bowen pendekatan multigenarasi berfokus pada cara untuk menciptakan seorang individu dengan konsep diri yang sehat, yang mampu berinteraksi dengan orang lain. Kekuatan anggota keluarga melawan dapat mengelakan individu dalam keluarga melakukan kesulitan (gangguan). Penyebab dari masalah individual hanya dapat difahami dengan melihat pada peranan keluarga sebagai unit emosional.
Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga Cara untuk mencapai tujuan ini melibatkan penilaian atas diri sendiri dan keluarga dengan sejumlah cara. Salah satunya melalui konstruksi genogram multigenerasi. Genogram melibatkan informasi yang berhubungan dengan suatu keluarga beserta hubungan masing-masing anggotanya selama setidaknya 3 generasi terakhir. Genogram dapat membantu orang dalam mengumpulkan informasi, hipotesis dan menganalisa perubahan hubungan dalam konteks peristiwa masa lalu dan kontemporer.
Pendekatan Multigenerasi Dalam Kaunseling Keluarga Menurut Bowen: 1. Pendekatan ini berfokus pada riwayat keluarga multigenerasi dan pentingnya memahami dan menghadapi pola-pola dimasa lalu, agar dapat menghindari pengulangan tingkah laku tertentu dalam hubungan antara peribadi. Pendekatan ini menggunakan genogram dalam memahami hubungan riwayat, yang merupakan alat spesifik yang asalnya.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 1 Sculpting Sculpting iaitu suatu teknik yang mengizinkan anggotaanggota keluarga yang menyatakan kepada anggota lain, persepsinya tentang berbagai masalah hubungan diantara anggota-anggota keluarga. Klien diberi izin menyatakan isi hati dan persepsinya tanpa rasa cemas secara verbal tanpa masuk campur dari anggota keluarga lain.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 2. Role playing Role playing (bermain peran) iaitu suatu teknik yang memberikan peranan tertentu kepada anggota keluarga. Peranan tersebut adalah peranan orang lain dikeluarga itu, misalnya anak memainkan peranan sebagai ibu. Dengan cara itu anak akan terlepas atau terbebas dari perasaan-perasaan penghukuman, perasaan tertekan dan lain-lain.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 3. Silence (diam) Adakalanya seorang kaunselor perlu bersikap diam untuk berfikir di atas apa yang dibicarakan oleh klien terutama yang berbelit-belit dan memperilaku menuding. Diam disini bukan barerti tidak ada komunikasi akan melainkan tetap ada iaitu melalui perilaku non verbal selama 5-10 minit.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 4. Confrontation Suatu teknik yang digunakan kaunselor untuk mempertentangkan pendapat-pendapat anggota keluarga yang terungkap dalam sesi kaunseling keluarga atau dari gerak laku. Tujuan agar anggota keluarga itu boleh bicara secara terus terang, dan jujur serta menyedari perasaan masing-masing
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 5. Teaching via Questioning Suatu teknik mengajar anggota dengan cara bertanya. 6. Listening (mendengarkan) Listening (mendengarkan) teknik ini digunakan agar pembicaraan seorang anggota keluarga didengarkan dengan sabar oleh yang lain.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga Listening skill (keterampilan mendengarkan) : i. Attending, iaitu pernyataan dalam bentuk verbal dan non verbal ketika klien memasuki ruang kaunselor. ii. Paraphrasing, iaitu respon kaunselor terhadap pesan utama dalam pernyataan klien. Respon tersebut merupakan pernyataan ringkas dalam bahasakaunselor sendiri tentang pernyataan klien. iii. Clarifyng, iaitu pengungkapan diri dan memfokuskan diskusi. Kaunselor memperjelas masalah klien, iv. Perception checking, iaitu menentukan ketepatan pendengaran kaunselor.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 7. Recapitulating (mengikhtisarkan) Recapitulating (mengikhtisarkan) teknik ini digunakan oleh konselor untuk mengikhtisarkan pembicaraan yang bergalau pada setiap anggota keluarga, sehingga dengan cara itu kemungkinan pembicaraan akan lebih terarah dan terfokus. Misalnya kaunselor mengatakan rupanya ibu merasa rendah diri dan tak mampu menjawab jika suami anda berkata kasar.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 8. Summary (menyimpulkan) Kaunselor akan menyimpulkan sementara hasil pembicaraan dengan keluarga itu sehingga klien dapat menyimpulkan kemajuan sesi kaunseling secara bertahap. Meningkatkan kualiti diskusi, dan mempertajam atau memperjelas fokus pada sesi kaunseling.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 9. Clarification (menjernihkan) Usaha konselor untuk memperjelas atau menjernihkan suatu pernyataan anggota keluarga kerana terkesan samar-samar. Klarifikasi juga terjadi untuk memperjelas perasaan yang diungkap secara samar-samar.. Biasanya klarifikasi lebih menekankan kepada aspek makna kognitif dari suatu pernyataan verbal klien.
Teknik Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga 10. Reflection (refleksi) Usaha kaunselor memperoleh informasi lebih mendalam tentang apa yang dirasakan oleh klien dengan cara memantulkan kembali perasaan, fikiran, dan pengalaman klien. Dalam proses mendengarkan terdapat unsur menyemak, dimana kaunselor memerhatikan sungguhsungguh apa yang disampaikan oleh klien.
Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga Islam Teknik dan kemahiran yang digunakan dalam proses kaunseling adalah berasaskan kepada firman Allah swt dalam surah An Nahl ayat 125: اد ع إ ل ى س ب يل ر ب ك ب ال ح ك م ة و ال م و ع ظ ة ال ح س ن ة و ج اد ل ه م ب ال ت ي ه ي أ ح س ن إ ن ر ب ك ه و أ ع ل م ب م ن ض ل ع ن س ب يل ه و ه و أ ع ل م ب ال م ه ت د ين Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga Islam Berasaskan kepada kepentingan konsep tolong menolong sesama. Firman Allah swt yang bermaksud: و اب ت غ ف يم ا آت اك ا لل الد ار ا ل خ ر ة و ل ت ن س ن ص يب ك م ن الد ن ي ا و أ ح س ن ك م ا أ ح س ن ا لل إ ل ي ك و ل ت ب غ ال ف س اد ف ي ا ل ر ض إ ن ا لل ل ي ح ب ال م ف س د ين Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan (Surah al Qasas:77)
Pendekatan Multigenarasi Dalam Kaunseling Keluarga Islam Dalil lain yang menonjolkan kepentingan hubungan tolong menolong turut terdapat dalam maksud hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, iaitu: "Hak seorang Muslim kepada Muslim lain ada enam perkara; jika bertemu ucapkan salam kepadanya, jika dijemput maka hendaklah memperkenankannya, jika diminta nasihat, maka nasihatilah ia, jika bersin ucapkan alhamdulillah, maka doakanlah dia semoga dirahmati Allah, jika sakit maka ziarahilah dia dan jika mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur."
PERBINCANGAN KELOMPOK Bincangkan bagaimana pendekatan multigenerasi secara Islam dapat membantu kaunselor dalam menangani permasalahan keluarga.