UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

dokumen-dokumen yang mirip
Polisi Privasi. Pengenalan

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGURUSAN ARKIB Pelupusan Fail

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

SISTEM PENGURUSAN FAIL DAN REKOD SEKSYEN PENGURUSAN REKOD DAN DATA PEJABAT PENDAFTAR, UPM

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEPERIKSAAN POLITEKNIK

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

JABATAN PEGUAM NEGARA

Peraduan InstaHarapan AADK

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. (UTeM) GARIS PANDUAN PENGGUNAAN. PERKHIDMATAN SIDANG VIDEO TELE-PRESENCE DI UTeM

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEL KAKITANGAN UPSI(ISO)/BSM/P01/GP01

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

1.0 PENGENALAN PANDUAN PENGURUSAN FAIL DAN REKOD UNIVERSITI 1.1 TUJUAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PELUPUSAN REKOD AWAM

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Arkib Negara Malaysia

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

BAB 14 AUDIT DALAMAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Polisi Privasi Smiggle

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

UNIT LATIHAN PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR RAHSIA

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

GARIS PANDUAN: PENGGUNAAN MEMO GP.BAPS.PTMK(01)

PERATURAN PENGURUSAN MEL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

4 i. PK.UiTM.(P).02 PROSEDUR KAWALAN REKOD SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL. PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN No. Rujukan : PK.UiTM.(P).

UPSI (ISO) / BSM / P06 PINDAAN : 01

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

ADUAN PELANGGAN MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF AKADEMIK

SURAT PEKELILING BENDAHARI

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Powered by TCPDF (

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

PEROLEHAN BAHAN KOLEKSI UTeM, HADIAH DAN PERTUKARAN BAHAN KE INSTITUSI LUAR

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS JAWATAN

Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah. Ditulis oleh: Ummi Sofea

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM KEDATANGAN DAN MASA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

SISTEM PELUPUSAN REKOD SEKSYEN PENGURUSAN REKOD DAN DATA PEJABAT PENDAFTAR, UPM


National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Transkripsi:

1/18-5-29 1 / 11 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK 1. PENGENALAN Garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan yang khusus kepada semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka mengenai tanggungjawab mereka sewaktu mengguna, mengendali dan menyimpan rekodrekod di dalam bentuk mel elektronik. Ia juga mengariskan beberapa etika yang perlu dipatuhi ketika menggunakan kemudahan mel elektronik di dalam Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sistem mel elektronik adalah merupakan satu kaedah di mana perhubungan di antara dua pihak dapat dilaksanakan secara elektronik. Ianya tidak banyak berbeza dari corak perhubungan yang konventional yang menggunakan kertas, dan seperti lain-lain peralatan komunikasi yang lain, ianya berupaya mendokumentasikan transaksi yang boleh dikira sebagai rekod-rekod yang formal. Oleh itu, ia tidaklah boleh dipisahkan lain-lain sistem rekod dan juga sistem penyimpanan rekod yang ada. 2. TUJUAN Tujuan panduan pengurusan mel elektronik ini adalah untuk memastikan bahawa: 2.1 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka maklum tentang adanya panduan dan peraturan terhadap penggunaan mel elektronik; 2.2 Perkhidmatan mel elektronik digunakan selaras dengan panduan dan peraturan yang ditetapkan. 2.3 Para pengguna perkhidmatan mel elektronik sedar akan tanggungjawab mereka di dalam pengurusan rekod-rekod mel elektronik tersebut; dan 2.4 Dapat meminimakan sebarang permasalahan kepada perkhidmatan mel elektronik dan lain-lain perkhidmatan komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

1/18-5-29 2 / 11 3. DEFINISI Definisi-definisi yang digunakan di dalam garis panduan ini adalah diperjelaskan di dalam lampiran A 4. SKOP Peraturan pengurusan mel elektronik ini meliputi: 4.1 Semua perkhidmatan dan sistem mel elektronik yang disediakan 4.2 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka; dan 4.3 Semua rekod-rekod mel elektronik yang diwujudkan dan diterima oleh pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau pengguna yang menggunakan perkhidmatan mel elektrinik Universiti Teknikal Malaysia Melaka. I. PERATURAN 5. PERATURAN PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK Peraturan penggunaan mel elektrinik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka terbahagi kepada 3 kategori, iaitu Peraturan Penggunaan Am, Peraturan Keselamatan dan Peraturan Penggunaan Khas. Peraturan-peraturan yang di kemukakan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya agar satu penggunaan yang sistematik, efisyen dan berwibawa dapat dilaksanakan secara menyeluruh. 5.1 PERATURAN PENGGUNAAN AM Peraturan ini adalah untuk memaklumkan kepada para pengguna mel elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka tentang perkhidmatan dan sistem yang disediakan dan perkara-perkara am yang perlu diambil ingatan sewaktu menggunakannya.

1/18-5-29 3 / 11 5.1.1 Hak Milik Semua perkhidmatan dan sistem mel elektronik yang ada di dalam Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah merupakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Komputer. Oleh itu semua alamat mel elektronik atau akaunnya yang diberikan oleh Pusat Komputer. Oleh itu semua alamat mel elektronik atau akaunnya yang diberikan oleh Pusat Komputer kepada pegawai dan kakitangannya, jabatan atau Unit di dalamnya adalah merupakan milik Pusat Komputer dan UTeM. 5.1.2 Penggunaan Perkhidmatan dan sistem mel elektronik ini pada asasnya adalah untuk kegunaan rasmi yang berkaitan dengan kerja-kerja Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Oleh itu pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka harus menggunakannya secara bertanggungjawab berlandaskan undang-undang negara, peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam, polisi Jabatan dan mengikut etika yang bersopan. Adalah dilarang sama sekali perkhidmatan ini digunakan untuk: a) Kegiatan yang menyalahi undang-undang negara; b) Tujuan komersial yang tidak berkaitan dengan kerja-kerja UTeM; c) Kegiatan perniagaan peribadi; dan d) Urusan-urusan yang tidak selaras dengan dasar dan peraturan Kerajaan. 5.1.3 Komunikasi Dalam Jabatan Sistem mel elektronik ini adalah merupakan kaedah interaksi di dalam Jabatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang digalakkkan dan ianya haruslah digunakan sepenuhnya. 5.2 PERATURAN KESELAMATAN Peraturan ini menggariskan perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh para pengguna mel elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang digalakkan dan ianya haruslah digunakan sepenuhnya.

1/18-5-29 4 / 11 5.2.1 Bahan Terperingkat Sistem mel elektronik yang disediakan tidak boleh digunakan untuk menghantar sebarang dokumen, rekod dan lain-lain bahan yang bertaraf terperingkat seperti `SULIT, `RAHSIA, dan sebagainya. Sebarang transaksi yang melibatkan bahan-bahan terperingkat ini adalah tertakluk kepada AKTA RAHSIA RASMI. 5.2.2 Katalaluan Penggunaan sistem mel elektronik adalah merupakan tanggungjawab pengguna. Oleh itu katalaluan yang diberikan haruslah dijaga dan diguna dengan penuh tanggungjawab. Setiap penggunaan mestilah menggunakan katalaluan yang telah diberikan oleh pihak Pusat Komputer. Penggunaan katalaluan atau alamat mel elektronik orang lain adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil. 5.2.3 Pemeriksaan Setiap komunikasi yang terdapat di dalam sistem mel elektronik Universiti Teknikal Malaysia Melaka bukanlah merupakan milik peribadi. Oleh itu pihak Pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan lain-lain pihak yang diberi kuasa, boleh mengakses dan memeriksa maklumatmaklumat yang ada di dalam sistem mel elektronik yang digunakan oleh pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka untuk memastikannya tidak disalahgunakan. Pemeriksaan boleh dilakukan tanpa perlu meminta atau memberitahu terlebih dahulu pengguna-pengguna mel elektronik tersebut. 5.3 PERATURAN-PERATURAN PENGUNAAN KHAS Peraturan ini menggariskan beberapa peraturan yang perlu diikuti dan dititik beratkan secara khusus sewaktu pengguna menggunakan perkhidmatan dan sistem mel elektronik yang disediakan. 5.3.1 Mengenalpasti Rekod-Rekod Mel Elektronik Setiap rekod mel elektronik yang diterima atau dihantar oleh pengguna sistem mel elektronik Universiti Teknikal Malaysia Melaka haruslah dikategorikan dahulu oleh pengguna sendiri sebelum sesuatu tindakan diambil terhadapnya. Rekod mel elektronik tersebut boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

1/18-5-29 5 / 11 a) Mel elektronik Rasmi Mel elektronik rasmi adalah merupakan rekod maklumat yang dihasilkan, diterima atau disimpan secara rasmi dengan menggunakan kemudahan elektronik, yang juga tertakluk kepada penafsiran Rekod Awam dalam Akta Universiti dan Kolej. Ini bermaksud mesej mel elektronik tersebut adalah merupakan Maklumat-maklumat atau rekod-rekod yang dihasilkan atau diterima oleh pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka di dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi mereka, dan ianya mempunyai kepentingan sebagai bahan bukti kepada sesuatu transaksi itu. b) Mel elektronik Tidak Rasmi Mel elektronik tidak rasmi adalah merupakan rekod mel elektronik yang dihasilkan, diterima atau disimpan atas urusan peribadi yang dibenarkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ianya tidak mempunyai kaitan langsung dengan tugas-tugas rasmi yang dijalankan oleh pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. c) Pewujud Rekod Mel elektronik Pewujud rekod dan dokumen mel elektronik adalah bertanggungjawab untuk menguruskan rekod-rekod yang diwujudkan oleh mereka sendiri. Oleh itu mereka haruslah memastikan bahawa rekod dan dokumen yang mereka hasilkan di dalam urusan tersebut dikenalpasti samaada ianya rasmi atau tidak, sebelum sebarang tindakan hendak dilaksanakan. Jikalah ianya adalah untuk mel elektronik rasmi, maka pewujud hendaklah: a) Masukkan nombor fail berkaitan di dalam ruangan `subject bersebelahan dengan tajuk di dalam kurungan ( ); dan b) Cetak rekod atau dokumen mel elektronik tersebut dan masukkan ke dalam fail yang berkaitan. Sebagai peringatan, adalah diingatkan bahawa pewujud rekod dan dokumen agar tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan pengurusan rekod (rekod konvensional) yang ada di jabatan ini nanti sebagai tempat longgokan rekod-rekod elektronik yang tidak

1/18-5-29 6 / 11 diperlukan. Hanya rekod dan dokumen yang penting sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam fail. 5.3.2 Penerima Rekod Mel Elektronik Penerima rekod atau dokumen mel elektronik juga adalah bertanggungjawab untuk menguruskan bahan-bahan yang mereka terima. Mereka juga harus mempastikan bahawa hanya rekod atau dokumen rasmi yang penting sahaja diambil tindakkan berikut: a) Cetak rekod atau dokumen mel elektronik tersebut; dan b) Catatkan nombor fail berkaitan di dalam ruangan `subject bersebelahan dengan tajuk di dalam kurungan ( ). Kemudian masukkan cetakan tersebut ke dalam failnya yang berkenaan. 5.3.3 Penerima Salinan Rekod Mel Elektronik Penerima Salinan rekod mel elektronik adalah merupakan orang ketiga di dalam transaksi yang di jalankan secara mel elektronik. Kepentingan rekod atau dokumen tersebut bagi mereka ada perkara kedua. Oleh itu mereka hendaklah membuat keputusan sendiri terhadap rekod-rekod atau dokumen-dokumen yang mereka terima. Keputusan samaada untuk membuat cetakan dan menguruskannya sepertimana yang dikehendaki oleh garis panduan yang dinyatakan di atas, adalah harus dipertimbangkan. Walaubagaimana pun perhatian haruslah diberikan kepada saranan Pusat Komputer dan Kerajaan di dalam usaha mengurangkan penggunaan kertas di dalam sebarang urusan. Jikalau percetakan perlu dilakukan juga, maka ianya dilakukan pada tahap yang minima. II. PENGURUSAN 6. PENGURUSAN REKOD-REKOD MEL ELEKTRONIK 6.1 MENGURUS REKOD-REKOD MEL ELEKTRONIK Pengurusan rekod-rekod mel elektronik yang hendak dilaksanakan juga adalah sejajar dengan kategori mel elektronik yang diterima. Ini adalah kerana tindakantindakan pengurusan yang akan diambil terhadapnya adalah berbeza di antara satu dengan lain. Oleh itu. Setelah kategori rekod mel elektronik telah dikenalpasti, maka pengurusan-pengurusan berikut boleh dilaksanakan.

1/18-5-29 7 / 11 6.1.1 Mel Elektronik Rasmi Pengurusan rekod-rekod mel elektronik rasmi boleh dilakukan di dalam dua cara, iaitu: a) Simpan dalam Sistem Bagi rekod atau dokumen mel elektronik yang penting di mana tindakan perlu diambil ke atasnya, maka setelah dicetak, ianya bolehlah disimpan di dalam sistem untuk jangkamasa minima 6 bulan. Peraturan ini dikemukakan dengan tujuan untuk mengekalkan intergriti rekod-rekod yang diwujudkan di dalam fail-fail tersebut termasuk tindakan dan keputusan yang telah atau akan diambil terhadap sesuatu transaksi tersebut. b) Simpan dalam Disket/Cakera Keras Bagi rekod atau dokumen mel elektronik rasmi yang tidak penting tetapi tindakan perlu diambil ke atasnya, maka ianya tidaklah perlu disimpan di dalam sistem. Contohnya adalah seperti panggilan mesyuarat, makluman, edaran dan mesej-mesej yang dihasilkan secara banyak salinan untuk melancarkan sesuatu proses tindakan sahaja, hendaklah dipindahkan ke sampul mel elektronik dalam disket/cakera keras di tempat masing-masing; kemudian dilupuskan dari sistem dengan serta merta. Nama rujukan khas sampul mel elektronik tersebut bolehlah diberikan mengikut nama yang sesuai dengan rekod yang diterima. Simpanan rekod-rekod tersebut di dalam disket/cakera keras itu adalah untuk tujuan rujukan sementara sahaja. 6.1.2 Mel Elektronik Tidak Rasmi Pengurusan bagi mel elektronik tidak rasmi adalah selaras dengan cadangan pemisahan perlupusan yang dicadangkan di dalam Perkara 6.2: Memisahkan/Melupuskan Rekod Mel Elektronik. 6.2 MEMISAHKAN/MELUPUSKAN REKOD MEL ELEKTRONIK Peraturan pemisahan/pelupusan rekod-rekod mel elektronik adalah perlu untuk memastikan pengurusan rekod-rekod mel elektronik dilaksanakan secara lebih

1/18-5-29 8 / 11 efisyen, sistematik dan kos efektif. Tindakan pemisahan/pelupusan rekod-rekod mel elektronik melibatkan dalam empat kaedah. 6.2.1 Rekod Mel Elektronik Rasmi Penting Bagi rekod-rekod mel elektronik penting yang telah disimpan 6 bulan di dalam sistem dan tindakan-tindakan ke atasnya telah selesai, maka ianya hendaklah: a) Dipindahkan ke dalam sampul mel elektronik yang berkaitan samada di dalam bentuk disket/cakera keras untuk tempoh selama 1 tahun sahaja dan kemudian harus dilupuskan apabila genap tempoh simpanan tersebut atau apabila disket/cakera keras telah penuh; yang mana satu dahulu; dan kemudian b) Lupuskan rekod-rekod mel elektronik berkenaan dari sistem dengan serta merta. 6.2.2 Rekod Mel Elektronik Rasmi Tidak Penting Bagi mel elektronik rasmi yang tidak penting, rekod-rekod yang ada di dalam sampul berbentuk disket/cakera keras ini hanya perlu disimpan untuk selama 1 tahun sahaja dan kemudian boleh dilupuskan apabila genap tempoh simpanan tersebut atau apabila disket/cakera keras telah penuh; yang mana dahulu 6.2.3 Rekod Mel Elektronik Tidak Rasmi Bagi rekod mel elektronik tidak rasmi, pelupusan daripada sistem perlu dilakukan dengan serta merta apabila ianya telah dibaca. Ia adalah merupakan mesej-mesej peribadi sahaja dan tidak mempunyai nilai kekal untuk diambilkira sebagai rekod. 6.2.4 Lampiran Bagi dokumen atau rekod yang dihantar secara lampiran (contohnya: dokumen atau rekod untuk tujuan semakan, meminta pandangan, cadangan dan pembetulan), hendaklah: Memindahkannya ke dalam sampul mel khas lampiran samada di dalam bentuk disket/cakera keras dengan serta merta;

1/18-5-29 9 / 11 a) Kemudian nya boleh dilupuskan daripada sistem utama; dan b) Lampiran-lampiran yang dikumpulkannya boleh dilupuskan dari sampul melnya selepas 1 tahun dan semua setelah tindakan ke atasnya selesai. 7. PENUTUP Peraturan penggunaan dan pengurusan mel elektronik Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini adalah merupakan peraturan dalaman sahaja. Ia menggariskan cara penggunaan dan pengurusan rekod-rekod mel elektronik yang ada didalam sistem mel elektronik Pusat Komputer pada masa ini. Ia haruslah digunapakai oleh semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang mempunyai kemudahan sistem mel elektronik dengan serta merta mengikut garis panduan yang dinyatakan sehinggalah satu sistem penyimpanan fail elektronik yang menyeluruh dan bersepadu diwujudkan nanti.

1/18-5-29 1 / 11 Lampiran A DEFINISI Rekod Adalah maklumat yang dihasilkan atau diterima oleh institusi, perlaksanaan penyelesaian aktiviti-aktiviti institusi atau induvidu dan mengandungi isi, konteks dan rangka yang cukup untuk menyediakan bukti kepada aktiviti tersebut tidak kira apa bentuk dan medianya Rekod Awam kertas, dokumen, rekod, buku daftar, bahan bercetak, peta, pelan, lukisan, gambar, mikrofilem, filem sinematografi dan rakaman audio di dalam berbagai jenis, yang diterima atau di hasilkan secara rasmi oleh sebarang pejabat awam di dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi mereka Rekod Elektronik Rekod yang boleh digunapakai untuk kegunaan, transmisi atau prosesan komputer digital Rekod Mel Elektronik Sebarang mesej atau rekod komputer yang wujud, dihantar, diserah, dijawab, diedar, disimpan, disalin, dipapar, dibaca atau dicetak oleh sistem/perkhidmatan mel elektronik yang menepati istilah Rekod Awam di dalam Akta Universiti Dan Kolej. Sistem / Perkhidmatan Mel Elektronik Sebarang sistem maklumat yang memerlukan kemudahan-kemudahan komputer untuk mewujud, menghantar, menyerah, menjawab, mengedar, menyimpan, menyalin, memapar, membaca dan mencetak rekod komputer untuk tujuan komunikasi yang sama melalui sistem rangkaian komputer di antara atau di kalangan individu atau kumpulan Sistem Penyimpanan Rekod Satu sistem maklumat yang diwujudkan untuk memenuhi matlamat menyiman dan memanggil rekod, dan diatur untuk mengawal fungsi-fungsi khas dalam mewujud, menyimpan dan mengakses rekod untuk menyelia selamat keaslian dan kesahihannya

1/18-5-29 11 / 11 Sistem Penyimpanan Rekod Elektronik Satu sistem maklumat yang menggunakan peralatan-peralatan elektronik yang diwujudkan untuk memenuhi matlamat menyimpan dan memanggil rekod, dan diatur untuk mengawal fungsi-fungsi khas dalam mengwujud, menyimpan dan mengakses rekod untuk menyelia selamat keaslian dan kesahihannya