Skop kerja tersebut meliputi aktiviti-aktiviti yang memerlukan latihan khusus serta PROSEDUR terperinci seperti berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

01 Apakah maksud gambar berikut ini? A. Jangan menghampiri pintu keluar. B. Awas kepala anda C. Pintu keluar kecemasan. D. Tidak dibenarkan berjalan.

PENYIASATAN KEMALANGAN & SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN

01 Tanda keselamatan yang wajib ini bermakna.

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UTM

A. buruh B. pelajar-pelajar C. suri-suri rumah D. pesara-pesara

BAHAGIAN PEYAKIN KESELAMATAN

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

BAHAGIAN PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

1.0 Pendahuluan. 2.0 Skop

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN

BIL ITEM SEMAKAN YA TIDAK CATATAN Pematuhan Peraturan (OSHA 1994) -Pengurusan Premis /

Jangkitan Patogen/ Keracunan/ Penyakit Pekerjaan. Kesan Insiden : Kematian Kecederaan anggota/kemudaratan Kerosakan harta benda

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

1. Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan penggunaan perkakasan dan peralatan elektrik.

PELAN KECEMASAN RADIASI

MSOC - Malay Sample Questions Set

BORANG AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KATEGORI FAKULTI / BAHAGIAN

04 Jika seseorang pekerja jatuh sakit dan perlu mengambil cuti sakit, beliau harus

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

Kemalangan yang disebabkan elektrik: 1.sentuhan terus dengan arus elektrik 2.arka elektrik

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH POLISI SEKOLAH SELAMAT

GARIS PANDUAN KEPERLUAN KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI

C D. A. Bahaya kilat B. Bahaya elektrik C. Bahaya mekanikal D. Bahaya bahan kimia. MSOC - Malay Sample Questions Set 2

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

SENARAI SEMAK AUDIT MAKMAL FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH-MS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BORANG AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KATEGORI KOLEJ KEDIAMAN

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF

GARIS PANDUAN TANDA AMARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KURSUS ASAS PEMASANGAN PAIP KELULI LEMBUT IR.GHAZALI ABDUL AZIZ

A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC

A. Zon dilarang membawa bahan kimia. B. Dilarang merokok. C. Dilarang membawa mancis. D. Dilarang membawa api terdedah.

PELAN PERSEDIAAN DAN TINDAKAN KECEMASAN

Arkib Negara Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN KOTA TINGGI

GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN (ERT) PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) (EMERGENCY RESPONSE TEAM)

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Hari Keselamatan,, 31 Mac BSP-HSE March

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

MSOC - Malay Sample Questions Set 4

BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK?

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

: Jawatan : No. Tel : Tandatangan : Tarikh :

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja. Sinopsis:

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN PENERIMAAN PERALATAN

2.0 PERATURAN AM KERJA ANGGOTA DAN KAKITANGAN BAHAGIAN KESELAMATAN. 2.1 Anggota dikehendaki menghadiri baris masuk tugas dan baris keluar tugas.

GARISPANDUAN PENYEDIAAN DOKUMEN DEMONSTRASI OPERASI SELAMAT (PENSTORAN GAS PETROLEUM CECAIR DI DALAM SELINDER)

PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN (PPS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 14 AUDIT DALAMAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Terma, Syarat dan Peraturan Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah

BAB 4 PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Polisi Privasi. Pengenalan

Undang-undang Permainan

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

PENGENDALIAN BENGKEL MENGAMALKAN KESELAMATAN BENGKEL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

Nota: Senarai Semak ini perlu dibaca bersama Standard dan Juruaudit dinasihatkan tidak terlalu terikat kepada senarai semak ini.

Pengurusan Bilik Darjah

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2(TK2) BAGI PEMBANTU TEKNIK GRED J29 3. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

Terma, Syarat dan Peraturan Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah

HOW TO REPLACE CPU (LAB 2) PENGENALAN. 1 Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)

TAKLIMAT PENYELARASAN DAN PENGHARMONIAN AUDIT SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR ISO 14001:2004 (EMS) UPM

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS.(P).12

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

PELAN TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KECEMASAN (GEMPA BUMI / KEBAKARAN / RUNTUHAN / GANGGUAN KUASA ELEKTRIK) SEMASA PEPERIKSAAN

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

05 Mana satu yang berikut ialah sejenis bahan pepejal mudah bakar? A. Air laut B. Pasir C. Piring keluli D. Kayu

Tatakelakuan. Pembekal

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Disediakan oleh: Noorazlina Binti Hashim Pensyarah Unit Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Langat

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Transkripsi:

Pelan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PENGENALAN Sistem pengurusan dalam sesuatu organisasi perlu menitikberatkan persekitaran yang selamat dan sihat agar setiap pekerja dapat member lebih tumpuan dan komitmen selain pencegahan daripada berlakunya kecederaan atau kemalangan sewaktu bekerja. Syarikat Kamaruzzaman Bin Md Jaafar (KBMJ) telah memulakan dan akan mengekalkan system yang dapat mencegah atau mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Langkah pertama syarikat adalah memastikan semua pekerja menghadiri kursus dan memiliki sijil NIOSH-TM Safety Passport seperti yang disyorkan oleh Telekom Malaysia (TM). Semua kakitangan dari pihak pengurusan hingga peringkat bawahan tidak hanya bertanggungjawab terhadap diri masing-masing sahaja malah juga terhadap pekerja seliaan mereka serta rakan sekerja. Pengalaman budaya kerja yang sihat dan selamat diharapkan dapat menyumbang ke arah matlamat kemalangan sifar di tempat kerja. Kemalangan juga secara tidak langsung dapat dielakkan walaupun pekerja berada di luar kawasan dan waktu kerja. SKOP KERJA Syarikat KBMJ adalah kontraktor panel TM berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas F. Turut juga didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan CIDB. Syarikat KBMJ menyediakan perkhidmatan pemasangan, penyambungan, pengujian dan penyelenggaraan kabel untuk TM. Selain itu turut disediakan perkhidmatan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan/pembaikan lurang (manhole) dan kotak sambungan (joint box), pemasangan/pembaikan sesalur dan sub-sesalur serta lain-lain keperluan semasa yang diperlukan oleh TM. Skop kerja tersebut meliputi aktiviti-aktiviti yang memerlukan latihan khusus serta PROSEDUR terperinci seperti berikut: 1. Kerja-kerja di tempat tinggi seperti kabel talian atas yang melibatkan penggunaan tangga. 2. Kerja-kerja dalam ruang terkurung seperti kabel bawah tanah yang mendedahkan pekerja kepada gas beracun, gas mudah terbakar atau kekurangan oksigen. 3. Kerja-kerja yang berhampiran jalan raya yang memerlukan pekerja memastikan keselamatan diri dan pengguna lalulintas. 4. Kerja-kerja berhampiran kawasan elektrik bervoltan tinggi yang mendedahkan bahaya renjatan elektrik kepada pekerja. 5. Kerja-kerja di kawasan orang awam. ~ 1 ~

FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN (OSH) SYARIKAT KAMARUZZAMAN BIN MD JAAFAR (KBMJ) Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan syarikat KBMJ adalah seperti berikut: 1. Membantu mewujudkan system dan PROSEDUR kerja yang sihat dan selamat di tempat kerja. 2. Menjalankan siasatan dan kajian ke atas laporan kemalangan, kemalangan nyaris, keadaan berbahaya atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja seterusnya melaporkan kepada pihak pengurusan untuk tujuan pembaikan. 3. Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja dalam tempoh setiap tiga (3) bulan untuk mendapatkan maklumat keadaan yang mungkin mendatangkan kemalangan atau memudaratkan kesihatan. 4. Mengkaji keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat. 5. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan memajukan cadangan pembaikan kepada pihak pengurusan. 6. Mengadakan mesyuarat berhubung keadaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sekurang-kurangnya setiap tiga (3) bulan. 7. Bertindak sebagai koordinator program keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan segala aktiviti berkaitan untuk meningkatkan tahap kesedaran pekerja kepada keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 8. Memberi latihan dan bimbingan serta memantau perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaaj. PANDUAN AM KESELAMATAN 1. Mengambil perhatian dan sentiasa berwaspada ke atas keselamatan diri dan rakan sekerja. 2. Memberi kerjasama kepada penyelia dan wakil pengurusan dalam aspek keselamatan dan kesihatan. 3. Sentiasa menggunakan peralatan kerja dengan cara yang betul dan selamat. 4. Sentiasa menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang dibekalkan semasa bekerja. 5. Tidak menggunakan sebarang mesin, peralatan atau bahan kimia kecuali telah diberi latihan dan kebenaran untuk menggunakannya. Sentiasa merujuk kepada penyelia jika ada keraguan tentang penggunaan peralatan/bahan tersebut. 6. Mematuhi semua tanda amaran keselamatan. 7. Pengambilan alkohol dan/atau dadah terlarang atau berada di bawah pengaruh bahan-bahan tersebut di tempat kerja adalah dilarang. ~ 2 ~

8. Dilarang membawa benda-benda merbahaya seperti senjata api atau bahan peledak ke premis syarikat. 9. Dilarang bermain, bergaduh atau mencetuskan ganguan di tempat kerja. 10. Bersihkan kesan tumpahan dengan segera. Simpan dengan baik dan kemas semua bahan-bahan dan peralatan kerja selepas digunakan. Jangan biarkan sisa-sisa kerja terkumpul kerana ia akan mencetuskan bahaya. Persekitaran yang teratur dan bersih boleh mencegah kamalangan atau kecederaan. 11. Membersih dan mengemas kawasan kerja dari benda yang boleh menghalang laluan semasa berlaku kecemasan, tersadung atau lantai licin. PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN Semua pekerja dan kakitangan baru akan menjalani program latihan keselamatan dan kesihatan yang disusun oleh jawatankuasa keselamatan dan kesihatan syarikat KBMJ. Program latihan tersebut mendedahkan mereka kepada amalan-amalan keselamatan dan kesihatan yang bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Program keselamatan dan kesihatan yang dijalankan di syarikat KBMJ adalah seperti berikut: 1. Program induksi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pekerja-pekerja baru yang terlibat dengan kerja luar akan menghadiri program induksi mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di bawah penyeliaan En. A Bakar bin Md Jaafar selaku ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan syarikat. Kandungan program induksi adalah seperti berikut: a) Panduan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) b) Panduan penggunaan tangga untuk kerja-kerja di tempat tinggi. c) Prosedur keselamatan bekerja di talian atas. d) Prosedur keselamatan bekerja di ruang terkurung. (bawah tanah/lurang) e) Prosedur keselamatan penggalian dan korekan. f) Prosedur keselamatan mengangkat beban berat. g) Prosedur keselamatan ketika berlaku kebakaran. h) Panduan keselamatan dan kesihatan di dalam pejabat. 2. Kursus NIOSH-TM Safety Passport. Semua pekerja syarikat KBMJ akan didaftarkan untuk mengikuti kursus NIOSH-TM Safety Passport yang dikendalikan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) selaras dengan keperluan keselamatan kontraktor penyelenggaraan TM. ~ 3 ~

Pekerja-pekerja yang menghadiri kursus tersebut akan didedahkan kepada punca-punca insiden, kesan dan tindakan kecemasan, aspek perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan alam sekitar (KKP dan AS), bahaya di tempat kerja dan cara-cara pencegahan (Rujuk buku passport keselamatan NIOSH-TM). Seterusnya pekerja-pekerja yang lulus ujian kefahaman akan diberi sijil dan layak untuk menjalankan kerja-kerja yang diberikan oleh TM. Senarai pekerja syarikat KBMJ yang telah memiliki NIOSH-TM Safety Passport adalah seperti disenaraikan di lampiran 2 3. Sesi taklimat keselamatan Penerangan ringkas keselamatan dan kesihatan di tempat kerja oleh ketua kumpulan kepada setiap pekerja pada setiap pagi sebelum menjalankan tugas. Setiap penyelia akan bergilir untuk memberikan taklimat ringkas mengenai penggunaan PPE dan keselamatan kerja. Sesi taklimat yang berterusan diharap dapat menanamkan sifat bertanggungjawab pekerja kepada keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan rakan sekerja. Minit bagi setiap sesi taklimat akan dicatatkan seperti lampiran 3. PROSEDUR DAN AMALAN KERJA SELAMAT PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) Penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) adalah penting untuk melindungi pekerja daripada risiko kemalangan atau kecederaan semasa menjalankan kerja. Perlindungan untuk mata, muka, kepala, kaki dan tangan amat dititikberatkan agar risiko berlakunya kemalangan atau kecederaan dapat dikurangkan. Oleh itu syarikat telah mengenalpasti dan membekalkan peralatan perlindungan diri yang sesuai untuk kegunaan pekerja seperti berikut: 1. Perlindungan mata dan muka -.Setiap pekerja perlu memakai pelindung mata seperti cermin mata keselamatan (safety google) dan pelindung muka (face shield) yang sesuai semasa bekerja di tempat yang terdedah kepada bahay seperti percikan api, asid atau objek melayang. 2. Perlindungan kepala Topi keselamatan (safety helmet) yang diiktiraf perlu dipakai setiap masa sewaktu bekerja untuk melindungi kepala daripada ditimpa objek yang jatuh atau melayang. 3. Perlindungan kaki Kasut keselamatan (safety boot) yang mempunyai cirri-ciri keselamatan dibekalkan kepada pekerja untuk melindungi kaki daripada risiko kecederaan akibat hempapan atau hentakan objek berat, tercucuk atau terpijak objek tajam serta risiko tergelincir di kawasan yang licin. 4. Perlindungan tangan Pekerja dikehendaki memakai sarung tangan perlindungan yang sesuai ketika mengendali atau memegang objek / bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan seperti luka, lecuran, kepanasan dan sebagainya. ~ 4 ~

5. Tali pinggang keselamatan (Safety harness) Tali pinggang keselamatan mesti dipakai ketika bekerja di tempat tinggi yang berisiko dengan bahaya terjatuh. Setiap tali pinggang keselamatan mesti diperiksa keadaannya sebelum digunakan. 6. Jaket keselamatan (Safety vest) Jakat keselamatan yang memantulkan cahaya perlu sentiasa dipakai di tempat kerja terutamanya semasa bekerja pada waktu malam atau berhampiran jalan raya yang sibuk. PANDUAN PENGUNAAN TANGGA 1. Pemeriksaan perlu dibuat ke atas kedaan tangga sebelum dan selepas menggunakannya. Jangan gunakan tangga yang rosak atau diragui keselamatannya. 2. Berhati-hati semasa menaiki atau menuruni tangga untuk mengelakkan daripada bahaya terjatuh. 3. Menggunakan tangga berpiawaian keselamatan BS 2037: 1994 MS certified (Class 1) seperti dikehendaki oleh TM. Penggunaan tanggan tersebut boleh dirujuk melalui panduan penggunaan tangga mudah-alih yang dibekalkan. 4. Pakai kasut keselamatan yang sesuai sebelum menggunakan tangga. 5. Sewaktu menaiki atau menuruni tangga peralatan tidak boleh dibawa dengan kedua-dua belah tangan kerana akan menghalang untuk memegang atau mencapai tangga. 6. Letakkan tanda amaran atau penghadang semasa menggunakan tangga di muka pintu ataukawasan orang awam. 7. Hanya seorang sahaja dibenarkan menaiki tangga pada satu-satu masa. 8. Jangan gunakan anak tangga teratas sebagai tempat berpijak atau berdiri. 9. Pastikan keempat-empat kaki tangga berada di tempat yang rata dan selamat supaya tangga tidak jatuh atau bergerak. 10. Pastikan anak tangga bebas/bersih daripada sebarang kesan gris atau minyak. 11. Simpam tangga dengan baik setelah selesai menggunakannya. PROSEDUR KESELAMATAN KETIKA BEKERJA DI TEMPAT TINGGI / TALIAN ATAS 1. Penyelia atau ketua kumpulan hendaklah memastikan tahap kesihatan pekerja-pekerja yang bekerja di tempat tinggi berada dalam keadaan baik dan semua peralatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut lengkap dibawa. 2. Pekerja-pekerja haruslah sentiasa memakai peralatan perlindungan diri seperti topi keselamatan, kasut keselamatan dan tali pinggang keselamatan sewaktu bertugas. ~ 5 ~

3. Sebelum memulakan kerja, pastikan papan tanda amaran telah dipasang pada tempat yang sesuai mengikut jarak yang selamat serta pita amaran dipasang mengelilingi kawasan kerja. 4. Tentukan tiang selamat untuk dinaiki debgab memastikan ianya tidak condong atau tiada kerosakan yang boleh menyebabkannya tumbang atau patah. 5. Pastikan tangga berada dalam keadaan baik dan selamat. (Rujuk panduan penggunaan tangga) 6. Semasa pekerja berada di atas tiang, pastikan tali pinggang keselamatan sentiasa dililitkan pada tiang. Sekiranya pekerja memerlukan masa yang lama untuk bekerja menggunakan tangga seperti kerja penyambungan kabel, pekerja perlu menggunakan pemanjang tapak tangga (step extender) umtuk mengurangkan tekanan pada kaki. 7. Jangan bekerja ketika hujan atau ribut dan sentiasa berhati-hati tentang bahaya elektrik semasa bekerja berhampiran dengan kabel elektrik. PROSEDUR KESELAMATAN KETIKA BEKERJA DI RUANG TERKURUNG (BAWAH TANAH/LURANG) 1. Penyelia atau ketua kumpulan hendaklah memastikan tahap kesihatan pekerja-pekerja yang akan bekerja di ruang terkurung berada dalam keadaan baik dan semua peralatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut terutama sekali alat pengesan gas dibawa ke lokasi kerja. 2. Pekerja-pekerja haruslah sentiasa memakai peralatan perlindungan diri seperti topi keselamatan, kasut keselamatan (safety/wellington boot), sarung tangan dan sebagainya sewaktu bertugas. 3. Sebelum memulakan kerja, pastikan papan tanda amaran telah dipasang pada tempat yang sesuai mengikut jarak yang selamat serta pita amaran dipasang mengelilingi kawasan kerja. 4. Sebelum memasuki lurang biarkan penutup lurang tersebut terbuka selama 10 15 minit untuk membenarkan pengudaraan. 5. Jalankan ujian pengesanan gas menggunakan alat pengesan gas (gas detector) sebelum memasuki lurang. Alat pengesan gas yang digunakan sekurang-kurangnya mesti dapat mengesan tiga gas utama iaitu gas yang melemaskan (kekurangan oksigen atau kelebihan karbon monoksida), gas yang mudah meletup/terbakar (methane, butane atau propane dan gas yang beracun (karbon monoksida atau hidrogen sulfida). Sekiranya sebarang gas tersebut dikesan, pekerja perlu mininggalkan kawasan tersebut dengan segera sehingga tindakan selanjutnya diambil. 6. Gunakan blower fan untuk pengudaraan yang baik semasa berada di dalam lurang. 7. Pencahayaan yang mencukupi perlu disediakan semasa bekerja di dalam lurang. 8. Keluarkan air (jika ada) daripada lurang dengan menggunakan pam air dan salurkan air yang dipam ke tempat yang sesuai. 9. Letakkan tangga di tempat yang sesuai dan memudahkan pekerja keluar jika berlaku kecemasan. ~ 6 ~

10. Dilarang merokok, menyalakan api (selain untuk tujuan kerja) makan atau minim ketika berada di dalam dan di sekitar lurang. PROSEDUR KESELAMATAN PENGGALIAN DAN KOREKAN 1. Penyelia atau ketua kumpulan hendaklah memastikan tahap kesihatan pekerja-pekerja yang menjalankan kerja-kerja penggalian dan korekan berada dalam keadaan baik dan semua peralatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut dibawa bersama ke lokasi kerja. 2. Pekerja-pekerja haruslah sentiasa memakai peralatan perlindungan diri seperti topi keselamatan, kasut keselamatan (safety/wellington boot), sarung tangan dan sebagainya sewaktu bertugas. 3. Sebelum memulakan kerja, pastikan papan tanda amaran telah dipasang pada tempat yang sesuai mengikut jarak yang selamat serta pita amaran dipasang mengelilingi kawasan kerja. 4. Pastikan jentera pengorek dan peralatan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 5. Pengendali jentera pengorek mestilah berkelayakan dan mahir bagi mengelakkan kemalangan akibat gagal mengendalikan jentera dengan baik. 6. Kajian ke atas permukaan tanah untuk memastikan keadaan dan jenis tanah harus dilakukan sebelum penggalian dan korekan dibuat. 7. Pengorekan harus dibuat secara condong (slope) atau menggunakan penahan yang sesuai dengan kedalaman dan keadaan tanah untuk menyokong dinding tanah yang dikorek supaya tidak runtuh. 8. Pastikan laluan kabel, paip atau sebarang infrastruktur utiliti bawah tanah sebelum penggalian dan korekan dibuat. Jika perlu, hubungi pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pelan utiliti yang menunjukkan laluan utiliti bawah tanah. Gunakan pengorek tangan (shovel) jika terdapat laluan utiliti bawah tanah untuk mengelakkan kerosakan kepada utiliti tersebut. 9. Jarakkan sebarang peralatan atau bahan kerja dari kawasan korekan untuk mengelakkannya terjatuh ke atas pekerja bertugas atau menghalang laluan keluar pekerja jika berlaku kecemasan. 10. Pemeriksaan harian perlu dilakukan sebelum kerja-kerja dimulakan terutama selepas hujan. 11. Tutup atau hadang kawasan penggalian apabila kerja diselesaikan. Gunakan lampu amaran (blinking light) dan pasang pita amaran disekeliling kawasan korekan untuk mengelakkan orang awam terjatuh ke dalam terutama pada waktu malam. 12. Pastikan ada pekerja tambahan yang bersiap sedia di luar lubang korekan untuk membantu jika berlaku kecemasan. 13. Jika kedalaman korekan melebihi 1.5 meter, sediakan tangga untuk memudahkan pekerja kaluar masuk lubang. ~ 7 ~

PROSEDUR KESELAMATAN MENGANGKAT BEBAN BERAT 1. Penyelia atau ketua kumpulan hendaklah memastikan tahap kesihatan pekerja-pekerja yang menjalankan kerja berada dalam keadaan baik dan semua peralatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut dibawa bersama ke lokasi kerja. 2. Pekerja-pekerja haruslah sentiasa memakai peralatan perlindungan diri seperti topi keselamatan, kasut keselamatan (safety boot), sarung tangan dan sebagainya sewaktu bertugas. 3. Berdiri rapat kepada beban dan pusat diri anda ke atasnya serta lebarkan kedua-dua belah kaki bersamaan lebar bahu anda. 4. Rapatkan otot abdomen anda. 5. Pastikan belakang anda lurus, bengkokkan lutut anda dan mencangkung turun ke lantai. 6. Sesuaikan atau selesakan kedua-dua belah tangan pada beban yang akan diangkat. 7. Pastikan beban dekat dengan badan anda, gunakan otot kaki anda untuk berdiri mengangkat beban dari lantai. 8. Bahagian belakang anda harus kekal lurus semasa mengangkat dengan hanya menggunakan otot di kaki untuk mengangkat beban. 9. Jangan pusingkan badan anda semasa memindahkan beban, sebaliknya ambil langkah-langkah kecil dengan kaki anda membelok sehingga anda berada dalam kedudukan yang betul. 10. Bengkokkan pada lutut dengan hanya menggunakan otot kaki anda untuk meletakkan beban di tempat yang sesuai. 11. Bilangan pekerja haruslah disesuaikan semasa mengangkat beban berat mengikut saiz dan berat beban. PROSEDUR KESELAMATAN KETIKA BERLAKU KEBAKARAN 1. Gunakan alat pemadam api yang sesuai untuk memadam kebakaran yang kecil. 2. Laporkan kepada penyelia atau Bomba jika berlaku kebakaran. 3. Sekiranya api bertambah marak atau asap semakin tebal jangan terus cuba mengawal kebakaran tersebut. 4. Jika kebakaran berlaku di dalam bangunan tutup semua pintu untuk mengasingkan api (jika selamat berbuat demikian) dan bersedia untuk meninggalkan bangunan. 5. Aktifkan sistem penggera kebakaran jika ada atau jeritkan "api" jika tiada sistem penggera untuk memaklumkan kepada pekerja atau orang awam yang lain. 6. Tinggalkan bangunan/kawasan kerja mengikut arahan dengan teratur, berhati-hati dan mengikut laluan kecemasan yang telah ditentukan ke tempat berkumpul yang selamat. ~ 8 ~

7. Teruskan berada di luar bangunan/kawasan kerja pada jarak yang selamat untuk memberi maklumat kepada pihak bomba sebaik sahaja mereka sampai ke lokasi kebakaran. Semua orang yang berada di dalam bangunan/kawasan kerja haruslah berkumpul di satu tempat untuk memastikan tiada yang tertinggal di dalam bangunan yang terbakar. PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI DALAM PEJABAT Kemalangan bukan sahaja boleh berlaku di tempat kerja bahkan juga di dalam pejabat. Bagi memastikan keselamatan dan persekitaran kerja yang selamat syarikat telah mengenalpasti risiko-risiko dan langkahlangkah yang sesuai untuk mengawal dan mengelakkan bahaya yang mungkin berlaku. 1. Memastikan peralatan pejabat, perabot, perkakasan elektrik dan sebagainya berada dalam keadaan baik dan teratur. Laporan akan dibuat kepada pihak pengurusan pejabat jika terdapat sebarang kerosakan pada mana-mana peralatan tersebut. 2. Mewartakan pejabat sebagai kawasan larangan merokok untuk mengurangkan risiko kebakaran atau pencemaran udara di dalam pejabat. 3. Alat pemadam api mudah alih dipastikan berada dalam kedaan baik dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terhalang atau terlindung. 4. Memastikan hanya individu atau pekerja yang terlatih dan berkelayakan untuk membaiki sebarang kerosakan peralatan elektrik atau pendawaian elektrik di pejabat. 5. Memastikan semua talian telefon, komputer dan elektrik dipasang dengan teratur dan selamat untuk mengelak risiko tersadung atau renjatan elektrik. 6. Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecemasan pekerja perlu segera melaporkan kepada pihak pengurusan pejabat. PEMERIKSAAN KESELAMATAN Selaras dengan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan syarikat akan menjalankan pemeriksaan keselamatan di kawasan tempat kerja untuk memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil dipraktikkan untuk mengelak atau mengurangkan berlakunya kemalangan. Pemeriksaan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan syarikat adalah berpandukan senarai semak seperti di lampiran 4, setiap tiga (3) bulan sekurang-kurangnya. ~ 9 ~

Laporan pemeriksaan akan diserahkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan jika perlu. PEMBERITAHUAN DAN PENYIASATAN KEMALANGAN Syarikat telah menyediakan satu prosedur khas bagi memenuhi tuntutan Seksyen 32 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 yang memerlukan majikan untuk melaporkan sebarang kemalangan, penyakit pekerjaan dan kejadian berbahaya yang berlaku di tempat kerja. Ini adalah penting bagi memastikan kemalangan di tempat kerja tidak berulang serta mengurangkan kadar berlakunya kemalangan di tempat kerja. MAKLUMAN MENGENAI KEMALANGAN PEKERJAAN Sebarang kemalangan, penyakit atau kejadian berbahaya yang berlaku atau nyaris berlaku perlu dilaporkan segera kepada pengurus atau pegawai yang bertanggungjawab dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan syarikat melalui panggilan telefon atau sebarang media yang bersesuaian. PENYISATAN KEMALANGAN PEKERJAAN Setelah menerima laporan kemalangan penyisatan perlu dijalankan oleh unit penyiasat yang dilantik oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan syarikat yang terdiri daripada:- 1. Pengurus 2. Penyelia Laporan penyiasatan yang lengkap diisi serta disemak akan diambil tindakan yang bersesuaian dan akan simpan direkod oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan syarikat. ~ 10 ~