Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

dokumen-dokumen yang mirip
Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Indeks Pembangunan Manusia. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Akaun Pelaburan Wafiyah

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Pengenalan Makroekonomi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

Aliran Fizikal Aliran dalam bentuk wang tunai seperti pendapatan faktor pengeluaran (SUFK) perbelanjaan penggunaan(c), tabungan (S)

Akaun Pelaburan Waheed

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Topik. Persekitaran dan Sistem Ekonomi PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Akaun Semasa Mudarabah

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Sustainable Education 54

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Akaun Pelaburan Waheed

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

Koperasi Pengangkutan

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

Akaun Pelaburan Bertempoh

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Keluaran Sentiasa Sama Dengan Pendapatan dan Perbelanjaan. Pendapatan Negara, Pendapatan Persendirian dan Pendapatan Boleh Guna

Akaun Pelaburan Wafiyah

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Pengenalan kepada Ekonomi

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Tuan yang Di Pertua, DEW AN RAKYAT. M A LA YSIA. YB D ATUK HAJI DATU N ASRUN BIN DATU M A N SUR (SILAM ) 14 M ac 2016

Balakrishnan AIL Parasuraman

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

3756/1 PRINSIP AKAUN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ACW Perakaunan Pengurusan II

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

Melindungi anda pada waktu yang sukar

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

Akaun Semasa Mudarabah

Transkripsi:

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, 2015 oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Ekonomi Malaysia telah tumbuh pada kadar 5.0 peratus setahun pada tahun 2015 berdasarkan perbandingan tahun ke tahun nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan tahun 2014 yang mendaftarkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus setahun. Jika dilihat dari sudut pertumbuhan ekonomi, sudah tentu kita bergembira dengan kadar pertumbuhan begini, walaupun ianya menurun memandangkan banyak negara-negara membangun lain mahupun negara maju menghadapi pertumbuhan yang lebih perlahan malahan ada yang mengalami penguncupan. Marilah kita lihat apakah faktor yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan apakah pula faktor-faktor yang memperlahankan pertumbuhan. Memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan dan yang menghalang pertumbuhan adalah penting bukan sahaja dari segi penggubalan dasar oleh pihak berwajib, malahan ianya juga penting difahami oleh masyarakat umum supaya mampu mengambil langkah-langkah sepatutnya sekiranya perlu. Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi terbuka dan Malaysia adalah sebuah negara perdagangan, sumber pertumbuhan ekonomi diukur dengan KDNK dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu dari permintaan domestik dan dari permintaan antara bangsa. Permintaan domestik pula terbahagi kepada penggunaan dan pelaburan, sama ada oleh sektor swasta atau sektor awam atau kerajaan. Manakala permintaan antara bangsa adalah terdiri dari eksport bersih, iaitu nilai eksport setelah ditolak dengan nilai import. Jika dibandingkan pertumbuhan KDNK benar untuk tahun 2014 dan 2015, seperkara yang ketara adalah pertumbuhan untuk tahun 2015 adalah rata-rata dipacu oleh 1 Pandangan yang dikemukakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya mewakili pandangan MIER.

permintaan domestik. Permintaan antara bangsa pada tahun 2015 mengalami pertumbuhan negatif sebanyak 3.7 peratus berbanding dengan pertumbuhan yang tinggi pada kadar 12.8 peratus pada tahun 2014. Manakala pertumbuhan permintaan domestik untuk tahun 2015 adalah 5.1 peratus setahun, tidak banyak beza dengan pertumbuhannya untuk tahun 2014 sebanyak 5.9 peratus. Pertama mari kita lihat apakah faktor yang menyebabkan permintaan yang lemah untuk eksport Malaysia? Secara umumnya, permintaan yang lemah untuk eksport Malaysia adalah berpunca dari kelembapan ekonomi dunia, terutamanya dari negara-negara rakan dagang Malaysia. Kelembapan ekonomi dunia ini pula adalah berpunca dari kelembapan ekonomi negara-negara membangun utama dunia, terutamanya Cina, Rusia, Brazil dan Afrika Selatan serta kebanyakan lain-lain negara membangun. Kelembapan ekonomi negara-negara membangun ini pula adalah berpunca dari penurunan harga komoditi utama dunia, terutamanya minyak petroleum mentah, serta aliran dagangan dan modal yang lembap. Kelembapan ekonomi negara-negara membangun tersebut pula memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia serta kebanyakan negara-negara maju dan membangun yang lain. Malaysia tidak terkecuali turut terkesan dengan keadaan tersebut. Di kalangan rakan dagang utama Malaysia, cuma Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik. Maka permintaan untuk eksport barangan Malaysia dari AS membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Eksport utama Malaysia ke AS adalah barangan elektrik dan elektronik. Walau bagaimanapun, barangan elektrik dan elektronik memberi nilai tambah yang kecil untuk sektor pembuatan Malaysia. Ini adalah kerana barangan elektrik dan elektronik yang dieksport ini bergantung kepada banyak komponen yang diimport. Ini merupakan satu cabaran yang perlu di atasi sekiranya kita ingin menyasarkan nilai tambah yang tinggi kepada sektor pembuatan. Untuk persediaan menjadi sebuah negara maju, sudah tentu sektor pembuatan kita perlu meningkatkan nilai tambah. Aktiviti pembuatan perlu melibatkan peningkatan teknologi supaya mampu meningkatkan nilai tambah berbanding dengan semata-mata

melibatkan diri di dalam proses pemasangan. Untuk menyahut cabaran ini sudah tentu negara memerlukan pelaburan yang berteknologi tinggi terutama dari sektor swasta. Pada masa yang sama, rakyat jelata perlu menyiapkan diri untuk menyumbangkan kepada peningkatan modal insan. Pekerja berkemahiran tinggi dan separa mahir perlu di pupuk. Pekerjaan untuk kategori mahir dan separa mahir perlu di tingkatkan selari dengan pelaburan di dalam teknologi. Jika ini dapat direalisasikan, kebergantungan kepada pekerja asing perlu tertumpu kepada pekerjaan kurang mahir. Sudah pasti isu pekerja asing merebut peluang pekerjaan warga tempatan tidak timbul. Malahan, kehadiran pekerja asing yang kurang mahir mampu menjadi pemangkin untuk pekerja tempatan meningkatkan kepakaran mereka untuk menggalas pekerjaan yang lebih baik. Malah, satu kajian oleh Bank Dunia menunjukkan bahawa untuk setiap 10 orang buruh asing, 5.2 peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi akan diwujudkan untuk rakyat Malaysia. Penyediaan pekerja berkemahiran bukan sahaja hanya tertumpu kepada gulungan yang baharu tamat pengajian, tetapi juga termasuk pekerja yang sudah berada di dalam pasaran buruh melalui proses pembelajaran sepanjang hayat serta latihan sambil kerja untuk meningkatkan kepakaran mereka. Berbalik kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun lepas yang bergantung kepada permintaan domestik kerana kelemahan sektor eksport. Keadaan yang sama juga diramalkan berterusan ke tahun ini. Seperkara yang perlu diambil perhatian adalah di antara perbelanjaan penggunaan dan pelaburan. Perbelanjaan pengguna tidak dinafikan adalah penting untuk menjana aktiviti ekonomi, yang seterusnya mampu menyediakan peluang pekerjaan. Namun, pelaburan perlu diberi tumpuan kerana aktiviti pelaburan ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi berterusan hasil dari peningkatan kapasiti pengeluaran di dalam ekonomi. Jika dilihat kepada statistik tahun lepas, 4.6 mata peratusan daripada 5.0 peratus pertumbuhan KDNK adalah disumbangkan oleh permintaan domestik. Dari 4.6 mata peratusan ini, 3.1 mata adalah hasil dari penggunaan swasta dan 0.6 mata dari perbelanjaan kerajaan. Pelaburan swasta cuma menyumbangkan 1.1 mata peratusan kepada kadar pertumbuhan 5.0 peratus tersebut.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa perbelanjaan swasta merupakan penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2015. Dari satu sudut, ianya baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang positif dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat. Namun dari sudut yang lain, penggunaan yang tinggi akan menyumbangkan kepada peningkatan harga, atau apa yang dikenali umum sebagai inflasi. Ini adalah selari dengan sifat fungsi permintaan yang menyatakan bahawa harga akan meningkat sekiranya permintaan meningkat. Peningkatan permintaan di sini adalah disebabkan oleh peningkatan pendapatan boleh guna hasil dari dasar kerajaan yang berkenaan. Justeru, pengguna mesti berbelanja dengan berhemah. Peningkatan penggunaan swasta melalui peningkatan hutang perlu ditangani dengan cermat oleh setiap pengguna. Walaupun masyarakat ingin melihat pertumbuhan ekonomi yang positif dan berterusan, namun ianya tidak dapat dinilai secara umum. Setiap individu harus menilai diri mereka sendiri sama ada mereka mampu berbelanja atau sebaliknya mengurangkannya. Dalam pada itu, penyusutan nilai ringgit terutama berbanding dengan dolar Amerika tidak dapat dinafikan juga menyumbangkan kepada peningkatan harga atau inflasi. Ini merupakan inflasi yang diimport. Sama ada import barangan perantaraan yang digunakan untuk proses pembuatan mahu pun import barangan pengguna, semuanya adalah berdominasikan di dalam dolar Amerika. Yakni harga barangan tersebut di nilai di dalam dolar Amerika, walaupun diimport dari negara lain. Pada kenyataannya, nilai inflasi pada bulan Januari tahun ini adalah 3.5 peratus, berbanding dengan sekitar satu peratus pada bulan Januari tahun lepas. Nilai inflasi 3.5 peratus ini adalah merupakan nilai tertinggi semenjak setahun yang lepas. Perlu juga diingat bahawa situasi ekonomi global yang mempengaruhi Malaysia kini bukan merupakan suatu pilihan, sebaliknya suatu cabaran yang perlu ditempuh. Namun, ianya adalah bersifat sementara selari dengan apa yang sering disebut sebagai kitaran perniagaan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana negara dapat mengemudi melalui dan keluar dari keadaan tersebut dan menyediakan diri untuk pembangunan masa hadapan yang lebih mapan.