Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

dokumen-dokumen yang mirip
PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Nota Sains Islam. Hasanul Arifin

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

PENDAHULUAN CTU101 10/9/2013 PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN PERANAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN

PENDAHULUAN CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM CTU101 10/9/2013

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

:

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BAHAGIAN A (20 markah)

Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak. Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

BAB I PENDAHULUAN. sendi kehidupan manusia termasuk masalah ekonomi. Kegiatan perekonomian

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

KEKUATAN AKHLAK DAN KEIKHLASAN TERHADAP IMPLEMENTASI KWALITAS KEILMUAN PENUNTUTNYA. Oleh : Moh. Hilmi. Abstraksi

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

PENGENALAN PENDAHULUAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 PEMBAHAGIAN NILAI DEFINISI NILAI: ISI KANDUNGAN: PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKEMA TASAWWUR ISLAM

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PKBS 2

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN


SUMBER HUKUM ISLAM 1

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

Tamadun Islam TITB113

Bahagian A. [20 markah] Mengakui bahawa hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

Transkripsi:

BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika 2.1 Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Manusia Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng. Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama. Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa,

melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga. Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya." Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw. Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata: "Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak." Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut. Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.

Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya. Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-islam Li al-mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. 2.2 Ciri-ciri Akhlak Islam i. Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan burukna adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk. ii. Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia. iii. Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. iv. Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.

2.3 Akhlak, Moral dan Etika Pengertian akhlak telah diterangkan di dalam bab sebelum ini. Seterusnya kita akan lihat pula pergertian moral dan etika. 2.3.1 Definisi Moral Moral dari sudut bahasa; berasal daripada perkataan Latin iaitu Mores yang bermaksud kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok sosial. Sementara itu terdapat banyak pengertian istilah yang diberikan oleh sarjana terhadap moral. Berikut merupakan sebahagian daripada contoh pengertian moral yang boleh difahami secara mudah. Moral adalah ajaran, peraturan dan ketetapan lisan atau bertulis mengenai bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia yang baik. Moral merupakan ajaran mengenai kebaikan dan keburukan berkenaan sesuatu perbuatan. Moral ditakrifkan sebagai tingkahlaku atau amalan untuk mewujudkan kestabilan dan ketenteraman rakyat dalam sesebuah negara. Kemoralan adalah sesuatu nilai yang dipupuk ke dalam setiap diri individu sehingga ia menjadi tabiat atau kebiasaan yang mesti diamalkan. Secara kesimpulannya, daripada beberapa pengertian yang dinyatakan dapat difahami bahawa kemoralan merupakan satu institusi kehidupan sosial. Malah ia turut bertindak sebagai sesuatu yang membantu dalam membimbing kendiri yang akan dapat dilihat menerusi tingkahlaku. Justeru sesuatu perbuatan yang dianggap menepati budaya dan peraturan sosial maka ia akan dianggap sebagai rasional dan jika sebaliknya maka ia bukanlah suatu yang boleh dianggap rasional.

Dalam aplikasi kemoralan terdapat empat bentuk yang ditekankan oleh ahli falsafah moral iaitu: a) Kemoralan Agama Merujuk kepada hubungan antara manusia dengan Tuhan iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan serta membuat kebaikan dan menghindar kejahatan. Ia merupakan asas sistem kehidupan manusia. b) Kemoralan Sosial Merujuk kepada hubungan sesama manusia. Ia merupakan bentuk kemoralan yang dianggap sangat penting terhadap kehidupan manusia oleh kebanyakan pengkaji kerana melibatkan banyak aspek lain. Ia sering mendapat tempat dalam perbincangan berkaitan kebanyakan etika. c) Kemoralan Individu Merujuk kepada hubungan individu dengan dirinya iaitu kawalan diri berdasarkan kepada kod moral sendiri yang mungkin diterima atau ditolak sama ada oleh masyarakat mahu pun agama. Ini kerana sesuatu perbuatan individu itu akan dinilai oleh dirinya sendiri. Justeru ia bergantung kepada tanggungjawab individu tersebut terhadap dirinya sendiri. d) Kemoralan Alam Merujuk kepada hubungan manusia dengan alam. Setiap makhluk mempunyai nilai dan kepentingan kepada manusia. Justeru manusia bertanggungjawab mengurus alam untuk menjamin keselesaan hidup kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Pencemaran alam merupakan akibat daripada kurangnya kesedaran kemoralan manusia terhadap alam sekitar.

2.3.2 Definisi Etika Dari segi bahasa; etika berasal daripada perkataan Greek iaitu Ethos yang bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku seseorang. Seorang Sarjana Barat bernama Grassian mentakrifkan etika sebagai kajian falsafah mengenai moral iaitu berkenaan kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan lain-lain. Antara definisi lain bagi etika ialah suatu disiplin ilmu yang mengkaji mengenai moral, prinsip moral, kaedah moral serta tindakan manusia yang betul. Pun begitu, etika juga boleh merujuk kepada satu set peraturan tingkah laku atau undangundang seperti kod etika perguruan, guaman, perubatan, etika pelajar dan sebagainya. 2.4 Perbezaan antara Akhlak, Moral dan Etika i. Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. ii. Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. iii. Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia. iv. Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.

Perbezaan Antara Akhlak Dengan Etika Akhlak Segalanya bersumberkan daripada al-qur an, al-sunnah dan pandangan Ulama. Sistem akhlak akan memberi kesan ketenangan kepada jiwa seseorang yang mematuhinya dan akan mendatangkan rasa kegelisahan ke atas individu yang mengingkarinya. Etika Segalanya ditentukan oleh pandangan individu atau kumpulan tertentu. Tindakan seseorang yang melanggari etika yang ditetapkan tidak akan mendatangkan rasa kerugian baginya kerana peraturan yang dicipta bukan atas dasar keikhlasan tetapi bersifat paksaan. Bermatlamatkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Bermatlamatkan untuk menentukan keuntungan atau kerugian. Prinsip akhlak adalah tetap dan sesuai di mana-mana dan di mana sahaja. Boleh berubah mengikut keadaan atau keperluan majoriti. Perbezaan antara moral dan akhlak Akhlak merangkumi zahir, batin dan pemikiran manusia mementingkan hubungan dengan Tuhan berdasarkan al-quran dan hadith rasulullah dan contoh daripada ulama Moral merangkumi zahir dan akal semata-mata hanya mementingkan hubungan sesama manusia sahaja berdasarkan sentimen masyarakat nilainya adalah mutlak nilainya tidak mutlak sentiasa berubahubah mengikut adapt sesuatu masyarakat matlamatnya adaalh untuk keredaan Allah matlamatnya untuk manusia semata-mata

Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan Moral 1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak. 2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak. 3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.