JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

dokumen-dokumen yang mirip
EUP 213/2 Perakaunan Pengurusan

JAL 533/ JAJ 433/3 Kajian Ekonomi Lebuhraya & Pengangkutan

PERAKAUNAN KERTAS 2 ( 2 JAM ) PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER STPM SEMESTER 2 SEK.MEN.KEB. SERI AMPANGAN MAC 2013

STPM KERTAS 2 (PERAKAUNAN PENGURUSAN)

AAW Perakaunan Pengurusan Lanjutan

SULIT 3757/ /2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

EUP 222/3 Jurutera Dalam Masyarakat

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

SULIT* PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER STPM SEMESTER 2 SEK.MEN.KEB. SERI AMPANGAN APRIL 2013

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

PRINSIP PERAKAUNAN. 2 Jam 30 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bahagian A. b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. [3]

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

ACW Perakaunan Korporat II

JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2000/2001. April 2001

3756/1 PRINSIP AKAUN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. JTW Mikroekonomi

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

...2/- SBU204 - Analisis Pelaburan Projek UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Masa: 2jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

ATW Statistik Perniagaan ATW Kaedah Kuantitatif

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

AAW Analisis dan Pembangunan Sistem Maklumat Perakaunan ACW Sistem Maklumat Perakaunan Lanjutan

SMK ST. MICHAEL, IPOH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 PRINSIP PERAKAUNAN

Model Pengurusan Strategik

ACW Perakaunan Pengurusan II

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

ATW Prinsip Kewangan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003. Februari/Mac JKE Analisis Ekonomi Islam.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

ATWlll. PERAKAUNAII KEWANGAN

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

Sustainable Education 54

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

ACW Percukaian I

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

JTW PRINSIP PERAKAUNAN KEWANGAN. Masa: 3 jam UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

Peraturan Pemarkahan Prinsip Perakaunan Kertas 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 NEGERI PERAK

MODUL A PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

JTW IO7 - MIKROEKONOMI

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

Kriteria Belanjawan Modal

LINIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik September Masa: [3 jam]

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003. Februari/Mac Masa: 3 jam

JTW Perakaunan Kewangan Pertengahan

AAW 3I4.PENGAUDITAN 1 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Kertas kerja menunjukkan status serta jenis kerja yang dijalankan seperti berikut: ...

Koleksi Trial 2010 Cg Narzuki Online

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. JTW Makroekonomi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

JKE Kewangan Antarabangsa

JTW Undang-Undang Perniagaan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 PRINSIP PERAKAUNAN PERATURAN PEMARKAHAN

~~~ ~---~~; ) SEMESTER: TARIKH : ~;,".

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001. September SEW211 - Mikroekonomi I

MODUL B PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

SMK BAGAN SERAI BAGAN SERAI, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

JIE Analisis Ekonomi Islam

Koleksi Trial nyong75.wordpress.com


SULIT 3756/2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BARU MIRI MIRI, SARAWAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN KETIGA SPM 2007 TINGKATAN LIMA PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 2

Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.

RDB PENGURUSAN REKABENTUK

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

PRINSIP PERAKAUNAN SET 1 KERTAS 2

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan II

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

Modul Pembelajaran Kendiri Penyata Kos Pengeluaran Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan Negeri Kedah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PENYATA KOS PENGELUARAN Percubaan SPM 2014 Negeri Kedah

Transkripsi:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004 Februari / Mac 2004 JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA (5) muka surat bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini. 2. Kertas ini mengandungi LIMA (5) soalan. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A WAJIB dijawab, Bahagian B juga WAJIB dijawab, sementara Bahagian C, soalan 3 WAJIB dijawab dan pilih mana-mana soalan 4 atau 5. 3. Semua soalan mempunyai markah yang sama. 4. Semua jawapan MESTILAH dimulakan pada muka surat yang baru. 5. Semua soalan MESTILAH dijawab dalam Bahasa Malaysia. 6. Tuliskan nombor soalan yang dijawab di luar kulit buku jawapan anda. 2/-

- 2 - [JUP 201/3] BAHAGIAN A PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Saya ingatkan saya sudah agak baik dalam mengurus para pekerja, tetapi saya perlu memikirkan banyak perkara., mula Encik Uzran. Saya meningkat naik dengan cepat di Syarikat Terang Benderang (STB). Selepas dua belas tahun, saya menjadi ketua untuk bahagian pengeluaran, tetapi saya tahu bahawa saya tidak mungkin sampai ke peringkat tertinggi. Oleh itu bila tawaran datang untuk mengetuai Syarikat Elektronik Cassa Sinar (ECS), saya menerimanya. Syarikat Elektronik Cassa Sinar (ECS) adalah sebuah syarikat pengeluar peralatan elektronik. Syarikat ini masih baru dan sedang meningkat. Ia ditubuhkan pada tahun 1990 dan jualan tahunannya kini melebihi RM 70 juta. Ia mempunyai 350 orang pekerja, kebanyakannya jurutera dan pakar teknikal. Semasa ditemuramah, Encik Uzran telah bersama ECS selama lapan bulan. Kebanyakan daripada kerja di sini adalah berdasarkan program Star Wars. Di ECS, kami mempunyai sebilangan jurutera yang mengendalikan masalah harian. Kami menerokai masa hadapan. 40% daripada jumlah pekerja di sini mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kepakaran masing-masing. Semakin ramai yang memiliki ijazah sarjana dan Ph.D. Pekerja ini misalnya, seorang jurutera elektrik berusia 30 tahun, berijazah. Dia mahukan pencapaian dan pembangunan peribadi dari kerjanya. Dia mahukan cabaran. Wang dan pangkat kerja sahaja tidak begitu bermakna. Sudah pasti, kami membayar gaji yang baik. Gaji permulaan di sini lebih tinggi daripada syarikat pesaing lain, ditambah dengan perkongsian keuntungan dan opsyen pemilikan saham, tambah Encik Uzran. 1. Baca dan fahami senario di atas. Berdasarkan senario dalam kes ini, jawab soalan-soalan berikut: (a) Bandingkan kedudukan Encik Uzran di Syarikat Terang Benderang (STB) dan di Syarikat Elektronik Cassa Sinar (ECS). Bagaimanakah perbezaan ini mungkin mempengaruhi keperluan seseorang pekerja itu? (b) Apakah yang boleh dilakukan oleh Encik Uzran untuk menggalak dan memotivasikan para pekerja teknikal beliau? (c) Adakah anda fikir bahawa keperluan pekerja teknikal adalah berbeza dengan mereka dari bidang profesional yang lain seperti pengurus, peguam atau akauntan? Bincangkan. 3/-

- 3 - [JUP 201/3] BAHAGIAN B PENGURUSAN PEMASARAN Teknologi Boleh Mengubah Rintangan-rintangan Bagi Warga Tua Teknologi sedang mengubah dan menambahbaik kehidupan warga tua di Amerika dalam pelbagai cara yang berbeza. Pertama, warga tua adalah pengguna online yang meningkat dan mereka adalah populasi pelayar internet yang paling cepat berkembang. Kedua, terdapat beberapa jenis produk baru yang dibangunkan dan diuji bertujuan menyediakan warga tua lebih autonomi dan kawalan terhadap hidup mereka. Kesemua produk ini termasuklah idea tele-home care yang sedang diuji oleh universiti-universiti yang mana para pesakit di rumah boleh melihat dan berhubung dengan ahli professional kesihatan untuk memeriksa isu-isu kesihatan (seperti memeriksa masalah jantung). Produk tambahan termasuklah teknologi smart home, seperti cahaya lampu yang menerangi laluan ke bilik mandi, sensor yang boleh memantau kedudukan warga tua, dan cawan kopi yang berbunyi beep bila ia hampir penuh. Akhir sekali, produk ini termasuklah kereta yang boleh menyediakan maklumat utama di cermin dashboard untuk memudahkan penglihatan. Produk-produk ini menyediakan beberapa kemudahan kepada warga tua. Pertama, teknologi mungkin membantu mereka hidup dengan lebih baik dan kehidupan yang lebih berdikari. Kedua, bagi pusat warga tua, produk-produk ini mengurangkan kos untuk menyediakan pembantu. Ketiga, kebanyakan daripada percubaan untuk home tech ini dibuat di kawasankawasan luar bandar yang mana hanya terdapat beberapa pilihan penjagaan warga tua. Di sebalik faedah-faedah ini, adalah agak sukar untuk membolehkan warga tua mengambil kelebihan dari peluang-peluang ini. Terdapat juga warga tua yang yang tidak mahu mengaku bahawa mereka memerlukan bantuan. Tambahan pula, ramai yang tidak sedar tentang penyelidikan yang dilakukan oleh universiti-universiti dan firma-firma dalam bidang aplikasi teknologi untuk warga tua ini. Oleh itu, usaha-usaha pemasaran akan diperlukan untuk memberitahu dan mendedahkan warga tua agar mengambil peluang dari produk-produk ini sekiranya diperlukan. (Sumber : U.S. News & World Report, 4 Jun 2001) Baca petikan berita di atas dan jawab soalan-soalan berikut: 2. (a) Anda boleh menjana strategi pemasaran yang berjaya untuk produk ini berdasarkan pengubahsuaian pembolehubah-pembolehubah strategik atau campuran pemasaran. Gunakan campuran pemasaran ini untuk memasarkan produk berasaskan teknologi untuk warga tua dalam persekitaran yang berdaya saing ini. (15 markah) (b) Dalam memasarkan produk ini, bagaimanakah objektif-objektif berikut boleh dicapai? i. Memaksimakan jualan, ii. Memenuhi kepuasan pelanggan; dan iii. Memaksimakan faedah kepada pengguna serta masyarakat. (15 markah) 4/-

- 4 - [JUP 201/3] BAHAGIAN C PERAKAUNAN PENGURUSAN (SOALAN 3 WAJIB DIJAWAB DAN PILIH SOALAN 4 ATAU SOALAN 5) 3. Syarikat Incredicom memproses produk telekomunikasi bernama Combatt. Sebanyak 30 000 unit Combatt dibuat dan dijual untuk pasaran tempatan setiap tahun pada harga RM 12.50 seunit. Kos-kos untuk membuat 30 000 unit produk ini adalah seperti berikut: Bahan Buruh langsung Overhed berubah (termasuk kos angkutan sebanyak 35 sen seunit) Overhed tetap: Gaji Air dan elektrik Sewa Susutnilai Belanja am RM 4.00 seunit RM 1.50 seunit RM 1.20 seunit RM 32 000 setahun RM 12 000 setahun RM 8 000 setahun RM 5 000 setahun RM 1 200 setahun Oleh kerana kilang mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 40 000 unit Combatt setahun, syarikat ini bercadang untuk mengeluarkan 10 000 unit tambahan setiap tahun untuk dijual dalam pasaran Singapura. Kos-kos terlibat dengan 10 000 unit tambahan ini adalah seperti berikut: Harga bahan untuk membuat 10 000 unit tambahan Combatt akan meningkat sebanyak 10% dan upah untuk beberapa orang pekerja tambahan akan meningkat sebanyak 20%. Kos angkutan untuk membawa 10 000 unit ke Singapura dianggarkan sebanyak RM 0.40 seunit Jumlah kos air dan elektrik syarikat akan meningkat kepada RM 15 000 setahun. Syarikat menjangka 10 000 unit ini boleh dijual pada harga RM 10.00 seunit memandangkan syarikat menghadapi persaingan hebat di Singapura. (a) Bolehkah cadangan untuk membuat 10 000 unit tambahan untuk dijual dalam pasaran Singapura diterima? (b) Apakah harga jualan seunit yang patut ditetapkan bagi 10 000 unit tambahan ini jika syarikat ingin memperoleh untung tambahan sebanyak RM 12 500? 4. Syarikat Mauricio mempunyai 2 kilang untuk memproses sejenis produk yang ditempah oleh pelanggan-pelanggannya. Belanjawan berikut telah disediakan untuk tahun 2004. Jabatan A Jabatan B Kos buruh langsung RM 75 000 RM 120 000 Bahan langsung RM 125 000 RM 160 000 Overhed kilang RM 28 000 RM 36 000 Jam buruh langsung 8 000 jam 2 000 jam Jam kerja mesin 10 000 jam 5 000 jam 5/-

- 5 - [JUP 201/3] Syarikat menggunakan kadar overhed pratentu untuk mengenakan overhed kepada pesanan kerja individu. Overhed diserap berasaskan jam mesin dalam Jabatan A dan jam buruh langsung dalam Jabatan B. Pada bulan Februari 2004, lembaran kos untuk pesanan kerja nombor 888 menunjukkan butir-butir berikut: Jabatan A Jabatan B Bahan digunakan RM 2 730 RM 2 540 Buruh langsung RM 1 290 RM 1 660 Jam buruh digunakan 50 jam 40 jam Jam mesin digunakan 130 jam 30 jam (a) Kirakan kadar penyerapan overhed pratentu untuk setiap jabatan. (b) Kirakan kos untuk menyiapkan pesanan kerja nombor 888. (c) Jika harga yang disebut untuk pesanan kerja nombor 888 adalah RM 13 500, kirakan untung yang diperoleh. (d) Apakah yang boleh anda bandingkan tentang kos di Jabatan A dan di Jabatan B? 5. Syarikat Dijeemon Chemical membuat dan menjual sejenis bahan kimia industri yang dijual dalam botol. Anggaran-anggaran berikut telah dibuat untuk 2 tahun akan datang: 2004 2005 Volum pengeluaran 30 000 botol 38 000 botol Jualan RM 180 000 RM 228 000 Jumlah kos RM 128 000 RM 155 200 (a) Kirakan volum untuk mendapatkan untung sebanyak RM 32 000 setahun. (b) Dapatkan untung daripada volum 45 000 botol setahun. (c) Jika syarikat bercadang untuk memproses 60 000 botol pada tahun akan datang, kirakan harga jualan yang patut dikenakan jika syarikat ingin mendapatkan untung sebanyak RM 118 000 setahun. - ooo O ooo -