D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

dokumen-dokumen yang mirip
D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

Undang-Undang Malaysia

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

b e r n a m a RANG UNDANG-UNDANG Suatu Akta untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984.

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

AKTA PILIHAN RAYA 1958

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

D.R. 7/93 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan 1950.

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 35/96 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyiaran 1988.

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1 D.R. 35/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

Undang-Undang Malaysia

D.R. 8/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

' "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;';

D.R. 3/94 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PADI DAN BERAS 1994

RANG UNDANG-UNDANG SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 666

D.R. 19/92 RANG UNDANG-UNDANG HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) Naskhah Sahih Bahasa Malaysia. 7. Tempoh lesen.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

D.R. 6/93 RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN PERMULAAN

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1 D.R. 23/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

D.R. 10/99 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 27/93 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1971

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

Undang-Undang Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 39/92 y/ RANG UNDANG-UNDANG PERINDUSTRIAN NIAGA HADAPAN 1992

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Kawalan Harga dan Antipencatutan 1 D.R. 29/2010 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Transkripsi:

D.R. 19/90 Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG b ernama Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais 1976. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Eksais () 1990. Tajuk ringkas. 2. Seksyen 2 Akta Eksais 1976, yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipinda (a), dengan memasukkan, selepas sahaja perkataan "tembakau" dalam takrif "rokok", perkataanperkataan "sama ada dengan atau tanpa apa-apa ramuan tambahan yang lain'; (b) dengan memotong takrif "gelen", "gelen peruf' dan "spirit peruf; dan (c) dengan menggantikan takrif "gudang berlesen". dengan yang berikut: ' "gudang berlesen" ertinya gudang atau tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 25 bagi penggudangan barang-barang berduti, dan termasuk (a) gudang kastam di bawah seksyen 65; (b) mana-mana gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 65 dan 65A; dan seksyen 2 Akta 176.

2 RANG UNDANG-UNDANG seksyen 4. seksyen 14. seksyen 15. Akta 235 (c) mana-mana depot pelepasan daratan yang dilesenkan bawah seksyen 65E, Akta Kastam 1967, bagi penggudangan barangbarang yang serupa kelasnya dengan barangbarang berduti tersebut;'. 3. Seksyen 4 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan memotong perkataan-perkataan "Timbalan Pengarah," dalam baris kedua subseksyen (1); dan (b) dengan menggantikan noktah di hujung subseksyen itu dengan koma dan memasukkan selepas itu perkataan-perkataan "selain daripada kuasa yang diberikan oleh seksyen 18.", 4. Seksyen 14 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "oleh kerana kemalangan yang tidak dapat dielakkan apa-apa barang berduti adalah hilang, rosak atau musnah" dalam subseksyen (1) dengan perkataan-perkataan "apa-apa barang berduti rosak, musnah atau, oleh kerana kemalangan yang tidak dapat dielakkan, hilang". 5. Seksyen 15 Akta ibu adalah dipinda dengan menomborkannya semula sebagai "15. (1)" dan memasukkan selepas sahaja subseksyen itu subseksyen baru (2), (3), (4) dan (5) yang berikut: "(2) Jika apa-apa amaun kena dibayar mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh membenarkan amaun itu dibayar secara ansuran mengikut amaun dan pada tarikh yang ditetapkannya. (3) Jika selepas luput suatu tempoh yang munasabah dan amaun yang kena dibayar itu tidak dibayar oleh orang itu, selepas diberikan notis secara bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada orang itu, Ketua Pengarah boleh menjual apa-apa barang yang ditahan di bawah subseksyen (1). (4) Hasil daripada jualan apa-apa barang itu hendaklah digunakan untuk membayar amaun yang kena dibayar itu dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada orang itu.

EKSAIS (PINDAAN) 3 (5) Jika jualan barang-barang itu dibuat dengan cara lelong, lelong itu hendaklah dijalankan oleh atau di hadapan pegawai kanan eksais.". 6. Seksyen 16 Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas sahaja perkataan "disimpan", perkataan-perkataan "atau dari mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais". 7. Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 19 dengan yang berikut: "Pulangan cukai. 19. (1) Jika apa-apa barang dieksport dari Persekutuan sebagai suatu bahagian daripada atau ramuan bagi apa-apa barang yang dikilang dalam Persekutuan atau sebagai pembungkus, atau suatu bahagian daripada atau ramuan pembungkus, barang-barang terkilang itu, maka, jika duti eksais atas bahagian atau ramuan barang-barang terkilang itu atau atas pembungkus atau bahagian atau ramuan pembungkus berkenaan telah dibayar, Ketua Pengarah boleh, apabila barang-barang itu dieksport sedemikian, membenarkan pulangan cukai penuh kepada pengilang bagi duti eksais yang telah dibayar sedemikian jika (a) barang-barang siap itu telah dikilang di premis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; (b) apa-apa buku dan akaun disimpan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud memastikan kuantiti barang-barang yang digunakan dalam pengilangan itu atau bagi atau dalam pembungkusan barang-barang terkilang itu; (c) barang-barang itu dieksport sedemikian dalam masa dua belas bulan dari tarikh duti eksais telah dibayar atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan (d) notis bertulis telah diberikan pada borang akuan eksport bahawa tuntutan bagi seksyen 16. Penggantian seksyen 19.

4 RANG UNDANG-UNDANG pulangan cukai itu akan dibuat, dan tuntutan sedemikian dalam borang yang ditetapkan telah dibuat dan dibuktikan hingga memuaskan hati pegawai kanan eksais dalam masa enam bulan dari tarikh pengeksportan itu atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. (2) Dalam seksyen ini, ungkapan "pengilang" termasuklah mana-mana orang yang-kepadanya barang-barang terkilang itu telah dijual atau dilupuskan selainnya.". seksyen 23. Seksyen baru 23A dan 23B. 8. Seksyen 23 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan menggantikan koma dalam perenggan (c) subseksyen (1) dengan koma bernoktah dan memasukkan selepas itu perkataan "atau"; dan (b) dengan memasukkan, selepas sahaja perenggan (c) subseksyen tersebut, perenggan baru (d) yang berikut; "(d) mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais.". 9. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan dalam Bahagian IV, selepas sahaja seksyen 23, seksyen baru 23A dan 23B yang berikut: "Penyelesai syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan duti. 23A. (1) Jika suatu ketetapan yang berkesan diluluskan atau suatu perintah dibuat bagi penggulungan sesuatu syarikat yang kepadanya suatu lesen di bawah Akta ini dikeluarkan, maka penyelesai syarikat itu hendaklah memberikan notis mengenainya kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu diluluskan atau perintah itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset syarikat itu mengetepikan sekian jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah cukup untuk membayar apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu.

EKSAIS (PINDAAN) 5 Perlantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah. (2) Penyelesai bagi mana-mana syarikat sedemikian yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan bagi pembayaran duti eksais sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri atas apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu. (3) Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi penyelesai atau dikehendaki oleh undangundang untuk menjalankan penggulungan manamana syarikat itu, maka obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada penyelesai di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada hak sumbangan sesama mereka seperti dalam hal kontrak. 23B. (1) Jika seorang penerima dilantik bagi harta syarikat yang kepada suatu lesen di bawah Akta ini dikeluarkan, maka penerima itu hendaklah memberikan notis mengenainya kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas perlantikan itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset syarikat itu mengetepikan sekian jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah cukup untuk membayar apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan barang-barang berduti yang telah dijual oleh syarikat itu sebelum perlantikan penerima itu. (2) Seseorang yang dilantik sebagai penerima yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan bagi pembayaran duti eksais sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri atas apaapa duti eksais yang kena dibayar atau yang

6 RANG UNDANG-UNDANG seksyen 26. seksyen 28. seksyen 32. seksyen 33. menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu. (3) Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi penerima, maka obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada hak sumbangan sesama mereka seperti dalam hal kontrak.". 10. Seksyen 26 Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas sahaja perkataan-perkataan "gudang berlesen", perkataan-perkataan "atau di manamana tempat lain di bawah kawalan eksais". 11. Seksyen 28 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "seksyen 20;" dalam perenggan (b) dengan perkataan-perkataan "seksyen 20 atau manamana tempat lain di bawah kawalan eksais; atau"; dan (b) dengan memotong perenggan (c). 12. Seksyen 32 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b) subseksyen (1) dengan perkataan "; atau"; (b) dengan memasukkan, selepas sahaja perenggan (b) dalam subseksyen (1), perenggan baru (c) yang berikut: (c) bagi jualan secara runcit likuor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah seksyen 65D Akta 235. Akta Kastam 1967."; dan (c) dengan menggantikan perkataan-perkataan "enam gelen" dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "dua puluh tujuh liter". 13. Seksyen 33 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "enam gelen" dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "dua puluh tujuh liter".

EKSAIS (PINDAAN) 7 14. Seksyen 54 Akta ibu adalah dipinda dengan memotong subseksyen (5). 15. Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 55 dengan yang berikut: "Pemulangan atau pelupusan harta alih. 55. (1) Jika apa-apa barang telah disita di bawah Akta ini, maka seseorang pegawai kanan eksais boleh, menurut budi bicaranya (a) memulangkan barang itu untuk sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia telah disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan eksais berhak ke atasnya, tertakluk kepada apa-apa tefma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai itu, dan tertakluk, bagaimanapun kepada sekuriti yang cukup diberikan hingga memuaskan hati pegawai itu bahawa barang-barang itu akan diserahkan balik kepadanya apabila permintaan dibuat olehnya dan bahawa terma-terma dan syarat-syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi; atau (b) memulangkan barang-barang itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia telah disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan eksais berhak ke atasnya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya barang-barang itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskannya, dan pemulangan itu adalah tertakluk kepada sekuriti diberikan hingga memuaskan hati pegawai itu dengan amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai itu, merupakan (i) nilai pasaran terbuka barangbarang itu pada tarikh ia dipulangkan sedemikian; seksyen 54. Penggantian seksyen 55.

RANG UNDANG-UNDANG (ii) duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengannya; dan (iii) apa-apa cukai yang kena dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bagi pembayaran amaun yang dijamin sedemikian kepada Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat -suatu perintah bagi perlucuthakan amaun itu di bawah seksyen 66 (3) atau 67 (4); atau (c) menjual atau memusnahkan barangbarang itu, sebagaimana yang sesuai memandangkan hal-hal keadaan, jika ia makhluk hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan eksais, ia bersifat mudah rosak atau berbahaya atau mungkin cepat merosot dari segi kualiti atau nilainya, dan jika ia dijual sedemikian, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan. (2) Mana-mana orang yang (a) gagal menyerahkan kepada pegawai kanan eksais, apabila diminta, barang-barang yang dipulangkan untuk sementara kepadanya di bawah subseksyen (1) (a); atau (b) gagal mematuhi atau yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah seksyen (1) (a), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya. (3) Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang mungkin ditanggung oleh orang tersebut atau mana-mana

EKSAIS (PINDAAN) 9 orang lain di bawah terma-terma dan syaratsyarat yang berhubungan dengan pemulangan barang-barang di bawah subseksyen (1) (a). (4) Peruntukan-peruntukan subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi orang sedemikian, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin kepada orang yang kepadanya barang-barang itu dipulangkan di bawah subseksyen (1) (a). (5) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal atau golongan hal yang tertentu, memberikan apaapa arahan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat berkenaan dengan penjalanan kuasa-kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan eksais di bawah subseksyen (1). (6) Tiada seorang pun berhak mengekalkan apa-apa tindakan oleh sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang diambil oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak seseorang pegawai kanan eksais di bawah seksyen ini dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk melayani apa-apa tindakan sedemikian.". 16. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas sahaja seksyen 55, seksyen baru 55A yang berikut: Seksyen baru 55A. "Pengemukaan perakuan ahli analisa, atau pegawai kanan eksais, atau orang yang dibenkuasa oleh Menteri. 55A. (1) Dalam mana-mana pembicaraan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang di dalamnya kewujudan, perihalan, pengelasan, komposisi, kuantiti, kualiti atau nilai, atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan, mana-mana barang yang dipulangkan di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 55 atau dijual atau dimusnahkan di bawah perenggan (c) subseksyen tersebut, dipersoalkan, apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh pendakwa yang berupa sebagai suatu perakuan berkenaan

10 RANG UNDANG-UNDANG dengan mana-mana perkara sedemikian yang diberikan dan ditandatangani oleh (a) mana-mana ahli analisa mengikut pengertian seksyen 61 (5); atau (b) pegawai kanan eksais; atau (c) mana-mana orang, tidak kira sama ada dia seorang pegawai awam ataupun tidak, yang diberikuasa oleh atau bagi pihak Menteri, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal tertentu, bagi maksud-maksud seksyen ini, bolehlah diterima sebagai keterangan dan konklusifnya dokumen itu ti^aklah boleh dipersoalkan atas alasan bahawa barang-barang yang berkenaan dengannya perakuan itu diberikan telah tidak dikemukakan di hadapan mahkamah sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, dan ia hendaklah menjadi keterangan tentang isi kandungannya, termasuk fakta-fakta yang dinyatakan di dalamnya, tanpa bukti tentang tandatangan pada perakuan sedemikian. (2) Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undangundang bertulis lain atau rukun keterangan yang bertentangan.". seksyen 58. seksyen 66. 17. Seksyen 58 Akta ibu adalah dipinda dengan memotong perkataan-perkataan "sesuatu Mahkamah Sesyen dalam Negeri-negeri Tanah Melayu atau mahkamah" dan perkataan-perkataan "di Sabah dan Sarawak". 18. Seksyen 66 Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas subseksyen (2), subseksyen baru (3) yang berikut: "(3) Amaun yang dijamin di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 55 atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) tersebut hendaklah dilucuthakkan

EKSAIS (PINDAAN) 11 oleh mahkamah jika dibuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang yang berkenaan dengannya amaun itu telah dijamin atau dihasilkan melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu.". 19. Seksyen 67 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 67 dengan yang berikut: "Barangbarang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan, atau hasil jualannya, adalah terlucuthak jika tidak dituntut dalam masa satu bulan. 67. (1) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini, barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu yang dipegang menurut perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 55 hendaklah diambil dan disifatkan terlucuthak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh barang-barang itu disita melainkan jika, sebelum tamat tempoh itu (a) tuntutan terhadap, barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu dibuat di bawah subseksyen (2); (b) suatu permohonan bertulis dibuat bagi pemulangan barang-barang itu di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 55; atau (c) barang-barang itu dipulangkan di bawah perenggan (a) atau (b) yang tersebut. (2) Mana-mana orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang-barang atau hasil jualan itu tidak boleh dikenakan perlucuthakan boleh memberikan notis bertulis kepada pegawai kanan eksais bahawa dia menuntut barang-barang atau hasil jualan itu. (3) Apabila tamat tempoh yang tersebut dalam subseksyen (1) pegawai kanan eksais itu, Penggantian seksyen 67.

12 RANG UNDANG-UNDANG jika barang-barang itu atau hasil jualan barangbarang itu tidak diambil dan disifatkan terlucuthak di bawah subseksyen itu, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau sekuriti yang diberikan di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 55, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilepaskan, atau boleh mengarahkan pegawai kanan eksais itu, melalui pemakluman dalam borang yang ditetapkan, merujukkan perkara itu kepada Majistret Kelas Satu untuk diputuskannya. (4) Majistret Kelas Satu itu hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barangbarang itu atau hasil jualan barang-barang itu, dan orang yang daripadanya barang-barang itu disita, hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, selepas dibuktikan penyampaian sewajarnya saman itu, Majistret Kelas Satu itu hendaklah terus memeriksa perkara itu, dan apabila ada bukti bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 55, mengikut manamana yang berkenaan, dilucuthakkan, atau jika tiada bukti sedemikian, boleh memerintahkan supaya dilepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau apa-apa sekuriti yang diberikan di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 55, mengikut manamana yang berkenaan. (5) Dalam apa-apa pembicaraan di bawah subseksyen (4), seksyen 59 hendaklah terpakai bagi orang yang menuntut bahawa dialah

EKSAIS (PINDAAN) 13 pemunya barang-barang itu dan bagi orang yang daripadanya barang-barang itu disita seolaholah pemunya atau orang itu menjadi pihak kena dakwa dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini.". 20. Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 68 dengan yang berikut: "Barangbarang atau amaun terlucuthak boleh diserahkan atau dibayar balik kepada pemunya atau orang lain. 68. Menteri boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya secara bertulis melalui Ketua Pengarah, memerintahkan supaya (a) apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini; atau (b) apa-apa amaun yang dijamin di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 55 atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) yang tersebut itu, sama ada yang terlucuthak atau yang diambil atau yang disifatkan terlucuthak menurut seksyen 66, 67 atau 69, diserahkan, atau dibayar balik, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanya atas termaterma dan syarat-syarat yang difikirkannya patut: Dengan syarat bahawa apa-apa permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh satu bulan dari tarikh barang-barang itu atau amaun itu terlucuthak atau diambil atau disifatkan terlucuthak, mengikut mana-mana yang berkenaan.". 21. Seksyen 69 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan "dua" dalam subseksyen (1) dengan perkataan "lima". 22. Seksyen 75 Akta ibu adalah dipinda (a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "lapan belas bulan" dengan perkataan-perkataan "tiga tahun"; Penggantian seksyen 68. seksyen 69. seksyen 75.

14 RANG UNDANG-UNDANG (b) dengan menggantikan perkataan "satu" dengan perkataan "dua"; dan (c) dengan menggantikan perkataan "lima" dengan perkataan "sepuluh". seksyen 79. 23. Seksyen 79 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan "empat" dengan perkataan "lima". HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan meminda Akta Eksais 1976 (kemudian daripada ini disebut "Akta"). 2. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 Akta untuk mentakrifkan semula "rokok" bagi memperluaskan skop takrif yang ada sekarang supaya meliputi apa-apa ramuan lain yang dicampurkan dengan tembakau dalam membuat rokok, dan memotong takrif-takrif tertentu daripada Akta. 3. Fasal 3 bertujuan memotong perkataan-perkataan "Timbalan Pengarah" daripada seksyen 4 (1) Akta oleh sebab jawatan itu telah dihapuskan, dan memperuntukkan bahawa hanya Ketua Pengarah sendiri sahaja yang boleh memutuskan pertikaian-pertikaian yang berbangkit daripada pengelasan barang-barang. 4. Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 14 (1) Akta untuk mengadakan hal-hal keadaan yang menurutnya peremitan duti eksais dalam hal-hal apabila barang-barang hilang hanya boleh dibenarkan jika kehilangan itu disebabkan oleh kemalangan yang tak dapat dielakkan. 5. Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 15 Akta untuk memperkukuhkan peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perihal mendapatkan duti eksais dan wang-wang lain dan juga untuk memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah membenarkan wang yang kena dibayar oleh seseorang yang bertanggungan membayarnya dibayar secara ansuran mengikut amaun-amaun dan pada tarikhtarikh yang ditentukannya. 6. Fasal 6, 8, 10 dan 11 adalah saling berkait. Fasal-fasal itu bertujuan mengadakan kemudahan-kemudahan lanjut untuk menstor barang-barang berduti. 7. Fasal 7 bertujuan memasukkan seksyen baru 19 untuk memasukkan bahan-bahan pembungkus yang digunakan bagi atau dalam pembungkusan barang-barang terkilang ke dalam peruntukanperuntukan seksyen 19 yang sedia ada berkenaan dengan tuntutantuntutan pulangan cukai bagi barang-barang yang dieksport. 8. Fasal 9 bertujuan memasukkan seksyen baru 23A bagi menghendaki penyelesai memberikan notis tentang sesuatu syarikat

EKSAIS (PINDAAN) 15 yang sedang digulung dan mengetepikan sekian jumlah wang daripada aset syarikat itu untuk membayar apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang akan kena dibayar selepas penggulungan. Seksyen baru 23B juga diwujudkan yang mengenakan obligasi-obligasi yang serupa ke atas penerima. 9. Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 32 Akta untuk mengecualikan kedai-kedai bebas duti daripada dilesenkan untuk menjual, secara runcit, likuor yang memabukkan. 10. Fasal 15 bertujuan memasukkan seksyen baru 55 untuk memperbaiki pentadbiran dengan mengadakan cara-cara untuk melupuskan barang-barang yang disita. 11. Fasal 16 bertujuan mewujudkan seksyen baru 55A untuk membenarkan kebolehterimaan dokumen-dokumen sebagai keterangan konklusif dalam mana-mana presiding jenayah jika dokumen-dokumen itu ditandatangani oleh ahli analisa di bawah seksyen 61 (5), pegawai kanan eksais atau orang yang diberikuasa sedemikian oleh Menteri. 12. Fasal 17 bertujuan meminda seksyen 58 Akta. ini adalah berbangkit daripada pindaan kepada Akta Mahkamah Rendah 1948 di mana bidang kuasa Majistret dipertingkatkan supaya dia boleh membicarakan segala kes dalam lingkungan Akta. 13. Fasal 18 bertujuan meminda seksyen 66 Akta untuk memasukkan subseksyen baru (3) untuk menjadikan mandatori bagi mahkamah memerintahkan perlucuthakan amaun yang dijamin atau hasil jualan yang diperolehi daripada tindakan yang diambil di bawah seksyen 55 Akta. 14. Fasal 19 bertujuan meminda seksyen 67 Akta untuk membolehkan dilucuthakkan apa-apa barang yang disita, amaun yang dijamin bagi pelepasan barang-barang yang disita atau amaun yang dihasilkan oleh penjualannya. 15. Fasal 20 bertujuan meminda seksyen 68 Akta bagi mengadakan kuasa untuk Menteri memerintahkan barang atau amaun yang terlucuthak diserahkan atau dibayar balik kepada orang yang berhak. 16. Fasal 21 bertujuan menambah fee kompaun menjadi lima ribu ringgit supaya ia menjerankan. 17. Fasal 22 dan 23 bertujuan menambah penalti bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta. 18. -pindaan yang lain adalah pindaan-pindaan yang kecil dan berbangkit. IMPLIKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apaapa perbelanjaan wang tambahan. [P.N. (U 2 ) 1510.]