IMAM IBNU MAJAH DISEDIAKAN OLEH: Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesi 2009/2010

dokumen-dokumen yang mirip
ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL- QURAN DAN AL-SUNNAH 2014 MINGGU KE-3

Metodologi Imam Tirmizi DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB IV KUALITAS MUFASIR DAN PENAFSIRAN TABARRUJ. DALAM SURAT al-ahzab AYAT 33

Biografi Singkat Empat Iman Besar dalam Dunia Islam

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

HADITS SUMBER AJARAN ISLAM KEDUA. Oleh Drs. H. Aceng Kosasih, M. Ag

Analisis Hadis Kitab Allah Dan Sunahku

BAB TIGA PENGENALAN IMAM WARSH. Warsh adalah seorang perawi qira: a:t al-qur a:n yang terkenal pada

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 3)

UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

Pengenalan 10 Imam Qiraat dan Perawi mereka

Biografi Ulama Ahlus Sunnah Documentation. Rilis latest

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Hak Cipta Terpelihara :

Al-Hadits Tuntunan Nabi Mengenai Islam. Presented By : Saepul Anwar, M.Ag.

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

BAB IV YANG BERHUTANG. dibedakan berdasarkan waktu dan tempat. Fatwa fatwa yang dikeluarkan oleh

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Kitab-Kitab Hadis. Oleh : Heri Ruslan. Pembukuan Hadis bertujuan agar sabda Rasul SAW tersusun dengan baik.

Belajar Ilmu Hadis (1) Pendahuluan

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

1 Copyright 2009 Abu Humaira Dermawar As-Salafy

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Written by Andi Rahmanto Friday, 28 November :43 - Last Updated Friday, 28 November :55

Pengertian Hadits. Ada bermacam-macam hadits, seperti yang diuraikan di bawah ini. Hadits yang dilihat dari banyak sedikitnya perawi.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAB 1 PENDAHULUAN. baginda sendiri adalah pentafsir ayat-ayat al-quran yang diturunkan bagi tujuan

Puasa Sunah Asyura: Waktu dan Keutamaannya

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Hadis Sahih. Kamarul Azmi Jasmi

BAB III BIOGRAFI AL-NASA> I> DAN DATA HADIS TENTANG BINATANG TERNAK BISA MENDENGAR SIKSA KUBUR

BAB III METODE PENELITIAN. cara membaca, menalaah dan meneliti berbagai literatur-literatur yang

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

ULANGAN HARIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS XI

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 1)

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PENUTUP: KESIMPULAN DAN SARANAN

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

BAB IV MUSNAD AL-SHĀFI Ī DALAM KATEGORISASI KITAB HADIS STANDAR. Ulama hadis dalam menentukan kitab-kitab hadis standar tidak membuat

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

RINGKASAN RIWAYAT HIDUP 4 IMAM PENGASAS MAZHAB

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB I PENDAHULUAN. sesuai dengan penciptaan manusia. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

SILABUS BAHASA ARAB I SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM PENGEMBANGAN ILMU AL-QUR`AN (STAI-PIQ) SUMATERA BARAT. Mata Kuliah.

BAB VI PENUTUP. akan cuba didedahkan beberapa dapatan kajian. Selain beberapa pengamatan yang boleh

Hadits Mu`allaq Dalam Shahih Al-Bukhari

Salah Faham Terhadap Hadith

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

BAB IV ANALISIS. Setelah mengetahui legalitas şallallahu alaihi wasallam dan alaihi

BAB V PENUTUP. melebihkan Zaitun dan bersumpah atas nama Zaitun dari buah-buahan yang

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB I PENDAHULUAN. Pada zaman Rasulullah SAW, hadis belumlah dibukukan, beliau tidak sempat

HADITS MASYHUR. Definisi

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Sejumlah ulama berpendapat bahwa menjalankan shalat berjamaah mengandung banyak nilai kebaikan, diantaranya berikut;

Transkripsi:

IMAM IBNU MAJAH DISEDIAKAN OLEH: Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesi 2009/2010 Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata, Tidak Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum. 1

1.0 Riwayat Hidup Ibn Majah 1.1 Latar Belakang Ibn Majah Ibn Majah merupakan seorang muhaddith yang bertaraf Al-Hafiz Al-Kabir (penghafaz Hadith yang agung). Beliau bukan saja seorang muhaddith tetapi juga seorang pentafsir al-quran dan juga seorang sejarawan. Nama sebenar beliau ialah al-hafiz al-muhadditth Abu Abd Allah Muhammad bin Yazid bin Abd Allah bin Majah al-qazwini. Nama Ibn Majah dinisbatkan kepada ayahnya Yazid, yang juga dikenali dengan sebutan Majah Maula Rab at. Beliau telah dilahirkan pada tahun 207H bersamaan 824 M di Qazwin, Iraq. 1 Ibn Majah terkenal sebagai seorang yang jujur, berakhlak mulia dan alim. Selain itu, beliau juga seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dan banyak menghafal hadith. Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam bidang hadith dan terhebat di bidang penghafalan serta ketekunan beliau dalam meriwayatkan hadith. Sebagaimana kata-kata Abu Ya la al-khalili al- Qazwini: Beliau adalah seorang yg sangat tsiqah (dipercayai), disepakati terhadap riwayatnya dan amat diperlukan serta seorang yang kuat hafalan. 2 Beliau telah meninggalkan banyak karya-karya ilmiah dalam berbagai bidang ilmu keislaman. Beliau telah wafat pada bulan Ramadhan tahun 275H bersamaan 887M di tanah kelahirannya iaitu Qazwin ketika berusia 64 tahun. 1 Rosmawati Ali @ Mat Zin,(2005) Pengantar Ulum Hadis. Pustaka Salam : Kuala Lumpur. hal 314-317. 2 Harun Nasution,(2004) Ensiklopedia Islam Indonesia ( Jilid 2). Penerbitan Djambatan: Indonesia. hal 679-680. 2

1.2 Pendidikan Ibn Majah Ibn Majah merupakan seorang sangat mencintai ilmu pengetahuan dan hadith. Semenjak kecil lagi, beliau sudah terdedah dengan bidang keilmuan. Ketika berusia 15 tahun, Ibn Majah mula mempelajari ilmu hadith dengan begitu tekun. Beliau telah berguru dengan seorang ulama yang terkenal pada ketika itu iaitu Ali bin Muhammad at-tanafasi. Selepas itu, bakat dan minatnya dalam bidang hadith begitu terserlah. Hal ini, yang membuatkan Ibn Majah mengembara ke beberapa daerah dan negara untuk menimba ilmu serta mencari, mengumpul dan menulis hadith. Puluhan negeri telah dikunjunginya, antaranya Hijaz, Syam, Iraq, Mesir, Kufah, Khurasan, Mekah, Madinah, Damaskus, Teheran, Parsi dan Basrah. 3 Sepanjang pengembaraan, Ibn Majah telah berjumpa dan berguru dengan ramai ulama tempatan yang terkenal dengan kehebatannya terutama ulama Hadith. Hal ini menyebabkan Ibn Majah dapat menghimpun dan menulis puluhan bahkan ratusan hadith dari sumber-sumber yang dipercaya kesahihannya. Antara guru beliau ialah Ali bin Muhammad at-tanafusi, Jabbarah bin al- Mughallas, Abu Mus'ab az-zuhri, Ibrahim bin Mundzir al-hizami, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin al-azhar, Basyar bin Adam, dan ulama yang terkemuka yang lain. Selain itu, beliau juga turut berguru dengan pengikut-pengikut Imam Malik dan al-lays r.a. 3 Syeikh Muhammad Said Mursi, Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman. Al-Hidayah : Kuala Lumpur. hal 429 3

sehingga beliau menjadi salah seorang imam terkemuka dalam bidang ilmu nabawi pada masa itu. Pengembaraan menuntut ilmu beliau tidak sia-sia. Pengembaraan ini telah menjadikan beliau seorang pakar hadith yang terkemuka. Sebagai tokoh ilmu, Ibn Majah sememangnya tidak kedekut dalam menyebarkan ilmu yang ada pada dirinya. Ramai ulama yang telah berguru dengan beliau dan meriwayatkan hadith daripada beliau. Antara murid beliau ialah Muhammad bin Isa al-abhari, Abu al-hasan al-qattan, Sulaiman bin Yazid al-qazwini, Ibn Sibawaih, Ishak bin Muhammad, Abu Thayyib Ahmad al-baghdaddan, Ali bin Ibrahim al-qaththan, Ibrahim bin Dinar dan Ahmad bin Ibrahim. 1.3 Karya Ibn Majah Sepanjang hayat Ibn Majah, beliau telah menulis puluhan buku bukan sahaja dalam bidang hadith, malah bidang sejarah, fiqh dan tafsir. Didalam bidang tafsir, beliau telah mengarang Kitab Tafsir Al-Quran Al-Karim. Kitab tafsir beliau telah mendapat pujian daripada seorang ahli tafsir terkenal iaitu Ibn Kathir. Sementara itu, dalam bidang sejarah, Ibn Majah telah mengarang Kitab At- Tarikh. Kitab ini telah menghuraikan tentang biografi para perawi hadith sejak awal hingga pertengahan abad ke-3 H. Karya terbesar beliau ialah dalam bidang hadith iaitu Sunan Ibnu Majah. Kitab ini mengandungi empat ribu buah hadith yang disusun secara rapi dan dimulakan dengan bab yang menyatakan 4

keharusan mengikut sunnah Rasulullah serta dalil-dalil. Kitab hadith beliau, Sunan Ibnu Majah termasuk dalam Kutub Sittah (enam kitan Hadith terbesar). 4 2.0 Sejarah Perkembangan Hadith (Ibn Majah) Perkembangan Islam, sejak dari awal hingga hari ini, tidak lari dari peranan hadith. Dalam pemahaman umum, hadith adalah ajaran Nabi Muhammad SAW, yang meliputi tindakan, perkataan, mahupun persetujuannya atas sesuatu. Keseluruhan perbuatan dan percakapan Nabi SAW itu kemudian dijadikan panduan bagi para pengikut Muhammad SAW dalam menjalankan perintah-perintah agama Allah. Semasa Nabi SAW hidup, ajaran-ajaran tersebut belum dibukukan. Hanya ada beberapa pencatat setiap perbuatan dan apa yang dibenarkan oleh Nabi SAW, salah satunya adalah Sahabat Zaid bin Tsabit. Namun setelah wafatnya Muhammad SAW, para ulama bersepakat untuk menulis kembali apa-apa yang pernah disampaikan dan dipraktikkan Nabi SAW dalam bentuk kitab. Kemudian terbitlah kitab-kitab hadith yang merangkumi tentang segala sesuatu yang terkait dengan Nabi SAW. Dari sekian puluh ulama yang dikenali sebagai ahli Hadith dan banyak meriwayatkan sabda-sabda Nabi SAW adalah Imam Ibn Majah atau Imam Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah ar-rabi i al-qarwini. Ia lebih akrab dipanggil Ibn Majah. Ulama yang dikenal kejujuran dan akhlak mulianya ini dilahirkan di Qazwin, Irak pada 209 H/824 M. Sebutan Majah dinisbahkan 4 Harun Nasution,(2004) Ensiklopedia Islam Indonesia ( Jilid 2). Penerbitan Djambatan: Indonesia. hal 679-680 5

kepada ayahnya, Yazid, yang juga dikenal dengan nama Majah Maula Rab at. Ada juga pendapat yang menyatakan bahwa Majah adalah ayah dari Yazid. Namun demikian, pendapat pertama nampak yang lebih rajih. Ibn Majah mulai belajar sejak usia remaja. Namun baru mulai menekuni bidang ilmu hadith pada usia 15 tahun pada seorang guru ternama kala itu, iaitu Ali bin Muhammad At-Tanafasi (w. 233 H). Bakat dan minatnya di bidang hadith makin besar. Hal inilah yang membuat Ibn Majah berkelana ke beberapa daerah dan negara guna mencari, mengumpulkan, dan menulis hadith. Puluhan negeri telah ia kunjungi, antara lain Rayy (Teheran), Basra, Kufah, Baghdad, Khurasan, Suriah dan Mesir. Dengan cara inilah, Ibn Majah dapat menghimpun dan menulis puluhan bahkan ratusan hadith dari sumber-sumber yang dipercaya kesahihannya. Tidak hanya itu, dalam pelbagai kunjungannya itu, ia juga berguru pada banyak ulama setempat. Seperti, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin al-azhar, Basyar bin Adam, dan para pengikut perawi dan ahli Hadith, Imam Malik serta al-lays. Dari pengembaraannya ini, tak sedikit ulama yang akhirnya meriwayatkan Hadith dari Ibn Majah. Antara lain Ishaq bin Muhammad, Ali bin Ibrahim bin Salamah al-qattan, Ahmad bin Ibrahim dan sebagainya. Sepanjang hayatnya, Imam Ibn Majah telah menulis puluhan buku yang sangat berguna dalam bidang hadith, sejarah, fikih, maupun tafsir. Di dalam bidang tafsir, antara lain menulis Tafsir al-quranul Karim. Sementara itu, di 6

bidang sejarah, Ibn Majah menulis buku at-tariikh, karya sejarah yang memuatkan biografi para perawi hadith sejak awal hingga ke masanya. Lantaran tak begitu monumental, kemungkinan besar kedua karya tersebut tak sampai di tangan generasi Islam berikutnya. Antara yang termashur dari karya Ibn Majah adalah dalam bidang hadith berjudul Kitab Sunan Ibn Majah. Kitab ini merupakan karya terbesar beliau. Di dalam bidang ini juga, Ibn Majah telah meriwayatkan sedikitnya 4000 buah Hadith. Bahkan, seperti diungkapkan Muhammad Fuad Abdul Baqi, penulis buku Mu jam al-mufahras li Alfaz Alquran (Indeks Alquran), jumlah Hadith dalam kitab Sunan Ibn Majah berjumlah 4.241 buah hadith. Sebanyak 3002 di antaranya termaktub dalam lima kitab kumpulan hadith yang lain. Tak hanya hukum Islam, dalam kitab Sunan Ibn Majah tersebut juga membahas masalah-masalah akidah dan muamalat. Dari sekian banyak hadith yang diriwayatkan, beberapa kalangan ulama mengkategorikan sebagiannya sebagai hadith lemah. Atas ketekunan di bidang ilmu-ilmu Islam itu, khususnya disiplin ilmu hadith, banyak ulama yang kagum dan menilainya sebagai salah seorang ulama besar Islam. Seorang ulama bernama Abu Ya la al-khalili al-qazwini misalnya, berkata: Ibn Majah adalah seorang kepercayaan yang besar, yang disepakati tentang kejujurannya, dapat dijadikan argumentasi pendapatpendapatnya. Ia mempunyai pengetahuan luas dan banyak menghafal hadith. Ulama lainnya, Zahabi dalam Tazkiratul Huffaz, melukiskannya sebagai seorang ahli hadith besar dan mufassir (ahli tafsir), pengarang kitab sunan dan 7

tafsir, serta ahli hadith kenamaan negerinya. Sementara mufassir dan kritikus Hadith besar kenamaan, Ibn Kasir, dalam karyanya, al-bidayah, berkata: Muhammad bin Yazid (Ibn Majah) adalah pengarang kitab sunan yang masyhur. Kitabnya itu merupakan bukti atas amal dan ilmunya, keluasan pengetahuan dan pandangannya, serta kredibilitas dan loyalitasnya kepada hadith dan usul serta furu. Setelah sekian lama mendedikasikan hidup dan pemikirannya kepada Islam, Namun usianya tidak panjang, beliau akhirnya memanggil Imam Ibn Majah selama-lamanya pada tanggal 22 Ramadhan 273H/887M. Ia dimakamkan di tanah kelahirannya, Qazwin, Irak. Umat Islam terus mengenangnya melalui berbagai karyanya, terutama Kitab Sunan Ibn Majah yang termasuk dalam Kutubus Sittah (Enam Kitab Utama Hadith) Kitab sunannya merupakan sebuah kitab yang cukup terkenal di lapangan hadith dunia Islam dan termasuk di dalam koleksi 6 buah kitab hadith yang hebat. Beliau membahagikan susunannya kepada pembahagian kitab dan bab, kitab atau pun tajuk besar di dalam Sunannya dijadikan hingga 32 kitab dan jumlah bab di dalamnya pula mencapai kepada 1500 bab. Di dalam Sunan nya mengandungi 4000 buah hadith mengikut tertib ilmu fiqh. Manakala setiap hadithnya pula adalah yang koleksi terbaik dan tersahih sebagai hujah dari sunnah untuk diikuti dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Namun kitabnya ini diletakkan sebagai kitab yang keenam selepas kitab sunan yang lain 8

yang bermula dari kitab Sahih al-bukhari dan Muslim, Sunan Abu Daud, al- Nasaie, al-tirmizi dan barulah kitab beliau. 3.0 Metodologi Pengumpulan Hadith Metodologi yang digunakan oleh Imam Ibn Majah adalah mengumpul hadith dan menyusun menurut kitab atau bab-bab yang berkenaan dengan masalah fiqh 5. Seterusnya, Imam Ibn Majah juga tidak terlalu menfokuskan ta liqul al-hadith yang terdapat pada kitab-kitab fiqh tersebut. Beliau juga turut mengkritik hadith dan memasukkkan pendapat para ulama fiqh. Selain itu, beliau juga tidak melakukan pengulangan hadith berulang kali kecuali hanya sebahagian sahaja dan penting bagi pendapat beliau. Berbicara mengenai metodologi yang digunakan oleh Imam Ibn Majah dalam pengumpulan dan penyusunan hadith, seeloknya terlebih dahulu mengulas lebih lanjut tentang metode yang digunakan dalam penyusunan kitab Sunan Ibn Majah. Kerana buku yang digunakan ini adalah sebagai salah satu panduan bagi umat Islam. Selain itu, buku ini juga adalah yang terunggul dan popular sepanjang kehidupan beliau. Walaupun beliau sudah berusaha untuk menghindarkan dari kesalahan penulisan, namun masih terdapat juga hadithhadith yang da'if bahkan maudu di dalamnya. Dalam menulis buku Sunan ini, beliau terlebih dahulu memulakan dengan mengumpul hadith-hadith dan menyusunnya menurut kitab atau bab-bab yang berkenaan dengan masalah fiqh, hal ini seiring dengan metodologi para 5 Engku Ibrahim Engku Ismail (1989), Kajian Metodologi & Penulisan Hadith, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. hal 149 9

muhadditsin yang lain. Setelah menyusun hadith tersebut, beliau juga tidak terlalu mengfokuskan ta'liqul al-hadith yang terdapat pada kitab-kitab fiqh tersebut, atau boleh dikatakan beliau hanya mengkritik hadith-hadith yang menurut pendapat beliau adalah penting. Seperti kebanyakan para penulis kitab-kitab fiqh yang lain, dimana setelah menulis hadith mereka memasukkan pendapat para ulama faqih, namun dalam hal ini Ibn Majah tidak menyebutkan pendapat para ulama faqih setelah menulis hadith. Sama halnya dengan Imam Muslim, beliau ternyata tidak melakukan pengulangan hadith yang berulang kali kecuali hanya sebahagian kecil saja dan itu penting menurut beliau. Ternyata kitab Sunan ini tidak semuanya diriwayatkan oleh Ibn Majah seperti dinyatakan oleh sesetengah umat Islam selama ini, tapi hakikatnya terdapat di dalamnya beberapa tambahan yang diriwayatkan oleh Abu al-hasan al-qatthany yang juga merupakan periwayat dari Sunan Ibn Majah. Persepsi ini juga sejalan pada Musnad Imam Ahmad, kerana ramai yang menyangka bahawa seluruh hadith di dalamnya diriwayatkan seluruhnya oleh beliau, akan tetapi sebahagian darinya juga ada yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Imam Ahmad dan sebahagian yang lain oleh al-qathi i, namun Imam Abdullah lebih banyak meriwayatkan berbanding dengan al-qathi i. Ketika al-hasan al-qatthany mendapatkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Sya'bah dengan perantaraan perawi lain dan pada hadith yang sama juga beliau mendapatkan perawi selain gurunya iaitu Ibn Majah, maka hadith ini telah sampai pada kategori hadith Uluwwu al-isnad meskipun beliau hanya sebagai murid dari Imam Ibn Majah, namun darjatnya sama dengan 10

gurunya dalam Uluwwu al-hadith tersebut, ada juga dihasilkan oleh susunan imam dengan huraian sebanyak 32 kitab menurut Zahaby, dan 1500 bab menurut Abu Hasan al-qatthany serta 4000 hadith. Seperti yang telah diterangkan bahawa kitab Sunan Ibn Majah adalah kitab yang termasuk dalam kategori Kutubu as-sittah, sebelum menelaah lebih lanjut lagi tentang buku ini, sebaiknya terlebih dahulu meneliti isi buku ini. Agar lebih memberi kesan dan menarik perhatian lagi untuk meminatkan diri kepada bidang hadith. Buku hadith yang dikarang oleh Imam Ibn Majah ini dikenali dengan nama Sunan Ibn Majah dan mendapat perhatian bagi umat Islam khususnya, sehingga Abu al-hasan Muhammad Shadiq bin Abdu al-hady as- Sanady (wafat tahun 1138) pun mendedikasikan fikirannya untuk mengarang buku ini yang kemudian akhirnya dita liq oleh Fuad Abdul al-baqi. Kitab ini memiliki keistimewaan yang patut diberikan penghargaan, berkat kegigihan Imam Ibn Majah dalam menciptakan karya yang terbaik dan bermanfaat bagi umat Islam khususnya, dapat dilihat bahawa buku ini memiliki susunan yang baik dan tidak ada pengulangan hadith yang serupa kecuali dianggap penting oleh beliau. Siddiq Hasan Khan dalam kitab 'Al-Hittah' berkata, Tidak ada 'Kutubu As-Sittah' yang menyerupai seperti Kitab Sunan Ibn Majah, kerana Imam Ibn Majah sangat menjaga jika berlaku pengulangan hadith, walaupun ada tapi hanya sebahagian kecil sahaja. Seperti Imam Muslim r.a. yang mendekati buku ini, dimana beliau tidak melakukan pengulangan hadith dalam beberapa sub judul kitab, tapi beliau mengulang hadith tersebut dalam satu judul sahaja. 11

Buku Sunan Ibn Majah terdiri daripada 32 kitab menurut al-zahabi, dan 1500 bab menurut Abu al-hasan Al-Qatthani, dan menurut az-zahabi pula terdapat 4000 hadith. Tetapi jika diteliti dengan melihat pengulangan buku yang di-tahqiq oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi r.a, bahawa buku ini berjumlah 37 kitab selain dari muqaddimah, bererti kalau ditambah dengan muqaddimah maka jumlahnya 38 kitab. Sedangkan jumlah babnya terdiri dari 515 bab dan 4341 hadith. Hal ini disebabkan adanya perbezaan nasakh. Kitab hadith yang terdiri dari 4341 hadith ini ternyata 3002 hadith diantaranya telah di takhrij oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan sebagainya. Dan 1339 hadith lagi yang dicatat oleh Imam Ibn Majah. Antara kandungan buku yang terdapat dalam kitab ini ialah pendahuluan (24 bab dan 226 buah hadith), zuhud, tafsir mimpi, tatatertib, pakaian, perubatan, jihad, pusaka, solat, puasa, zakat, nikah, talak dan hudud. 4.0 Isu Terhadap Kitab Sunan Ibn Majah Taraf sesebuah hadith di dalam Sunannya, terdiri dari martabat hadith yang sahih, hasan, da if dan bahkan terdapat juga bertaraf hadith munkar dan maudhu (palsu) tetapi terlalu sedikit untuk dibincangkan. Jika dinisbahkan kepada kitab sunan yang lain, hadith da if amat banyak terdapat di dalam kitab ini, sehingga al-hafiz Abu Yusuf al-mizzi memberikan kritikan iaitu: Setiap apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah secara sendirian dan tiada dalam periwayatan Hadith Imam yang lain dari kalangan lima orang imam tersebut adalah dikira sebagai da if. 12

Maka disebabkan hal ini, seorang ulama telah mengarang kitab yang bertajuk Misbah al-zujajah fi Zawa id Ibn Majah. Pengarang kitab tersebut ialah al-hafiz Syihabuddin Ahmad ibn Abu Bakr al-kanani al-busiri al-masri (w.840h) yang menerangkan mengenai setiap hadith yang ditambah dan tidak terdapat dari kalangan kitab para Imam hadith yang lima. Setiap hadith itu dikupas satu persatu untuk menentukan kesahihannya atau hanya bertaraf hasan atau dikira sebagai hadith da if dan seterusnya dikira sebagai hadith palsu yang perlu ditinggalkan. Di dalam kitab lain pula, tajuk yang sama iaitu Misbah al-zujajah ala Sunan Ibn Majah pula telah dihasilkan oleh Imam al-suyuti yang menghuraikan setiap hadith yang terkandung di dalamnya. Maka dalam keadaan ini sebagaimana yang difahami dari kata al-hafiz al- Mizzi dan dikuatkan lagi dengan pendapat Imam Ibn Hajar (w.852h) yang menyatakan bahawa kitab Sunan Ibn Majah ini terlalu banyak hadith da if dari periwayatannya secara sendirian tanpa ada kesepakatan dengan Imam hadith yang lain. Oleh itu, tidaklah sewajarnya seseorang itu menjadikan hujah dengan hadith di dalam kitabnya yang diriwayatkan oleh beliau secara sendirian, melainkan setelah dikaji dan diteliti secara terperinci lalu ditentukan hadith tersebut sebagai bertaraf sahih, hasan atau pun da if. Kritikan hadith dari kitab hadith beliau, ini banyak dibuat oleh para huffaz yang lain seperti al-hafiz Abu Yusuf al-mizzi, al-hafiz Ibn al-jauzi dan ramai lagi. Mereka menyatakan sedemikian kerana setelah kajian dibuat dan terdapat di dalamnya beberapa orang periwayat yang dituduh sebagai penipu dan 13

mencipta hadith-hadith palsu. Ini dapat dijelaskan dari kritikan oleh al-hafiz Ibn al-jauzi yang menyatakan bahawa terdapat 30 buah hadith dari kitab beliau adalah dikira sebagai palsu. Begitu juga yang dinyatakan oleh Abu Zur ah bahawa sekiranya sahih kajiannya sendiri mendapati bahawa terdapat 30 buah hadith yang dikira hadith yang tertolak, manakala hadith yang tidak dapat dijadikan hujah pula begitu banyak dan dikira mencapai sekitar 1000 buah hadith. Hadith yang diriwayatkan secara sendirian (hadith munfarid) oleh Ibn Majah berjumlah 1339 buah hadith. Namun, hal ini ditolak oleh Imam al-suyuthi yang menyatakan bahawa bilangan hadith palsu itu tidak sampai ke tahap yang disebutkan itu di dalam kitab beliau yang berjudul al-ta aqqubat dan hadith yang dipertikaikan adalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ismail bin Muhammad al-thalhi. Kitab sunannya merupakan sebuah kitab yang cukup terkenal di seluruh dunia Islam dan termasuk di dalam koleksi 6 buah kitab hadith yang hebat. Beliau membahagikan susunannya kepada pembahagian kitab dan bab, kitab atau pun tajuk besar di dalam sunannya dijadikan hingga 32 kitab dan jumlah bab di dalamnya pula mencapai kepada 1500 bab. Di dalam sunannya mengandungi 4000 buah hadith mengikut tertib ilmu fiqh. Manakala setiap hadithnya pula adalah yang koleksi terbaik dan tersahih sebagai hujah dari sunnah untuk diikuti dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Namun kitabnya ini diletakkan sebagai kitab yang keenam selepas kitab 14

sunan yang lain yang bermula dari kitab Sahih al-bukhari dan Muslim, Sunan Abu Daud, al-nasai, al-tirmizi dan barulah kitab beliau. Taraf sesebuah hadith di dalam sunannya, terdiri dari martabat hadith yang sahih, hasan, da if dan bahkan terdapat juga bertaraf hadith munkar dan maudhuk (palsu) tetapi terlalu sedikit untuk dibicarakan. Jika dinisbahkan kepada kitab sunan yang lain, hadith dhaif amat banyak terdapat di dalam kitabnya, sehingga al-hafiz Abu Yusuf al-mizzi memberikan komentarnya: Setiap apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah secara sendirian (dan tiada dalam periwayatan hadith Imam yang lain) dari kalangan lima orang imam tersebut adalah dikira sebagai da if. 5.0 Pandangan Para Ulama Terhadap Imam Ibn Majah Jika disebut sahaja Imam Ibn Majah, pasti tidak asing lagi dalam dunia para ilmuan Islam. Semuanya di atas berkat istiqamah dan kegigihannya dalam dunia pendidikan serta ditambah pula dengan ketekunannya dalam disiplin hadith dapat memberi manfaat kepada umat Islam sedunia sehinggalah pada hari ini dapat kita lihat di perpustakaan-perpustakaan di Malaysia. Maka sememangnya layak untuk beliau termasuk dalam kalangan ulama yang paling disegani. Abu Zar ah Ar-Razi dan Imam Az-Zahaby dalam bukunya Tazkiratu Al- Huffaz menyifatkan Imam Ibn Majah ialah sebagai ahli hadith besar dan mufassir, pengarang kitab Sunan, serta tergolong dalam ahli hadith di negerinya. Suatu kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada Imam Muhammad bin Yazid 15

ini, di mana Allah telah mengurniakan kecerdasan dan pengetahuannya yang sangat luas sehingga beliau tergolong dalam kalangan ulama yang terkenal. Selain daripada itu, beliau memiliki akhlak yang terpuji antaranya sentiasa membantu saudaranya sesama islam atau bukan islam, menjaga kethiqahannya, malah beliau sanngup merantau ke serata tanah arab untuk mendapatkan kesahihan sesuatu hadith tersebut. Ahklak yang mulia menjadi simbol atau lambang bagi seseorang individu. Maka tidak hairanlah jika Imam Muhammad inidipandang tinggi oleh masyarakat hatta umum dari dulu hinggalah sekarang. Menurut seorang musaffir dan pengkritik hadith yang besar iaitu Imam Ibn Kathir di dalam karyanya Al-Bidayah telah menyebut, Muhammad bin Yazid ini adalah pengarang kitab sunan yang masyhur. Kitab Imam Ibn Kathir itu menjadi bukti atas keilmuan yang dimiliki oleh Imam Ibn Majah. Begitulah sebahagian pendapat para ulama terhadap Imam Ibn Majah. 5.0 Kritikan Terhadap Imam Ibn Majah Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya, apa yang pasti Nabi Muhammad SAW adalah ma sum iaitu terpelihara dari segala dosa. Begitu jua dengan Imam Ibn Majah, beliau bukanlah Nabi, hanya insan biasa tetapi dikurniakan oleh Allah akal dan kecerdasan yang tinggi sehingga mampu menghafal ribuan hadith dan berkat usahanya maka terhasillah sebuah kitab hadith yang masyhur sehingga sekarang dan dijadikan rujukan setiap umat islam. 16

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam kitabnya Tahzib al-tahzib menjelaskan bahawa Sunan Ibn Majah adalah sebuah kitab hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Di dalamnya terdapat beberapa hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Namun begitu, terdapat beberapa hadith yang dhaif. Ini menyebabbkan seorang tokoh hadith yang bernama al-sarra berkta, hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah sebgahagian kecilnya adalah da if. Selain itu, menurut al-hafiz al-muzi berpendapat bahawa kebanyakan pendapat gharib yang terdapat dalam kitab Sunan Ibnu Majah adalah da if. 6.0 Kesimpulan 17

Rujukan Ariffin Omar (2005), Biografi Ulama-ulama Hadith, Asmawi Hj. Ehsan (2003), Ilmu Hadith, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Engku Ibrahim Engku Ismail (1989), Kajian Metodologi & Penulisan Hadith, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Hadi Muhsin (1985), Hadith Sunan Sittah, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Harun Nasution (2004), Ensiklopedia Islam Indonesia (Jilid 2). Penerbitan Djambatan: Indonesia. Nawir Yuslem (2001), Ulumul Hadith, Mutiara Sumber Widya. Rosmawati Ali @ Mat Zin (2005), Pengantar Ulum Hadith. Pustaka Salam: Kuala Lumpur. Syeikh Muhammad Said Mursi, Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman, Al-Hidayah: Kuala Lumpur. Zainal Azam Abd Rahman (), Pengkajian Hadith: Kaedah & Persuratan 18