SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

dokumen-dokumen yang mirip
Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Amanah Saham Panduan Pelabur

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Akaun Semasa Mudarabah

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Berurusan dengan Pengantara Insurans

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Waheed

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Pengenalan kepada Kewangan

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Akaun Pelaburan Waheed

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Polisi Privasi. Pengenalan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

ACW Perakaunan Korporat II

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PRUcash double reward

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Overdraf. November 2017

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

SYNERGY CARDS SDN BHD

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Panduan Kewangan untuk PKS Bab 7

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Transkripsi:

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU Edisi Pertama

Pengurusan Kekayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana PERANCANGAN KEWANGAN DAN ANDA Pengurusan Kekayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana Program pendidikan pengguna oleh:

kandungan 1 Pengenalan 2 Apakah pengurusan kekayaan? Bagaimana hendak bermula? 3 Apakah aspek-aspek pengurusan kekayaan? 4 Perancangan aliran tunai Perancangan dan pengurusan pelaburan Apakah jenis produk pelaburan yang sesuai untuk anda? 6 Perancangan insurans Perancangan cukai Perancangan persaraan dan penggantian 8 Perancangan harta 9 Institusi pengurusan kekayaan Apakah yang perlu ada dalam rancangan anda? 10 Tanggungjawab anda sebagai klien Melabur melalui institusi pengurusan kekayaan 11 Faedah pengurusan kekayaan 12 Soalan-soalan lazim 13 Lampiran I - Sampel membuat profil risiko 15 Lampiran II- Sampel rancangan pelaburan 19 Glosari Penafian Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 1 Februari 2007

Pengenalan Pengurusan kekayaan bukan sahaja untuk individu tetapi juga untuk perusahaan perniagaan Kita sering mendengar mengenai pengurusan kekayaan bagi individu yang mempunyai nilai aset bersih yang tinggi. Namun, pengurusan kekayaan bukan sahaja untuk individu tetapi juga untuk perusahaan perniagaan. Buku kecil ini menyediakan maklumat asas mengenai aspek pengurusan kekayaan yang boleh dilakukan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pengurusan aset mereka bagi mencapai matlamat kewangan mereka.

Pengurusan kekayaan adalah tentang kaedah mengurus kekayaan atau dana lebihan anda bagi mencapai sesuatu matlamat kewangan APAKAH PENGURUSAN KEKAYAAN? Pengurusan kekayaan adalah tentang kaedah mengurus kekayaan atau dana lebihan anda bagi mencapai sesuatu matlamat kewangan; sebagai contoh, bagi memastikan modal yang dilabur adalah terjamin atau bagi memastikan risiko pelaburan diurus dengan baik setiap masa. Wang atau kekayaan didefinisikan sebagai aset bersih anda, sesudah ditolak dengan hutang (atau liabiliti) anda. BAGAIMANA HENDAK BERMULA? Sebelum anda memutuskan bagaimana wang anda patut diurus, anda perlu menentukan kedudukan kewangan dan matlamat kewangan anda dan juga syarikat anda. Untuk tujuan ini, anda perlu: Memahami matlamat kewangan perniagaan dan peribadi anda serta kekangan yang dihadapi Menilai profil risiko perniagaan dan risiko peribadi anda Anda perlu mengambil kira kedudukan kewangan peribadi anda kerana sebagai pemilik perniagaan, kedudukan kewangan anda berkait rapat dengan keadaan perniagaan anda. Setelah anda menentukan nilai aset bersih anda dan menetapkan matlamat kewangan anda, anda perlu mempunyai satu pelan tindakan untuk mencapai matlamat itu. Aset Bersih (kekayaan) = Aset - Liabiliti + Pendapatan Bersih = Pendapatan - Perbelanjaan + Kedudukan Kewangan + Matlamat Kewangan Menganalisis kedudukan kewangan syarikat dan peribadi anda dengan menggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Matlamat 1 Matlamat 2 Matlamat 3 2

APAKAH ASPEK-ASPEK PENGURUSAN KEKAYAAN? Pada masa ini, banyak syarikat menguruskan kekayaan mereka melalui instrumen insurans dan pelaburan. Rancangan pengurusan kekayaan yang komprehensif secara amnya harus merangkumi cara-cara untuk mengekal, mengembang dan mengagihkan aset yang meliputi perkara-perkara berikut: Perancangan hutang/aliran tunai bagi membolehkan penggunaan kredit yang efisien dan optimum untuk perniagaan Perancangan dan pengurusan pelaburan untuk mengekalkan kekayaan dan memastikan pulangan yang berpatutan Perancangan insurans bagi perlindungan perniagaan (sebagai contoh, kebakaran, kecurian, marin atau insurans untuk pekerja utama) dan perlindungan peribadi (kematian, kurang upaya, penyakit kritikal dan isi rumah) Perancangan cukai untuk meminimumkan aliran keluar tunai yang berlebihan dan memastikan pengurusan aliran tunai yang efisien Matlamat Perlindungan aset Pengumpulan aset Pengagihan aset Pengurusan kekayaan secara ringkas Proses Memahami matlamat dan kekangan perniagaan dan peribadi Menganalisis nilai aset bersih dan aliran tunai perniagaan dan peribadi Menilai risiko perniagaan dan peribadi Pelan tindakan Perancangan aliran tunai Perancangan & pengurusan pelaburan Perancangan insurans Perancangan cukai Perancangan persaraan & penggantian Perancangan harta Perancangan persaraan dan kebajikan pekerja untuk mengekalkan pekerja utama bagi penerusan perniagaan Perancangan persaraan dan penggantian untuk memastikan operasi perniagaan dapat diteruskan dengan lancar apabila pemilik perniagaan meninggalkan perniagaan itu Perancangan harta untuk memastikan pemindahan kekayaan yang efisien kepada pengganti atau benefisiari 3

PERANCANGAN ALIRAN TUNAI Langkah pertama untuk memahami kedudukan kewangan anda dengan lebih baik adalah dengan mengurus aliran masuk dan keluar tunai. Pengurusan aliran tunai anda yang baik membolehkan anda menggunakan sebarang dana lebihan untuk faedah anda. Pengurusan aliran tunai ini bergantung kepada ketersediaan dana dalam jangka pendek, sederhana atau panjang di samping membolehkan anda memenuhi kewajipan kewangan anda apabila tiba masanya. PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PELABURAN Rancangan pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda dan kesanggupan anda untuk mengambil risiko. Anda perlu memantau dan mengkaji semula dari semasa ke semasa pencapaian pelaburan anda bagi memastikan pencapaian matlamat anda adalah seperti yang dijadualkan. Rancangan pelaburan boleh diubah suai bergantung kepada pencapaian pelaburan anda atau perubahan keadaan pasaran. Dalam merangka rancangan pelaburan, anda perlu mengambil kira: Matlamat pelaburan anda Strategi pengagihan aset untuk mencapai matlamat pelaburan Jenis-jenis produk atau instrumen pelaburan bagi mencapai matlamat anda APAKAH JENIS PRODUK PELABURAN YANG SESUAI UNTUK ANDA? Kefahaman anda mengenai produk-produk pelaburan adalah penting sebelum anda melabur kerana setiap produk pelaburan mempunyai tahap risiko yang berbeza dan jangka masa yang berlainan bagi produk itu memberikan hasil terbaik. Carta di sebelah menggambarkan potensi risiko serta pulangan bagi produk-produk pelaburan yang biasa. Semakin tinggi pulangan yang mungkin diperolehi, maka semakin tinggi risiko yang mungkin dihadapi. Sememangnya terdapat hubungan positif antara risiko dan pulangan. 4

Bakal Pulangan Tahunan (%) 10 20 Opsyen/Waran Saham Tersenarai Modal Kecil 5 6 12 3 7 Dana Bon Deposit Tetap Bank Portfolio Ekuiti yang Saham Tersenarai Modal Besar Diurus Berasingan Insurans berkaitan Pelaburan Dana Ekuiti Bon Korporat/ Sekuriti Bersandarkan Aset Sekuriti Kerajaan Produk Modal Terjamin Konservatif Sederhana Agresif Tahap Risiko Rancangan pengurusan kekayaan yang komprehensif secara amnya harus merangkumi cara-cara untuk mengekal, mengembang dan mengagih aset

Rancangan pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda dan kesanggupan anda untuk mengambil risiko Dengan ini, anda adalah dinasihatkan supaya melabur hanya dalam produkproduk yang konsisten dengan keinginan risiko anda. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur, dan mengetahui apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila hendak melabur, anda boleh merujuk pada buku kecil BankingInfo mengenai Melabur Wang Anda. PERANCANGAN INSURANS Program insurans harus dijadikan sebahagian daripada rancangan anda untuk perlindungan terhadap risiko kerugian kewangan yang tidak dijangka. Ini termasuk perlindungan atas kerugian akibat kebakaran, banjir dan risiko lain terhadap perniagaan anda serta pembelian insurans kesihatan dan hayat bagi diri dan pekerja anda. Jumlah insurans bergantung kepada keperluan, keadaan dan juga matlamat. Perlindungan insurans juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa untuk memastikan perlindungan itu adalah memadai dengan kedudukan semasa anda. PERANCANGAN CUKAI Matlamat perancangan cukai adalah untuk mengatur urusan kewangan anda bagi meminimumkan cukai perlu dibayar. Jumlah cukai perlu dibayar akan mempengaruhi keputusan anda terhadap perkara-perkara berikut: Pelaburan Pinjaman Tabungan Anda boleh merujuk Akta Cukai Pendapatan 1965 untuk maklumat lanjut tentang jenis dan jumlah cukai yang dikenakan terhadap pelbagai jenis pendapatan dan jenis perbelanjaan yang boleh ditolak daripada pendapatan anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada perunding cukai atau penasihat kewangan. PERANCANGAN PERSARAAN DAN PENGGANTIAN Perancangan persaraan merupakan satu aspek penting dalam pengurusan kekayaan. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mempertimbangkan beberapa isu berikut: 6

Jangkamasa anda akan bersara Jumlah wang yang anda perlukan untuk terus menikmati gaya hidup semasa anda Rancangan penggantian mengenai siapa dan bagaimana perniagaan akan dijalankan selepas anda bersara. Ini adalah untuk memastikan wujudnya rancangan yang akan memaksimumkan harga jualan perniagaan anda atau membolehkan perniagaan diteruskan dengan gangguan yang kecil Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membentuk rancangan persaraan ialah: Penilaian/analisis keperluan persaraan masa depan Analisis taraf/gaya hidup semasa dan perbelanjaan masa depan Analisis atas dana dikumpul (pelaburan & tabungan) dengan mengambil kira inflasi, insurans dan percukaian Keadaan keluarga (bilangan tanggungan, umur, keperluan pendidikan, dll.) 7

Dengan rancangan penggantian, anda boleh meminimumkan risiko pertikaian keluarga dan gangguan perniagaan Perancangan penggantian membolehkan pemilik perniagaan mengendalikan perniagaannya secara tersusun sekiranya berlaku kematian secara tiba-tiba, kehilangan keupayaan sepenuhnya dan kekal atau persaraan. Kematian seseorang pemilik perniagaan secara tiba-tiba tanpa perancangan penggantian yang baik akan menjejaskan nama baik perniagaan dan mungkin menyebabkan masalah mudah tunai. Malah perancangan penggantian ini menjadi lebih penting sekiranya ahli keluarga pemilik perniagaan tidak mempunyai pengetahuan, kepakaran atau minat untuk mengambil alih dan menjalankan perniagaan itu. Sebagai pemilik perniagaan, anda patut memulakan perancangan penggantian pada peringkat awal bagi memastikan pemindahan hak milik yang teratur dan efisien. Dengan adanya rancangan penggantian, anda dapat: Meminimumkan risiko pertikaian keluarga dan gangguan perniagaan Mengekalkan pegangan saham perniagaan dalam keluarga atau memberikannya kepada individu pilihan anda Merancang persaraan anda daripada perniagaan PERANCANGAN HARTA Perancangan harta merupakan proses pengaturan yang wajar untuk mengagihkan kekayaan dan mengurus estet seseorang selepas kematian. Ia juga dapat mengelakkan timbulnya komplikasi perundangan dan administratif. Faedahfaedah perancangan harta termasuk: Pemindahan kekayaan yang lancar dan efisien kepada ahli keluarga atau mereka yang tersayang (dengan mengambil kira komplikasi perundangan dan tindakan yang tepat pada masanya) Pengurusan dan/atau pengagihan kekayaan/perniagaan yang baik Mengelakkan pertikaian/pergelutan perundangan berhubung dengan pengagihan kekayaan Wasiat, amanah dan yayasan merupakan antara kaedah yang biasa digunakan dalam perancangan harta. 8

INSTITUSI PENGURUSAN KEKAYAAN Anda mungkin ingin mendapatkan khidmat nasihat profesional memandangkan pengurusan kekayaan melibatkan pelbagai aspek. Terdapat banyak institusi yang menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan, seperti bank perdagangan, bank saudagar, agensi amanah saham atau entiti-entiti yang khusus dalam perancangan kewangan. Walau bagaimanapun, bukan semua institusi menawarkan semua jenis perkhidmatan pengurusan kekayaan. Anda perlu menyemak dan menilai reputasi mereka serta mendapatkan maklumat tentang kelayakan institusi itu sebelum anda membuat pilihan. Sebagai contoh, penasihat kewangan diberikan lesen sama ada oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana memberikan khidmat nasihat mengenai sekuriti atau Bank Negara Malaysia kerana memberikan khidmat nasihat kewangan berkaitan produk dan perkhidmatan insurans. Kriteria yang anda perlu pertimbangkan termasuk: Pelbagai jenis produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang disediakan Kualiti pegawai pengurusan kekayaan, sama ada institusi itu dikendalikan oleh ahli profesional yang berpengetahuan Reputasi institusi itu. Pilih institusi dengan rekod prestasi yang cemerlang APAKAH YANG PERLU ADA DALAM RANCANGAN ANDA? Institusi pengurusan kekayaan kebiasaannya akan menyediakan rancangan secara bertulis berdasarkan maklumat yang anda berikan kepadanya. Anda harus pastikan semua fakta dan angka adalah tepat dan strategi serta cadangan yang diberikan menepati matlamat anda. Rancangan itu haruslah: Menggariskan kedudukan kewangan semasa dan matlamat kewangan anda Menerangkan strategi keseluruhan untuk mencapai matlamat anda Mencadangkan pelaburan dan strategistrategi lain dalam pengurusan wang anda 9

Menerangkan bagaimana pelaburan dan strategi yang dicadangkan dapat mencapai matlamat anda Membincangkan risiko berkaitan dengan setiap pilihan pelaburan Mendedahkan semua yuran dan komisen TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI KLIEN Sebagai klien, anda akan diminta oleh institusi pengurusan kekayaan untuk memberikan jumlah maklumat yang berpatutan mengenai syarikat anda dan pemilik syarikat itu, iaitu diri anda dan rakan kongsi perniagaan anda. Ini supaya institusi pengurusan kekayaan dapat menghasilkan suatu rancangan kewangan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda dan untuk mematuhi keperluan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001. MELABUR MELALUI INSTITUSI PENGURUSAN KEKAYAAN Kebanyakan institusi pengurusan kekayaan akan menetapkan saiz akaun minimum untuk pelaburan, iaitu antara RM50,000 hingga RM1 juta. Dana ini boleh dilabur dalam pelbagai jenis pelaburan seperti deposit tetap, ekuiti tersenarai, bon korporat, amanah saham atau produkproduk berstruktur. Sebelum mencadangkan sebarang produk kepada anda, institusi pengurusan kekayaan perlu menentukan profil risiko anda. Setiap institusi pengurusan kekayaan menggunakan alat membuat profil risiko mereka yang tersendiri untuk menilai keinginan risiko klien. Kaedah yang sering digunakan ialah soal selidik. Contoh soalan-soalan untuk membuat profil risiko dan contoh rancangan pelaburan terdapat dalam Lampiran I dan II. Sebelum menandatangani sebarang perjanjian untuk menjadi klien sesebuah institusi pengurusan kekayaan, anda berhak untuk: 10

Memastikan institusi itu telah menerangkan dengan jelas segala maklumat berkenaan perkhidmatannya Mendapatkan penjelasan lanjut jika perlu Mengesahkan fi dan caj yang berkenaan dengan akaun anda Selepas menandatangani perjanjian sebagai klien sesebuah institusi pengurusan kekayaan, anda harus: Memperoleh penyata bagi semua transaksi yang dijalankan bagi pihak anda, tepat pada masanya Memperoleh penyata bulanan yang menunjukkan ringkasan portfolio pelaburan serta transaksi anda bagi bulan berkenaan Mengkaji semula pencapaian pelaburan anda dari semasa ke semasa dengan membandingkan kadar pulangan wajaran masa bagi portfolio anda dengan Kadar faedah deposit tetap (bagi pelabur konservatif), atau Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) (bagi pelabur agresif) FAEDAH PENGURUSAN KEKAYAAN Faedah pengurusan kekayaan termasuk: Penggunaan dana lebihan secara lebih baik Meminimumkan cukai atas pelaburan Memaksimumkan pulangan atas pelaburan berdasarkan sesuatu tahap risiko yang dinyatakan Pastikan semua fakta dan angka adalah tepat dan strategi serta cadangan yang diberikan menepati matlamat anda 11

SOALAN-SOALAN LAZIM Mengapakah saya harus mempertimbangkan pengurusan kekayaan? Mengapakah PKS memerlukan perancangan penggantian? Apakah pengagihan aset? &J Pengurusan kekayaan dirumus untuk membantu anda mengekalkan dan memperkembangkan harta anda sepanjang dan selepas hayat anda. Ia bermula dengan analisis mendalam keadaan kewangan serta matlamat pelaburan anda. Seterusnya, satu strategi pelaburan dicadangkan dan diurus secara proaktif untuk mencapai matlamat itu. Salah satu masalah paling sukar yang anda mungkin hadapi sebagai sebuah PKS ialah bagaimana untuk membahagikan perniagaan antara waris anda. Ini merupakan isu yang sensitif dan memerlukan perancangan awal untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul kelak. Mengikut statistik yang dikumpul oleh The Family Firm Institute of Brooklyn, Massachusetts, "hampir 70% daripada semua perniagaan keluarga gagal sebelum sampai ke generasi kedua, dan 88% gagal sebelum sampai ke generasi ketiga; hanya dalam 3% sahaja daripada semua perniagaan keluarga dapat bertahan sehingga ke generasi keempat dan seterusnya. Pengagihan aset ialah proses mengagihkan bahagian wang anda dalam pelbagai jenis pelaburan: saham, bon, pasaran wang dan pelaburan lain, seperti harta tanah. Pengagihan aset anda bergantung pada jangka masa pelaburan anda, matlamat tabungan anda dan tahap risiko yang anda sanggup ambil untuk mencapai matlamat itu. Mengapa rancangan pelaburan berguna? Sesuatu rancangan pelaburan menggariskan matlamat dan memastikan pelaburan itu sesuai untuk anda. Rancangan ini memberikan gambaran yang lebih jelas dan hala tuju bagi semua keputusan pelaburan anda. Ia juga menentukan jumlah aset yang patut dilabur berdasarkan pengalaman pelaburan, toleransi terhadap risiko dan matlamat anda. 12

LAMPIRAN 1 Sampel membuat profil risiko 1. Pelaburan dengan kadar pulangan yang lebih tinggi lazimnya dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi, iaitu ketidakpastian dalam mendapat pulangan. Contohnya, walaupun portfolio pelaburan D seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah mencapai purata pulangan tahunan sebanyak 14% dalam tempoh 10 tahun, ia telah menjana keuntungan sebanyak 86% pada tahun yang terbaik tetapi mengalami kerugian sebanyak 25% pada tahun terburuk. Antara portfolio pelaburan di bawah, yang manakah pilihan anda? Pulangan Bagi Tempoh 10 Tahun Portfolio Pulangan tahun Purata pelaburan terbaik terburuk pulangan A 7% 3% 4% B 10% -2% 6% C 25% -8% 12% D 86% -25% 14% E 120% -50% 18% 2. Pertimbangkan dua produk pelaburan, A dan B di bawah dan purata pulangan tahunan produk serta risiko berkaitan. Jika anda hendak memilih antara produk A dengan B untuk mencapai matlamat pelaburan anda, apakah corak pelaburan anda? Produk Purata pulangan Risiko kerugian pelaburan tahunan pelaburan pokok A 6% minimum B 11% 20% a. 100% dalam Pelaburan A dan 0% dalam Pelaburan B b. 70% dalam Pelaburan A dan 30% dalam Pelaburan B c. 30% dalam Pelaburan A dan 70% dalam Pelaburan B d. 20% dalam Pelaburan A dan 80% dalam Pelaburan B e. 0% dalam Pelaburan A dan 100% dalam Pelaburan B 13

3. Yang manakah antara lima senario di bawah ini menggambarkan dengan tepat reaksi anda apabila terdapat penurunan yang ketara dalam pelaburan anda dalam tempoh beberapa bulan? a) Saya akan mencairkan kesemua pelaburan saya dengan serta merta. b) Saya akan mencairkan sebahagian daripada pelaburan saya dan beralih kepada pelaburan lain yang kurang mudah ubah. c) Tidak mangambil sebarang tindakan. Saya akan membiarkan sahaja pelaburan itu tetapi akan memantaunya dengan teliti kerana pelaburan ini adalah untuk jangka masa panjang. d) Saya akan melabur lebih banyak untuk mengurangkan purata kos pelaburan. e) Saya akan menganggapnya sebagai satu peluang pembelian yang hebat kerana ia merupakan pelaburan yang bernilai sebelum ini dan lebih bernilai sekarang dengan kejatuhan harga. 4. Yang manakah antara berikut paling tepat menggambarkan sikap anda terhadap keputusan pelaburan? a) Saya amat mengambil berat untuk mengekalkan kekayaan saya dan memilih untuk mengelakkan pelaburan yang berisiko supaya dapat meminimumkan kemungkinan kerugian wang saya. b) Saya risau mengenai kerugian wang saya tetapi sekiranya saya memilih membiarkan wang dalam bentuk tunai, saya tidak dapat melindunginya daripada inflasi. Dalam hal ini, saya akan menyerahkan tugas mengurus wang saya kepada seorang pengurus dana profesional. c) Saya membaca laporan penyelidikan syarikat broker saham dan menganalisis saham-saham itu secara mendalam. Selain itu, saya juga merujuk maklumat ekonomi harian terkini daripada wakil penjual saham saya dan membuat keputusan sendiri mengenai pelaburan. d) Saya suka berbincang dengan rakan dan broker mengenai berita dan cerita pasaran terkini dan akan melabur berdasarkan cadangan mereka dan juga trend pasaran semasa. e) Saya melakukan urus niaga saham secara aktif dan saya percaya bahawa saya lebih berpengetahuan berbanding dengan broker saya mengenai pelaburan. Saham yang saya pilih adalah amat baik dan saya membuat keputusan pelaburan sendiri. 14

LAMPIRAN II Sampel rancangan pelaburan bagi Syarikat ABC A. Matlamat Pelaburan Gambaran keseluruhan mengenai matlamat pelaburan anda akan membantu anda dalam merumus strategi pengagihan aset dan pelaburan anda. Dalam hal ini, nyatakan matlamat pelaburan anda dan susun mengikut keutamaannya, dengan tahap 1 sebagai tahap keutamaan paling tinggi Matlamat Pelaburan (contoh) Untuk mencapai pulangan sebanyak 8%, selepas ditolak fi pengurusan dan fi sampingan yang lain B. Jangka Masa Pelaburan Jangka masa pelaburan merupakan satu faktor penting dalam pembentukan sesuatu aset strategik kurang dari 1 tahun 1 hingga 3 tahun X 4 hingga 7 tahun 8 hingga 10 tahun lebih dari 10 tahun Jumlah Pelaburan Asal RM4,000,000 15

C. Nilai Bersih/Analisis Aliran Tunai i. Kedudukan Nilai Bersih Aset (RM) Aset Tunai Deposit tetap 2,000,000 Akaun simpanan/ Akaun semasa 2,000,000 4,000,000 Harta benda Loji/kilang 2,000,000 Lain-lain 1,000,000 3,000,000 Pelaburan Amanah saham 800,000 Bon terurus 300,000 Bon langsung 0 Saham 600,000 1,700,000 Liabiliti (RM) Liabiliti Semasa Sewa terakru 500,000 Upah terakru 500,000 1,000,000 Liabiliti Jangka Panjang Bon 2,000,000 Pinjaman bank 500,000 2,500,000 Overdraf 1,500,000 Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu 1,000,000 Hasil terakru 700,000 Jumlah Aset 10,400,000 Jumlah Dana Boleh Labur 5,700,000 Jumlah Liabiliti 5,000,000 Nilai Bersih 5,400,000 16

ii. Kedudukan Aliran Tunai Aliran Masuk Tunai Tahunan (RM) Hasil tunai 1,200,000 Perolehan drp penjualan loji/kilang 1,050,000 Perolehan drp penerbitan saham 100,000 Dividen 800,000 Faedah 500,000 Pendapatan sewa 100,000 Jumlah Aliran Masuk 3,750,000 Aliran Keluar Tunai Tahunan (RM) Caruman KWSP pekerja 160,000 Cukai korporat 400,000 Bayaran tunai jualan barangan 500,000 Bayaran balik pinjaman bank 100,000 Bayaran kupon bon 100,000 Perbelanjaan tunai lain 900,000 Jumlah Aliran Keluar 2,160,000 Aliran Tunai Bersih 1,590,000 17

D. Strategi yang Dicadangkan Jangka masa pelaburan anda ialah 4 hingga 7 tahun Jumlah dana boleh labur RM5,700,000 Pengagihan Aset Kelas Aset Pulangan Risiko = Mengikut Pilihan RM Volatiliti Profil Risiko Anda Tunai 2.50% 0% 10% 10% 570,000 Pendapatan tetap terurus 7.00% 3% 20% 20% 1,140,000 Pendapatan tetap langsung 10.00% 4% 25% 25% 1,425,000 Ekuiti terurus 12.00% 18% 25% 25% 1,425,000 Ekuiti langsung 15.00% 30% 20% 20% 1,140,000 Pulangan Portfolio 10.2% 10.2% Risiko Portfolio 12.1% 12.1% - Kelas Aset Produk Tunai Pasaran wang Pendapatan tetap terurus Dana bon Pendapatan tetap langsung Penempatan bon Ekuiti terurus Dana ekuiti Ekuiti langsung Syer 18

GLOSARI Amanah saham Suatu jumlah wang yang diurus oleh sebuah syarikat pelaburan. Syarikat ini menawarkan pelbagai pilihan kepada pelabur, bergantung kepada jenis dana itu dan matlamat pelaburannya. Analisis aset nilai bersih Suatu kaedah untuk menentukan aset bersih seseorang dengan membuat perbandingan jumlah aset dengan jumlah liabiliti. Bon korporat Instrumen hutang bagi pinjaman yang diterbitkan oleh peminjam kepada pelabur yang merupakan pembeli bon dan peminjam wang. Sebagai pulangan atas wang yang dipinjamkan, penerbit bon bersetuju untuk membayar faedah tetap kepada pemegang bon semasa tempoh pinjaman itu dan amaun prinsipal yang dipinjam apabila matang. Dana bon Dana pelaburan yang dilabur terutamanya dalam bon atau sekuriti hutang lain. Dana ekuiti Dana pelaburan yang dilabur terutamanya dalam saham. Deposit tetap Wang simpanan di institusi perbankan bagi satu jangka masa tetap, contohnya 1, 3, 6, 9 atau 12 bulan untuk memperoleh faedah. Insurans berkaitan pelaburan Pelan insurans nyawa yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan. Sebahagian daripada premium yang dibayar akan digunakan untuk membayar perlindungan insurans nyawa dan sebahagian lagi dilabur dalam dana pelaburan tertentu, mengikut pilihan pemegang polisi. 19

Kadar pulangan wajaran masa Suatu ukuran kadar kompaun bagi pertumbuhan sesuatu portfolio. Opsyen/waran Instrumen yang memberi pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk membeli instrumen tertentu, sebagai contoh saham biasa baru, pada suatu harga laksana yang telah ditentukan terlebih dahulu dalam tempoh masa sah yang telah ditetapkan (tempoh laksana). Waran ini menjadi tidak bernilai apabila tempoh laksana tamat. Saham tersenarai modal besar Syarikat yang sahamnya tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad dengan permodalan pasaran yang pada amnya lebih daripada RM2 bilion. Saham tersenarai modal kecil Syarikat yang sahamnya tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad dengan permodalan pasaran yang secara amnya kurang daripada RM750 juta. Portfolio ekuiti yang diurus secara berasingan Portfolio yang diurus oleh pengurus dana dengan pelabur memiliki sekuriti secara individu. Produk modal terjamin Produk yang memberikan pulangan dan pada masa yang sama, memberikan jaminan modal pada akhir tempoh matang. 20

CONTOH CONTOH Design Copyright 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.