Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

dokumen-dokumen yang mirip
Melindungi anda pada waktu yang sukar

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Waheed

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Pengenalan Makroekonomi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

Akaun Pelaburan Wafiyah

1998 ANNUAL REPORT TINJAUAN PASARAN MODAL 1998 PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Bertempoh

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Akaun Semasa Mudarabah

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Akaun Pelaburan Waheed

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN 3 PROFIL DANA 4 TINJAUAN EKONOMI TEMPATAN DAN GLOBAL 8 TINJAUAN PASARAN EKUITI DAN PENDAPATAN TETAP 10

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

PRUlink global fund (Foreign)

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Akaun Pelaburan Wafiyah

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND

NURASIKIN BINTI ANUAR (A134764) Bank Vietnam. Pengenalan

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PASARAN MAJU GAMBARAN KESELURUHAN

PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Kajian Kewangan Kumpulan

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Pengenalan kepada Kewangan

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

Koperasi Pengangkutan

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Transkripsi:

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

PERLINDUNGAN YANG BERTERUSAN BAGI ANDA DAN PELABURAN ANDA Pelan Takaful myal Afdhal adalah satu pelan berkait pelaburan tertutup 5 tahun yang membolehkan peserta melabur dalam produk pelaburan berstruktur yang mematuhi prinsip prinsip Syariah. Dengan ciri perlindungan modal, peserta akan menikmati perlindungan sepanjang tempoh tersebut di samping mendapat pulangan pelaburan dalam bentuk Keuntungan Tahunan* daripada Sumbangan Tunggal mereka. Potfolio pelaburan berstruktur yang mematuhi prinsip prinsip Syariah disediakan oleh Citibank Berhad ( Citibank ) yang mempunyai penarafan kredit AAA/P1 bagi penarafan institusi kewangan, dengan prospek yang stabil oleh RAM Holdings Berhad ( RAM ) pada 17hb November 2009. * Tertakluk kepada prestasi sebenar pelaburan tersebut. Pulangan ke atas pelaburan produk berstruktur tersebut adalah berdasarkan prestasi Aset aset Rujukan sementara modal pokok hanya akan dilindungi sekiranya pelaburan dipegang sehingga tarikh matang. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 2

PENAFIAN : Laporan ini hanyalah sebagai maklumat sahaja. Pendapat yang terdapat dalam laporan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi atau berasal dari sumber sumber yang kami boleh diterimapakai. Syarikat Takaful Malaysia Berhad tidak membuat sebarang penyataan atau jaminan, samada dinyatakan atau diimplikasikan, terhadap ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran maklumat yang terkandung di sini dan ia tidak harus digunakan untuk kebolehpercayaan. *Sumber maklumat : Reuters, Bloomberg dan Agensi agensi Lain Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 3

PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan para pelabur myal Afdhal yang dihargai bagi tinjauan prestasi tahun yang kedua untuk tempoh berakhir pada 19 Jun 2010. Pada umumnya, tahun lepas merupakan tahun yang agak mencabar bagi kebanyakan pelabur, di mana terpaksa berdepan dengan situasi pasaran yang tidak menentu hasil rentetan dari usaha untuk menyokong ekonomi dunia dari terus merundum akibat dari krisis kewangan. Mengikut pemerhatian kami, kebanyakan pelaburan yang asetnya mempunyai pendedahan global tidak mampu bertahan berikutan prestasi lemah pada hampir kesemua kelas aset sama ada ekuiti mahupun pasaran komoditi. Kelemahan prestasi yang disebabkan kejatuhan harga aset telah memberi kesan kepada prestasi kebanyakan dana dana termasuk produk pelaburan berstruktur. Walaupun berdepan dengan tahun yang mencabar, prestasi pelaburan myal Afdhal telah menunjukkan pemulihan yang kukuh pada kebanyakan Aset aset Rujukan sejak setahun yang lepas. Hasil daripada pemulihan ini, Nilai Aset Bersih (NAB) telah mencapai tahap tertinggi iaitu RM0.972 pada 3 Disember 2009 berbanding nilai harga penutup pada tahun lepas iaitu RM0.896. Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa pengumuman keuntungan tahunan adalah bergantung kepada prestasi potfolio potfolio Pemberat Pertumbuhan atau Pemberat Defensif. Secara ringkasnya, potfolio Pemberat Pertumbuhan merangkumi 60% pemberat dalam Pertumbuhan dan baki 40% dalam Defensif sementara Potfolio Defensif merangkumi 60% dan 40% pemberat dalam Defensif dan Pertumbuhan masing masing. Bagi tempoh tinjauan, Defensif dengan peruntukan tetap 25% dalam Indeks Pendapatan Tetap Eropah dan 75% dalam Indeks Logam Berharga memberikan pulangan yang positif. Walaubagaimanapun, prestasi positif tersebut tidak mampu mengatasi prestasi negatif yang tinggi yang dicatatkan oleh Pertumbuhan yang merangkumi 50% Tembaga, 25% Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia dan 25% Indeks Hartanah Jepun. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 4

Dengan itu, kedua dua potfolio Pemberat Pertumbuhan dan Pemberat Defensif mencatatkan pulangan negatif 14.38% dan 6.79% masing masing seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah: Pertumbuhan Purata pulangan terkumpul untuk 8 Suku % berat di dalam kumpulan Prestasi Komoditi Tembaga (30.65) 50% Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia (22.33) 25% (29.55) Indeks Hartanah Jepun (34.55) 25% Defensif Purata pulangan terkumpul untuk 8 Suku % berat di dalam kumpulan Prestasi Indeks Pendapatan Tetap Eropah 12.22 25% Indeks Logam Berharga 7.09 75% 8.38 Prestasi Potfolio Pertumbuhan Defensif Prestasi Potfolio Potfolio Pemberat Pertumbuhan (17.73) 3.35 (14.38) 60% x (29.55) 40% x 8.38 (17.73) + 3.35 Potfolio Pemberat Defensif (11.82) 5.03 (6.79) 40% x (29.55) 60% x 8.38 (11.82) + 5.03 Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 5

Oleh kerana kedua dua potfolio tersebut merekodkan pulangan negatif, tiada pengagihan keuntungan tahunan berdasarkan NAB myal Afdhal yang berada pada nilai RM0.940 bagi tahun kewangan berakhir 19 Jun 2010. Meninjau ke hadapan, kami dapat melihat usaha usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan di seluruh dunia dalam mengambil langkah langkah perlu untuk membawa ekonomi dunia kembali ke fasa pertumbuhan. Situasi pasaran sedunia yang kian pulih merupakan sesuatu yang positif, di mana Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan pertumbuhan pengeluaran dunia sebanyak 4.6% pada 2010 berbanding penguncupan 0.6% yang dicatatkan pada 2009. Walaupun optimistik terhadap pemulihan global, ketidaktentuan ekonomi masih kekal dengan tumpuan utama terhadap krisis hutang negara negara Eropah dan perubahan polisi ekonomi dibeberapa ekonomi utama khususnya China yang mungkin akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global. Kami yakin pelaburan anda mampu bertahan terhadap sebarang cabaran pada masa hadapan memandangkan modal tersebut dilindungi sekiranya ia dipegang sehingga tempoh matang pada 2013. Tambahan pula, anda juga berpeluang untuk terus menikmati perlindungan Takaful kami sepanjang tempoh tersebut. Terima kasih di atas sokongan padu anda dan kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. Bersama kita melabur untuk tahun hadapan yang lebih baik. Semoga Allah memberikan kita petunjuknya, Amin. DATO HASSAN KAMIL Pengarah Urusan Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 6

PRESTASI DANA Tinjauan Prestasi Tahunan Dana untuk tempoh berakhir 19 Jun 2010 myal Afdhal menuju ke tahun kedua dengan harapan bahawa usaha bersama daripada kerajaan ekonomi global untuk mengurangkan kadar faedah dan mendorong aktiviti pinjaman, berserta jumlah besar pakej ransangan yang diperkenalkan bagi menyokong aktiviti ekonomi, bakal mendorong aset aset rujukan untuk mendapat pencapaian yang lebih baik dan meningkatkan nilai aset bersih dana. Secara ringkasnya, myal Afdhal adalah pelan perlindungan modal berkaitpelaburan tertutup 5 tahun berlandaskan Syariah di mana prestasinya berkait rapat dengan pelbagai kelas aset antarabangsa termasuk pendapatan tetap Eropah, pasaran ekuiti Asia, logam berharga, tembaga dan pasaran hartanah Jepun. Oleh yang demikian, prestasi myal Afdhal adalah ditentukan oleh keadaan pasaran global. Bagi tempoh tinjauan, hasil sokongan dasar dasar fiskal, kerajaan ekonomi utama telah kembali stabil dalam membawa ekonomi global menuju ke arah pemulihan. Ekonomi Asia terutamanya China, dilihat berada pada tahap fasa pemulihan yang pantas dan dianggap sebagai pemimpin dalam proses pemulihan ekonomi. Malangnya, dalam keadaan di mana keyakinan perniagaan global dan pengguna semakin meningkat, seluruh dunia dikejutkan dengan krisis hutang kerajaan Eropah pada awal tahun ini, lalu memberikan jangkaan bahawa pemulihan ekonomi global akan menjadi lebih lambat dan ketidakstabilan pasaran yang lebih tinggi. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 7

Potfolio Pemberat Pertumbuhan Defensif, 40% Pertumbuhan, 60% Pertumbuhan Defensif Prestasi Potfolio (17.73) 3.35 (14.38) Potfolio Pemberat Defensif Pertumbuhan Defensif Prestasi Potfolio (11.82) 5.03 (6.79) Defensif, 60% Pertumbuhan, 40% Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 8

Meskipun tahun ini amat mencabar, prestasi pelaburan myal Afdhal telah menunjukkan pemulihan pada kebanyakan Aset aset Rujukan. Pemulihan ini dapat dilihat dalam NAB myal Afdhal di mana ia mencatat nilai tertinggi RM0.972 pada 3 Disember 2009 sebelum ditutup untuk tahun ini pada harga RM0.940 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.9% berbanding harga penutup tahun pertama pada RM0.896. Defensif dengan peruntukan tetap 25% dalam Indeks Pendapatan Tetap Eropah dan 75% dalam Indeks Logam Berharga telah mencatat pulangan positif bagi tempoh tinjauan. Walaubagaimanapun, prestasi positif tersebut tidak mampu mengatasi prestasi negatif yang tinggi pada Pertumbuhan yang merangkumi 50% Komoditi Tembaga, 25% Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia dan 25% Indeks REIT Jepun. Pada penghujung ulangtahun ke 2, kedua dua potfolio Pemberat Pertumbuhan dan Pemberat Defensif mencatat prestasi negatif sebanyak 14.38% dan 6.79% masing masing. Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa pengumuman keuntungan tahunan adalah bergantung kepada prestasi potfolio potfolio Pemberat Defensif atau Pemberat Pertumbuhan. Oleh kerana prestasi kedua dua potfolio masih negatif sejak permulaan, tiada pengagihan keuntungan tahunan bagi tempoh berakhir 19 Jun 2010. Butiran pengiraan dan prestasi setiap aset aset rujukan adalah seperti dalam Lampiran A dan B masing masing. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 9

Prestasi Aset-aset Rujukan Dari Permulaan 160.00% 140.00% Permulaan 120.00% Dasar 100 100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 0.00% 6/16/2008 9/16/2008 12/16/2008 3/16/2009 6/16/2009 9/16/2009 12/16/2009 3/16/2010 6/16/2010 Indeks Pendapatan Tetap Eropah Indeks Logam Berharga Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia Komoditi Tembaga Indeks Hartanah Jepun Prospek Pelbagai langkah telah diperkenalkan secara global bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan. Oleh yang demikian polisi kewangan dijangka kekal ketolakansurannya di seluruh ekonomi global, di mana kadar faedah yang rendah berkemungkinan akan terus dikekalkan. Di AS, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dalam mesyuarat terkininya pada 23 Jun 2010 telah mengekalkan kadar pinjaman jangka pendeknya sekitar 0%, dan mengulas bahawa kadar teramat rendah tersebut akan dikekalkan bagi tempoh selanjutnya. Berikutan krisis kewangan kerajaan Eropah, kerajaan kerajaan ekonomi utama telahpun mengambil langkah langkah yang sesuai bagi memulihkan disiplin fiskal. Antara contoh yang ketara adalah seperti yang berlaku di UK, di mana kerajaan barunya mendedahkan pelan bajet terbaru sebanyak 40 bilion penguncupan fiskal bagi memberikan sokongan yang diperlukan kepada negaranya. Berikutan dengan itu, kerajaan kerajaan Eropah dilihat harus mengambil Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 10

langkah langkah yang berkenaan bagi memulihkan kembali disiplin fiskal melalui pengurangan atau pengimbangan bajet defisit dan menyekat sebarang peningkatan pinjaman. Di China, bank utama China terus mengetatkan polisi kecairan dan memberi petanda bahawa ia akan mengekalkan fokus terhadap pengawalan kuat kecairan dan membendung inflasi dalam usaha mengekalkan keadaan ekonomi yang memberangsangkan. Dengan adanya polisi polisi kewangan dan fiskal yang sesuai, pemulihan ekonomi global dijangka akan berterusan. Ramalan ekonomi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa ke atas pengeluaran dunia adalah dijangka meningkat kepada 4.6% dalam 2010 berbanding dengan penguncupan pada kadar 0.6% pada tahun 2009. Harapan terhadap prestasi yang lebih baik setiap kelas aset adalah berdasarkan jangkaan bahawa pemulihan ekonomi akan mengembalikan keyakinan perniagaan dan pengguna. Oleh yang demikian, Aset aset Rujukan yang telah kehilangan lebih 50% daripada nilai asalnya memerlukan pemulihan yang lebih bagi mengimbangi prestasi negatif dan sekaligus membolehkan Pertumbuhan mencatatkan pulangan yang positif. Berdasarkan pemahaman bahawa prestasi Aset aset Rujukan selaras dengan pemulihan ekonomi, harapan masih ada bagi kelas kelas aset yang berkenaan untuk mengembalikan nilainya melebihi nilai pada awalnya. Tinjauan ke hadapan, adalah amat diharapkan agar usahasama oleh kerajaan kerajaan seluruh dunia akan berjaya mengembalikan ekonomi sedunia ke fasa pertumbuhan di mana ia dijangka memberikan momentum positif terhadap prestasi myal Afdhal. Walaupun jangkaan momentum pemulihan global masih positif, ketidaktentuan ekonomi masih kekal wujud bergantung kepada keadaan krisis hutang kerajaan Eropah dan perubahan polisi ekonomi dalam beberapa ekonomi utama khususnya China yang mungkin mengakibatkan pemulihan ekonomi yang lambat dari yang dijangka. Tinjauan prestasi dan prospek terperinci bagi setiap Aset aset Rujukan adalah seperti pada Lampiran B. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 11

LAMPIRAN Lampiran A Pengiraan terperinci prestasi potfolio Lampiran B Tinjauan prestasi & prospek aset individu 1. Indeks Pendapatan Tetap Eropah 2. Indeks Logam Berharga 3. Komoditi Tembaga 4. Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia 5. Indeks Hartanah Jepun Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 12

LAMPIRAN A Pengiraan prestasi adalah berdasarkan purata pulangan terkumpul untuk 8 suku tahunan bermula dari 16 September 2008 sehingga 16 Jun 2010. Pertumbuhan Purata pulangan terkumpul untuk 8 Suku % berat dalam kumpulan Prestasi kumpulan Komoditi Tembaga (30.65) 50% Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia (22.33) 25% Indeks Hartanah Jepun (34.55) 25% (29.55) Defensif Purata pulangan terkumpul untuk 8 Suku % berat dalam kumpulan Prestasi kumpulan Indeks Pendapatan Tetap Eropah 12.22 25% Indeks Logam Berharga 7.09 75% 8.38 Prestasi Potfolio 1 Pertumbuhan Defensif Prestasi Potfolio Potfolio Pemberat Pertumbuhan (17.73) 3.35 (14.38) 60% x (29.55) 40% x 8.38 (17.73) + 3.35 Potfolio Pemberat Defensif (11.82) 5.03 (6.79) 40% x (29.55) 60% x 8.38 (11.82) +5.03 1 Prestasi setiap potfolio diambil kira sebagai jumlah prestasi kedua dua kumpulan, pengiraannya berdasarkan berat setiap kumpulan bagi potfolio tersebut. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 13

LAMPIRAN B Tinjauan prestasi & prospek aset individu 1. INDEKS PENDAPATAN TETAP EROPAH 120.00% 115.00% 110.00% 105.00% 100.00% 6/16/2008 7/16/2008 8/16/2008 9/16/2008 10/16/2008 11/16/2008 12/16/2008 1/16/2009 2/16/2009 3/16/2009 4/16/2009 5/16/2009 6/16/2009 7/16/2009 8/16/2009 9/16/2009 10/16/2009 11/16/2009 12/16/2009 1/16/2010 2/16/2010 3/16/2010 4/16/2010 5/16/2010 6/16/2010 Perubahan pada nilai pelaburan (%) Nilai Awal (16.06.08) Suku 1 (16.09.08) Suku 2 (16.12.08) Suku3 (16.03.09) Suku 4 (16.06.09) Suku 5 (16.09.09) Suku 6 (16.12.09) Suku 7 (16.03.09) Suku 8 (16.06.10) Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku 143.84 149.89 (+4.21%) 156.25 (+8.63%) 157.90 (+9.78%) 158.94 (+10.50%) 164.51 (+14.37%) 166.48 (+15.74%) 168.59 (+17.21%) 167.75 (+17.32%) +12.22% * Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal. Tinjauan Prestasi Indeks Pendapatan Tetap Eropah mencatat purata pulangan positif terkumpul sebanyak 12.22%, mencerminkan ciri ciri daya tahannya terhadap perubahan kuat pasaran kewangan dalam tempoh tinjauan ini. Meskipun krisis hutang kerajaan Eropah yang tercetus di Greece pada awal Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 14

2010, prestasi indeks tersebut agak baik sungguhpun pelabur pelabur menukar selera risiko mereka dan berpindah kepada aset aset pelaburan yang lebih selamat. Bagi mengatasi krisis terkini yang dihadapi oleh Greece, Bank Utama Eropah (BUE) dan Tabung Kewangan Antarabangsa mengumumkan pakej bantuan berjumlah 500 bilion euro melalui Mekanisma Penstabilan Eropah daripada kerajaan kerajaan Eropah dengan sumbangan tambahan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa sehingga 250 bilion euro. Prospek Walaupun Mekanisma Penstabilan Eropah dan pembelian aset BUE dapat membantu mengawal limpahan negatif akibat krisis hutang kerajaan asing, tambahan langkah langkah kesederhanaan oleh negara negara yang menghadapi ketegangan fiskal paling buruk dijangka akan menambahkan jurang perbezaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di antara negara negara kawasan Eropah dalam 2010. Masih terdapat kebimbangan terhadap kemampuan menyelesaikan hutang dalam jangkamasa panjang oleh peminjam peminjam warga asing di sekitar Eropah (khasnya Greece, Spain, Portugal dan Ireland). Dijangkakan indeks tersebut masih mempunyai daya tahan sungguhpun usaha kuat perlu diperkenalkan oleh negara negara gabungan sekitar Eropah memandangkan kekurangan persaingan, pertumbuhan yang lemah dan hutang awam yang semakin meningkat yang dijangka tidak mampu ditangani sepenuhnya oleh pakej bantuan tersebut sahaja. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 15

2. INDEKS LOGAM BERHARGA 140.00% 120.00% Perubahan pada nilai pelaburan (%) 100.00% 80.00% 60.00% 6/16/2008 7/16/2008 8/16/2008 9/16/2008 10/16/2008 11/16/2008 12/16/2008 1/16/2009 2/16/2009 3/16/2009 4/16/2009 5/16/2009 6/16/2009 7/16/2009 8/16/2009 9/16/2009 10/16/2009 11/16/2009 12/16/2009 1/16/2010 2/16/2010 3/16/2010 4/16/2010 5/16/2010 6/16/2010 Nilai Awal (16.06.08) Suku 1 (16.09.08) Suku 2 (16.12.08) Suku3 (16.03.09) Suku 4 (16.06.09) Suku 5 (16.09.09) Suku 6 (16.12.09) Suku 7 (16.03.09) Suku 8 (16.06.10) Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku 137.08 114.77 ( 16.28%) 122.93 ( 10.32%) 135.46 ( 1.18%) 137.49 (0.29%) 151.96 (+10.85%) 167.27 (+22.02%) 164.88 (+20.28%) 179.72 (+31.10%) +7.09% * Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal. Tinjauan Prestasi Selepas merekodkan nilai terendah pada pertengahan tahun kedua 2008, Indeks Logam Berharga melonjak dan menunjukkan peningkatan berterusan berikutan para pelabur memilih emas untuk pelaburan yang lebih selamat sehingga mencatatkan pulangan purata positif terkumpul sebanyak 7.09%. Semasa krisis kewangan, emas terus berperanan sebagai insurans kepada para pelabur yang menjangkakan kemungkinan potensi pemulihan berbentuk W. Untuk tempoh tinjauan, harga emas disokong baik melalui kelemahan matawang AS, permintaan dari China and jangkaan inflasi. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 16

Pada penghujung 2009, Jawatankuasa Emas Sedunia mengeluarkan data yang menunjukkan peningkatan pada permintaan emas yang dikenalpasti melebihi 10% pada suku ketiga 2009 terutamanya didorong oleh permintaan terhadap barang kemas yang tinggi. Prospek Dari aspek dunia, emas dijangka mampu bertahan walaupun kebimbangan terhadap daya tahan pemulihan ekonomi berikutan krisis hutang kerajaan masih merupakan satu isu di negara negara sekitar Eropah. Penawaran berkemungkinan kekal ketat berdasarkan pelan pelan pengembangan syarikat syarikat penggalian di Australia, negara pengeluar emas yang kedua besar, yang mana ianya mampu memanfaatkan harga emas dan sekaligus Indeks Logam Berharga. Dari sudut ekonomi, walaupun desakan inflasi tidak lagi menjadi isu utama global, harga bagi emas dan logam berharga lain dipercayai akan tetap tinggi berikutan para pelabur memilih untuk pelaburan yang lebih selamat. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 17

3. KOMODITI TEMBAGA 120.00% 100.00% Perubahan pada nilai pelabuiran (%) 80.00% 60.00% 40.00% 20.00% 6/16/2008 7/16/2008 8/16/2008 9/16/2008 10/16/2008 11/16/2008 12/16/2008 1/16/2009 2/16/2009 3/16/2009 4/16/2009 5/16/2009 6/16/2009 7/16/2009 8/16/2009 9/16/2009 10/16/2009 11/16/2009 12/16/2009 1/16/2010 2/16/2010 3/16/2010 4/16/2010 5/16/2010 6/16/2010 Nilai Awal (16.06.08) Suku 1 (16.09.08) Suku 2 (16.12.08) Suku3 (16.03.09) Suku 4 (16.06.09) Suku 5 (16.09.09) Suku 6 (16.12.09) Suku 7 (16.03.09) Suku 8 (16.06.10) Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku 8,255.00 6,841.00 ( 17.13%) 3,020.50 ( 63.41%) 3,690.00 ( 55.30%) 5049.00 ( 38.84%) 6,315.50 ( 23.49%) 6,946.00 ( 15.86%) 7,341.50 ( 11.07%) 6,592.50 ( 20.14%) 30.65% *Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal. Tinjauan Prestasi Disebabkan aliran yang menurun dari permulaan sehingga penghujung 2008, kedudukan Komoditi Tembaga telah pulih dan beransur stabil pada pertengahan tahun kedua 2009. Di China, pemerhatian awal menunjukkan peningkatan pantas dalam penggunaan adalah dirangsang oleh aktiviti penambahan stok. Keadaan matawang AS yang semakin lemah, pertukaran kepada aset aset pejal seperti emas dan komoditi komoditi berharga, pelaburan Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 18

dana dan pengaruh terhadap pemulihan Organisasi Koperasi Ekonomi dan Pembangunan kesemuanya telah menyokong dan menaikkan harga tembaga. Walaubagaimanapun, niaga hadapan tembaga AS telah menurun berikutan data pekerjaan AS yang lebih rendah dari jangkaan serta kebimbangan mengenai penyebaran krisis hutang di zon Eropah mengakibatkan nilai Komoditi Tembaga kembali menurun pada penghujung tempoh tinjauan. Oleh yang demikian, Komoditi Tembaga mencatatkan pulangan purata terkumpul negatif sebanyak 30.65%. Prospek Keadaan pasaran yang lemah dijangka berterusan pada masa akan datang berikutan permintaan terhadap tembaga yang rendah akibat daripada potensi risiko krisis hutang Eropah terhadap negara negara pengguna tembaga. Sebagai contoh, pemulihan ekonomi yang perlahan di China mungkin akan melembabkan aktiviti industri yang menjangkakan permintaan yang lemah terhadap tembaga dan memberikan impak negatif bagi harga Komoditi Tembaga pada masa akan datang. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh International Copper Study Group, satu organisasi perantaraan kerajaan yang bertujuan membantu meningkatkan ketelusan pasaran tembaga dan mempromosikan perbincangan antarabangsa dan kerjasama berkenaan isu isu tembaga, mengakui bahawa masih terdapat banyak lagi ketidaktentuan pada harga tembaga di masa hadapan memandangkan kadar pemulihan ekonomi yang perlahan khasnya di wilayah wilayah penggunaan tembaga yang pernah mengalami kelembapan ekonomi yang ketara dalam tempoh 2008 2009. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 19

4. INDEKS EKUITI SAHAM MEWAH ASIA 120.00% 100.00% Perubahan pada nilai pelaburan (%) 80.00% 60.00% 40.00% 6/16/2008 7/16/2008 8/16/2008 9/16/2008 10/16/2008 11/16/2008 12/16/2008 1/16/2009 2/16/2009 3/16/2009 4/16/2009 5/16/2009 6/16/2009 7/16/2009 8/16/2009 9/16/2009 10/16/2009 11/16/2009 12/16/2009 1/16/2010 2/16/2010 3/16/2010 4/16/2010 5/16/2010 6/16/2010 Nilai Awal (16.06.0 8) Suku 1 (16.09.08) Suku 2 (16.12.08) Suku 3 (16.03.09) Suku 4 (16.06.09) Suku 5 (16.09.09) Suku 6 (16.12.09) Suku 7 (16.03.09) Suku 8 (16.06.10) Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku 480.91 372.24 ( 22.60%) 292.10 ( 39.26%) 255.75 ( 46.82%) 356.03 ( 25.97%) 430.22 ( 10.54%) 438.74 ( 8.77%) 429.13 ( 10.77%) 413.99 ( 13.92%) 22.33% *Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal. Tinjauan Prestasi Ekuiti ekuiti Asia telah menunjukkan peningkatan semenjak suku pertama 2009 walaupun dengan kadar yang tidak menentu, berikutan kenaikan positif di pasaran ekuiti AS yang dipengaruhi oleh data pengeluaran yang positif. Dua suku terakhir di Asia (suku keempat 2009 dan suku pertama 2010), di mana pertumbuhan positif di luar jangkaan yang mendadak, menunjukkan perubahan peningkatan permintaan domestik yang lebih ketara di persekitaran Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 20

zon ini. Walaubagaimanapun, kebimbangan mengenai krisis hutang di zon Eropah baru baru ini telah menyebabkan kelemahan prestasi pada pasaran Asia. Untuk tempoh tinjauan, Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia mencatatkan purata pulangan negatif terkumpul sebanyak 22.33%. Prospek Secara umumnya, momentum dagangan daripada pasaran ekuiti Asia akan dipengaruhi oleh sejauh mana keyakinan pelabur merosot serta implikasi yang lebih luas ke atas sistem kewangan akibat dari kebimbangan impak dari krisis hutang kerajaan Eropah. Dengan komposisi Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia yang mempunyai pegangan saham khususnya dari Hong Kong, Taiwan dan Singapura, yang mana dua negara terakhir tersebut adalah antara penyumbang eksport terbesar ke Eropah pada tahun 2009, adalah dijangka bahawa indeks tersebut akan kekal tidak menentu pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, sekiranya langkah langkah yang diambil dapat dilaksanakan secara efisien oleh negara negara persekitaran Eropah, keyakinan pelabur pelabur juga dijangka akan pulih sekaligus meningkatkan prestasi yang lebih baik bagi Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 21

5. INDEKS HARTANAH JEPUN 120.00% 100.00% Perubahan pada nilai pelaburan (%) 80.00% 60.00% 40.00% 6/16/2008 7/16/2008 8/16/2008 9/16/2008 10/16/2008 11/16/2008 12/16/2008 1/16/2009 2/16/2009 3/16/2009 4/16/2009 5/16/2009 6/16/2009 7/16/2009 8/16/2009 9/16/2009 10/16/2009 11/16/2009 12/16/2009 1/16/2010 2/16/2010 3/16/2010 4/16/2010 5/16/2010 6/16/2010 Nilai Awal (16.06.08) Suku 1 (16.09.08) Suku 2 (16.12.08) Suku 3 (16.03.09) Suku 4 (16.06.09) Suku 5 (16.09.09) Suku 6 (16.12.09) Suku 7 (16.03.09) Suku 8 (16.06.10) Purata Pulangan Terkumpul untuk 8 suku 1424.31 1177.84 ( 17.30%) 901.18 ( 36.73%) 782.05 ( 45.09%) 884.57 ( 37.89%) 1002.96 ( 29.58%) 866.54 ( 39.16%) 927.16 ( 34.90%) 915.32 ( 35.74%) 34.55% * Pengiraan perubahan peratusan nilai harga dilakukan melalui perbandingan dengan nilai awal. Tinjauan Prestasi Tanda tanda pemulihan pasaran hartanah Jepun terus ketara pada tempoh tinjauan, bermula dari suku kedua pada 2009, selaras dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang memberangsangkan, dari negatif 8.9% tahun ke tahun pada suku pertama 2009, kepada negatif 1.0% tahun ke tahun pada suku keempat 2009. Walaubagaimanapun, prestasi pertumbuhan ekonomi mengalami ketidaktentuan berikutan impak dari aktiviti ekonomi global yang semakin perlahan. Dengan prestasi negatif terkumpul agak tinggi yang dicatatkan Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 22

terdahulu, Indeks Hartanah Jepun mencatat purata pulangan negatif terkumpul sebanyak 34.55%. Prospek Pakej stimulus kerajaan, serta pengukuhan keuntungan perniagaan dan pemulihan sektor pekerjaan dijangka menjadi faktor utama dalam membantu memberangsangkan permintaan domestik dalam semua sektor termasuk hartanah. Berdasarkan keadaan positif ini, pertumbuhan ekonomi Jepun dijangka berada sekitar 2.6% untuk tahun berakhir sehingga Mac 2011, berbanding unjuran awal pada 1.4%, yang membolehkan Jepun mencapai pertumbuhan KDNK lebih dari 2% untuk kali yang pertama sejak 2006. Kerajaan Jepun baru baru ini juga telah mengumumkan polisi pengurusan fiskal untuk jangkamasa panjang yang bertujuan mencapai baki lebihan utama dalam fiskal 2020 bagi mengelak dari mengalami krisis hutang seperti Greece. Jika pelaksanaan polisi yang diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan baik, prospek positif boleh dikekalkan bagi ekonomi Jepun untuk mencapai pertumbuhan KDNK lebih dari 2% seperti yang diramalkan, sekaligus mendorong pemulihan bagi pasaran hartanah. Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 23