PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

dokumen-dokumen yang mirip
GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

SIKAP GENERASI MUDA TERHADAP BAHASA MELAYU: SENARIO DI MALAYSIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN INDONESIA. Aminah Awang Basar

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

Pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia *RESOLUSI

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

IKLAN JAWATAN KOSONG

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

ýii _5 ý ýs ýý ý ýý KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UNIMAS 2006 LAPORAN KAJIAN Disediakan Oleh : Pusat Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak

Ulasan Buku/Book Review

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

LAPORAN PENYELIDIKAN

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN BTPE

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI (COSCOMM) BORANG PERMOHONAN LIPUTAN MEDIA/FOTO/MEDIA SOSIAL

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

Transkripsi:

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS Riduan Makhtar 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Norshahila Mohamad Razak 2 Taylor s University ABSTRAK Modul Bahasa Kebangsaan A merupakan Modul Umum (MPU) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) untuk institusi pengajian tinggi swasta. Lazimnya subjek ini diambil oleh pelajar yang tidak lulus subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka kajian ini ingin melihat persepsi pelajar Melayu di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) terhadap pelaksanaan modul Bahasa Kebangsaan A. Kajian ini mendapati pelajar sebahagian pelajar mempunyai persepsi yang tinggi dan sikap yang postif terhadap modul Bahasa Melayu. Justeru, persepsi yang tinggi dan sikap yang positif ini perlulah dipupuk agar pelajar tetap bermotivasi untuk belajar dan yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kata Kunci: Bahasa Kebangsaan A, sikap, persepsi PENGENALAN Pendidikan merupakan teras dan nadi dalam memahami dan memperoleh ilmu pengetahuan. Pengajaran dan pembelajara adalah satu tindakan yang perlu dialami oleh semua insan yang menuntut ilmu. Pemerolehan ilmu sangat bergantung kepada persepsi dan sikap perlajar terhadap modul yang dipelajari. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan persepsi sebagai gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu manakala sikap merujuk kepada perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat. Chong (2003) mendefinisikan sikap sebagai sebahagian daripada personaliti individu yang dipengaruhi oleh tingkah laku kumpulan yang ada hubungan dengannya. Ahmad Zaki (2004) mentakrifkan sikap sebagai satu pegangan yang berdasarkan kepada satu keyakinan. Manakala Allport (1954) menjelaskan sikap sebagai satu keadaan kesediaan mental dan saraf, tersusun melalui pengalaman, mendorong satu arah, atau mempengaruhi secara sistematik tindak balas individu terhadap semua objek dan situasi yang berkaintan dengannya. 1 Riduan Makhtar ialah pensyarah di Unit Bahasa Melayu, Jabatan Peradaban dan Potensi Insan, KUIS. Bidang pengkhususan ialah Fonologi Bahasa Melayu. Kini, sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah di UPM. riduan@kuis.edu.my 2 Norshahila Mohamad Razak merupakan pensyarah di Taylor University. Beliau kini sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang Bahasa Melayu. norshahila.mohamadrazak@taylors.edu.my

KAJIAN LEPAS SEPINTAS LALU Antara sarjana tempatan yang melakukan kajian terhadap persepsi dan sikap terhadap bahasa Melayu adalah Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan, & Zaharani Ahmad (2010). Kajian ini melihat tentang sikap dan persepsi pelajar bahasa Melayu serta melihat pertalian antara latar belakang sosial pelajar remaja, khusunya perbezaan jantina, kaum atau etnik dan aliran kelas dengan kognisi pelajar terhadap bahasa Melayu. Hasil penemuan kajian mereka menunjukkan keterkaitan antara jantina, kaum atau etnik dan aliran kelas sebagai faktor sosial dengan sikap dan persepsi pelajar terhadap bahasa Melayu menunjukkan kesemuanya mempunyai hubungan yang signifikan. Kognisi pelajar ternyata selalu berubah seiring dengan faktor sosial dan persekitaran yang melingkari. Selain itu, syarat wajib lulus modul bahasa Melayu dalam setiap peringkat persekolahan dan peperiksaan merupakan alat pengawal yang ampuh bagi mengelakkan peminggiran bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan pelajar remaja. Selain itu, kajian oleh Aziz Nordin dan Lin Hui Ling (2011) juga turut menyentuh tentang hubungan sikap terhadap modul sains dengan penguasaan asas sains bagi pelajar tingkatan dua. Tujuan kajian mereka adalah mengukur hubungan sikap terhadap modul Sains dengan penguasaan konsep asas Sains dalam kalangan 40 orang pelajar tingkatan dua di Skudai, Johor. Kajian ini turut mengukur tahap sikap terhadap mata pelajar Sains serta melihat perbezaan penguasaan konsep asas Sains dan sikap terhadap modul sains berdasarkan kategori kelas. Hasil daripada penelitian kajian mereka menunjukkan, kebanyakan pelajar tingkatan dua mempunyai tahap sikap yang negatif terhadap modul Sains (54%) tetapi mempunyai tahap penguasaan konsep asas yang tinggi (62.9%). Dapatan juga menunjukkan bahawa sikap terhadap modul sains mempunyai hubungan yang signifikan tetapi lemah dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar tingkatan dua. Hasil kajian mereka juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan konses asas Sains berdasarkan kategori kelas tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap modul Sains berdasarkan kategori kelas. Turut juga meneliti permasalahan berkaitan bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina iaitu Abdul Rasid Jamian. Beliau telah mengenal pasti pengunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam mengajarkan bahasa Melayu terhadap murid Cina. Hasil daripada penelitian kajian beliau mendapati guru-guru bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah mengajar murid-murid Cina. Manakala persepsi murid-murid Cina menunjukkan mereka juga mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu iaitu sikap dan minat mereka sendiri terhadap pembelajaran bahasa Melayu tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor keluarga, bahan bantu mengajar dan guru serta pengurusan pihak sekolah. Berdasarkan kajian lalu, lazimnya kajian sikap dan persepsi terhadap sesuatu subjek dilaksanakan diperingkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam. Kajian dilakukan di peringkat IPT bertaraf kolej kurang dijalakan. Oleh yang demikian, kajian tinjauan awal di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dapat dijadikan titik tolak kajian modul Bahasa Kebangsaan di IPT.

PERMASALAHAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Bertitik tolak daripada penelitian kajian lepas, pengkaji merasakan amat perlu satu tinjauan awal dilaksanakan untuk melihat persepsi dan sikap terhadap modul Bahasa Kebangsaan A (BKA) khususnya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Hal ini kerana, modul BKA dijadikan sebagai modul wajib yang perlu diambil oleh pelajar ketika menuntut di KUIS. Pada masa kini dapat diperhatikan bahawa penggunaan bahasa Melayu semakin terhakis terutamanya golongan belia yang tinggal di bandar-bandar. Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong pernah mengatakan bahawa: 3 Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara tetapi fungsinya sekarang ibarat melukut di tepi gantang di tanah air sendiri kerana diabaikan oleh anak watannya sendiri. Lantas kajian ini dilihat perlu dilaksanakan untuk melihat adakah pelajar Melayu mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu dan modul BKA. Hal ini juga berkait dengan pendapat yang dikemukakan oleh Mahzan Arshad (2008) iaitu pelajar menunjukkan sikap tidak berminat terhadap sesuatu pelajaran apabila dijadikan sebagai modul wajib. Pendapat ini dijadikan objektif kajian kerana modul BKA di KUIS berstatus modul wajib. Melalui kajian dan penelitian ini diharap dapat menemui penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi seterusnya membantu para pelajar memahami dan menyemai persepsi dan sikap yang positif terhadap pembelajaran modul BKA di KUIS. Kajian ini turut boleh dimanfaatkan oleh pensyarah-pensyarah agar dapat mencari dan mengubah suai metodologi pengajaran agar para pelajar lebih berminat dalam pembelajaran modul BKA. RESPONDEN DAN INSTRUMEN KAJIAN Lazimnya, modul BKA menjadi modul wajib diambil sekiranya pelajar tersebut memperoleh keputusan lulus tetapi tidak dikredit 4 di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk subjek Bahasa Melayu atau tidak menduduki peperiksaan SPM. Namun di KUIS, modul BKA dijadikan sebagai modul wajib diambil oleh semua pelajar yang mendaftar pengajian mereka di KUIS. Pelaksanaan ini berbeza dengan institusi pengajian tinggi yang lain terutamanya swasta yang menjadikan modul BKA sebagai mata pelajaran wajib bagi sesetengah pelajar. 5 Kertas kerja tinjauan awal ini menggunakan seramai 50 orang responden berumur antara 18 hingga 26 tahun telah menjawab soal selidik ini. Masing-masing 25 orang responden lelaki dan pelajar perempuan. Kesemua pelajar menjawab soal selidik yang telah dibina menggunakan Google Form. Secara keseluruhan pelajar berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun mewakili 28%, 21 hingga 23 tahun mewakili 58% manakala responden berusia 24 hingga 26 tahun mewakili 14% daripada 50 orang responden. Majoriti responden mengambil modul BKA pada semester kedua sebanyak 60% manakala 22% mengambil modul ini semasa semester pertama. 3 Laporan oleh Utusan Online dalam bahagian Rencana disiarkan pada 9 Oktober 2016. 4 Kredit bermaksud memperoleh keputusan D atau G semasa di peringkat SPM. 5 Institusi pengajian tinggi swasta lazimnya pelajar yang memperoleh keputusan lulus tetapi tidak kredit semasa SPM sahaja diwajibkan mengambil modul BKA.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dimuat naik menggunakan Google Form dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A, sikap pelajar terhadap modul bahasa kebangsaan A dan bahagian B, persepsi pelajar terhadap modul bahasa kebangsaan A. Pelajar menjawab soal selidik ini menggunakan skala Linkert seperti berikut: Skala Penerangan 1 Sangat tidak setuju (STS) 2 Tidak setuju (TS) 3 Kurang setuju (KS) 4 Setuju (S) 5 Sangat setuju (SS) ANALISIS DAN PERBINCANGAN Dalam bahagian ini, analisis dan dapatan kajian akan dibincangkan. Perbicangan akan dibahagiankan kepada dua bahagian iaitu sikap dan persepsi pelajar terhadap modul BKA. Daripada data, pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap modul BKA yang telah mereka pelajari di KUIS. Untuk bahagian A, sembilan soalan dikemukakan kepada pelajar. Sebanyak 42% bersetuju dan 32% sangat bersetuju bahawa mereka mengambil kursus ini bukan kerana terpaksa menyebabkan mereka mempunyai sikap yang positif untuk meraih keputusan yang tinggi iaitu kira-kira 48%. Hal ini mungkin kerana modul BKA dapat membantu dalam keputusan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) mereka. Berdasarkan data dapat dilihat sebanyk 42% sangat bersetuju apabila disoal mengenai perkara ini. Hal ini juga dapat dilihat dalam data keputusan akhir modul BKA (Rujuk Diagram 1). Diagram 1: Peratusan Keputusan Akhir Modul BKA. 2% 4% 8% 24% 16% 12% 34% A+ A A- B+ B B- C+ C

Rata-rata pelajar memperoleh keputusan A+, A, A- dan B+ semasa peperiksaan akhir dijalankan. Motivasi pelajar yang tinggi juga mendorong mereka berusaha dan menyukai aktiviti yang dilaksana sepanjang kelas ini berlangsung. Namun begitu hanya 26% sangat bersetuju manakala 50% bersetuju bahawa mereka suka akan aktivti yang dilakukan dalam modul BKA. Peratusan yang rendah untuk skala 5 dalam soalan ini harus dijadikan ukuran kepada pensyarah untuk menilai kembali metode pengajaran mereka. Aktiviti yang menarik di dalam dan luar kelas akan membantu menyemai perasaan akan cinta akan Bahasa Melayu dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Bahagian kedua atau B dalam soal selidik adalah tentang persepsi pelajar terhadap modul BKA, data menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap modul ini mungkin kerana modul ini menggunakan bahasa pertama pelajar maka tidak hairanlah jika pelajar berpendapat bahawa modul ini mudah dipelajari (Rujuk Diagram 2). Diagram 2: Peratusan menganggap modul ini mudah dipelajari. 52% 18% 24% 2% 4% SANGAT TIDAK TIDAK KURANG SANGAT Pelajar turut bersetuju bahawa menguasai bahasa Melayu dengan baik dapat membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam sektor kerajaan. Penguasaan bahasa Melayu yang baik bukan sahaja dari segi komunikasi lisan malah komunikasi tulisan juga amat diperlukan apabila pelajar ingin memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan kerana bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Persepsi pelajar terhadap modul BKA dapat dilihat dalam beberapa soalan yang dikemukakan. Rata-rata pelajar lebih senang memilih skala 4 iaitu bersetuju apabila menjawab soalan (Rujuk Jadual 1) Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Modul BKA Persepsi Pelajar Terhadap Modul BKA Peratusan (%) STS TS KS S SS Saya memahami topik yang dbincangkan oleh pensyarah. 2 0 8 52 38

Modul ini sangat menarik untuk dipelajari. 2 0 8 56 34 Setiap kandungan dalam modul ini sesuai untuk 2 0 8 60 30 dipelajari. Mempelajari modul ini menjadikan saya menghargai bahasa Melayu. 2 2 2 54 40 Daripada data Jadual 1, didapati pelajar Melayu di KUIS mempunyai persepsi yang positif terhadap modul BKA. Namun begitu tidak bermakna modul ini berada di tahap yang amat memeuskan. Pensyarah seharusnya memantaafkan soalan-soalan di atas dan menilai kembali metode dan tugasan yang dilaksana pada setiap semester. Kelainan pada bentuk tugasan dan aktiviti yang dijalankan pada setiap semester dalam membantu pelajar lebih mendalami modul BKA. KESIMPULAN Pelajar Melayu di KUIS mempunyai sikap yang positif dan persepsi yang tinggi terhadap modul BKA. Terdapat beberapa faktor yang mendorong motivasi pelajar di KUIS iaitu sumbangan gred modul BKA dalam PNGK, bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan keputusan yang baik semasa di peringkat SPM. Faktor-faktor ini turut membantu pensyarah dalam menyampaikan kandungan modul dengan lebih mudah. Namun selari dengan perkembangan dunia sains dan teknologi, cara pengajaran dan pembelajaran modul BKA dapat ditingkatkan supaya lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar. Kajian tinjauan awal ini diharap dapat menjadi batu asas dalam kajian modul BKA yang banyak dilaksana di kolej dan universiti swasta. Terutamanya di institusi yang mengabungkan kepelbagaian etnik yang mengambil modul BKA sebagai salah satu mata pelajaran mereka. Kajian lanjutan harus dilakukan seperti menggunakan responden yang lebih ramai dan soal selidik yang dipelbagaikan pada masa hadapan. RUJUKAN Abdul Rasid Jamian. (2000). Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina. Universiti Putra Malaysia. Ahmad Zaki Hj. Abd Latiff (2004). Teori Perubahan Sikap Ke Arah Menjana Kecemerlangan dalam Kepimpinan. Jurnal Pendidikan, 4, 79-85. Allport, G. W. (1954). Attitude in the history of Social Phychology Dlm G. Lindzery dan A. Aronson (ed). Handbook of Social Phychology, Vol. 1, Reading, Mass: AddisonWesley. Aziz Nordin & Lin Hui Ling. (2011). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajatan Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Journal of Science & Mathematics Educational. 89 101. Chong, C. K. (2003). Hubungan Antara Sikap, Minat dan Persepsi dengan Prestasi Matematik Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian, Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan, Unversiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan, & Zaharani Ahmad. (2010). Sosiokognitif Pelajar Remaja Terhadap Bahasa Melayu. GEMA Online TM Journal of Language Studies. 10(3) 2010.

Akibat Memperlekeh Bahasa Melayu (9 Oktober 2016). Utusan Online. Diperoleh pada 3 April 2017, daripada laman sesawang http://www.utusan.com.my/rencana/akibatmemperlekeh-bahasa-melayu-1.392485 Mahzan Arshad. (2008). Bahasa - minat murid dan guru bercanggah. (Atas Talian). Diperoleh pada 3 April 2017, daripada http://www.ppdjasin.edu.my/isumenarik/isumenarik/