MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI

dokumen-dokumen yang mirip
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

KENYATAAN SEBUTHARGA. SEBUTHARGA yang terlibat adalah di dalam bidang berikut : Skop Kerja

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PENGURUSAN BAYARAN (PERKHIDMATAN KERJA & FASILITI) BON PELAKSANAAN IZFARINA BINTI AB HALIM PENOLONG BENDAHARI KANAN UNIT KEWANGAN ZON 5

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI


2. KESAHAN MATA GANJARAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER/ DAKWAT PENCETAK DAN MESIN PENYALIN KE POLITEKNIK JELI KELANTAN NO. SEBUTHARGA: PJK(S)/SH/Q01/2015

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH BORANG TENDER

PEJABAT BENDAHARI DOKUMEN SEBUT HARGA BEKALAN

Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

KENYATAAN SEBUTHARGA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Berurusan dengan Pengantara Takaful

JABATAN STANDARD MALAYSIA (STANDARDS MALAYSIA) DOKUMEN SEBUTHARGA

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

JABATAN PEGUAM NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

BAHAGIAN KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DOKUMEN SEBUTHARGA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

BORANG TENDER NEGERI : SARAWAK

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP03

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

PNB BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Transkripsi:

KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA DOKUMEN PELAWAAN TENDER PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN CHEMICAL IDENTIFIER NARCOTICS DEVICE UNTUK JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN), POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) NOMBOR TENDER eperolehan KDN/PL 20/2017-PTM X026701060016XXXX MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI SETIAP PETENDER DIBENARKAN UNTUK HANYA MENGEMUKAKAN SATU (1) TAWARAN TENDER SAHAJA. TAWARAN ALTERNATIF ADALAH TIDAK DIBENARKAN. TAWARAN PETENDER TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN SEKIRANYA MENCATATKAN NAMA PETENDER DAN HARGA DALAM DOKUMEN 3 (SPESIFIKASI TEKNIKAL). 1. PERIHAL 1.1 Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri Malaysia mempelawa tender bagi perkhidmatan/pembekalan peralatan dan/atau bahan seperti di Lampiran A. 2. SYARAT-SYARAT BAGI PETENDER 2.1 Hanya Petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam BIDANG dan TARAF Petender yang disebutkan di Lampiran A sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam tawaran tender ini. 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas tender yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Petender menarik balik tawaran sebelum tender dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tender diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung dan/atau membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:-

2.2.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama; 2.2.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan 2.2.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya. 2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana tender yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia. 2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan. 3. SYARAT-SYARAT AM 3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Petender. 3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran. 3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali. 3.1.3 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki barangbarang itu diperiksa atau diuji oleh pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan. 3.1.4 Petender hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki. 3.1.5 Petender dikehendaki memperakui bahawa barang-barang yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini. 3.1.6 Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui tawarannya boleh ditolak. 3.1.7 Apabila diminta, Petender hendaklah menyebabkan barangbarang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu. -2-

3.1.8 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apaapa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak. 3.1.9 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu. 3.1.10 Tender ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh Undang- Undang Malaysia, dan Petender bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai tender ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya. 4. ANGGARAN KEPERLUAN 4.1 Kuantiti peralatan dan/atau bahan yang diperlukan adalah berjumlah seperti dinyatakan di Lampiran A. Bagaimanapun Kerajaan (Kementerian Dalam Negeri) tidak terikat dengan apa-apa cara juga pun untuk membeli kesemua jumlah tersebut, sebaliknya Kerajaan juga boleh membeli kurang atau lebih daripada jumlah itu. Perolehan melebihi daripada anggaran tersebut hanya boleh dilakukan dengan persetujuan Kerajaan dan Petender. 5. HARGA 5.1 Harga yang ditawarkan hendaklah seperti berikut: 5.1.1 Sekiranya perkhidmatan/peralatan ini diimport dari luar negara tawaran hendaklah menunjukkan harga PERCUMA ATAS KAPAL (P.A.K) sahaja dalam mata wang Ringgit Malaysia. Harga P.A.K. bermaksud barangan tersebut diimport dan dimuat di pelabuhan/lapangan terbang negara pembuat. Barangan yang diimport dan dibekalkan dari pelabuhan/lapangan terbang negara kedua tidak dibenarkan sama sekali. Kegagalan mengemukakan harga P.A.K. bagi barang-barang import boleh menyebabkan tawaran tuan tidak dipertimbangkan. Harga P.A.K yang ditawarkan hendaklah tidak termasuk duti import, cukai, insurans dan kos pengangkutan. Nama pangkalan memuat (Laut @ Udara) bekalan itu hendaklah dinyatakan di dalam Dokumen 1. 5.1.2 Sekiranya perkhidmatan/peralatan itu dibuat atau telah berada dalam Malaysia harga tawaran hendaklah harga bersih ke Lokasi yang telah ditetapkan. Harga tersebut hendaklah termasuk segala cukai, duti, upah -3-

memunggah, mengangkut, membungkus dan lain-lain bayaran yang terlibat. 5.1.3 Petender boleh mengemukakan tawaran harga untuk satu perkhidmatan/peralatan/item atau kesemuanya. Tawaran hendaklah dikemukakan dengan jelas di dalam DOKUMEN 1. Tawaran hendaklah dibuat dalam mata wang Ringgit Malaysia. Lampiran tambahan boleh digunakan bila perlu. Penggunaan borang tawaran selain daripada DOKUMEN 1 adalah tidak dibenarkan. 5.1.4 Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos pemasangan, tidak termasuk kos lawatan pemeriksaan sebelum penghantaran (PDI) dan/atau kos latihan serta penyelenggaraan. Kos kos yang terlibat selain daripada harga perkhidmatan/peralatan perlu dinyatakan dengan jelas secara berasingan. 5.1.5 Satu petender hanya dibenarkan memuat naik dokumen tender dan mengemukakan satu tawaran tender sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan. 5.1.6 Semua pembayaran bagi perkhidmatan/pembekalan akan dibuat di dalam mata wang Ringgit Malaysia. 5.1.7 Harga tawaran petender hendaklah diisi secara atas talian (on-line) melalui Sistem e-perolehan. Jadual Tawaran Harga dilampirkan seperti di Dokumen 1 hendaklah dimuat naik ke dalam Sistem e-perolehan. Sesalinan Jadual Tawaran Harga mestilah dilampirkan bersama dokumen sokongan. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat pada jadual harga yang dikemukakan, hanya tawaran harga yang diisi melalui sistem e-perolehan yang akan di ambil kira. 5.1.8 Kadar Fi/Caj Perkhidmatan bagi pembayaran yang diuruskan secara eletronik melalui sistem eperolehan; 5.1.8.1 Fi/Caj Perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan akan dikenakan tertakluk kepada had maksimum RM9,600.00 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta atau lebih bagi Perolehan atau kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment) 5.1.8.2 Fi/Caj Perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi akan dikenakan tertakluk kepada had maksimum RM4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang melebihi RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) -4-

5.2 Petender hendaklah menyatakan dengan jelas kos yang terlibat di dalam DOKUMEN 1. Petender dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa mengambil kira elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menyertai tender ini kerana pihak Kementerian akan mengambil kira elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan (sekiranya berkaitan). 6. SPESIFIKASI TEKNIKAL 6.1 Spesifikasi Teknikal seperti di DOKUMEN 3 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan tender. 6.2 Petender dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat. 6.3 Spesifikasi yang diberi adalah sebagai panduan asas, Petender boleh menawarkan peralatan atau kelengkapan yang setaraf dengannya. 7. CONTOH PERALATAN/BAHAN TAWARAN 7.1 Petender yang mengambil bahagian adalah dikehendaki menghantar peralatan dan/atau bahan yang ditawarkan bilamana perlu sebagai contoh seperti ditetapkan di Lampiran A. 7.2 Contoh yang dikemukakan akan digunakan untuk penilaian berdasarkan kepada Spesifikasi Teknikal yang telah ditetapkan. Kegagalan mengemukakan contoh bilamana diminta boleh menyebabkan tawaran yang dikemukakan ditolak. 7.3 Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kemusnahan ke atas contoh-contoh sewaktu penilaian dibuat. Contoh-contoh akan dikembalikan jika bersesuaian selepas segala urusan berhubung dengan tender ini selesai. 7.4 Contoh-contoh bilamana diperlukan hendaklah dihantar ke Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri, Aras 4, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya, tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan di Lampiran A. Pertimbangan tidak akan diberikan sekiranya contoh dikemukakan selepas daripada tarikh dan masa yang ditetapkan. 8. TARIKH TUTUP TENDER 8.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tender ini adalah seperti dinyatakan di Lampiran A. Tawaran dan contoh-contoh -5-

sebagaimana diminta yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diberi pertimbangan. 9. LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (JIKA BERKENAAN) 9.1 Petender adalah digalakkan supaya melawat lokasi pembekalan untuk meninjau dan mengenal pasti keperluan yang perlu dipatuhi berkaitan dengan tawaran yang akan dibuat bagi membantu Petender membuat tawaran yang sewajarnya. Bagaimanapun, jika Petender disyaratkan hadir ke tapak seperti mana yang dinyatakan di Lampiran A, ia adalah wajib dipatuhi. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran ditolak. 9.2 Taklimat Tender bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai syarat-syarat tender apabila didapati perlu akan diadakan pada ketentuan seperti dinyatakan di Lampiran A. Kehadiran adalah diwajibkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran ditolak. 10. PENGHANTARAN RISALAH/KATALOG/LUKISAN PELAN 10.1 Petender dikehendaki mengemukakan risalah@katalog asal mengenai peralatan dan/atau bahan yang ditawarkan. Petender tidak dibenarkan menulis nama syarikat atau tanda perniagaan di atas risalah/katalog tersebut. 10.2 Petender dikehendaki membuat tanda dengan jelas peralatan dan/atau bahan yang ditawarkan jika risalah tersebut menunjukkan banyak jenis peralatan dan/atau bahan. 11. DOKUMEN TENDER 11.1 Petender-Petender dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir-butir di dalam dokumen berikut:- 11.1.1 DOKUMEN 1 - Jadual Harga Tawaran 11.1.2 DOKUMEN 2 - Butir-Butir Petender 11.1.3 DOKUMEN 3 - Spesifikasi Teknikal 11.1.4 DOKUMEN 4 - Butir-Butir Barangan Import 12. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN 12.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Petender dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam -6-

kertas tambahan. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Petender dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat. 12.2 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Kementerian ini:- 12.2.1 DOKUMEN 1 - Jadual Harga Tawaran (Sila sertakan di dalam Sampul A) 12.2.2 DOKUMEN 2 - Butir-Butir Petender (Sila sertakan di dalam Sampul A) 12.2.3 DOKUMEN 3 - Spesifikasi Teknikal (Sila sertakan di dalam Sampul B) 12.2.4 DOKUMEN 4 - Butir-butir Barangan Import (Sila sertakan di dalam Sampul A) 12.2.5 Risalah @ Katalog Asal tawaran yang dibuat. (Sila sertakan di dalam Sampul B) 12.2.6 Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat bagi tiga (3) bulan terakhir. (Sila sertakan di dalam Sampul A) 12.2.7 Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah bagi dua (2) tahun terakhir. (Sila sertakan di dalam Sampul A) 12.2.8 Surat Pelantikan Wakil atau Agen Pengeluar. (Sila sertakan di dalam Sampul B) 12.3 Petender tidak dibenarkan mencatat nama petender dan harga dalam Dokumen 3 (Spesifikasi Teknikal) dan di sebarang dokumen/lampiran tambahan yang dikemukakan kecuali pada Surat Pelantikan Wakil atau Agen Pengeluar. Petender yang tidak mengikut arahan ini akan menyebabkan tawaran tender tidak layak dipertimbangkan. (Sila rujuk Perkara 8(iii) (b) (2) (iii) PK 2/2013 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) Kaedah Perolehan Kerajaan). 12.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran A. Sampul surat hendaklah dialamatkan kepada:- KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAHAGIAN PEROLEHAN ARAS 4, BLOK D1, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62546 PUTRAJAYA -7-

12.5 Sampul surat berlakri tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti ditetapkan di Lampiran A yang terletak di Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Perolehan, Aras 4, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya, Wilayah Persekutuan. 12.6 Tender juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tender-tender yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. 13. PENYERAHAN BORANG TAWARAN 13.1. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) yang bertanda di atasnya seperti berikut :- PELAWAAN TENDER PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN CHEMICAL IDENTIFIER NARCOTICS DEVICE UNTUK JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN), POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) NO. e-perolehan NO. TENDER : X026701060016XXXX : KDN/PL 20/2017-PTM dan di alamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Bahagian Perolehan Aras 4, Blok D1, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 PUTRAJAYA 13.2. Sila catatkan No. ID Cadangan Pembekal (Y026701060016XXXX) dan No. Tender KDN/PL 20/2017-PTM dan No. e-perolehan (X026701060016XXXX) pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat. Contoh No. Cadangan Pembekal -8-

13.3. Borang-borang yang telah lengkap diisi itu kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender No. 10 di Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri, Aras 4, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Wilayah Persekutuan. 13.4 Tender boleh dihantar melalui tangan atau pos. Kementerian Dalam Negeri tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tender yang dihantar melalui pos. * Ringkasan senarai semak boleh dirujuk seperti di dalam jadual di bawah :- Senarai Semak Penyerahan Tender Bil Senarai Dokumen Kunci masuk (key in) dalam sistem eperolehan Tindakan Muat turun (download) dari sistem eperolehan, cetak dan lengkapkan Muat naik (upload) ke dalam sistem eperolehan Serahan secara manual (hardcopy) 1. Cadangan Kewangan 2. Senarai Semakan 3. 4. 5. Dokumen 1 Jadual Tawaran Harga Dokumen 2 Butir- Butir Petender Dokumen 3 Spesifikasi Teknikal dan lain-lain dokumen sokongan berkaitan (brosur/risalah teknikal dll) 6. Dokumen 4 Maklumat Barangan Import -9-

Bil Senarai Dokumen Kunci masuk (key in) dalam sistem eperolehan Tindakan Muat turun (download) dari sistem eperolehan, cetak dan lengkapkan Muat naik (upload) ke dalam sistem eperolehan Serahan secara manual (hardcopy) 7. Salinan Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Taraf Bumiputera dengan Kementerian Kewangan 8. Surat Keputusan Permohanan Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia 9. Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terakhir 10. 11. Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah bagi dua (2) tahun terakhir Lain-lain dokumen yang berkaitan (Letter of Authorization) 14. TEMPOH SAH LAKU TAWARAN 14.1 Semua harga yang ditawarkan di dalam tender ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 180 hari dari tarikh tender ini ditutup. 14.2 Kementerian akan meminta persetujuan semua Petender sekiranya tempoh tersebut perlu dilanjutkan. Petender yang tidak bersetuju akan hilang haknya untuk terus menyertai tender berkaitan. 15. PEMBATALAN TENDER 15.1 Kementerian Dalam Negeri berhak untuk membatalkan tender ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Petender kerana urusan tender ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Petender dan pihak Kementerian tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. 16. SETUJU TERIMA TENDER 16.1 Kementerian Dalam Negeri adalah berhak mempersetujui tender sama ada kesemuanya atau sebahagiannya. -10-

16.2 Kementerian Dalam Negeri tidak terikat mempersetujui tender yang rendah sekali atau mana-mana tender jua pun. 16.3 Kementerian Dalam Negeri akan memberi notis bertulis kepada Petender yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui. 16.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Tender itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Petender menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima. 16.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Petender dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut. 17. BON PELAKSANAAN 17.1 Petender yang berjaya dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan untuk memastikan perjanjian dilaksanakan mengikut syarat-syarat dalam perjanjian. Bon Pelaksanaan ini hendaklah dalam bentuk, seperti berikut: 17.1.1 Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank/syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau 17.1.2 Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau 17.1.3 Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau 17.1.4 Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau 17.1.5 Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank) 17.2 Bon Pelaksanaan ini hanya akan dikembalikan 12 bulan selepas tamat perjanjian atau pembekalan barang yang terakhir dengan syarat bekalan berkeadaan baik dan memuaskan. 17.3 Bagi perjanjian melebihi RM500,000.00, Petender yang berjaya dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan dengan kadar 5.0% dari nilai perjanjian setahun. Bagi perjanjian yang melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00, Petender yang berjaya -11-

dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan dengan kadar 2.5% dari nilai perjanjian setahun. 18. TEMPOH PERJANJIAN 18.1 Tempoh perjanjian ini adalah untuk jangka masa seperti ditetapkan di Lampiran A. Kementerian Dalam Negeri berhak untuk menentukan tarikh permulaan dan tamat perjanjian. Draf Terma Perjanjian juga disertakan di dalam dokumen tawaran tender ini untuk rujukan. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada persetujuan bersama sebelum perjanjian ditandatangani. 19. TEMPOH JAMINAN 19.1 Petender hendaklah menyatakan dengan tepat tempoh jaminan peralatan yang dibekalkan di dalam DOKUMEN 1. 20. LATIHAN 20.1 Petender dikehendaki menyatakan dengan jelas kos latihan di dalam DOKUMEN 1 sekiranya peralatan yang dibekalkan perlu diberikan latihan penggunaan sama ada di dalam atau luar negara. Kos latihan hendaklah diasingkan dari kos peralatan. Kos ini akan hanya diambil kira jika latihan dilaksanakan. Bidang Latihan adalah seperti dinyatakan di Lampiran A. 21. TEMPOH PENYERAHAN 21.1 Petender dikehendaki menyatakan dengan jelas tempoh penyerahan atau pembekalan dapat dilakukan kepada Kerajaan di dalam DOKUMEN 1. 22. PENYELENGGARAAN 22.1 Petender yang menawarkan peralatan yang memerlukan penyelenggaraan selepas pembekalan dibuat hendaklah menyatakan dengan jelas kos, skop kerja dan syarat penyelenggaraan tersebut secara berasingan di DOKUMEN 1. Lampiran tambahan boleh digunakan bila perlu. 22.2 Petender juga dikehendaki mengemukakan senarai harga alat ganti peralatan yang ditawarkan sekiranya ada. 23. LAWATAN PEMERIKSAAN 23.1 Bagi pembekalan yang melibatkan Lawatan Pemeriksaan Sebelum Penghantaran atau lawatan kilang di luar negara, Petender dikehendaki menyatakan dengan jelas kos yang terlibat di dalam -12-

DOKUMEN 1. Kos ini hendaklah diasingkan dari kos peralatan. Kos ini akan ditanggung oleh petender jika lawatan tersebut dilakukan. (sekiranya berkaitan) 24. KEUTAMAAN KEPADA BARANG TEMPATAN 24.1 Petender hendaklah memberikan keutamaan untuk membuat pembekalan barang-barang yang diproses di dalam negara. 25. MAKLUMAT BARANGAN DIIMPORT 25.1 Petender dikehendaki mengemukakan maklumat mengenai barangan yang diimport dengan menggunakan format di DOKUMEN 4. Format ini hendaklah dilengkapkan dengan sempurna dan dikembalikan bersama dengan tawaran sekiranya barangan yang ditawarkan adalah barangan yang diimport dari luar negara. 26. DOKUMEN PENGESAHAN 26.1 Petender yang dilantik sebagai wakil atau agen bagi pengeluar tertentu hendaklah mengemukakan dokumen pengesahan daripada pengeluar berkenaan. Kegagalan mengemukakan dokumendokumen pengesahan tersebut boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat. 27. KEPUTUSAN TENDER ADALAH MUKTAMAD 27.1 Kementerian Dalam Negeri tidak terikat untuk menerima manamana tawaran dari Petender. Keputusan Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan tender ini tidak akan dilayan. 28. BANTAHAN 28.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Petender dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh iklan tawaran tender. Bantahan yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:- -13-

SETIAUSAHA BAHAGIAN PEROLEHAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI ARAS 4, BLOK D1, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62546 PUTRAJAYA (Faks: 03 88891599 atau 03 88810184) 28.2 Bantahan juga hendaklah disalinkan kepada :- KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BAHAGIAN PEROLEHAN KERAJAAN ARAS 3, 4 & 5 (UTARA) PRESINT 2 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62592 PUTRAJAYA 29. IKLAN DAN PUBLISITI 29.1 Tiada maklumat berkenaan tender atau kontrak boleh disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan/media massa melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu. 30. PERINGATAN KESALAHAN RASUAH 30.1 Sebarang perbuatan atau percubaan untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 30.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 30.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 30.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan -14-

kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 31 URUS SETIA TENDER 31.1 Petender-Petender yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi urus setia Tender yang dinyatakan di Lampiran A atau alamat berikut;- SETIAUSAHA BAHAGIAN PEROLEHAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI ARAS 4, BLOK D1, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62546 PUTRAJAYA Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri -15-