Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Kewajiban berdakwah. Dalil Kewajiban Dakwah

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Berhati-Hati Dalam Menjawab Permasalahan Agama

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Cahaya di Wajah Orang-Orang Yang Memahami Ilmu Agama

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

HALAL, HARAM & SYUBHAT

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

Bukti Cinta Kepada Nabi

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Pendidikan Agama Islam

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Meneladani Kepemimpinan Rosululloh Solawahualaihi wassalam

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Perjanjian Aqabah I. Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi. Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib.


BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Fadhilat Berbaik Sangka


Takwa dan Keutamaannya

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

UMAT ISLAM PERLU BERKORBAN, JIKA TIDAK INGIN MENJADI KORBAN

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Pengajaran Dari Surah Maryam Bahagian 1. Muhammad Haniff Hassan /

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

Sejumlah ulama berpendapat bahwa menjalankan shalat berjamaah mengandung banyak nilai kebaikan, diantaranya berikut;

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

" Katakanlah : Itu dari (kesalahan) kalian sendiri" [Ali Imran : 165]

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Al-Qur an Al hadist Ijtihad

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

LALUAN KEHIDUPAN

Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Urgensi Menjaga Lisan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Tanda-Tanda Cinta Nabi Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam

Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada (Al-Hajj: 46).

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

Transkripsi:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya tidak hanya wujud pada perasaan tetapi di manifestasikan melalui tindakan dalam bentuk pengurusan, perancangan dan itizam terhadapnya. Asas bagi perancangan terletak kepada tasawwur terhadap individu yang hendak dihasilkan dan jamaah yang hendak dibentuk. Asas ini sangat penting kerana ialah yang akan membentuk keseluruhan bentuk tarbiyah dan halatuju yang hendak di bawa. Mengatakan bahawa matlamat dari tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah untuk menghasilkan individu muslim adalah matlamat yang terlalu umum. Ia harus di spesifikasikan agar ia bersesuaian dengan misi, persekitaran dan niche organisasi. Berikut adalah tasawwur bagi individu yang hendak dihasilkan yang akan menentukan orientasi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia yang akan dilaksanakan. Di harap ia akan dihayati oleh keseluruhan ahli. Atas asas inilah tarbiyah dan pembangunan sumber manusia di dalam organisasi akan dilaksanakan dan atas dasar inilah juga setiap ahli membina diri mereka. Asas-Asas Individu Muslim Sebelum kita membicarakan tentang tasawwur individu yang hendak kita hasilkan, eloklah kita menerangkan ciri-ciri asas individu muslim sebagai peringatan dan atasnya juga ciri-ciri khusus individu yang hendak dilahirkan diasaskan. Asas bagi individu muslim ialah tiga. Iaitu Aqidah yang sejahtera dari segala bentuk penyelewengan. Ibadah yang benar dan bersih dari segala bid ah dan khurafat. Akhlaq yang mulia. Ciri-Ciri Individu Yang Hendak Dihasilkan Organisasi seharusnya menuju untuk menghasilkan individu yang berciri-ciri berikut: Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amal. Ciri ini diasaskan kepada sabda Rasulullah s.a.w; 1

Manusia yang bijak ialah manusia yang sentiasa menghisab dirinya dan berusaha untuk hari matinya. Manusia yang lemah ialah manusia yang sentiasa mengikut nafsunya dan sentiasa berangan-angan terhadap Allah taala (Riwayat At-Turmuzi) Hadits ini mengajar kita bahawa seorang muslim haruslah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan kehidupannya dari hari ke hari. Dari sekalian banyak perkara yang perlu dipertingkatkan pastilah amal ibadat khusus yang paling utama sekali. Jika kita lihat kepada cara hidup Rasulullah s.a.w. kita akan dapati bahawa Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah manusia-manusia yang sangat gigih berjihad dan melaksanakan amal dakwah tetapi mereka juga adalah manusia-manusia yang kuat beramal. Sehingga mereka dikenali sebagai: Ahli-ahli ibadat diwaktu malam dan pekuda-pekuda diwaktu siang Yang dimaksudkan dengan peningkatan amal ialah yang meliputi amal khusus seperti qiyamullail, puasa sunat dan tilawah dan juga amal dakwah seperti peningkatan mutu kerja, sikap, budaya kerja dan pencapaian objektif yang meningkat. Walau bagaimanapun keutamaan ialah kepada amal khusus. Faktor-faktor yang menjadikan peningkatan amal menjadi ciri khusus ialah: kerana perintah Allah dan Rasulnya. kerana amal dakwah adalah tugas yang berat yang memerlukan kekuatan untuk melaksanakannya dan mengatasi cabaran yang ada. Kekuatan dan pertolongan yang sebenar adalah milik Allah. Sejauhmana kekuatan dan bantuan itu akan diberi bergantung kepada sejauhmana kita sentiasa mendekatinya. Menghayati dan melaksankan amal dakwah. Ciri ini diasaskan kepada firman-firman Allah taala yang terdapat dalam surah Fussilat:33, Ali Imran: 104 dan lain-lain serta hadits yang bermaksud Barangsiapa dari kamu yang melihat kemunkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tiada kuasa maka dengan hatinya dan yang demikian itu selemah-lemah iman. (Muslim) Kesemua dalil-dalil ini menunjukkan bahawa dakwah adalah wajib ke atas individu dan bukan hanya tanggungjawab golongan tertentu. Oleh it setiap individu wajid melaksanakan dakwah dan setiap individu mesti dilatih dan dididik menjadi pendakwah. Kita berpendapat bahawa individu muslim bukan hanya seorang yang saleh tetapi juga musleh, ertinya berusaha untuk memperbaiki orang lain melalui proses dakwah dan islah. Penghayatan dan perlaksanaan amal dakwah dapat dicapai melalui; kejelasan terhadap kewajiban, matlamat dan seluruh konsep dakwah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Yusuf: 108. 2

kesediaan untuk mengutamakan kepentingan-kepentingan lain sehingga kepentingan pribadi sekalipun. Kesediaan seperti ini hanya mampu dimiliki oleh individu yang sentiasa peka terhadap persoalan dakwah dan umat, sentiasa berfikir tentangnya sehingga ia menepati dengan ungkapan; Hidup kerana dakwah dan dakwah hidup kerananya Individu yang seperti ini ialah individu yang mengambil kira kepentingan dakwah dalam segala tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya. Diantara contoh sejarah yang boleh dirakamkan untuk menggambarkan individu ini ialah Abu Bakar r.a pada ketika Rasulullah s.a.w. meminta para sahabat berinfaq untuk membiayai pasukan tentera yang akan ke Tabuk. Beliau telah menginfaqkan keseluruhan hartanya. Apabila ditanya apakah yang ia tinggalkan untuk keluarganya ia hanya menjawab Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya. Contoh lain ialah Hanzalah yang telah meninggalkan isterinya yang baru sahaja dinikahi untuk bersama tentera Islam berjihad. Ia telah berjihad hingga syahid dalam keadaan berjunub. Menghayati dan melaksanakan amal jama i. Ciri ini diasaskan kepada firman Allah taala dalam surah As-Saff: 4 dan lain-lain serta hadits yang bermaksud Hendaklah kamu berada dalam jamaah, kerana sesungguhnya berjamaah itu adalah rahmat sedang perpecahan itu merupakan azab. (Muslim) Segala yang diatas menunjukkan bahawa Islam menganjurkan umatnya menggabungkan diri dalam jamaah. Dalam konteks amal dakwah ia adalah wajib kerana tugas dakwah adalah besar dan berat. Ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dan dicapai secara sendirian. Oleh itu wajib atas setiap individu melaksanakan amal dakwah melalui jamaah. Untuk memastikan penghayatan dan pelaksanaan amal jama i yang benar, perkaraperkara berikut haruslah ada; kesedaran dan kejelasan terhadap kewajiban amal jama i (kerja berjemaah) dan segala konsepnya. kejelasan terhadap konsep jemaah Islam yang sebenar. penggabungan kepada organisasi dakwah. Tidak mungkin amal jama i dapat dilaksanakan tanpa seseorang itu menggabungkan diri dalam sebuah jamaah atau organisasi dakwah. 3

kejelasan dan penghayatan terhadap perancangan jamaah. Tidak mungkin seseorang itu dapat melaksanakan amal jama i dan sentiasa memberi pertimbangan terhadap kepentingan jamaah jika ia tidak memahami perancangan jamaah. sikap mengutamakan kepentingan jamaah sebagai kepentingan kedua penting setelah kepentingan Islam dan di hadapan kepentingan-kepentingan lain. Ini menuntut agar setiap individu sentiasa peka terhadap persoalan jamaah dan in hanya akan berlaku apabila ada ketaatan, iltizam dan kepercayaan yang sempurna terhadap jamaah dan kepimpinannya. Memiliki kemampuan kepimpinan. Ciri ini didasarkan dari dalil berikut; Tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Furqan : 73) Pengajaran dari ayat ini ialah Allah taala menggalakkan umat Islam membina sifat dan kemampuan kepimpinan yang di manifestasikan dari amalan berdoa. Walaupun Islam tidak menggalakkan umat Islam menuntut jawatan kepimpinan tetapi ia tidak menghalang mereka dari membina kemampuan kepimpinan dalam diri mereka berdasarkan ayat ini. Jika kita lihat para sahabat, kita akan dapati bahawa mereka amat tawadu dalam menerima jawatan kepimpinan tetapi apabila mereka telah dilantik sebagai pemimpin mereka melaksanakan dengan baik. Sekiranya mereka tidak membina sifat kepimpinan dalam diri mereka dan Rasulullah s.a.w. tidak mendidik mereka dengan kemampuan kepimpinan sudah pasti mereka tidak mampu melaksanakan tugas kepimpinan. Secara logiknya seseorang tidak akan dapat melaksanakan tugas kepimpinan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam jika ia tidak memahami ajaran Islam dengan baik. Oleh itu sewajarnya mereka yang dididik dengan firkrah Islamiah yang ke hadapan untuk melakukan tugas-tugas ini. Namun ini tidak mungkin dapat dicapai jika mereka ini tidak dididik dengan kemahiran kepimpinan. Pembinaan kepimpinan boleh dilakukan melalui; pernanaman kefahaman yang mendalam terhadap konsep kepimpinan Islam. penglibatan yang aktif dalam kerja organisasi. pendedahan terhadap tugas kepimpinan. Kompeten terhadap keperluan semasa. Ciri ini didasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang pakar. (Muslim) 4

Tugas pendakwah ialah untuk menegakkan Islam dan melaksanakan misi dakwah di bumi mana ia berada dan di zaman mana ia wujud. Ini pasti tidak dapat dilakukan secara berkesan jika ia tiada mempunyai kompetensi terhadap keperluan semasa dan persekitaran. Pendakwah hendaklah seimbang antara idealisma yang diperjuangkan dengan waqi yang ia hadapi. Pendakwah tidak harus dibuai mimpi oleh kejayaan sejarah lalu dan kegemilangannya tetapi ia juga berusaha untuk mencipta sejarahnya sendiri di bumi mana ia berada dan di zaman mana ia wujud. Kompetensi hendaklah meliputi aspek pemikiran, kemahiran, teknologi dan sikap. Ini semuanya menuntut kepada; kepekaan terhadap persikataran. Ini memerlukan penguasaan kepada teknologi maklumat yang meluaskan pengetahuan terhadap pergolakan dan perkembangan semasa. keupayaan untuk berubah. Persekitaran yang berubah menuntut kepada usaha untuk menanganinya dan ini tidak akan dapat dicapai melalui sikap yang selesa terhadap status quo selalu. peningkatan kemahiran dan ilmu yang berterusan kemampuan untuk mengoperasikan dalil-dalil al Quran, Sunnah dan ijtihad-ijtihad ulama pada persekitaran yang ada. Bersikap dan berfikir dengan minda yang universal (alamiah). Ciri ini didasarkan kepada firman Allah taala yang bermaksud Dan tidak kami utus kamu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam. (Al-Anbiya : 107) Sesungguhnya setiap orang-orang yang beriman itu bersaudara. (Al-Hujurat : 10) Islam adalah agama yang universal, diturunkan untuk seluruh umat menusia bukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu atau umat Islam sahaja. Ukhuwwah Islamiah juga bersifat alamiah. Ia adalah ikatan aqidah dan tidak mempunyai batasan geografi, budaya, bangsa dan lain-lain. Semua umat Islam di Afrika, Amerika, Cina dan lain-lain adalah bersaudara dan mempunyai hak ukhuwwah. Oleh itu pendakwah yang berusaha menegakkan Islam seharusnya mempunyai mentaliti, sikap dan berfikir secara universal (alamiah). Ini menuntut kepada; kepekaan terhadap pergolakan semasa di dunia. penguasaan terhadap teknologi maklumat. 5

mempunyai perspektif yang luas dalam mempertimbangkan segala persoalan dan dalam melakukan perancangan individu dan organisasi. Ertinya apa pun yang dilakukan oleh individu dan organisasi, ia mengambil pertimbangan terhadap pencapaian misi Islam yang bersifat alami dan terhadap pergolakan dunia. Bukan hanya melihat kepada waqi yang bersifat tempatan sahaja. penyelarasan antara keperluan universal dan tempatan. Oleh kerana Islam bersifat alami dan ukhuwwah Islamiah juga bersifat sedemikian maka keperluan untuk menyatukan umat manusia dan umat Islam adalah satu keperluan yang penting. Pendakwah haruslah ditanam sikap peka terhadap isu penyatuan dan berusaha sentiasa ke arahnya - penyatuan di kalangan tenaga dakwah, masyarakat setempat, negara dan dunia. Begitu juga diperingkat organisasi dan jamaah. Jamaah hendaklah berusaha dan merancang untuk mencapai matlamat penyatuan melalui fikrah dan amal. Usaha penyatuan hendaklah dianggap sebagai kewajiban asasi bukan atas dasar faktorfaktor strategi semata-mata. Usaha ini hendaklah dijadikan sebagai ciri utama dalam penhayatan sikap universal (alamiah). Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. (Ali Imran : 103) 6