BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1: PENGENALAN 1 BAB 2: KAJIAN KEPUSTAKAAN 16

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

SIKAP GENERASI MUDA TERHADAP BAHASA MELAYU: SENARIO DI MALAYSIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN INDONESIA. Aminah Awang Basar

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Model Pengurusan Strategik

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

HMT 502 SOSIOLOGI DAN KOMUNIKASI BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. oleh. Nazamud-din Bin Alias Jabatan Penyelidikan ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pengenalan Bab 5 ini membekalkan rumusan untuk keseluruhan laporan penyelidikan. Isu berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan kajian lanjutan. 5.1 Rumusan Oleh sebab setiap bahasa mampu memenuhi keperluan komunikatif komuniti bahasanya, ahli sosiolinguistik melihat setiap bahasa sebagai setara. Tetapi masyarakat awam sebagai pengguna bahasa mutlak lazimnya suka membanding-bandingkan bahasa dari segi kemerduan, keindahan, kebergunaan, dan seumpamanya. Hal ini kerana mereka mempunyai sikap bahasa yang tersendiri, dan pelbagai kumpulan sosial (contohnya lelaki dan perempuan, pemuda dan orang tua, pelajar sekolah rendah dan penuntut universiti, pekerja berkolar putih dan pekerja berkolar biru, penduduk bandar dan penduduk luar bandar) yang membentuk keseluruhan masyarakat awam ini pula menjadikan sikap bahasa yang didukung mereka lagi kompleks, sehingga stereotaip dan bias mungkin tertimbul untuk satu-satu bahasa dan pengguna-penggunanya. Fenomena ini impaknya besar kerana ia boleh mempengaruhi proses pembelajaran bahasa, pengekalan bahasa dan identiti kumpulan, serta penggubalan polisi bahasa oleh pihak kerajaan. Sememangnya senarai ini boleh berterusan tanpa hadnya memandangkan bahasa merupakan satu aspek yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Pelaksanaan kajian ini mendapat ilham dari skop besar sikap bahasa; secara khususnya ia menyelidik sikap bahasa komuniti atas-talian berbangsa Cina di Kuching terhadap bahasa Mandarin Standard (M1), bahasa Mandarin basahan (M2), dialek 90

Hokkien (H) dan dialek Kantonis (K). Kedua-dua kaedah langsung (soal selidik) dan tidak langsung (ujian matched-guise) diupah sebagai instrumen pengumpulan data. Di bawah ujian matched-guise, dimensi-dimensi yang dilihat ialah dimensi status dan dimensi kekitaan. Lazimnya, variasi standard akan diberi status tinggi oleh responden manakala variasi tidak standard atau tempatan diberi status rendah; keadaan adalah sebaliknya untuk kedua-dua kumpulan variasi ini bagi penilaian dari dimensi kekitaan. Walau bagaimanapun, kelaziman tidak bererti kemestian, seperti apa yang dapat dilihat menerusi dapatan kajian ini. Bab 4 telah membincangkan secara komprehensif dapatan kajian melalui ujian matched-guise dan soal selidik dari kedua-dua skop makro (keseluruhan) dan skop mikro (berdasarkan setiap faktor sosial yang dikaji, iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, taraf sosioekonomi, dan bahasa pertama responden). Persoalan-persoalanan kajian yang dikemukakan, yakni (1) Apakah sikap bahasa komuniti atas-talian yang berbangsa Cina di Kuching terhadap bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis dari dimensi (a) status? (b) kekitaan? (2) Apakah sikap komuniti sasaran terhadap bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis berdasarkan faktorfaktor sosial iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, taraf sosioekonomi, dan bahasa pertama mereka? telah dijawab melalui kupasan makro dan mikro tersebut. Bahagian ini tidak bertujuan melapor semula apa yang telah dibincangkan dalam Bab 4 tetapi hanya merumuskan pola paling umum yang didapati. 91

Rata-rata dapatan sama ada secara keseluruhan atau dengan mengambil kira faktor-faktor sosial mendedahkan pola paling umum bahawa penilaian dari dimensi status paling menguntungkan variasi standard M1. Ini petanda bahawa M1 dilihat sebagai passport kepada kejayaan dan prestij, di samping penggunaanya yang dikait rapat dengan tujuan fungsional. Berkedudukan stabil di tangga kedua ialah variasi asing K yang mempunyai daya saing budaya dan ekonomi, serta berbau moden (You & Zou, 2009:257). Variasi ini juga dikaitkan dengan imej positif penutur-penutur K dalam media massa. Kelebihan ini menjadikan K dinilai lebih tinggi dari dimensi status berbanding dua variasi tempatan M2 dan H. Ini sebenarnya turut boleh ditafsir sebagai gambaran perspektif responden yang sedar akan limitasi M2 dan H sebagai bahasa bertaraf tinggi di Kuching. Sesama M2 dan H pula, H dinilai sebagai lebih berstatus berbanding M2. Dapatan ini memaparkan dengan jelas suara hati responden bahawa kalau seseorang ingin mengecapi kejayaan, menjadikan diri lebih bernilai ekonomi, dan mempamerkan imej berprestij di Kuching, penuturan dalam H adalah pilihan yang lebih baik berbanding M2. Bercanggah dengan kepercayaan umum bahawa variasi tidak standard atau tempatan biasanya menerima penilaian yang lebih tinggi berbanding variasi standard dari dimensi kekitaan, dapatan juga sama ada secara keseluruhan atau dengan mengambil kira faktor-faktor sosial menunjukkan penilaian ke atas M1 dan K masih mendahului M2 dan H dari dimensi kekitaan. Untuk ini, dakwaan linguistic selfhatred yang diutarakan oleh Labov (2006:329) dan Imposed Norm Hypothesis oleh Giles, Bourhis, Trudgill & Lewis (1974) difikir sebagai menawarkan penjelasan yang memuaskan (rujuk bahagian 4.2.1.2). Walau bagaimanapun, penilaian ke atas M2 jelas berbangkit mengatasi H dari dimensi kekitaan. Ini menunjukkan bahawa berbanding H, fungsi M2 adalah lebih menyerlah sebagai ikatan dalaman yang membawakan responden-responden bersama. 92

Ringkasnya, kedua-dua penilaian dari dimensi status dan kekitaan telah membolehkan tiga kumpulan dikenal pasti dalam kajian ini: kumpulan pertama ialah variasi standard M1, kumpulan kedua ialah variasi asing K, sementara kumpulan ketiga mengandungi variasi-variasi tempatan M2 dan H. Kumpulan pertama dan kedua tersebut selalu dinilai tinggi dalam kedua-dua dimensi, sementara antara M2 dan H, M2 lebih menyerlah dari dimensi kekitaan tetapi H pula dimensi status. Tidak boleh dinafikan bahawa pengesanan pola penilaian secara konservatif ke atas keempat-empat variasi kajian yang sedemikian meskipun bermakna tetapi pada masa yang sama ianya juga agak mengecewakan dari perspektif ahli sosiolinguistik yang menggalakkan kesamarataan bahasa. 5.2 Perwakilan (representativeness) dapatan kajian Seperti yang ditegaskan dalam bahagian 3.1.1.1, hasil kajian ini tidak bermaksud untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan komuniti atas-talian mahupun kepada keseluruhan komuniti penduduk Cina di Kuching. Sebaliknya ia hanya dilihat sebagai dapatan daripada kajian kes berdasarkan responden-responden kajian ini. Walaupun begitu, dengan saiz sampel sebanyak 403 orang, pembentangan polapola sikap bahasa responden yang bukan berdasarkan tuduhan anecdotal ini tetap mempunyai kebolehpercayaannya. Sememangnya nilai sosiolinguistik kajian ini turut bertambah dengan mengambil kira lima faktor sosial yang merupakan kekunci dalam bidang sosiolinguistik. 5.3 Cadangan kajian lanjutan Kajian ini mendedahkan pola-pola tertentu yang mencadangkan mungkin wujudnya perkaitan tersirat antara bahasa pertama dan taraf pendidikan responden dengan variasi-variasi kajian, yang mana penyelidikan selanjutnya dalam halatuju ini 93

mungkin membolehkan dapatan yang menarik diraih. Di samping itu, kajian ini masih boleh diulangi dengan fokus kajian dialih kepada sikap bahasa responden merentasi generasi dalam keluarga-keluarga yang berlainan etnik. Sesungguhnya, kajian sedemikian membolehkan ahli-ahli sosiolinguistik mengesan sebarang perubahan pada ideologi responden merentasi generasi dan kumpulan etnik. Untuk mengetahui sama ada responden-responden adalah kompeten dari segi sosiolinguistik (iaitu peka dalam penggunaan bahasa-bahasa mengikut situasi) pula, unsur-unsur yang menyelidik penggunaan variasi oleh mereka dalam pelbagai domain boleh dimasukkan juga dalam kajian. Perlu diingatkan bahawa kajian ini hanya melihat perbezaan sikap bahasa responden berdasarkan variasi-variasi dalam (within) bahasa Cina untuk konteks Kuching. Memandangkan Kuching juga berlatarbelakangkan masyarakat multilingual sama seperti bandar-bandar lain dalam Malaysia, adalah menarik untuk mengulangi kajian ini dengan fokus kajian terletak di antara (among) bahasa-bahasa. Contohnya, kalau kajian yang sama diulangi dengan bahasa Iban, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan variasi-variasi bahasa Cina, boleh dijangka bahawa pelbagai dapatan menarik bakal didapati. 94