GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Program Sarjana Dan Kedoktoran

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

KAPS-15 Kod Amalan Pengajian Doktoral Profesional SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004

PELANTIKAN SEMULA SELEPAS BERSARA / PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN KAKITANGAN AKADEMIK

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA DISEMBER 2016 PERKHIDMATAN SISWAZAH

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

MEMORANDUM PERSEFAHMAAN DI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DAN...

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAPORAN NILAIAN PRESTASI TENAGA AKADEMIK. Pembaharuan Perkhidmatan Secara Kontrak

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA JUN 2016 PERKHIDMATAN SISWAZAH

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KAPS-13 Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Program Doktor Pendidikan Tinggi

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN BARU DAN KURSUS BARU SERTA SEMAKAN PROGRAM PENGAJIAN DAN SEMAKAN KURSUS

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN LISAN TESIS/DISERTASI

GARIS PANDUAN PENYERTAAN PAMERAN DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (DALAM DAN LUAR NEGARA) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

KOMPONEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) 2012 LAMPIRAN A

BAHAGIAN I PENDAHULUAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

Bengkel Penggabungan/ Pecahan/Penjumudan Program Akademik 4 April 2017 (Selasa) Pusat Pembangunan Kurikulum

2. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PENGEMBANGAN ILMU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Sekolah Pengajian Siswazah UTM Johor Bahru Johor Darul Ta zim

KRITERIA KENAIKAN PANGKAT BAGI SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA DI UKM BIL. GRED SYARAT PELANTIKAN. Syarat Umum:

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Transkripsi:

1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN Seiring dengan bidang keberhasilan strategik utama UKM untuk melahirkan siswazah cemerlang serta berupaya menjalankan penyelidikan berimpak tinggi, garis panduan ini dapat membantu dan memudahcara pihak fakulti/institut serta calon sarjana dan kedoktoran untuk menjalani pengajian serta melakukan penyelidikan secara kerjasama antara UKM dengan universiti/institusi yang bekerjasama dari dalam atau luar negara. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pengalaman penyelidikan dan peluang pekerjaan mereka pada skala antarabangsa. Calon siswazah dapat mengambil manfaat dengan memenuhi keperluan pengajian individu melalui akses kepada persekitaran penyelidikan yang berbeza di samping didedahkan kepada budaya akademik di dua universiti/institusi penyelidikan secara intensif. Kerjasama ini mempunyai potensi bukan sahaja untuk meningkatkan jumlah calon pelajar siswazah di UKM tetapi output yang berkaitan dengan penyelidikan pelajar siswazah iaitu penerbitan, kehadiran persidangan, penghasilan karya akademik serta pengukuhan aktiviti penyelidikan bersama dengan rakan-rakan kongsi dari seluruh dunia dapat dilakukan. 1.2 Tujuan Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Ijazah-Dual dan Ijazah Bersama Sarjana dan Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia. Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada fakulti/institut tentang definisi, tafsiran, pelaksanaan dan pengawalseliaan yang melibatkan penyelia, pelajar, fakulti/institut dan pihak luar yang berkerjasama untuk pengajian di peringkat pascasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Garis panduan ini hendaklah terpakai kepada setiap penyelia dan setiap pelajar yang mendaftar sesuatu program yang mengurniakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa garis panduan ini. 1

1.3 Tafsiran Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah 2015). Memandangkan tidak ada peraturan khusus berkenaan penawaran pengajian sarjana dan kedoktoran ijazah-dual dan ijazah bersama dalam peraturan pengajian siswazah UKM maka kuasa Senat seperti yang ditafsir dalam bahagian X (no.57) digunakan sebagai asas penggubalan garis panduan ini, iaitu: Senat mempunyai kuasa untuk membuat, membatal atau meminda mana-mana peraturan yang meliputi program ijazah sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan ini. 2.0 IJAZAH DUAL (DUAL DEGREE) SARJANA DAN KEDOKTORAN 2.1 Definisi Ijazah Dual (Dual Degree) Sarjana dan Kedoktoran ini melibatkan dua program siswazah daripada dua bidang yang sama atau hampir sama antara UKM dengan institusi pengajian tinggi lain. Beban akademik dan penyelidikan pelajar yang diambil oleh institusi yang berkerjasama perlu mematuhi perjanjian co-tutelle PhD, dasar pemindahan kredit UKM atau perjanjian lain yang disepakati bersama. Apabila tamat pengajian, pelajar akan menerima DUA ijazah yang berasingan daripada UKM dan Institusi yang bekerjasama. Program ini boleh ditawarkan bersama antara UKM dengan institut pengajian lain dalam dan luar negara. 2.2 Kriteria keperluan 2.2.1 Pendaftaran a) Pelajar yang didaftarkan di bawah program-program ini hendaklah menjalankan sebahagian daripada penyelidikan dan / atau mendaftar kursus wajib di UKM atau di universiti beliau bekerjasama atau institusi lain seperti yang ditetapkan. b) Pelajar yang didaftarkan di bawah program ini hendaklah mengemukakan laporan kemajuan kepada penyelia/penyelaras bergantung kepada ketetapan kedua-dua institusi. 2.2.2 Perjanjian Persefahaman a) Satu bentuk perjanjian persefahaman (MoU) yang diperakukan oleh Senat UKM perlu ditandatangani oleh UKM dan institusi yang bekerjasama. 2

b) Bagi program mod penyelidikan dan mod campuran, satu bentuk perjanjian persefahaman (co-tutelle) yang diperakukan oleh Senat UKM perlu ditandatangani oleh pihak pelajar dan penyelia serta institusi yang bekerjasama dengan UKM bagi memastikan segala aspek operasi, prasyarat program, pelaksanaan, jaminan kualiti akademik dan pengijazahan pelajar adalah terjamin. 2.2.3 Yuran Pengajian a) Yuran pengajian dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh keduadua universiti melainkan jika ada persetujuan lain yang dimeterai dalam perjanjian yang dinyatakan dalam (2.2.2). b) Kos untuk lawatan penyeliaan dan pemeriksaan tesis adalah tertakluk kepada syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 2.2.4 Tempoh Pengajian a) Tempoh lazim dan tempoh maksimum pengajian bagi program Kedoktoran dan Sarjana hendaklah dipersetujui dengan mengambilkira peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015 UKM. (b) Tempoh mastautin dalam kampus UKM atau institusi kerjasama hendaklah sekurang-kurangnya bagi tempoh satu (1) tahun untuk program Kedoktoran atau satu (1) semester bagi program Sarjana di setiap universiti/institusi atau seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian. 2.2.5 Penyeliaan UKM dan universiti/institusi yang bekerjasama hendaklah melantik seorang penyelia untuk membentuk jawatankuasa penyeliaan bersama. Perlantikan penyelia itu mesti mematuhi Peraturan Pengajian Siswazah 2015 di UKM dan peraturan di institusi yang bekerjasama. Bagi program yang melibatkan kerja kursus, penyelia/penyelaras di UKM dan di universiti/institusi yang bekerjasama hendaklah dilantik dan dinyatakan tugas/peranan mereka dalam perjanjian yang dimeterai. 2.2.6 Peperiksaan / Penilaian a) Ujian lisan (viva voce) perlu diadakan sekurang-kurangnya satu (1) kali di salah satu institusi bagi calon Kedoktoran dan Sarjana penyelidikan termasuk Sarjana mod campuran. Walau bagaimanapun ujian lisan (viva 3

voce) boleh diadakan lebih daripada satu kali bergantung kepada perjanjian di antara kedua-dua institusi. (b) Proses pemeriksaan tesis/disertasi hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Peperiksaan Lisan Tesis/Disertasi UKM 2014 dan memenuhi syarat berkaitan hal ini di universiti/institusi yang bekerjasama. 2.2.7 Harta Intelek a) Pemilikan hak-hak harta intelek yang terhasil daripada kolaborasi perlu diperincikan dalam perjanjian persefahaman antara pihak UKM dan Universiti/Institusi yang bekerjasama. Bagi pihak UKM, Dasar Harta Intelek UKM adalah digunapakai. 4

3.0 IJAZAH BERSAMA (JOINT AWARD/JOINT DEGREE) SARJANA DAN KEDOKTORAN 3.1 Definisi Ijazah Bersama (Joint Award/Join Degree) Sarjana dan Kedoktoran ini melibatkan pemilikan dan pembangunan kurikulum dan penyelidikan di antara UKM dengan IPT yang setaraf untuk bekerjasama. Sebagai tanda pemilikan kelayakan dan tanggungjawab bersama hal jaminan kualiti, hanya SATU ijazah yang dianugerahkan bersama akan diberikan selepas calon tamat pengajian di peringkat siswazah. 3.2 Kriteria keperluan 3.2.1 Pendaftaran a) Pelajar yang didaftarkan di bawah program-program ini hendaklah menjalankan sebahagian daripada penyelidikan dan / atau mendaftar kursus wajib di UKM atau di universiti beliau bekerjasama atau institusi lain seperti yang ditetapkan. b) Pelajar yang didaftarkan di bawah program ini hendaklah mengemukakan laporan kemajuan kepada penyelia/penyelaras bergantung kepada ketetapan kedua-dua institusi. 3.2.2 Perjanjian Persefahaman a) Satu bentuk perjanjian persefahaman (MoU) yang diperakukan oleh Senat UKM perlu ditandatangani oleh UKM dan institusi yang bekerjasama. b) Bagi program mod penyelidikan dan mod campuran, satu bentuk perjanjian persefahaman (co-tutelle) yang diperakukan oleh Senat UKM perlu ditandatangani oleh pihak pelajar dan penyelia serta institusi yang bekerjasama dengan UKM bagi memastikan segala aspek operasi, prasyarat program, pelaksanaan, jaminan kualiti akademik dan pengijazahan pelajar adalah terjamin. 3.2.3 Yuran Pengajian a) Yuran pengajian dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh keduadua universiti melainkan jika ada persetujuan lain yang dimeterai dalam perjanjian yang dinyatakan di (2). 5

b) Kos untuk lawatan penyeliaan dan pemeriksaan tesis adalah tertakluk kepada syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 3.2.4 Tempoh Pengajian a) Tempoh lazim dan tempoh maksimum pengajian bagi program Kedoktoran dan Sarjana hendaklah dipersetujui dengan mengambilkira peruntukan di bawah Peraturan Pengajian Siswazah 2015 UKM. (b) Tempoh mastautin dalam kampus UKM atau institusi kerjasama hendaklah sekurang-kurangnya bagi tempoh satu (1) tahun untuk program Kedoktoran atau satu (1) semester bagi program Sarjana di setiap universiti/institusi atau seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian. 3.2.5 Penyeliaan UKM dan universiti/institusi yang bekerjasama hendaklah melantik seorang penyelia untuk membentuk jawatankuasa penyeliaan bersama. Perlantikan penyelia itu mesti mematuhi Peraturan Pengajian Siswazah 2015 di UKM dan peraturan di institusi yang bekerjasama. Bagi program yang melibatkan kerja kursus, penyelia/penyelaras di UKM dan di universiti/institusi yang bekerjasama hendaklah dilantik dan dinyatakan tugas/peranan mereka dalam perjanjian yang dimeterai. 3.2.6 Peperiksaan / Penilaian a) Ujian lisan (viva voce) perlu diadakan sekurang-kurangnya satu (1) kali di salah satu institusi bagi calon Kedoktoran dan Sarjana penyelidikan termasuk Sarjana mod campuran. Walau bagaimanapun ujian lisan (viva voce) boleh diadakan lebih daripada satu kali bergantung kepada perjanjian di antara kedua-dua institusi. (b) Proses pemeriksaan tesis/disertasi hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Peperiksaan Lisan Tesis/Disertasi UKM 2014 dan memenuhi syarat berkaitan hal ini di universiti/institusi yang bekerjasama. 6

3.2.7 Harta Intelek a) Pemilikan hak-hak harta intelek yang terhasil daripada kolaborasi perlu diperincikan dalam perjanjian persefahaman antara pihak UKM dan Universiti/Institusi yang bekerjasama. Matriks Tindakan Bagi Pelaksanaan Ijazah-Dual dan Ijazah Bersama Sarjana dan Kedoktoran Bil. Perkara Tindakan 1. Mewujudkan jaringan strategik dengan Institusi yang bekerjasama Fakulti/Institut 2. Memilih program akademik siswazah atau tema Fakulti/Institut penyelidikan yang memenuhi hasrat kedua pihak bagi tujuan ijazah PhD bersama 3. Kenalpasti calon siswazah yang berpotensi dari aspek Fakulti/Institut akademik dan kemandirian 4. Pemeteraian perjanjian MOU dan Cotutelle Fakulti/ Institut dan Bahagian Perundangan 5. Calon mendaftar untuk ijazah PhD di UKM dan Institusi bekerjasama 6. Penyelidikan dan aktiviti akademik di bawah pengawal seliaan penyelia/penyelaras dari UKM dan institusi yang bekerjasama 7. Penghantaran Laporan Kemajuan Calon dan pemebentangan kemajuan penyelidikan tiap semester kepada penyelia/penyelaras di UKM dan instiusi yang bekerjasama 8. Urusan Peperiksaan, Penyerahan Tesis dan Peperiksaan Lisan 9. Penganugerahan Ijazah seperti yang dipersetujui dalam perjanjian 10. Urusan pemilikan hak-hak harta intelek Fakulti/Institut di UKM/Pusat Inovasi dan Kolaboratif (PIK) dan 7

Carta Alir Proses Bagi Pelaksanaan Ijazah-Dual dan Ijazah Bersama Sarjana dan Kedoktoran MULA Mewujudkan jaringan strategik dengan Institusi yang bekerjasama Memilih program akademik siswazah atau tema penyelidikan yang memenuhi hasrat kedua pihak Kenalpasti calon siswazah yang berpotensi Pemeteraian perjanjian MOU Kerja kursus Mod Pengajian Penyelidikan Pemeteraian perjanjian cotutelle Calon mendaftar untuk ijazah PhD di UKM dan Institusi bekerjasama Penyelidikan dan aktiviti akademik di bawah pengawal seliaan penyelia/penyelaras di UKM dan Institusi yang bekerjasama Penghantaran Laporan Kemajuan Calon dan pemebentangan kemajuan penyelidikan tiap semester kepada penyelia/penyelaras di UKM dan Institusi yang bekerjasama Urusan Peperiksaan, Penyerahan Tesis dan Peperiksaan Lisan Penganugerahan Ijazah seperti yang dipersetujui dalam perjanjian 8 Urusan pemilikan hak-hak harta intelek