KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Latihan MyMesyuarat -URUS SETIA- DibentangkanOleh

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PROSEDUR KAWALAN REKOD. PK.UiTM.CNS(P).02

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

SURAT PEKELILING AM BIL. 2 TAHUN 1991

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 1999 PELAKSANAAN PERKONGSIAN PINTAR ANTARA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 1997

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1982 PERATURAN-PERATURAN MENGENAI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PENERBITAN PETA DAERAH SIRI MYS 8201R

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SUKATAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 2 (TK 2) BAGI PENGUASA KASTAM GRED W Matlamat Penilaian 1.1 Menilai Tahap Kecekapan 2 (TK2) pegawai:

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat yang dilantik terus;

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PENGENDALIAN MESYUARAT

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

BAB 14 AUDIT DALAMAN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/KES/P004

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

POLITEKNIK KOTA BHARU

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

GARISPANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

Powered by TCPDF (

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KLT-PK-04 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP)

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR PROSEDUR PENDIDIKAN BERTERUSAN

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2002

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Transkripsi:

KERAJAAN MALAYSIA Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI Jabatan Perdana Menteri Malaysia 2 Januari 1993 Dikelilingkan kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.

Tujuan 1. Pekeliling ini mengandungi garispanduan mengenai pelaksanaan Mesyuarat Pagi atau Morning Prayers di Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah. Latarbelakang 2. Semasa Kerajaan melancarkan Rancangan Malaya Pertama Tahun 1961-1965 di mana tiap-tiap daerah menggunakan The Red Book System atau Sistem Buku Merah, mekanisme bagi menyelaraskan projek-projek pembangunan pada masa itu telah dilakukan melalui Morning Prayers di peringkat daerah, di peringkat Negeri dan juga di peringkat Kementerian. Ini merupakan satu mekanisme yang berkesan dalam menyelesaikan berbayai masalah di semua peringkat pentadbiran. Memandangkan sistem Mcsyuarat Pagi tersebut telah membuktikan manfaatnya, adalah wajar Mesyuarat Pagi ini dihidupkan semula dengan memperluaskan skopnya bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam. Matlamat Mesyuarat Pagi 3. Matlamat Mesyuarat Pagi ini ialah bagi memupuk semangat mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan jabatan. Tujuannya ialah untuk menyelesaikan secara On the spot masalah-masalah yang timbul mengenai pelaksanaan program dan projek pembangunan serta pengeluaran lesen dan permit. Cara ini dapat mengesan segala halangan dan membolehkan tindakan penyelesaian dilakukan dengan segera. Ini akan dapat memantapkan proses pengesanan dan pengawasan yang berterusan untuk mempastikan projek-projek pembangunan berjalan mengikut jaduai. Di samping itu, permohonan untuk memperolehi lesen, permit dan lain-lain kelulusan dapat diberi perhatian yang sewajarnya di mana Mesyuarat Pagi ini merupakan satu forum setempat antara jabatan yang dapat membuat keputusan dengan kadar yang segera. Cara ini akan dapat mengelakkan berlakunya tunggakan kerja di kalangan jabatan yang terlibat. Seterusnya ia akan dapat mewujud dan memupuk penyelarasan di kalangan Jabatanjabatan Kerajaan yang berkaitan supaya bergerak sehaluan untuk mencapai matlamat pembangunan negara. Keanggotaan 4. Keanggotaan Mesyuarat Pagi ini adalah seperti berikut: a) Peringkat Kementerian Pengerusi: Ketua Setiausaha Kementerian. Ahli-Ahli: Pegawai-pegawai kanan Kementerian. Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Badan Berkanun di bawah Kementerian yang ada hubungkait dengan projek pembangunan/ pengeluaran lesen dan permit. 1

Keanggotaan mesyuarat sebenarnya adalah ditentukan oleh Pengerusi. Urusetia: Bahagian yang ditentukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. b) Peringkat Negeri Pengerusi : Setiausaha Kerajaan Negeri. Ahli-Ahli: Pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri. Ketua-ketua Jabatan dan Ketua- Ketua Badan Berkanun peringkat Negeri yang ada hubungkait dengan projek pembangunan/ pengeluaran lesen dan permit. Keanggotaan mesyuarat sebenarnya adalah ditentukan oleh Pengerusi. Urusetia: Bahagian yang ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. c) Peringkat Daerah Pengerusi: Pegawai Daerah. Ahli-Ahli: Pegawai-pegawai kanan Pejabat Daerah. Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Badan Berkanun peringkat daerah yang ada hubungkait dengan projek pembangunan/pengeluaran lesen dan permit. Ketua-ketua Penguasa Tempatan yang ada hubungkait dengan projek bangunan/pengeluaran lesen dan permit. Keanggotaan mesyuarat sebenarnya adalah ditentukan oleh Pengerusi. Urusetia: Bahagian yang ditentukan oleh Pegawai Daerah. Nota: Bagi Negeri Sarawak. Mesyuarat Pagi ini hendaklah juga diadakan di peringkat Bahagian dan di pengerusikan oleh Residen. Kekerapan Dan Tempoh Mesyuarat Pagi 5. Mesyuarat digalak diadakan setiap hari Isnin atau Sabtu mengikut Negeri. Namun demikian, Pengerusi boleh memilih mana-mana hari yang didapati lebih sesuai untuk mengadakan mesyuarat. Tempoh mesyuarat seboleh-bolehnya hendaklah tidak melebihi satu jam. Agenda Mesyuarat Pagi 6. Agenda Mesyuarat Pagi adalah seperti berikut: a. perutusan Pengerusi; b. pelaksanaan program/projek pembangunan; pengeluaran lesen dan permit: dan c. pengeluaran lesen dan permit; dan 2

d. hal-hal lain berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dasar-dasar, programprogram dan aktiviti-aktiviti organisasi. Fungsi Mesyuarat Pagi 7. Mesyuarat Pagi ini merupakan satu forum setempat antara jabatan yang berfungsi seperti berikut: a. mengkaji kedudukan semasa pelaksanaan program/projek pembangunan dan pengeluaran lesen dan permit; b. mengenalpasti masalah yang dihadapi; c. mengambil tindakan menghapuskan tunggakan kerja; dan d. menentukan tindakan penyelesaian. Minit Mesyuarat Pagi 8. Minit Mesyuarat Pagi hendaklah disediakan secara ringkas yang mengandungi perkara-perkara berikut: a. kedudukan semasa pelaksanaan program/projek pembangunan dan pengeluaran lesen dan permit; dan b. keputusan mesyuarat. 9. Keputusan Mesyuarat Pagi perlu dipatuhi oleh semua Jabatan dan Agensi yang terlibat. Penyediaan minit ini hendaklah mengikut format yang didapati di Lampiran A. Menyelesaikan Masalah 10. Di peringkat daerah, sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan ataupun masih berlaku kelewatan, tindakan penyelesaian hendaklah dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri. ll. Di peringkat Negeri pula, sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan atau masih berlaku kelewatan, tindakan penyelesaian hendaklah dirujuk kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar/Ketua Menteri selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Negeri. 12. Di peringkat Kementerian pula, sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan atau masih berlaku kelewatan, tindakan penyelesaian hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan termasuk Kementerian-kementerian lain, Agensi-agensi Pusat dan Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian berkenaan. Masalah-masalah yang masih tidak dapat diselesaikan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara dan sekiranya perlu, kepada Majlis Pembangunan Negara. 3

Pemakaian Pekeliling 13. Pekeliling ini hendaklah digunapakai bersama Arahan No.l, 1991 - Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional. Tarikh Kuatkuasa 14. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ia dikeluarkan. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara 4

Lampiran A Format Minit Mesyuarat Pagi Minit Mesyuarat Pagi Bil... Tahun... (Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun) Hadir Tarikh: Masa: Tempat: (Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan bermula dengan Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan). Hadir Bersama (Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan ahli, tetapi dijemput untuk menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan). Urusetia (Senaraikan nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan). I. Perutusan Pengerusi 1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat. II. Pengesahan Minit Mesyuarat 2. Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu samada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan-pindaan berkenaan. 5

III. Perbincangan Mengenai Kedudukan Projek Dan/Atau Pengeluaran Lesen/Permit 3. Perkara-perkara yang perlu direkodkan didalam ruangan ini adalah seperti di Lampiran Al. IV. Hal-Hal Lain 4. Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat, yang pada mulanya tidak termasuk dalam agenda mesyuarat. V. Penutup 5. Ruangan ini merekodkan perkara-perkara berikut: a. masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan; b. ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan c. catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan. VI. Nama Jabatan/Bahagian/Unit Yang Mengurusetiakan Mesyuarat (Catatkan nama Jabatan/Bahagian/Unit di bahagian tepi sebelah kiri minit mesyuarat). VII. Tarikh Minit Disediakan (Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan). 6

Borang Laporan Penjelasan Mengenai Borang Laporan Kedudukan Pelaksanaan Projek Dan/Atau Pengeluaran Lesen/Permit (a) Ruang A - Bilangan Projek/Lesen/Permit Bilangan projek/lesen/permit mengikut turutan nombor 1, 2 dan seterusnya dicatatkan di Ruang A. (b) Ruang B - Tajuk Projek/Lesen/Permit Tajuk projek/lesen/permit disenaraikan di Ruang B. Bagi projek pembangunan nama projek hendaklah seperti yang dilaporkan di bawah Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP). (c) Ruang C - Kedudukan Semasa Kedudukan semasa projek/lesen/permit dilaporkan di Ruang C. Maklumat yang dilaporkan hendaklah yang terkini. Di mana sesuatu tindakan itu belum selesai disebabkan masih dalam proses rujukan kepada pihak-pihak yang berkaitan. maklumat tersebut hendaklah diturunkan di Ruang C ini. (d) Ruang D - Isu-lsu Yang Dihadapi Segala masalah berkaitan dengan projek/lesen/permit hendaklah dilaporkan secara ringkas di Ruang D ini. (e) Ruang E - Keputusan Mesyuarat Persetujuan yang dicapai di mesyuarat dilaporkan di Ruang E. Sekiranya terdapat perbezaan pendapat dan pandangan oleh ahli, pendapat ini hendaklah direkodkan di Ruang E ini. (f) Ruang F - Tindakan Susulan Dan Agensi Bertanggungjawab Bagi setiap keputusan mesyuarat, tindakan susulan dan agensi bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut hendaklah dilaporkan di Ruang F. Pada mesyuarat yang akan datang. pihak Urusetia hendaklah melaporkan berkaitan pelaksanaan tindakan susulan tersebut. 7