PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SECARA PERSIJILAN TAHAP TUNGGAL (SINGLE TIER) DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

JPK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.

CARTA ALIR PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) UNTUK PATI KATEGORI A (i)

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BAB 6 PENGURUSAN ASET

PANDUAN PENTAULIAHAN DAN PELAKSANAAN BERASASKAN NOSS FORMAT BAHARU BAGI PUSAT BERTAULIAH DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

KRITERIA MENJALANI POSTING ELEKTIF DI FASILITI KEMENTERIAN

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/P003

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan


SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2007

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

SURAT PEKELILING BENDAHARI

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN ZONING (LOKASI) BAGI PENUBUHAN UNIT/ PUSAT HEMODIALISIS SWASTA

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Transkripsi:

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA OKTOBER 2011

KANDUNGAN Muka Surat 1.0 TUJUAN 2 2.0 LATAR BELAKANG 3 3.0 TAFSIRAN 3 4.0 SENARAI RINGKASAN 4 5.0 KRITERIA PUSAT BERTAULIAH (PB) 5 5.1 Pemilikan PB 5 5.2 Kemudahan Fizikal 5 5.3 Peralatan dan kemudahan latihan 6 6.0 PERMOHONAN PENTAULIAHAN 6 7.0 PELAKSANAAN PROGRAM BERTAULIAH 7 7.1 Kelayakan Pelajar 7 7.2 Pendaftaran Pelajar 8 7.3 Pelaksanaan Program Bertauliah 10 7.4 Penilaian 11 7.5 Persijilan 11 8.0 TANGGUNGJAWAB PUSAT BERTAULIAH 12 9.0 LAWATAN PEMERIKSAAN 12 10.0 KELULUSAN PERMOHONAN 13 11.0 PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN SIJIL PENTAULIAHAN 13 12.0 TARIKH KUATKUASA 13 1

Senarai Lampiran Lampiran 1 - Proses kerja permohonan baru pentauliahan Pusat Bertauliah Antarabangsa (dalam negara) Lampiran 2 Senarai semak Pentauliahan Lampiran 3 Borang Permohonan Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Program Antarabangsa (Dalam Negara) Lampiran 4 Proses Kerja Pengambilan Pelajar Bagi Pusat Bertauliah Antarabangsa (Dalam Negara) Lampiran 5 - Borang Permohonan dan Akujanji Pelajar Lampiran 6 - Senarai semak Pra Pendaftaran Pelajar Lampiran 7 - Senarai semak Pembaharuan Pentauliahan 1.0 TUJUAN Panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini bertujuan untuk melaksanakan program latihan kemahiran JPK di peringkat antarabangsa dalam Malaysia. Panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang berkuat kuasa dan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652). 2

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Vokasional di peringkat antarabangsa, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 2 Disember 2005 telah meluluskan cadangan mengembangkan program-program latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK ke peringkat antarabangsa; 2.2 Sejajar dengan matlamat Kerajaan ke arah mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti; 2.3 Enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja; dan 2.4 JPK turut menggalas tanggungjawab menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. 3.0 TAFSIRAN Dalam panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Daftar Standard ertinya satu dokumen yang menyenaraikan tajuk-tajuk pekerjaan bagi semua Standard yang telah diluluskan oleh JPK; 3

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen 17 Akta 652; pusat bertauliah ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu Sijil; pelajar ertinya seseorang yang mendaftar untuk mendapatkan kelayakan kemahiran melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia; pentauliahan ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran; dan program ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam Daftar Standard. 4.0 SENARAI RINGKASAN DKM DLKM JIM JPK KDN KKM KPPK KSM LI PB PDRM PPL Diploma Kemahiran Malaysia Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Dalam Negeri Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Latihan Industri Pusat Bertauliah Polis Di Raja Malaysia Pegawai Pengesah Luaran 4

5.0 KRITERIA PUSAT BERTAULIAH (PB) Mana-mana PB yang berminat untuk menjalankan program yang melibatkan pengambilan pelajar antarabangsa ke dalam negara hendaklah mematuhi syaratsyarat perlaksanaan program pentauliahan antarabangsa ini. 5.1 Pemilikan PB (a) Mempunyai rekod pencapaian dan prestasi sebagai PB sedia ada yang baik bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; Mempunyai modal berbayar minima RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Ribu Sahaja); dan (c) Mempunyai laporan penyata kewangan yang telah diaudit untuk tiga (3) tahun terakhir; 5.2 Kemudahan Fizikal (a) Memiliki kemudahan fizikal bagi melaksanakan latihan bagi program yang dipohon seperti berikut; i. Bilik kuliah; ii. Bengkel latihan; dan iii. Pusat Sumber yang mempunyai kemudahan ICT yang mencukupi. Menyediakan kemudahan penginapan/asrama dengan kawalan keselamatan. 5

5.3 Peralatan dan kemudahan latihan (a) Menyediakan kelengkapan latihan yang mencukupi dan memenuhi kehendak Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan; Memastikan peralatan latihan berfungsi dan selamat digunakan; (c) Memastikan peralatan berkaitan memenuhi kehendak perlesenan; dan (d) Menyediakan bahan pembelajaran yang lengkap dalam Bahasa Inggeris. 6.0 PERMOHONAN PENTAULIAHAN 6.1 PB yang ingin melaksanakan program pelajar antarabangsa hendaklah mengemukakan perkara-perkara berpandukan Proses Kerja Permohonan Baharu Pentauliahan Pusat Bertauliah Antarabangsa (Dalam Negara) di Lampiran 1 dan Senarai Semak di Lampiran 2 kepada KPPK: (a) Borang Permohonan Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Program Antarabangsa (Dalam Negara) (Lampiran 3) yang telah lengkap ke JPK, KSM; atau Melengkapkan maklumat permohonan secara atas talian; (c) Semua dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak JPK dari semasa ke semasa; dan 6

(d) Mengemukakan Jaminan Bank antara PB dan Kerajaan Malaysia seperti yang ditetapkan di dalam pekeliling yang sedang berkuatkuasa semasa mengemukakan permohonan pentauliahan. 6.2 Mengemukakan permohonan pelaksanaan latihan merangkumi program sekurang-kurangnya hingga ke Tahap 3. 7.0 PELAKSANAAN PROGRAM BERTAULIAH 7.1 Kelayakan Pelajar Bagi pengambilan pelajar antarabangsa, PB hendaklah memastikan bahawa pelajar-pelajar tersebut memenuhi kelayakan seperti berikut : (a) (c) (d) (e) (f) (g) Berumur di antara 18 hingga 35 tahun pada tahun pengambilan; Mempunyai kelayakan akademik atau kemahiran yang bersesuaian dengan program yang dipohon; Mempunyai penaja atau sumber kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh latihan; Lulus pemeriksaan kesihatan di negara asal; Boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris; Mengisytiharkan status tanpa penyabitan kesalahan undangundang di mana-mana negara; dan Melepasi tapisan keselamatan oleh PDRM atau mendapat No Objection Certificate (NOC) dari Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab mengenai pendidikan dan latihan kemahiran di negara asal atau apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai syarat pengeluaran visa bagi negara-negara berkaitan. 7

7.2 Pendaftaran Pelajar PB hendaklah mengemukakan permohonan pengambilan pelajar antarabangsa kepada Jabatan berpandukan Proses Kerja Pengambilan Pelajar Bagi Pusat Bertauliah Antarabangsa (Dalam Negara) seperti di lampiran 4. (a) Pra Pendaftaran PB hendaklah mengemukakan dua (2) salinan permohonan pra pendaftaran pelajar yang lengkap seperti Senarai Semak Pra Pendaftaran Pelajar (Lampiran 5) yang merangkumi maklumatmaklumat berikut:- i. Surat iringan; ii. iii. iv. Surat tawaran dari PB kepada pelajar; Borang Permohonan Pelajar (Lampiran6) beserta salinan sijil-sijil berkaitan; Cetakan Profil PB; v. Surat perakuan pentauliahan (antarabangsa) dari JPK; vi. vii. Surat Perakuan Kelulusan KDN; dan Jadual pelaksanaan latihan bagi program yang dipohon. Pendaftaran i. PB hendaklah mendaftarkan pelajar secara atas talian dan menjelaskan yuran pendaftaran pelajar antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan dalam Arahan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Bilangan 1 Tahun 2011 (sub 8

perkara 2.1.2 : Penetapan Kadar Bayaran ) dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan pelajar di Malaysia; ii. PB hendaklah melaporkan maklumat pelajar antarabangsa yang mengandungi butiran peribadi, program yang diikuti, alamat penginapan di Malaysia, tarikh mula dan tamat latihan kepada kedutaan atau konsulat negara asal pelajar di Malaysia, jika ada, dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan pelajar di Malaysia; dan iii. Jika latihan melibatkan LI, butiran lengkap berkaitan tempat latihan, penginapan dan tempoh latihan hendaklah dilaporkan kepada JPK dan balai polis berdekatan di mana LI dijalankan. c) Pendaftaran Keluar PB hendaklah melaporkan kepada JPK dan JIM status pelajar yang telah tamat tempoh latihan dan memastikan mereka pulang ke negara asal dengan mengemukakan perkara-perkara berikut kepada: i. Laporan status latihan pelajar; ii. Memo daftar keluar (check-out memo) beserta salinan tiket pulang ke negara asal; iii. Pelajar hanya dibenarkan bertukar institusi sebanyak dua (2) kali sahaja tertakluk kepada kelulusan JPK; dan iv. Pelajar asing yang gagal dikehendaki pulang ke negara asal. 9

7.3 Pelaksanaan Program Bertauliah PB hendaklah melaksanakan program latihan berlandaskan pada perkaraperkara berikut: (a) Melaksanakan program latihan dengan mematuhi Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian yang sedang berkuatkuasa; Latihan hendaklah dijalankan secara sepenuh masa; (c) Menepati jadual pelaksanaan latihan yang dirancang merangkumi : i. Tarikh mula dan tamat latihan; ii. Kaedah pelaksanaan latihan; iii. Kaedah penilaian; dan iv. Kaedah Latihan Industri. (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Bahan pengajaran dan penilaian disediakan dalam Bahasa Inggeris; Mengemukakan rekod kehadiran latihan pelajar kepada JPK bila diperlukan; Memaklumkan kepada JPK sekiranya pelajar gagal menghadiri kelas tujuh (7) hari berturut-turut tanpa sebarang sebab; Memastikan bilangan pelajar untuk satu-satu program yang telah diluluskan oleh JPK adalah mengikut nisbah Pegawai Penilai (PP) terhadap pelajar 1:25 seperti mana yang digariskan dalam Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah yang sedang berkuat kuasa; Jumlah pelatih antarabangsa dan pelatih tempatan hendaklah tidak melebihi kapasiti yang diluluskan oleh Jabatan; Memastikan pelajar antarabangsa boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; Memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang tempoh latihan; Memastikan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dipatuhi untuk perkara berikut: 10

i. Pelajar yang mendiami tempat penginapan; dan ii. Pelajar yang menjalani LI. (l) Mematuhi semua peraturan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa. 7.4 Penilaian PB hendaklah: (a) (c) (d) (e) Menyediakan bahan penilaian dalam Bahasa Inggeris; Mengemaskini laporan penilaian berterusan melalui sistem atas talian; Mengemukakan permohonan lawatan verifikasi dan mengemaskini penilaian verifikasi melalui sistem atas talian; Memastikan keputusan penilaian disahkan oleh PPL; dan Melaksanakan penilaian latihan dengan mematuhi peraturan penilaian yang ditetapkan di dalam Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian yang sedang berkuatkuasa. 7.5 Persijilan PB hendaklah: (a) (c) (d) Mengemukakan permohonan pengeluaran sijil; Menyerahkan sijil kepada pelajar yang telah menamatkan latihan tanpa mengenakan sebarang caj tambahan; Sijil-sijil yang tidak berjaya diserahkan kepada pelajar hendaklah dikembalikan kepada JPK dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat latihan; dan mematuhi peraturan pengeluaran sijil yang ditetapkan di dalam Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian yang sedang berkuatkuasa. 11

7.6 Penambahan Program Bagi tujuan penambahan program, PB hendaklah mengemukakan permohonan kepada KPPK seperti Senarai Semak di Lampiran 2. 7.7 Pembaharuan Pentauliahan Bagi tujuan pembaharuan pentauliahan, PB hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pentauliahan program pelajar antarabangsa kepada KPPK bersekali dengan permohonan pembaharuan pentauliahan program tempatan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dan tidak melebihi enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan berdasarkan senarai semak seperti di Lampiran 7.. 8.0 TANGGUNGJAWAB PUSAT BERTAULIAH PB bertanggungjawab untuk: i. menguruskan insuran untuk pelajar antarabangsa yang merangkumi perkhidmatan kesihatan, kemalangan dan kematian; ii. iii. iv. mematuhi semua keperluan yang telah ditetapkan oleh KDN, JIM, KKM dan pihak berkuasa yang berkaitan dalam urusan pengambilan pelajar antarabangsa; memastikan Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang berkuat kuasa dipatuhi; mempunyai pegawai khusus bagi mengurus Hal Ehwal Kebajikan pelajar antarabangsa; v. menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar; vi. memastikan pengambilan pelajar setiap kohot adalah mengikut jumlah kapasiti yang diluluskan bagi setiap program sahaja; 12

vii. viii. ix. mengemukakan permohonan pembaharuan pentauliahan ke JPK dalam tempoh masa tiga (3) hingga enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan; mempamerkan sijil pentauliahan (antarabangsa) di suatu tempat yang mudah dilihat di premis yang dinyatakan pada surat berkenaan; PB perlu mengemukakan perubahan pelajar secara berkala dan kehadiran 80% kepada KPPK; dan x. PB perlu memastikan setiap pelajar asing yang membuat permohonan PLIK bagi melanjutkan pengajian ke negara ini perlu mempunyai bukti sokongan kewangan yang kukuh dan mencukupi bagi membiayai pelajar asing sepanjang tempoh keberadaan pelajar asing tersebut di negara ini. 9.0 LAWATAN PEMERIKSAAN JPK boleh pada bila-bila masa mengadakan lawatan pemeriksaan untuk menentusahkan kesahihan bagi semua jenis permohonan dengan disertai bersama agensi penguatkuasaan yang lain. 10.0 KELULUSAN PERMOHONAN Selepas menimbangkan sesuatu permohonan, KPPK boleh: (a) meluluskan permohonan itu dan memberikan perakuan kelulusan kepada PB bagi suatu tempoh yang ditetapkan; atau menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan tersebut. 11.0 PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN SIJIL PENTAULIAHAN KPPK boleh, pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan yang telah dianugerahkan kepada PB merujuk kepada Seksyen 29 Akta 652. 13

12. 0 TARIKH KUATKUASA Panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Dengan berkuatkuasa panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini Panduan Permohonan Latihan Kemahiran Peringkat Antarabangsa bertarikh Ogos 2007 adalah DIBATALKAN. Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Januari 2012 14