TR 11.9:75. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

dokumen-dokumen yang mirip
Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu.


KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

1 Y.B. Datuk Hussein Onn.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam ramadhan.

UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS JAMUAN TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, PADA 9 JUN, 1979.

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN SISTEM EJAAN BAHARU DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUM- PUR PADA 16HB OGOS, 1972

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

UCAPAN PERDANA MENTERI DI PER- HIMPUNAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DI JOHOR BAHRU, JOHOR PADA 29HB JULAI, 1974

TEKS UCAPAN MUSABAQAH TILAWATIL QUR AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TR 1:8:71. Y.B. Encik Ghafar, 1

UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DALAM UPA- CARA PENUTUP KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA DI DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR PADA 7 JUN, 1965

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Dalam pada itu, sudah semestinya pula rakyat sentiasa berjagajaga kerana musuh-musuh negara masih berada di tengah-tengah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN INDIAN MUSLIM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2016 Kali Ke- 16 Bersaman 1438H/2016M

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI KILANG SYARIKAT MALAYSIA EXPLOSIVES SDN. BHD, DI BATU ARANG, SELANGOR PADA 8HB JULAI, 1972

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

TR 2:2:75. Saudara-saudara sekalian,

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS KHATAM AL QURAN BERSEMPENA IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

UCAPAN PERDANA MENTERI SEMPENA HARI RAYA AIDILPITRI UNTUK SIARAN MELALUI RADIO/TV MALAYSIA PADA 16HB OKTOBER, 1974

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Transkripsi:

TR 11.9:75 UCAPAN PERDANA MENTERI DIPEMBUKAAN RASMI PERTANDINGAN MEMBACA AL- QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1975 (TAHUN HIJRAH 1395) DI STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR PADA 22HB SEPTEMBER, 1975 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Y.B. Tan Sri Syed Nasir Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertandingan Membaca Al-Quran Tahun 1395, Y.B. Menterimenteri, Dif-dif Kenamaan, Saudara-saudara sekalian yang hadir. Alhamdullillah, segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kitab Suci Al-Quran sebagai petunjuk kepada jalan kemakmuran dan kebahagiaan bagi orang-orang yang beriman, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan membawa wahyu pertama yang diturunkan di dalam bulan Ramadan, dan seterusnya selawat dan salam kepada sekalian keluarga dan sahabat-sahabatnya. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan taufik dan hidayahnya, majlis pertandingan membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi kali yang Ketuiuh Belas ini dapat diadakan dalami bulan Ramadan ini dengan pembukaannya pada malam ini, walaupun dalam keadaan negara kita sedang mengalami kemerosotan ekonomi serta berhadapan pula dengan beberapa ancaman yang mengganggu ketenteraman negara. Saya sukalah mengucapkan tahniah kepada Y.B. Tan Sri Syed Nasir IsmaH, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertandingan M m'baca Al-Quran bagi tahun ini dan sekalian ahli Jawatankuasanya, kerana dapat mengelolakan pertandingan ini dengan peruntukan yang jauh lebih kecil daripada tahun-tahun yang lalu. Amalan seperti ini adalah sangat sesuai dengan dasar berjimat-cermat yang sedang dilakukan oleh Kerajaan untuk meogatasi kesempitan kewangan yang sedang dihadapi pada masa ini. Saya berharap amalan seperti ini akan terus dipraktikkan seirta akan dicontohi pula oleh lainlain Jawatankuasa dan agensi-agensi Kerajaan khasnya dan pihak swasta amnya. 201

Saudara-saudara sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan membaca Al- Quran di negara kita ini telah berjalan tidak lama selepas negara kita mula-mula mencapai kemerdekaan. Pada tahun ini ianya telah masuk kepada tahun yang ketujuh belas, dan usia tujuh belas adalah merupakan umur remaja jika diibaratkan kepada umur seorang kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa, apa lagi bagi seorang anak gadis umpamanya, kerana dalam usia tujuh belas tahun itulah hidupnya mulai menempuh cabaran, baik dari jasmani mahupun rohani serta pemikirannya. Oleh kerana bersesuaian dengan keremajaan usia pertandingan membaca Al-Quran di negara kita ini, maka tujuan kita mengadakan pertandingan seperti ini bukanlah lagi setakat untuk mencungkil bakat-bakat Qari dan Qariah, atau selebih-lebihnya untuk meningkatkan mutu pembacaan Al-Quran di kalangan mereka itu. Tujuan kita yang lebih tinggi dan terpenting ialah bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran umat Islam di negara ini seluruhnya terhadap pentingnya berpegang kepada segala ajaran yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran agar kehidupan kita bertambah makmur dan mendapat keredaan Allah. Saudara-saudara sekalian, Sejajar dengan tujuan inilah maka Jawatankuasa Pusat Pertandingan telah memilih satu tema yang sangat tepat bagi pertandingan pada tahun ini, iaitu "Kemiakmuran Melalui Lunas-lunas Islam". Tema ini adalah melambangkan matlamat dan tujuan sebenar dari penurunan Kitab Al-Quran itu, yang memberikan jaminan bahawa petunjuk Allah itu akan membawa manusia kepada kemakmuran dan kebahagiaan, sekiranya mereka beriman kepada Allah dan RasulNya yang diutuskan membawa kitab suci itu. Saya percaya tema yang dipilih pada tahun ini kena pada masanya dengan keadaan yang sedang kita alami sekarang, di mana usaha-usaha kita untuk menegakkan kemakmuran, khasnya di bidang ekonomi, akhlak, keselamatan dan pelajaran, yang sudahpun berjalan dengan begitu pesat sejak kita mencapai kemerdekaan lapan belas tahun yang lalu, sedang mengalami saat-saat kesukaran dari berbagai ancaman dan gangguan. 202

Saya yakin belumlah terlambat masanya bagi kita menghalusi semula falsafah perancangan kita dan "programme orientation" nya di semua bidang pembangunan mulai daripada sekarang agar mana-mana yang tidak sejalan dengan lunas-lunas ajaran Islam dapat diketepikan dan mana-mana bahagian yang tersilap dapat dibetulkan, sesuai dengan falsafah. dan ajaran Al-Quran. Sebenarnya, kita telahpun banyak mengubah suaikan falsafah-falsafah pembangunan yang kita pelajari dari negara-negara asing di dalam usaha kita merencanakan program-program bagi memakmurkan negara kita. Bagairnanapun, dalam usaha kita menuju kepada kemakmuran., kita harus ingat bahawa lunas-lunas Islam adalah mengutamakan kebajikan dan keadilan masyarakat seluruhnya dan tidak sematamata kepentingan psreeorangan atau golongan. Lebih-lebih lagi bagi negara Malaysia yang sedang membangun yang mengamalkan sistem demokrasi maka amatlab perlu rakyat menjalani kehidupan mereka mengikut lunas-hmas keislaman kerana hanya dengan demikian akan dapat menjamin kemakmuran yang dicapai itu dinikmati secara adil dan saksama oleh seluruh masyarakat. Sungguhpun negara kita telah mencapai pembangunan yang pesat semenjak kemerdekaan, tetapi kita dukacita akhir-akhir ini telah timbul gejala-gejala yang tidak sihat yang akan merosakkan segala yang telah tita capai selama ini. Gejala yang saya maksudkan ito ialah seperti berleluasanya penyalahgunaan dan penagihan dadalii di kalangan belia-belia khasnya belia-belia Islam; kegiatan penyeludupan dadah antarabangsa yang berpengkalan di negara kita, hinggakan nienyebabkan setengah-setengah nogara di Eropah mencurigai warganegara Malaysia yang nielancung ke negara-negara berkenaan. Begitu juga bertambahnya kegiatan anasir-anasir jahat dan anti-nasional, lebih-lebih lagi anasir-anasir jahat Kominis yang hendak mengganggu ketenteraman negara dan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan. Dalam hubungan ini, saya percaya kita semua maklum tentang angkara-angkara jahat yang telah dilakukan oleh anasir-anasir anti-nasional dalam beberapa waktu kebelakangan ini yang telali merosakkan harta benda Kerajaan dan menyebabkan rakyat menanggung kesiisahan. Oleh kerana keganasan-keganasan yang 203

mereka lakukan itu telah tidak dapat mematahkan semangat keperwkaan anggota-anggota Pasukan Keselamatan kita serta ketabahan hati rakyat sekalian, maka golongan anti-nasional ini cuba pula menghasut dan menyebarkan berita-berita palsu, kononnya pemimpin-pemimpin Malaysia juga akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin-pemimpifl di Yietnam dan Khmer. Kononnya pemimpin-pemimpin Malaysia akan meninggalkan negara ini bila sahaja berlakunya kekacauan. Saya suka menyatakan iaitu pertamanya pemimpin-pemimpin Malaysia adalah dipilih oleh rakyat sendiri. Mereka bukanlah dilantik atau diletakkan oleh mana-mana pihak. Yang keduanya, negara kita mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi dalam mana rakyat mempunyai kata putus. Sudah beberapa kali rakyat telah menunjukkan bahawa mereka yakin dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Kerajaan daa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Kita telah memegang teraju Kerajaan semenjak negara ini merdeka dahulu dan rekod kejayaan kita telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin M&laysia seotiasa memenuhi asprasi dan kehendak rakyat. Dengan sebab itu, apa yang kita lakukan itu dapat dirasai nikmataya oleh semua golongan rakyat. Kerajaan akan meneruskan serta memperhebatkan usaha-usaha pembangunan untuk memberi rakyat negara kita yang miskin mata pencarian yang lebih sempurna, kemudahan-kemudahan hidup yang sewajar supaya tiap-tiap orang rakyat dapat tempat yang sempurna di negara kita yang dikasihi. Yang mendukacitakan lagi ialah sebahagian daripada mereka yang menjalankan perbuatan keganasan itu adalah mereka yang telah menerima kemudahan dari Kerajaan seperti rumah dan juga pekerjaan yang berpendapatan yang cukup. Tidakkah mereka bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat yang didapati yang tidak boleh didapati di negara-negara yang lain. Nyatalah mereka ini tidak mempunyai perasaan kemanusiaan dan tidak bertanggungjawab sama sekali dan tidak berguna kepada masyarakat kita. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan-tindakan yang sekeraskerasnya terhadap mereka. Saya yakin rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan hasutan anasir-ana&ir anti-nasional itu dan saya suka menyeru agar kita sentiasa berwaspada terhadap dakyah jahat yang disebarkan yang semata-mata bertujuan hendak memecah belahkan perpaduan rakyat dan merosakkaa negara. 204

Saudara-saudara sekalian, Seperti yang seringkali saya tegaskan bahawa usaha-usaha pembangunan yang kita jalankan selama ini bukanlah semata-mata ditumpukan kepada aspek material atau kebendaan sahaja, bahkan sama-sama menitik beratkan aspek-aspek kerohanian dan moral, kerana kita memang yakin bahawa sebarang pembangunan yang ditumpukan kepada aspek material semata-mata akan melahirkan masyarakat yang memandang hidup ini dari segi dunia semata-mata dan keadaan ini hanya akan membawa kepada lahirnya masyarakat yang tiada meiigenal batas-batas akhlak dan nilainilai kerohanian. Oleh yang demikian, adalah penting kita mengintegrasi atau mencantumkan yang sebati di antara kedua-dua aspek usaha pembangunan itu. Di sini mustahaklah kita meletakkan asas-asas pembangunan yang kokoh dan menyesuaikan program yang berfalsafahkan ajaran Islam dalam menentukan prinsip-prinsip penyusunan dan perlaksanaannya. Sesungguhnya tugas seperti ini bukanlah mudah, apalagi memandangkan kurangnya tenaga keamian kita dari oraag-orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam kedua-dua aspek pembangunan itu. Oleh yang demikian, saya berseru kepada sekalian kaum intelek Islam yang berpengetahuan dalam aspek keugamaan agar bersepakat dalam usaha menolong Kerajaan ratuk mewujudkan "integrated programme" yang selari dengan lunaslimas ajaran Islam dalam menegakkan kemakmuran yang sejati dan berkekalan di negara kita. Akhir kata, saya sukalah menyeru sekalian umat Islam supaya bersama-sama memupuk semangat cintakan Al-Quran di dalam dada masing-masing dan seteruisnya menjadikan tema pertandingan. tahun ini sebagai pegangan dalam segala lapangan hidup kita sebagai orang Islam. Saya berdoa mudah-mudahan pertandingan ini dilimpahi Allah Subhanahu Wataala dengan rahmat dan petunjuknya. Maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang, saya dengan sukacitanya merasniikan pembukaan Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1395 Hijrah ini. Wassalamualaikum Warahmatullah. 205