Diploma Pengajian (Separuh Masa)

dokumen-dokumen yang mirip
2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

SMK MUARA TUANG KOTA SAMARAHAN SARAWAK

BAHAGIAN A (20 markah)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA


5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 2 PERATURAN PEMARKAHAN

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

TOPIK PERBINCANGAN. 2.2 Pandangan Semesta Tamadun Islam. 2.3 Konsep Tamadun Islam. 2.4 Sumber Tamadun Islam. 2.1 Pengenalan

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 TASAWWUR ISLAM

WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 1) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD

CONTOH SOALAN IDA 152

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

Disediakan Oleh : En. Safaee bin Zakaria Ketua Panitia Tasawwur Islam SMK Jelawat Bachok Kelantan

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak. Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD7023 Sejarah Tamadun Islam II (Minggu 5)

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PKBS 2

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

En. Safaee bin Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat Bachok Kelantan

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM SOALAN BERFORMAT SET 1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /1 TASAWWUR ISLAM Kertas ¼ Jam Satu jam lima belas minit

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

(100 MARKAH) Calon dikehendaki menjawab lima soalan. Soalan 1 wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain. No. Soalan Jawapan Markah

Bahagian A. [20 markah] Mengakui bahawa hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

PERBEZAAN UNDANG- UNDAG DAN SYARIAT ISLAM

Selasa, 3 Julai 12. Sistem pembangungan islam

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 4)

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 2) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD

DPIK A Pengantar Psikologi & Pengantar Bimbingan dan Kaunseling Islam


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 113 Pengenalan kepada Psikologi Islam

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Transkripsi:

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Pengajian (Separuh Masa) Tassawur Islam 1 (Minggu 1) Pensyarah: Ustazah Dr. Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam Calon Doktor - Fiqh Sains & Teknologi Masters in Islamic Education

MISI DAN VISI AL ZUHRI VISI Suatu institusi unggul yang menyediakan pendidikan Islam bagi melahirkan individu Muslim cemerlang yang menyumbang dalam membangunkan ummah MISI Al-Zuhri bertekad membangun potensi aql agar dioptimum peranannya berpandukan Islam dan pemangkin ke arah kesucian ruhani menerusi pendidikan Islam sepadu. Kami berusaha gigih membina insan bersemangat ilmiah serta bersedia berbakti agar terwujud masyarakat Islam madani yang bertaqwa

TASSAWUR ISLAM Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pandangan yang komprehensif tentang Islam yang mencakupi aspek ketuhanan, kerasulan, al-quran, al-hadith, kerohanian, syariah, pemerintahan, kekeluargaan, kemasyarakatan, institusi dan ekonomi sebagai satu entiti yang bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. Ianya berbeza dengan segala bentuk ajaran, pemikiran dan sistem yang dicetuskan oleh manusia kerana Islam sesuai untuk setiap zaman, keadaan dan tempat.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Selepas mempelajari module ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Memahami pandangan hidup Islam secara menyeluruh. 2. Memahami peraturan dan perundangan Islam yang telah ditetapkan. 3. Mengaplikasikan penyelesaian masalah kehidupan dengan rasional berlandaskan Islam. 4. Mengenal pasti isu-isu serta cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam. 5. Mendefiniskan setiap ciri dan keistimewaan Tassawur Islam 6. Mengaitkan setiap ciri dan keistemewaan Tassawur Islam dengan ajaran Islam 7. Menerima hakikat bahawa segala peraturan dalam al-quran yang bersifat jelas dan nyata, adalah tidak bertentangan dengan pemikiran manusia.

SILIBUS PENGAJIAN Asas Pemikiran Islam Tuhan, Alam, Insan dan Rasul Kedudukan Wahyu dan Akal - Takrif Wahyu, Ciri Wahyu & Cara Wahyu diturunkan - Peranan Wahyu - Akal, Ciri-ciri & peranannya - Perbezaan Antara Wahyu dan Akal - Kelemahan Akal - Bimbingan Al-Qur an kepada Akal Pengaruh luar yang merosakkan Pemikiran Muslim - Aspek Pengaruh Penjajahan Pemikiran Luar - Sosial dan Kebudayaan - Ekonomi & Media Massa Salah faham terhadap Islam - Atheisme, Kapitalisme, Sosialisme & Sekularisme

DEFINISI TASSAWUR ISLAM Tasawwur Islam pada asasnya merujuk kepada gambaran menyeluruh tentang isi kandungan ajaran Islam yang meliputi aspek akidah, akhlak dan amaliyyah. Tasawwur Islam adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan para sarjana terhadap sifat-sifat dan ciriciri ajaran Islam dalam kesemua bidangnya. Perbincangan tentang tasawwur Islam ialah perbincangan tentang gambaran ajaran Islam berdasarkan kandungannya yang telah anda pelajari sebelum ini. Untuk memudahkan anda memahami gambaran menyeluruh tentang ajaran Islam, bab ini akan memecahkan tajuk perbincangan kepada beberapa subtajuk iaitu keistimewaan dan ciri-ciri ajaran Islam, pandangan semesta Islam, epistemologi Islam, konsep ilmu dan konsep nilai.

Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan

Rabbani (Ketuhanan) (ر ا بن ي ) Rabbani atau ketuhanan bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang terdapat di dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t. Ia bukanlah hasil pemikiran dan ciptaan manusia. Peranan manusia hanyalah sekadar memahami, memperkembangkan dan melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Manusia, walau setinggi mana pun kedudukannya, tiada hak untuk campur tangan dalam urusan ketuhanan seperti penentuan hukum haram, halal, dosa, pahala, nilai baik, buruk, jahat dan sebagainya. Peranan manusia dalam hal ini hanyalah untuk mengkaji dan mengenal pasti hukum Allah dalam sesuatu perkara. Kemudian, setelah jelas kepada mereka tentang hukum tersebut maka mereka perlu melaksanakannya dalam kehidupan. Ciri-ciri rabbani ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. pada banyak tempat di dalam al-qur an. Antaranya, firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-qur an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-nya, ingatlah bahawa agama yang bersih (benar) itu adalah milik Allah. (Surah al-zumar: 2 3)

Al-Thabat wa al-murunah (Tetap dan anjal) Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya. Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan secara qat i (pasti) dalam al-qur an dan al-sunnah. Konsep al-thabat dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah s.w.t. yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-nya. Perkara-perkara berkaitan akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Sementara dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu juga beberapa prinsip dalam muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur yang tidak ketentuan), kewajipan saling meredai dalam berakad dan lain-lain. Selain itu, hukum jenayah yang diwajibkan dalam al-qur an dan al-hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi perkaraperkara yang dijelaskan oleh al-qur an dan al-sunnah seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini ditentukan secara qat i dan tidak mungkin berubah sampai bila-bila. Perkara-perkara seperti inilah yang termasuk dalam konsep al-thabat.

Al-Thabat wa al-murunah (Tetap dan anjal) Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara pokok dan dasar yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting dan cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah manusia sepanjang peredaran zaman. Hal ini menjadikan agama Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa sesuai dan bersifat senang dan mudah untuk diamalkan. Islam mementingkan kemudahan dan tidak sesekali menyusahkan umatnya dalam mengamalkan segala ajarannya. Sebagai contoh, solat adalah wajib dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun. Walaubagaimanapun, jamak dan qasar dibenarkan dalam solat sekiranya seseorang itu bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan memberi keutamaan kepada keselesaan penganutnya. Ciri menjaga kepentingan manusia ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali dengan kadar upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami atas apa yang kami terlalai atau silap padanya. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka yang sebelum daripada kami. (Surah al-baqarah: 286)

Waq iyyah (Realistik) (و اق ع ي ) Waq iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia. Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam. Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-hukumnya, Islam tidak membebankan manusia dengan hukuman yang tidak realistik sehingga manusia tidak mampu menunaikannya. Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah, kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syarat-syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi pahala yang banyak.

Waq iyyah (Realistik) Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu, pada masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia di alam ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan mental, taraf ekonomi dan lain-lain. Dengan itu, dalam menunaikan keadilan ekonomi umpamanya, Islam tidak menuntut agar harta kekayaan dibahagikan sama rata antara manusia. Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi keupayaan fizikal, mental, kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh itu, anugerah dan habuan ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan setiap individu dari segi usaha dan kesungguhan, kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi anugerah) rezeki. (Surah al-nahl: 71) Namun begitu, Islam juga memerintahkan agar manusia yang dianugerahkan dengan kelebihan rezeki itu tidak melupai golongan yang kurang bernasib baik. Realiti dalam kehidupan manusia menunjukkan bahawa sentiasa terdapat golongan miskin dan kurang bernasib baik yang perlu dibantu. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan anda berzakat dan memberikan pahala/ganjaran yang besar kepada mereka yang bersedekah.

Tawazun (Keseimbangan) Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat. Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak membenarkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya. Umpamanya, seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan keperluan menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki yang halal. Begitu juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan kepentingan beribadat kepada Allah. Islam juga tidak membenarkan penganutnya mementingkan aspek kehidupan dunia sehingga mengabaikan kehidupan akhirat, begitu juga sebaliknya. Islam memerintahkan agar kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan dalam satu gabungan yang seimbang, harmonis dan sepadu supaya kehidupan manusia menjadi sempurna dan sejahtera.

Tawazun (Keseimbangan) Kepentingan ciri tawazun ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud: apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Apabila solat telah dilakukan maka bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Surah al-jumu ah: 9 10) Ayat di atas dengan jelas memerintahkan umat Islam untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada kedua-dua aspek kehidupan di dunia dan akhirat.

Syumul (Menyeluruh) ) م ش م و ل ي ) Allah s.w.t. memiliki segala sifat kesempurnaan dan pengetahuan. Semua aspek kehidupan manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah s.w.t. dalam wahyu-nya. Oleh itu, Islam mempunyai peraturan hidup yang serba lengkap, merangkumi semua aspek kehidupan manusia dari segi kepercayaan, pemikiran, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan, alam sekitar, kesihatan dan lain-lain. Jika prinsip dan panduan ajaran Islam ini dihayati sepenuhnya dengan bijaksana, maka ia berupaya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi manusia. Namun begitu, tidak semua aspek kehidupan manusia ini dijelaskan dengan terperinci dalam al-qur an dan al-hadith. Hal ini kerana perjalanan hidup manusia akan berterusan manakala wahyu al-qur an dan al-hadith pula terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, sebahagian besar panduan yang berkaitan aspek kehidupan manusia dinyatakan dalam wahyu secara umum dan prinsipnya sahaja. Perinciannya dibiarkan kepada manusia mengikut kesesuaian masa dan suasana kehidupan mereka. Inilah yang menjadikan ajaran Islam itu sentiasa sesuai untuk semua manusia pada semua zaman. Contohnya, pelaburan duit di dalam insurans nyawa.

Syumul (Menyeluruh) Kesempurnaan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-qur an dan al-hadith itu dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-qur an) sebagai penjelasan bagi semua perkara. (Surah al-nahl: 89)

Alammiyah (Sejagat) Alamiyyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa dan tidak terbatas pada masa-masa tertentu. Aspek alamiyyah merangkumi tiga bidang utama iaitu syariah, akhlak dan akidah. Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai kedudukan yang sama di sisi Allah s.w.t. Tidak ada bangsa yang lebih mulia daripada bangsa lain kerana faktor bangsa atau warna kulit atau bahasa semata-mata. Faktor tunggal yang membezakan seseorang dengan yang lain ialah tahap ketakwaan kepada Allah s.w.t. Semakin bertakwa, maka semakin tinggilah kedudukan orang tersebut di sisi Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu ialah yang paling bertakwa. (Surah al-hujurat: 13)

Alammiyah (Sejagat) (ع ال م يي ) Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah merangkumi makhluk yang lain. Allah s.w.t. bukanlah Tuhan bagi manusia sahaja, malah Allah s.w.t. juga merupakan Tuhan bagi makhluk yang lain. Oleh itu, ajaran Islam diturunkan bukan sahaja untuk menjaga kebahagiaan dan kebajikan makhluk manusia sahaja, tetapi juga makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Dalam hal ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai (membawa) rahmat ke seluruh alam. (Surah al-anbiya :107)

Wasatiyyah (Kesederhanaan) Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua unsur ekstremisme dalam kehidupan manusia. Sikap melampau bukan sahaja ditegah dalam aspek kehidupan di dunia seperti pemakanan, mengumpul harta dan sebagainya. Malahan, dalam aspek keakhiratan seperti beribadat dan berzikir, sekiranya dilakukan secara melampau, juga tidak dibenarkan. Islam amat menitikberatkan kesederhanaan dalam semua perkara kerana sifat kesederhanaan ini sesuai dengan fitrah manusia. Dalam aspek pemakanan umpamanya, Allah s.w.t. menyuruh manusia makan dan minum dari makanan dan minuman yang baik. Namun pada masa yang sama juga Allah s.w.t. mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan makanlah dan minumlah dan (tetapi) jangan kamu melampaui batas kerana Ia (Allah) tidak suka orang yang melampaui batas. (Surah al-a raf: 31)

RUMUSAN Tasawwur Islam dan isu semasa dalam konteks Islam adalah topik yang sangat menarik untuk dikaji kerana anda akan kita melihat keindahan Islam daripada pelbagai aspek kehidupan. Tasawwur Islam akan memberi gambaran bahawa Islam bukanlah agama ritual semata-mata. Malah, Islam sebenarnya bersifat syumul iaitu meliputi segala aspek kehidupan manusia di dunia ini. Walaupun Islam mempunyai ketetapan mutlak dari aspek keesaan Tuhan, namun Islam tetap fleksibel dari segi pelaksaanannya, sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. Pengetahuan tentang tasawwur Islam dapat membantu kita memahami dan menghayati Islam dengan fikiran terbuka dan tidak dikongkong oleh kepercayaan yang mengekang pembangunan diri kita dan pembangunan ummah.