TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

dokumen-dokumen yang mirip
VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Fasal-fasal yang dipinda

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

(c) pihak-pihak pemberi cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyediakan jaminan berkenaan dengan Perkhidmatan pengiriman wang;

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA DAN SYARAT. Bahagian A: Peraturan Umum. 1. Pengenalan

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL BIL KREDIT YANG DIBELI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Perbankan Umum

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA PENGGUNAAN. Skop

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

Transkripsi:

v1.3 (05042016) TERMA DAN SYARAT Dengan melanggan atau memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan, Pemohon bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ( Terma ) di bawah. 1.0 Tafsiran Pemohon Borang Permohonan Individu Dibenarkan Bank Perkhidmatan Perbankan Hari Perniagaan Caj Akaun Debit Resolusi Pengarah Arahan Pihak Hak Harta Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan. bermakna borang langganan atau permohonan atau penyelenggaraan atau apa-apa bentuk lain berkenaan dengan semua atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan yang mungkin ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa untuk penyiapan dan pelaksanaan oleh Pemohon. bermakna individu yang dibenarkan oleh Pemohon dari semasa ke semasa untuk memohon, menggunakan, mengakses, mengendalikan dan melakukan semua perkara berkenaan dan berhubungan dengan mana-mana Perkhidmatan Perbankan. bermakna CIMB Bank Berhad (No. Syarikat 13491-P) dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat 671380-H), yang mana berkenaan. bermakna perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh Bank, yang ditetapkan secara lebih khusus di dalam Jadual. bermakna hari, selain Sabtu, Ahad atau cuti umum, di mana Bank dibuka untuk perniagaan perbankan bagi peruntukan Perkhidmatan Perbankan. bermakna fi, cukai (termasuk cukai barang dan perkhidmatan), caj, kos dan perbelanjaan dan amaun lain yang perlu dibayar oleh Pemohon untuk Perkhidmatan Perbankan. bermakna akaun bank yang dikhususkan oleh Pemohon untuk pembayaran Caj kepada Bank untuk Perkhidmatan Perbankan. bermakna resolusi lembaga pengarah terhadap Pemohon (selain daripada institusi kewangan atau bank (asing atau sebaliknya) yang membenarkan langganan atau permohonan untuk Perkhidmatan Perbankan dan kepatuhan, pematuhan dan prestasi yang wajar berkenaan Terma ini oleh Pemohon dan Individu yang Dibenarkan. arahan ertinya apa-apa permintaan, arahan, suruhan, komunikasi atau kebenaran yang diberikan oleh Pemohon atau Individu yang Dibenarkan kepada Bank dari semasa ke semasa mengikut Syarat ini sama ada secara lisan, secara bertulis atau elektronik. bermakna Pemohon dan Bank dan istilah Pihak adalah bermakna mana-mana yang tersebut. mana-mana grafik, teks, skrip, muzik, bunyi, gambar, imej, seni, video dan kerja multimedia yang lain atau mana-mana kombinasinya yang boleh didapati di laman web Bank dan pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, paten dan hak harta intelek atau proprietari yang lain yang terpakai.

Jadual Terma Kandungan yang Tidak Dibenarkan bermakna Jadual yang dilampirkan. bermakna terma dan syarat ini termasuk Jadual di sini dan sebarang pindaan, penambahan, perubahan atau kepelbagaiannya. bermakna apa-apa bahan, data, komunikasi dan/atau maklumat yang kesat, memfitnah, melanggar hak orang lain, menjadi suatu kesalahan jenayah atau menimbulkan liabiliti sivil, menggalakkan perkauman, menggalakkan kebencian, mengandungi pornografi atau pedofilia, mengandungi apa-apa virus atau fail yang merosakkan dan/atau selainnya boleh dibantah atas moral dan kesopanan awam. 2.0 Pembinaan Perkataan yang tunggal hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya dan perkataan yang bermakna mana-mana jantina hendaklah termasuk setiap jantina. Tajuk kecil dan pembahagian peruntukan kepada bahagian dan klausa dalam Terma ini adalah untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran peruntukan substantif Terma ini. Jika perkataan atau frasa diberikan makna tertentu, bahagian dan bentuk tatabahasa perkataan atau frasa tersebut hendaklah mempunyai makna yang sama. (d) Sebarang rujukan kepada Parti dalam Terma ini hendaklah termasuk rujukan mengenai penggantinya dalam hak milik. 3.0 Pernyataan, Jaminan dan Aku Janji Pemohon dengan ini membuat pernyataan, jaminan dan mengaku janji seperti berikut: bahawa langganan atau permohonan untuk Perkhidmatan Perbankan, pelaksanaan Terma dan Borang Permohonan dan semua perkara lain yang berkaitan tidak akan melanggar atau menyalahi mana-mana undang-undang atau peraturan atau memorandum dan perkara berkaitan atau undangundang kecil atau dokumen konstitutif yang setara; semua transaksi untuk diproses oleh Bank akan dan dalam semua perkara dibenarkan, sah dan boleh dilaksanakan mengikut undang-undang dan Bank tidak diwajibkan untuk membuat pertanyaan lanjut mengenai perkara yang sama; semua data, maklumat dan dokumen yang dihantar kepada Bank berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan adalah benar, tepat, betul dan lengkap; (d) bahawa semua keizinan, permit, lesen, kelulusan, kebenaran dan/atau pengecualian daripada mana-mana individu atau pihak berkuasa (jika ada) yang dikehendaki atau diperlukan berkenaan dengan pelaksanaan Terma dan langganan atau permohonan untuk Perkhidmatan Perbankan oleh Pemohon telah diperolehi dan akan dikekalkan dengan sewajarnya dan semua resolusi atau tindakan korporat yang diperlukan telah diperolehi; dan (e) akan memberikan maklumat atau dokumen sebagaimana yang diminta oleh Bank berkenaan dengan Perkhidmatan Perbankan. 4.0 Syarat Terdahulu Ketersediaan Perkhidmatan Perbankan tertakluk kepada Pemohon yang mempunyai: -

Borang Permohonan dan Terma, di mana dikehendaki oleh Bank; menyediakan Bank bukti dokumen yang boleh diterima oleh Bank berkenaan Resolusi Pengarah; dan menyampaikan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank. 5.0 Caj Pemohon hendaklah membayar Caj kepada Bank. Bank berhak untuk membuat potongan atau tolakan apa-apa Caj yang perlu dibayar oleh Pemohon daripada Akaun Debit dan di mana terdapat jumlah yang tidak mencukupi, seterusnya daripada mana-mana akaun Pemohon yang lain dengan Bank. Bank boleh menyemak semula Caj dari semasa ke semasa dan sebarang penyemakan hendaklah diberitahu secara bertulis kepada Pemohon sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh kuat kuasa semakan semula Caj atau melalui laman web Bank. 6.0 Budi bicara untuk menolak atau menggantung Walau apa pun yang terkandung di sini, Bank berhak untuk menolak permohonan tanpa perlu memberikan apa-apa sebab atau menggantung keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana Perkhidmatan Perbankan pada bila-bila masa di bawah keadaan berikut, di mana Bank akan memberitahu Pemohon akan keputusannya : jika sebarang amaun Caj yang perlu dibayar oleh Pemohon kepada Bank tidak dibayar atau kekal tidak dibayar; Bank mempunyai sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa peruntukan Perkhidmatan Perbankan adalah menyalahi undang-undang, palsu atau yang berkaitan dengan apa-apa aktiviti yang mungkin melanggar sebarang undang-undang dan peraturan yang berkenaan; atau jika maklumat yang diberikan oleh Pemohon kepada Bank adalah salah, tidak mencukupi atau tidak lengkap bagi apa-apa sebab, atau tidak diberikan dalam format dan kandungan seperti yang ditetapkan oleh Bank. 7.0 Pergantungan Pemohon mengakui bahawa Bank telah menerima langganan atau permohonan pemohon atas dasar dan dengan pergantungan sepenuhnya kepada, pernyataan di atas; dan bersetuju bahawa Bank (i) berhak untuk bergantung dan bertindak mengikut semua Arahan, ketulenan semua tandatangan dan meterai pada mana-mana dokumen yang dihantar atau bertujuan dihantar kepada Bank dan menganggap bahawa yang tersebut di atas telah dibenarkan oleh Pemohon, (ii) berhak untuk bergantung kepada ketepatan dan kesempurnaan semua atau mana-mana Arahan, maklumat, data, Arahan atau dokumen yang diberikan oleh Pemohon atau sebarang maklumat lain yang disampaikan oleh Pemohon kepada Bank; dan (iii) boleh tetapi tidak diwajibkan atau tidak bertanggungjawab untuk memeriksa, mengesahkan, menentukan ketulenan, mengesahkan semula atau memastikan ketepatan atau kesempurnaan sebarang Arahan, maklumat atau dokumen yang diberikan oleh Pemohon.

8.0 Tiada Liabiliti Bank atau mana-mana pegawainya atau kakitangannya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan, kehilangan keuntungan, simpanan, kehilangan peluang atau kerosakan berbangkit lain yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Pemohon atau mana-mana pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung (walaupun Bank telah diberitahu mengenai potensi kerosakan atau apa-apa tuntutan terhadap Pemohon atau pihak ketiga). 9.0 Tanggung Rugi Pemohon berjanji untuk menanggung rugi dan melindungi Bank sepenuhnya dan Bank tidak dipertanggungjawabkan pada setiap masa daripada dan terhadap semua tuntutan, liabiliti, tuntutan, kerugian, kerosakan, kos, caj, cukai (termasuk cukai barang dan perkhidmatan) dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan guaman untuk peguam cara dan perbelanjaan klien sendiri) apa jua sekalipun dan bagaimana jua dibawa terhadap, dikekalkan, dialami atau ditanggung oleh Bank secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa cara yang timbul daripada apa-apa tindakan atau tuntutan yang ditanggung oleh atau dibuat terhadap Bank berhubung dengan atau yang timbul daripada Perkhidmatan Perbankan dan mana-mana transaksi yang diproses di bawahnya atau Terma ini melainkan yang sama disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau Bank atau perlanggaran obligasi yang disengajakan di bawah ini. 10.0 Penggunaan dan Akses yang Tidak Dibenarkan Pemohon tidak boleh, pada bila-bila, cuba atau membantu, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana individu lain untuk menghantar apa-apa Kandungan yang Tidak Dibenarkan. Jika pada bila-bila masa Pemohon mendapati atau mengesyaki berlakunya mana-mana aktiviti-aktiviti ini, Pemohon dikehendaki memaklumkan Bank dengan segera. Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk memantau, menyelia atau mengkaji penggunaan dan akses Pemohon kepada laman web Bank. Bank berhak secara mutlak untuk menyunting atau memadam mana-mana Kandungan yang Tidak Dibenarkan yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Terma ini tanpa notis dan tanpa sebarang liabiliti apa jua sekalipun kepada Pemohon untuk berbuat demikian. Pemohon bersetuju bahawa penggunaan dan akses kepada Perkhidmatan Perbankan hendaklah pada setiap masa mengikut semua perundangan, undang-undang dan peraturan yang mentadbir yang tersebut. 11.0 Penolak Tuntutan Semua kandungan dan maklumat berkenaan dengan Perkhidmatan Perbankan disediakan "seperti seadanya" dan secara "sebagaimana tersedia" dan tidak diambil kira sebagai nasihat/cadangan pelaburan, kewangan, komersial atau perniagaan. Maklumat dan bahan tersebut disediakan untuk maklumat am sahaja dan Pemohon perlu mendapatkan nasihat profesional sendiri pada setiap masa dan mendapatkan pengesahan bebas berkaitan maklumat dan bahan yang terkandung di sini sebelum membuat apa-apa keputusan berdasarkan apa-apa maklumat atau bahan tersebut. Bank tidak memberi apa-apa jenis jaminan, sama ada tersurat, tersirat atau berkanun, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, bukan pelanggaran atau kebebasan daripada virus. Bank juga tidak menjamin bahawa Perkhidmatan Perbankan akan memenuhi keperluan Pemohon, atau tidak akan terganggu, tepat pada masanya atau selamat. Pemohon bersetuju bahawa penggunaan dan aksesnya hendaklah pada setiap masa atas risiko tunggal Pemohon. Bank tidak boleh, pada bila-bila masa jua, bertanggungjawab kepada Pemohon atau manamana individu lain ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada apa-

apa gangguan atau ketiadaan Perkhidmatan Perbankan atas apa jua sebab selain daripada disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja oleh Bank. 12.0 Arahan (d) (e) (f) Bank boleh menganggap dan menerima semua Arahan yang diterima oleh Bank sebagai Arahan yang dibenarkan oleh Pemohon. Bank tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa arahan atau mandat penipuan, yang bercanggah atau tidak dibenarkan yang diberikan oleh Pemohon atau Individu yang Dibenarkan pada bila-bila masa mengenai akaun atau hal Pemohon. Bank tidak bertanggungjawab untuk memeriksa ketulenan Arahan atau kuasa individu memberikan Arahan. Jika Bank mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Arahan mungkin tidak mendapat kebenaran dengan cara yang betul atau bahawa pelanggaran keselamatan telah berlaku berhubung dengan penggunaan dan akses kepada Perkhidmatan Perbankan, Bank berhak untuk tidak bertindak, atau lewat bertindak ke atas Arahan tanpa bertanggungjawab kepada Pemohon. Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan, kesahihan dan kesempurnaan Arahan. Jika Arahan diberikan selepas apa-apa masa yang ditetapkan oleh Bank, Bank boleh tetapi tidak diwajibkan untuk menjalankan atau melaksanakan Arahan tersebut. Bank boleh tetapi tidak diwajibkan untuk membatalkan atau mengubah apa-apa Arahan selepas Bank menerima arahan tersebut tanpa bertanggungjawab kepada Pemohon. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kegagalan memproses mana-mana Arahan Pemohon akibat atau yang disebabkan oleh mana-mana pihak ketiga atau perkara yang bukan dalam kawalan Bank. 13.0 Notis Melainkan jika diperuntukkan selainnya di sini, semua notis, permintaan, Arahan dan komunikasi yang akan diberikan di bawah ini hendaklah diberi secara bertulis dan hendaklah dianggap telah disampaikan dengan sempurna: (d) Jika dihantar dengan tangan, semasa penghantarannya; Jika dihantar melalui faks, apabila menerima laporan penghantaran oleh penghantar menunjukkan penghantaran faks yang berjaya faks dan bagi mengelakkan keraguan, sebarang faks yang dihantar selepas 4.30 petang pada Hari Perniagaan hendaklah dianggap telah diterima pada Hari Perniagaan yang berikutnya; atau Jika dihantar melalui e-mel, selepas menerimanya dan untuk mengelakkan keraguan, mana-mana e-mel dihantar selepas 4.30 petang pada Hari Perniagaan akan dianggap telah diterima pada hari perniagaan berikut; Jika dihantar melalui pos, selepas penerimaannya; Sebarang perubahan pada alamat dan butiran hubungan Pemohon mestilah dimaklumkan secara bertulis kepada Bank dan hanya akan berkuat kuasa selepas Bank mempunyai peluang yang munasabah untuk bertindak bagi pertukaran alamat dan butiran hubungan. 14.0 Kebolehasingan Jika mana-mana satu atau lebih peruntukan Terma ini adalah tidak sah, terbatal, menyalahi undangundang atau tidak boleh dikuatkuasakan di dalam apa-apa aspek melalui kuat kuasa undang-undang

atau sebaliknya, keesahan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan selebihnya tidak terjejas atau terkesan olehnya, dalam apa jua cara sekalipun. 15.0 Masa Masa, di mana jua disebutkan, adalah asas Terma ini. 16.0 Penepian Pengetahuan atau persetujuan oleh mana-mana pihak atau dalam apa-apa pelanggaran mana-mana terma, syarat atau kewajipan yang terkandung di sini tidak boleh berkuat kuasa sebagai atau dianggap sebagai penepian apa-apa terma, syarat atau kewajipan atau mana-mana daripada mereka dan walau apa pun pengetahuan atau persetujuan atau kepuasan setiap pihak berhak untuk melaksanakan haknya di bawah Terma ini dan untuk menghendaki pelaksanaan yang tegas oleh terma, syarat dan kewajipan lain yang terkandung di sini. 17.0 Perubahan Bank boleh, dari semasa ke semasa, mengubah, meminda atau menukar mana-mana terma dan syarat di dalam Terma ini dengan memberi notis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari terlebih dahulu kepada Pemohon. Bank boleh melaksanakan perubahan, pindaan, pengubahsuaian melalui salah satu daripada cara-cara komunikasi berikut, iaitu, secara bertulis yang diberikan dalam mana-mana cara yang dirujuk di dalam Klausa 13 atau melalui laman web Bank dan mana-mana cara komunikasi yang tersebut di atas hendaklah dianggap sebagai mengikat Pemohon dari tarikh pemberitahuan pindaan atau dari tarikh lain yang mungkin ditentukan oleh Bank dalam pemberitahuan itu. Penggunaan atau akses yang berterusan oleh Pemohon kepada Perkhidmatan Perbankan hendaklah dianggap sebagai penerimaan perubahan, pindaan atau pengubahsuaian oleh Pemohon. 18.0 Ikatan pengganti Terma ini adalah terikat kepada pengganti seterusnya Pihak dan penugas atau pemindah bagi Bank. 19.0 Sulit Pemohon bersetuju bahawa Bank boleh tanpa kebenaran lanjut daripada Pemohon untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan Pemohon, Terma ini dan Perkhidmatan Perbankan:- kepada mana-mana syarikat berkaitan, cawangan, gabungan, rakan kongsi perniagaan Bank dan/atau mana-mana individu lain di dalam atau di luar Malaysia di mana Bank anggap penzahiran tersebut adalah perlu untuk melaksanakan, melengkapkan, mengesahkan atau menyekat sesuatu transaksi atau arahan; kepada Bank Negara Malaysia atau pihak berkuasa yang lain di dalam atau di luar Malaysia termasuk perintah dan permintaan oleh mahkamah; untuk melindungi dan/atau mempertahankan hak-hak kami dan harta Bank; (d) kepada penasihat profesional, juruaudit atau peguam Bank; (e) untuk melindungi kepentingan orang ramai termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesanan jenayah dan penangkapan penjenayah; dan/atau (f) jika pendedahan dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

20.0 Penamatan Tanpa menjejaskan apa-apa hak yang terkandung di sini atau terakru di bawah ini, mana-mana Pihak berhak untuk menamatkan Terma ini atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan dengan memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari terlebih dahulu kepada Pihak yang satu lagi. Walau apa pun yang tersebut di atas, Bank boleh menamatkan semua atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan dengan memberikan notis kepada Pemohon sekiranya: Pemohon melanggar atau gagal mematuhi mana-mana perjanjian atau kewajipannya di bawah Terma ini; Pemohon gagal atau mungkir atau lewat membayar Caj; seorang penerima, pengurus, pengurus berkanun, pentadbir, atau pegawai yang setara yang dilantik bagi Pemohon atau mana-mana asetnya atau apa-apa petisyen dikemukakan bagi penggulungan Pemohon atau apa-apa resolusi diluluskan bagi penggulungan Pemohon atau apa-apa langkah yang serupa atau setara diambil dalam mana-mana bidang kuasa lain; atau (d) peruntukan Perkhidmatan Perbankan boleh dalam pendapat Bank menyebabkan pelanggaran mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Mana-mana hak dan kewajipan di bawah Terma ini yang dari segi terma dan maksudnya akan kekal selepas penamatan Terma ini dalam apa jua cara, hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya selepas itu. 21.0 Force Majeure Kedua-dua pihak tidak bertanggungjawab ke atas ganti rugi bagi apa-apa kelewatan atau keingkaran dalam melaksanakan di bawah ini jika kelewatan atau keingkaran itu disebabkan oleh keadaan di luar kawalannya termasuk, tetapi tidak terhad kepada bencana alam, sekatan, peperangan, rusuhan, banjir, gempa bumi, tindakan kerajaan, gangguan elektrik atau bekalan kuasa, pemberontakan dan/atau apaapa sebab lain yang di luar kawalan Parti di mana prestasi mereka telah terjejas (selain daripada pembayaran Caj). 22.0 Hak Harta Pemohon mengakui bahawa semua Hak Harta hendaklah pada setiap masa milik Bank atau vendor pihak ketiga yang berkaitan, pengiklan, sekutu, yang mana berkenaan. Pemohon tidak boleh cuba atau menghasilkan semula, menyalin, menghantar, menerbitkan, melaksanakan, ulang siar, menyesuaikan, menyimpan, mengedarkan, mempamerkan, melesenkan, mengubah dan/atau hiperpautan Hak Harta tanpa kebenaran bertulis Bank terlebih dahulu. 23.0 Hak dan remedi Bank Terma dan syarat yang mengawal peruntukan Perkhidmatan Perbankan oleh Bank tidak akan ditafsirkan sebagai memberi kesan kepada apa-apa hak atau remedi tolakan, gabungan atau penyatuan akaun atau sekuriti lain yang Bank boleh dari semasa ke masa berhak untuk berhubung dengan akaun lain Pemohon; dan mengubah atau membatalkan apa-apa kuasa atau hak yang Bank mungkin ada di bawah atau menurut mana-mana mandat atau terma dan syarat standard yang berkaitan dengan manamana akaun Pemohon. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa kuasa dan hak yang Bank mungkin ada berkenaan dengan mana-mana akaun Pemohon tidak akan terjejas oleh sebab apa-apa akaun yang dikendalikan mengikut Perkhidmatan Perbankan. Bank tidak membuat sebarang pernyataan atau jaminan, secara nyata atau tersirat mengenai kesesuaian penggunaan Perkhidmatan Perbankan oleh Pemohon. Pemohon bersetuju bahawa had dan pengecualian yang dinyatakan di sini adalah munasabah dengan mengambil kira semua hal keadaan yang berkaitan dan tahap risiko yang berkaitan dengan

Pemohon. Bank dibenarkan untuk melantik pembekal perkhidmatan, ejen atau penasihat bagi tujuan menyediakan Perkhidmatan Perbankan. 24.0 Hak untuk Debit Pemohon dengan ini memberi kebenaran dan keizinan untuk CIMB Bank Berhad mendebitkan akaunnya mengikut arahan CIMB Islamic Bank Berhad dan memindahkan wang kepada CIMB Islamic Bank Berhad bagi pembayaran apa-apa Caj berkenaan dengan Perkhidmatan Perbankan yang disediakan oleh CIMB Islamic Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad mendebitkan akaunnya mengikut arahan CIMB Bank Berhad dan memindahkan wang kepada CIMB Bank Berhad bagi pembayaran apa-apa Caj berkenaan dengan Perkhidmatan Perbankan yang disediakan oleh CIMB Bank Berhad. 25.0 Terma operasi standard Bank Kecuali yang diperuntukkan dengan jelas dalam Terma ini atau sebaliknya dipersetujui secara bertulis antara Bank dan Pemohon, semua akaun Pemohon hendaklah dikendalikan mengikut terma dan syarat standard Bank seperti yang dipersetujui dengan Pemohon dan setakat mana ia tidak bercanggah dengan syarat di dalam Terma ini (yang sekiranya berlaku apa-apa percanggahan, maka terma standard Bank akan diguna pakai). 26.0 Hiperpautan Pemohon bersetuju bahawa Perkhidmatan Perbankan mungkin mengandungi hiperpautan ke laman web pihak ketiga, yang tidak berada di bawah kawalan Bank. Hiperpautan ini disediakan untuk rujukan Pemohon sahaja dan tidak mewakili apa jua cara pengendorsan, cadangan atau persetujuan yang sama oleh Bank. Sehubungan dengan itu, Bank tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan dan akses Pemohon kepada laman web pihak ketiga tersebut atau apa-apa maklumat atau bahan yang terdapat di dalamnya. Bank juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penghantaran atau komunikasi antara Pemohon dan pihak ketiga tersebut atau penyertaan atau penggunaan Pemohon akan maklumat, bahan, Perkhidmatan Perbankan atau promosi mereka. Untuk tujuan ini, Pemohon bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap yang sama atau mana-mana bahagiannya. Sehubungan dengan itu, Pemohon dengan ini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas pada setiap masa. 27.0 Terma dan syarat lanjutan Perkhidmatan Perbankan adalah tertakluk pada terma dan syarat lanjut yang ditetapkan di dalam Jadual. 28.0 Serahhak/Pindahan Pemohon tidak boleh menyerahhakkan atau memindahkan mana-mana hak dan/atau kewajipan di bawah Terma ini. Bank berhak untuk menyerahhakkan dan/atau memindahkan hak dan kewajipannya di bawah Terma ini dengan pemberitahuan bertulis kepada Pemohon. 29.0 Pematuhan undang-undang dan peraturan Pemohon mengakui bahawa Bank boleh, dalam mematuhi semua undang-undang, aturan dan peraturan yang terpakai baginya, sama ada di Malaysia atau bidang kuasa lain, berhak untuk mengambil atau meninggalkan apa-apa tindakan mengikut budi bicara mutlak Bank dan yang difikirkan sesuai diambil oleh Bank untuk memastikan pematuhan undang-undang, aturan dan/atau peraturan termasuk tetapi tidak terhad kepada memintas dan memeriksa dan mesej pembayaran dan maklumat atau komunikasi lain yang dihantar untuk, oleh atau bagi pihak pemohon melalui sistem Bank atau mana-mana syarikat

berkaitan Bank, membuat pertanyaan lanjut yang difikirkan sesuai oleh Bank dan kedua-dua Bank dan mana-mana perbadanan berkaitannya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kegagalan dalam memproses apa-apa mesej, maklumat atau komunikasi pembayaran atau apa-apa kewajipan di bawah Perkhidmatan Perbankan yang timbul atau berkaitan dengan Bank mengambil langkah yang berkaitan dengan mematuhi undang-undang, aturan dan/atau peraturan. 30.0 Pertikaian Pihak-Pihak hendaklah menggunakan segala usaha yang munasabah untuk berunding antara satu sama lain dengan niat yang baik dan menyelesaikan secara baik apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan Perkhidmatan Perbankan. Jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan, pada pilihan satu Pihak, pertikaian itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia. 31.0 Seluruh Terma Terma ini membentuk keseluruhan perjanjian antara Bank dan Pemohon serta diutamakan dan menggantikan sebarang perjanjian sebelumnya antara Bank dan Pemohon berkenaan dengan Perkhidmatan Perbankan yang mana dengan ini ditamatkan. Syarat ini akan berkuat kuasa pada hari dan tahun yang mula-mula disebut di atas. 32.0 Klausa Privasi Pemohon dengan ini secara muktamad membenarkan dan memberi keizinan, dan mengesahkan bahawa ia telah dengan sewajarnya mendapatkankebenaran dan keizinan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau mana-mana individu lain yang berkaitan untuk Bank (d) untuk diberikan maklumat (termasuk maklumat peribadi yang relevan tentang pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau individu yang berkenaan) sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank untuk pemprosesan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) dan untuk digunakan selaras dengan terma dan syarat yang berkaitan dan untuk tujuan pemberian dan pengendalian berterusan Perkhidmatan Perbankan; untuk menjalankan semakan rujukan yang perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada rujukan kredit/pelaporan kredit untuk memastikan lagi status Pemohon dan anak syarikat, pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau mana-mana individu lain yang berkaitan; untuk menzahirkan tentang maklumat peribadi pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau individu yang relevan kepada pihak yang dinyatakan dalam Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my dan www.cimbislamic. com); dan untuk memberikan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau individu yang relevan dengan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau tawaran Bank (termasuk produk, perkhidmatan dan tawaran entiti dalam Kumpulan CIMB) yang mungkin memberi kepentingan dan/atau faedah kewangan kepada mereka, mengikut budi bicara mutlak Bank, tanpa rujukan lanjut kepada Pemohon, anak-anak syarikatnya, pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau individu yang berkaitan. Pemohon bersetuju untuk mengaku janji untuk bertanggungjawab memaklumkan Bank secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau individu yang berkaitan. Sekiranya kebenaran dan/atau kuasa selepas ini dibatalkan oleh mana-mana pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin dan/atau individu yang berkaitan, Pemohon bersetuju bahawa Bank berhak untuk menamatkan Perkhidmatan Perbankan.

Klausa ini tanpa menjejaskan mana-mana klausa dalam Terma ini yang menyediakan penzahiran maklumat. 33.0 CUKAI (d) Jika Bank dikehendaki membuat apa-apa pembayaran berhubung cukai atau selainnya bagi atau yang berhubungan dengan apa-apa amaun yang dibayar, dipindahkan atau diterima, atau perlu dibayar, dipindah milik atau boleh diterima, menurut Perkhidmatan Perbankan atau apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa pembayaran itu ditegaskan, dikenakan, dilevikan atau dinilai terhadap Bank, Pemohon hendaklah, setakat mana pembayaran atau liabiliti atau sebahagiannya adalah pada pendapat Bank dirujuk kepada Pemohon, segera membayar ganti rugi kepada Bank atau Bank pada permintaan bertulisnya terhadap pembayaran atau liabiliti, bersama-sama dengan apaapa caj bayaran lewat, penalti, kos atau perbelanjaan yang perlu dibayar atau ditanggung berhubung dengannya. Pemohon hendaklah memberi kepada Bank, apa-apa dokumen dan maklumat lain yang dikehendaki oleh Bank mengenai akibat cukai daripada Perkhidmatan Perbankan (termasuk, tanpa had, sama ada boleh atau akan menjadi apa-apa penahanan cukai) atau untuk tujuan yang mematuhi undang-undang cukai dalam apa-apa bidang kuasa berkenaan. Pemohon hendaklah terus terikat dengan peruntukan Klausa 33.0 ini meskipun penamatan Perkhidmatan Perbankan. Jika apa-apa bayaran yang perlu dibuat di bawah Terma ini adalah tertakluk kepada pemotongan atau penahanan cukai, jumlah wang yang perlu dibayar berkenaan potongan atau penahanan itu dikehendaki dibuat akan dinaikkan setakat yang perlu untuk memastikan bahawa, selepas membuat potongan atau penahanan yang diperlukan, Bank menerima dan mengekalkan (bebas daripada apa-apa liabiliti berkenaan dengan potongan atau penangguhan itu) jumlah bersih sama dengan jumlah wang yang seharusnya diterima dan dikekalkan jika tiada potongan atau penahanan itu dibuat atau yang perlu dibuat. 34.0 Cukai Barang dan Perkhidmatan Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan di sini, Pemohon hendaklah bertanggungjawab terhadap semua atau mana-mana cukai barang dan perkhidmatan perlu dibayar berkaitan dengan atau yang timbul daripada Perkhidmatan Perbankan dan Terma atau mana-mana perkhidmatan yang berkaitan dengannya. 35.0 Undang-undang Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, aturan atau peraturan Bank Negara Malaysia dan badan, persatuan, pihak berkuasa atau entiti yang mempunyai hak atau kuasa ke atas Bank. Pihak-pihak dengan ini menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.