NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

dokumen-dokumen yang mirip
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

Program Sarjana Dan Kedoktoran

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

DASAR PENERBITAN JURNAL

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DENGAN PEMBIAYAAN FAKULTI Senarai Semak

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

Garis Panduan PENERBITAN. Institut Pengurusan Penyelidikan

KAPS-17 Kod Amalan Progam Pengajian Terbuka dan Jarak Jauh Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

2. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PENGEMBANGAN ILMU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KAPS-14 Kod Amalan Anugerah Akademik Pengajian Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PROSEDUR PEMBENTUKAN DAN PENYEMAKAN SEMULA KURIKULUM PK.UiTM.FKM.(OA).01

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Sekolah Pengajian Siswazah UTM Johor Bahru Johor Darul Ta zim

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

6.3 Kriteria Pemarkahan & Penilaian Kenaikan Pangkat Staf Akademik JawatanPensyarah Kanan (DS52)

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

- Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah) Buku Panduan Pengajian Prasiswazah - Skema Program Pengajian

1 February 2018 SEMUA KETUA JABATAN SEMUA AHLI AKADEMIK MEREKA YANG BERKENAAN

PROSEDUR PENGURUSAN JADUAL WAKTU KULIAH DAN AMALI

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

GARIS PANDUAN SEMAKAN KURIKULUM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026


1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

Transkripsi:

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11 1. PENDAHULUAN Program pengajian ini diklasifikasikan sebagai program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan di mana program ini dilaksanakan melalui penyerahan tesis yang mengandungi karya-karya yang diterbitkan dan dokumen tambahan lain yang mengintegrasikan kerja tersebut. 2. TUJUAN 3. SKOP Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada Pentadbir Pusat dan Pentadbir PTj dalam proses pengurusan program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan. Ia juga bertujuan untuk menjamin kualiti atau keselarasan proses di setiap PTj. Garis panduan ini adalah terpakai kepada calon program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan Universiti Malaya. Garis panduan ini merangkumi kriteria, piawaian, prosedur dan tatacara permohonan, kemasukan, penawaran, pelaksanaan, peperiksaan dan pengurusan calon program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan Universiti Malaya. 4. DOKUMEN RUJUKAN (1) Kaedah dan Peraturan (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini) (2) Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran MQA (versi terkini) (3) Garis Panduan Penyediaan Projek Penyelidikan, Disertasi dan Tesis (versi terkini) (4) Arahan Kerja Pengendalian Peperiksaan Tesis/Disertasi bagi Calon Program Kedoktoran dan Sarjana (versi terkini) (5) Polisi Penyeliaan Calon Ijazah Tinggi (versi terkini) 1

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 2/11 5. DAFTAR KATA (1) Definisi Program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan merujuk kepada laluan kemasukan bagi calon yang telah menerbitkan karya-karya berimpak tinggi dan tidak mengikuti laluan akademik konvensional ke arah Doktor Falsafah untuk mendapatkan pengiktirafan akademik Ijazah Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan. Pengarang Utama merujuk kepada pengarang yang membuat sumbangan paling substantif kepada manuskrip akhir yang dihantar. Pengarang Utama lazimnya merupakan pengarang pertama dan/atau corresponding author. (2) Singkatan IPS PTj Universiti MQA Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Pusat Tanggungjawab, Universiti Malaya Universiti Malaya Agensi Kelayakan Malaysia 6. PROSEDUR PENAWARAN DAN SYARAT (1) Prosedur Penawaran Proses penawaran, pelaksanaan dan pengendalian program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan hendaklah mematuhi Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini) dan Garis Panduan Penyediaan Projek Penyelidikan, Disertasi dan Tesis (versi terkini). 2

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 3/11 (2) Syarat Kemasukan Pemohon WAJIB mempunyai penerbitan yang menyumbang kepada kesarjanaan ilmu dalam bidang yang diakui oleh kalangan akademik. (a) Syarat kemasukan ke program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan adalah seperti berikut: (i) Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan atau Pensyarah yang pada masa permohonannya untuk kemasukan sebagai pemohon telah mempunyai tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan sebagai guru Universiti dan yang aktif dalam perkhidmatan Universiti; atau (ii) Graduan dari Universiti Malaya dengan syarat kelayakan akademik yang terpakai oleh Universiti serta mengikut Kaedah dan Peraturan semasa; atau (iii) Pemohon yang mempunyai penerbitan dan menyumbang kepada kesarjanaan (scholar) pengetahuan dalam bidang berkenaan yang telah diiktiraf di kalangan ahli akademik dalam bidang kepakarannya dan diperakukan oleh Jawatankuasa Penilaian Permohonan. (b) Calon TIDAK boleh mempunyai apa-apa kelayakan Ijazah Kedoktoran dari Universiti atau universiti lain dalam bidang penyelidikan yang sama. (3) Syarat Permohonan Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada Dekan IPS beserta dokumen-dokumen berikut: (a) (b) Curriculum vitae; Senarai terperinci kerja yang diterbitkan bersama abstrak termasuklah: 3

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 4/11 (i) Hasil kerja diterbitkan wajib merangkumi jurnal berimpak faktor tinggi, monograf, buku, bab buku daripada hasil penyelidikan, penerbitan elektronik berimpak dan berkualiti tinggi, kerja kreatif, artifak dalam bidang berkenaan. (ii) Senarai penerbitan yang boleh diterima dalam bidang sains adalah merupakan penerbitan yang diindeks dalam Web of Science (WoS), manakala senarai penerbitan yang boleh diterima dalam bidang bukan sains adalah penerbitan yang diindeks dalam Web of Science (WoS) atau Scopus atau Malaysian Citation Index (MyCite) atau Penerbit Universiti Malaya atau Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana penerbit yang diiktiraf dan disenaraikan oleh PTj. (iii) Penerbitan dalam bentuk Review tidak boleh diterima. (iv) Hasil kerja yang diterbitkan hendaklah mengandungi sekurangkurangnya lima (5) penerbitan yang saling berkait dan sejajar dengan tema kepakaran dalam tempoh tidak melebihi 10 tahun dari tarikh permohonan. (v) Pemohon hendaklah menjadi Pengarang Utama untuk sekurangkurangnya lima (5) daripada hasil kerja yang diterbitkan tersebut. (c) Sekurang-kurangnya lima (5) hasil kerja yang diterbitkan yang didahului dengan ringkasan kritikal mengenai kerja berkenaan lebih kurang 3,000 patah perkataan. Ringkasan kritikal ini perlu merangkumi perkara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) memberi konteks/gambaran/kandungan kepada kertas kerja yang diterbitkan; menunjukkan hubung kait dengan kerangka penyelidikan; memberi sumbangan yang penting kepada pengetahuan di dalam disiplin; dan menyatakan metodologi penyelidikan yang digunakan; dan 4

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 5/11 (d) perakuan dan bukti keaslian hasil kerja yang diterbitkan daripada pengarang bersama. (4) Bayaran Wang Proses Kadar wang proses adalah seperti berikut: (a) (b) Warganegara : RM100.00 Bukan warganegara : USD100 Permohonan tidak akan diproses sekiranya pemohon tidak membuat pembayaran wang proses. (5) Penilaian Permohonan (a) Jawatankuasa Penilaian Permohonan hendaklah ditubuhkan oleh PTj untuk menyemak permohonan dan mengesyorkan kepada Senat kemasukan calon. (b) Keanggotaan Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Dekan sebagai Pengerusi atau wakilnya terdiri daripada mana-mana staf akademik bertaraf Profesor; Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi); Ketua Jabatan atau Penyelaras Program yang berkenaan; dan Seorang staf akademik yang kanan dalam bidang berkenaan. (c) Korum untuk Jawatankuasa Penilaian Permohonan hendaklah sekurangkurangnya tiga (3) termasuk Pengerusi. 5

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 6/11 (d) Jawatankuasa Penilaian Permohonan hendaklah: (i) (ii) (iii) menilai kualiti dan kekoherenan (kesinambungan dan pertautan) bagi kertas kerja yang diterbitkan; mengesahkan/memastikan sumbangan dan idea pemohon sama ada kertas kerja yang diterbitkan memenuhi kriteria untuk penganugerahan ijazah; dan Membuat perakuan permohonan untuk kelulusan PTj. (e) Pemohon boleh diminta untuk menghadiri temuduga dengan Jawatankuasa Penilaian Permohonan sekiranya diperlukan. (f) Sekiranya Fakulti meluluskan permohonan tersebut berdasarkan perakuan daripada Jawatankuasa Penilaian Permohonan, Fakulti hendaklah melantik penyelia dan mengemukakan maklumat kepada IPS untuk pengeluaran surat tawaran. (6) Pendaftaran Calon hendaklah mendaftar enam (6) bulan daripada tarikh pengeluaran surat tawaran. Calon juga hendaklah memperbaharui pencalonan tidak lewat daripada tujuh (7) minggu daripada tarikh permulaan semester berkenaan. (7) Tempoh pengajian Tempoh pengajian calon Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan adalah seperti berikut: (a) Tempoh minimum : 6 bulan (b) Tempoh maksimum : 24 bulan 6

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 7/11 (8) Syarat Pencalonan (a) Calon hendaklah bermastautin di Malaysia untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. (b) Calon dengan kelulusan Fakulti, boleh dianggap telah memenuhi syarat bermastautin sekiranya telah menjalani perkara berikut: i) mengikuti dan lulus Kursus Metodologi Penyelidikan; dan ii) membentang dalam Seminar Tesis sebelum penyerahan tesis untuk peperiksaan. (c) Calon bukan warganegara dikehendaki memenuhi syarat bahasa seperti yang ditetapkan di dalam Kaedah dan Peraturan semasa. (d) Calon dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan tesis secara talian (online) kepada Penyelia. (e) Calon dikehendaki menyerahkan kerja yang diterbitkan dalam bentuk tesis mengikut format yang ditetapkan oleh Universiti untuk tujuan peperiksaan. (9) Penyeliaan (a) Sekurang-kurangnya seorang penyelia dalam bidang berkenaan akan dilantik untuk calon. (b) Peranan Penyelia adalah untuk: (i) Membimbing calon dalam memilih hasil kerja diterbitkan untuk penyerahan; (ii) Membimbing calon dalam penyediaan satu tesis yang koheren (kesinambungan dan pertautan) dengan tema pengkhususan; dan (iii) Menasihati calon mengenai apa-apa latihan penyelidikan yang diperlukan. 7

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 8/11 (c) Kriteria pelantikan hendaklah merujuk kepada Polisi Penyeliaan Calon Ijazah Tinggi. (10) Format Penulisan tesis (a) Tesis hendaklah ditulis dalam format kertas kerja yang diterbitkan. Tesis hendaklah mengandungi hasil kerja diterbitkan wajib merangkumi jurnal berimpak faktor tinggi, monograf, buku, bab buku daripada hasil penyelidikan, penerbitan elektronik berimpak dan berkualiti tinggi, kerja kreatif, artifak dalam bidang berkenaan. Penerbitan yang pernah dikemukakan untuk penganugerahan ijazah lain tidak boleh digunapakai. (b) Tesis hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya enam (6) hasil kerja yang diterbitkan yang saling berkait dan sejajar dengan tema kepakaran dalam tempoh tidak melebihi 10 tahun dari tarikh penyerahan tesis untuk peperiksaan dan sekurang-kurangnya 1 kerja yang diterbitkan perlu dihasilkan dalam tempoh pengajian bersama dengan penyelia. (c) Calon hendaklah menjadi Pengarang Utama untuk sekurang-kurangnya lima (5) daripada kerja yang diterbitkan tersebut. (d) Tesis dalam format kerja yang diterbitkan hendaklah mengandungi perkara berikut: (i) Abstrak mengenai penemuan penyelidikan utama setiap kerja yang diterbitkan, Ia harus menjelaskan bagaimana kerja yang diterbitkan tersebut disepadukan sebagai satu kerangka intelektual yang, dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan. (ii) Bab Pengenalan yang mengandungi: A. Huraian mengenai masalah penyelidikan yang dikaji; B. Objektif kajian; dan 8

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 9/11 C. Penerangan tentang perkembangan penyelidikan yang menghubungkait kerja yang diterbitkan serta penemuan utama daripada setiap hasil kerja diterbitkan. Ia wajib menerangkan bagaimana hasil kerja diterbitkan sebagai satu kerangka intelektual yang dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan. iii) Bab Tinjauan Literatur. Selaras dengan disiplin berkenaan, bab ini perlu mengandungi kajian kritikal literatur yang berkaitan dalam mengenal pasti jurang dalam pengetahuan (knowledge gaps) serta hubungkait antara literatur dengan program penyelidikan; iv) Bab Metodologi (jika berkenaan); v) Kerja-kerja yang diterbitkan dalam bentuk asal seperti mana ia telah diterbitkan/diterima untuk penerbitan. Kandungan penerbitan tersebut tidak perlu ditaip semula dan tidak perlu diselaraskan mengikut format yang ditetapkan oleh Universiti. Setiap kerja yang diterbitkan wajib dimulai dengan penyataan jelas akan sumbangan setiap pengarang bagi hasil kerja diterbitkan bersama, perakuan oleh pengarang bersama dan bukti keaslian. vi) Bab Perbincangan yang memaparkan kesan kumulatif kerja yang diterbitkan, penemuan yang signifikan dan sumbangan kepada ilmu berkenaan; vii) Bab Kesimpulan yang merumuskan dapatan daripada kesemua kerja yang diterbitkan dan mencadangkan hala tuju bagi penyelidikan tersebut; viii) Bab Rujukan yang menyenaraikan semua rujukan bagi bab Pengenalan, Tinjauan Literatur, Metodologi, Perbincangan dan Kesimpulan sahaja; (e) Had patah perkataan bagi tesis hendaklah tidak melebihi 100,000 patah perkataan termasuk hasil kerja yang diterbitkan. Had patah perkataan maksimum tersebut tidak mengambil kira yang berikut: (i) Kerja-kerja yang diterbitkan dalam bab utama; (ii) Nota kaki atau nota hujung, rujukan, lampiran, jadual dan rajah; dan 9

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 10/11 (iii) Pengeluaran semula ataupun terjemahan daripada sebarang teks. Ulasan atau kritik yang dibuat oleh calon mengenainya hendaklah tertakluk kepada had patah perkataan tersebut. (11) Peperiksaan Proses dan prosedur peperiksaan tesis adalah seperti termaktub dalam Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) versi terkini kecuali berikut: (a) Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah setelah mempertimbang laporan pemeriksa, tesis calon dan peperiksaan viva voce (peperiksaan lisan), memutuskan dan memperakukan kepada Senat sama ada calon tersebut: (i) dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dan Tesis Cemerlang tertakluk kepada syarat yang ditetapkan; (ii) telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan Ijazah tanpa perlu membuat pindaan/pembetulan; (iii) telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan ijazah tertakluk kepada calon membuat pembetulan minor seperti mana disarankan oleh Jawatankuasa Pemeriksa, dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dan disahkan oleh Penyelia; (iv) telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan ijazah tertakluk kepada beliau membuat pembetulan major seperti mana disarankan oleh Jawatankuasa Pemeriksa, dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dan disahkan oleh Penyelia dan Pemeriksa Dalam; (v) tidak mencapai merit akademik dan diperakukan kepada Senat bahawa calon telah gagal dalam peperiksaan tesis. 10

NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 11/11 (b) Tesis layak dianugerahkan sebagai cemerlang sekiranya: (i) Diperakukan cemerlang oleh Jawatankuasa Pemeriksa berdasarkan laporan pemeriksa; dan (ii) Disempurnakan dan diserahkan untuk peperiksaan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan dari tarikh permulaan pendaftaran calon berkenaan. 7. PENUTUP Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada Pentadbir Pusat dan Pentadbir PTj dalam proses pengurusan calon Doktor Falsafah secara penyelidikan bagi melalui hasil kerja diterbitkan. Ia juga bertujuan untuk menjamin kualiti atau keselarasan proses di setiap PTj. Ia juga pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan bahawa pelaksanaan pengurusan calon Doktor Falsafah secara melalui hasil kerja diterbitkan ini mempunyai kualiti yang tinggi. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran MQA (versi terkini), Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini) dan Polisi Penyeliaan Calon Ijazah Tinggi (versi terkini). Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Diluluskan oleh Senat pada 28.09.2017 11