SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Kurikulum Kebangsaan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

AMALAN BAHASA MELAYU

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Apakah FPK? Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KESUSASTERAAN MELAYU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

PENDIDIKAN KESIHATAN

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SENI VISUAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KATERING DAN PENYAJIAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sukatan Pelajaran BAHASA MELAYU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Transkripsi:

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA, JALAN SULTAN ISMAIL 50250 KL 03-26125600 1

Kandungan m/s 1.0 Pengenalan 3 2.0 Matlamat Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah 4 3.0 Strategi 5 4.0 Kesimpulan 7 2

Kertas Konsep Pendidikan Hak Asasi Manusia Di Sekolah 1.0 Pengenalan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Secara amnya, SUHAKAM ditubuhkan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia. SUHAKAM menmpunyai empat fungsi utama yang termaktub di dalam seksyen 4(1) AKTA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Ia adalah : (i) Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia (ii) (iii) (iv) Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; Untuk mengesyor kepada Kerajaan bekenaan mengenai penandatanganan atau penyerahan dalam perjanjian triti dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia. Disebabkan adanya keperluan untuk menggalakkan kesedaran dan memberikan pendidikan hak asasi manusia kepada setiap rakkyat demi kesejahteraan mereka, SUHAKAM telah ditubuhkan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai hak-hak ini. Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri 3

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah ini selaras dengan usaha untuk menggalakkan kesedaran hak asasi manusia di kalangan rakyat Malaysia. Wawasan 2020 yang dicetuskan pada 1991, menekankan pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika, bertanggungjawab dan penyayang. Wawasan 2020 ini juga berhasrat membentuk masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu, berjiwa bebas, tenteram, liberal dan bertolak ansur. Kesemua unsur tersebut merupakan landas utama matlamat pendidikan hak asasi manusia. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights, UDHR) pula menekankan bahawa pendidikan yang dapat membentuk perkembangan keperibadian manusia harus diberikan kepada setiap orang. Sehubungan itu, SUHAKAM berhasrat menegaskan lagi pengajaran pendidikan hak asasi manusia di sekolah Malaysia. Ini adalah kerana sekolah merupakan satu institusi unggul yang menjadi tempat membangunkan insan dan kehidupan seseorang manusia. Sekolah menjadi satu tempat pembentukan minda dan tingkah laku generasi muda. Pendidikan hak asasi manusia merupakan satu usaha membentuk pemahaman mengenai hak asasi dan tanggungjawab di kalangan pelajar, untuk memberi kepekaan mengenai hak orang lain dan menggalakkan perlakuan yang bertanggungjawab untuk melindungi hak setiap orang di sekolah dan di dunia luar. Pendidikan hak asasi manusia ini bukanlah perkara yang baru di sekolah. Sebenarnya, hak asasi sudah diajar walaupun secara tidak langsung kerana apabila hal-hal demokrasi, keadilan sosial, kemerdekaan dan sikap hormat-menghormati dibincangkan, hak asai manusia telah diperkatakan secara tidak langsung. Malah, dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam telah memberikan penekanan kepada nilai hak asasi manusia. Selain daripada itu trdpat juga elemen-elemen hak asasi manusia dalam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran Hidup. 2.0 Matlamat Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah Secara umumnya, pendidkan hak asasi manusia di sekolah yang dicadangkan oleh SUHAKAM bertujuan untuk menegaskan lagi pengajaran dan penghayatan nilai-nilai kemanusiaan yang akan membentuk tingkah laku pelajar yang murni seperti sikap hormat- 4

menghormati, bertoleransi, bertanggungjawab, kasih sayang dan persaudaraan sesama manusia di sekolah dan masyarakat. Pendidikan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai hubungan kekeluargaan, persekolahan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Antara matlamat pendidikan hak asasi manusia ini diperkenalkan di sekolah adalah seperti berikut: (i) Menyediakan para pelajar sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. Ini termasuk pengajaran dan pembelajaran mengenai hakhak individu dan hak orang lain, menggalakkan keharmonian sosial demi pembangunan dan keamanan yang berterusan. (ii) Menerapkan nilai-nilai dan norma kehidupan terhadap pengembangan personality supaya setiap individu berkelakuan baik. (iii) Memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab berkaitan hak asasi dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. (iv) Meningkatkan pemahaman dan penggunaan hak asasi untuk tujuan kehidupan yang adil dan berperikemanusiaan. Hak asasi manusia dapat difahami dengan baik melalui amalan dan pengalaman hidup. Kehidupan seharian di sekolah dapat memberikan pengalaman ini dan ia boleh membantu penghayatan konsep-konsep hak asasi manusia dalam pendidikan formal seperti kebebasan dari keganasan, toleransi, keadilan, dan kebenaran. Justeru, pendidikan hak asasi manusia yang dihasratkan ini akan memajukan kepentingan masyarakat bersama dan bukan hanya terhad kepada pengetahuan di dalam bilik darjah. Pendidikan hak asasi manusia menggalakkan amalan nilai murni seprti hormatmenghormati, sayang-menyayangi dan bertanggungjawab sesama manusia yang menjadi tunjang budaya kita. 3.0 Strategi i.kaedah Pendidikan hak asasi manusia yang dicadangkan ini akan diintergrasikan secara eksplisit ke dalam kurikulum yang sedia ada. Ini bermakna pendidikan hak asasi tidak akan diajar sebagai satu mata pelajaran yang berasingan. Kaedah mengintergrasikan hak asasi manusia 5

ke dalam kurikulum yang sedia ada ini juga digunakan di negara ASEAN lain seperti Filipina, Indonesia, India dan Sri Lanka. SUHAKAM mencadangkan bahawa penerapan unsur-unsur hak asasi manusia ditumpukan terhadap mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Pendidkan Agama, Pendidikan Moral, Bahasa, Sejarah, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran Hidup. Proses mengintergrasikan hak asasi manusia ke dalam kurikulum sekolah akan memperkayakan lagi mata-mata pelajaran tersebut dengan penerapan nilai-nilai murni secara lebih berfokus. ii.kandungan Kurikulum Kandungan pendidikan hak asasi manusia akan berdasarkan tiga dokumen penting iaitu Perlembagaan Persekutuan Malaysia terutamanya Bahagian II, Perisytihraan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Disamping itu dokumen atau suratcara antarabangsa juga akan digunakan dalam usaha mengenal pasti unsureunsur hak asasi manusia untuk diterapkan ke dalam kurikulum sekolah. Perkara-perkara yang tidak sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara akan dijadikan asas pembentukan kurikulum. SUHAKAM telah mengenal pasti beberapa unsur/bidang hak asasi manusia untuk diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan setelah meneliti dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas. iii.kumpulan Sasaran Pendidikan hak asasi manusia akan ditujukan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah SUHAKAM memilih pelajar sekolah sebagai salah satu kumpulan sasaran untuk penerapan pendidikan hak asasi manusia kerana: Nilai-nilai murni perlu dipupuk di kalangan pelajar lagi supaya mereka dapat menerima dan menghayati pendidikan hak asasi manusia dengan lebih mudah. 6

Memandangkan pelajar terdedah kepada masalah sosial yang semakin meruncing, pendidikan hak asasi manusia dapat membantu meningkatkan sikap beretika dan bermoral kea rah kesejahteraan hidup. Pelajar perlu mengamalkan budaya sosial kea rah kebebesan asasi manusia dan tanggungjawab dalam membentuk persekitaran yang adil, saksama dan demokratik. Pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan pengundi di masa hadapan, harus memahami tanggungjawab masyarakat dan hak mereka sebagai seorang warganegara. Secara ringkasnya, mendidik generasi muda mengenai demokrasi dan hak asasi manusia dan hak asasi manusia merupakan satu pelaburan yang amat bernilai untuk membentuk cara hidup masyarakat di masa hadapan. Alam persekolahan merupakan satu mekanisma semulajadi untuk penerapan nilai-nilai murni dan pengetahuan yang diperlukan dalam membentuk individu dan masyarakat yang mempunyai sifat-sifat murni dan berperikemanusiaan. Selain itu, usaha ini juga secara tidak langsung dan langsung akan melibatkan semua warg sekolah terutam guru dan pentadbir sejolah dan menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada pelajar. Justeru guru dan semua warga sekolah juga perlu menghayati nilai-nilai hak asasi manusia tersebut. 4.0 Kesimpulan Adalah diharapkan melalui pendidikan hak asasi manusia kita dapat meningkatkan kepekaan dan kesedaran para pelajar terhadap kepentingan menghormati umat manusia. Diharap nilainilai hak asasi manusia akan dapat diserapkan dalam kehidupan seharian untuk membentuk masyarakat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan prihatin. 7