KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

dokumen-dokumen yang mirip
KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PEMBIAYAAN WANG

ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN WANG

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN/KEMUDAHAN BARANGAN PENGGUNA (AL BAI ' U BITHAMAN AAJIL)

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Pelancongan

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

KOPERASI KAKITANGAN FELCRA (M) BERHAD ATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI - i

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

JUMLAH DIPOHON : RM TEMPOH BAYAR BALIK : BULAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI JABATAN PERDANA MENTERI

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBIAYAAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

96, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR Tel : / 4399 / 4736 Fax : SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PEMBIAYAAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF MENGEKALKAN KEANGGOTAAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Nama Anggota:. ( nama penuh ) No.Anggota : No.K/P Baru : No.K/P Lama : Tarikh Lahir : Umur : Gaji Pokok : Alamat Sekolah :...No.Tel(Sek) :..

Transkripsi:

ATURAN-ATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN SECARA ISLAM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 1. Tajuk dan mula berkuatkuasa 1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Secara Islam - Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad. 1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 2. Tujuan Tujuan Aturan-aturan ini diwujudkan ialah untuk :- 2.1 segala aktiviti berkaitan dengan pembiayaan mengikut aturan yang diluluskan oleh Islam. 2.2 menjalankan aktiviti ini dengan sempurna. 2.3 mengawal akan aktiviti supaya benar-benar mengikut aturan yang telah ditetapkan. 3. Modal Operasi dan Sumber Kewangan Modal bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada caruman yuran bulanan anggota dan daripada institusi kewangan yang diluluskan. 4. Jenis Pembiayaan 4.1 Qard (Tergempar) Takrif hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik lebih daripada hutang tetapi memberi saguhati secara sukarela kepada pembiayaan tuanpunya hutang semasa membayar bukan kerana syarat atau janji. 1

4.1.1 Pembiayaan ini boleh diberi kepada anggota yang layak difikirikan diberi bantuan di dalam kesulitan kewangan dengan tujuan-tujuan yang tertentu sahaja iaitu kebajikan anggota dan keluarganya. 4.1.2 Tujuan yang diluluskan oleh Islam ialah perubatan, pendidikan, perkahwinan untuk anggota, isteri dan anak-anak dan sesuatu yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa dan bukan untuk tujuan sebagai modal perniagaan. 4.1.3 Bayaran proses pengurusan koperasi akan dikenakan kepada anggota yang membiayai sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) bagi setiap permohonan dibuat. 4.1.4 Had maksima yang diluluskan pada satu-satu masa tidak melebihi RM3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja). 4.1.5 Tempoh bayaran balik pembiayaan Qard mestilah tidak melebihi dua puluh (20) bulan bagi setiap pembiayaan bayaran dibuat. 4.2 Bai Al- Inah2 (80% Daripada Modal Yuran Dan Modal Syer) Takrif transaksi jualbeli ke atas hutang kepunyaan pemiutang yang ada dalam tanggungan penghutang. 4.2.1 Pembiayaan ini boleh diberi kepada anggota yang layak tidak melebihi lapan puluh peratus (80%) dari jumlah modal yuran dan modal syer yang telah diterima oleh koperasi. 4.2.2 Pembiayaan ini tidak memerlukan apa-apa cagaran kerana pembiayaannya di atas modal yuran dan modal syer anggota yang dibiayai itu sendiri. Maksima pembiayaan ini tidak melebihi lapan puluh peratus (80%) daripada modal yuran/syer terkumpul atau RM50,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja), mana yang kurang. 4.2.3 Pembiayaan ini dikenakan kadar keuntungan sebanyak lima persen (5.0%) setahun dari jumlah yang dibiayai dari koperasi sebagai 2

sumbangan anggota kepada bayaran kos pentadbiran dan pengurusan. 4.2.4 Tempoh bayaran balik tidak melebihi enam puluh (60) bulan atau lima (5) tahun. 4.3 Murabahah (Pengguna) Takrif menjual sesuatu dengan harga modal dengan tambahan untung sejumlah yang dipersetujui. 4.3.1 Pembiayaan ini boleh diberi kepada anggota yang layak bagi tujuan menjalankan jualbeli perniagaan elektrik, kenderaan, perabot, komputer, rumah, tanah serta lain-lain urusniaga yang difikirkan boleh diberi dan mestilah berbentuk barangan. 4.3.2 Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan ini tidak melebihi seratus dua puluh (120) bulan atau sepuluh (10) tahun. 4.3.3 Pembiayaan melebihi RM20,000.00 (Dua Puluh Ribu Sahaja), tempohnya ialah selama sepuluh (10) tahun manakala pembiayaan RM20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja) ke bawah, tempohnya ialah selama lima (5) tahun. 4.3.4 Keuntungan yang diambil oleh koperasi melalui kontrak ini sebanyak empat puluh lima peratus (45%) daripada harga pasaran barangan atau jumlah pembiayaan. 4.3.5 Had maksima pembiayaan ialah RM100,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu Sahaja). 3

4.4 Bai Al- Inah1 (Peribadi) Takrif satu kaedah menjual sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian membelinya balik daripada pembeli secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga jualan. 4.4.1 Pembiayaan ini adalah memenuhi keperluan kewangan anggota koperasi untuk berbagai kegunaan yang berjumlah tidak lebih RM100,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu Sahaja). 4.4.2 Melalui kaedah ini, koperasi akan menyediakan satu aset barangan yang berharga milik koperasi untuk dijadikan barangan akad jualbeli. 4.4.3 Koperasi akan menjual barangan tersebut kepada anggota yang memerlukan pembiayaan kewangan dengan harga kredit dan sejurus kemudian koperasi membelinya semula dengan harga tunai. Wang tunai berbentuk cek kemudian dibayar kepada anggota berkenaan. 4.4.4 Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan ini tidak boleh melebihi seratus dua puluh (120) bulan atau sepuluh (10) tahun. 4.4.5 Pembiayaan ini dikenakan kadar keuntungan sebanyak 5.6% setahun dari jumlah dibiayai sebagai sumbangan anggota kepada koperasi untuk bayaran kos pentadbiran dan pengurusan. 4.4.6 Kelayakan jumlah kelulusan pembiayaan bagi pembiayaan Bai Al- Inah, modal yuran terkumpul anggota mestilah sepuluh peratus (10%) dari jumlah pembiayaan yang dipohon. 4

5. Maksud Pembiayaan 5.1 Semua bentuk pembiayaan mestilah mengikut lunas-lunas Islam dan jelas tujuan/maksud bagi menjelaskan keadaan dan aturan pembiayaan. 5.2 Segala bentuk aturan pemberian pembiayaan hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Lujnah Syariah supaya tidak bercanggah Syarak. 6. Syarat-syarat Kelayakan Bagi Semua Jenis Pembiayaan 6.1 Anggota yang layak boleh memohon pembiayaan :- 6.1.1 telah diluluskan menjadi anggota koperasi selepas modal yuran 6 bulan diterima oleh koperasi. 6.1.2 caruman modal yuran bulanan berturutan (aktif). 6.1.3 Jawatankuasa berpuashati pemohon berkemampuan iaitu ansuran bulanan boleh dibayar balik. 6.1.4 dalam semua keadaan, seseorang anggota hanya layak dibiayai sebanyak tidak melebihi RM100,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu Sahaja) dalam apa jua jenis pembiayaan. 7. Permohonan Pembiayaan 7.1 Semua permohonan hendaklah dibuat atas borang permohonan yang disediakan oleh koperasi ini. 7.2 Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borangborang permohonan mereka dan dokumen sampingannya diisi dengan sempurna dan ditandatangani mengenai tujuan permohonan dipohon. Kecuaian dari segi ini akan menyebabkan permohonan itu ditolak dan anggota yang berkenaan diminta membuat permohonan semula yang ianya akan dipertimbangkan di mesyuarat Lembaga yang akan datang. 7.3 Penerimaan permohonan-permohonan tersebut hendaklah didaftarkan di dalam Daftar Permohonan Pembiayaan dan diberi angka pendaftaran dan kemudian diasingkan mengikut jenis-jenisnya. 5

7.4 Borang permohonan pembiayaan diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa Kerja yang dilantik oleh Lembaga untuk memproses permohonanpermohonan itu pada tarikh permohonan-permohonan ditutup. 8. Memproses Borang Pembiayaan 8.1 Semua borang permohonan akan diproses oleh Jawatankuasa Kerja yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 44(2)(w). 8.2 Bahagian pengurusan koperasi yang diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 44(2)(a) adalah bertanggungjawab dari segi menentukan kelayakan pemohon dan merekodkan mereka di dalam daftar pembiayaan. 8.3 Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan pembiayaan ini, Jawatankuasa Kerja ini hendaklah menitikberat dari segi :- 8.3.1 kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani, 8.3.2 kelayakan pemohon, 8.3.3 kesanggupan pemohon untuk memberi kuasa kepada jabatannya supaya memotong gajinya untuk membayar bayaran dan caruman kepada koperasi ini. 8.3.4 pengesahan tujuan pembiayaan dipohon, 8.3.5 memastikan bahawa jumlah potongan gaji pemohon tidak melebihi enam puluh peratus (60%) daripada jumlah pendapatan, 8.3.6 pembiayaan ini hendaklah dijamin oleh Skim Perlindungan Berkelompok yang diuruskan oleh koperasi. 9. Tindakan Jawatankuasa Kerja Memproses Pembiayaan 9.1 Setelah kerja-kerja memproses pembiayaan ini selesai, maka perakuan terhadapnya hendaklah dibentangkan bagi permohonan-permohonan yang boleh diluluskan dan yang tidak boleh diluluskan di dalam senarai. 9.2 Permohonan yang mereka terpaksa ditolak disebabkan permohonan mereka melebihi had yang mereka layak dibiayai atau permohonan mereka tidak disertakan dengan kenyataan-kenyataan yang kuat bagi menyokong akan permohonannya atau borang-borang tidak lengkap dengan sempurna, hendaklah diberitahu segera agar pembetulan dapat dibuat dan permohonan itu dapat dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga yang akan datang. 6

9.3 Permohonan mereka yang boleh diluluskan hendaklah diberitahu segera supaya surat perjanjian pembiayaan dapat dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon. Tidaklah menjadi kesalahan jika pihak koperasi dan pihak pemohon bersetuju agar surat perjanjian itu diisi dan ditandatangani terlebih dahulu iaitu semasa pemohon-pemohon mengemukakan permohonan pembiayaan. 9.4 Pengerusi Jawatankuasa Kerja setelah membuat perakuan-perakuan tertentu hendaklah menyerahkan segala-galanya kepada Bendahari Koperasi untuk tindakan selanjutnya khasnya dari segi penyediaan cek dan baucer. 10. Menolak Permohonan Pembiayaan 10.1 Apabila Lembaga bermesyuarat bagi menimbangkan permohonan pembiayaan daripada anggota, mengikut giliran berpandukan kepada angka pendaftaran yang tercatat pada borang-borang pembiayaan. 10.2 Jumlah pembiayaan yang akan diluluskan pada tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipertimbangkan mengikut giliran berpandukan kepada angka pendaftaran yang tercatat pada borang pembiayaan. 10.3 Di dalam mengambil keputusan meluluskan sesuatu pembiayaan, Lembaga hendaklah berpegang kepada prinsip Yang Dahulu Didahulukan dan tidak di atas prinsip yang mustahak dan yang kecil didahulukan. 10.4 Di antara perkara-perkara penting yang harus dibincangkan oleh Lembaga semasa menimbangkan permohonan-permohonan termasuk :- 10.4.1 adakah pemohon itu layak dibiayai? 10.4.2 berapa banyakkah kelayakan dibiayai? 10.4.3 adakah jumlah pembiayaan itu setimpal dengan jumlah yang layak dipohon? 10.4.4 adakah pembiayaannya sejajar dengan tujuan atau tujuan-tujuan yang disebutkan di dalam Undang-undang Kecil Koperasi? 7

10.5 Setelah Lembaga berpuashati di atas kedudukan permohonan-permohonan itu, maka Lembaga bolehlah menimbang cadangan-cadangan pemohon mengenai cara pembayaran balik pembiayaan itu dan jika tidak bersetuju di atas cadangan-cadangan itu, Lembaga bolehlah mengemukakan cadangan balas atau mengenakan syarat-syarat dan cara membayar balik pembiayaan itu. 10.6 Kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan pembiayaan itu hendaklah dicadangkan atau disokong oleh Anggota-anggota Lembaga dan mendapat suara terbanyak semasa pengundian. Kelulusan atau penolakan juga dicatatkan di dalam Daftar Permohonan Pembiayaan. 10.7 Maka hendaklah semata-mata di dalam kuasa Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan pembiayaan itu, menghadkan jumlah pembiayaan yang dipohon. 10.8 Anggota tidaklah boleh menuntut bahawa pembiayaan ini adalah sebagai satu haknya. 11. Membayar Wang Pembiayaan 11.1 Semua bayaran wang pembiayaan hendaklah dilakukan mengikut keadaan kewangan koperasi. 11.2 Sebelum pembayaran dibuat, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari hendaklah mempastikan bahawa :- 11.2.1 surat-surat perjanjian pembiayaan telah siap untuk disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan. 11.2.2 baucer pembiayaan telah siap untuk ditandatangani.. 11.2.3 jumlah pembiayaan yang diluluskan diirekodkan di dalam Daftar Pembiayaan. 11.3 Semua bayaran hendaklah dibuat dengan cek atau online dan tidak dengan wang tunai. 8

12. Membayar Balik Wang Pembiayaan Pembiayaan lazimnya kenalah dibayar balik dengan serta-merta dengan tiada kelewatan dan dengan tidak terikat kepada mana-mana syarat :- 12.1 jika pembiayaan yang diberikan itu digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak disebutkan di dalam borang. 12.2 jika mana-mana ansuran pembiayaan terlewat dibayar selama lebih dari tiga (3) bulan. 12.3 jika dibuktikan bahawa sikap dan kejujuran pembiaya itu terhadap koperasi ini adalah berlawanan dengan kepentingan koperasi. 12.4 jika mana-mana ansuran pembiayaan terlewat dibayar selama lebih dari enam (6) bulan (NPL), boleh ditolak dari modal yuran dan modal syer terkumpul. 13. Mendapatkan Balik Pembiayaan Yang Tidak Dibayar Maka hendaklah menjadi kewajipan Lembaga untuk mendapatkan balik pembiayaan yang telah diberikan daripada pembiaya jika ansuran bulanannya tidak diterima lebih dari tiga (3) bulan. 14. Tanggungjawab Lembaga Jika Lembaga mungkir dengan sebab lalai dari tindakan terhadap pembiaya yang membayar lewat, maka adalah menjadi tanggungjawab Lembaga bersama-sama menanggung mana-mana kerugian yang dialami oleh koperasi. 15. Anggota Tidak Boleh Berhenti Melainkan Pembiayaan Telah Dibayar Balik Apabila seseorang anggota telah mengambil pembiayaan, permohonannya hendak berhenti dari menjadi anggota tidaklah boleh diluluskan sehingga telah dijelaskan. 16. Peruntukan Untuk Kegunaan Pembiayaan Bagi Maksud Belanjawan Tahunan Lembaga Koperasi hendaklah memperuntukkan cadangan peruntukan jumlah wang yang akan dikeluarkan sebagai pembiayaan bagi tiap-tiap bulan di dalam Anggaran Belanjawan Tahunan Koperasi. Dengan adanya peruntukan ini, maka kawalan terhadap aliran wang tunai dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan dan ini akan memudahkan Lembaga merancang pelaburan dan sebagainya. 9

17. Maklumat Kepada Mesyuarat Agung Lembaga hendaklah membentangkan untuk makluman anggota-anggota di dalam mesyuarat agung koperasi, laporan-laporan mengenai aktiviti ini dan rancanganrancangannya bagi masa-masa yang akan datang untuk diterima dan diluluskan. 18. Pertikaian 18.1 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengikut Undang-undang Kecil Koperasi 80. 18.2 Aturan-aturan ini telah diterima dan dipersetujui oleh anggota di dalam Mesyuarat Agung koperasi pada 23 Mei 2015. 18.3 Aturan-aturan ini dikuatkuasakan pada 01 Julai 2015. 10

11