BAB SATU LATAR BELAKANG KAJIAN. al-sakkākīy ialah Sirāj al-dīn, Abū Ya qūb, Yūsuf bin Abu Bakr bin

dokumen-dokumen yang mirip
a. al-sakk k y adalah seorang ulama terkenal pada akhir abad ke-6 dan awal abad

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Ulasan Buku/Book Review

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB EMPAT AL-SAKKĀKĪY DAN KITAB MIFT AL-'UL M. kelahirannya, gelarannya, gurunya, muridnya, pengikutnya, karyanya, pengaruhnya

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

Program Sarjana Dan Kedoktoran

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

1. MUKA DEPAN BUKU PROSIDING:

BAB 1 PENDAHULUAN. baginda sendiri adalah pentafsir ayat-ayat al-quran yang diturunkan bagi tujuan

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

BAB V PENUTUP. menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa saranan untuk menjadi perhatian

PENUTUP: KESIMPULAN DAN SARANAN

1 February 2018 SEMUA KETUA JABATAN SEMUA AHLI AKADEMIK MEREKA YANG BERKENAAN

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Transkripsi:

BAB SATU LATAR BELAKANG KAJIAN 1.0 Pengenalan al-sakkākīy ialah Sirāj al-dīn, Abū Ya qūb, Yūsuf bin Abu Bakr bin Muhammad bin Alīy al-sakkākīy al-khuwarizmiy. 1 Beliau seorang ulama dari bangsa Khuwārizm yang terkenal dalam kalangan para ahli bahasa, sama ada yang semasa dengannya mahupun para generasi selepasnya, kerana ketokohannya dalam bidang balaghah amat terserlah, terutamanya dalam membahagikan ilmu balaghah kepada tiga bahagian, iaitu ilmu ma ani, ilmu bayan dan kajian tentang teknik memperindahkan bahasa, sama ada yang merujuk kepada lafaz mahupun yang merujuk kepada makna, yang kemudiannnya dikenali sebagai ilmu badi. 2 Walaupun al-sakkākīy terkenal dalam bidang balaghah, namun kemampuan dan kemahiran beliau bukanlah dalam bidang ini sahaja, tetapi juga dalam bidangbidang lain terutamanya yang berkaitan dengan ilmu bahasa Arab, seperti ilmu nahu, ilmu saraf, ilmu arūd (prosodi), dan qafiyat (rima). Ini dapat dilihat dalam karya ulungnya Miftah al- Ulūm. 3 Bahkan beliau mahir dalam bidang kesusasteraan, bidang akidah dalam aliran mu tazilah, 4 begitu juga bidang fekah dalam mazhab Hanafi. 5 1 al-zirikliy, Khair al-din al-a lam, Qamus Tarajim, jil: 8, hal. 222 2 Istilah ilmu badi dipopularkan oleh pengikutnya Badr al-din bin Malik (686 H). Beliau telah menulis sebuah kitab berjudul al-misba Fi Ulum al-ma ani wa al-bayan wa al-badi. (Lihat: Basyuniy, Abd al-fattah Fayyud, Ilm al-bayan, t.tp. D r al-ma alim al-thaqafat, hlm. 109 3 al-sakkākīy, Muqaddimah Mift al- Ulūm, Ibid, hlm. 14 4 Mu tazilah ialah suatu kumpulan qadariyyah yang diketuai oleh Wasil bin Ata yang mengasingkan diri dari majlis al-hasan al-basriy dalam masalah orang yang dinodai dosa besar (Muhammad Rawwas Qal ajiy dan Hamid Sadiq Qunaibiy, Mu jam Lughat al-fuqaha, Beirut: D r al-nafa is, Cetakan Pertama: 1985, hlm. 439) 5 al-hamawīy, Yāqūt, Mu jām al-udabā, Jil. 5, hlm. 647 1

Pada zaman sebelum al-sakkākīy, perbahasan cabang-cabang balaghah telahpun wujud, tetapi masih bercampur baur dengan ilmu-ilmu bahasa Arab yang lain. Kitab Miftah al- Ulūm merupakan karya pertama yang membahas cabang-cabang balaghah secara berasingan. Bahkan ia bukan hanya memisahkan ilmu balaghah dari ilmu-ilmu bahasa Arab yang lain, tetapi juga telah memisahkan antara tiga komponen ilmu balaghah dengan membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu ilmu ma ānī, ilmu bayān dan ilmu badī dengan definisinya masing-masing. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa al-sakkākīy merupakan pelopor yang membahas bidang balaghah secara berasingan dan terperinci. Sebelum memasuki perbincangan tentang tajuk tesis ini, iaitu AL-SAKKAKIY DAN PERANANNYA DALAM PERKEMBANGAN ILMU BALAGHAH, terlebih dahulu dalam bab ini penulis akan membincangkan beberapa persoalan asas yang merangkumi pengenalan, permasalahan kajian, kajian lampau, kepentingan kajian, sebab pemilihan tajuk, objektif kajian, batasan kajian, metodologi kajian dan rangka kajian. Kemudian bab ini diakhiri dengan penutup. 1.1 Permasalahan Kajian Seperti yang sedia maklum bahawa al-sakkākīy adalah salah seorang tokoh terkenal dalam bidang balaghah khasnya dan dalam bidang ilmu bahasa Arab amnya, sama ada dalam kalangan para ulama dalam generasinya begitu juga dalam kalangan para ulama dalam generasi selepasnya hingga ke hari ini. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan karya-karya para pengkaji, di mana setiap yang mengkaji tentang perkembangan ilmu balaghah mereka pasti menyebut nama al-sakkakiy dan karyanya Miftah al- Ulum. 2

Sesuai dengan judul Miftah al- Ulum iaitu kunci ilmu-ilmu, maka kitab ini mengandungi perbincangan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan ilmu bahasa Arab, di mana beliau telah membahagikan kitab ini kepada tiga bahagian; Bahagian pertama kajian ilmu araf, bahagian kedua kajian ilmu nahu, sedangkan bahagian ketiga dikhaskan untuk perbincangan bidang balaghah. Kemudian diiringi dengan perbincangan ilmu istidl l (penghujahan), ilmu ar (prosodi), q fiat (rima) dan ad (berkaitan dengan definisi). Kitab Miftah al- Ulum telah membuat al-sakk k y sebagai seorang ulama terkenal sejak dari zamannya hingga ke hari ini. Walaupun perbahasan dan perkembangan balaghah semakin pesat dengan penulisan yang berterusan, namun tidak dapat dinafikan bahawa penulisan mereka sedikit banyaknya telah dipengaruhi oleh pemikiran al-sakkākīy dalam kitab Miftāh al- Ulūm. terutamanya dalam membahagikan balaghah kepada tiga bahagian, begitu juga dari segi perbahasannya. Ini dapat dilihat secara nyata di dalam karya-karya bidang balaghah selepasnya. Ramai ulama yang memuji dan mengagumi ketokohan al-sakkakiy, misalnya Syaikh Mustafa al-maraghiy dalam karyanya Tarikh Ulum al-balaghat Wa al-ta rif Bi Rijaliha berkata: Kita tidak pernah tahu bahawa sebelum al-sakkakiy ada yang membahagikan ilmu fas hat kepada tiga bahagian seperti yang kita lihat pada hari ini, sama ada dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan. Adapun penulisanpenulisan tentang balaghah sebelumnya, seperti kitab al- ina atayn karya Abu Hilal al- Askariy, kitab Sirr al-fa ahat karya Ibn Sinan al-khafajiy, Asrar al-balaghat dan 3

Dalāil al-i jaz karya Abd al-qahir al-jurjaniy tidaklah selengkap apa yang dikemukakan oleh al-sakakiy. 1 al-sayutiy berkata; Ibn al-sakkak adalah seorang yang sungguh alim, mahir dalam pelbagai bidang ilmu, terutamanya dalam bidang ilmu ma ani, ilmu bayan, beliau pengarang kitab Miftah al- Ulum yang mengandungi dua belas bidang ilmu bahasa Arab. Kemudian saya melihat riwayat hidupnya yang ditulis oleh Syaikh Siraj al-din al-bulqainiy bahawa Yusuf bin Abu Bakr bin Muhammad bin Aliy, Abu Ya qub al-sakkakiy, Siraj al-din al-khuwarizmiy adalah imam dalam bidang nahu, saraf, ma an, bayan, istidlal, arud dan puisi, beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu kalam dan banyak lagi bidang ilmu yang beliau kuasai. 2 Kenyataankenyataan ini menimbulkan persoalan-persoalan berikut: a. Apakah peranan al-sakkakiy yang boleh dianggap sebagai sumbangannya kepada perkembangan ilmu balaghah sehingga beliau begitu dikagumi oleh pakar-pakar dalam bidang balaghah khasnya dan dalam bidang bahasa Arab amnya? b. Apakah yang telah dibincangkan oleh al-sakkakiy dalam karyanya Miftah al- Ulum sehingga telah menarik perhatian dan mempengaruhi para pakar balaghah terhadap karya tersebut? c. Apakah pembaharuan yang dilakukan oleh al-sakkakiy dalam kajian ilmu balaghah? 1 Mustafa al-maraghiy, Tarikh Ulum al-balaghat Wa Ta rif bi Rijaliha, hlm. 111 2 Ma m d al-sayyid al-da im, Miftah al- Ulum, Li Ab Ya qub al-sakkakiy al-khuwarizm wa Mak natuh Fi al-maktabat al- Arabiyyat, t.hlm. (15/12/2008.http://www. daralhayat. com/ society/ metropolitan/ 10-2007/ Item- 20071001-5cc5f6e0-c0a80ed- 00c3- e8c446d5dcaa/ story. html) 4

d. Apakah komen para ulama bahasa Arab terhadap al-sakkakiy? Maka dalam penulisan ini penulis akan mengkaji tentang peranan al-sakkakiy serta mengemukakan aspek-aspek balaghah yang dibincangkan dalam karyanya Miftah al-'ulum khususnya bahagian yang ketiga yang telah mempengaruhi pemikiran para pengkaji selepasnya, melihat pembaharuan yang beliau lakukan dalam perkembangan ilmu balaghah dan meneliti komen-komen para ulama terhadapnya. Ramai pakar balaghah yang telah menarik perhatian kepada karya beliau Miftah al- Ulum sehingga mereka membuat ringkasan-ringkasan, huraian-huraian dan ulasanulasan supaya kitab ini mudah difahami oleh para pembaca. Mudah-mudahan dengan penulisan ini akan dapat mengenal secara dekat tentang al-sakkakiy dan karyanya Miftah al-'ulum khususnya bahagian ketiga yang berkaitan dengan perbahasan ilmu balaghah, sehingga dengan demikian akan jelaslah apa peranan beliau yang boleh dianggap sebagai sumbangannya kepada perkembangan ilmu balaghah. 1.2 Kajian Lampau Sepanjang pengetahuan penulis masih belum terdapat suatu bentuk penulisan atau kajian yang khusus lagi terperinci yang membicarakan tentang peranan al- Sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah. Hanya terdapat beberapa kajian dan penulisan yang dilakukan oleh ahli bahasa terdahulu dan sekarang berkaitan al- Sakk k y dan karyanya Mift al- Ul m secara umum. Di sini penulis akan mengemukakan kajian-kajian tersebut secara ringkas dengan menyebut nama karya dan pengarangnya. Antara kajian-kajian tersebut ialah: 5

a. Kajian pakar balaghah seperti Akram Uthman, di mana beliau telah mengulas kitab Miftah al-'ulum karangan al-sakkakiy sebagai tesis Doktor Falsafahnya yang dikemukakan kepada Fakulti Sastera, Universiti Baghdad pada tahun 1400 H / 1980 M. Tesis ini telah diterbitkan oleh universiti tersebut setelah dicetak dalam bentuk buku oleh percetakan Dar al-risalat pada tahun 1400 H / 1981 M. Akram Uthm n telah memfokuskan perbincangannya kepada beberapa perkara mengenai al-sakkakiy dan karyanya Miftah al- Ulum. Perbincangan beliau tertumpu kepada perbahasan mengenai persekitaran al-sakkakiy, metodologi Miftah al- Ulum, sumber balaghah al-sakkakiy, sebab-sebab yang mendorong beliau untuk mengulas kitab Miftah al- Ulum, manuskrip dan teknik mengulasnya. Perbincangan beliau lebih mengarah kepada ulasan tentang Miftah al- Ulum, ia berbeza dengan tumpuan penulis dalam tesis ini yang menumpukan kepada kajian tentang peranan al-sakkakiy dan pengaruhnya dalam perkembangan ilmu balaghah. b. Muhammad Salah Zakiy Abu Hamidat, beliau telah menulis sebuah karya berjudul al-balaghat Wa al-uslubiyat Inda al-sakkakiy. Dalam karya ini beliau memberi penjelasan dan komen tentang kandungan kitab Miftah al-'ulum dari segi uslub dan perbahasannya. Karya-karya tersebut telah banyak membantu dan memberi panduan kepada penulis dalam menyelesaikan kajian ini. Begitu juga karya-karya lain yang menyentuh tentang al-sakk k y dan karyanya Miftah al-'ulum sedikit banyaknya telah membantu penulis dalam usaha menyempurnakan kajian ini. Semoga Allah memberi rahmat dan kere aannya kepada mereka. 6

1.3 Kepentingan Kajian Setiap kajian mempunyai kepentingan yang tersendiri, maka kajian ini sangat penting dalam menjadikan bidang balaghah sebagai suatu bidang yang setanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Maka kajian ini mempunyai beberapa kepentingan berikut: a. Kajian ini memperkenalkan al-sakkakiy sebagai seorang tokoh penting dalam perkembangan bidang balaghah. b. Kajian ini memperkenalkan kitab Miftah al- Ulum dengan mengemukakan aspekaspek balaghah yang dibincangkan oleh al-sakkakiy. Dengan demikian kajian ini sedikit banyaknya akan menjadi suatu sumbangan ilmu dalam bidang balaghah. c. Kajian ini penting untuk menambah koleksi bahan bacaan dan bahan penyelidikan tentang bidang balaghah dan tokoh-tokohnya. Maka diharapkan dari hasil kajian ini dapat bermanfaat bagi para pelajar dan pengkaji dalam bidang berkenaan. 1.4 Sebab Pemilihan Tajuk al-sakkākīy adalah seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kalangan para pengkaji bahasa Arab, terutamanya pengkaji dalam bidang balaghah. Siapa sahaja dan karya manapun yang membincangkan tentang sejarah balaghah dan sastera Arab pasti akan menyebut nama beliau dan karyanya Miftāh al- Ulūm. Ini menunjukkan bahawa ketokohan beliau dan sumbangannya kepada perkembangan ilmu balaghah adalah sangat besar sekali. Karyanya Miftah al- Ulum pula merupakan sebuah karya agung yang mendapat perhatian para ahli bahasa. Oleh itu, penulis didorong untuk memilih tajuk ini oleh sebab-sebab berikut: 7

a. Pendedahan tentang al-sakkakiy dan karyanya Miftah al- Ulum masih terbatas dalam kalangan para pelajar bahasa Arab. Oleh itu penulis memilih tajuk ini dengan harapan agar peranan al-sakkakiy dan karyanya Mift al- Ul m dapat dikenal oleh segenap lapisan pelajar dalam bidang tersebut. b. Dewasa ini pelajar dalam bidang balaghah semakin bertambah bilangan dengan sebab bertambah bilangan penduduk dan pendidikan-pendidikan agama Islam, tetapi masih sedikit dalam kalangan mereka yang menguasai bidang tersebut. Ini kerana mereka kurang menguasai bahasa Arab sehingga kurang meminati untuk mempelajarinya, sedangkan bahan bacaan berkaitan ilmu balaghah yang ditulis dalam bahasa Melayu masih berkurangan. Oleh itu menerusi tajuk ini penulis akan memperkenalkan cabang-cabang ilmu balaghah, serta mendedahkan fungsi dan peranannya dalam bahasa Arab, mudah-mudahan penulisan ini akan bermanfaat bagi pelajar-pelajar dalam bidang berkenaan. c. al-sakkakiy dan karyanya Miftah al- Ulum telah banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu balaghah khususnya dan dalam bidang ilmu bahasa Arab pada umumnya. Oleh itu wajar dikaji agar sumbangan yang telah beliau berikan dapat diketahui dengan lebih jelas. d. Perbincangan tentang peranan al-sakkakiy ternyata belum ada suatu penulisan yang khusus, maka kajian ini akan merupakan suatu usaha yang awal. 1.5 Objektif Kajian Dalam perbahasan ini penulis akan memperlihatkan ciri-ciri yang menunjukkan peranan al-sakkākīy dan sumbangannya kepada perkembangan ilmu balaghah. Dengan 8

demikian dapat disimpulkan bahawa objektif utama dalam kajian ini adalah seperti berikut: a. Mengenal pasti peranan al-sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah dengan mengemukakan aspek-aspek balaghah yang dibincangkan oleh beliau di dalam karya agungnya Miftah al- Ulum. b. Menerangkan penilaian sarjana bahasa Arab terhadap peranan al-sakkakiy dan karyanya Miftah al- Ulum. c. Menganalisis pembaharuan yang dilakukan oleh al-sakkakiy dalam kajian ilmu balaghah. 1.6 Batasan Kajian Kajian ini menjangkau sekitar peranan al-sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah, ia merangkumi aspek-aspek balaghah yang dikemukakan oleh al-sakkakiy dalam kitab Miftah al- Ulum, khususnya tajuk-tajuk utama sahaja, seperti tasybih, majaz, isti arat dan kinayat. Sedangkan cabang-cabangnya atau tajuk-tajuk kecil seperti pembahagian-pembahagiannya hanya penulis sebutkan untuk mudah memahami tajuk-tajuk utama tersebut. Kajian ini juga akan menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan biografi al-sakkakiy, seperti kelahirannya, pendidikannya, guru dan muridnya, pengikutnya, karyanya, pengaruhnya dalam bidang balaghah, dan komen-komen ulama terhadapnya. Begitu juga hal-hal yang berkaitan dengan ilmu balaghah, seperti definisi ilmu balaghah, pembahagiannya, kedudukan dan peranannya dalam bahasa Arab, 9

sejarah ringkas tentang pertumbuhannya dan pengasasnya, kerana semua ini merupakan suatu kelengkapan dalam menyempurnakan kajian ini. Di samping itu penulis juga akan mengemukakan tokoh-tokoh lain sebelum al- Sakkakiy, khasnya AbduLlah bin al-mu tazz sebagai pengasas ilmu badi dan Abd al-q hir al-jurjaniy sebagai pengasas ilmu ma ani dan ilmu bayan. Begitu juga tokohtokoh selepas al-sakkakiy, khasnya Badr al-din bin Malik sebagai orang pertama yang meringkaskan kitab Miftah al- Ulum dan Abu AbdiLlah, al-khatib al-qazwiniy sebagai seorang yang paling besar perhatiannya terhadap kitab Miftah al- Ulum. 1.7 Metodologi Kajian Metodologi berasal dari dua perkataan bahasa Yunani kuno, iaitu "methodos yang memberi maksud cara atau jalan 1. Sementara perkataan logos pula adalah memberi maksud sebagai ilmu. 2 Dalam Kamus Dewan pula perkataan metode didefinisikan sebagai cara melakukan sesuatu atau sistem. 3 Dengan demikian metodologi bererti ilmu tentang cara menjalankan kajian. 4 Metode adalah salah satu asas penting dalam sesuatu kajian ilmiah kerana ia merupakan cara kerja yang sistematik untuk memperoleh dan mengumpulkan data-data yang relevan dan berkesan yang berkaitan dengan objektif kajian. Untuk merealisasikan objektif kajian ini penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan sepenuhnya (library research), bertujuan untuk mendapatkan data-data tentang al-sakkākīy dan tokoh-tokoh lain yang ada kaitannya untuk melihat peranan 1 N.K. Koenjjaraningrat, Motode-metode Penelitian Masyarakat, hlm. 17 2 Ibid, hlm.3 3 Teuku Iskandar Dkk, Kamus Dewan, hlm. 887. 4 Imam Barnadib, Arti dan Metod Sejarah Penyelidikan, hlm. 51. 10

al-sakkakiy dalam bidang balaghah. Dengan demikian, penyelidikan ini berpandukan kepada buku-buku rujukan dalam bidang balaghah, sama ada yang ditulis oleh para ulama silam mahupun yang ditulis oleh para ulama moden. Untuk melihat peranan, metodologi dan aspek-aspek balaghah yang dibincang oleh al-sakkakiy, penulis menggunakan kitab Miftāh al- Ulūm, yang disunting oleh Na im Zurzur, terbitan Dar al-kutub al- Ilmiyyat, Beirut: Cetakan Kedua: 1407 H / 1987 M, yang disunting oleh Abd al-hamid Hindawiy, terbitan Dar al-kutub al- Ilmiyyat, Beirut: Cetakan Pertama: 1420 H / 2000 M dan yang disunting oleh Akram Uthman, terbitan Dar al-risalat, Baghdad: Cetakan Pertama: 1402 H / 1982 M. Begitu juga kitab-kitab lain yang dapat membantu untuk memahami hal-hal yang kurang jelas dalam kitab Miftah al- Ulum. Maka untuk memperolehi data-data yang diperlukan, penulis menggunakan pendekatan berikut: 1.7.1 Pengumpulan data, Dalam proses pengumpulan data penulis menggunakan dua pendekatan berikut: a. Kaedah persejarahan. Kaedah persejarahan adalah merupakan suatu proses mengkaji dan menganalisis secara kritis rekaan dan peninggalan masa lampau. 1 Ia juga merupakan suatu kaedah untuk menentukan adanya pendapat yang tepat mengenai kejadian. 2 Penggunaan kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang bernilai sejarah. 3 Melalui kaedah ini penulis berusaha untuk memuatkan fakta-fakta sejarah yang 1 Nugroho Notosusanto, Norma-norma Dasar Penelitian Dan Penelitian Sejarah, hlm. 17. 2 Imam Barnadib, Erti dan Metode Sejarah Pennyelidikan, hlm. 51. 3 Imam Bernadid, Arti dan Metod Sejarah pendidikan, hlm. 52 11

berkaitan dengan kajian ini supaya ia dapat dimasukkan pada tempat-tempat yang sesuai, seperti dalam huraian bab dua tentang sejarah ringkas ilmu balaghah dan pengasas ilmu balaghah. Begitu juga dalam bab empat huraian tentang biografi al- Sakk k y. b. Kaedah dokumentasi. Kaedah dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan kajian terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan masalah kajian. 1 Sehubungan dengan itu, kaedah ini membantu penulis untuk mendapatkan maklumat dari bahanbahan rujukan berbentuk buku, ensiklopedia dan sebagainya yang bersesuaian dengan tajuk kajian ini. Kitab Mift al- Ul m merupakan dokumen primer yang penulis gunakan dalam kajian ini. Di samping itu penulis juga menggunakan dokumen-dokumen skunder, iaitu buku-buku yang membahas tentang balaghah untuk melihat perkembangan ilmu balaghah pada era sebelum al-sakkakiy, pada eranya dan era selepasnya, sehingga dengan demikian akan lebih jelas peranan al-sakkakiy yang boleh dianggap sebagai sumbangannya kepada perkembangan ilmu balaghah. Penggunaan kaedah ini diharapkan dapat menghasilkan data yang sah dan dapat dipercayai. Dalam usaha untuk mendapatkan data yang diperlukan, penulis telah berkunjung ke beberapa perpustakaan tempatan, seperti Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur, Perpustakaan Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dan Perpustakaan Tun 1 Ibid, hlm 55 12

Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Di samping itu penulis juga melayari internet untuk mengunjungi beberapa perpustakaan dalam website, seperti al-maktabat al- Arabiyyat (http://abooks.tipsclub.com/), Maktabat al-mustafa al-eliktruniyyat (http:// al-mostafa.com/), Maktabat Sayd al-fawa id (http://saaid.net/) dan al-maktabat al-syamilat (http://shamela.ws). 1.7.2 Analisis data. Setelah usaha pengumpulan data selesai dijalankan, maka data-data yang telah terkumpul itu diproses dan diambil kesimpulan daripadanya. Proses ini dinamakan sebagai analisis data. Dalam proses ini penulis menggunakan beberapa kaedah berikut: a. Kaedah deduktif. Data-data yang telah terkumpul diproses dan diambil suatu kesimpulan. Dalam proses ini penulis menggunakan kaedah deduktif, iaitu kaedah penggunaan teori atau gagasan fikiran yang ada atau yang dibentuk sendiri berdasarkan pemikiran atau pengalaman tertentu untuk melihat fenomena yang berlaku. 1 Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah istinbat. Kaedah deduktif digunakan secara meluas ketika penulis menganalisis data dalam setiap persoalan yang menjadi objektif kajian. Ia digunakan dalam setiap bab kajian ini. b. Kaedah induktif. Kaedah induktif adalah suatu kaedah untuk menganalisis maklumat yang dihasilkan melalui pola berfikir bagi mencari pembuktian dan dalil-dalil yang bersifat 1 Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Teknik Berfikir, Konsep dan Proses, hlm. 5-6 13

khusus kepada dalil-dalil yang bersifat umum. 1 Kaedah induktif merupakan suatu proses membuat kesimpulan daripada beberapa data yang diperolehi dan dianalisis. 2 Keadah ini dikenali juga sebagai kaedah istiqra dan kaedah induktif generatif. Penulis menggunakan kaedah ini pada semua bab dalam kajian ini. c. Kaedah komparatif Kaedah komparatif adalah cara membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan pada data yang diperolehi. Penulis menggunakan kaedah ini untuk membuat perbandingan tentang fakta-fakta yang berkaitan dengan peranan al-sakk k y dengan tokoh-tokoh balaghah yang lain. Untuk tujuan ini penulis menggunakan buku-buku yang membahas tentang sejarah perkembangan ilmu balaghah dan buku-buku balaghah yang ditulis oleh pakar-pakar sebelum dan sesudahnya, supaya dapat membandingkan antara perbahasan al-sakkakiy dengan perbahasan balaghah sebelum dan sesudahnya, sehingga dengan demikian akan lebih jelas peranan al-sakkakiy yang boleh dianggap sebagai sumbangannya kepada perkembangan ilmu balaghah. Kaedah ini penulis gunakan dalam perbincangan Bab Lima. Untuk pedoman transliterasi calon akan menggunakan panduan transliterasi dari buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992. 1 Imam Bernadid, Arti dan Metod Sejarah pendidikan, hlm. 52 2 Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Teknik Berfikir, Konsep dan Proses, hlm. 4 14

Untuk mendapatkan maklumat tentang istilah-istilah dalam bidang balaghah penulis akan menggunakan Glosari Bahasa dan Kesusasteraan Arab, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004. Sedangkan untuk mendapatkan teks terjemahan al-quran al-karim penulis berpandukan kepada Syaamil al-qur an Miracle The Reference yang diluluskan oleh Yayasan Penyelenggara Penerjemah / Penafsiran al-qur an, Kementerian Agama Indonesia, terbitan P.T. Sygma Examedia Arkanleema, dengan beberapa pindaan yang difikirkan lebih tepat. 1.8 Rangka Kajian Dalam menyempurnakan perbahasan penulis mencadangkan penulisan tesis ini akan meliputi dua bahagian, iaitu; Bahagian Pertama memuatkan halaman judul, pengakuan keaslian penulisan, abstrak, terjemahan abstrak ke dalam bahasa Inggeris, penghargaan, senarai kandungan, transliterasi, daftar singkatan kata dan senarai rajah. Bahagian Kedua mencakupi enam bab iaitu; Bab Satu membuka kata dengan latar belakang kajian, yang mencakupi pengenalan, permasalahan kajian, kajian lampau, kepentingan kajian, sebab pemilihan tajuk, objektif kajian, batasan kajian, metodologi kajin, rangka kajian dan bab ini diakhiri dengan penutup. Bab Dua melanjutkan kata dengan memaparkan latar belakang ilmu balaghah yang merangkumi pengenalan, definisi ilmu balaghah, pembahagian ilmu balaghah, 15

peranan ilmu balaghah dan kedudukannya dalam bahasa Arab, sejarah ringkas pertumbuhan ilmu balaghah, pengasas ilmu balaghah dan kesimpulan. Bab Tiga perbahasan tentang kajian ilmu balaghah sebelum al-sakkakiy. Bab ini dimulakan dengan pengenalan dan diteruskan dengan mengemukakan tiga tokoh balaghah, iaitu Ibn al-mu tazz, al-jurjaniy, Us mat bin Munqidh dan kesimpulan. Bab Empat akan mengutarakan mengenai al-sakkākīy dan karyanya Miftah al- Ulum yang mencakupi pengenalan, kelahirannya, pendidikannya, pengikutnya, karyanya, pengaruhnya dalam bidang balaghah, metodologinya dalam Miftah al- Ulum, komen ulama terhadapnya dan kesimpulan. Bab Lima perbahasan tentang analisis peranan al-sakkakiy dalam perkembangan ilmu balaghah, yang mencakupi pengenalan, sumbangan al-sakk k y kepada ilmu balaghah, sumbangan al-sakk k y kepada ilmu ma ani, sumbangan al- Sakk k y kepada ilmu bayan, sumbangan al-sakk k y kepada ilmu badi, analisis pengaruh al-sakkakiy dalam bidang balaghah dan kesimpulan. Kemudian kajian ini diakhiri dengan Bab Enam yang meliputi pendahuluan, dapatan kajian, cadangan dan penutup. 1.9 Penutup Keterangan dan penjelasan di atas akan dijadikan sebagai pegangan dan panduan dasar untuk penulis dalam melaksanakan kajian ini, mudah-mudahan kajian ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna serta bermanfaat terutamanya bagi penulis sendiri dan begitu juga bagi para pembacanya. 16