SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN PENDAFTARAN TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK

dokumen-dokumen yang mirip
Berurusan dengan Pengantara Takaful

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KURSUS BAHASA MELAYU BERAKREDITASI SEKTOR PERKHIDMATAN KEWANGAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

D.R. 8/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Giro Takaful Pelindung

JPK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN UNTUK MEMPERBADANKAN SYARIKAT TEMPATAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

BORANG PERMOHONAN MEMBAHARUI LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM BERKAITAN BAJET 2018

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

Fasal-fasal yang dipinda

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

BORANG PERMOHONAN SEMULA LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

1. Lampirkan sesalinan dokumen yang bertanda ( * ) bersama-sama borang permohonan ini. Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan.

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

TERMA & SYARAT PERADUAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

1.0 PENGENALAN 2.0 PIHAK YANG BOLEH MEMOHON

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VTO/VTE/VTM SECARA FAST TRACK DAN SINGLE-TIER OLEH FeMAC DENGAN KERJASAMA CIAST

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Borang Cadangan Insurans Mesin

Transkripsi:

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN PENDAFTARAN TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK Versi 1.1 (2017) LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN PENDAFTARAN TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK SUSUNAN SYARAT-SYARAT BAHAGIAN I PENDAFTARAN ORANG BERDAFTAR 1. Borang permohonan 2. Had masa untuk Lembaga membuat keputusan atas permohonan 3. Fi pendaftaran 4. Borang sijil pendaftaran 5. Fi pembaharuan 6. Fi kemasukan semula ke dalam daftar 7. Pengalaman amali Teknologis Berijazah 8. Pengalaman amali Juruteknik Bertauliah BAHAGIAN II PENILAIAN PROFESIONAL DAN PENSIJILAN 9. Borang permohonan untuk menjalani Penilaian Profesional 10. Penilaian Profesional 11. Borang permohonan untuk menjalani Penilaian Pensijilan 12. Penilaian Pensijilan 2

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN PENDAFTARAN TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK BAHAGIAN I PENDAFTARAN ORANG BERDAFTAR Borang permohonan 1. Setiap orang yang berhasrat untuk mendaftar sebagai orang berdaftar di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768) hendaklah memohon kepada Lembaga seperti yang dinyatakan dalam laman sesawang Lembaga. Had masa untuk Lembaga membuat keputusan atas permohonan 2. Setiap permohonan pendaftaran hendaklah diputuskan oleh Lembaga dalam tempoh 4 bulan dari tarikh perakuan penerimaan permohonan. Fi pendaftaran 3. (1) Setiap permohonan pendaftaran sebagai orang berdaftar hendaklah disertakan dengan - (a) fi pemprosesan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Teknologis dan Juruteknik (Fi) 2017, yang tidak boleh dibayar balik; dan (b) fi pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Teknologis dan Juruteknik (Fi) 2017, yang boleh dibayar balik kepada pemohon yang tidak berjaya Dan fi tersebut mestilah dalam bentuk kiriman wang, draf bank, cek atau lain-lain bentuk seperti yang ditentukan oleh Lembaga, dan dibayar kepada Lembaga. (2) Seseorang Teknologis Berijazah hendaklah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional dalam tempoh satu tahun dari tarikh beliau dimaklumkan oleh Lembaga bahawa beliau telah lulus Penilaian Profesional. 3

(3) Walau apa pun subperkara (2), sekiranya tempoh masa permohonan telah tamat, Teknologis Berijazah boleh, dalam jangka masa yang munasabah, memohon pelanjutan masa untuk mengemukakan permohonan untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional kepada Lembaga dan Lembaga boleh melanjutkan tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (4) Seseorang Juruteknik Berkelayakan hendaklah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Bertauliah dalam tempoh satu tahun dari tarikh beliau dimaklumkan oleh Lembaga bahawa beliau telah lulus Penilaian Pensijilan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan - Peraturan Teknologis dan Juruteknik (Fi) 2017. (5) Walau apa pun subperkara (4), sekiranya tempoh masa permohonan telah tamat, Juruteknik Berkelayakan boleh, dalam jangka masa yang munasabah, memohon pelanjutan masa untuk mengemukakan permohonan untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Bertauliah kepada Lembaga dan Lembaga boleh melanjutkan tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Borang sijil pendaftaran 4. (1) Sesorang orang berdaftar hendaklah dikemukakan sijil pendaftaran dalam apa-apa bentuk seperti yang ditentukan oleh Lembaga yang telah ditandatangani oleh Presiden dan Pendaftar dan dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga. Fi pembaharuan 5. (1) Seseorang orang bedaftar yang berhasrat memperbaharui pendaftaran di bawah seksyen 25(2) Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768) hendaklah - (a) dikemukakan kepada Lembaga (i) (ii) permohonan pembaharuan pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam laman sesawang Lembaga pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya; Fi pembaharuan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Teknologis dan Juruteknik (Fi) 2017 dalam bentuk kiriman wang, draf bank, cek atau lain-lain seperti yang ditentukan oleh Lembaga, dibayar kepada Lembaga; dan (b) Memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Lembaga. 4

(2) Di mana permohonan pembaharuan pendaftaran di bawah subperenggan (1) diluluskan oleh Lembaga, Pendaftar hendaklah mengemukakan kepada orang berdaftar tersebut sijil atau kad pendaftaran. Lembaga boleh menolak untuk memperbaharui pendaftaran orang berdaftar sekiranya beliau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subperenggan (1)(b). Fi kemasukan semula 6. Mana-mana orang berdaftar, selain daripada Teknologis Berijazah atau Juruteknik Berkelayakan yang namanya telah dipotong daripada Daftar mengikut seksyen 28(1)(b) Akta 768 kerana gagal memperbaharui pendaftarannya hendaklah, semasa memaklumkan Pendaftar mengenai hasratnya untuk memohon kemasukan semula mengikut seksyen 25(3) Akta 768, membayar fi kemasukan semula seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Teknologis dan Juruteknik (Fi) 2017. Pengalaman amali Teknologis Berijazah 7. (1) Pengalaman amali seseorang Teknologis Berijazah yang diperlukan di bawah seksyen 21(3) Akta 768 yang melayakkannya memohon untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional hendaklah dilaksanakan sehingga ke tahap yang memuaskan Lembaga, dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, dan hendaklah termasuk perkaraperkara yang berikut: (a) Teknologis Berijazah itu mesti menjalani - (i) sekurang-kurangnya dua tahun latihan umum yang menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan profesional;dan (ii) sekurang-kurangnya satu tahun pembangunan dan latihan kerjaya profesional yang menyediakan pendedahan yang luas kepada pelbagai kepakaran pengurusan dan/atau kepakaran teknikal dalam amalan teknologi. di mana sekurang-kurangnya latihan selama satu tahun mesti dijalani di Malaysia di bawah penyeliaan seorang Teknologis Profesional dalam cabang teknologi yang sama dengan yang diamalkan oleh Teknologis Berijazah itu, namun Teknologis Profesional dalam cabang teknologi lain yang berkaitan boleh diterima dengan kelulusan Lembaga. 5

(2) Walau apa pun subperenggan (1), sekiranya Lembaga berpuas hati atas punca atau sebab yang mencukupi, Lembaga boleh dalam mana-mana kes mengecualikan, sama ada keseluruhan atau sebahagian, atau mempertingkat syarat keperluan pengalaman amali yang diperoleh di Malaysia atau syarat penyeliaan oleh seseorang Teknologis Profesional di Malaysia. (3) Seseorang Teknologis Berijazah yang memohon untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional di bawah seksyen 21(3) Akta 768 hendaklah mengemukakan bukti permohonan secara bertulis mengenai pengalaman amalinya. Permohonan tersebut hendaklah termasuk butir-butir dan penerangan pengalaman amali dan ulasan daripada Teknologis Profesional yang menyelianya di bawah perkara (1) sekiranya pengalaman diperoleh di Malaysia atau oleh seseorang teknologis yang diterima oleh Lembaga sekiranya pengalaman diperoleh di luar Malaysia, bahawa Teknologis Berijazah tersebut telah memperoleh pengalaman amali pada tahap yang memuaskan. Pengalaman amali Juruteknik Berkelayakan 8. (1) Pengalaman amali seseorang Juruteknik Berkelayakan yang diperlukan di bawah seksyen 22(3) Akta 768 yang melayakkannya memohon untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Bertauliah hendaklah dilaksanakan sehingga ke tahap yang memuaskan Lembaga, dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, dan hendaklah termasuk perkara-perkara yang berikut: (a) Juruteknik Berkelayakan itu mesti menjalani - (i) sekurang-kurangnya dua tahun latihan umum yang menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan profesional; dan (ii) sekurang-kurangnya satu tahun pembangunan dan latihan kerjaya profesional yang menyediakan pendedahan yang luas kepada pelbagai kepakaran penyeliaan dan/atau kepakaran teknikal dalam amalan teknikal, di mana sekurang-kurangnya latihan selama satu tahun mesti dijalani di Malaysia di bawah penyeliaan seorang Juruteknik Bertauliah dalam cabang teknikal yang sama dengan yang diamalkan oleh Juruteknik Berkelayakan itu, namun Juruteknik Bertauliah dalam cabang teknikal lain yang berkaitan boleh diterima dengan kelulusan Lembaga. (2) Walau apa pun subperaturan (1), sekiranya Lembaga berpuas hati atas punca atau sebab yang mencukupi, Lembaga boleh dalam mana-mana kes mengecualikan, sama ada keseluruhan atau sebahagian, atau mempertingkat syarat keperluan 6

pengalaman amali yang diperoleh di Malaysia atau syarat penyeliaan oleh seseorang Juruteknik Bertauliah di Malaysia. (3) Seseorang Juruteknik Berkelayakan yang memohon untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional di bawah seksyen 22(3) Akta 768 hendaklah mengemukakan bukti permohonan secara bertulis mengenai pengalaman amalinya. Permohonan tersebut hendaklah termasuk butir-butir dan penerangan pengalaman amali dan ulasan daripada Juruteknik Bertauliah yang menyelianya di bawah subperenggan (1) sekiranya pengalaman diperoleh di Malaysia atau oleh seseorang juruteknik yang diterima oleh Lembaga sekiranya pengalaman diperoleh di luar Malaysia, bahawa Juruteknik Berkelayakan tersebut telah memperoleh pengalaman amali pada tahap yang memuaskan. 7

BAHAGIAN II PENILAIAN PROFESIONAL DAN PENSIJILAN Borang permohonan menjalani Penilaian Profesional 9. Setiap Teknologis Berijazah yang memiliki pengalaman amali dan berhasrat menjalani Penilaian Profesional bagi tujuan memohon untuk didaftarkan sebagai Teknologis Profesional hendaklah mengemukakan permohonannya kepada Lembaga dalam borang yang dinyatakan dalam laman sesawang Lembaga dan disertakan dengan fi Penilaian Profesional seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Teknologis dan Juruteknik (Fi) 2017. Penilaian Profesional 10. Penilaian Profesional yang seseorang Teknologis Berijazah perlu lulus di bawah seksyen 21(3) Akta ini untuk layak didaftarkan sebagai Teknologis Profesional hendaklah terdiri daripada: (a) temu duga profesional yang dikendalikan oleh tidak kurang daripada dua orang penilai yang dilantik oleh Lembaga; (b) kertas bertulis berhubung perkara yang berkaitan dengan pengalaman amali yang telah diperolehinya; dan (c) kertas bertulis berhubung pemahamannya tentang Kod Tatakelakuan Profesional; ATAU sebarang bentuk penilaian lain, sama ada bertulis dan sebagainya, yang ditentukan oleh Lembaga. Borang permohonan menjalani Penilaian Pensijilan 11. Setiap Juruteknik Berkelayakan yang memiliki pengalaman amali dan berhasrat menjalani Penilaian Pensijilan bagi tujuan memohon untuk didaftarkan sebagai Juruteknik Bertauliah hendaklah mengemukakan permohonannya kepada Lembaga dalam borang yang dinyatakan dalam laman sesawang Lembaga dan disertakan dengan fi Penilaian Pensijilan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Teknologis dan 8

Juruteknik (Fi) 2017. Penilaian Pensijilan 12. Penilaian Pensijilan yang seseorang Juruteknik Berkelayakan perlu lulus di bawah seksyen 22(3) Akta 768 untuk layak didaftarkan sebagai Juruteknik Berkelayakan hendaklah terdiri daripada - (a) temu duga yang dikendalikan oleh tidak kurang daripada dua orang penilai yang dilantik oleh Lembaga; (b) kertas bertulis berhubung perkara yang berkaitan dengan pengalaman amali yang telah diperolehinya; dan (c) kertas bertulis berhubung pemahamannya tentang Kod Tatakelakuan. ATAU sebarang bentuk penilaian lain untuk menilai pemahaman pemohon, sama ada bertulis dan sebagainya, yang ditentukan oleh Lembaga. Lembaga Teknologis Malaysia 13 Oktober 2016 9