SOALAN NO: 28 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: DARIPADA: TARIKH: LISAN YB DR. MOHD HATTA BIN MD. RAMLI 18 MEI 2016 SOALAN: Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang diambil sebagai mematuhi jadual 1 Akta Keselamatan Pekerjaan 1994 di premis-premis Kerajaan ekoran kejadian murid dipatuk ular di sekolah. PR-1342-L75088 l
JAWAPAN Tuan Yang Di-Pertua, 1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) adalah terpakai di seluruh Malaysia bagi industri-industri yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama. Premis-premis kerajaan termasuk sekolah adalah tergolong di dalam kategori perkhidmatan awam di bawah Jadual Pertama. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengambil beberapa langkah supaya semua industri yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama untuk mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja. Di antara langkah-langkah yang diambil ke atas premis-premis Kerajaan termasuk sekolah adalah: Penguatkuasaan 2. Aktiviti Penguatkuasaan dilakukan oleh pegawai di setiap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri di seluruh Malaysia. Aktiviti Penguatkuasaan dijalankan oleh pegawai Seksyen Penguatkuasaan. Di antara aktiviti Penguatkuasaan adalah mengadakan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang mengambilkira perkara-perkara berikut: 2 S7
i. Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP); ii. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja; iii. Pemeriksaan di tempat kerja; iv. Prosedur kerja selamat; dan v. Menjalankan siasatan jika berlaku kejadian kemalangan di tempat kerja. Program Kesedaran 3. JKKP mengambil berat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah dan institusi pendidikan melalui Jawatankuasa Kecil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institusi Pendidikan di bawah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh salah seorang ahli MNKKP yang dilantik oleh YB Menteri Sumber Manusia. Melalui Jawatankuasa ini, banyak program-program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dijalankan bagi meningkatkan kesedaran terhadap institusi pendidikan. 4. Antara program yang dijalankan adalah Program OSH in SchooF yang dijalankan di sekolah terpilih seluruh Malaysia. Program OSH in SchooF diadakan untuk menjadikan sekolah terpilih tersebut sebagai sekolah contoh bagi pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu, program Mentor-Mentee juga diadakan antara sekolah terpilih tersebut dengan kerjasama pihak industri. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan 3
pekerjaan di sekolah melalui pendekatan perkongsian best practices oleh pihak industri. 5. Antara latihan yang diberikan kepada pihak sekolah adalah Pengenalpastian Hazad, Penilaian Risiko dan Pengawalan Risiko (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)) melibatkan guru-guru di seluruh Malaysia dengan kerjasama MNKKP, NUTP, JKKP, dan NIOSH. Tujuan latihan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah mengenai pengurusan hazard melibatkan aktiviti-aktiviti di sekolah. Penyediaan Garis Panduan 6. JKKP juga telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan sekolah iaitu Garis Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah melibatkan banyak pihak termasuk pengetua / guru besar, guru, murid dan lain-lain yang akan menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya dan risiko yang boleh mengakibatkan kecederaan, hilang upaya kekal dan maut. Tujuan garis panduan ini adalah: i) Memberi panduan kepada pihak pengurusan sekolah dalam menangani risiko terhadap keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum; dan 4
ii) Memberi nilai tambah kepada Konsep dan Manual Sekolah Selamat dan Panduan Pengurusan 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) sedia ada. 5