UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

dokumen-dokumen yang mirip
doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

PERATURAN SKIM PERKHIDMATAN PERUBATAN (UNTUK KAKITANGAN) BIL. ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PERUBATAN SISTEM SARAAN BARU KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK IBUBAPA YANG SAH

KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA PEKELILING SETIAUSAHA BILANGAN 1 TAHUN 2008 KADAR BARU PERUNTUKAN RAWATAN PERUBATAN

PANDUAN KEMUDAHAN PERUBATAN STAF UTHM

NOTA TAJUK : PERUBATAN (PERINTAH AM BAB F)

PROGRAM ORIENTASI STAF BARU DISEDIAKAN OLEH: MOHD NAJIB BIN MASROOM PENOLONG PENDAFTAR KANAN PEJABAT PENDAFTAR UTMKL

Universiti Malaysia PAHANG

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN


SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

1. BQ-BP-18 Borang Perubatan JHEV 2/09 Pindaan: Sijil Kematian Pesara/Pesakit (jika berkenaan)

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Skim ini dinamakan sebagai SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

EDARAN PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 11 TAHUN 2010 : PEMANSUHAN BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DAN PESARA PERKHIDMATAN AWAM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

1. Borang Lampiran A Permohonan Surat Pengesahan Tanggungan Kerajaan Bagi Rawatan. 2. Borang Saraubat JHEV (INDUK) BQ-BP-14

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Universiti Malaysia PAHANG

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Bu k u in i k ep u n y a a n : Tandatangan:...

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

MEMORANDUM PENERIMAAN

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 05 ) 14 November 2011 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4 TAHUN 2011

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON. a) Kelayakan pemohon

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

CJ' Universiti. Malaysia. , E~r:!,~~~S~ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 9 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

PANDUAN SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI STAF UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PEKELILING PENDAFTAR

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PINJAMAN KEWANGAN DAN SUMBANGAN PERSATUAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR (PINDAAN 01 APRIL 2016)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Transkripsi:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN Nama F1. Skim ini dinamakan Skim Kemudahan Perubatan Pegawai Universiti Putra Malaysia Tujuan F2. Skim ini menetapkan kemudahan-kemudahan perubatan yang dibiayai oleh Universiti Putra Malaysia untuk pegawai dan tanggungannya serta kaedah pentadbiran berkaitan dengannya. Tarikh Kuatkuasa F3. Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Julai 2003. Pemakaian F4. Peruntukan-peruntukan dalam Skim ini adalah terpakai bagi semua pegawai yang layak melainkan jika ada dinyatakan selainnya dalam syarat-syarat perlantikan seseorang pegawai atau dalam syarat-syarat pemberian biasiswa atau cuti belajar. Tafsiran F5. Di dalam Skim ini, perkataan-perkataan yang berikut mempunyai makna yang dinyatakan melainkan jika konteksnya jelas menghendaki makna yang lain: (a) (b) doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel. hospital kerajaan ertinya mana-mana hospital kerajaan di Malaysia termasuk hospital Universiti, klinik kerajaan, yayasan perubatan Persekutuan dan Pusat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara; klinik panel ertinya pusat perubatan, klinik atau hospital swasta yang dilantik oleh Universiti Putra Malaysia untuk memberi rawatan kepada pegawai dan tanggungan pegawai mengikut Skim ini; (d) (e) (f) (g) (h) LPU ertinya Lembaga Pengarah Universiti; pegawai ertinya seseorang kakitangan Universiti Putra Malaysia yang layak menerima faedah kemudahan perubatan mengikut perenggan 6; Skim ini ertinya Skim Kemudahan Perubatan Pegawai Universiti Putra Malaysia; tanggungan pegawai ertinya isteri atau suami serta anak-anak pegawai yang layak menerima faedah kemudahan perubatan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah perenggan 7; Universiti ertinya Universiti Putra Malaysia 1

KELAYAKAN Pegawai Yang F6. Pegawai yang layak mendapat faedah di bawah Skim ini Layak adalah seperti berikut: 6.1 Pegawai yang memegang sesuatu jawatan dalam perjawatan tetap Universiti yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak atau pinjaman, dan termasuklah pegawai masih dalam percubaan. 6.2 Tutor 6.3 Mana-mana pegawai lain yang syarat perlantikannya menyatakan bahawa dia layak mendapat faedah di bawah Skim Kemudahan Perubatan Pegawai. Tanggungan Yang F7. Tanggungan pegawai yang layak mendapat faedah di bawah Layak Skim ini adalah seperti berikut: 7.1 Isteri atau isteri-isteri yang sah atau suami yang sah. 7.2 Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi undangundang dengan syarat bahawa anak itu:- (a) (b) (c) berumur tidak lebih daripada 18 tahun (kecuali anak yang masih menerima pendidikan secara sepenuh masa disyaratkan berumur tidak lebih daripada 21 tahun dan anak yang daif tidak dikenakan had umur); tidak bekerja; dan tidak berkahwin 7.3 Ibu-bapa yang sah. (Kemudahan dihadkan kepada rawatan di hospital kerajaan sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat pegawai memilih Sistem Saraan Malaysia). Pendaftaran dan F8. Walau apapun peruntukan perenggan 6&7, seseorang pegawai Buku Rawatan dan tanggungannya boleh mendapat faedah kemudahan perubatan di bawah Skim ini hanya setelah mereka didaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti. Setiap pegawai yang berdaftar akan diberikan dua buah Buku Rawatan, iaitu sebuah untuk kegunaan pegawai sendiri dan yang sebuah lagi untuk kegunaan tanggungannya. Buku Rawatan ini adalah hak Universiti dan hendaklah diserahkan apabila berhenti daripada perkhidmatan Universiti atau apabila diminta oleh pihak Universiti. 2

Had-Had Skim F9. Faedah-faedah yang layak diperolehi di bawah Skim ini oleh pegawai serta tanggungannya adalah terhad kepada kemudahan rawatan yang sedia ada di hospital kerajaan dan di klinik panel. Pemberian faedahfaedah yang lain yang dibenarkan oleh Skim ini adalah atas budibicara Universiti. KLINIK PANEL Pelantikan Klinik F10. Bagi maksud Skim ini, Universiti melantik suatu panel Panel terdiri daripada beberapa buah klinik swasta (yang dengan pelantikan itu dikenali sebagai Klinik Panel untuk memberi khidmat rawatan pesakit luar di bawah Skim ini. Syarat-syarat F11. Pelantikan sesebuah klinik panel adalah tertakluk Pelantikan Klinik kepada syarat-syarat yang berikut:- Panel 11.1 Sesebuah klinik panel adalah dilantik bagi tempoh selama tidak lebih daripada dua tahun bagi setiap pelantikan. Klinik panel yang akan tamat tempoh lantikannya boleh memohon untuk dilantik semula dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada Universiti empat bulan sebelum tamat tempoh lantikan semasa. 11.2 Pelantikan sesebuah klinik sebagai klinik panel adalah khusus untuk cawangan yang ditentukan sahaja dan tidak meliputi cawangan-cawangan yang lain. 11.3 Bagi maksud Skim ini, semua doktor yang bertugas di sesebuah klinik panel, termasuk mereka yang mempunyai kelulusan pakar, adalah dianggap sebagai pengamal perubatan umum dan bukan sebagai doktor pakar. 11.4 Pelantikan sebagai klinik panel boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak (Universiti atau klinik yang berkenaan) dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada satu bulan kepada pihak yang satu lagi. 11.5 Universiti berhak menggantung atau menamatkan pelantikan sesebuah klinik panel dengan serta-merta jika didapati klinik panel tersebut tidak mematuhi peraturan, syarat atau prosedur yang ditetapkan oleh pihak Universiti. Klinik yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada LPU dan keputusan LPU mengenainya adalah muktamad. 3

Pemilihan Klinik F12. Setiap pegawai dikehendaki memilih tidak lebih Panel daripada dua (2) klinik panel (perubatan) untuk mendapaatkan kemudahan rawatan bagi dirinya dan tanggungannya. Had dua (2) klinik panel ini dikenakan juga kepada pasangan suami-isteri yang sama-sama bertugas di Universiti ini. Dalam keadaan biasa, pertukaran klinik panel pilihan tidak dibenarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh pemilihan yang terdahulu. KEMUDAHAN RAWATAN Tempat Rawatan F13. Pegawai dan tanggungannya yang layak serta ingin menerima faedah di bawah Skim ini hendaklah mendapatkan rawatan di klinik panel atau di hospital kerajaan. Bagi kes-kes yang dirujuk oleh klinik panel/hospital kerajaan ke klinik swasta/pakar, pegawai berkenaan boleh menggunakan kemudahan perubatan seperti terkandung di Lampiran 1. Rawatan Di Hospital F14. Pegawai atau tanggungannya yang rawatan perubatan Kerajaan di hospital kerajaan hendaklah mendapatkan Surat Akuan daripada Pusat Tanggungjawab masingmasing. Sesuatu Surat Akuan hanya sah digunakan bagi tempoh tiga bulan dari tarikh dikeluarkan. Rawatan Di Klinik F15. Pegawai atau tanggungannya yang mendapatkan Panel rawatan di klinik panel hendaklah membawa Buku Rawatannya untuk dibuat catatan dan ditandatangani oleh doktor yang merawat pada setiap kali mendapat rawatan di klinik panel. Kecemasan F16. Dalam keadaan kecemasan, apabila klinik panel pilihan tidak dapat dihubungi, pegawai dan tanggungannya bolehlah mendapatkan rawatan di klinik panel yang lain atau di hospital kerajaan. Rawatan Dalam F17. Skim ini juga meliputi kemudahan-kemudahan Wad rawatan dalam wad di hospital kerajaan di Malaysia mengikut had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan bagi pegawai-pegawainya. Pegawai atau tanggungannya yang dimasukkan ke dalam wad dikehendaki membayar bayaran wad pada kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa (Lampiran 2). Walau bagaimanapun, bayaran wad bagi pegawai yang dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami semasa sedang menjalankan tugas rasmi adalah ditanggung oleh Universiti. Kelayakan Wad F18. Pegawai dan tanggungannya adaalah layak mendapat kemudahan wad mengikut kelas-kelas yang ditetapkan. Jika pegawai atau tanggungannya memilih untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi kelasnya 4

daripada yang ditetapkan, ia dikehendaki membayar bayaran wad pada kadar yang ditetapkan bagi kelas yang lebih tinggi itu. Bertugas Di Luar Kawasan F19. Pegawai yang memerlukan rawatan semasa menjalankan tugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat hendaklah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi kawasan-kawasan yang ada klinik panel, pegawai dibenarkan mendapatkan rawatan di klinik panel meskipun bukan klinik panel pilihannya dan di dalam kes ini peruntukan dalam perenggan 16 adalah dipakai. Bertugas Di Luar F20. Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bertugas Negara di luar negara dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan sendiri adalah layak menuntut balik perbelanjaan tersebut tertakluk kepada syaratsyarat seperti berikut:- 20.1 Belanja perubatan hendaklah sebanyak yang munasabah dan pegawai hendaklah seberapa yang boleh mendapatkan Perkhidmatan Kesihatan Negara di negara yang berkenaan (jika ada). 20.2 Belanja perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja. 20.3 Bayaran-bayaran hospital adalah ditanggung oleh Universiti dan pegawai hanya dikenakan bayaran wad mengikut kadar yang kena dibayar jika pegawai dimasukkan ke hospital kerajaan di Malaysia. Bagaimanapun, jika pegawai itu dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi, bayarannya akan ditanggung sepenuhnya oleh Universiti. Insurans Perubatan Wajib F21. Sekiranya seseorang pegawai diarah menjalankan tugas rasmi di luar negara dan pengambilan insurans perubatan adalah diwajibkan di negara itu, maka bayaran premiumnya akan ditanggung oleh Universiti. Dalam kes ini, semua tuntutan bayaran bagi rawatan perubatan hendaklah dikemukakan kepada syarikat insurans yang berkenaan. Cuti Dsb. Di Luar Negara F22. Skim ini tidak meliputi pegawai yang pergi ke luar negara bukan atas urusan Universiti (seperti cuti rehat dan sebagainya) atau yang dibenarkan ke luar negara semasa menjalani cuti sabatikal tempatan. Pegawaipegawai yang berkenaan adalah dinasihatkan agar 5

membuat aturan sendiri untuk mendapatkan perlindungan insurans perubatan bagi tempoh mereka berada di luar negara. Rawatan Pakar F23. Seseorang pegawai atau tanggungannya boleh mendapat khidmat perundingan dan rawatan daripada doktor pakar di hospital kerajaan atas perakuan pegawai perubatan kerajaan, pegawai perubatan Universiti atau doktor panel. Rawatan pakar yang diterima dari hospital atau klinik swasta tidak dibiayai oleh Universiti. Walau bagaimanapun, sekiranya disahkan oleh pihak berkuasa di hospital kerajaan bahawa kemudahan rawatan pakar tidak boleh didapati di hospital kerajaan pada masa yang diperlukan mengikut keadaan penyakit, maka pegawai/ tanggungan boleh mendapatkan khidmat perundingan dan rawatan pakar di hospital atau klinik swasta. Universiti akan membayar semua bayaran yang dikenakan akan tetapi pegawai yang berkenaan akan dikenakan bayaran wad sebagaimana yang disebut pada perenggan 17. Rawatan Di Tempat Lain Rawatan Di Luar Negara F24. Sekiranya pihak berkuasa hospital kerajaan di kawasan ibu pejabat seseorang pegawai mengesahkan bahawa pegawai itu atau tanggungannya perlu mendapat rawatan di tempat lain, maka pegawai atau tanggungannya itu boleh mendapat rawatan di tempat lain yang diperakukan oleh pihak berkuasa tersebut serta menuntut elaun-elaun menurut peraturanperaturan yang berkuasa dari semasa ke semasa. F25. Sekiranya Lembaga Perubatan yang dilantik oleh Universiti mengesahkan bahawa seseorang pegawai atau tanggungannya memerlukan rawatan khas yang tidak didapati di Malaysia, dan dengan syarat ada pengesahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa rawatan sedemikian memang tidak boleh didapati di Malaysia, maka pegawai atau tanggungannya itu boleh dengan kelulusan Jawatankuasa Tetap Kewangan mendapat rawatan di luar negara atas biaya Universiti (termasuk, jika benarbenar perlu dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan, perbelanjaan seorang lain yang mengiringinya). Bayaran yang dibiayai oleh Universiti adalah meliputi perkara-perkara yang berikut: 25.1 Segala bayaran rawatan perubatan di hospital termasuk bayaran wad. 25.2 Bayaran sewa hotel dan elaun makan yang ditetapkan mengikut peraturan Universiti untuk tempoh yang tidak melebihi 10 hari di negara 6

berkenaan iaitu 5 hari selepas tiba dan 5 hari lagi sebelum bertolak balik ke Malaysia. 25.3 Bayaran tambang kapal terbang pergi-balik mengikut kelayakan yang ditetapkan. 25.4 Bayaran yang disebutkan di bawah perenggan kecil 25.2 dan 25.3 bagi pengiring jika Lembaga Perubatan yang berkenaan memperakukan bahawa pesakit perlu diiringi. BAYARAN YANG DIBIAYAI Bayaran F26. Bayaran-bayaran perubatan dan rawatan yang dibiayai Perubatan Dan oleh Universiti di bawah Skim ini adalah seperti Rawatan berikut: 26.1 Bayaran perundingannya atau pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor sama ada di klinik panel atau di hospital kerajaan atau, jika benarbenar perlu kerana keuzuran, di rumah pegawai. 26.2 Bayaran ubat dan suntikan termasuk vaksinasi profilaktik/suntikan yang dipreskripsikan oleh doktor panel bagi pegawai atau tanggungannya serta ubat-ubat tambahan seperti dalam kes darah tinggi, alergi, asthma, diabeties dan penyakit lain yang perlu rawatan berterusan. (Bayaran bagi vitamin-vitamin, bekalan susu, pil-pil menggemukkkan/menguruskan badan dan sebagainya tidak ditanggung oleh Universiti). 26.3 Bayaran yang dikenakan oleh klinik panel untuk pembedahan kecil, rawatan pre-natal dan pemeriksaan makmal yang diperakukan sebagai perlu oleh doktor panel. 26.4 Bayaran bagi kehadiran, pemeriksaan, rundingan, rawatan perhatian atau pemeriksaan pakar yang dikenakan oleh hospital kerajaan. (Semua bayaran tambahan yang lain seperti harga alat-alat bantuan pendengaran, alat bantu ortopedik, tongkat ketiak, kayu belat, alat kosmetik, gigi palsu dan sebagainya tidak akan ditanggung oleh Universiti). 26.5 Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada pegawai dan tanggungannya sebagai pesakit dalam apabila pegawai atau tanggungannya itu dimasukkan ke hospital kerajaan atas nasihat pegawai perubatan 7

kerajaan, pegawai perubatan Universiti atau doktor panel. (Pegawai akan dikenakan bayaran wad sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 17). 26.6 Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada pegawai atau tanggungannya yang dimasukkan ke dalam hospital khas (seperti hospital sakit jiwa, hospital sakit kusta, Pusat Tibi Negara dan sebagainya) atas nasihat pegawai perubatan kerajaan, pegawai perubatan Universiti atau doktor panel. Bagaimanapun, bayaran yang dibiayai oleh Universiti adalah tertakluk kepada had dan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi pegawai-pegawainya. 27.7 Apa-apa bayaran lain yang diperuntukkan dalam Skim ini. Bayaran Pemeriksaan Kesihatan F27. Bayaran pemeriksaan kesihatan (medical check-up) termasuk X-Ray akan dibiayai oleh Universiti untuk pegawai sahaja dan terhad bagi tujuan-tujuan berikut: 27.1 Perlantikan baru. 27.2 Melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Biasiswa dan Cuti Belajar. 27.3 Menghadiri kursus/latihan yang diluluskan yang pesertanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan. 27.4 Pemeriksaan kesihatan yang dijalani atas arahan Universiti atau dengan kelulusan Naib Canselor. Bayaran Bersalin Bayaran Rawatan Pergigian Bayaran Ubatan F28. Bayaran bersalin bagi pegawai atau isteri pegawai adalah ditanggung oleh Universiti sekiranya ia bersalin di hospital kerajaan dengan syarat bahawa pegawai dikehendaki membayar bayaran wad yang dikenakan. F29. Rawatan pergigian yang diliputi oleh Skim ini adalah terhad kepada rawatan biasa, iaitu cabut dan tampal sahaja. Bayaran rawatan yang dibiayai oleh Universiti adalah tertakluk kepada had maksimum yang boleh ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Universiti. Tidak kira berapa kali, tapi tidak melebihi had RM 300.00 setahun termasuk tanggungan. F30. Bekalan ubat boleh didapati dari klinik panel atau hospital kerajaan yang memberi rawatan. Jika ubat yang dipreskripsikan oleh pegawai perubatan kerajaan, pegawai perubatan Universiti atau doktor panel perlu dibeli di farmasi 8

swasta, pegawai atau tanggungannya boleh menuntut balik kos pembelian ubat tersebut daripada Universiti. Semua tuntutan hendaklah disertakan dengan resit rasmi dan nama pegawai perubatan atau doktor panel yang mempreskripsikan ubat itu mestilah dicatatkan pada resit atau bil yang berkenaan. 9

LAMPIRAN 1 KELAYAKAN DAN KADAR BAYARAN WAD Kumpulan/Gred Kelayakan Wad Bayaran Wad Sehari Pengurusan Tertinggi Kelas 1 Bilik Seorang RM 10.00 45 54 Kelas 1 Bilik Seorang RM 10.00 31 44 Kelas 1 Bilik Berdua RM 8.00 21 30 Kelas 1 Bilik Bertiga RM 6.00 1 20 Kelas 2 RM 3.00 10

LAMPIRAN 2 HAD KELULUSAN BAYARAN BAGI KEMUDAHAN PERUBATAN/RAWATAN DI HOSPITAL/KLINIK SWASTA (SEPERTI TERKANDUNG DALAM PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 2001) Bil. Kemudahan Kos Perubatan Perubatan/Rawatan A. Alat Ortopedik, anggota palsu dan penyakit buah pinggang Kelulusan (i) Alat Ortopedik * Sehingga RM 10,000 Jawatankuasa Perubatan Melebihi RM 10,000 Jawatankuasa Tetap Kewangan (ii) Anggota Palsu * Sehingga RM 10,000 Jawatankuasa Perubatan Melebihi RM 10,000 Jawatankuasa Tetap Kewangan (iii) Penyakit buah pinggang Perbelanjaan sebenar tertakluk Jawatankuasa Perubatan (Hemodialisis/CAPD) kepada maksimum RM 200 setiap rawatan B Rawatan kemandulan Rawatan primary infertility Ketua Pusat Tanggungjawab sahaja di Lembaga Perancangan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) C. Rawatan kecemasan di (i) Sehingga RM 1,000 Pendaftar hospital/klinik swasta (ii) RM 1,001 dan ke atas Jawatankuasa Perubatan D. Rawatan kepakaran di (i) Sehingga RM 1,000 Pendaftar hospital/klinik swasta (ii) RM 1,001 sehingga Jawatankuasa Perubatan RM 10,000 (iii) RM 10,001 dan ke atas Jawatankuasa Tetap Kewangan E. Rawatan perubatan kepakaran di luar negara * Tiada had Jawatankuasa Tetap Kewangan F. Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) Tiada had Jawatankuasa Perubatan Nota: * Tidak meliputi ibu bapa (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993) Rujukan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2001 (ii) LPU bertarikh 9 November 2002 11