GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN MTUN COE

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS )

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS - TOP DOWN (PUSAT KAJIAN/ /UNIT KAJIAN/UNIT PENYELIDIKAN)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

FADZILLAH BINTI RAHMAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA


SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

BAHAGIAN 3 - PENGURUSAN BELANJAWAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental dan gunaan dalam bidang mengikut kluster berikut:

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

Pejabat Kluster Penyelidikan UNIVERSITI MALAYA. Pejabat Kluster Penyelidikan. Garis Panduan UMRG

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2016 (PINDAAN MAC 2015)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2017

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA (SPLN)

M / S : 1/12 PENGURUSAN BAJET TARIKH : 4 SEPTEMBER 2017 PINDAAN : 02 UPSI(ISO)/BEN/P01 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

Transkripsi:

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Versi 2.0 (30/07/2008)

BAHAGIAN 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah memperuntukkan dana sebanyak RM50.0 juta (2007) dan RM62.5 juta (2008) di bawah RMK-9 bagi melaksanakan tanggungjawab UKM sebagai Universiti Penyelidikan. Terdapat dua bentuk penggunaan yang boleh dilaksanakan untuk Dana Universiti penyelidikan ini iaitu:- 1.1.1 Dana Operasi Universiti Penyelidikan (OUP) 1.1.2 Geran Universiti Penyelidikan (GUP) 1.2 TUJUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) 1.2.1 Memantapkan bidang terserlah di UKM Penyelidikan mestilah ditumpukan kepada Nic Penyelidikan yang telah dikenalpasti supaya bidang tersebut terus dapat dikembangkan sebagai teras utama penyelidikan yang mencirikan UKM sebagai sebuah universiti berintensifkan penyelidikan. 1.2.2 Memantapkan penyelidikan berkumpulan di bawah kelompok-kelompok GUP bertujuan untuk memperkasakan kumpulan-kumpulan penyelidikan yang wujud di UKM. Kumpulan-kumpulan ini dikelompokkan kepada 35 kelompok penyelidikan di UKM, setiap satunya mempunyai persamaan fokus dan tema. Penyelidikan yang dilakukan mestilah sentiasa mengambilkira gabungan kerjasama ahli-ahli dari disiplin-disiplin lain yang memenuhi Key Performance Indicator (KPI) Universiti Penyelidikan. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 2

1.2.3 Memantapkan rangkaian penyelidikan Penyelidikan yang luas hendaklah diwujudkan supaya perkongsian maklumat, sumber dan peralatan penyelidikan dapat ditingkatkan dan dioptimumkan bukan sahaja secara dalaman, tetapi juga dengan universiti-universiti lain dari dalam dan luar Negara. 1.2.4 Penjanaan sumber tenaga kritikal Penyelidikan mestilah menghasilkan golongan pakar dan kakitangan yang mempunyai kemahiran khusus bagi memastikan penyelidikan dalam bidang berkenaan dapat diteruskan dari segi kesinambungannya. 1.3 NIC PENYELIDIKAN UKM 1.3.1 Mulai tahun 2008, UKM telah membuat semakan semula terhadap Nic Penyelidikan dan Nic Penyelidikan yang telah dipersetujui adalah: i. Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya dan Globalisasi ii. Pembangunan Lestari Wilayah iii. Tenaga Keterbaharuan iv. Teknologi Kesihatan dan Perubatan v. Perubahan Iklim vi. Nanoteknologi dan Bahan Termaju vii. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 3

BAHAGIAN II SYARAT DAN PERATURAN KATEGORI A PERMOHONAN DARIPADA KUMPULAN PENYELIDIKAN BERDAFTAR DENGAN UNIVERSITI 2.1 KELAYAKAN DAN KRITERIA PEMILIHAN 2.1.1 Kelayakan dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan kepada Kumpulan Penyelidikan yang telah berdaftar dengan Universiti (Pendaftaran kumpulan secara rasmi melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang diuruskan oleh PPPI). 2.1.2 Kumpulan Penyelidikan Berdaftar yang ingin memohon GUP diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya dua atau lebih projek penyelidikan yang dibiayai oleh dana luar universiti. 2.1.3 Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu kumpulan penyelidikan yang tiada dana luar universiti boleh memohon GUP bagi tujuan strategik UKM. 2.1.4 Geran ini juga dibuka kepada projek sedia ada yang ingin dikembangkan kepada projek lanjutan. Dalam kes ini, sekiranya permohonan ini Berjaya, penyelidik perlu mengemukakan laporan akhir bagi projek sedia ada dan memberikan fokus kepada projek yang baru diluluskan. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 4

2.2 SYARAT DAN PERATURAN 2.2.1 Setiap kumpulan penyelidikan berdaftar digalakkan mempunyai satu projek GUP yang komprehensif. 2.2.2 Permohonan perlu dibuat menggunakan borang permohonan GUP yang disediakan oleh PPPI dan dikemukakan ke PPPI dalam tempoh seperti yang ditetapkan. Semua permohonan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada semua Penyelaras Nic Penyelidikan dan ahli-ahli pakar yang dilantik oleh Universiti. 2.2.3 Ketua Kumpulan Penyelidikan secara automatik menjadi ketua projek. Walau bagaimanapun ahli-ahli yang lain dalam kumpulan berkenaan boleh dilantik sebagai ketua projek tertakluk kepada persetujuan Ketua Kumpulan Penyelidikan berkenaan. 2.2.4 Jumlah peruntukan maksimum bagi setiap projek ditentukan berasaskan kepada keperluan sebenar projek. Fulltime Equivalent (FTE) penyelidik teras dalam setiap kumpulan penyelidikan lebih merujuk kepada sumber manusia yang terlibat dalam projek penyelidikan berkenaan. Peruntukan sebenar yang diagihkan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Penilaian. Walau bagaimanapun,jumlah FTE bagi setiap kumpulan penyelidikan boleh dijadikan sebagai panduan dalam pemberian dana. 2.2.5 Tempoh projek penyelidikan adalah antara 1 hingga 3 tahun. 2.2.6 Jumlah peruntukan diagihkan secara tahunan berasaskan prestasi projek penyelidikan. 2.2.7 Semua perbelanjaan yang dibuat perlu mengikut perancangan dalam Borang Cadangan Penyelidikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian dan perpindahan peruntukan di antara vote tidak digalakkan. Peraturan perbelanjaan tertakluk kepada peraturan perolehan UKM dan Perbendaharaan. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 5

KATEGORI B PERMOHONAN BAGI TUJUAN PEMBIDAAN KOMPETITIF (PROJEK STRATEGIK UKM) 2.3 KELAYAKAN DAN KRITERIA PEMILIHAN 2.3.1 Geran ini dibuka kepada: a. Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) dan Kolej-kolej kediaman. Permohonan daripada Kolej Kediaman perlu dikemukakan melalui PPP. b. Kumpulan Penyelidikan Berdaftar (kelayakan dan kriteria serta syarat dan peraturan adalah tertakluk kepada perkara 2.1 dan 2.2 di atas). c. Pusat Tanggungjawab Perkhidmatan di bawah Universiti. 2.4 SYARAT DAN PERATURAN 2.4.1 Permohonan perlu dibuat menggunakan borang permohonan GUP yang disediakan oleh PPPI dan dikemukakan ke PPPI dalam tempoh seperti yang ditetapkan. Semua permohonan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada semua Penyelaras Nic Penyelidikan dan ahli-ahli pakar yang dilantik oleh Universiti. 2.4.2 Jumlah peruntukan maksimum bagi setiap projek ditentukan berasaskan kepada keperluan sebenar projek. Fulltime Equivalent (FTE) penyelidik teras dalam setiap kumpulan penyelidikan lebih merujuk kepada sumber manusia yang terlibat dalam projek penyelidikan berkenaan. Peruntukan sebenar yang diagihkan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Penilaian. Walau bagaimanapun,jumlah FTE bagi setiap kumpulan penyelidikan Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 6

boleh dijadikan sebagai panduan dalam pemberian dana (Syarat ini tidak terpakai bagi permohonan dari pihak yang dinyatakan pada 2.3.1.a dan 2.3.1.c di atas). 2.4.3 Tempoh projek penyelidikan adalah antara 1 hingga 3 tahun. 2.4.4 Jumlah peruntukan diagihkan secara tahunan berasaskan prestasi projek penyelidikan. 2.4.5 Semua peraturan yang berkaitan dengan pelajar adalah tertakluk kepada peraturan sedia ada Universiti. 2.4.6 Semua perbelanjaan yang dibuat perlu mengikut perancangan dalam Borang Cadangan Penyelidikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian dan perpindahan peruntukan di antara vote tidak digalakkan. Peraturan perbelanjaan tertakluk kepada peraturan perolehan UKM dan Perbendaharaan. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 7

BAHAGIAN III SKOP BELANJAWAN 3.1 SKOP BELANJAWAN Skop belanjawan GUP merangkumi Vote 11000 (Upah dan Elaun untuk pegawai kontrak dan sementara, Vote 14000 (Elaun Kerja Lebih Masa), Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan), Vote 22000 (Pengangkutan Barang), Vote 23000 (Perhubungan dan Utiliti), Vote 24000 (Sewaan), Vote 26000 (Bahan Peralatan Penyelidikan), Vote 27000 (Bekalan & Bahan-bahan lain), Vote 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai), Vote 29000 (Perkhidmatan dan Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis) dan Vote 35000 (Aksesori dan Peralatan). Perincian bagi setiap Vote adalah seperti berikut: 3.1.1 Vote 11000 (Upah dan Elaun untuk pegawai kontrak dan sementara) i. Melantik Felo Pasca Doktoral, Pembantu Penyelidik (RA) dan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh PPPI. ii. Melantik kakitangan selain yang dinyatakan pada perkara 3.1.1.i di atas bagi tujuan membantu dalam penyelidikan. Pelantikan ini diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. 3.1.2 Vote 14000 (Elaun Kerja Lebih Masa) Kerja lebih masa yang dilakukan bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 8

3.1.3 Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan) i. Perjalanan dalam dan luar negara bagi tujuan menghadiri persidangan, seminar atau bengkel untuk membentangkan hasil penyelidikan atau melakukan sebahagian daripada penyelidikan. ii. Perjalanan yang dibenarkan adalah berdasarkan perancangan yang telah diluluskan dalam Borang Cadangan Penyelidikan, dan ia tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti. 3.1.4 Vote 22000 (Pengangkutan Barang) Melibatkan pengangkutan kapal atau pengangkutan udara dan akaun amanah kumpulan wang insurans. 3.1.5 Vote 23000 (Perhubungan dan Utiliti) Telefon, faksimili, pos dan lain-lain. 3.1.6 Vote 24000 (Sewaan) Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. Sewa pengangkutan mestilah dibuat dengan syarikat pengangkutan berlesen. 3.1.7 Vote 26000 (Bahan Peralatan Penyelidikan) Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja boleh dibuat. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 9

3.1.8 Vote 27000 (Bekalan & Bahan-bahan lain) Semua bekalan dan bahan-bahan lain termasuk haiwan, pokok dan benih untuk penyelidikan. 3.1.9 Vote 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai) ii. Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. ii. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. iii. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh Geran ini. 3.1.10 Vote 29000 (Perkhidmatan dan Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis) i. Perkhidmatan - Lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultasi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan. ii. Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis - Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus jangka pendek untuk mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 10

3.1.11 Vote 35000 (Aksesori dan Peralatan) i. Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan dibenarkan. ii. Pembelian Komputer/ Notebook a. Pembelian komputer/notebook dibenarkan tertakluk kepada kelulusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Universiti. b. Pembelian sebuah komputer/notebook yang berharga kurang daripada RM3,000.00 diletakkan di bawah Vote 26000, manakala yang berharga RM3,000.00 dan ke atas perlu diletakkan di bawah Vote 35000. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 11

BAHAGIAN IV PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK 4.1 LAPORAN KEMAJUAN PROJEK 4.1.1 Laporan kemajuan projek dan laporan kewangan perlu disediakan pada setiap enam bulan sekali menggunakan Borang Laporan Kemajuan (PPPI/GUP/LKP-01). 4.1.2 PPPI akan mengeluarkan surat pemakluman kepada ketua kumpulan mengenai penghantaran Laporan Kemajuan Penyelidikan, sebulan sebelum tarikh laporan kemajuan tersebut perlu dihantar. 4.1.3 Laporan kemajuan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Penilaian dan keputusan/rumusan penilaian akan dimaklumkan kepada ketua kumpulan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh mesyuarat Jawatankuasa Penilaian. 4.2 LAPORAN AKHIR 4.2.1 Laporan Tamat Penyelidikan i. Laporan tamat penyelidikan perlu disediakan dalam tempoh 3 bulan selepas projek tamat, menggunakan Borang Laporan Tamat Penyelidikan (PPPI/GUP/LTP-02). ii. PPPI akan mengeluarkan surat pemakluman kepada ketua kumpulan mengenai penghantaran Laporan Tamat Penyelidikan, dalam tempoh sebulan sebelum projek tamat. iii. Laporan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Penilaian dan keputusan/rumusan penilaian akan dimaklumkan kepada ketua kumpulan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh mesyuarat Jawatankuasa Penilaian. Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 12

4.2.2 Laporan Akhir Penyelidikan (Laporan Teknik/Saintifik) i. Laporan Akhir Penyelidikan perlu disediakan dalam tempoh 3 bulan selepas Laporan Tamat Penyelidikan dikemukakan, menggunakan format yang ditetapkan. ii. Pemakluman kepada ketua kumpulan mengenai penyediaan Laporan Akhir Penyelidikan ini dinyatakan bersama dalam surat pemakluman seperti pada perkara 4.2.1 (ii) di atas. iii. Laporan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Penilaian dan keputusan/rumusan penilaian akan dimaklumkan kepada ketua kumpulan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh mesyuarat Jawatankuasa Penilaian. 4.3 PENILAIAN PRESTASI PROJEK 4.3.1 PPPI akan mengadakan Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan pada setiap tahun. 4.3.2 Setiap ketua projek penyelidikan perlu membuat pembentangan pencapaian projek dalam seminar ini. Setiap projek juga perlu mengisi Borang KPPU bagi tujuan penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian. 4.3.3 Keputusan penilaian akan dimaklumkan kepada semua kumpulan penyelidikan dalam tempoh seminggu selepas kelulusan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti. 4.3.4 Keputusan penilaian ini menjadi asas kepada penentuan kecemerlangan dan pencapaian KPI universiti penyelidikan bagi setiap kumpulan penyelidikan. Hasil penilaian ini juga dijadikan asas kepada agihan dana berikutnya. Walau bagaimanapun perkara ini tertakluk kepada sebarang pindaan polisi oleh pihak universiti. TAMAT Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP):Universiti Kebangsaan Malaysia: PPPI 13